Modernisme PDF [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

FAKULTI SAINS GUNAAN IJAZAH SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) TEKNOLOGI PERSEKITARAN CTU 552 FALSAFAH DAN ISU SEMASA PENULISAN KERTAS KERJA PEMBENTANGAN ‘MODERNISME’



KUMPULAN 3 CTU552 NAMA AHLI KUMPULAN :



1. AQILAH ZULAIKA BINTI MOHD NOOR ZAMIN (2020969283) 2. NUR AIN NABILAH BINTI SAIFUL AZHAR (2020993519) 3. SHAZWINA HAIDAH BINTI ABDUL HALIM (2020975165) 4. ADIBAH SYAZWANI BINTI AZHARI (2020977397) 5. NURUL NASRIN BINTI MOHD DZAFIR (2020995485)



NAMA PENSYARAH :



MISS NOR DIYANAH BINTI ZAFRI



KUMPULAN :



AS2291A



PERAKUAN PELAJAR



SAYA DENGAN INI MEMBUAT PERAKUAN BAHAWA PADA SETIAP MASA SEMUA HASIL TUGASAN YANG SAYA SERAHKAN ADALAH HASIl KERJA SAYA SENDIRI, TIDAK



MENIRU



DAN



PLAGIAT



DARIPADA



MANA-MANA



SUMBER,



ATAU



MENCUBA UNTUK MENIRU MANA-MANA PIHAK TANPA MELETAKKAN SITUASI YANG SEPATUTNYA. SAYA SEDAR BAHAWA MANA-MANA PELAJAR YANG MELANGGAR ATAU DISYAKI MELANGGAR PERAKUAN YANG DIBUAT BOLEH DIBAWA KEPADA JAWATANKUASA TERTIB ACIS. PERAKUAN OLEH : 1. AQILAH ZULAIKA BINTI MOHD NOOR ZAMIN (2020969283) 2. NUR AIN NABILAH BINTI SAIFUL AZHAR (2020993519) 3. SHAZWINA HAIDAH BINTI ABDUL HALIM (2020975165) 4. ADIBAH SYAZWANI BINTI AZHARI (2020977397) 5. NURUL NASRIN BINTI MOHD DZAFIR (2020995485)



PENGENALAN



Modernisme dalam pandangan Islam merupakan salah satu tugas mata kuliah filsafat. Modern dari kata latin modernus bererti ‘baru saja’ atau „just now‟ telah membawa maksud mengenal pembahagian zaman dari zaman purba, zaman pertengahan dan zaman moden dan lebih penting mengacu kepada ‘cara berfikir dan bertindak’. Puncak modernisme ini bermula dengan reformasi ajaran agama Islam yang berlandaskan Al Quran dan Al-Sunnah pada suatu ketika dahulu. Ibnu Tamiyyah telah mengintegrasikan aspek aspek teologi, hukum, rasionalitas dan sufisme manakala bagi bangsa-bangsa Eropah Barat pada abad-abad pertengahan dari zaman kegelapan ( Dark Age) menuju masa renaissance yang bermula pada abad 16, masyarakat terbebas dari kongkongan dogma-dogma gereja dan terbukalah pengembangan ilmu pengetahuan melalui penalaran akal, di mana eropah barat kemudiannya telah melahirkan peradaban moden iaitu Enlightenment (masa pencerahan). Tujuan modernisme adalah untuk memperkaya wawasan keilmuan selain dapat mengetahui perkembangan sejarah modernisasi Islam dalam mempertahankan ajaran-ajaran Islam.



OBJEKTIF



1. Untuk mempelajari perkembangan sejarah modenisasi Islam dengan lebih mendalam. 2. Untuk meningkatkan ghirah jihad dalam mempertahankan ajaran-ajaran Islam. 3. Untuk mengenal pasti tokoh-tokoh yang telah mengusahakan pelbagai kaedah dan usaha untuk memajukan serta mempertahankan agama Islam. 4. Untuk mengkaji betapa kaya dan luasnya ilmu serta pendidikan dalam agama Islam yang mampu membawa umat Islam keluar dari pemikiran yang cetek dan kolot.



