Roda Impian [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

“RODA IMPIAN” MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENGEJA SUKUKATA KV+KV DI KALANGAN MURID-MURID PRASEKOLAH MENGIKUT KAEDAH BELAJAR SAMBIL BERMAIN



ABSTRAK Pengalaman mengajar di kelas prasekolah selama hampir 11 tahun menemukan saya dengan pelbagai ragam murid dan pelbagai masalah pembelajaran. Antara masalah utama yang biasa dihadapi ialah murid tidak dapat menguasai kemahiran mengeja dan membatangkan perkataan yang terdiri daripada sukukata kvkv walaupun sudah boleh membunyikan sukukata kv. Contohnya murid boleh membunyikan sukukata ku dan sukukata da tetapi membaca dan menyebut dada atau lada bukannya kuda. Saya tercari-cari apakah teknik yang sesuai untuk mengatasi masalah murid-murid yang cepat lupa dan sukar mengingat kerana melalui pemerhatian yang saya jalankan mereka ini sebenarnya menghadapi masalah tersebut iaitu sukar mengingati bunyi sukukata pertama. Oleh sebab itullah murid tidak menguasai kemahiran membaca perkataan kv+kv walaupun telah menguasai kemahiran mengenal sukukata kv. Akhirnya saya terfikir untuk menggunakan teknik roda impian yang diilhamkan dari



program tv kesukaan ramai itu. Perancangan tindakan



difokuskan kepada penggunaan teknik ‘Roda Impian ‘ untuk meningkatkan penguasaan kemahiran mengeja kv+kv. Murid telah didedahkan kepada teknik ‘roda Impian’ selama lebih kurang 3 bulan. Keputusan rekod penilaian membaca sukukata telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan temubual pula menunjukkan murid lebih mengingati, memahami dan seronok belajar mengeja sukukata.



1.1 OBJEKTIF AM Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran mengeja dan membaca di kalangan murid-murid prasekolah . 1.2 OBJEKTIF KHUSUS 



Membantu meningkatkan kemahiran murid dalam mengeja KV+KV.







Menimbulkan minat murid-murid dalam menguasai kemahiran membaca melalui aktiviti p&p yang menyeronokkan iaitu belajar sambil bermain.







Melahirkan murid-murid yang yakin dengan diri sendiri dan berfikiran secara kreatif dan kritis.







Mengubah amalan P&P guru dengan mewujudkan suasana P&P yang lebih ceria dan harmonis.







Melahirkan rasa ingin tahu murid apabila berinteraksi dengan bahan yang lain dari kebiasaan.







Menggalakkan murid berinteraksi dengan bahan.







Membolehkan guru menggunakan bahan bantu mengajar berulangkali kerana bahan yang digunakan tahan dan tidak mudah rosak.







Kad gambar dan kad sukukata boleh ditukar ganti mengikut kesesuaian. Sesi rawatan Saya menggunakan ‘roda impian’ ini sebagai bahan bantu mengajar untuk sesi rawatan bagi murid-murid bermasalah ini.. Semasa sesi rawatan ini, murid menjalankan aktiviti ‘roda impian’ di mana ia mengandungi sukukata dan gambar. Sesi rawatan ke atas murid yang terpilih ini ialah dengan mengadakan sesi mengeja kv+kv secara berulang sebagai peneguhan mereka.



Analisis sesi rawatan Murid telah menunjukkan peningkatan yang positif. Hal ini kerana teknik bermain ‘ Roda Impian’ ini adalah amat sesuai dengan tahap perkembangan murid prasekolah kerana murid menemui jawapan melalui gamgar-gambar yang disertakan bersama kad sukukata. Kad-kad gambar dan kad-kad sukukata ini dapat menarik perhatian murid prasekolah. Sesi rawatan ini dapat dilakukan secara berulang kali sebagai peneguhan kepada murid sasaran.



