Penggal 3 Sejarah Mohammad Dia [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Penggal 3: Sejarah Malaysia 940/3 1.1 Sistem Beraja dan Pembesar 1.1 Institusi Pemerintahan (Raja dan Pembesar) Soalan 1: Jelaskan konsep dan Peranan Raja dalam pemerintahan di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British. Pengenalan  Sebelum campur tangan British di Negeri-negeri Melayu pada tahun 1874, Negeri-negeri Melayu diperintah oleh Raja-raja Melayu. Sultan dan raja menduduki heirarki tertinggi dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negeri masing-masing.  Mengikut sistem pemerintahan dan pentadbiran tradisional seseorang raja berkongsi kuasa dan peranan dengan golongan pembesar dalam menjalan dan melicinkan jentera pentadbiran Namun demikian, semua Raja-raja Melayu ini sebenarnya mempunyai peranan luas dalam politik, ekonomi dan sosial sehingga campur tangan Inggeris pada tahun 1874. Isi-isi penting: 1



Konsep



 Biasanya raja akan mendirikan pusat pemerintahan dan pentadbiran di muara sungai dan kuasa baginda terhad di kawasan diraja tersebut. Dari segi teori, raja dikatakan mempunyai kuasa mutlak. Akan tetapi, kekuasaan politik sebenarnya dipegang oleh pembesar daerah. Raja sangat bergantung kepada pembesar untuk menjamin kedudukan, kewibawaan, dan kekuasaan. Misalnya, pembesar di perak berkuasa melantik bakal sultan yang disukai dan menyingkirkan calon tidak disukai. 



Dari segi realiti, terdapat pembahagian kuasa dalam kalangan pembesar daerah di sesebuah negeri. Raja menjadi lambang perpaduan rakyat dan baginda menjalankan tugas yang lebih berat kepada hal ehwal keagamaan dan adat istiadat Melayu. Sebenarnya, baginda tidak memainkan peranan penting dalam sistem politik negeri kecuali di kawasan diraja. Namun, raja diiktiraf sebagai ketua negeri tertinggi, berdaulat dan harus dihormati oleh segenap lapisan masyarakat.



2



Peranan dari aspek Politik



a.



Sebagai Ketua Kerajaan.



 Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri. Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat termasuk pembesar tidak boleh membantah perintah sultan kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan.  Perintah sultan menjadi undang-undang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi walaupun bertentangan dengan hukum manusia dan hukum agama. Sultan juga berkuasa menggubal undang-undang, menjatuhkan hukuman termasuk hukuman bunuh serta berhak mengampunkan pesalah yang tidak ada pada golongan pembesar.



b.



Melantik Pembesar.



 Sultan berkuasa melantik sesiapa sahaja untuk memegang sebarang jawatan pembesar negeri. Baginda berhak melantik sesiapa sahaja untuk memegang jawatan Bendahara dan pembesar-pembesar yang lain. Sultan yang melantik pembesar-pembesar daerah sahaja akan menerima sepucuk surat dan hadiah sebilah pedang sebagai lambang jawatannya.  Biasanya pembesar dipilih secara turun temurun dalam kalangan keluarga pembesar berkenaan. Sultan hanya akan campur tangan memilih pembesar yang baru dari keturunan lain sekiranya keturunan pembesar tadi ketiadaan waris. Ini menunjukkan pembesar hanya menjalankan peranannya di bawah kuasa raja. Apabila raja berkuasa melantik pembesar, baginda juga mempunyai hak untuk melucutkan jawatan mana-mana pembesar.



c.



Menentukan Hubungan Diplomatik.



 Sultan lebih aktif dalam menjalin hubungan hal ehwal luar berbanding bertindak sebagai ketua perang. Perjanjian dengan kuasa-kuasa asing tidak sah jika tidak ditandatangani oleh sultan. Selain itu, ia juga memerlukan tanda tangan 12 orang pembesar. Kebimbangan campur tangan Inggeris di Tanah Melayu menjadikan hubungan sultan dengan para pembesar kian rapat. Kehadiran British di Perak pada tahun 1875 membawa kepada perjumpaan-perjumpaan antara sultan dengan pada pembesar.  Namun demikian, ada juga pembesar yang menentang sultan secara halus tidak hadir dalam pertemuan seumpama ini. Misalnya pada tahun 1875 pentadbir British telah bersusah payah untuk mendapatkan tanda tangan pembesar-pembesar Perak yang tidak hadir di Pangkor dalam tahun 1874 untuk menandatangani persetiaan Melayu-Inggeris itu. d.



Ketua Pertahanan.



 Sultan menjadi ketua tentera bagi negeri masing-masing. Sekiranya berlaku peperangan, sultan akan mengetuai angkatan tentera dan membuat keputusan bagi mempertahankan negara daripada serangan musuh atau menakluk negara lain. Baginda bertanggungjawab menjaga keamanan negara daripada ancaman luar. Pada tahun 1830 an-1870an di Negerinegeri Melayu tidak terdapat peperangan luar yang serius atau ancaman perang.  Kedatangan British juga tidak menggunakan tentera yang besar, hanya menggunakan tentera Negeri-Negeri Selat sahaja. Oleh yang demikian, peranan sultan sebagai ketua tentera tidak menonjol pada masa ini. Malah perang saudara yang berlaku antara tahun 1865-1875 banyak melibatkan perang saudara antara pembesar-pembesar. Hanya di Pahang berlaku pemberontakan seorang pembesar tetapi sultan telah mengarahkan pembesar lain untuk menamatkan pemberontakan tersebut. 2. a.



Peranan dari aspek Ekonomi Sultan berkuasa mutlak ke atas sumber ekonomi.



 Sultan mengambil bahagian dalam perniagaan dan mendapat keuntungan yang lumayan. Baginda berkuasa dalam soal perburuhan, hasil pertanian, perdagangan dan pemungut



cukai. Sultan berperanan menyelaras sistem cukai dalam jajahan takluknya serta mempunyai hak mendapat hasil pungutan cukai negerinya.  Contohnya, Sultan Abdul Samad menerima hasil cukai (bijih timah) daerah Kelang daripada Raja Mahadi. Sultan Pahang memperoleh cukai import yang dikenakan di muara Sungai Pahang berjumlah $50,000 setahun. Dari segi pertanian sultan berhak mengerahkan rakyat bertani. Baginda mewakilkan urusan itu kepada para pembesar negeri. b.



Sultan juga berkuasa melaksanakan sistem kerah.



 Melalui sistem ini rakyat dikerah melaksanakan sesuatu pekerjaan untuk sultan tanpa dibayar upah dalam tempoh masa yang tertentu. Antara pekerjaan yang terlibat ialah membina istana, menjadi tentera,membina jalan, membina jambatan, membina benteng pertahanan, membersih sungai dan sebagainya.  Golongan bangsawan dikecualikan daripada sistem ini. Orang biasa yang berstatus tinggi juga dikecualikan dari sistem ini. Contohnya di Kedah mereka yang dikecualikan dari sistem ini ialah golongan syed (keturunan nabi), golongan baik-baik seperti haji, lebai, penghulu, kakitangan masjid dan orang suruhan istana. Sistem ini menunjukkan perbezaan status sosial dalam kalangan rakyat. 3. a.



Peranan dari aspek Sosial Lambang dan memelihara perpaduan negeri.



 Di Negeri-negeri Melayu pada abad ke-19 terdapat beberapa faktor yang membawa kepada perselisihan dan perpecahan. Di dalam sesebuah negeri, selain Negeri Sembilan terdapat pelbagai kebudayaan yang diamalkan oleh rakyatnya.  Pembesar-pembesar daerah merupakan pusat-pusat kuasa tempatan. Tentangan sering berlaku dalam kalangan mereka dan mengganggu pentadbiran pusat. Malah mereka sering juga menentang sultan dan ada kalanya menentang pelaksanaan perintah raja di daerah mereka. b.



Ketua agama Islam dan Adat istiadat Melayu.



 Sultan juga bertindak sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu. Sultan dianggap sebagai khalifah Allah di bumi dan menjadi penaung kepada masyarakat Melayu. Sultan juga memainkan peranan penting untuk menyebarkan agama Islam di dalam negeri dan seluruh tanah jajahannya.  Lantaran itulah istana memainkan peranan penting sebagai tempat penyebaran agama Islam di Tanah Melayu. Pada masa perayaan besar tahun Islam seperti Hari Raya Puasa, sultan akan mengadakan majlis jamuan. Kesimpulan  Sultan memainkan peranan yang cukup besar sama ada dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial. Kedaulatan dan kedudukan seseorang raja menjadikan seseorang raja/sultan mempunyai hak yang mutlak untuk membuat semua keputusan.



 Pengenalan sistem Residen pada tahun 1874 di Perak, seterusnya Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah menjejaskan kedudukan kuasa sultan dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Sultan kini hanya berkuasa dalam bidang agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja, semua kuasanya yang lain dikuasai oleh Residen Inggeris.



Soalan 2: Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat Melayu sebelum campur tangan British di Tanah Melayu. Pengenalan  Sebelum campur tangan British di Negeri-negeri Melayu pada tahun 1874, Negeri-negeri Melayu diperintah oleh Raja-raja Melayu. Sultan dan raja menduduki heirarki tertinggi dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negeri masing-masing.  Mengikut sistem pemerintahan dan pentadbiran tradisional seseorang raja berkongsi kuasa dan peranan dengan golongan pembesar dalam menjalan dan melicinkan jentera pentadbiran. Pentadbiran di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British dibahagikan kepada pentadbiran peringkat negeri, daerah dan kampung. Isi-isi Penting: Pentdbiran Peringkat Negeri  Merupakan unit pentadbiran tertinggi dan terbesar. Kuasa tertinggi dipegang oleh sultan/ raja/ yang di Pertuan Besar 



Sultan/ raja menjalankan pemerintahan dengan dibantu oleh pembesar-pembesar. Pembesar menjadi tulang belakang dalam menjalankan pentadbiran peringkat negeri. Pembesar diberi gelaran tertentu.Contohnya di Perak dibantu oleh Pembesar Berempat dan di Negeri Sembilan Yang Di Pertuan Besar dibantu oleh 4 orang Undang.



 Sultan/raja dibantu oleh Raja Muda/Putera Mahkota  Perlantikan sultan/raja – sistem perwarisan takhta di kebanyakan negeri-negeri Melayu seperti Sistem penggantian bergilir di Perak dan dilantik oleh Undang Berempat di N.S 



Sultan/raja mempunyai daulat dan tulah. Rakyat yang menderhaka akan terkena tulah..Diperkukuh dengan penggunaan bahasa dalam,warna, alat-alat kebesaran, alat muzik dan cop mohor. Pentdbiran Peringkat Daerah



 Unit pentadbiran yang kedua terbesar. Sesebuah negeri dibahagikan kepada beberapa buah daerah untuk memudahkan urusan pentadbiran  Daerah ditadbir oleh pembesar.Pembesar terbahagi kepada 2 golongan – Pembesar yang bekerja dalam istana tetapi ada kawasan pegangan dan Pembesar yang bekerja atau mentadbir daerah di luar istana. Mereka diberi surat tauliah oleh sultan dan merupakan individu yang paling taat setia kepada sultan/ raja - contoh – Long Jaafar ( Larut ) - Dato’ Maharaja Lela ( Pasir Salak )



 Tugas-tugas pembesar daerah Memungut cukai dan menyerahkan sebahagian daripada cukai kepada pusat sebagai taat setia pembesar, Menyediakan tentera, Menyediakan kerahan tenaga, Menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat dalam daerahnya, Mengadili dan menjatuhkan hukuman kecuali hukuman bunuh kepada yang melakukann jenayah dan Menjunjung duli atau mengadap raja pada Hari Raya.  pembesar mempunyai pengikut atau anak buah dari kalangan masyarakat yang tinggal di kawasannya. Jumlah pengikut menentukan kedudukan dan pengaruh seseorang pembesar. Pentdbiran Peringkat Kampung  Unit pentadbiran paling kecil yang Ditadbir oleh pembesar yang dilantik oleh sultan daripada kalangan keluarga baik-baik iaitu Penghulu atau Tok Kweng. Dianugerahkan surat tauliah oleh sultan.  Tugas-tugas penghulu: Memungut cukai, Menjaga keamanan kampung, Mengendalikan dan menyelesaikan masalah yang timbul, Membekalkan tenaga tentera semasa peperangan, Mendapatkan tenaga buruh dan Memastikan rakyat di kampungnya taat setia kepada Sultan. Kesimpulan  Sistem pentadbiran Melayu tradisional sebelum campur tangan British membuktikan satu sistem pentadbiran yang sistematik Sistem pentadbiran masyarakat melayu mengalami perubahan drastik selepas campurtangan British 1874 yang telah menghakis kuasa raja dan pembesar-pembesar Melayu. Soalan 3: Jelaskan konsep dan hierarki pembesar pada abad ke-19 Pendahuluan  Sebelum kedatangan penjajah, masyarakat melayu tradisional mempunyai system pemerin tahan yang teratur. Asas kepada sesebuah kerajaan itu ialah Raja dan raja itu menjadi tonggak kepada sesebuah kerajaan melayu.  Institusi beraja dalam masyarakat melayu bermula dengan kemasukan pengaruh hindu kea lam melayu yang meresap ke dalam kehidupan masyarakat tempatan. Namun ini bukanlah bermakna sebelum kedatangan pengaruh hindu, masyarakat melayu tidak mempunyai sistem pemerintahan. Isi-isi penting 1.



Konsep



 Merupakan golongan yang menduduki lapisan selepas raja dalam hierarki masyarakat. Membantu sultan dalam melaksanakan pentadbiran di peringakat tertentu.  Pembesar di institusi pemerintahan peringkat daerah ialah pembesar daerah. Pembesar daerah dibahagikan kepada beberapa lapisan yang mencerminkan kedudukan, keistimewaan, dan kuasa mereka dalam sistem politik dan masyarakat.



 Pembesar dilantik terus oleh sultan melalui pemberian surat tauliah. Sistem pembesar digubal berasaskan Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sistem ini didahului oleh empat orang pembesar yang utama, iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, Laksamana.



2.