CIRI-CIRI MODERNISME



1. Pendewaan



terhadap



Rasio



(abad



ke-18)



yang



dahulu



kalanya



menegaskan bahawa akal fikiran merupakan sumber utama kepada kejayaan dan kebahagiaan manusia yang akan membawa kepada kemajuan diri. 2. Bersifat sekularisme dimana memisahkan hal agama dan politik dalam sesuatu perkara. 3. Kesedaran diri yang rasional terhadap perubahan semasa seperti tradisi, sastera, sosial dan teknologi. 4. Antroposentrisme iaitu kemampuan manusia untuk memajukan diri daripada zaman sebelumnya yand mendorong manusia memandang diri mereka menjadi ukuran untuk segala perkara yang terjadi.



FAKTA DAN HURAIAN



Antara fakta yang dapat diperoleh daripada konsep modernisme ini adalah golongan yang mempunyai pemikiran, dimana cenderung dengan bidang politik dalam aktiviti mereka (Haddad 1986 dan Dessouki 1982). Oleh itu, para orientalis dan sarjana Muslim mengambil keputusan untuk menetapkan satu unsur atau tema bersifat fundamental dan Islamis kepada golongan ini. Hal ini bertujuan untuk menyedarkan kembali umat Islam yang sudah terpengaruh dengan analisa- analisa barat yang meracuni pemikiran mereka. Hal ini berpunca daripada kepelbagaian sikap dan aliran pemikiran yang terlalu melampau atau tidak tepat. Justeru itu, sarjana Muslim telah berusaha keras untuk mencari jalan penyelesaian bagi memperkasakan umat Islam yang terjerumus dalam tamadun Barat (Atlatas 1972) dengan berbalik semula kepada sumber asli supaya dapat kembali kepada Zaman Kegemilangan dan Keunggulan Islam (Golden Era of Islam).



Selain itu, para sarjana Islam membuat satu pemerhatian atau reaksi awal dalam arus yang mencabar dalam unsur kebaratan. Mereka menilai dan melihat dari segi politik, hidup masyarakat, dan keagamaan yang merangsang aliran seperti liberalisme, sekularisme, fundamentalisme dan sebagainya (Mohd. Rumaizuddin 2005).Hasilnya, sarjana Islam telah mengguna pakai aliran ini, namun tidak dipersetejui oleh para ulama dan sesetengah sarjana yang lain dimana aliran ini tidak



diselidik



dari



segi



dalaman



dan



luaran.



Hal



ini



menyebabkan



ketidaksenambungan dalam rangkaian pemikiran sejarah Islam.Oleh itu, Muhammad Natsir telah menegaskan bahawa istilah dari Barat harus didalami dan dikaji dengan betul terutamanya apabila berkait rapat dengan Islam supaya selaras dengan pemikiran aliran Islam.



Di samping itu, modernisme ini bermula sekitar akhir kurun ke 19 Masihi. Semasa kaedah modernisme mahu menular ke pemikiran orang ramai, muncul pula satu unsur fundamentalisme untuk diterapkan dalam modernisme. Para penulis berasa



teragak-agak



untuk



menceritakan



unsur



modernisme



ini



sekaligus



menunding jari ke satu golongan modenis yang ingin menerapkan unsur barat dan tidak peduli akan Islam (Wan Muhammad Ali dan Muhammad Uthman ElMuhammady 1977). Walau bagaimanapun, pendekatan kaedah fundamentalisme ini mendapat sokongan yamg kuat dari masyarakat kelas menengah yang mendakwa dari para perwakilan umat Islam yang setia dan mempertahankan Islam sebagai suatu cara hidup.



Dalam pada itu, kegagalan dalam perkembangan modernisme di Malaya dalam menubuhkan organisasi dakwah, sosial dan politik sepertimana di negara Indonesia. (Roff 1967: 87). Menurut Mohd Sarim, antara punca kegagalan tersebut adalah kerana waktu perbincangan tentang gerakan Islah terbatas. Kedua, peranan Islam sebagai penggerak kepada gerakan politik orang-orang Melayu seolah-olah dimatikan setakat tahun 1930an sahaja. Hal ini berpunca daripada golongan elit secular (tiada kepercayaan agama) yang telah mendahului gerakan nasionalisme Melayu. Ketiga, hujah yang tidak menarik dimana ia membandingkan gerakan Islah yang terdahulu yang telah ketinggalan zaman. Hal ini terjadi kerana hasil daripada kelemahan pemerintah umat Islam yang membawa kepada kemunduran masyarakat Islam serta penindasan daripada Eropah yang menguasai dunia Islam pada ketika itu.



