Manaqib Sayyidah Khadijah Alkubra [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

3 MEI 2020 BERSAMAAN 11 RAMADAN 1441H



AHBABUL MARDHIYAH



HAUL SAYYIDATINA KHADIJAH AL-KUBRA



3 MEI 2020 BERSAMAAN 11 RAMADAN 1441H



MANAQIB SAYYIDATINA KHADIJAH AL-KUBRA



DOA TAWASSUL



َ َ ْ َ َ َ ّ َ َ ْ ُ َ ُ5 ْ َ ّ َ ‫&ة‬# % ‫&رم ِة س ِيد ِتنا خ ِد‬#ِ ‫ر ِب نسالك‬ َ ْ َ َ ْ ّ َ َ> َ ْ ُ ْ ُ َ ْ َ ‫& ِة‬#ِ % ‫;لف ِر‬#ِ ‫=ل لنا‬#ِ ?‫سط‬A‫زوجة ا‬



Ya Allah kami memohon kepadaMu dengan kemuliaan Sayyidatina Khadijah isteri kepada al-Mustofa (Yang Terpilih) segerakalanlah pertolongan buat kami.



3 MEI 2020 BERSAMAAN 11 RAMADAN 1441H



MANAQIB SAYYIDATINA KHADIJAH AL-KUBRA



Manaqib Sayyidah Khadijah Al- Kubroo (dinukil dari Kitab AdDurruts Tsamiin 'ala Hidyatil Muhibbin Fii Manaqib As-Sayyidah Khadijah Ummal Mu’miniin) susunan Ayah Guru Kubah (Guru Munawwar Kamp. Melayu) & Dari Kitab Busyro (Khabar Gembira) susunan Abuya AsSayyid Muhammad AlMaliki. Mudahan bagi yg membaca Manaqib ini diberkati Allah.. aaamiin..



3 MEI 2020 BERSAMAAN 11 RAMADAN 1441H



MANAQIB SAYYIDATINA KHADIJAH AL-KUBRA



11 Ramadhan, hari ini tepat Haul Wanita Paling Mulia Isteri Rasulullah ‫ ﷺ‬, "Ummanaa Khadijah Al-Kubroo..Al-Faatihah.. Assalaamu’alaiki Yaa Ummal Mu'miniin Sayyidatanaa Khadijah Al-Kubroo Radhiyallahu 'anhaa...



3 MEI 2020 BERSAMAAN 11 RAMADAN 1441H



MANAQIB SAYYIDATINA KHADIJAH AL-KUBRA



Sayyidah Khadijah adalah seorang perempuan yang mempunyai kemuliaan, beliau dilahirkan 15 tahun sebelum lahir Baginda Rasulullah, keturunannya daripada kaum Quraisy yang dihormati, beliau adalah seorang pedagang yang terkenal dan kaya raya. Manakala Allah menghendaki kepada beliau untuk mendapat kemuliaan dunia dan akhirat, sampailah khabar kepada beliau akan seorang laki2 yang baik, akhlak terpuji dan jujur dikenal namanya Muhammad Al-Amiin.



3 MEI 2020 BERSAMAAN 11 RAMADAN 1441H



MANAQIB SAYYIDATINA KHADIJAH AL-KUBRA



Maka Sayyidah Khadijah menawarkan kepada Baginda Al-Amiin untuk didagangkan dagangannya, dengan gembira diterima tawaran itu oleh Baginda Al-Amiin, kemudian berangkatlah Baginda Al-Amiin ke negeri Syam membawa dagangan Sayyidah Khadijah untuk dijualkan, kemudian Sayyidah Khadijah menyuruh pembantunya Maysaroh supaya membantu Baginda Al-Amiin dalam perdagangannya. Ketika sampai di Syam semua dagangannya habis laku dengan untung yang banyak, setelah itu kembali Baginda Al-Amiin ke Makkah,



3 MEI 2020 BERSAMAAN 11 RAMADAN 1441H



MANAQIB SAYYIDATINA KHADIJAH AL-KUBRA



Apabila sampai ke Makkah disambut oleh Sayyidah Khadijah dengan senang gembira dan ucapan terima kasih. Setelah melihat kemuliaan dan kebaikan akhlak Baginda Al-Amiin serta keberhasilan dalam berdagang maka tertanam dihati Sayyidah Khadijah perasaan cinta pada Baginda Al-Amiin ditambah lagi cerita dari Maysarah akan keajaiban yg terjadi pada Baginda AlAmiin dalam perjalan berdagang ke negeri Syam, diantaranya awan yg menaungi selama dalam perjalanan, unta yang tunduk dan patuh, perjalan yang cepat sampai dan mudah.