Hierarki Bendahara



 menasihati sultan dalam pemerintahan dan memangku jawatan sultan ketika baginda diluar negeri, merangka, mengubal dan melaksana dasar-dasar kerajaan.  Bendahara –pemerintah tertinggi angkatan tentera. Temenggung  menguatkuasakan undang-undang dan peraturan negeri terutamanya tentang keamanan dan keselamatan negeri dan rakyat.  Memastikan undang-undang kerajaan dilaksanakan dengan teratur. Laksamana  menguatkuasakan undang-undang dan peraturan negeri terutamanya tentang keamanan dan keselamatan negeri dan rakyat di kawasan laut dan perairan negara  Memastikan undang-undang kerajaan dilaksanakan dengan teratur khususnya berkenaan dengan undang-undang laut, pelabuhan, keselamatan pedagang luar dan dalam negeri. Penghulu Bendahari  Penghulu bendahari menjadi ketua pemegang khazanah dan harta kerajaan, mengawasi syahbandar, bendahari, dan menyimpan daftar segala hamba. Pembesar-pembesar yang lain  Pembesar Empat di bantu oleh Pembesar Lapan yang lebih rendah tarafnya. Pembesar Berlapan di bantu oleh Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua.  Sistem Pembesar di Perak berasaskan kepada sistem Empat Lipatan dengan gelaran pembesar negeri dibahagikan kepada empat peringkat iaitu, Orang Besar Empat, Orang Besar Lapan, Orang Besar Enam Belas, dan Orang Besar Tiga Puluh Dua. Orang besar lapan dan orang besar enam belas mempunyai bidang kuasa sama seperti orang besar empat Cuma kuasa mereka terhad dalam kutipan cukai, pengadilan, dan pentadbiran. Orang besar raja merupakan sekumpulan pembesar yang penting semasa berlakunya peperangan.  Di selangor, jawatan pembesar ialah Tok Penggawa Permatang, Tok Kelang, Dato’ Naga, dan Dato Menteri. Di negeri Sembilan mengamalkan Adat perpatih, dibahagikan kepada beberapa daerah yang dipanggil Luak. Ketua bagi setiap Luak bergelar “undang berempat” ketua bagi luak-luak lain dipanggil penghulu.



 Sistem pembesar di Pahang mempunyai seorang Bendahara, penghulu Bendahari, dan temenggung. Orang berempat di Pahang digelar Orang Besar Indera Maharaja Perba Jelai atau tok Raja, Orang kaya indera segera temerloh, orang kaya pahlawan chenor dan orang kaya indera syahbandar.  Dalam sistem pembesar di Kelantan, terdapat gelaran seperti ;Tuan’ dan ‘Wan’. Pembesar yang menggunakan gelaran perdana menteri merupakan pembesar yang utama dalam sistem politik. Penutup  Sistem pemerintahan sesebuah negeri dibahagikan kepada 3 unit politik. Unit politik terbesar ialah negeri yang diketuai oleh raja atau sultan atau Yang Dipertuan Besar. Baginda merupakan ketua kepada negeri itu secara keseluruhan.  Unit politik seterusnya ialah daerah atau jajahan. Unit politik ini diketuai oleh seorang pembesar daerah yang bukannya dari golongan kerabat diraja. Soalan 4: Bincangkan peranan pembesar di Tanah Melayu sehingga abad ke 20. Pengenalan a.



Pembesar merupakan golongan kedua yang penting selepas sultan. Merupakan sekumpulan pegawai yang membantu sultan atau raja menjalankan pentadbiran di peringkat negeri dan daerah. Sistem pembesar yang diamalkan di Negeri-negeri Melayu berasaskan sistem Pembesar Empat Lipatan yang diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka. Diamalkan di negeri Melayu seperti Pahang, Perak, Selangor dan Johor. Sistem pembesar di Negeri Sembilan berbeza dengan negeri-negeri Melayu lain kerana dipengaruhi oleh Adat Perpatih.



b.



Pembesar merupaka orang kedua penting selepas sultan penasihat utama sultan. Mereka adalah orang yang sangat taat dan menjadi orang kepercayaan sultan. Diberi surat tauliah, sebilah pedang, cop mohor dan daerah pegangan Isi Penting:



1.



Peranan Pembesar Sebelum campurtangan British



 Sebagai pemangku sultan ketika sultan keluar negeri  Ketua pentadbir awam dalam semua urusan pentadbiran negeri. Menjadi tunggak sesebuah negeri bagi membantu sultan melicinkan urusan Pentadbiran dan pemerintahan.  Bertanggungjawab ke atas hal ehwal perhubungan luar negara 



Mengetuai angkatan tentera semasa peperangan dan Ketua tentera laut dan mempertahankan negara daripada serangan musuh dari laut



 Ketua polis dan menjaga keselamatan  Menjaga perbendaharaan negara dan mengawasi pungutan cukai  Ketua adat istiadat dan upacara rasmi istana terutama jamuan



 Mengadili dan menghakimi kes-kes jenayah dan sivil kecuali hukuman bunuh 2.



Peranan Pembesar Selepas campurtangan British



 Hilang kuasa dan hak untuk memungut cukai kerana diambil alih oleh Residen atau wakil.  Hilang sumber pendapatan utama. British memberi elaun/ gaji sebagai ganti rugi  Hilang kuasa politik sebagai penasihat sultan dalam Majlis Penasihat sultan  Hilang kuasa kehakiman ,diambil alih oleh Majisteret  Hilang kuasa mentadbir wilayah yang diambil alih oleh Pegawai Daerah British 



Penghulu merupakan pegawai bergaji dan boleh dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke kampung lain. Hak dan tanggungjawab penghulu tertakluk di bawah undang-undang negeri Kesimpulan



 Berlaku penentangan kerana pembesar tidak puas hati seperti penentangan Dato’ Maharaja Lela di Perak, Dato’ Bahaman di Pahang, Tok Janggut di Kelantan dan lain-lain. Walaupun hilang hak dan kuasa dalam politik, masih lagi berpengaruh, dihormati dan menjadi sumber rujukan utama para pengikut dan masyarakat. Soalan 5: Huraikan peranan pembesar pada abad ke-20 sebelum kedatangan British. Pendahuluan 



Pembesar merupakan golongan yang menduduki lapisan selepas raja dlm hierarki masyarakat. Mereka membantu Sultan atau Yang Dipertuan Besar dlm melaksanakan pentadbiran di peringkat tertentu. Namun,mereka bukan golongan keturunan diraja.



 Pembesar di institusi peringkat daerah atau jajahan ialah pembesar daerah Isi-isi penting 1.



Peranan dari aspek Politik



 Pembesar yang menduduki hairaki yang kedua ini juga dianggap sebagai orang kanan raja atau sultan.Pembesar seperti bendahara misalnya mempunyai kuasa untuk menasihati raja atau sultan dalam melaksanakan pemerintahannya.Sultan Abu Bakar yang memerintah Johor telah melantik Jemaah Menteri untuk menasihati baginda dalam pentadbiran negeri. Pembesar juga bertugas untuk menasihati sultan berkaitan dengan penghakiman terhadap kesalahan-kesalahan jenayah dan sivil. Pembesar peringkat daerah dan kampung juga bertanggungjawab menjadi hakim dan menjatuhkan hukuman terhadap pesalah kecuali hukuman mati.  Pembesar juga berkuasa melantik bakal pengganti atau menentukan putera mahkota, menentukan bakal permaisuri dan menentukan lokasi istana. Di negeri Sembilan, empat orang Undang dari Sungai Ujong, Rembau, Jelebu dan Johol berhak melantik sesiapa sahaja daripada kerabat diraja untuk menjadi Yam Tuan Besar.



 Malahan, terdapat juga pembesar-pembesar peringkat istana yang terlibat secara langsung dalam penggubalan undang-undang negeri. Pembesar peringkat istana seperti Penghulu Bendahari pula berperanan penting dalam hal ehwal istana terutama dalam adat-istiadat diraja. Penghulu Bendahari juga akan mengetuai upacara adat-istiadat istana dan diraja.  Biasanya, pembesar-pembesar akan dianugerahkan daerah pentadbiran masing-masing. Sebagai contohnya, Ngah Ibrahim telah dianugerahkan kawasan pegangan yang menjadi kawasan pemakanannya di Daerah Larut, Perak. Tanggungjawab mereka sangat besar terhadap daerah jajahannya. Mereka akan memastikan keamanan,kesejahteraan dan kebajikan semua penduduk dalam daerah jajahannya. Mereka juga akan melaporkan kepada sultan berkaitan dengan semua perkara yang berlaku di daerah jajahannya. Malahan segala amanat daripada sultan akan disampaikan oleh pembesar kepada anakanak buahnya dalam daerah jajahannya. Pembesar daerah dan kampung juga bertanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal peperangan, ketenteraan dan pertahanan.Mereka menyedia dan membekalkan tenaga tentera untuk mempertahankan negara dan memperluaskan wilayah. Pembesar daerah memperoleh hak memerintah sesebuah kawasan melalui surat tauliah daripada sultan atau Yang Dipertuan Besar. Kawasan pentadbiran pembesar ini dikenali sebagai ‘kawasan pegangan’ yang merupakan anugerah daripada sultan kerana jasa dan perkhidmatan cemerlang mereka atau menjadi pentadbir daerah atau jajahan.  Pembesar memainkan peranan penting dlm bidang politik. Mereka merupakan golongan yang memonopoli segala kuasa politik dlm kerajaan sehingga mempunyai kuasa utk melantik raja. Misalnya, empat orang Undang di Negeri Sembilan Undang Jelebu, Undang Rembau, Undang Johol dan Undang Sungai Ujong akan melantik Yang Dipertuan Besar.  Pada pertengahan abad ke-19, peranan pembesar semakin menonjol dan mereka mempunyai cap mohor sendiri dlm melaksanakan tugas. Mereka mempunyai hubungan erat dgn rakyat. Oleh demikian, pembesar ibarat ‘Jambatan’ yang menghubungkan rakyat dgn pemerintah. Pembesar juga berperanan dalam menjatuhkan hukuman terhadap kes-kes jenayah di daerah mereka. Namun,hukuman mati hanya boleh dijatuhkan oleh sultan. 2.



Peranan dari aspek Sosial



 Golongan pembesar menjadi penghubung antara sultan dengan rakyat.Titah perintah raja juga akan disampaikan kepada rakyat melalui pembesar.Biasanya pembesar peringkat kampung merupakan pembesar yang paling rapat dengan rakyat jelata.Selain menjaga kebajikan rakyat,pembesar juga akan memastikan mereka taat setia kepada sultan.Pembesar juga akan mengerahkan rakyat untk menjadi buruh secara percuma bagi membina istana,membuka tanah dan membina kapal. Golongan pembesar juga wajib melaksanakan istiadat menjunjung duli kepada raja dengan bersedia memberi khidmat kepada raja apabila diperlukan.Istiadat ini akan dilakukan di balairung seri apabila menghadap dan menyembah sultan.  Pembesar bertanggungjawab menjaga kebajikan anak buah dan memastikan seluruh masyarakat di kawasannya taat sultan.  Pembesar menjadi hakim dlm sesuatu perbicaraan bagi menyelesaikan perselisihan anak buah di daerah jagaanya.



 Pembesar dikehendaki membekalkan tenaga buruh utk membina istana baharu, kapal utk sultan, panggung atau pentas serta perhiasan istana utk sesuatu perayaan. Pembesar melaksanakan tugas tersebut melalui sistem kerah di kawasannya. 3.



Peranan dari aspek Ekonomi



 Para pembesar seperti syahbandar pula bertanggungjawab untuk memastikan urusan perdagangan dalam negeri berjalan lancar.Mereka menentukan timbangan dan sukatan yang betul.Mereka juga memastikan kebajikan dan keselamatan golongan pedagang di gudang dan pelabuhan-pelabuhan. Malahan penggunaan mata wang dalam urusan perdaganagn akan dipantau oleh pembesar. Laksamana pula akan bertanggungjawab menjaga perairan daripada pencerobohan lanun dan keselamatn para pedagang di perairan.  Dari segi ekonomi, pembesar lebih berkuasa daripada sultan. Mereka menguasai hasil perlombongan bijih timah dan menjalankan kegiatan perlombongan melalui sistem serah dan sistem kerah. Mereka memperoleh sumber pendapatan lumayan yang mampu menyara anak buah mereka. Didapati bahawa ada dlm kalangan pembesar yang lebih berkuasa dan berwibawa di daerah masing-masing berbanding dgn sultan.  Para pembesar juga membantu membangunkan ekonomi negeri. Mereka memastikan urusan perdagangan dlm negeri berjalan lancar. Mereka menentukan timbangan dan sukatan yg betul. Misalnya, Jemaah Menteri Perbendaharaan di Kelantan mengendalikan harta benda dan hasil mahsul negeri. Pembesar juga menjalankan kegiatan perdagangan tetapi dgn izin sultan. Namun, mereka tdk terlibat secara langsung kerana mereka hanya mengeluarkan modal. Urusan perdagangan dijalankan oleh wakil-wakil yang dilantik.  Pembesar berperanan sebagai pemungut cukai bagi pihak sultan. Mereka diberi surat tauliah oleh sultan untuk memungut cukai. Pembesar Daerah dan kampung juga akan memastikan semua rakyat dalam daerah kekuasaannya akan membayar cukai bagi pihak sultan.Contohnya,di negeri Perak, pembesar mengenakan cukai terhadap barangan yang dibawa melalui Kuala Kinta.$12.50 sen bagisetiap pikul kulit haiwan dan $ 4.00 untuk setiap bahara bijih timah. Setiap tahun pembesar akan menghantar ‘Orang Kalur’untuk melawat kampung bagi mengutip cukai sebanyak 50 sen bagi satu keluarga sebaga tanda kekuasaan bendahara. Lazimnya, sebahagian daripada hasil pungutan cukai akan digunakan dan sebahagian lagi akan diserahkan kepada sultan sebagai lambing kesetiaan.  Para pembesar juga menguasai sumber ekonomi seperti hasil galian dan hasil hutan serta hasil eksport yang lain.Mereka menggunakan tenaga serah dan kerah untuk memperoleh hasil-hasil tersebut. Terdapat juga pembesar yang melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan. Walaupun begitu mereka tidak terlibat secara langsung sebaliknya menjadi pengeluar modal dengan izin sultan.Perniagaan dan perdagangan pembesar diuruskan oleh wakil-wakilnya atau ‘orang kiwi’. Penutup  sebelum campur tangan British di Negeri-negeri Melayu ,golongan pembesar Melayu mempunyai kuasa politik,ekonomi dan sosial yang tiada batasnya.Namun kekuasaan mereka tidaklah melebihi kekuasaan raja atau sultan.Peranan mereka sangat penting dalam sistem politik Melayu. Namun,campurtangan British secara rasmi pada tahun 1874 dan



pengenalan sistem residen telah menjejaskan kedudukan pembesar melayu dari aspek politik, ekonomi dan sosial.  Sistem pemerintahan sesebuah negeri dibahagikan kepada 3 unit politik. Unit politik terbesar ialah negeri yang diketuai oleh raja atau sultan atau Yang Dipertuan Besar. Baginda merupakan ketua kepada negeri itu secara keseluruhan. Unit politik seterusnya ialah daerah atau jajahan. Unit politik ini diketuai oleh seorang pembesar daerah yang bukannya dari golongan kerabat diraja. Di dalam struktur masyarakat Melayu tradisional, golongan yang diperintah berperanan mengukuhkan kedudukan golongan pemerintah. 1.2 Hukum adat dan Undang-undan Soalan 6. Apakah yang dimaksudkan dengan hukum adat dan undang-undang dalam masyarakat Melayu. Pendahuluan 