Natijahnya, setelah sekian dan berabad lamanya



modernisme ini



dibahaskan, Prof Madya Dr. Kamarudin Salleh telah membuat kesimpulan dimana modernisme ini berkonsepkan penekanan kepada rasionaliti iaitu kebebasan kepada manusia, mengharmonikan kepercayaan Islam dengan nilai-nilai moden yang menekankan sikap keutamaan bahawa pandangan Islam haruslah selari dengan pandangan Barat. Hal ini kerana, kita tidak sewajarnya fokus kepada satu pandangan sahaja kerana jika kita ingin Islam ini berkembang, kita perlulah membuat perbandingan anatara Islam dan Barat dimana mengambil pandangan



yang berguna dan menghindarkan dari pandangan yang memudaratkan. Tambahan pula, dari segi politik modernisme, konsep yang harus diguna pakai adalah pemisahan agama dari segala urusan politik dan praktikalnya serta merangka sistem undang-undang dengan tulus dan adil.



KESAN MODERNISME



Antara kesan kemunculan modenisme kepada manusia, termasuklah golongan muda menjadi satu tarikan dan sering dipuja. Hal ini telah menyebabkan golongan muda tidak mempunyai rasa hormat kepada golongan yang tua serta menganggap mereka sebagai kelompok yang ketinggalan zaman. Hal ini telah mendorong kepada pembahagian jawatan-jawatan penting, di mana jawatan-jawatan yang penting banyak diberikan kepada golongan-golongan muda kerana goongan muda ini dianggap “smart” sedangkan kabanyakkan daripada mereka mungkin tidak mempunyai pengalaman dan kebijaksaan yang kukuh. Selain itu, ideologi modernisme telah memberi persepsi yang salah terhadap wanita, di mana wanita dianggap sebagai alat yang berkesan untuk mempengaruhi lelaki serta wanita dikekalkan dalam dunia yang kolot. Fahaman ini juga telah menyebabkan sifat perikemanusiaan seseorang individu makin pudar dan akhlak sesorang individu juga runtuh disebabkan oleh modenisme yang telah mengajar manusia untuk melakukan sesuatu tanpa mengira akibat iaitu berkait rapat dengan bebas nilai atau dikali sebagai “value free”. Merentasi zaman modenisasi bermaksud sesuatu masyarat itu telah melalui pembangunan secara kompleks dari segi perkembangan sains dan teknologi. Implikasi daripada aspek ini telah memberikan satu bentuk pulangan yang lumayan dan besar dari hasil yang diperoleh melalui sains dan teknologi yang berkembang pesan dari abad ke abad. Hal ini mendorong manusia menjadi lebih bersifat individdualistik dan kekuasaan. Hasil daripada modenisasi ini juga menjadikan masyarakat tradisional berpegang teguh kepada pengekalan tradisi dan juga tidak dinamik. Golongan ini juga meempertahankan kepercayaan terhadap agama dan struktur social yang telah diwarisi. Oleh itu, situasi ini telah menyebabkan mereka lemah dari segi inovasi yang tidak berdaya maju serta cekap, Impak daripada modenisme ini telah menjadikan umat Islam lebih bersifat fikiran terbuka mencari solusi dan bersemangat menentang jajahan Barat daripada menindas agama Islam. Hasil daripada semagat tokoh-tokoh modenisme mampu menggerakkan umat Islam ke arah yang lebih baik dan maju. Umat Islam juga telah diberikan pendidikan yang pelbagai seperti bidang sains, matematik, farmasi dan



banyak lagi. Pendedahan ini adalah antara sumbangan besar untuk umat Islam terus maju mempertahankan hak dan negara mereka daripada dirampas oleh bangsa Barat.



