Modul RBT3102-Tajuk 3 [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN



Tajuk 3



ASAS PEMBINAAN PRODUK



SINOPSIS Modul ini mendedahkan tentang Asas Pembinaan Produk yang melibatkan peringkat-peringkat pembinaan produk dalam proses pembuatan yang bermula dengan peeringkat menentukan tujuan dan fungsi kerja, perkembangan idea, penyusunan idea, membina lakaran dan lukisan kerja dan diakhiri dengan peringkat pembinaan projek.



Hasil Pembelajaran 1.



Menghuraikan setiap peringkat pembinaan projek.



2.



Menjelaskan kandungan ilmu yang berkaitan peringkat pembinaan produk.



3.



Menjelaskan kepentingan setiap peringkat pembinaan produk yang berkaitan dengan bidang pengajian.



KERANGKA KONSEP PEMBINAAN PRODUK TUJUAN / FUNGSI KERJA



↓ PERKEMBANGAN IDEA



↓ PENYUSUNAN IDEA



↓ LAKARAN KERJA DAN LUKISAN KERJA



↓ PEMBINAAN PROJEK 1



RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN



3.0



PENGENALAN Mereka bentuk dan merancang memerlukan pemikiran dan penyelesaian kepada



semua masalah berhubung dengan pembinaan dan penggunaan untuk masa depan sesuatu benda kerja itu. Ianya bukan sahaja untuk menambahkan kehalusan atau perhiasan kepada sesuatu benda kerja yang telah siap atau separa siap. Asas bagi pembinaan sesuatu produk adalah perancangan yang teliti dan tersusun yang perlu dilakukan peringkat demi peringkat. Perancangan yang rapi ini akan dapat menjamin hasil akhir sesuatu produk yang berkualiti dan dapat berfungsi seperti mana yang dimahukan. Jika satu daripada masalah reka bentuk utama itu dapat difikirkan berasingan, maka jika ada perkara-perkara penting akan tertinggal dalam reka bentuk akhir. Perancangan sekeping kerja kayu dapat dibahagikan kepada empat peringkat utama. Dalam peringkat 1 dan 2 kita bertanya kepada diri kita beberapa soalan. Jawapan kepada soalan-soalan itu digunakan dalam peringkat 3 dan 4 untuk membolehkan kita menyelesaikan masalah reka bentuk itu secara menyeluruh. Peringkat 1 – Tujuan dan fungsi kerja Contoh soalan-soalan: Apakah yang akan disimpan di dalam? Berapa luaskah kawasan yang diperlukan? Berapa tinggi, lebar dan tebalnya? Adakah ia memerlukan cermin muka? Adakah ia digantung pada dinding atau didirikan atas rak? Peringkat 2 – Perkembangan pendapat dari Peringkat 1 Contoh soalan-soalan: i. Nisbah (keseimbangan reka bentuk) Contoh soalan-soalan:



2



RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN



Adakah bentuk atau rupanya kelihatan betul? Adakah ia terlalu tinggi, tidak seimbang dengan lebarnya? Adakah bingkai pintu itu terlalu berat berbanding dengan tepi-tepi rangka? ii. Bahan-bahan Kayu keras atau kayu lembut? Papan lapis atau belakang papan keras? Engsel tembaga atau engsel keluli? Pengunci bebola atau kunci? iii. Pembinaan Tanggam penjuru rangka? Tanggam bajang? Tanggam berparit? Rak terpasang atau boleh laras? Bagaimana cerminnya dipasang? Bagaimana tombol pintunya dipasang? iv. Menghias dan menyudah Adakah hiasan tambahan pada permukaan? Venier? Ukiran? Bentukkan? Penyudah merintang wap diperlukan? Penyudah hening untuk menampakkan urat kayu? Penyudah warna untuk melindungi urat kayu biasa pada kayu lembut? v. Keselarasan Adakah gayanya sesuai? Adakah ia sesuai atau secocok dengan perabot bilik mandi yang lain? Adakah warna atau urat kayunya bertentangan dengan lain-lain benda di sekelilingnya? Peringkat 3 – Pendapat Buatkan catatan ringkas dan lakaran berdimensi bagi:i. kerja yang lengkap ii. perincian bagi bahagian-bahagian yang memerlukan perhatian yang lebih. Peringkat 4- Lukisan Kerja Reka bentuk yang telah siap dan peringkat perancangan. 3



RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN



3.1



PERINGKAT 1 :



TUJUAN ATAU FUNGSI KERJA



Soalan ’Apakah tujuan (guna atau fungsi) kerja yang telah siap?’, kelihatan seperti satu soalan yang mudah dijawab tetapi bagi sesuatu kemajuan yang berguna yang akan dibuat, jawapannya mestilah cukup terang dan lengkap. Fungsi bagfi sebarang kepingan kerja boleh jadi untuk menyimpan benda, bertindak sebagai permukaan kerja dan seterusnya – atau boleh digabungkan fungsifungsi itu (seperti satu meja dipasang dengan satu laci). 3.1.1 Ukuran Standard Sebarang perabot yang digunakan untuk kita duduk atau berdiri di atasnya mestilah berukuran betul dan bentuknya hendaklah selesa digunakan. Sebagai contoh kerusi bagi meja makan mestilah lebih kurang 420 mm hingga 440 mm tingginya supaya orang boleh duduk dengan selesa menghadap meja makan. Permukaan bekerja bagi orang dewasa ialah 825 mm hingga 900 mm tinggi. Jika ia duduk, tingginya 720 mm hingga 750 mm dan ini adalah sangat sesuai bagi menulis atau makan. Bolehkah anda fikirkan lain-lain ukuran standard? 3.1.2 Lain-lain ukuran standard Panjang, lebar dan tinggi sesuatu kerja itu (atau lain-lain bahagiannya) akan ditentukan oleh kegunaan tertentunya, sama ada ia permukaan kerja atau tempat penyimpanan barang-barang, pendakap lampu atau pintu bagi rumah simpanan arang batu. sebagai contoh, ukuran bahagian dalam bagi gerobok piring hitam bagi piring hitam yang besar berkehendakkan sekurang-kurangnya 325 mm tinggi dan 315 mm lebar supaya piring hitam itu boleh disimpan tegak. Panjang gerobok itu bergantung pada banyaknya piring hitam yang hendak disimpan. Ruang di antara rak-rak bagi rak buku mestilah mencukupi bagi meletakkan buku itu menegak dan buku itu mudah digerak-gerakkan, tetapi tidak terlalu lebar kerana ini akan membazir ruang. mungkin dalam hal ini, rak-rak boleh laras adalah sesuai.



4



RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN



3.2



PERINGKAT 2 :



PERKEMBANGAN IDEA



3.2.1 Nisbah Setelah memutuskan fungsi-fungsi yang tepat bagi kerja yang telah siap dan setelah menimbangkan sebarang ukuran tertentu atau ukuran standard yang terlibat, hendaklah difikirkan pula, nisbahnya. (Nisbah ialah kadar atau keseimbangan di antara panjang, tinggi dan lebar). ’Adakah ia kelihatan sesuai?’ Adalah satu soalan yang baik disoalkan pada peringkat ini.



Kesimpulan kepada masalah ini ialah dengan



menggunakan kayu yang cukup tebal atau cukup lebar supaya ia cukup kuat untuk membuat sesuatu kerja itu. 3.2.2 Bahan-bahan Pemilihan bahan-bahan tertentu untuk sesuatu kerja bergantung pada dua faktor utama: 3.2.2.1 Tujuan atau fungsi kerja yang siap (seseorang tidak akan menggunakan kayu mahogany untuk membuat pagar taman dan juga tidak menggunakan kayu lembut bergred murah di mana kemasan bergilap terhias dengan cantik) 3.2.2.2



Kesesuaian fizikal bahan-bahan. Papan blok mungkin sesuai untuk



dibuat bahagian atas meja tetapi tidak sesuai untuk kaki meja atau bingkai pintu. Kayu padu adalah sesuai untuk membuat rel dan sebagainya tetapi tidaklah sebaik papan lapis jika berkehendakkan sekeping bahagian atas meja yang yang besar dan ringan. Papan lapis bergred kalis air boleh digunakan bagi membuat sampan, tetapi papan keras bergred standard yang kalis air tidak boleh digunakan. 3.2.2.3 Pembinaan Kaedah pembinaan – tanggam atau pemasangan semua bahagian kerja itu bergantung pada: i. Bahan yang digunakan. Biasanya digunakan tanggam tradisional (standard) bagi kayu-kayu semulajadi, tetapi kadang-kadang teknik dan perekat khas diperlukan untuk mengeluarkan papan. ii. Jenis kerja kayu – membina almari, menanggam atau kerja-kerja kayu kasar. Anda boleh menanggam bajang (tetapi jangan dipakukan) sisi-sisi almari kayu yang digilap. Paku hanya sesuai digunakan bagi membuat kotak. 5



RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN



3.2.2.4 Hiasan dan kemasan Kerap kali rupa benda kerja yang direkabentuk dengan baik menjadi rosak kerana hiasan-hiasan yang tidak bersesuaian. Jika bahagian atas sebuah meja diperbuat daripada kayu yang mempunyai hiasan yang cantik, adalah tidak sesuai jika kita terlalu banyak mengukir, memvenir atau menatah, untuk mewarnanya atau cuba mengubah rupa bentuk asal yang menarik itu. 3.2.2.5 Harmoni Walaubagaimana berguna dan menarik sesuatu benda kerja yang siap, perlu diingat bahawa ia hendaklah selaras dengan lain-lain benda dan mestilah sesuai dengan keadaan sekelilingnya. Sebuah almari yang dicat warna hijau terang atau kuning misalnya akan kelihatan menarik jika diletakkan di dinding dapur tetapi ia akan tidak seimbang jika dipadankan dengan hamparan berwarna biru dan bersama perabot dari bahan kayu mahogany. 3.3 PERINGKAT 3 :



PENYUSUNAN IDEA



Setelah kerja menganalisis idea terpilih dijalankan, proses penghalusan perlu Dijalankan sebelum mengambil keputusan memilih idea yang terbaik. Contoh-contoh lakaran produk akan dilukiskan semula mengikut ukuran berskala. Tujuan dilukis semula adalah untuk menganalisis spesifikasi sebenar produk, ukuran dimensi kritikal, pengiraan ukuran serta pemasangan bahagian-bahagian yang kritikal. Idea yang terpilih seterusnya diperhalus dengan mengambilkira faktor-faktor seperti kaedah pemasangan, bahan yang digunakan, saiz serta ciri-ciri keselamatan. 3.4



PERINGKAT 4 :



LAKARAN KERJA DAN LUKISAN KERJA



Peringkat ini adalah proses akhir dalam kerja mereka bentuk. Pada peringkat ini, reka bentuk produk yang dimuktamatkan akan menjadi kenyataan. Bagi mendapatkan spesifikasi produk yang lengkap serta proses pembuatan yang terlibat, lukisan projek mestilah dibuat. Terdapat beberapa jenis lukisan yang perlu disediakan mengikut tujuan dan fungsinya.



6



RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN



3.4.1 Lukisan ortografik – lukisan bentuk rata yang biasa digunakan untuk merekodkan dan menyampaikan idea. Ia adalah satu set lukisan yang menggabungkan beberapa pandangan bagi sesuatu objek yang mengandungi pandangan hadapan, pendangan sisi dan pelan.