Adat merujuk kepada sesuatu peraturan tertentu yang menjadi amalan sesebuah masyarakat secara turun-temurun sehingga menjadi sebati dan dianggap sebagai hukum atau undang-undang yang harus dipatuhi.  Undang-undang merujuk kepada peraturan tertentu yang mesti dipatuhi oleh setiap anggota dalam sesebuah masyarakat. Undang-undang berperanan sebagai panduan tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam sesebuah masyarakat serta bentuk hukuman yang bakal diterima jika sesuatu peraturan tidak dipatuhi. a)



b)



c) d) e) f)



Isi-isi penting Terdapat dua jenis hukum adat yang diamalkan di negeri-negeri Melayu, iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Kedua-dua adat ini dipercayai berasal dari tempat yang sama, iaitu Minangkabau, sebuah wilayah yang terletak di sebelah barat Pulau Sumatera, Indonesia. Kedua-dua hukum adat ini dalam bentuk tidak bertulis dan dihafal oleh ketua adat. Pemisahan antara kedua-dua adat ini bermula apabila seorang pembesar di Sumatera membahagikan pentadbiran kawasannya kepada dua orang anak lelaki beliau, iaitu Datuk Perpatih Nan Sebatang dan Datuk Ketemenggungan. Undang-undang 99 Perak agak berbeza daripada undang-undang biasa kerana disusun dalam bentuk dialog dan bukannya berasaskan kepada fakta dan fasal. Undang-undang 99 Perak mempunyai pengaruh Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Undang-undang ini mengandungi hampir semua perkara berkaitan hak pemerintah, perhambaan, jenayah, harta, perkahwinan, dan pertelingkahan kecil. Undang-undang ini dikatakan undang-undang yang paling bertimbang rasa dalam Adat Temenggung. Undang-undang ini terdiri daripada 99 buah undang-undang yang menetapkan kesalahan dan hukuman bagi 99 kelakuan. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor merupakan satu himpunan undang-undang yang menjadi perlembagaan asas bagi negeri Johor. Perlembagaan yang digubal pada 14 April 1895 dinamakan sebagai undang-undang Tubuh Kerajaan Johor tahun 1895. Undangundang ini digubal semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar. Penutup



 Kewujudan hukum dan undang-undang membuktikan bahawa masyarakat tempatan telah mempunyai satu sistem perundangan yang teratur untuk dijadikan panduan dalam kehidupan mereka sebelum kedatangan penjajah.  Menerusi sistem perundangan ini, keamanan dan ketenteraman dapat dipelihara bagi membolehkan golongan pemerintah dan rakyat menjalankan urusan masing-masing dengan



teratur. Jika timbul sesuatu masalah, mereka mempunyai undang-undang yang dapat dijadikan panduan dan rujukan sebelum sesuatu tindakan itu diambil. Soalan 7: Terangkan bentuk dan pelaksanaan Adat Perpatih. Pendahuluan 



Adat merujuk kepada sesuatu peraturan tertentu yang menjadi amalan sesebuah masyarakat secara turun-temurun sehingga menjadi sebati dan dianggap sebagai hukum atau undang-undang yang harus dipatuhi.  Istilah ‘Adat Perpatih’ berasal daripada gelaran Sultan Balun(Sutan Maharajo Bosa).iaitu Datuk Perpatih Nan Sebatang.Hukum adat ini tidak bertulis dan dihafal oleh ketua adat.Datuk Perpatih Nan Sebatang dikatakan mempunyai pendekatan yang berbeza dalam beberapa perkara terutamanya cara mentadbirkan negeri,beliau lebih mengutamakan kaum wanita dalam pemberian harta pusaka.Datuk Perpatih Nan Sebatang memerintah di sebelah Pagar Ruyong sejak itu bermulalah tersebarnya resam dan amalan Adat Perpaatih iaitu apabila orang Miangkabau berhijrah ke Tanah Melayu.Adat ini mulanya dibawa bersama untuk diamalkan dan lama-kelamaan menjadi sebahagian adat resam masyarakat tempatan. Isi-isi penting: Bentuk dan Pelaksanaan Adat Perpatih  Adat Perpatih merupakan satu peraturan atau undang-undang yang tidak bertulis dalam bentuk pepatah yang dihafal oleh ketua adat dan diperturunkan kepada generasi lain.Susunan hukum ini dikenali sebagai tambo atau kata perbilangan adat.Hukum adat ini didasarkan kepada dua jenis sumber,iaitu resam dan adat turun-temurun,dan hukum syarak yang diambil daripada mazhab Shafie.Kedua-dua sumber ini telah disesuaikan tetapi biasanya hukum adat ini tidak mengatasi hukum syarak.  Adat Perpatih mengandungi susunan peraturan yang lengkap meliputi setiap sudut kehidupan individu dan masyarakat secara keseluruhan.Adat ini memberi panduan tentang susunan pentadbiran dan pembahagian kuasa politik,aturan kekeluargaan dan perkahwinan, pembahagian harta,undang-undang jenayah serta hal ehwal kemasyarakatan. Aspek Pemerintahan  Adat Perpatih mengamalkan pemerintahan secara demokrasi dengan kedaulatan berada di atas tangan rakyat.Pemerintahan dijalankan secara muafakat melalui wakil-wakil daripada setiap suku.Pemerinthan mesti mematuhi undang-undang dan tidak boleh bertindak sesuka hati.Tiada siapa yang boleh menguasai teraju pemerintahan secara mutlak kerana setiap jawatan akan dilantik oleh jawatan lain.  Seseorang lelaki tidak mempunyai hak dalam mentadbir.Mereka yang melanggar adat akan dibicarakan dan dihukum.  Ketua pentadbir dan pemerintah yang tertinggi ialah Yang Dipertuan Besar atau Yamtuan Besar (Raja). Ini diikuti oleh Undang. Lembaga, Buapak dan Anak Buah. Yamtuan dilantik oleh empat Undang, Undang dipilih oleh Lembaga. Lembaga dipilih oleh Buapak dan Buapak pula dipilih oleh Anak Buahnya.Ini bermakna sistem pelantikan mengikut Adat Perpatih dibuat berasaskan peringkat dari bawah ke atas. Aspek Kekeluargaan dan Perkahwinan  Adat Perpatih mengamalkan hidup secara bersuku-suku yang membawa maksud secara berkeluarga daripada sebuah keluarga yang besar.Setiap suku mempunyai yang tersendiri untuk memudahkan mereka mengetahui pertalian darah antara satu lain.Setiap suku dipecahkan kepada beberapa bahagian kecil,iaitu Perut.Setiap dipecahkan kepada Ruang dan setiap Ruang kepada Rumpun.



hidup nama sama Perut



 Susunan keluarga masyarakat berdasarkan matrileneal;di susur galur kepada keturunan sebelah ibu.Hubungan antara anggota masyarakat sangat rapat dan dianggap bersaudara.Adat Perpatih tidak membenarkan sesama suku kerana suku yang sama dianggap bersaudara.Perkahwinan hanya dibolehkan dalam suku yang berbeza.Sistem ini dikenali sebagai eksogami. Aspek Pembahagian Harta  Adat Perpatih memberatkan kaum wanita dalam mewarisi harta dengan menurunkan harta melalui keturunan wanita,iaitu daripada pihak ibu(sebagai pengasa kelurga)kepada anak perempuan.Sekiranya ibu tidak mempunyai anak perempuan,harta akan diwariskan kepada adik perempuan,anak adik-adiknya atau cucu-cucunya.  Harta pasangan suami isteri dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu Harta carian-harta yang diperoleh oleh pasangan suami isteri sepanjang perkongsian hidup Mereka, Harta dapatan-harta yang sedia dimiliki oleh isteri sebelum berkahwin. Jika berlaku perceraian harta kekal milik isteri, Harta pembawaan-harta yang sedia dimiliki oleh si suami sebelum berkahwin dan Harta sebelah-harta asal kepunyaan suami dan isteri yang diberi oleh ibu bapa sebelum mereka berkahwin. Undang-Undang Jenayah  Hukuman dalam Adat Perpatih dilaksanakan dengan tujuan memperbaiki keadaan dan tidak menghukum pealah.Pesalah dihukum mengikut kesalahan yang dilakukan.Undang-undang jenayah dalam Adat Perpatih lebih menekankan sifat bertimbang rasa.Seseorang yang melakukan kesalahan didenda mengikut kesalahannya dan masa diberi ganti rugu.Contohnya,hukuman atas kesalahan mencuri.Pesalah akan dihukum dengan memulangkan barang yang dicuri atau membayar ganti rugi. Kemasyarakatan  Adat menetapkan bahawa perbincangan antara anggota masyarakat harus dibuat terlebih dahulu sebelum sesuatu perkara dilakukan.Tindakan menyelesaikan masalah teebut digelar sebagai muafakat. Setiap anggota masyarakat harus bersikap bertimbang rasa serta menekankan nilai-nilai yang menunjukkan tentang hidup bermasyarakat. Adat ini menetapkan satu peraturan hidup yang berlandaskan kepentingan hidup bersama, bergotong-royong, dan bekerjasama. Setiap anggota masyarakat dalam Adat Perpatih dianggap mempunyai kebolehan dan kemampuan tertentu.  Apabila sesuatu yang diusahakan itu berjaya, adat tidak menekankan kepada kejayaan orang perseorangan sahaja tetapi kejayaan kelompok masyarakat.Begitu juga sebaliknya berlaku, semua anggota perlu menanggung kerugian atau kegagalan itu. Penutup  Penghijrahan orang-orang Minangkabau ke Tanah Melayu telah membawa masuk adat Perpatih yang telah banyak membantu untuk mengurus dan mentadbir masyarakat Tanah Melay dengan lebih teratur dan sistematik. Soalan 8: Terangkan bentuk dan pelaksanaan adat Temenggung. Pendahuluan  Adat merujuk kepada peraturan tidak bertulis tetapi menjadi undang-undang yand diamalkan oleh masyarakat secara turun-menurun sehingga menjadi hukum yang mesti dipatuhi oleh semua masyarakat.  Undang-undang ini disebut hukum adat dan terdapat dua jenis hukum adat iaitu adat perpatih dan adat temenggung yang mempunyai ciri-ciri dan keistimewaan. Adat Temenggung merupakan adat yang Berasal dari sumatera. Isi-isi Penting:



Aspek Politik 1. Sistem Pemerintahan  Bercorak autokratik dan kuasa tertinggi terletak di tangan raja atau sultan. Puncak struktur politik ialah raja atau sultan menjadi Ketua pentadbir, agama dan simbol kedaulatan dan perpaduan rakyat, diikuti oleh kerabat diraja, pembesar negeri dan daerah atau jajahan. Mereka dilantik oleh raja dan memerintah sebagai wakil raja. Pembesar bertugas pada peringkat mukim dan lapisan paling bawah ialah ketua kampung yang memerintah kampung.  Pelantikan raja berdasarkan warisan dan raja yang mangkat akan digantikan oleh putera sulung. Jika tidak ada putera, adindanya akan mengambil alih takhta dan jika kedua-duanya tidak ada, raja bendahara akan dilantik menjadi raja. 2. Perundangan / Hukuman  Berpegang kepada perinsip pembalasan dan hukuman mati adalah hukuman paling berat. Dijatuhkan ke atas kesalahan berat seperti membunuh, memfitnah atau menderhaka terhadap raja.  Undang-undang dalam adat Temenggung memerlukan bukti yang kukuh terhadap sesuatu kesalahan. Dalam suatu kes, saksi amat penting. Aspek Ekonomi 1. Pembahagian Harta  Harta ialah hak individu dan melibatkan pembayaran cukai kepada penguasa tampatan. Sistem perwarisan menjadi hak milik tetap bagi seseorang individu.  Harta diwarisi oleh anak lelaki. Aspek Sosial 1. Kekeluargaan  Sistem kekeluargaan mengikut sebelah ibu dan ayah.  Selaras dengan hukum syarak, lelaki diberikan keutamaan kerana mereka menjadi ketua keluarga dan nasab keturunan dikira daripada sebelah bapa. 2. Perkahwinan  Isteri akan mengikuti suaminya dan tinggal bersama dengan ibu bapa suaminya. Isteri akan menjadi keluarga suaminya.  Adat Temenggung mengamalkan perkahwinan endogami (selari dengan hukum syarak). Perkahwinan hanya boleh dilangsungkan sekiranya: Tidak melanggar hukum agama Islam, Tidak ada pertalian darah atau perkahwinan, Pasangan tidak berkahwin dengan orang lain, Pasangan bukan daripada saudara susun dan Larangan berkahwin dengsn dua orang perempuan yang bersaudara. 3. Kemasyarakatan  Pengelompokan seperti dalam adat perpatih tidak wujud. Kesimpulan  Hukum berdasarkan dua sumber, iaitu resam atau adat turun-temurun dan hukum syarak mengikut mazhab Syafie.  Hukum ini tidak pernah ditulis tetapi dihafal oleh ketua Adat. Soalan 9: Bandingkan pelaksanaan Adat Perpatih dan Adat Temenggung dalam masyarakat Melayu tradisional. Pengenalan



 Hukum Adat merupakan amalan tradisi yang merangkumi peraturan hidup serta diwarisi sejak turun-temurun lagi. Hukum Adat menjadi satu peraturan atau undang-undang yang perlu dipatuhi oleh masyarakat Melayu. Pada peringkat awal, ianya hanyalah sebagai rutin harian dan seterusnya menjadi satu kebiasaan dan akhirnya berubah menjadi peraturan yang harus dan wajib dipatuhi.  Hukum Adat ini tergolong dalam kategori undang-undang lisan iaitu undang-undang atau hukum yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi lain tanpa ditulis atau dibukukan, sebaliknya dihafal oleh Ketua Adat. Hukum Adat adalah berdasarkan dua sumber utama iaitu resam atau adat turun- temurun dan pengaruh agama Islam melalui penerapan hukum syarak berdasarkan al-Quran dan diambil daripada mazhab Shafie. Isi-isi penting: Persamaan Adat Perpatih dan Adat Temenggung  Hukum Adat yang paling awal wujud di Tanah Melayu ialah Adat Perpatih dan Adat Temenggung.  Kedua-dua adat ini berasal dari satu keturunan yang sama iaitu keturunan darah diraja yang mewarisi pemerintahan di Sulawesi.  Kedua-dua hukum adat ini berasal dari sebelah barat Pulau Sumatera. Perbezaaan Adat Perpatih dan Adat Temnggung a.