TOKOH – TOKOH MODERNISME



Pada abad ke-18 dan awal abad ke-19, dunia Islam mengalami situasi yang angat kritikal, di mana hampir seluruh negara atau wilayah Islam jatuh ke tangan bangsa Barat. Jajahan bangsa Barat iaitu oleh agama Nasrani terhadap umat Islam memberi kesan yang sangat besar kepada umat Islam dan menyedarkan umat Islam dari terus terlena dan telah menyedari akan kelemahan mereka. Terdapat tokoh-tokoh yang tersohor yang membantu dalam pembaharuan dan modensasi dunia Islam. Antara tokoh-tokoh modenisme yang tersohor, termasuklah:



1. Syeikh Muhammad Abduh



Nama sebenar beliau ialah Muhammad Bin Abduh Bin Hasan Khairullah. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1849 Masihi di Antar, Mesir. Beliau meninggal dunia pada 1314 Hijrah atau 1905 Masihi di Dramil, Iskandariah, Mesir ketika usianya 56 tahun. Muhammad Abduh berasal dari keluarga petani yang miskin. Belliau mempunyai pertalian darah dengan Saiyidina Umar Al-Khattab melalui ibunya daripada kabilah Adi. Beliau adalah seorang ulama terbilang, pemimpin terkenal, imam mujtahid atau ketua pembaharuan, ketua pengarang yang mahsyur dan pelopor gerakan pembaharuan pemikiran Islam. Beliau menuntut ilmu di AlAzhar. Kemudian beliau bertemu dengan Al-Sayyid Jamaluddin Al-Afghani, beliau amat terkesan dengan didikan Al-Afghani tersebut. Syeikh Muhammad Abduh telah berubah dari seorang sufi kepada seseorang yang bersikap terbuka dan berfikiran luas. Al-Afghani juga memberi inspirasi kepada beliau utuk melaksanakan Gerakan Islah khusunya di Mesir. Idea-idea baharu dan bernas beliau telah memberi impak positif dalam perkembangan pemikiran Islam seperti berikut:



a) Penghargaan terhadap akal. Hal ini telah terbukti apabila Syeikh Muhammad Abduh menyatakan bahawa Islam adalah agama rasional di mana Islam selari dengan akal dan ilmu pengetahuan yang akan maju.



b) Pembukaan pintu ijtihad. Ijtihad adalah dasar yang penting dalam membangkitkan kembali ajaran Islam.



c) Sistem pendidikan di Al-Azhar telah dimodenisasi oleh beliau seperti mewujudkan mata piawai dalam penganugerahan sijil dan mewujudkan farmasi khusus untuk mahasiswa di Universiti Al-Azhar, Mesir.



2. Al-Sayyid Jamaluddin Al-Afghani



Nama sebenar beliau ialah Jamaluddin Bin Safdar Al-Afghani. Beliau dilahirkan pada 1254 Hijrah atau 1838 Masihi di Asad Abad, Kabul, Afghanistan. Beliau telah meninggal dunia pada 5 Syawal 1314 Hijrah bersamaan 9 Mac 1897 Masihi iaitu pada usia 60 tahun. Gelaran Al-Sayyid kerana mempunyai pertalian keturunan dengan Sayyidina Ali Bin Abi Talib serta mempunyai pertalian dengan At-Tarmizi iaitu ulama hadith yang terkenal. Beliau seorang anggota Majlis AlMa’arif (kementerian Pendidikan) di Istanbul, Turki pada tahun 1870 Masihi. Jamaludin Al-Afghani juga pernah memegang jawatan sebagai Perdana Menteri di Afghanistan. Beliau adalah guru kepada Syeikh Muhammad Abduh. Beliau sudah didedahkan kepada pembelajaran membaca Al-Quran, Bahasa Arab dan Persia serta ilmu-ilmu lain seperti tafsir, hadith tasawuf dan filsafat sejak dari kecil. Beliau juga gemar mengembara dan merantau untuk menyebarkan idea Islah.



