PAI [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

KERANGKA FORUM SUBJEK : WI001 PENDIDIKAN ISLAM



TAJUK UTAMA : AKHLAK SUB TOPIK



: FESYEN DAN AURAT



KELAS : K1AP4



SEMESTER : 1



SESI : 2021/22



KUMPULAN : 11 NAMA MOHAMAD HARZIQ DANIEL BIN MOHD JAFRI AYU NABILAH BINTI ZAID NUR AISHAH BINTI ISMAIL



NAMA PENSYARAH



NO. MATRIK MA2116117875



PERANAN MODERATOR



MA2116118117 MA2116118035



PANEL 1 PANEL 2



ZAINUDDIN BIN JUSOH



1



ISI KANDUNGAN BI L 1 2 4 5



PERKARA



MUKA SURAT



ISI KANDUNGAN PENDAHULUAN SKRIP FORUM RUJUKAN



2 3



4



2



PENDAHULUAN a) PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnaNya dapat kami menyiapkan tugasan Penulisan Forum ini dengan jayanya. Tugasan ini amat penting buat kami memandangkan ia merangkumi 25% markah Penilaian Berterusan bagi subjek Pendidikan Islam WI001 . Kami juga mengabadikan ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi membimbing kami dalam melaksanakan tugasan ini dengan jayanya. Sebagai penutup kalam bicara ucapan terima kasih kepada rakan-rakan sekumpulan yang bertungkus lumus serta memberi kerjasama dengan baik sehingga selesai projek ini. Dan lain-lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, ribuan terima kasih diucapkan keatas segala pertolongan dan usaha yang dicurahkan. Semoga Allah SWT memberikan balasan yang lebih baik jua. Aamiin.



b) OBJEKTIF KAJIAN 1) Penulisan ini adalah untuk memenuhi skop tugasan dan pemarkahan Penulisan Forum sebanyak 25% bagi subjek Pendidikan Islam semester 1 sesi 21/22. 2) Tujuannya adalah untuk mengolah dan mengupas tentang isu akhlak semasa yang sedang berlaku iaitu tentang fesyen dan aurat. 3) Membincangkan tentang pengaruh fesyen yang harus dipatuhi dan tidak patut diikuti mengikut ajaran Islam . 4) Merungkaikan tentang keburukan fesyen yang melampau dan kesannya yang akan berlaku pada masyarakat .



3



SKRIP FORUM BIL 1.



PERKARA



CATATAN



Bismillahhirahmannirrahim,Alhamdulillahi



robbil



‘alamiin,wassolatu MODERATOR



wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyai wal mursaliiin... wa’ala alihi wa sohbihi ajma’iin.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Salam Ukhwah, Salam Kasih Sayang dan Salam 1 Malaysia. Para hadirin sekalian, Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin serta limpah kurnia daripadanya,dapat kita bertemu secara maya ini untuk mengadakan forum bersama saya Mohamad Harziq Daniel Bin Mohd Jafri pada pagi/petang yang berbahagia ini. Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, sebelum saya memperkenalkan ahliahli panel kita pada hari ini, kita sedia maklum, dewasa ini, masalah aurat menjadi kebimbangan kita apabila umat islam tidak lagi menjadikan aurat sebagai keutamaan oleh segelintir pihak sebagai umat islam kerana lebih mementingkan ataupun terikut-ikut akan fesyen pada masa kini.Justeru itu, masalah ini perlu dilihat dalam skop yang lebih besar jika ianya ingin diselesaikan.Sesuai dengan tajuk forum kita iaitu Fesyen Dan Aurat,mari kita bersama-sama membincangkan berkenaan fesyen dan aurat agar dapat kita membaiki masalah tersebut supaya maruah diri dan martabat agama kita tidak tercemar. Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam,terlebih dahulu, mari kita berkenalan dengan dua orang ahli panel kita pada hari ini. Baiklah, ahli panel pertama kita ,nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari Ayu Nabilah Binti Zaid yang merupakan pelajar Kolej Matrikulasi Johor yang cemerlang.Apa khabar saudari? Seterusnya, ahli panel kedua kita nampak ayu berbaju kurung saudari Nur Aishah Binti Ismail , beliau merupakan pelajar pintar dari Kolej Matrikulasi Johor juga.Selamat datang saudari. Sebelum saya menyimpang dengan lebih jauh,soalan saya pada panel pertama,apakah pengertian fesyen dan aurat ini dan pengaruh fesyen dan 4



aurat dalam kalangan masyarakat masa kini.