3 MEI 2020 BERSAMAAN 11 RAMADAN 1441H



MANAQIB SAYYIDATINA KHADIJAH AL-KUBRA



PERKAHWINAN YANG BERKAT Mendengar cerita yg demikian itu maka bertambah kuatlah cinta Sayyidah Khadijah kepada Baginda Al-Amiin, kemudian Sayyidah Khadijah menyuruh akan Nafisah binti Umayah untuk menanyakan hal keadaan Baginda Al-Amiin. Kemudian berangkatlah Nafisah kepada Baginda Al-Amiin dan bertanya: "Wahai Baginda Al-Amiin apakah yang menegah engkau daripada berkahwin? (Jawab Baginda) Aku tidak punya apa-apa, (Berkata Nafisah) Bagaimana kalau ada seorang perempuan yg baik akhlak, keturunannya mulia, elok rupanya dan kaya raya menginginkan diri engkau, (dijawab Baginda) siapakah?, (berkata Nafisah) Khadijah, (dijawab Baginda) sesungguhnya aku lihat Khadijah adalah seorang perempuan yg mulia, akhlak terpuji, bijaksana dan terpelihara dari pekerjaan kaum jahiliyyah.



3 MEI 2020 BERSAMAAN 11 RAMADAN 1441H



MANAQIB SAYYIDATINA KHADIJAH AL-KUBRA



Kemudian musyawarahlah Baginda Al-Amiin dengan bapa-bapa saudara beliau dan mereka semua setuju, maka mendapatlah keberuntungan dunia akhirat Sayyidah Khadijah berkahwin dengan Muhammad Al-Amiin Khairul Bariyyah, kemudian datanglah pembesar2 kaum Quraisy menyaksikan perkawinan itu. Lalu Abu Thalib bapa saudara Baginda berkata: "Segala puji bagi Allah yg telah menjadikan keturunan kami daripada dzurriyat Nabi Ibrahim 'alaihissalaam, menjadikan kami sebagai pembersih Baitullah, pelayan tanah haram dan pembesar Quraisy, kemudian daripada itu anak saudaraku ini Muhammad bin Abdullah tidak ada bandingannya walaupun ia tidak kaya tetapi akhlaknya terpuji, keturunannya mulia, sesungguhnya telah meminang ia akan Khadijah binti Khuwailid dengan mahar yg telah ditentukan, demi Allah kejadian ini sangat besar dan perkawinan ini sangat mulia.



3 MEI 2020 BERSAMAAN 11 RAMADAN 1441H



MANAQIB SAYYIDATINA KHADIJAH AL-KUBRA



Kemudian berkata Waraqah bin Naufal: "Segala puji bagi Allah yg telah menjadikan keturunan kita daripada pembesar dan pemimpin Quraisy dan keturunan kalian semua daripada pembesar2 Quraisy yg mulia dan kami sangat gembira dengan terhubungnya kekeluargaan dengan kalian, kemudian saksikanlah wahai kaum Quraisy bahwasanya aku kawinkan Khadijah bint Khuwailid dg Muhammad bin Abdillah dg maharnya 400 dirham. “ Kemudian berkata Abu Thalib : "Segala puji bagi Allah yg telah menghilangkan kesedihan dan kedukacitaan berkat perkawinan ini.