Antara



sumbangan



beliau



dalam



perkembangan



pemikiran



dan



pergerakkan Islam termasuklah:



a) Mengubah pemikiran umat Islam selaras dengan kemajuan zaman.



b) Pelapor dan penggerak kebangkitan umat Islam menentang penjajah.



c) Menghasilkan beberapa karya ilmiah yang kreatif dan bermutu bagi menyokong idea Islah yang di bawanya.



3. Rasyid Ridha



Rasyid Ridha telah dilahirkan pada 23 September 1865 di Al-Qalamun. Beliau ialah anak murid kepada Syeikh Muhammad Abduh. Terdapat fakta yang menyatakan bahawa beliau mempunyai salasilah yang bersambung dengan Nabil Muhammad S.A.W. melalui keturunan Husain bin Ali bin Abi Talib sehingga beliau mendapat gelaran Al-Sayyid. Rasyid Ridha dibesarkan dalam keluarga yang terhormat dan taat agama. Setelah beliau bertemu dengan Muhammad Abduh, beliau tellah elahirkan semngat perjuangan dalam dirinya untuk mengeluarkan umat Islam dari ketinggalan di belakang dan fikiran yang mundur. Rasyid Ridha juga telah menerbitkan sebuah majalah yang dikenali sebagai AlManar, di mana namanya telah diusulkan oleh Rasyid Ridha. Antara pemikiran Rasyid Ridha tentang pembaharuan Islam termasuklah:



a) Umat Islam hendaklah menumbuhkan sikap aktif dan dinamik.



b) Sikap pemikiran kaum Jabariyah harus ditinggalkan oleh umat Islam.



c) Mentafsir ayat atau hadith dengan tidak meninggalkan prinsip umum dengan cara menggunakan akal fikiran.



d) Jika umat Islam ingin maju ke hadapan, umat Islam perlulah mengusai bidang sains dan teknologi.



e) Kewujudan unsur bidaah dan khurafat yang masuk ke dalam ajaran agama Islam telah menyebabkan umat Islam mundur.



4. Muhammad Ali Pasha



Muhammad Ali Pasha lahir pada bulan Januari 1765 Masihi, di Kawalla yang terletak di bahagian utara Yunani. Beliau telah banyak mengusahakan pelbagai pembaharuan bagi membangkitkan dan memperbaiki keadaan umat Islam yang kritikal dan jauh ketinggalan berbanding dengan negara Barat. Usaha-usha ini dilakukan dalam tiga bidang seperti:



a) Bidang ekonomi



Beliau telah mengambil alih dan mengurus tanah milik negara. Hasil tanah tersebut digunakan bagi kepetingan rakyat. Beliau juga telah membangunkan system irigasi yang menyebabkan hasil pertanian menjadi lebih baik.



b) Bidang militer



Muhammad Ali Pasha tersedar apabila Mesir jatuh ke tangan Napoleon Bonaparte. Perancis telah maju dengan teknologi peperangan yang membuatkan mereka mudah menguasai Mesir. Pada tahun 1802 Masihi, Perancis telah diusir oleh orang Inggeris dan telah mengundang seorang perwira tinggi Perancis untuk melatih tentera Mesir. Beliau mewujudkan sekolah militer pada tahun 1815 Masihi.



c) Bidang pendidikan



Pada tahun 1815, sekolah militer telah didirikan. Seterusnya, pada tahun 1816 sekolah teknik pula didirikan dan pada tahun 1827 sekolah kedokteran telah diwujudkan. Pembinaan sekolah kemudian diteruskan pada tahun 1929 iaitu mendirikan sekolah apoteker. Terdapat juga sekolah lain yang ditubuhkan iaitu sekolah pertambangan pada tahun 1834, manakala sekolah penerjermahan telah ditubuhkan pada tahun 1836.



