Manfaat Roda Impian [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

4) Kepentingan: Dalam permainan ‘Roda Impian’, kita dapat mengenalpasti beberapa manfaat dan kebaikan yang terkandung di dalamnya. Permainan ‘Roda Impian’ juga dapat memberikan kesan-kesan positif dalam kalangan individu yang terlibat, bukan sahaja antara murid dengan pengajar, malah antara murid dengan kalangan murid juga. Antaranya manfaat yang diperoleh ialah, pelajar-pelajar dapat menambah perbendaharaan kata Bahasa Arab. Hal ini demikian kerana, dalam permainan ini pelajar-pelajar harus meneka beberapa perkataan dalam bahasa Arab. Oleh itu, mereka yang bermain permainan ini dapat mempelajari beberapa perkataan Bahasa Arab yang baharu dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, melalui permainan ini juga, pelajar-pelajar dapat menghilangkan rasa bosan semasa belajar. Lazimnya, pelajar-pelajar akan berasa bosan, mengantuk dan lapar apabila pembelajaran dijalankan. Justeru, dengan adanya permainan ‘Roda Impian’ ini dapat menimbulkan perasaan gembira dan seterusnya dapat melupakan seketika terhadap rasa bosan dan mengantuk. Apabila pelajar berasa gembira, ini akan menarik minat mereka untuk mempelajari lebih mendalam bahasa Arab. Di samping itu, permainan ‘Roda Impian’ ini boleh digunakan sebagai satu cara untuk meningkatkan penguasaan bukan sahaja dari segi penguasaan bertutur, malah dapat meningkatkan penguasaan berfikir dan membaca dalam bahasa Arab. Hal ini kerana, dalam permainan ini, mereka haruslah berfikir dengan logik perkataan-perkataan yang sesuai. Permainan ini juga akan mendedahkan pelajar-pelajar dengan perkataan-perkataan bahasa Arab dan ini akan meningkatkan kemahiran dan penguasaan membaca dalam bahasa Arab. Seterusnya, manfaat lain yang terdapat melalui permainan ini ialah dapat membentuk disiplin murid membuat sesuatu dalam had masa yang telah diberikan. Hal ini demikian kerana, melalui permainan pelajar-pelajar haruslah menyelesaikan perkataan yang diberikan dalam had masa yang telah ditetapkan.