3 MEI 2020 BERSAMAAN 11 RAMADAN 1441H



MANAQIB SAYYIDATINA KHADIJAH AL-KUBRA



Baginda kahwin berumur 25 tahun, Sayyidah Khadijah berumur 40 tahun, maka mengadakan walimah Baginda dg menyembelih 2 ekor unta. Dan adalah Sayyidah Khadijah salah seorang istri yg paling banyak membantu Baginda ketika Baginda pergi berkhalwat beribadah kepada Allah SWT, Sayyidah Khadijah menyiapkan makan dan keperluan Baginda, maka dg sabar dan ridho beliau menunggu Baginda pulang dan menyambut Baginda dg gembira, menghibur dan menyenangkan hati Baginda daripada kepayahan apabila datang dari Gua Hira,



3 MEI 2020 BERSAMAAN 11 RAMADAN 1441H



MANAQIB SAYYIDATINA KHADIJAH AL-KUBRA



Sampai kepada masanya Baginda bertemu dg Malaikat Jibril membawa wahyu yg pertama, maka pulanglah Baginda dg perasaan yg berbeda lalu beliau minta selimuti kepada Khadijah sambil berkata: “Wahai Khadijah selimuti aku, Wahai Khadijah selimuti aku..sesungguhnya telah terjadi sesuatu yang luar biasa pada diriku,”



3 MEI 2020 BERSAMAAN 11 RAMADAN 1441H



MANAQIB SAYYIDATINA KHADIJAH AL-KUBRA



Khadijah menjawab dg kasih sayang lembut dan bijaksana: "Demi Allah sesungguhnya Allah tidak akan menjadikan engkau hina selamanya, Allah telah menjadikan engkau mulia dan seorang pemimpin, engkau telah menyambung shilaturrahiim, engkau telah memuliakan dan memberi makanan tetamu, engkau telah menolong orang yg kesusahan, engkau telah memberi hadiah pada org yg miskin, engkau telah menolong dan membela orang yang benar, tetaplah wahai anak pamanku engkau telah mendapat kegembiraan, demi Allah aku yakin bahwa Allah tidak akan memperbuat sesuatu kepada engkau melainkan kebaikan semua dan aku bersaksi bahwa engkau adalah Nabi akhir zaman da sekarang telah sampai masanya engkau datang, sesungguhnya telah memberi khabar akan aku oleh Rahib Buhaira dg khabar yg nyata dan menyuruh ia untuk mengawini engkau dua puluh tahun yg lalu.”



3 MEI 2020 BERSAMAAN 11 RAMADAN 1441H



MANAQIB SAYYIDATINA KHADIJAH AL-KUBRA



Alangkah sempurna akal dan ilmu Sayyidah Khadijah, perkataan beliau telah menghibur dan menyenangkan hati Baginda, perkataan beliau telah membenarkan apa yg terjadi pada Baginda walaupun beliau sudah yakin lebih adahulu perkataan itu selalu diingat dan disebut oleh Baginda di hadapan para shohabat, kerana itu beliau mendapat keistimewaan yg banyak tidak terhingga.



3 MEI 2020 BERSAMAAN 11 RAMADAN 1441H



MANAQIB SAYYIDATINA KHADIJAH AL-KUBRA



Adapun sebahagian daripada keistimewaan Sayyidah Khadijah radhiyallahu 'anhaa: *



Awal2 orang yg masuk Islam, maka dg sebab iman Sayyidah Khadijah , Allah ringankan segala bebabn yg ada pada Baginda Rasulullah ‫ﷺ‬ * Mendapat kemuliaan sbg istri Rasulullah dan mendapat keberuntungan dg berkhidmah kpd Rasulullah dan menyaksikan ketikan dibangkitkan Rasulullah serta menolong dan membela dakwah Rasulullah ‫ﷺ‬



3 MEI 2020 BERSAMAAN 11 RAMADAN 1441H



MANAQIB SAYYIDATINA KHADIJAH AL-KUBRA



*Keturunannya terpelihara daripada keturunan kaum jahiliyyah sehingga beliau diberi gelar "Sayyidah Ath- Thoohiroh" dan masyhurnya dipanggil dengan "Al-Kubroo" dan nasab beliau bertemu dg nasab Rasulullah pada datuknya Qushay. *Termasuk daripada "Ahlud Darki" yaitu apabila di tawasuli dg menyebut ( Yaa Ummanaa Khadijah Al-Kubroo 3x) maka hadirlah beliau.