CABARAN MODERNISME



Antara cabaran modernisme pada ketika dahulu termasuklah pandangan orientalis barat yang cenderung melabelkan kumpulan dan gerakan islam dengan sifat yang tertentu. Al- Qaradawi menyatakan keselesaanya memakai kalimah kebangkitan islam daripada kalimah-kalimah seperti fundamentalisme kerana beliau berkeyakinan bahawa yang harus menjadi pertimbangan adalah apa yang disebalik nama dan kandungannya bukan terletak pada nama dan judulnya. Muhammad Imarah mengakui umat Islam mengakui, umat islam turut memakai terminologi-terminologi yang merugikan mereka dari barat. Maka, sebagai umat Islam, kita perlulah memainkan peranan yang penting



untuk



membebaskan terma-terma menyeleweng kepada makna sebenar sehingga menyelamatkan pemikiran islam dari bahaya yang ditimbulkan. Muhammad Natsir menegaskan bahwa



istilah yang datang dari barat perlu ditinjau



penggunannanya dan diletakkan pada tempat yang betul apabila dikaitkan dengan Islam dan pertuduhan seperti Hizbut-Tahrir dimana ia memang menolak penggunaan terma dan istilah di atas yang seolah-olah ia merupakan satu paksaan ke atas umat islam.



Konklusinya, pengunaan istilah dan label sebegini bukanlah sesuatu perkara yang asas yang boleh menjadikan umat islam bertengkar sesama sendiri kerana pihak musuh Islam menggalakan perkara itu berlaku dan penting istilah tersebut diberi tafsiran selaras dengan acuan dan pendirian kita.



IMPLIKASI MODERNISME



Selain itu, implikasi modernisme pada masa akan datang adalah golongan muda akan mudah terpengaruh dengan unsur-unsur barat yang meracuni pemikiran mereka. Seandainya, perkara sebegini tidak dikawal, lama-kelamaan generasi akan datang akan lebih cenderung hidup dalam gaya barat dan mereka seakan tidak tahu akan kewujudan Tuhan. Mereka tidak ambil peduli tentang unsur keagamaan dan pada satu masa mereka akan memberontak menolak kebenaran dan menerima perkara yang tidak benar. Ini akan menyebabkan mereka semakin jauh dari agama malah berani mempertahankan perkara yang tidak sepatutnya mereka lakukan. Selain itu juga, yang paling membimbangkan adalah sebilangan mereka akan menjadi seorang yang tidak percaya akan Tuhan. Hal ini kerana orang-orang Barat sememangnya mahu menyuntik dalam diri mereka agar dunia ini adalah bebas untuk berbuat apa sahaja yang dimahukan. Tiada unsur ketuhanan, agama dan apabila mati, tidak ada kehidupan lain lagi selepas itu. Hal ini dikatakan pihak komunis Barat mahu orang Islam hanyut dengan dunia dan tidak memikirkan Tuhan dan agama yang sebenarnya.



CADANGAN ATAU KOMENTAR MENGENAI MODENISME Sebagai seorang manusia yang amanah dan bertanggungjawab, kita perlulah mempunyai



sifat



untuk memperbaiki



sesuatu



masalah



atau



perihal



yang



memundurkan kita agar kita dapat menikmati kebaikkan di dunia dan juga akhirat kelak. Oleh itu, terdapat beberapa cadangan atau komentar yang boleh dikupas melalui konsep modenism ini termasuklah:



1. Manusia mestilah mempunyai kepercayaan yang kukuh kepada Allah S.W.T supaya kita tidak akan dapat ditindas oleh orang luar atau agama lain yang menentang agama islam. Sebagai contoh, manusia haruslah tidak putus mencari ilmu dan menyebarkan agama Islam dengan berpandukan sumber yang betul. Oleh itu, dengan adanya semangat keteguhan dan cinta akan agama akan menyatukan umat islam agar dapat melawan anasir luar yang cuba menindas agama islam.



2. Kita sebagai manusia perlu mengkaji dan menilai terlebih dahulu sesuatu perkara dengan berpandukan pelbagai sumber seperti wahyu, Al-Quran, hadis, ilham, naluri, akal fikiran dan pancaindera yang dikurniakan oleh Allah S.W.T sebagai panduan manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Oleh itu, manusia dapat membezakan antara perkara yang sahih dan perkara yang palsu supaya informasi atau pelajaran yang salah atau tidak betul sumbernya dapat dielakkan daripada disebarkan kepada generasi akan datang. Manusia juga akan dapat membaik pulih cara berfikir agar informasinya logik dan fakta yang benar.