Contoh lukisan ortografik 3.4.2 Lukisan isometrik – Satu lukisan pandangan yang



dilukis bagi



menunjukkan keadaan sesuatu objek itu dengan lebih jelas dan lebih mudah difahami. Lukisan isometrik ini berasaskan tiga paksi utama iaitu satu paksi tegak dan dua paksi bersudut 30o dari paksi mendatar berskala penuh.



Contoh lukisan isometrik 3.4.3 Lukisan perspektif – Lukisan yang membolehkan pelbagai bentuk dilukis dengan cepat dan medah. Kesemua bentuk lukisan ini hampir menyerupai



7



RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN



bentuk atau rupa sebenar produk yang telah siap. Apabila objek dilukis dalam perspektif, kita akan nampak : 



Garisan selari kelihatan seperti menumpu apabila bertambah jauh daripada kita.







Objek yang sama saiz akan nampak menjadi bertambah kecil saiznya apabila semakin jauh daripada kita.



Contoh lukisan perspektif 3.4.4 Lukisan persembahan - Lukisan yang digunakan pada peringkat akhir penyampaian idea reka bentuk. Lukisan ini menggambarkan keadaan sebenar rupa bentuk sesuatu produk. Dalam lukisan persembahan ini juga kita boleh memasukkan maklumat-maklumat tambahan yang berkaitan seperti bahan dan jenis kemasan yang digunakan. Lukisan persembahan juga digunakan dalam mempromosikan sesuatu produk. Untuk tujuan itu, lukisan ini disampaikan dengan lebih menarik dan realistik bagi menarik perhatian pengguna.



Contoh lukisan persembahan



8



RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN



3.5



PERINGKAT 5 :



PEMBINAAN PROJEK



Peringkat terakhir dalam pembinaan produk yang melibatkan perancangan dan penyusunan langkah-langkah kerja membuat atau menghasilkan produk dari awal sehingga terhasil produk yang dikehendaki. 3.5.1 Merancang kerja – Suatu langkah yang penting dan perlu dilaksanakan sebelum sesuatu proses pembinaan produk dimulakan. Ia bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kehilangan masa dan kos akibat dari kesilapan dalam penyusunan langkah kerja. Merancang kerja juga dapat membantu untuk penetapan masa sesuatu produk dapat disiapkan. Terdapat berbagai kaedah merancang kerja, antara kaedah yang selalu digunakan adalah dengan pembinaan Carta Gantt. 3.5.2 Carta Gant – merupakan salah satu teknik kawalan masa dan kos yang sering digunakan untuk pembuatan produk. Carta ini digunakan kerana mudah disediakan serta mudah difahami. Ia terdiri dari satu lajur aktiviti pada sebelah kiri dan lajur tempoh masa pada sebelah kanan. Unit masa boleh menggunakan hari atau minggu. Carta ini disediakan terlebih dahulu dengan menyenaraikan semua aktiviti yang terlibat dalam sesuatu projek mengikut turutan yang betul. Pembahagian jangka masa bagi setiap aktiviti dilukis dalam bentuk bar dari kiri ke kanan. 3.5.3



Bahan – Pemilihan bahan untuk sesuatu pembuatan produk dilakukan



semasa peringkat perkembangan idea. Dalam peringkat merancang kerja, semua bahan yang diperlukan perlu didapatkan sebelum projek dapat dimulakan. Jumlah atau kuantiti bahan yang diperlukan juga ditetapkan pada peringkat ini. Penyediaan awal bahan akan mengelakkan masa melahu yang panjang akibat menunggu ketibaan pesanan. 3.5.4



Kemasan – Dalam pembinaan produk, proses kemasan yang dipilih



hendaklah merangkumi kaedah membuat kemasan. Ini bermaksud persediaan prasarana yang sesuai untuk kerja kemasan perlu disediakan awal dan sesuai dengan produk. Ini dapat mengelakkan berlakunya pembaziran, menjamin kualiti kemasan dan menjimatkan masa.



9