3 MEI 2020 BERSAMAAN 11 RAMADAN 1441H



MANAQIB SAYYIDATINA KHADIJAH AL-KUBRA



*Beliau mempunyai ilmu dan akal yg sempurna, akhlak yg baik dan terpuji, bijaksana dalam segala urusan, mempunyai firasat yg kuat, semangat besar, pandangan dan pendapat yg tepat, mempunyai keelokan yg sempurna. *Orang yg sangat kaya raya dan pemurah, banyak harta dan pembantu perniagaan yg berhasil sehingga semua hartanya diserahkan kepada Rasulullah ‫ ﷺ‬untuk dakwah agama Islam. *Selalu menghibur dan menyenangkan hati Baginda, senantiasa bersama Baginda selama lebih kurang 24 tahun menjalani rumah tangga tidak pernah beliau menyakiti hati Baginda RasulullahShollallahu 'alaihi wa sallam.



3 MEI 2020 BERSAMAAN 11 RAMADAN 1441H



MANAQIB SAYYIDATINA KHADIJAH AL-KUBRA



*Diberi pangkat oleh Allah "Afdholu wa Sayyidatu Nisaa.il 'Aaalamiin dan isteri yg paling utama dari istri2 Baginda. *Mendapat ucapan dan kiriman salam dari Allah dan Malaikat Jibril dan beliau mendapat kabar dari Rasulullah bahwa Allah telah menyediakan untuk mahligai yg terbuat dari Mutiara. *Sangat dicintai Rasulullah, sbg sabda beliau: "Sungguh aku telah diberi Allah cinta pada Khadijah dan aku cinta kepada orang yg mencintainya."



3 MEI 2020 BERSAMAAN 11 RAMADAN 1441H



MANAQIB SAYYIDATINA KHADIJAH AL-KUBRA



Walhasil, bahwasanya keistimewaan beliau tidak dapat dihitung, manaqib beliau tidak dapat dibatasi karena beliau selalu dipuji dan diceritakan Baginda kebaikan dan keistimewaannya.



3 MEI 2020 BERSAMAAN 11 RAMADAN 1441H



MANAQIB SAYYIDATINA KHADIJAH AL-KUBRA



PENGORBANAN SITI KHADIJAH SEMASA HIDUP Dikisahkan, suatu hari ketika Rasulullah pulang dari berdakwah, Beliau masuk ke dalam rumah. Khadijah menyambut, dan hendak berdiri di depan pintu. Ketika Khadijah hendak berdiri, Rasulullah bersabda, “Wahai Khadijah tetaplah kamu ditempatmu.” Ketika itu Khadijah sedang menyusui Fatimah yang masih bayi. Saat itu seluruh kekayaan mereka telah habis. Seringkali tiada bekalan makanan. Sehingga ketika Fatimah menyusu, bukan air susu yang keluar akan tetapi darah. Darahlah yang masuk dalam mulut Fatimah r.a.



3 MEI 2020 BERSAMAAN 11 RAMADAN 1441H



MANAQIB SAYYIDATINA KHADIJAH AL-KUBRA



Kemudian Beliau mengambil Fatimah dari gendongan isterinya lalu diletakkan di tempat tidur. Rasulullah yang lelah seusai pulang berdakwah dan menghadapi segala caci maki dan fitnah manusia itu lalu berbaring di pangkuan Khadijah. Rasulullah tertidur. Ketika itulah Khadijah membelai kepala Rasulullah dengan penuh kelembutan dan rasa sayang. Tak terasa air mata Khadijah menetes di pipi Rasulullah. Beliau pun terjaga.



3 MEI 2020 BERSAMAAN 11 RAMADAN 1441H



MANAQIB SAYYIDATINA KHADIJAH AL-KUBRA



“Wahai Khadijah Mengapa engkau menangis? Adakah engkau menyesal bersuamikan aku, Muhammad?” tanya Rasulullah dengan lembut. “Dahulu engkau wanita bangsawan, engkau mulia, engkau hartawan. Namun hari ini engkau telah dihina orang. Semua orang telah menjauhi dirimu. Seluruh kekayaanmu habis. Adakah engkau menyesal wahai Khadijah bersuamikan aku, Muhammad?" lanjut Rasulullah tak kuasa melihat isterinya menangis.