3. Era modenisasi ini telah menyebabkan manusia lalai kerana mengejar kekayaan duniawi sehingga melupakan hal di akhirat kelak. Oleh itu, kita perlu seimbangkan antara hal-hal duniawi dan hal-hal akhirat, dengan cara menguruskan masa dengan baik dan teratur dalam melakukan aktiviti seharian seperti bekerja, bermain dan beribadah. Kita mestilah mengigati bahawa betapa penting mana pun sesuatu kerja, kita haruslah utamakan hubungan kita dengan Allah S.W.T supaya hidup ini sentiasa diredhai olehNya serta tidak ditenggelami dengan zaman modenisasi ini.



4. Kita sebagai manusia jangan pernah berhenti mencari atau mengejar ilmu walau dimana pun kita berada atau bagaimana pun keadaan kita dalam dunia ini. Bak kata pepatah, menuntut ilmu biarlah hingga ke China. Kita dapat melihat contoh daripada tokoh-tokoh tersohor modenisme yang telah bertungkus lumus mewujudkan pelbagai inisiatif bagi mewujudkan pendidikan pada zaman tersebut supaya umat Islam dapat diberi pendedahan yang cukup tentang pelbagai ilmu bagi bekalan mereka untuk mengharungi hari-hari yang akan datang jika dijajah semula. Oleh itu, dengan ada nya pendidikan yang cukup, maka manusia akan menjadi individu yang lebih professional dan bijak dalam mengatur strategi untuk mempertahankan negara kita. Ilmu juga alah sangat penting sebagai bekalan kita di akhirat kelak.



KESIMPULAN



Secara konklusinya, modernisme ini meliputi pelbagai bidang ilmu dan setiap bidang tersebut mempunyai maksud modernisme yang berbeza. Semua ini dapat dilihat seperti pemahaman agama oleh umat manusia termasuk juga umat Islam. Modernisme Islam adalah sebuah ideology atau pandangan politik yang dirumuskan oleh kaum modernis untuk menjadi asas kepada sebuah gerakan politik.



Namun,



gerakan



modernisme



Islam



oleh



beberapa



pemerhati



menganggap kita telah kehilangan semangat pembaharuan kerana terlalu sibuk mengejarkan dunia sehingga kita tidak peka terhadap masalah baharu yang dihadapi umat Islam. Sebagai umat Islam kita perlu bersungguh-sungguh untuk menjadikan umat Islam sebagai umat yang modern dan maju mengikut aliran masa.Kita juga patut mengimbangkan antara ajaran Islam dan sains atau wahyu dan akal bagi membuktikan yang Islam itu adalah universal. Sebagai ajaran universal, maka dalam susunan kehidupan masyarakat, ajaran Islam memberikan petunjuk yang bersifat umum, tidak secara terperinci. Hal ini diyakini sebagai kebijaksanaan ilahi, agar Islam mampu menghadapi rintangan zaman yang terus berubah. Kita hendaklah mengamalkan konsep Islam agar dapat memberikan inspirasi kepada umat Islam yang lain dan membawa manfaat bagi seluruh warga bangsa. Hanya kepada Allah SWT kita meminta agar diberi kekuatan, istiqamah dalam mengharungi kehidupan ini.



RUJUKAN







Drs Ahmad Amir Aziz (1999). Neo modernisme Islam Di Indonesia. Jakarta: Rineka Cipta.







Drs H. Irfan anshory (2002). Modernisme Islam di Indonesia. Suara Muhammadiyah.







Jhon L.Esposito. (2005). What Every One Needs to Know About Islam. Islam Aktual, Judul Asli. Depok: Insiasi Pers.







Yusuf Al-Qardawi. (2000). Ummatuna Baina Qarnaini. Jakarta Timur: Pustaka Al-Kautsar.







Salleh, Kamarudin. (2012). Transformasi Pemikiran Pembaharuan dan Modenisme di Malaysia: Satu Penelitian Awal. International Journal of Islamic Thought.







Sidek Fadzil. (2012) Pemikiran Barat Moden: Sikap para cendekiawan Muslim dengan tumpuan di Alam Melayu. Tesis Ph.D. Institut Alam dan Tamadun Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia.







SIDEK, A. B. (120119). MODERNISME ISLAM, 1-9