Asal-usul dan pengasasan



 Adat Perpatih dibawa dari Pagar Ruyung, Sumatera dan diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang. Beliau menjaga kawasan tanah sebelah darat dan pusat pemerintahannya terletak di Pagar Ruyung.Orang Minangkabau dikatakan bertanggungjawab membawa masuk adat ini ke Negeri Sembilan dan wilayah Naning pada kurun ke-17.  Manakala menurut Terombo atau ‘lagu asal usul adat’, Adat Temenggung diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan yang menjadi pemerintah di Palembang, Sumatera. Beliau menjaga kawasan persisiran pantai dan laut dan pusat pemerintahannya terletak di Palembang. Adat ini kemudiannya dibawa masuk ke Tanah Melayu pada kurun ke-15 dan diamalkan di semua negeri di Semenanjung Tanah Melayu kecuali Negeri Sembilan dan wilayah Naning. b. Bentuk dan pelaksanaan  Adat perpatih merupakan adat yang tidak bertulis. Ianya merupakan pepatah yang diwariskan secara lisan. Susunan hukum dalam adat ini dikenali sebagai tambo atau perbilangan adat. Adat Perpatih berdasarkan dua sumber, iaitu resam atau adat turuntemurun yang diwarisi dan hukum syarak daripada mazhab Shafie. Adat ini dihafal oleh Ketua Adat.  Manakala Adat Temenggung pula, pada peringkat awal penyebarannya di Tanah Melayu, adat ini mempunyai pengaruh agama Hindu terutamanya Undang-undang Manu. Adat ini kemudiannya menerima pengaruh Islam dan hukum syarak mengikut Mazhab Shafie. Adat Temenggung dihafal dan dilaksanakan oleh Tok Sidang, penghulu atau penggawa. c.



Pentadbiran dan pemerintahan



 Adat Perpatih mengamalkan pemerintahan berbentuk demokrasi. Kuasa pemerintah dilaksanakan secara muafakat melalui wakil daripada setiap suku. Kuasa pemerintah tertinggi ialah Yam Tuan Besar dan diikuti oleh Undang, Lembaga, Buapak dan Anak Buah (Perut). Ketua pada setiap peringkat dipilih dan dilantik oleh kumpulan ketua daripada peringkat bawah hingga atas iaitu bermula dari Perut, Buapak, Lembaga, Undang dan Yam



Tuam Besar. Perlantikan Yam Tuan Besar adalah ditentukan oleh empat orang Undang yang menjadi ketua pemerintah di luak atau daerah utama iaitu Luak Sungai Ujung, Rembau, Johol dan Jelebu. Sementara pemilihan Undang pula ditentukan oleh Lembaga. Manakala Lembaga pula akan dipilih oleh Buapak. Buapak pula dipilih oleh Perut  Sebaliknya, Adat Temenggung mengamalkan sistem autokrasi iaitu kuasa pemerintahan terletak di tangan pemerintah iaitu raja atau sultan yang berkuasa mutlak. Buktinya ialah perlantikan sultan dan pembesar adalah secara monarki iaitu warisan. Sultan juga bertanggungjawab dalam segala aspek iaitu merangkumi aspek politik, ekonomi mahupun dari segi sosial. Adat ini mementingkan golongan raja atau golongan yang memerintah. Rakyat wajib menurut segala titah perintah sultan tanpa mempersoalkannya. d. Undang-undang perkahwinan  Adat Perpatih melarang perkahwinan sesama suku. Hal ini kerana ahli dalam satu suku mempunyai pertalian erat dan justeru itu mereka dianggap bersaudara. Perkahwinan sesame suku juga tidak digalakkan kerana dianggap tidak mengembangkan keturunan. Perkahwinan sesama suku akan menyebabkan mereka hilang kepentingan dalam suku tersebut. Oleh itu, perkahwinan mestilah dengan suku yang berbeza. Sistem perkahwinan ini dikenali sebagai eksogami. Selepas berkahwin, si isteri akan membawa suaminya tinggal di rumah pusaka (rumah gadang) atau rumah sendiri yang dibina berhampiran dengan rumah pusaka ibunya.  Keadaan berbeza dalam Adat Temenggung yang lebih menjurus kepada perundangan Islam. Menurut Adat Temenggung, perkahwinan dibenarkan dengan sesiapa sahaja asalkan tiada pertalian darah atau muhrim. Bermakna perkahwinan di antara saudara seibu sebapa adalah dilarang. Setelah berkahwin, si isteri akan tinggal bersama keluarga suami. e.



Undang-undang keluarga



 Undang-undang keluarga Adat Perpatih pula bersifat matriarchal iaitu memberi keutamaan kepada kaum wanita yang menjadi asas wujudnya suku. Bagi Adat Perpatih, ibu dianggap sebagai ketua keluarga. Suami dikehendaki tinggal bersama keluarga isteri. Dari segi hubungan kekeluargaan pula, keluarga sebelah ibu lebih diberi keutamaan berbanding keluarga sebelah bapa.  Sementara undang-undang keluarga Adat Temenggung pula bersifat patriarchal iaitu lebih mengutamakan kaum lelaki. Ini kerana kaum lelaki diangggap melanjutkan keturunan sesebuah keluarga. Bapa merupakan ketua keluarga. Oleh itu, nasab keturunan dikira daripada sebelah keluarga. Keadaan ini bersesuaian dengan hukum Islam. Dari segi hubungan kekeluargaan, keluarga di sebelah bapa dan ibu dianggap sama penting. Seseorang isteri dikehendaki tinggal bersama keluarga suaminya kerana ia telah menjadi ahli keluarga si suami setelah berkahwin. f.



Pembahagian harta pusaka



 Adat Perpatih menetapkan bahawa harta pusaka dalah diturunkan melalui keturunan iaitu diwarisi daripada ibu sebagai pengasas keluarga kepada anak perempuan. Hal ini kerana, kaum wanita mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dalam masyarakat dan menjadi asas wujudnya suku. Adat Perpatih menjadikan wanita kaya dan berkuasa. Suami tidak boleh memiliki harta pusaka. Sekiranya tidak mempunyai anak perempuan, hartanya akan diwariskan kepada adik perempuannya atau menjadi hak suku.  Sementara pembahagian harta pusaka Adat Temenggung pula berlandaskan syarak di mana anak lelaki berhak mewarisi dua pertiga daripada harta keluarganya. Selebihnya akan diberikan kepada anak perempuan. Pemberian harta yang lebih kepada anak lelaki adalah kerana berdasarkan kepada tanggungjawab anak lelaki yang lebih besar dalam keluarga berbanding dengan anak perempuan. Hal ini bermakna Adat Temenggung memberi keadilan kepada semua pihak, tidak kira lelaki atau wanita.



g.



Undang-undang jenayah



 Hukum jenayah Adat Perpatih adalah bersifat pemulih. Hal ini kerana adat ini tidak bertujuan menghukum pesalah, sebaliknya berusaha memperbaiki keadaan. Kesalahan membunuh dapat diselesaikan apabila salah seorang ahli suku mengambil alih tanggungjawab tempat si mati menanggung nafkah keluarga dan sebagainya.  Sedangkan Adat Temenggung, hukum jenayahnya adalah lebih keras dan bersifat pembalasan. Contohnya, kesalahan membunuh akan dikenakan hukum bunuh. Walau bagaimanapun, hukuman yang dikenakan oleh pemerintah kepada golongan rakyat adalah lebih berat berbanding hukuman yang dijatuhkan kepada golongan atasan. Golongan pembesar yang melakukan kesalahan membunuh hanya dikenakan hukuman buang negeri sahaja. Kesimpulan  Kesimpulannyanya, Hukum Adat memainkan peranan penting dalam masyarakat Melayu tradisional. Meskipun ia dilaksanakan secara lisan, namun ketelusannya tidak pernah diragui. Kewujudan Hukum Adat menjadi panduan kepada penulisan undang-undang moden yang dihasilkan dalam bentuk dokumen. Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka merupakan undang-undang bertulis yang tertua di Tanah Melayu. Dari sinilah wujudnya undang-undang yang diamalkan di seluruh Tanah Melayu.  Kedatangan kuasa barat telah mengubah perlaksanaan undang-undang tradisional masyarakat Melayu. Meskipun demikian, adat-adat lama masih kekal wujud hingga kini. Soalan 10: Undang-undang diamalkan untuk menjaga keharmonian rakyat. Huraikan amalan undang-undang dalam masyarakat Melayu sehingga abad ke 20. Pengenalan  Undang-undang dibuat bagi membentuk peraturan dalam kehidupan manusia. Dengan adanya peraturan ini, manusia dapat hidup dengan aman dan tenteram. Masyarakat juga akan tahu tanggungjawab dan peranan masing-masing dan dengan ini dapat pula membentuk pemerintahan yang adil dan saksama. Keteraturan sistem pemerintahan Kerajaan Melayu Tradisional turut berpunca daripada wujudnya aturan atau undang-undang yang dilaksanakan.  Undang-undang 99 Perak dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor merupakan adaptasi dari Hukum Kanun Melaka lalu diubahsuai mengikut keperluan negeri masing-masing dan dibentuk berdasarkan prinsip-prinsip tertentu. Undang-undang yang diamalkan di Negerinegeri Melayu berasaskan Adat Temenggung dan menjadi undang-undang bertulis. Antara undang-undang tersebut ialah Undang-undang 99 Perak, Undang-undang Pahang, Undangundang Johor dan Undang-undang Kedah. Undang-undang bertulis ini juga merupakan warisan daripada Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Isi-isi Penting: Undang-undang 99 Perak  Disusun pada abad ke17, dibawa ke Perak oleh Sayid Husain Al-Faradz. Mengandungi 99 buah undang-undang yang meliputi pelbagai perkara dan ditulis dalam bentuk soal jawab  Perkara-perkara dalam undang-undang ini ialah : a) Tugas dan tanggungjawab pemerintah b) Peraturan adat istiadat mengadap dan melantik raja c) Perkara-perkara jenayah d) Hal-hal kekeluargaan



Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor § Diperkenalkan pada 1895 oleh Sultan Abu Bakar dan merupakan perlembagaan bertulis yang pertama di Semenanjung T.M. Berdasarkan system pentadbiran di Britain.  Antara perkara yang terkandung ialah : a) b) c)



Sultan tidak boleh menyerahkan negeri Johor kepada kuasa asing Majlis Mesyuarat Menteri hendaklah dilantik daripada orang Melayu dan bertanggungjawab menasihati sultan dalam pentadbiran negeri Ahli Majlis Mesyuarat Negeri hendaklah terdiri daripada rakyat Johor yang berperanan menggubal undang-undang



Kesimpulan  Undang-undang yang diamalkan oleh masyarakat Melayu bertujuan untuk mengawal perlakuan ahli masyarakat bagi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan hidup.  Boleh dijadikan garis panduan bagi setiap orang untuk melakukan sesuatu perkara. Digunakan untuk mengukuhkan kedudukan golongan pemerintah agar lebih terjamin, dan hak setiap anggota masyarakat dalam kehidupan. Soalan 11: Huraikan prinsip-prinsip umum undang-undang 99 Perak Pendahuluan  Undang-undang 99 perak ialah undang-undang yang tertua sekali di Perak berkaitan dengan hal ehwal agama dan tradisi masyarakat tradisional. Undang-undang 99 Perak dikanunkan pada tahun 1867 dan berkuatkuasa sehingga tahun 1900.  Dipercayai bahawa undang-undang ini dibawa dari luar iaitu Syed Hassan dari Hadramaut pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin. Undang-undang ini mengandungi pelbagai aspek yang memperlihatkan ciri-ciri keislaman, unsur bertimbang rasa dan kompromi. Isi-isi Penting: Penzinaan  Fasal 6 hukuman bagi pesalah yang mengambil isteri orang: Fasal 6 memperuntukkan seorang pesalah yang mengambil isteri orang lain akan dibuang dari mukimnya. Sekiranya tidak dibuang, dia dikehendaki membayar denda (emas). Bagi perempuan pula, hukumannya adalah dicukur rambutnya tetapi akan dilepaskan sekiranya membayar denda.  Fasal 50 hukuman bagi pesalah yang melakukan zina: Jika kedua-dua penzina mengakuinya, mereka hanya diperintahkan bernikah dan membayar denda sepaha emass. Jika penghulu mendapati tiada kesalahan, maka kesalahan itu boleh dibincangkan dan dimaafkan. Perkahwinan  Fasal 65: Undang-undang 99 perak memperuntukkan bahawa pasangan yang baru bernikah tidak dibenarkan bersama lebih kurang 40 hari atas alasan untuk menjaga keimanan masing-masing. Pembunuhan  Fasal 23 – Pembunuhan sesama orang Islam: Orang Islam yang membunuh orang Islam tidak boleh dijatuhi hukuman kerana kedua-duanya akan binasa. Cuma orang yang



membunuh itu menjadi kafir. Hukuman yang boleh dikenakan ialah ialah denda empat tahil dua paha emas (dua dirham) dan disedekahkan setahil sepaha emas.  Fasal 4 – Orang kafir membunuh orang Islam: Orang kafir yang membunuh orang islam tidak akan dibunuh kerana orang kafir tersebut tidak akan sempat memeluk islam. Pewaris si pembunuh dikehendaki membayar sejumlah wang (dalam bentuk emas) kepada keluarga si mati. Protokol / Peraturan Raja / Orang Besar  Fasal 24 – Prokol istana: Seseorang itu perlu mematuhi beberapa peraturan jika mengadap raja atau pembesar seperti menundukkan kepalanya semasa duduk dalam balai balairung seri, menumpukan perhatian (tidak boleh menolehkan pandangannya), tidak boleh memandang muka raja atau pembesar, tidak boleh bercakap atau bertutur kata dalam nada suara yang tinggi, dan perlu duduk diam berdasarkan adat menghadap raja atau pembesar.  Fasal 77 – Peraturan raja: Fasal ini menetapkan jika seseorang raja atau pemerintah tersebut mangkat, maka takhtanya akan diwarisi oleh anak raja yang paling tua. Jika tiada, maka anak raj yang paling kecil akan mewarisi takhta. Syarat untuk mewarisi takhta pemerintahan mestilah anak gahara (anak yang dilahirkan oleh raja dan permaisuri daripada golongan diraja). Peperangan  Fasal 74: Strategi untuk menang ialah meningkatkan belanja, tenaga tentera, senjata, menggunakan akal, mempunyai ilmu yang luas, meminta bantuan daripada negeri yang berhubung, mempunyai semangat berani, menggunakan muslihat, memperkukuhkan kewangan, mendapatkan seorang pemimpin yang mendapat sokongan orang ramai, dan tidak mengikut kata-kata orang lain. Pembahagian harta  Fasal 33: Menyentuh terhadap pembahagian harta si mati, anak perempuan akan diberikan rumah, kebun, pinggan-mangkuk, dan peralatan dapur. Alatan besi atau senjata, sawah pad, lombong, diberikan kepada anak lelaki. Segala hutang dan harta dibahagikan seperti berikut, anak lelaki mendapat dua kali ganda lebih daripada anak perempuan. Harta lain akan dibahgikan secara adil kepada anak. Anak yang belum berkahwin mesti mendapat sepuluh peratus lebih daripada anak lain. Hal ehwal agama  Fasal 58: Syarat menjadi imam tatu khatib ialah mempunyai sifat yang mulia, pertuturan yang baik, menguasai maklumat tentang hari bulan dan tahun, sanggup bersusah payah demi kebaikan orang lain, bersikap pemurah, menjadi orang yang wal masuk ke masjid pada hari jumaat, dan sanggup membaiki masjid yang rosak.  Fasal 79: Syarat menjadi Kadi di dalam negeri atau mukim ialah perlu menguasai segala hukum Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW, mengetahui adat dan hukum negeri, mempunyai suara yang merdu, mempunyai tubuh badan yang sihat, tidak cacat dan memiliki sifat yang mulia. Penutup  Undang-undang ini tidak memperlihatkan unsur Islam kerana lebih menjurus kepada adat tempatan. Contohnya pembunuhan didapati tidak selaras dengan hukum Islam, yang perlu dibalas dengan bunuh.



 Undang-undang 99 Perak menyentuh pelbagai aspek namun masih terdapat kelemahan dan kekurangan berbanding Hukum Kanun Melaka. Segala hukuman hanya berbentuk denda wang iaitu emas. Soalan 12: Huraikan Prinsip-prinsip Umum Undang-undang Tubuh Negeri Johor. Pendahuluan: 



Undang-undang tubuh kerajaan johor merupakan satu himpunan yang menjadi perlembagaan asas bagi negeri johor semasa pemerintahan sultan abu bakar.  Undang-undang tubuh kerajaan johor telah dipindah sebanyak 4 kali. Pindaan pertama pada 1 april 1908. Pindaan kedua , pada 17 september 1912 dan pindaan ketiga, pada 12 mei 1914. Pindaan yang terakhir pada 17 julai 1918. Isi-isi Penting: Perlantikan Raja dan Bakal Pengganti Raja  Dalam menentukan soal perlantikan raja, beberapa fasal telah digubal salah satunya ialah fasal kedua, yang menyatakan bahawa syarat bakal pengganti raja mestilah berbangsa melayu, berdarah raja daripada keturunan pemerintahan Johor yang terdahulu, iaitu zuriat sultan Abu Bakar. Lelaki dan beragama Islam. Fasal ketiga pula, jika tiada keturuan daripada zuriat Sultan Abu Bakar yang boleh ditabalkan menjadi raja, maka seorang anak lelaki daripada zuriat temenggung Ibrahim boleh ditabalkan menjadi pengganti raja.  Fasal kelima di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor menyerahkan beberapa perkara dalam Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah pangkuan negeri untuk membuat pertimbangan berasaskan beberapa syarat iaitu; Seorang lelaki yang cukup umur dan sempurna akal; Berasal daripada bangsa melayu Johor dan rakyat kerajaan Johor; Beragama islam, diakui daripada darah yang merdeka; Mempunyai pengetahuan, boleh membaca dan menulis bahasanya; Memiliki budi perkerti, tabiat perangai dan tingkah laku yang baik dan terpuji. Tanggungjawab memelihara kedaulatan negeri  Undang-undang tubuh kerajaan johor telah menetapkan kewajipan raja untuk memelihara kedaulatan negeri johor sepanjang masa. Fasal 15 menyatakan bahawa, melarang raja yang memerintah daripada menyerahkan atau membuat sebarang perjanjian untuk menyerahkan negeri atau sesuatu bahagian dari negeri Johor kepada sebarang kerajaan, kuasa Eropah dan Bangsa-bangsa yang lain. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor memainkan peranan penting semasa dalam memelihara kedaulatan negeri Johor semasa kebangkitan orang melayu menentang cadanganpenubuhan Melayan Union. Kebangkitan orang melayu berpunca daripada kebimbangan mereka terhadap raja-raja melayu yang akan hilang kuasa sabagai pemerintah berdaulat.  Oleh sebab itu, apabila sultan Johor (sultan Ibrahim) memberi persetujuan dan memandatangani perjanjian Melayan Union, orang Melayu johor yang diketuai oleh para pembesar negeri telah bangkit menentang tindakan beliau. Mereka mendakwa tindakan sultan Johor menandatangani Perjanjian Melayan Union talah menyalahi peruntukan yang terkandung di dalam Undang-undang tubuh kerajaan,iaitu tidaj membenarkan sultan johor melakukan apa-apa tindakan yang boleh menggugat kedudukan Johor sebagai sebuah negeri yang berdaulat. Peruntukan Berkaitan Agama Islam  Undang-undang tubuh kerajaan johor menyatakan agama bagi negeri Johor agama islam tetapi agama lain boleh mengamalkan dengan aman dan sempurna. Selaras dengan kedudukan sultan sebagai pemerintahtertinggi, baginda hendaklah memerintah mengikut undang-undang dan bertanggunjawap untuk memerihara agama Islam sebai agama negeri.



 Peruntukan ini memperlihatkan dengan jelas bahawa perlembagaan bercorak Islam telah mendapat tempat dalam sistem pemerintahan kerajaan Johor. Dalam urusan pentadbiran keadilan negeri, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor menyatakan segala mahkamah, para pegawai, dan kakitangan kerajaan hendaklah menjalankan undamg-undang negeri dengan adil dan benar. Perlantikan dan bidang tugas Jemaah Menteri  Fasal 28 hingga 44 memperuntukan perkara-perkara berkaitan Jemaah Menteri yang diinstitusikan secara bertulis dalan undang-undang Tubuh Kerajaan Johor. Bilangan jemaah mernteri yang dilantik hendaklah tidak kurang daripada lapan orang dan tidak melebiho 12 orang yang diketuai olej Menteri Besar. Anggota jemaah menteri hendaklah dilantik daripada bangsa Melayu, rakyat johor, dan beragama islam. Mereka dikendaki mengangkat sumpah di hadapan dua orang saksi daripada kalangan pegawai kerajaan yang berbangsa Melayu dan beragama islam serta taat setia kepada raja dan kerajaan.  Anggota jemaah menteri ditugaskan untuk menbantusuktan dalam urusan pemerintahan negeri. Dalam hal ini, sultan boleh meminta pandangan dan fikiran anggota jemaah menteri. Namun segala keputusan yang diambil terletak di bawah tanggungjawap sultan. Penutup  Masyarakat melayu tradisi mempunyai sistem sosial yang lengkap dan tersusun. Setiap golongan mempunyai peranan yang tersendiri dalam masyarakat. 1.3 Sistem Sosial 1.3 Sistem Sosial Soalan 13 : Terangkan konsep dan susun lapis masyarakat melayu pada abad ke-19 Pendahuluan  Taraf seseorang dalam masyarakat ditentukan oleh beberapa faktor; keturunan, hubungan kekeluargaan, pangkat dan kedudukan, kewibawaan serta tugas.  Kedudukan hierarki seseorang dalam masyarakat Melayu boleh berubah melalui 2 cara. Pertama, pertukaran tugas atau pekerjaan tanpa menjejaskan taraf sosialnya. Kedua, melalui taraf pencapaian. Isi-isi Penting: 1. Konsep susun lapis  Konsep susun lapis masyarakat bermaksud pembahagian anggota masyarakat kepada beberapa lapisan atau kelas sosial yang berlainan kedudukan dan disusun dalam satu hierarki.  Pada asasnya, susun lapis masyarakat melibatkan kedudukan yang berbeza dan tidak bersifat setaraf dari segi kekayaan, kekuasaan, gaya hidup, peluang, hak dan tanggungjawab. 2. Susun Lapis Masyarakat  Susun lapis masyarakat Melayu tradisional bercorak hierarki. Terdapat 2 jenis golongan dalam masyarakat; golongan pemerintah dan golonagn diperintah. Golongan pemerintah merupakan kelas atasan yang dikenali sebagai golongan bangsawan. Golongan diperintah pula merupakan kelas bawahan iaitu rakyat jelata.



Golongan Pemerintah  Terdiri daripada sultan, raja atau Yang Dipetuan Besar, keluarga dan kerabat diraja serta pembesar negeri, iaitu golongan bangsawan, ulama, pendeta, dan penghulu. Golongan pemerintah menerima penghormatan dan ketaatan berdasarkan taraf dan kedudukan masing-masing dalam masyarakat. Bertanggungjawab dalam menjalankan urusan pentadbiran negeri. Sultan/ Raja  Pemerintah tertinggi dalam pentadbiran negeri. Dalam urusan pentadbiran, baginda dibantu oleh kerabat diraja atau para pembesar. Baginda memiliki kuasa dan kewibawaan untuk menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negeri serta seluruh jajahan takluknya.  Berperanan sebagai lambang perpaduan negeri, menjadi sumber segala gelaran dalam negeri, bertanggungjawab menyatupadukan rakyat, memelihara keamanan, dan memajukan negeri. Sultan atau raja mempunyai kuasa mutlak terhadap rakyat jelata. Keluarga dan Kerabat Diraja  Golongan anak raja dan kerabat diraja, iaitu mereka yang bergelar ‘Raja’ atau ‘Tengku’.  Golongan ini tidak ramai tetapi mempunyai kuasa tertentu apabila diberi sesuatu tugas rasmi negeri. Golongan Bangsawan dan Pembesar  Terdiri daripada para pembesar dan kaum kerabat yang amat berpengaruh dalam kalangan pemerintah atau pentadbir.  Pembesar dilantik oleh sultan melalui pemberian surat tauliah. Pembesar yang diberi hak untuk mentadbir biasanya dapat mempertahankan daerah itu dengan kekuatan sendiritanpa sokongan sultan. Golongan Ulama dan Pendeta  Dianggap sebagai golonagn cerdik pandai. Golongan ini sering menjadi sumber rujukan dalam perkara-perkara tertentu yang memerlukan khidmat nasihat mereka. Golongan ulama pakar dalam bidang agama Islam. Dilantik menjadi guru, ketua agama dan kadi. Mereka berperanan menyebarkan agama Islam. Disamping itu, mereka juga bertanggungjawab menasihati sultan dan kerajaan dalam urusan agama. 



Golongan pendeta mempunyai kepakaran dalam bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, adat istiadat, dan salasilah raja. Penghulu



 Ketua pentadbir di peringkat kampung yang dilantik dalam kalangan rakyat biasa. Penghulu menjalankan perintah yang diarah oleh pembesar daerah dan mewakili penduduk kampung untuk menyatakan pandangan atau masalah yang dihadapi.



 Antara bidang tugas penghulu ialah menyelusaikan sebarang pertikaian yang timbul dalam kalangan anak buahnya, memelihara keamanan kampung, mengarah rakyat melaksanakan arahan pemerintah, dan menjadi lambang perpaduan kampung. Golongan Diperintah  Merupakan golongan yang paling ramai dan terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu rakyat biasa atau rakyat asing yang bebas dan golongan hamba. Mempunyai peranan penting dari aspek fizikal dan tradisi kemasyarakatan terutamanya dalam mendukung institusi beraja dan pembesar.  Berperanan sebagai pengikut atau pengiring pembesar peringkat pusat atau menjadi penyokong pentadbir peringkat jajahan takluk. Rakyat Biasa  Masyarakat peribumi yang bermastautin di sesuatu kawasan dan biasanya tinggal di kawasan luar istana atau kampung-kampung kecil. Kebanyakannya terdiri daripada petani, nelayan, pedagang, dan tukang. Mereka tidak mempunyai sebarang kuasa politik dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam pentadbiran.  Dari segi ekonomi, hasil pengeluaran mereka berbentuk sara diri, iaitu hanya cukup untuk menanggung hidup sekeluarga. Terdapat juga yang menjadi ahli tenun, penghibur diraja, pemain sandiwara, bomoh, dukun, pawang, dan guru agama. Rakyat Asing  Selalunya bukan orang melayu yang datang ke Tanah Melayu untuk memenuhi tujuan tertentu seperti pedagang, mubaligh, dan santeri. Santeri ialah orang yang merantau dari tempat ke tempat lain untuk menuntut ilmu.Terlibat dalam pelbagai kegiatan sosial seperti menjadi tentera upahan kerajaan atau menjalankan kegiatan ekonomi.  Tidak diwajibkan mengamalkan dan mematuhi tradisi kebudayaan tempatan Golongan Hamba  Menduduki hierarki paling bawah. Menjadi hamba kepada para pembesar dan orang kaya dengan melakukan pelbagai tugas seperti mencuci perahu, memetik kelapa, mencari kayu api, dan menjadi askar. Penutup  Terdapat dua golongan dalam susun lapis masyarakat iaitu golongan memerintah dan golongan diperintah. Golongan memerintah merupakan golongan kelas atasan manakala golongan diperintah merupakan golongan kelas bawahan. Soalan 14: Bincangkan golongan yang diperintah dan tanggungjawab mereka terhadap pemerintah. Pengenalan



1.



 Secara umumnya masyarakat Melayu tradisional merupakan sebuah masyarakat feudal dan bercorak hierarki yang dapat dibahagikan kepada 2 golongan iaitu golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah.  Golongan yang diperintah terdiri daripada rakyat biasa yang merdeheka dan hamba. Mereka merupakan kelas bawahan yang tetapi bilangannya adalah banyak. Namun rakyat mempunyai kuasa mobiliti yang tersendiri yang tidak dapat disekat oleh golongan pemerintah. Isi-isi Penting: Rakyat Biasa  Rakyat biasa yang bermastautin tetap dan menjadi pengikut setia kepada pembesar yang mentadbir daerah dan jajahan. Ketaatan kepada sultan ialah mutlak dan tidak berbelah bagi. Mereka rela dengan amalan sistem serah seperti bekerja di tanah pembesar tanpa mendapat upah dan sistem kerah seperti menjadi bala tentera dan mendirikan istana  Dalam bidang ekonomi mereka menjalankan kegiatan bertani, berdagang, menangkap ikan, melombong dan menjadi tukang mahir. Tiada dorongan perubahan diri untuk bekerja keras dalam bidang ini kecuali kerja-kerja demi kepentingan raja. Rakyat biasa sesebuah kampung sesalu mempunyai pertalian kekeluargaan dan mengamalkan tradisi hidup secara bergotong-royong, bekerjasama dan bermuafakat. Amalan ini mewujudkan keharmonian dan membantu pembesar mentadbir sesebuah daerah atau kampung itu dengan lebih teratur dan berjaya 2.