3 MEI 2020 BERSAMAAN 11 RAMADAN 1441H



MANAQIB SAYYIDATINA KHADIJAH AL-KUBRA



“Wahai suamiku. Wahai Nabi ALLAH. Bukan itu yang kutangiskan." jawab Khadijah. "Dahulu aku memiliki kemuliaan. Kemuliaan itu telah aku serahkan untuk Allah dan RasulNya. Dahulu aku adalah bangsawan. Kebangsawanan itu juga aku serahkan untuk Allah dan RasulNya. Dahulu aku memiliki harta kekayaan. Seluruh kekayaan itupun telah aku serahkan untuk Allah dan RasulNya.



3 MEI 2020 BERSAMAAN 11 RAMADAN 1441H



MANAQIB SAYYIDATINA KHADIJAH AL-KUBRA



"Wahai Rasulullah. Sekarang aku tak punya apa-apa lagi. Tetapi engkau masih terus memperjuangkan agama ini. Wahai Rasulullah. Sekiranya nanti aku mati sedangkan perjuanganmu ini belum selesai, sekiranya engkau hendak menyebrangi sebuah lautan, sekiranya engkau hendak menyebarangi sungai namun engkau tidak memperoleh rakit pun atau pun jembatan.” "Maka galilah lubang kuburku, ambilah tulang belulangku. Jadikanlah sebagai jembatan untuk engkau menyebrangi sungai itu supaya engkau bisa berjumpa dengan manusia dan melanjutkan dakwahmu.”



3 MEI 2020 BERSAMAAN 11 RAMADAN 1441H



MANAQIB SAYYIDATINA KHADIJAH AL-KUBRA



"Ingatkan mereka tentang kebesaran Allah. Ingatkan mereka kepada yang hak. Ajak mereka kepada Islam, wahai Rasulullah.”



3 MEI 2020 BERSAMAAN 11 RAMADAN 1441H



MANAQIB SAYYIDATINA KHADIJAH AL-KUBRA



Siti Khadijah adalah isteri pertama Rasulullah. Orang yang pertama kali beriman kepada ALLAH dan kenabian Rasulullah. Orang yang sangat berjasa bagi dakwah Rasulullah dan penyebaran agama Islam. Siti Khadijah wafat pada hari ke-11 bulan Ramadlan tahun ke-10 kenabian, tiga tahun sebelum Rasulullah hijrah ke Madinah. Khadijah wafat dalam usia 65 tahun, saat usia Rasulullah sekitar 50 tahun.



3 MEI 2020 BERSAMAAN 11 RAMADAN 1441H



MANAQIB SAYYIDATINA KHADIJAH AL-KUBRA



PERMINTAAN TERAKHIR Diriwayatkan, ketika Khadijah sakit menjelang ajal, Khadijah berkata kepada Rasululllah SAW, “Aku memohon maaf kepadamu, Ya Rasulullah, kalau aku sebagai istrimu belum berbakti kepadamu.” “Jauh dari itu ya Khadijah. Engkau telah mendukung dawah Islam sepenuhnya,” jawab Rasulullah.



3 MEI 2020 BERSAMAAN 11 RAMADAN 1441H



MANAQIB SAYYIDATINA KHADIJAH AL-KUBRA



Kemudian Khadijah memanggil Fatimah Azzahra dan berbisik, Fatimah puteriku, aku yakin ajalku segera tiba, yang kutakutkan adalah seksa kubur. Tolong mintakan kepada ayahmu, aku malu dan takut memintanya sendiri, agar beliau memberikan sorbannya yang biasa untuk menerima wahyu agar dijadikan kain kafanku.



3 MEI 2020 BERSAMAAN 11 RAMADAN 1441H



MANAQIB SAYYIDATINA KHADIJAH AL-KUBRA



Mendengar itu Rasulullah berkata, “Wahai Khadijah, ALLAH menitipkan salam kepadamu, dan telah dipersiapkan tempatmu di syurga.” Ummul Mukminin, Sayyidah Khadijah pun kemudian menghembuskan nafas terakhirnya dipangkuan Rasulullah. Didakapnya isteri Beliau itu dengan perasaan pilu yang teramat sangat. Tumpahlah air mata mulia Beliau dan semua orang yang ada disitu.