2



Baiklah , terima kasih kepada saudara pengerusi Tuan Harziq atas soalan PANEL 1 yang diajukan kepada saya sebentar tadi . Secara umumnya, manusia sentiasa sibuk memajukan diri dan tidak pernah berhenti mengejar arus kemodenan dalam bidang sains dan teknologi. Perkara ini memberikan kesan dan impak yang mendalam terhadap corak pemikiran, pemahaman, pemakaian, agama, budaya dan gaya hidup. Dunia fesyen juga turut menerima tempias arus kemodenan dan kemajuan dunia yang menuntut manusia konon-kononnya perlu tampil selari dengan ruh kemodenan yang berlaku masa kini.



Sememangnya, sebagai umat Islam, kita dituntut untuk sentiasa memajukan diri supaya tidak ketinggalan dan terus diperlekehkan oleh pihak lain. Bagaimanapun, dalam mengejar angin perubahan ini, ramai di antara kita terlupa dan melanggar batasan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Ramai umat Islam, khususnya dalam kalangan wanita Islam tidak menyedari bahawa fesyen pakaian yang diperagakan sebahagiannya bertentangan dengan ajaran Islam yang mewajibkan umatnya menjaga aurat dengan sempurna.



Mutakhir ini, pegangan sebahagian umat Islam dilihat semakin longgar apabila terdapat dalam kalangan suami dan ibu bapa sengaja membiarkan isteri dan anak-anak mereka mendedahkan aurat. Perkara ini amat dikhautiri dan menakutkan sekiranya hadis di bawah dapat difahami dengan baik oleh umat Islam.



Diriwayatkan oleh Muslim bahawa Nabi SAW bersabda:



“Dua jenis manusia yang akan menjadi ahli neraka, yang mana aku tidak sempat melihat mereka, (kerana tidak ada pada zamanku. Mereka ini akan lahir pada akhir zaman). Yang pertama kata Nabi SAW ialah golongan yang memegang alat sebatan seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia (melakukan kezaliman). Dan golongan kedua kata Nabi SAW adalah 5



kalangan



perempuan



berpakaian



tetapi



bertelanjang,



pakaian



yang



menggodakan, pakaian yang nipis, pakaian yang ketat; diatas kepala mereka dihias. Rambutnya laksana bonggol unta. Mereka tidak dapat masuk ke syurga, bahkan tidak dapat menghidu dan mencium keharumannya, walaupun baunya syurga itu dapat dihidu dari jauh.”



Terdapat juga wanita Islam yang mendakwa mereka menutup aurat, namun mereka sebenarnya menipu diri sendiri? Keadaan ini boleh dilihat apabila ramai wanita memakai pakaian yang menutup aurat tetapi dalam masa yang sama, pakaian berkenaan terlalu ketat hingga menampakkan bentuk dan susuk tubuh. Selain itu, ada pula yang hanya menutup aurat pada waktu-waktu tertentu sebagai penghormatan dan memenuhi keperluan adat. Sebagai contoh, pada hari Jumaat, ketika menghadiri majlis keagamaan dan menziarahi jenazah. Namun, pada waktu lain mereka kembali memakai pakaian yang mendedahkan aurat tanpa segan silu seolah-olah kewajiban menutup aurat ada tempoh masa dan hari tertentu sahaja. Oleh itu , sebagai umat islam kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam memilih dan memakai pakaian yang sepatutnya kita ikut sepertimana yang telah ditetapkan oleh syariat . 3.



Terima kasih kepada panel pertama kita atas lontaran hujah yang utuh lagi MODERATOR berisi.Sebentar tadi panel pertama ada menyatakan bahawa ada segelintir umat islam yang tidak menyedari bahawa fesyen pakaian yang diperagakan sebahagiannya bertentangan dengan ajaran Islam yang mewajibkan umatnya menjaga aurat dengan sempurna.Sebagai umat islam,perkara sebegini tidak patut beraku kepada kerana kita mestilah mengetahui garis panduan untuk kita berfesyen supaya tidak bertentangan dengan syarak kerana menutup aurat ini merupakan satu kewajipan sebagai umat islam.Justeru saya ingin menanyakan persoalan seterusnya kepada ahli panel yang kedua,tentang apakah adab dan garis panduan menutup aurat?