Orang Asing



 Merupakan orang bukan Melayu dan datang ke Tanah Melayu hanya untuk tujuan tertentu. Tinggal sementara sahaja dan akan pulang ke negara asal setelah urusan mereka selesai.Terdiri daripada pedagang, perantau, santeri (orang merantau kerana menuntut ilmu) dan mubaligh. Rakyat asing boleh dibahagi kepada 2 kumpulan, iaitu: melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan sosial seperti menjadi tentera upahan dan kebanyakan mereka berasal daripada Jawa dan Pasai, melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi seperti peniaga runcit, pemborong dan pelombong. Masyarakat Tamil Islam merupakan kumpulan yang paling ramai dan mereka hidup bebas dan bergaul dengan penduduk peribumi.  Rakyat asing ini tidak diwajibkan mengamal dan mematuhi tradisi kebudayaan tempatan. Walaupun demikian mereka masih tertakluk kepada undang-undang dan peraturan tempatan.  Terbahagi kepada hierarki yang berbeza taraf kedudukan antara mereka. manakala sebahagiannya akan terlibat dengan pekerjaan dalam rumah. Antara jenis hamba: a)



Hamba raja (biduanda) - paling tinggi kedudukannya. Akan dibebaskan dengan kerelaan raja.



b)



Hamba Abdi - hamba tawanan, hamba diranggah, hamba habsyi, hamba hulur, hamba serah, dan anak hamba.



c)



Hamba berhutang - orang berhutang, anak emas, hamba waris, hamba bayar.



d)



Hamba abdi dan hamba berhutang akan berkhidmat untuk tuannya sebagai pengikut



 Antara peranannya: a)



menyediakan tenaga kerja manusia bagi melakukan pelbagai aktiviti dalam masyarakat.



b)



menyumbang tenaga bagi menambah harta tuan



c)



menjadi pegawai kepada tuannya



d)



menjadi lambing ketinggian taraf sosial golongan yang memiliki hamba. Kesimpulan



 Golongan yang diperintah memberikan ketaatsetiaan yang sepenuhnya kepada pemerintah sama ada sultan ataupun pembesar. Manakala golongan pemerintah akan memberikan kepimpinan dan keselamatan kepada rakyat. Di sinilah wujudnya hubungan timbal balik di antara golongan pemerintah dan yang diperintah. Soalan 15: Jelaskan peranan golongan hamba dalam sistem sosial masyarakat melayu tradisional



Pendahuluan  Golongan hamba menduduki susun lapis masyrakat yang paling bawah sekali. Mereka tidak boleh bertindak mengikut kemahuan sendiri kerana dikawal oleh peraturan dan perintah yang ditentukan oleh pemilik (tuan) mereka.  Dalam masyarakat melayu tradisi, perhambaan mempunyai pengertian yang tersendiri berbanding dengan sistem perhambaan yang biasa di fahami. Terdapat 3 jenis hamba, iaitu hamba raja, hamba berhutang dan hamba biasa. Isi-isi penting a)



Hamba abdi dan hamba berhutang berkhidmat untuk tuan mereka sebagai pengikut dan sebahagiannya membuat kerja-kerja rumah



b)



Hanba berhutang terlibat dalam kegiatan ekonomi seperti dalam bidang pertanian dan melombong bijih timah



c)



Hamba lelaki biasanya di berikan tugas di luar rumah untuk tujuan pertahanan atau penghasilan pertanaian seperti membajak, menanam, menuai, dan memagar hutan baru atau bertugas melombong bijih timah.



d) e)



Ada juga hamba lelaki yang di bawa mengikut tuannya berdagang atau berniaga Hamba perempuan membuat kerja-kerja di rumah dan menjadi dayang kepada pemerintah. Mereka juga menjadi tukang masak, mencuci, mengasuh anak, mengambil air membelah kayu dan menganyam. Ada kalanya mereka bekerja di sawah untuk menuai padi



f)



Ada di kalangan hamba perempuan itu yang di tugaskan untuk memperoleh pendapatan bagi tuan mereka, khususnya hamba wanita yang di paksa melacurkan diri dan sebahagian pendapatan tersebut diserahkan kepada tuan hamba mereka



g)



Golongan hamba juga berperanan untuk mencuci perahu, memetik kelapa, mencari kayu api dan menjadi askar Penutup



 Golongan hamba menduduki satu daripada lapisan sosial dalam masyarakat melayu tradisi. Mereka mempunyai peranan tertentu yang perlu dilaksanakan dan membentuk sebuah institusi sosial yang tersendiri



1.4 Sistem Ekonomi 1.4 Sistem Ekonomi Soalan 16: Jelaskan konsep dan ciri-ciri ekonomi tradisional Melayu pada abad ke-19. Pendahuluan: 



Sejak dahulu lagi, Tanah Melayu telah dikenali oleh pedagang dari India sebagai “Suvarnabhumi” yang bermaksud “bumi emas.” Ini kerana, hasil bumi Tanah Melayu kaya dengan pelbagai sumber galian seperti emas dan perak.



 Kedudukan Tanah Melayu yang strategik dari segi geografi juga menjadi daya penarik dan tumpuan kepada kegiatan perdagangan. Ini membuktikan, bahawa sejak dahulu lagi masyarakat Melayu telah terlibat secara aktif dalam kegiatan ekonomi. Isi-isi penting: Konsep ekonomi tradisional 



Ekonomi tradisional merujuk kepada kegiatan ekonomi yang hanya cukup untuk memenuhi keperluan diri sendiri dan menyara keluarga. Kegiatan ekonomi jenis ini juga dikenali sebagai ekonomi sara diri serta merupakan kegiatan asas dan kegiatan utama bagi masyarakat pada masa itu.



 Tiada pengkhususan dalam pekerjaan ; masyarakat boleh melakukan pelbagai pekerjaan pada masa yang sama seperti petani, nelayan, penternak dan pembuat sampan. Tiada pembahagian kerja kecuali berdasarkan jantina dan umur.  Peralatan tradisional digunakan untuk mengerjakan suatu pekerjaan. Misalnya, bubu, tangguk, lukah, serkap dan jala khusus digunakan bagi menangkap ikan.  Berskala kecil. Tidak menghasilkan sesuatu keperluan untuk orang lain, hanya apabila adanya lebihan, barulah ada aktiviti penjualan. Ciri-ciri ekonomi tradisional



1)



Tiada Pengkhususan Pekerjaan



 Melakukan pelbagai jenis pekerjaan pada masa yang sama. Pekerjaan juga melibatkan semua anggota keluarga termasuk kanak-kanak dan orang-orang tua.  Kanak-kanak biasanya akan melakukan kerja-kerja yang lebih ringan seperti menjemur ikan, menganyam tikar, dan memungut rotan. 2)



Kegiatan Ekonomi Berkait Rapat Dengan Kawasan Penempatan



 Tertumpu di kawasan berhampiran dengan laut, pinggir sungai atau kawasan pedalaman. Jika kawasan penempatan berhampian laut, maka kegiatan utama masyarakat cenderung kepada aktiviti perikanan.  Pertanian pula, lebih dekat dengan masyarakat yang tinggal di pedalaman kerana kekayaan hasil bumi seperti rotan, buluh, damar, kabung, mengkuang, pinang dan akar-akar kayu. 3)



Tiada Peralatan Moden



 Hanya menggunakan peralatan tradisional dalam mengusahakan sesuatu pekerjaan.  Alatan tradisional tersebut biasanya dibuat sendiri oleh seseorang pekerja. Misalnya, bubu yang diperbuat dari rotan kemudian dijadikan satu alat untuk menangkap ikan.



4)



Amalan Bergotong-royong



 Amalan gotong-royong seperti berderau menjadi satu daripada ciri asas dalam kehidupan masyarakat tempatan. Berderau adalah amalan yang dilakukan bersama atau secara berkumpulan bagi memudahkan serta mempercepatkan penyiapan sesuatu pekerjaan yang dilakukan di samping mengeratkan hubungan antara anggota masyarakat.  Amalan seumpama ini biasanya dilakukan untuk kegiatan pertanian seperti menanam dan menuai padi sawah. 5)



Tiada Lebihan Hasil



 Dalam ekonomi tradisional, tiada hasil yang berlebihan diperoleh melalui pengeluaran kerana mereka tidak berupaya mengeluarkannya.  Masyarakat tempatan ketika itu dikatakan tidak mempunyai insentif untuk menghasilkan lebihan penawaran kerana didorong oleh beberapa faktor, iaitu: Masalah tenaga buruh yang terbatas menyebabkan mereka terpaksa bergantung hanya kepada tenaga keluarga sebagai unit asas buruh untuk mengusahakan tanah dan sawah, Tiada ternakan yang boleh melakukan kerja-kerja pembajakan yang berat. Lembu hanya mula digunakan dalam kerjakerja membajak pada suku akhir abad ke-19, iaitu apabila kereta lembu diperkenalkan., Petani terpaksa menanggung beban kerja kerah yang dituntut oleh golongan pemerintah. Jika mereka diminta untuk melakukan kerja-kerja kerah, kerja mereka sendiri tidak dapat disiapkan dan Petani di sesetengah negeri dikehendaki menyerahkan 1/10 daripada hasil mereka kepada golongan pembesar sebagai tanggungjawab tradisi. Jika pengeluaran yang dihasilkan itu bertambah, sumbangan kepada golongan pemerintah akan ditambah.



Penutup:  Kesimpulannya, ekonomi tradisional Melayu adalah lebih kepada kegiatan secara kecilkecilan, belum terdedah kepada aktiviti penjualan langsung. Masyarakat petani pada masa itu, percaya sekiranya mereka mahu menambahkan harta dengan aktiviti ekonomi yang lebih besar, ini bermakna mereka perlu menyerahkan kepada pembesar dalam bentuk cukai yang juga lebih tinggi.  Oleh sebab itu, pengumpulan kekayaan lebih tertumpu kepada golongan pemerintah dan bukannya dalam kalangan petani itu sendiri. Soalan 17: Sebelum kedatangan British masyarakat Melayu tradisional mengamalkan ekonomi sara diri. Sejauh manakah kenyataan ini benar. Pengenalan  Sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional bersifat pelbagai iaitu sara diri, separa sara diri, ekonomi komersial dan perdagangan.  Sistem ekonomi sara diri dijalankan oleh hampir semua negeri Melayu, sistem ekonomi separa diri dijalankan di Kedah dan Perlis, kegiatan ekonomi komersial dijalankan di Johor dan negeri-negeri Selat serta aktiviti perdagangan. Isi-isi Penting:



mi sara diri  Bermaksud hasil pengeluaran digunakan untuk memenuhi keperluan sendiri sahaja. Lebihan pengeluaran akan ditukar dengan barang-barang keperluan lain. Mengamalkan ekonomi sara diri disebabkan beberapa faktor iaitu; Alat-alat tradisional digunakan seperti parang, cangkul, tenggala, Saiz tanah kecil dan tenaga buruh tidak mahir  Hasil pengeluaran adalah rendah dan cukup untuk menampung keperluan keluarga sahaja. Antara kegiatan yang dijalankan ialah pertanian ,iaitu padi sawah di Kedah, Kelantan dan Melaka dan padi bukit di lereng-lereng bukit oleh orang Asli. Tanaman sampingan seperti pisang, ubi kayu, keledek, tebu, sireh yang ditanam di sekeliling. Menternak binatang seperti ayam, itik, lembu, kambing, kerbau untuk bekalan makanan dan bekerja di sawah. Meramu seperti mengumpul damar, rotan, buluh , ubat-ubatan. Menangkap ikan air tawar dan air masin.



mi Separa Sara Diri  Terdapat di Kedah dan Perlis. Hasil pengeluaran padi dijual ke negeri-negeri lain contohnya Pulau Pinang.  Tanah dimiliki oleh sultan dan rakyat dibenarkan untuk mengerjakan tanah tersebut.



an Komersial  Di Johor sistem kangcu dijalankan. 1840an orang Cina dibawa masuk untuk mengerja ladang gambir dan lada hitam. Mereka diberi Surat Sungai iaitu hak untuk menanam lada hitam dan gambir di sepanjang sungai. Hasil dipasarkan melalui Singapura.



 Tanaman kopi secara besar-besaran di Selangor, Perak, N. Sembilan dan Johor oleh pedagang Eropah.



bongan  Diusahakan oleh pembesar-pembesar Melayu dengan menggunakan buruh-buruh Cina seperti di Taiping, Larut, dan Sungai Ujong. 



Terdapat perkongsian antara pembesar Melayu dengan taukeh-taukeh Cina untuk memajukan perlombongan bijih timah contohnya Ngah Ibrahim dengan ketua kongsi gelap Perak.



angan Antarabangsa  Berpusat di Melaka dan Pulau Pinang sebelum diambil alih oleh Singapura selepas tahun 1820an. Menyebabkan orang Melayu terdedah kepada sistem ekonomi kapitalis.  Juga dijalankan di Terengganu pada tahun 1830. Kesimpulan  Ini membuktikan masyarakat Melayu tradisional tidak hanya mengamalkan ekonomi sara diri sahaja. Kesan daripada perkembangan ekonomi telah menghapuskan sistem barter dan digantikan dengan sistem mata wang.Pengenalan sistem sukatan barangan bertujuan untuk memudahkan sistem perdagangan. Perkembangan ekonomi Tanah Melayu membawa kepada kewujudan masyarakat majmuk. Soalan 18: Bincangkan sebab-sebab masyarakat melayu tidak berminat untuk meningkatkan lebihan hasilpengeluaran ekonomi sara diri pada abad ke-19. Pendahuluan  Sistem ekonomi sara masyarakat Melayu tradisional bersifat pelbagai,iaitu sara diri,separa sara diri,ekonomi komersial,dan perdagangan. Sistem ekonomi sara diri dijalankan oleh hampir semua negeri Melayu,sistem ekonomi separa sara diri dijalankan di Kedah dan Perlis,kegiatan pertanian komersial dijalankan di Johor,Singapura,Pulau Pinang,dan Melaka serta aktiviti perdagangan.  Sebahagian besar daripada masyarakat Melayu menjalankan sistem ekonomi berbentuk sara diri.Sara diri bermaksud hasil pengeluaran digunakan untuk memenuhi keperluan sendiri sahaja.Sekiranya terdapat lebihan pengeluaran,hasil tersebut akan ditukar dengan barang-barang keperluan lain. Isi-isi Penting: 1.



