4 0 48 KB
Rancangan Pelajaran Harian (MA 1.0) Masa
: 25 minit
Umur
: 4 tahun
Standard kandungan
: MA 1.1 Memadankan objek
Standard pembelajaran
: MA 1.1.1 Memadankan objek berpasangan yang sama SA 2.2.4 Menyatakan ciri sepunya untuk setiap pengelasan yang telah dibuat
Objektif
: Di akhir pembelajaran ini, murid dapat : 1) Mengenal pasti ciri-ciri objek yang sama (kemahiran pengetahuan ) 2) Memahami dan menyatakan sifat objek yang sama (kemahiran kefahaman) 3) Mengaplikasikan dan memadankan objek yang sama sifatnya (kemahiran analisa)
Standard prestasi
: Murid dapat memadankan objek berpasangan yang sama
Langkah aktiviti pelajaran
KBAT
: 1) Guru masuk ke kelas dan meminta murid membentuk beberapa kumpulan kecil berdasarkan ciri persamaan yang ada pada murid seperti saiz kasut, warna beg dan bentuk botol air 2) Murid mengenal pasti dan membentuk kumpulan berdasarkan ciri persamaan yang disebut oleh guru (kemahiran kefahaman) 3) Guru meminta murid menyatakan ciri persamaan bagi setiap kumpulan 4) Kanak-kanak menyatakan ciri persamaan bagi kumpulan mereka (kemahiran pengetahuan) 5) Guru meminta kanak-kanak keluar dari kelas dan mencari objek yang sama 6) Murid bergerak keluar dari kelas dan mencari objek yang sama untuk diasingkan (kemahiran analisa) : Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi