Nota Akidah Tingkatan 5 [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Nota Akidah Tingkatan 5 BAB 1 IMAN MUTIARA HIDUP 1. Pengertian a. Bahasa : mengiktiraf, mengakui dan membenarkan sesuatu tanpa mendustakan b. Istilah : membenarkan dengan hati, mengikrarkan dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota c. 2. Iman boleh bertambah dan berkurang a. Amalan-amalan untuk meningkatkan keimanan i. Melakukan ketaatan kepada Allah ii. Menambahkan ilmu pengetahuan iii. Membanyakkan amal ibadah iv. Melazimi amalan-amalan sunat b.



Ciri-ciri individu yang bertambah iman i. Mempunyai ilmu pengetahuan tentang Allah dan RasulNya ii. Banyak melakukan ibadah sunat iii. Melazimi berzikir iv. Sentiasa berfikir tentang kebesaran Allah



c. Perbuatan-perbuatan yang boleh mengurangkan iman i. Melakukan maksiat ii. Melanggar hukum syarak iii. Gemar melakukan perbuatan yang sia-sia iv. Menyintai dunia melebihi cintakan akhirat d.



Ciri-ciri individu yang berkurang iman: i. Malas dalam melakukan ibadah ii. Sentiasa lalai daripada mengingati Allah iii. Mempunyai akhlak yang buruk



e. Cara-cara untuk mencapai tahap iman yang kamil /sempurna i. Memahami kehendak aqidah ii. Melakukan ibadah dengan betul iii. Mendampingi orang-orang yang soleh iv. Menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai model/contoh



Martabat Iman



:



Kemanisan Iman a. Takrif : Berasa gembira melakukan ibadah, sanggup menanggung kepayahan demi mendapat keredaan Allah dan RasulNya serta mengutamakan Allah dan Rasul lebih daripada harta benda dunia. b. Cara-cara untuk mendapatkan kemanisan iman : i. Cinta kepada Allah dan Rasul lebih daripada segalanya. ii. Mengasihi sesama manusia kerana Allah iii. Benci kekufuran sebagaimana benci jika dicampakkan kedalam api neraka c. Kesan individu yang mendapat kemanisan iman i. Mendapat kelazatan melakukan ibadah ii. Membentuk individu yang berakhlak mulia iii. Tidak akan melakukan perbuatan yang boleh menyusahkan orang lain iv. Sedia berkhidmat untuk masyarakat



BAB 2. AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH 1. Pengertian: “ Kumpulan yang berpegang teguh dengan al-Qur‟an, as-Sunnah Rasulullah s.a.w dan perkara yang dibawa oleh para Sahabat Baginda serta menentang perkaraperkara bid‟ah” 2. Nama-nama lain : Ahli Sunnah, al-Jamaah, as-Salafu as-Soleh dan Ahli al-Hadis 3. Bila bermula a. Selepas berlaku perpecahan di kalangan umat Islam b. Nama tersebut dimasyhurkan oleh Abu al-Hassan al-Asy‟ari dan Abu Mansur al-Maturidi



4. Kenapa dikenali dengan nama….. ? a. Ahli Sunnah : kerana menerima dan beramal dengan SunnahRasulullah s.a.w b. Al-Jamaah : kerana berkumpul atas kebenaran dan bersatu untuk: i. Berjihad ii. Melaksanakan amar makruf dan nahi munkar iii. Menghidupkan sunnah iv. Menentang bid‟ah 5. Prinsip-prinsip: a. Pegangan : al-Qur‟an dan asSunnah/al-Hadis b. Pegangan : prinsip-prinsip as-Salafu as-Soleh c. Rujukan : al-Qur‟an dan as-Sunnah d. Tidak mencela atau mengkafirkan orang yang tidak sealiran e. Tidak menghukum tanpa bukti sahih



6. Pandangan:



10. Khawarij



7. Kepentingan berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah: a. Dapat membersihkan akidah daripada kekeliruan dan kesesatan b. Asas penerimaan sesuatu amalan c. Hidup diredhai Allah kerana berada di jalan yang benar 8. Mazhab Syiah Pengertian : “Golongan yang mendokong cita-cita untuk menjadikan Saidina Ali k.w. sebagai khalifah Rasulullah s.a.w”



11. Langkah-langkah memelihara akidah: a. Mempelajari asas akidah berdasarkan kitabAhli Sunnah wal Jamaah yang muktabar b. Belajar daripada guru yang diiktiraf keilmuannya dalam bidang akidah c. Membina ketahanan akidah dengan berdoa. d. Menjauhi diri daripada orang yang mengamalkan ajaran sesat e. Menunaikan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.



3. Kesan/Keburukan :



4. Langkah-langkah untuk mengatasi: a. Kefahaman Islam yang sebenar b. Penyebaran islam c. Penguatkuasaan undang-undang d. Program pemulihan akidah 5. Cara untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan ajaran sesat.



BAB 3 AJARAN SESAT 1. Definisi : Ajaran @ amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam, hakikatnya bercanggah dengan al-Qur‟an dan asSunnah 2. Ciri-ciri : a. Mencemarkan kesucian al-Qur‟an dan asSunnah b. Mendewa-dewakan pemimpin c. Menolak perkara qat‟ie d. Mengubah bentuk ibadah e. Mengubah konsep dosa dan pahala f. Mendakwa boleh melakukan perkara pelik g. Mendewa-dewakan sesuatu h. Menolak hadis/anti hadis



a. Meperlengkapkan diri dengan ajaran Islam yang sebenar b. Menjauhkan diri daripada golongan tersebut c. Mendekatkan diri kepada Allah dengan melaksankan segala perintahNya dan menjauhi laranganNya



6. Contoh-contoh ajaran sesat di Malaysia: 9. Ciri-ciri Kesesatan Taslim: a. Pengasas : pemimpin yang maksum b. Diri batin manusia : Allah, dan diri zahir manusia:nur Muhammad c. Alam bersifat qadim (sediakala) d. Mentafsir ayat al-Qur‟an mengikut hawa nafsu e. Mengharuskan zina melalui nikah batin f. Menolak kewujudan hari kiamat, syurga dan neraka g. Soal secara niat tanpa rukun qauli (perkataan) dan rukun fi‟li (perbuatan)



7. Ciri-ciri Kesesatan Qadyani: a. Pengasasnya :al-Mahdi, nabi, dan jelman Krisna (Tuhan Hindu) b. Allah menurunkan Kitab suci al-Tazkirah kepada Mirza Ghulam c. Mirza Ghulam mempunyai sejuta mukjizat d. Menghapuskan jihad e. Mengubah ayat al-Qur‟an f. Malaikat pancaindera Allah g. Qadyani tempat suci dan tempat untuk menunaikan ibadah haji h. Nabi Isa mati dan dikebumikan di Srinagar, India i. Menghukum kafir selain penganut Qadyani 8. Ciri-ciri Kesesatan Bahai a. Pengasasnya: jelmaan Allah b. Semua agama sama dan digabungkan dalam ajaran Bahai c. Alam ini bersifat baqa‟/ kekal d. Nabi Isa mati disalib e. Menggunakan kod 19 sehingga al-Quran dipengaruhi dengan kod tersebut f. Menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga dan neraka g. Memansuhkan ajaran Islam h. Acre di Palestine : kiblat baru i. Mengubah ibadah : puasa 19 hari, solat : 9 rakaat 3 kali sehari dan wuduk dengan air mawar atau diganti dengan bacaan „Bismillah al-athar (5kali) j. Menghapuskan jihad