Alat-alat tradisional yang digunakan untuk bertani.



 Alat-alat tradisional seperti cangkul,parang,dan tenggala serta ketiadaan ternakan seperti lembu dan kerbau yang mencukupi untuk melakukan kerja-kerja pembajakan yang berat. Kegiatan ekonomi tradisional dijalankan untuk mendapatkan bahan makanan dan hasil lain untuk memenuhi keperluan harian.



 Masyarakat tempatan pada masa ini tidak menggunakan teknologi moden. Alatan pertanian adalah mudah dan tradisional,iaitu penggunaan haiwan atau binatang dan manusia tanpa teknologi moden. 2.



Saiz tanah pertanian.



 Masyarakat melayu memiliki saiz tanah dalam ukuran yang kecil sahaja.Oleh sebab itu, masyarakat melayu tidak dapat mengeluarkan hasil pertanian yang berlebihan hanya mampu untuk sistem sara diri dan memenuhi keperluan seharian mereka.  Petani disesetengah neger diminta menyerahkan satu persepuluh daripada hasilmereka kepada golongna pembesar sebagai sememnuhi tanggungjawab tradisi. Jika pengeluaran yang dihasilkan adalah bertambah , maka sumbangan kepada golongan pemerintah juga terpaksa ditambah. 3.



Tenaga buruh tidak mahir.



 Masyarakat tempatan pada zaman dahulu tidak mempunyai tenaga buruh yang mahir. Mereka tidak mempunyai kemahiran dan latihan yang khusus dalam satu-satu bidang pekerjaan sebagai contoh pertanian. Mereka hanyak mengusahakan tanah pertanian mereka secara tradisional tanpa menggunakan sebarang alat-alatan moden untuk meningkatkan mobiliti buruh. 4.



Penduduk terikat kepada sistem kerah.



 Petani terpaksa mematuhi perintah kerja kerah yang dituntut oleh golongan pemerintah.Jika mereka diminta untuk melakukan kerja-kerja kerah,kerja mereka sendiri tidak dapat disiapkan. Penutup  Faktor-faktor yang berlaku menyebabkan petani dalam masyarakat melayu tradisi tidak berusaha untuk melebihi keupayaan sendiri. Mereka hanya mengusahakan tanaman yang dapat menampung keperluan diri dan keluarga sahaja.  Secara umumnya,masyarakat melayu telah mengamalkan sistem ekonomi sara diri untuk memenuhi keperluan kehidupan mereka sejak berabad lamanya dan dibahagikan kepada dua sistem ekonomi iaitu sistem ekonomi tradisional dan sistem ekonomi kormesial. Soalan 19: Jelaskan konsep dan kegiatan ekonomi komersial melayu pada abad ke19. Pendahuluan :  Sejak abad ke-15, corak ekonomi masyarakat peribumi memasuki era komersial. Ini disebabkan golongan pemerintah seperti sultan dan pembesar sudah lama bergiat dalam perdagangan dengan India, Siam, Pegu, China, Tanah Arab, dan kerajaan serantau. 



Bukti hubungan dagang dalam kalangan masyarakat peribumi dengan rangkaian perdagangan antarabangsa membuktikan ekonomi Tanah melayu, Sabah dan Serawak bersifat terbuka dan tidak sepenuhnya berciri tradisional.



Isi-isi penting : Konsep Ekonomi Komersial  Ekonomi komersial merujuk kepada aktiviti ekonomi yang menjurus kepada lebihan pengeluaran. Hasil yang dikeluarkan itu akan dieksport dan dijual kepada pedagang bagi mendapatkan keuntungan.  Kegiatan menternak, memburu binatang, mengumpul hasil hutan, dan menanam padi yang dianggap sara diri sebenarnya menjurus ke arah ekonomi komersial. Kegiatan ekonomi komersial lebih tertumpu kepada kegiatan perdagangan dan perlombongan. Kegiatan ekonomi komersial dimonopoli oleh golongan pemerintah iaitu raja dan pembesar. Kegiatan Ekonomi kemersial Melayu 1.



Perdagangan



 Perdagangan dilakukan secara jual beli dan secara eksport. Pemodal terdiri daripada raja dan pembesar dan memonopoli kegiatan perdagangan. Rakyat menjalankan kegiatan perdagangan secara berjaja di pasar atau di luar kawasan. Mereka menjual barang seperti rempah-ratus, sayur-sayuran, hasil kraf tangan dan sebagainya.  Lokasi perdagangan di pelabuhan yang berhampiran dengan muara sungai. Pelabuhan menjadi pusat pengumpulan dan pengedaran barang. Contohnya, pelabuhan Kedah, Klang dan Singapura. 2.



Penanaman lada hitam dan gambir



 Pemerintah Johor iaitu Temenggung Ibrahim telah memperkenalkan sistem Kangcu pada tahun 1833 dan memajukan perdagangan lada hitam dan gambir. Beliau mengawal dan mengawasi penanaman lada hitam dan gambir melalui sistem kangcu. Melalui sistem ini, orang cina diberikan surat kebenaran yang dikenali sebagai surat sungai untuk menetap dan mengusahakan tanaman lada hitam dan gambir di tebing sungai. Setiap Kangkar diketuai oleh seorang Kangcu yang memerintah dan memungut cukai.  Penanaman lada hitam dan gambir dilakukan secara komersial dan membawa kepada peningkatan eksport dan mendapat sambutan yang baik di pasaran singapura dan eropah. 3.



Pemungutan hasil hutan



 Catatan Munsyi Abdullah mengatakan bahawa terdapat orang Jakun yang mengutip hasil hutan seperti damar, rotan, kayu wangi untuk diperdagangkan dengan orang melayu di Pahang pada tahun 1838. Pada tahun 1844, Bendahara Ali melantik seorang ketua orang Asli sebagai wakil di penempatan orang Asli di Pahang untuk mengawal kegiatan pemungutan hasil hutan.  Di Johor, Temenggung Ibrahim memonopoli kawasan getah perca dengan bantuan orang melayu dan orang Asli, beliau Berjaya membawa bahan ini ke pelabuhan dan dieksport ke luar negara. Hasil hutan mendapat pasaran yang baik di China. 4.



Penanaman Padi



 Masyarakat menjurus ke negara jiran padi utama. Singapura.



peribumi mengusahakan penanaman padi secara tradisional tetapi telah arah tahap komersial apabila padi dieksport ke negeri lain. Padi dieksport ke terutama dari kawasan yang subur. Kedah dan Kalantan menjadi pembekal Kedah membekalkan padi ke Pulau Pinang manakala Kelantan pula ke



 Begitu juga Selangor, Perak dan Terengganu. Pada abad ke-19, Selangor menjadi pengeluar padi dan tidak perlu mengimportnya lagi. Penutup :  Tidak dapat dinafikan bahawa kegiatan ekonomi masyarakat peribumi lebih tertumpu kepada kegiatan ekonomi tradisional tetapi terdapat juga kegiatan ekonomi komersial. Hal ini berlaku kerana sistem ekonomi masyarakat Melayu bersifat terbuka.  Masyarakat peribumi sebelum kedatangan British bukannya masyarakat pertanian sematamata. Terdapat bukti mereka terlibat dalam kegiatan ekonomi komersial melalui kegiatan jual beli dan kegiatan pengeksportan tanaman dan hasil galian. Soalan 20: Jelaskan ciri-ciri ekonomi komersial melayu pada abad ke-19 di Tanah Melayu.



Pendahuluan :  Sejak abad ke-15, corak ekonomi masyarakat peribumi memasuki era komersial. Ini disebabkan golongan pemerintah seperti sultan dan pembesar sudah lama bergiat dalam perdagangan dengan India, Siam, Pegu, China, Tanah Arab, dan kerajaan serantau. 



Bukti hubungan dagang dalam kalangan masyarakat peribumi dengan rangkaian perdagangan antarabangsa membuktikan ekonomi Tanah melayu, Sabah dan Serawak bersifat terbuka dan tidak sepenuhnya berciri tradisional. Isi-isi penting :



1.



Penggunaan wang dalam kegiatan ekonomi



 Pada zaman dahulu, antara barang berharga yang diterima sebagai wang dalam urusan jual beli ialah logam berharga daripada emas, perak, tembaga atau timah yang berbentuk ketul, keping atau dibentuk seperti binatang.  Misalnya tampang buaya (berbentuk buaya kecil), bapa ayam (bentuk ayam jantan), jongkong tampang (bentuk empat segi) dan syiling yang mempunyai nama pemerintah. 2.



Urusan jual beli dijalankan di tempat yang tertentu



 Mereka yang terlibat dalam kegiatan ekonomi bercorak komersial biasanya berniaga di pasar atau luar dari pelabuhan dengan menggunkan perahu atau kapal kecil.  Tempat-tempat seperti kuala sungai sering menjadi tumpuan para pedagang kerana mempunyai pelabuhan yang dapat menjadi persinggahan kapal perdagangan daripada dunia luar.



3.



Melibatkan semua lapisan dalan masyarakat



 Kegiatan ekonomi bercorak komersial dijalankan oleh semua lapisan dalam masyarakat. Kegiatan ekonomi komersial bagi rakyat biasa dikenali sebagai berjaja dan mereka biasanya berniaga di pasar.  Golongan pembesar juga terlibat dalam kegiatan ekonomi komersial secara tidak langsung. Mereka hanya menjadi pemodal dengan melantik wakil-wakil tertentu untuk menjalankan dan menguruskan perniagaan mereka. Wakil-wakil ini yang dikenali sebagai kiwi terdiri daripada orang yang mahir dalam mengendalikan urusan perniagaan. 4.



Wujudnya aktiviti perdagangan dengan dunia luar



 Kegiatan ekonomi komersial telah mewujudkan aktiviti perdagangan dengan dunia luar yang giat dijalankan di muara sungai yang menjadi pelabuhan persinggahan. Di tanah Melayu, terdapat empat buah pelabuhan utama yang menjadi pelabuhan persinggahan, iaitu Kedah, Melaka, Kelang, dan Johor Lama.  Pelabuhan ini sering menjadi pelabuhan persinggahan utama bagi saudagar-saudagar dari Asia Tenggara, India, Arab dan China. 5.



Kemasukan pelabuhan Asing untuk tujuan eksport



 Selepas kemasukan penjajah British, ekonomi Tanah Melayu secara berunsur-unsur telah berubah daripada kegiatan pertanian tradisional kepada kegiatan ekonomi bercorak komersial. Selain adanya modal tempatan yang dilaburkan oleh golongan pemerintah yang terlibat secara tidak langsung dalam kegiatan ekonomi, pihak British juga membawa masuk pelaburan asing untuk dilaburkan ke dalam beberapa sektor penting seperti perlombongan dan perladangan bagi tujuan eksport.  Ini membawa kepada pembukaan lebih banyak lombong bijih timah dan ladang getah yang diusahakan para pemodal asing. Penutup  Ekonomi komersial lebih mementingkan keuntungan dan pengumpulan harta melalui proses penukaran barangan atau jual beli serta melibatkan pembayaran. Walaupun kegiatan ekonomi komersial telah wujud, tetapi bilangan penduduk tempatan yang melibatkan diri dalam kegiatan tersebut amat sedikit dan lebih tertumpu kepada golongan pembesar.  Pada peringkat awal, kegiatan ekonomi bercorak komersial diusahakan melalui tanaman ladang untuk tujuan dagangan. Kegiatan ini mula diberi perhatian secara besar-besaran setelah perlombongan bijih timah dan perusahaan getah mendapat tempat dan berkembang pesat menjelang pertengahan abad ke-19. Soalan 21: Bincangkan sebab-sebab kemunculan kegiatan ekonomi komersial di alam Melayu pada abad ke-19 Pengenalan  Sistem residen yang diperkenalkan di negeri-negeri Melayu menjelang akhir abad 19 bukan sahaja menandakan bermulanya perubahan dari segi politik, tetapi juga melibatkan bidang



ekonomi. Keamanan yang Berjaya dipulihkan telah melahirkan satu suasana yang membolehkan kegiatan ekonomi Tanah Melayu berkembang pesat. Isi-isi Penting: 1.



Perkembangan di peringkat antarabangsa seperti keperluan utk bahan mentah oleh Negara perindustrian di Barat, penggunaan kapal wap yg dpt mempercepat perjalanan & pembukaan Terusan Suez memendekkan jarak perjalanan pelayaran mempengaruhi corak ekonomi Tanah Melayu.



2.



Kedudukan Tanah Melayu yang kaya dgn sumber bahan mentah mendorong kuasa Barat untuk menguasainya. British berpeluang utk meluas dan mengukuhkan pengaruh di Tanah Melayu.



3.



Kemajuan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan seperti jalan raya dan landasan kereta api menggalakkan lagi perkembangan ekonomi Tanah Melayu. Kemudahan tersebut dibina bagi memudahkan bahan-bahan diangkut dgn mudah



4.



Kemudahan bekalan air dan elektrik disediakan dgn sebahagian besarnya tertumpu dgn kawasan yg hamper dengan perusahaan itu. Pembangunan infrastruktur ini terbatas kpd kawasan yg terdapat kedua-dua komoditi berkenaan. Penutup



 Negeri-negeri di pantai Timur yg mempunyai bilangan penduduk yg sedikit dan sistem perhubungan yg tidak terbatas tidak mengalami banyak perubahan.  Sebaliknya lebih tertumpu di sepanjang pantai Barat seperti Johor dan Perak terutamanya di kawasan pengeluaran bijih timah dan getah Soalan 22: Huraikan ekonomi komersial telah membawa perubahan besar kepada struktur masyarakat tempatan di Tanah Melayu pada abad ke 19. Pengenalan  Kedudukan ekonomi Tanah Melayu lebih bersifat sara diri sebelum kedatangan British meskipun terdapat aktiviti-aktiviti ekonomi bersifat komersial yang dilakukan dalam skala yang kecil dan membabitkan golongan pemerintah. Sistem ekonomi komersial diperkenalkan oleh barat telah membawa perubahan besar kepada perkembangan struktur masyarakat di T.Melayu. Isi-isi Penting: a)



Pengenalan sistem ekonomi komersial sangat berkait rapat dengan kemasukan pelabur asing, pelaburan modal, penggunaan teknologi baru, pengenalan tanaman baru telah membawa kepada peningkatan taraf hidup masyarakat tempatan.



b)



Kemasukan imigran asing terutama dari India dan China mempunyai kaitan langsung dalam bidang perlombongan bijih timah dan pertanian seperti getah, tebu dan sebagainya.Keadaan ini menyebabkan wujudnya masyarakat majmuk.



c)



Dasar pecah dan perintah British menyebabkan masyarakat dikenali berdasarkan pekerjaan mereka dan lokasi tempat tinggal dan bekerja.



d)



Wujud pendidikan vernakular yang mengasingkan pendidikan Melayu, Cina, India dan Mubaligh daripada segi bahasa pengantar, guru, sukatan pelajaran dan buku.



e)



Budaya yang pelbagai mengikut kaum seperti penggunaan bahasa pertuturan, adat resam, sambutan perayaan, agama, kesenian, cara berpakaian dsb.



f)



Kewujudan amalan kongsi gelap dalam masyarakat Cina yang menyebabkan timbulnya masalah pergaduhan dan keganasan. Amalan sistem kasta dalam masyarakat India.



g)



Pertambahan penduduk Tanah Melayu. Kesimpulan



 Pengenalan ekonomi komersial sama ada dalam bidang pertanian mahupun perlombongan menjadi faktor penting yang mengubah struktur masyarakat di Tanah Melayu.  Satu rumpun bangsa menjadi sekurang-kurangnya tiga bangsa yang berbeza iaitu Melayu, Cina dan India. Sistem pendidikan dijadikan sebagai alat untuk menyatukan masyarakat pelbagai kaum yang akhirnya menerima proses asimilasi.