3 MEI 2020 BERSAMAAN 11 RAMADAN 1441H



MANAQIB SAYYIDATINA KHADIJAH AL-KUBRA



KAIN KAFAN DARI ALLAH Saat itu Malaikat Jibril turun dari langit dengan mengucap salam dan membawa lima kain kafan. Rasulullah menjawab salam Jibril dan kemudian bertanya, “Untuk siapa sajakah kain kafan itu, ya Jibril?” “Kafan ini untuk Khadijah, untuk engkau ya Rasulullah, untuk Fatimah, Ali dan Hasan….” jawab Jibril. Jibril berhenti berkata dan kemudian menangis. Rasulullah bertanya, “Kenapa, ya Jibril?” Cucumu yang satu, Husain tidak memiliki kafan, dia akan dibantai dan tergeletak tanpa kafan dan tak dimandikan sahut Jibril.



3 MEI 2020 BERSAMAAN 11 RAMADAN 1441H



MANAQIB SAYYIDATINA KHADIJAH AL-KUBRA



Rasulullah berkata di dekat jasad Khadijah, “Wahai Khadijah istriku sayang, demi ALLAH, aku takkan pernah mendapatkan istri sepertimu. Pengabdianmu kepada Islam dan diriku sungguh luar biasa. ALLAH maha mengetahui semua amalanmu.” "Semua hartamu kau hibahkan untuk Islam. Kaum muslimin pun ikut menikmatinya. Semua pakaian kaum muslimin dan pakaianku ini juga darimu.” "Namun begitu, mengapa permohonan terakhirmu kepadaku hanyalah selembar sorban?”



3 MEI 2020 BERSAMAAN 11 RAMADAN 1441H



MANAQIB SAYYIDATINA KHADIJAH AL-KUBRA



Tersedu Rasulullah mengenang isterinya semasa hidup. Seluruh kekayan Khadijah diserahkan kepada Rasulullah untuk perjuangan agama Islam. Dua per tiga kekayaan Kota Mekkah adalah milik Khadijah. Tetapi ketika Khadijah hendak menjelang wafat, tidak ada kain kafan yang bisa digunakan untuk menutupi jasad Khadijah. Bahkan pakaian yang digunakan Khadijah ketika itu adalah pakaian yang sudah sangat kumuh dengan 83 tambalan diantaranya dengan kulit kayu.



3 MEI 2020 BERSAMAAN 11 RAMADAN 1441H



MANAQIB SAYYIDATINA KHADIJAH AL-KUBRA



Rasulullah kemudian berdoa kepada ALLAH. “Ya ALLAH” Ya Ilahi “Ya Rabbi, limpahkanlah rahmat-Mu kepada Khadijahku, yang selalu membantuku dalam menegakkan Islam. Mempercayaiku pada saat orang lain menentangku. Menyenangkanku pada saat orang lain menyusahkanku. Menentramkanku pada saat orang lain membuatku gelisah. Oh Khadijahku sayang, kau meninggalkanku sendirian dalam perjuanganku. Siapa lagi yang akan membantuku?” Tiba-tiba Ali berkata, “Aku, Ya Rasulullah!”



3 MEI 2020 BERSAMAAN 11 RAMADAN 1441H



MANAQIB SAYYIDATINA KHADIJAH AL-KUBRA



Sayyidah Khadijah diwafatkan pada tanggal 11 Ramadhan, 3 tahun sebelum hijrah ke Madinah dan beliau di makamkan di Mu'alla yg dikenal dg Kampun Hujun. Maka dg kasih sayang turun Baginda meletakkan jasad Sayyidah Khadijah dan meratakan tanahnya dg perlahan-lahan sebagai tanda kelebihan beliau dari istri2 yang lain dan beliau wafat berumur 65 tahun Radhiyallahu 'anhaa..



3 MEI 2020 BERSAMAAN 11 RAMADAN 1441H



MANAQIB SAYYIDATINA KHADIJAH AL-KUBRA



Tahun itu disebut sebagai Aamul Huzni (tahun kesedihan) dalam kehidupan Rasulullah. Ilaa hadlratin Nabiyyil musthafa, wa ilaa Khadijah al Kubra, al Fatihah.