Dapatan ujian menunjukkan peningkatan dari segi pencapaian murid. Walaupun perkembangan mengeja murid sasaran adalah mengambil masa yang agak lama, mereka masih mampu menguasai kemahiran mengeja kerana di bantu oleh ‘Roda Impian’ yang mengandungi gambar berwarna-warni yang menarik perhatian mereka. PELAKSANAAN TEKNIK ‘RODA IMPIAN’



Langkah 1 -



Latih tubi menyebut dan mengeja sukukata kv



-



Murid menulis sukukata kv yang disebut oleh guru. Langkah 2



-



Murid memadankan sukukata pertama dan sukukata keduamembentuk perkataan kv + kv



-



berdasarkan gambar pada roda impian. Latihan mengeja dan menyebut perkataan yang telah dihasilkan. Langkah 3



- Sukukata pertama telah diberikan. Murid mencari dan memadankan suku kata yang kedua berdasarkan gambar pada roda impian. -



Latih tubi mengeja dan menyebut perkataan kv + kv yang telah dilengkapkan.



-



Latihan iaitu melengkapkan ejaan berdasarkan gambar menggunakan kad-kad suku kata kv pada ’roda impian’.



- Latihan bertulis iaitu melengkapkan ejaan dengan menulis sukukata tertinggal berdasarkan gambar. ( RUJUK CONTOH LEMBARAN KERJA ) Langkah 4 -



Sukukata kedua telah diberi, murid mencari dan memadankan sukukata yang pertama berdasarkan gambar pada roda impian.



-



Latih tubi mengeja dan menyebut perkataan yang telah dilengkapkan.



- Latihan melengkapkan ejaan berdasarkan gambar menggunakan kad-kad sukukata kv pada ’roda impian’. - Latihan bertulis iaitu melengkapkan ejaan dengan menulis sukukata tertinggal berdasarkan gambar.( RUJUK CONTOH LEMBARAN KERJA ) Langkah 5 -



Murid mengisi tempat kosong dengan ejaan yang betul berdasarkan gambar. ( RUJUK CONTOH LEMBARAN KERJA ) Akhir sekali, saya membuat ujian membaca kepada murid sasaran bagi mengetahui tahap perkembangan kemahiran mengeja kv+kv.



REFLEKSI KAJIAN Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik bermain ‘Roda Impian ‘ banyak membantu murid prasekolah meningkatkan kemahiran mengeja sukukata kv+kv. Murid dapat membina keyakinan diri , daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang dipelajari di samping menjadikan suasana P&P lebih ceria dan menyeronokkan. Saya yakin teknik bermain ’Roda Impian’ dapat membantu meningkatkan kemahiran mengeja sukukata kv+kv dan seterusnya sukukata yang lebih sukar lagi. Ianya tidak terikat



kepada sukukata kv+kv sahaja kerana kad –kad boleh ditukar dan boleh dipelbagaikan sukukatanya mengikut tahap perkembangan kemahiran murid. 2.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut: Terus menggunakan teknik bermain ‘Roda Impian’ untuk murid yang mempunyai tahap perkembangan yang lemah untuk meningkatkan kemahiran mengeja dan membaca sukukata yang lebih susah seperti kv+kvk, kvk+kv, kvk+kvk dan seterusnya. Menyediakan satu modul penggunaan ‘Roda Impian dalam P&P yang lebih terancang dan teratur.



Hasil dari penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid. Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses P&P lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.



CONTOH LEMBARAN KERJA Nama:_____________________________________



Kelas:___________________



Kemahiran: BM(3.5.3) membatang dua sukukata terbuka KVKV untuk menjadi perkataan. Arahan:



Lengkapkan



ejaan



berdasarkan



gambar.



bo__



ki__



ku__



ro__



gu__



CONTOH LEMBARAN KERJA Nama:_____________________________________



Kelas:___________________



Kemahiran: BM(3.5.3) membatang dua sukukata terbuka KVKV untuk menjadi perkataan. Arahan: Lengkapkan



ejaan



berdasarkan



gambar.



__la



__wi



__da



__ti



____ru CONTOH LEMBARAN KERJA Nama:_____________________________________



Kelas:___________________



Kemahiran: BM(3.5.3) membatang dua sukukata terbuka KVKV untuk menjadi perkataan. Arahan: Tuliskan







ejaan



berdasarkan



____



gambar.







____



____



____



____