4.



Terima kasih saudara Harziq atas soalan yang diajukan. Sebelum saya PANEL 2 menjawab soalan tersebut, saya akan menerangkan pendapat fesyen dalam agama Islam. Islam tidak menghalang secara mutlak untuk manusia berfesyen dan berketerampilan kerana Islam sendiri yang menggalakkan umatnya untuk menampilkan apa yang terbaik dan yang elok dalam menzahirkan imej peribadi yang baik dan terhormat. Contoh fesyen yang sedang sohor dalam 6



kalangan masyarakat kini adalah fesyen hijabista, fesyen lolita dan fesyen Korea. Budaya berfesyen amat terkenal dalam kalangan pemuda pemudi masa kini dan boleh saya katakan bahawa remaja dan fesyen sememangnya tidak dapat dipisahkan. Namun begitu, di era ketamadunan teknologi dan fesyen, sebahagian umat Islam sanggup melanggar batas-batas berpakaian dan berhias yang telah ditetapkan syarak seperti yang terkandung dalam AlQuran. Pada dasarnya, tujuan manusia berpakaian dan menutup badan adalah untuk kelihatan sopan tetapi perhiasan dan dekorasi terlebih dahulu menjadi aspek penting dalam berpakaian sehingga mereka mengabaikan soal aurat yang perlu dijaga. Sebagai contoh, bagi kaum wanita mereka sering memandang enteng tentang bahagian aurat yang perlu dijaga meskipun mereka ingin tetap berfesyen seperti tidak menampakkan bentuk tubuh badan, memakai pakaian yang tidak jarang dan menutup bahagian tangan dan kaki yang mudah terdedah tanpa sedar. Perintah menutup aurat ini jelas dalam surah an-Nur , Allah berfirman yang bermaksud ''dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mentua atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara mara mereka atau anak bagi saudara mara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara mara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang-orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi temtang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya". (an-Nur ayat 31) Dalam ayat ini, jelas sekali bahawa Allah s.w.t. memerintahkan kaum 7



perempuan menutup aurat. Adalah menjadi kewajipan bagi wanita Islam yang beriman menutup auratnya. Had aurat bagi wanita ialah seluruh tubuhnya melainkan muka dan tangan. Islam tidak menetapkan cara menutup aurat, yang penting anggota tersebut ditutup. Menutup aurat bukan menutup kepala dan mendedahkan anggota lain seperti yang dilakukan oleh sesetengah muslimah masa kini. Seterusnya, kita teruskan bahagian aurat kaum adam yang sering kita terlepas pandang. Secara dasarnya, ketika menunaikan solat, wajib bagi kaum lelaki memakai pakaian yang menutup aurat, iaitu sekurang-kurangnya menutup anggota yang berada antara pusat dan lutut. Dengan kata lain, bagi kaum lelaki yang menunaikan solat, mereka disuruh memakai sebarang pakaian yang boleh memastikan pusat, kemaluan, punggung, paha dan lutut; semua ini perlu tertutup dan tidak boleh dilihat oleh mata manusia. Oleh itu, saya menyeru agar selepas ini umat Islam baik perempuan mahupun lelaki hendaklah menitikberatkan bahagian-bahagian aurat yang dinyatakan agar tidak terdedah kepada bukan mahram. Itu sahaja daripada saya, saya menyerahkan perbincangan forum ini kepada moderator. 5.



Terima kasih kepada panel kedua kita atas penerangan tentang adab dan garis MODERATOR panduan menutup aurat sebentar tadi.Sangat jelas penerangan yang dikemukakan,sekarang sudah terang lagi kan bersuluh bahawa sebenarnya terdapat banyak cara untuk kita berfesyen dengan dengan beradab dan mengikuti garis panduan menutup aurat yang ditetapkan oleh syarak tetapi persoalannya adalah mengapa masih ada segelintir umat islam yang berfesyen mengikut trend dan tak mengikut syarak?boleh kah ahli panel pertama tolong jelaskan.



6.



Pada pandangan saya , sesetengah umat islam yang lebih tertarik untuk PANEL 1 mengikuti fesyen yang tidak menutup aurat dengan sempurna adalah kerana pengaruh media sosial seperti orang-orang barat yang tidak beragama islam dengan cara berpakaian dalam kehidupan seharian sebagai contoh , lelaki memilih untuk memakai seluar yang lebih pendek daripada had aurat yang telah ditetapkan syariat islam , manakala sesetengah perempuan juga ada yang memilih untuk memakai pakaian atau bertudung yang tidak dapat menutup aurat dengan sempurna seperti berturban , memakai shawl terlalu singkat dan jarang . Jadi saya merasakan bahawa media sosial ini adalah punca pertama bagi sesetengah umat islam tidak menutup aurat dengan 8



sempurna . 7.



Begitu hebat kata-kata atau pendapat yang diutarakan oleh panel kita sebentar tadi.Diharapakan ianya dapat menyedarkan kepada umat islam masa kini agar tidak



terikut-ikut



akan



pengaruh-pengaruh



dari



barat



yang



boleh



menyebabkan kita lupa akan tanggungjawab kita sebagai umat islam.Oleh itu,ibu bapa perlulah memainkan peranan dengan memberi didikan agama sejak dari kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.Sekarang kita perdengarkan pula pendapat daripada panel kita yang kedua tentang keburukan fesyen melampau dan kesannya kepada masyarakat.silakan 8.



Saya mendapati bahawa penggayaan fesyen yang melampau dalam kalangan umat Islam memberi keburukan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Salah satunya adalah tidak mencium bau syurga di akhirat kelak. Mengapa saya berkata demikian? Hal ini kerana sebahagian wanita tanpa segan silu memakai seluar senteng dan sengaja mengeluarkan cuping telinga yang jelasjelas sebahagian daripada aurat untuk memakai anting-anting. Rasulullah s.a.w. bersabda, Dua jenis manusia yang akan menjadi ahli neraka, yang mana aku tidak sempat melihat mereka, golongan kedua ialah kalangan perempuan berpakaian tetapi bertelanjang, pakaian yang menggodakan, pakaian yang nipis, pakaian yang ketat; di atas kepala mereka dihias. Rambutnya laksana bonggol unta. Mereka tidak dapat masuk ke syurga, bahkan tidak dapat menghidu dan mencium keharumannya, walaupun baunya syurga itu dapat dihidu dari jauh. - [HR Muslim 5098]. Hadis tersebut sudah terang lagi bersuluh menyatakan bahawa kita hendaklah bersederhana dalam berpakaian. Seterusnya, akibat fesyen yang melampau ialah dapat menimbulkan perasaan riak. Hal ini demikian kerana apabila seseorang berpakaian secara berlebihlebihan sehingga menarik perhatian orang lain, itu dikira sebagai tabarruj. Misalnya, apabila berjalan, kedengaran bunyi gelang kaki. Tambahan pul, kita mungkin sudah menutup aurat dengan sempurna namun pakaian itu berwarna-warni dan bermotif di bahagian dada yang boleh menarik perhatian juga secara tidak langsung membuat sifat riak muncul dalam diri. Firman Allah s.w.t., Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta 9



janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu. (Surah al-Ahzab : 33) Selain memberi keburukan kepada individu, pengaruh fesyen yang melampau juga memberi kesan kepada masyarakat setempat. Antara kesannya ialah fesyen yang berasal dari negara barat akan mengubah peradaban dan cara berpakaian penduduk Malaysia yang secara aslinya lebih sopan dan tertutup berubah menjadi lebih teruk dan membimbangkan sehingga akhirnya budaya berpakaian mencolok mata menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat kita. Sehubungan dengan itu juga, kesan fesyen yang berlebihan ialah menyebabkan keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat kerana sifat malu kurang diterapkan dalam diri. Berlanjutan dari itu, masalah sosial akan menjadi isu yang tidak dapat dibendung dalam kalangan masyarakat.



Akhir kata daripada saya, hendaklah kita berpada-pada dalam menggayakan fesyen agar maruah diri sentiasa terpelihara dan cara berpakaian umat Islam dapat memberikan contoh dan pengajaran kepada mereka yang bukan Islam. Sekian daripada saya, terima kasih. 9.



Begitu hebat sekali wacana yang dilontarkan oleh panel kedua kita sebentar tadi.Terima kasih saya ucapkan kepada kedua-dua ahli panel kita kerana sudi hadir dan sudi menyuarakan pendapat masing-masing.Moga apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar “masuk telinga kanan,keluar telinga kiri”.Nampaknya masa amat mencemburui kita,sebelum berakhir mari kita sama-sama menepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun mendengar perbincangan kita hari ini. Kesimpulannya,perkara yang berkaitan dengan masalah ini sebenarnya bukanlah suatu perkara yang patut kita pandang remeh.Setiap individu mempunyai tanggungjawab dalam membendung kemelut ini daripada terus menjadi barah. Sebelum kita menunding jari kepada mana-mana pihak,eloklah kita renungrenungkan sejenak....... Lautan itu dunia, Bahtera itu kita, Kemudi itu agama, 10



Peliharalah Bahtera Daripada Karam Di Lautan Dunia. Sebelum mengakhiri bicara forum kita pada hari ini,terimalah serangkap pantun yang berbunyi: Tuailah padi antara masak, Esok jangan layu-layuan, Intailah kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Sekian sahaja untuk hari ini,terkasar bahasa,tersilap bicara,mohon dimaafkan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah,dan kurang elok itu datangnya dari kekhilafan diri kami sendiri. Wallahu’alam Saya akhiri forum kita pada hari ini dengan lafaz yang mulia. Wabillah



hitaufiq



walhidayah



Assalamualaikum



Warahmatullah



hiwabarakatuh. RUMUSAN



Firman Allah S.W.T didalam al-Qur’an, Surah Al-A’raf, ayat 26 yang bermaksud “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk menutup aurat kamu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian (yang disandarkan kepada takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah, mudah-mudahan mereka mengenakannya.” Aurat pada hukum syarak ialah semua anggota yang wajib ditutup atau haram dipandang. Berdasarkan kepada ayat diatas Allah S.W.T telah memerintahkan kepada kita berpakaian dengan pakaian yang menutup aurat, pakaian indah yang menutup aurat yang layak bagi manusia dan berpakaian dengan ketaqwaan. Pakaian yang paling baik adalah menyedarkan pemaikainya sebagai manusia yang beripadian luhur daripada melakukan kejahatan yang sentiasa mendorongnya menunjukkan kemantapan dan kematangan dengan akhlak mulia.             Pakaian berkeperibadian luhur ini penting kerana mencerminkan ketaqwaan, menyelamatkan diri daripada maksiat, menyegarkan jiwa, membangkitkan akhlak mulia, menjamin keselamatan diri di dunia dan akhirt, menjamin kebahagiaan rumah tangga dan menjamin keamanan masyarakat dan negara. Tujuan utama kita berpakaian adalah untuk menambahkan 11



ketaqwaan dan menutup aurat.             Terdapat enam faktor hikmah Allah S.W.T mensyariatkan lelaki dan perempuan untuk menutup aurat. Pertamanya ialah untuk menjaga kesejahteraan wanita dan lelaki. Kedua, menjaga akhlak dan kehormatan wanita. Ketiga iaitu memelihara kecantikan wanita. Seterusnya, menaikkan dan memelihara darjat perempuan. Selain itu, hijab dapat menafikan keraguan dan menjauhkan tomahan serta fitnah terhadap wanita. Hikmah yang enam ialah sebagai kayu ukur membezakan muslimah dengan perempuan lain.



            Tuntasnya, setiap pensyariatan yang telah Allah tetapkan untuk manusia adalah untuk memelihara kemaslahatan manusia. Namun begitu, setiap pensyariatan yang Allah perintahkan itu bukanlah membebankan manusia sebaliknya bersesuaian dengan kemampuan manusia. Sebagai seorang muslim yang beriman kita hendaklah beriman dan melaksanakannya dengan terbaik.



RUJUKAN :



12