2.1 Peluasan Kuasa Asing 2.1 Peluasan Kuasa Asing Soalan 23: Bincangkan faktor-faktor perluasan kuasa asing di negeri-negeri melayu. Pendahuluan:  peluasan kuasa asing di tanah melayu merujuk kepada kehadiran kuasa barat seperti portugis, belanda dan british secara meluas dalam pemerintahan atau pentadbiran masyarakat tempatan. Peluasan kuasa ini boleh berlaku dalam beberapa keadaan spt penaklukan atau melalui perjanjian yg ditandatangani antara kuasa asing. Isi-isi penting: 1. Faktor Ekonomi  Ekonomi merupakan faktor terpenting yg mendorong peluasan kuasa british di tanah melayu. Revolusi perusahaan di eropah, menyebabkan Britain memerlukan bahan-bahan mentah. Britian memerlikan tanah jajahan yang dapat memenuhi keperluan itu. Secara kebetulan, negeri-negeri melayu kaya dengan bahan mentah yg diingini British. Selepas revolusi perusahaan, AS dan Britian muncul sebagai pengimport bijih timah yg terbesar. Permintaan bijih timah semakin meningkat. Harga bijih timah yg melambung, menyebabkan negeri2 melayu yang kaya dengan bijih timah semakin penting. Ramai pelabur berminat melabur di tanah melayu.  Setelah monopoli perniagaan dengan china dibubarkan pd tahun 1883, golongan saudagar dibenarkan menjalinkan hubungan scra langsung dgn china. Akibat pkembangan ini, golongan saudagar dinegeri2 selat kehilangan kuasa monopoli perniagaan yg dimiliki



sebelum itu. Golongan saudagar mendesak British supaya campur tangan untuk memulihkan keamanan. 2.



Bimbang campur tangan kuasa barat lain



 Selepas tahun 1870-an, keadaan politik mula berubah apabila kuasa-kuasa asing seperti Belanda, Itali, Perancis, Rusia dan Jerman mula bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan.  British paling mencurigai jerman. Hal ini kerana, selepas penyatuan Negara tsebut jerman mula melancarkan serangan agresif yang mengancam kedudukan britian. Golongan pemodal mgunakan faktor kebimbangan untuk menguatkan lagi tuntutan spya british campur tangan di negeri2 melayu. 3.



Perubahan politik dan dasar Britain



 Selepas kerajaan parti konservatif di bwh pimpinan Benjamin disrael yg menyokong dasar imperalisme meletakkan jawatan pd tahun 1868, di ambil ahlih oleh wiliam E. Gladstone iaitu parti liberal. Pd tahun 1874 gladstone di jatuhkan dan digantikan semula dgn Benjamin Disraeli.  Pelantikan lord Kimberly sebagai setiausaha di pejabat tanah jajahan dan Edward knatchbull sbg setiausha rendah parlimen menyebabkan munculnya golongan baharu yang menyokong dasar peluasan kuasa melindungi kpentingan british di seberang laut. Clarke diarah untuk meneliti k’adaan yg berlaku di ngeri-negeri melayu bagi memulihkan keamanan serta mengekalkan kepentingan perdagangan british di negeri-negeri melayu. 4.



Pembukaan Terusan Suez



 Revolusi perusahaan dieropah telah menghasilkan banyak rekaan baharu yg membantu memudahkan pedagang eropah untuk datang ke Asia tenggara. Kapal berkuasa wap yg mempercepatkan perjalanan ke asia tenggara dan boleh memebawa lebih banyak baranagan dagangan.  Terusan suez yg menghubungkan laut merah dgn laun Mediterranean dpt memendekkan perjalanan laut dri britian ke tanah melayu. Penciptaan kapal wap dan pembukaan terusan suez telah dpt memendekkan perjalanan antara timur dan barat serta menjimatkan masa dan kos perjalanan ke asia tenggara 5.



Keadaan huru-hara di nergei-negeri Melayu



 Negeri-negeri melayu berada dalam keadaan huru hara. Raja tidak berkuasa penuh di atas pembesar. Keadaan huru hara disebabkan oleh perebutan kuasa antara para pembesar melayu. Pergaduhan antara kumpulan kongsi gelap serta kegiatan lanun yg berleluasa di tanah melayu.  Huru harajga disebabkan oleh perang saudarayg tercetus ditanah melayu spt perak , Pahang dan Selangor. Perang tersebut memaksa british untuk campur tangan bertujuan untuk memulihkan keamanan ttpi bgi memastikan kpentingan ekonomi mreka tdk terancam akibat k’adaan huru hara yg berlaku itu. Penutup:



 Campur tangan kuasa asing telah menyebabkan perubahan faktor politik terutamanya para pembesar di negeri-negeri melayu kehilangan kuasa dan sultan masih berkuasa tetapi atas nasihat residen. Soalan 24: Bincangkan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani di antara tahun 1897-1909 yang membawa kepada perluasan kuasa Inggeris di Negeri-negeri Melayu Utara. Pengenalan ; 1.



Perjanjian Burney 1826 telah berjaya menyelamatkan negeri-negeri Melayu Utara daripada perluasan kuasa Siam. Walaubagaimanapun perjanjian ini merupakan permulaan kepada campurtangan kuasa British di Tanah Melayu.



2.



Inggeris meluaskan kuasa di Negeri-negeri Melayu melalui tiga perjanjian: Perjanjian Sulit (1897), Perjanjian Inggeris Siam (1902) dan Perjanjian Bangkok (1909). Isi-isi Penting:



1.



a.



Perjanjian Sulit Inggeris-Siam(1897)



Sebab: i. ii.



b.



Khabar angin Prancis merancang membina terusan melintasi Segenting Kra untuk memudahkan perjalanan antara Indo-China dengan Eropah. Terusan ini akan mengacam perdagangan British dan kedudukan Singapura.



iii.



Untuk mengelakkan perluasan kuasa Perancis di Siam dan NNMU.



iv.



British mengadakan perundingan sulit dengan Siam pada tahun 1897.



Syarat-syarat: i.



British mengiktiraf kedaulatan Siam terhadap mana-mana wilayahnya di selatan garis lintang 11 darjah Utara kepada kuasa lain.



ii.



Siam berjanji tidak akan memberi konsensi perdangan kepada mana-mana kuasan asing tanpa persetujuan kerajaan British.



iii.



i.



British berjanji akan membantu Siam sekiranya di serang musuh.



c.



Kesan-kesan



i.



Menandakan satu dasar Inggeris yang aktif terhadap NNMU



ii.



NNMU akan dipengaruhi oleh kedua-dua kuasa British dan Siam.



2.



Perjanjian/Pengistiharan Inggeris-Siam 1902.



a.



Sebab: Kebimbangan campur tangan kuasa asing.



 Walaupun Perjanjian Sulit 1897 di tandatangani antara Sian dengan British. British masih bimbang Siam tidak berupaya mempertahankan negerinya daripada pencorbohan asing. Contoh: Jerman-Pulau Langkawi, Rusia-Ujong Selang (Pulau Phuket), AmerikaTerengganu. ii.



Peranan Frank Swettenham



 F. Swettenham memberi perlindungan kepada Sultan Mahmud IV dari Kelantan daripada di ancam oleh Siam. iii.



Kegiatan R W Duff di Kelantan



 1900 Sultan Kelantan menyerahkan tanah seluas 7770 km persegi kepada Duff (British). Sebagai balasannya Sultan Kelantan menerima wang tunai dan saham dalam syarikat Pembangunan Duff. Siam tidak mengesahkan hak milik Duff dan Duff tidak mengindahkan tuntutan pertuanan Siam ke atas Kelantan. Duff mengugut akan mempelawa Jerman menyokong tuntutannya jika British enggan membantunya. British berunding dengan Siam agar mengesahkan konsesi Duff agar menghalang Duff daripada meminta bantuan luar.  Swettanham mendesak Siam mengesahkan konsesi Duff. Sekiranya Siam tidak bersetuju British akan menyokong Kelantan dan Terengganu dalam tuntutan mereka mendapatkan kemerdekaan. Ugutan British menyebabkan Siam terpaksa menerima cadangan Swettanham. c.



Syarat-syarat



a.



Siam diberi kuasa melantik penasihat dan penolong British di negeri-negeri tersebut.



b.



Siam akan menguasai hubungan luar Kelantan dan Terengganu.



d.



Kesan-kesan



a. b. 3.



b.



Sultan Kelantan dan Terengganu mendakwa mereka tidak dibawa berunding Mengenai pengistiharan itu. Sultan Terengganu enggan mengakui pengistiharan itu. Pengaruh British ke atas Kelantan dan Terengganu semakin kukuh.



Perjanjian Bangkok 1909 a.



Sebab-sebab



i.



Pakatan Inggeris – Perancis 1904.



ii.



Kebimbangan campurtangan asing yang lain.



iii.



Pembatalan hak-hak wilayah asing.



iv.



Masalah kewangan Siam.



Syarat-syarat i.



Siam telah menyerahkan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada Inggeris.



ii.



Inggeris pula akan menyerahkan hak wilayah asingnya di Siam.



iii. c.



Perjanjian Sulit Inggeris-Siam 1897 dibatalkan.



Kesan: i.



NNMU berpindah tangan dari Siam ke Inggeris.



ii.



Penerimaan seorang penasihat Inggeris di NNMU.



iii.



Menetapkan sempadan antara Siam dengan Tanah Melayu.



iv.



Menjamin Inggeris menjalankan dasar monopoli perdagangan di Tanah Melayu. Kesimpulan:



 Inggeris berjaya menguasai seluruh Tanah Melayu kecuali Johor yang hanya dikuasai pada tahun 1914. Soalan 25: Huraikan tentang Perjanjian Inggeris Belanda 1824 dan implikasinya terhadap Negeri-negeri di Tanah Melayu. Pendahuluan :  Perjanjian Inggeris-Belanda termeterai akibat perebutan kawasan perdagangan yang strategik antara pihak British dengan Belanda . British telah membuka pengkalan baru iaitu Singapura bagi menyaingi Belanda. Akibatnya Belanda membawa Singapura di bawah kuasanya.  Demi kepentingan ekonomi dan mengelakkan pertelingkahan dengan Belanda, British telah menanda tangani perjanjian ini pada tahun 1824. Isi-isi penting: Syarat Perjanjian Inggeeris-Belanda 1824.



1.



Pembahagian wilayah takluk masing-masing. Belanda mengiktiraf Singapura sebagai hak milik British dan bersedia melepaskan segala tuntutannya ke atas Singapura. Belanda juga bersetuju menyerahkan semua loji/pusat perdagangannya di India, di samping penyerahan Melaka dan segala jajahan takluk di utara Singapura kepada British.



2.



Belanda berjanji tidak akan membuka sebarang petempatan atau membuat perjanjian dengan pembesar tempatan. British bersetuju menyerahkan Bangkahulu dan semua kawasan Syarikat Hindia Timur di Sumatera kepada Belanda. British juga berjanji tidak akan membuka petempatan atau membuat perjanjian dengan pembesar tempatan . Kedua-dua pihak juga bersetuju menduduki tempat tersebut jika mana-mana pihak berundur daripada salah satu kawasan dan setiap wilayah tidak boleh diserahkan kepada kuasa asing.



3.



Menghadkan kawasan perdagangan bagi kedua-dua pihak. Belanda diberikan monopoli ke atas kepulauan rempah sahaja. Dan kedua-dua pihak bersetuju mengamalkan dasar perdagangan bebas. Manakala perjanjian bijih timah antara Belanda dengan Selangor, Perak dan Kedah berakhir. Belanda tidak akan menganiaya pedagang-pedagang British dengan mengenakan cukai yang tinggi. Masyarakat peribumi dibenarkan berhubung secara



bebas dengan pelabuhan-pelabuhan menghapuskan kegiatan lanun. 4.



kedua-dua



pihak



di



samping



bekerjasama



Belanda membayar hutangnya sebanyak 100,000 pound kepada British dan kedua-dua pihak bersetuju tidak akan menandatangani sebarang perjanjian dengan negeri-negeri tempatan yang boleh menjejaskan perdagangan pihak lain. Implikasi Perjanjian Inggeris Belanda:



1.



Kepulauan Melayu dibahagi kepada dua iaitu Singapura dan kawasan utaranya Terletak di bawah naungan British, manakala kawasan di Selatan Singapura di bawah naungan Belanda.



2.



British bebas meluaskan pengaruhnya di Tanah Melayu tanpa gangguan mana-mana pihak. Melalui perjanjian ini, British mempunyai tiga buah penempatan iaitu Pulau Pinang, Singapura dan Melaka yang akhirnya dikenali sebagai Negeri-negeri Selat pada 1863.



3.



Perpecahan empayar Johor yang dahulunya terdiri daripada kepulauan Riau –Lingga di bawah pemerintahan Sultan Husin(pengaruh British) dan kepulauan Riau-Lingga di bawah pemerintahan Sultan Abdul Rahman (pengaruh Belanda). Pahang telah membebaskan diri daripada empayar Johor dan diperintah oleh keluarga bendahara.



4.



Perdagangan Singapura semakin berkembang maju. Kesimpulan:







Perjanjian ini membawa keuntungan kedua-dua pihak kerana pembahagian kawasan,wilayah dan perdagangan yang lebih jelas. Perdagangan kedua-dua pihak semakin maju dan dapat mengelakkan perebutan kawasan yang berlaku sebelumnya. Soalan 26: Huraikan cara peluasan kuasa asing di negeri Johor pada abad ke-19 hingga abad ke-20 Pendahuluan



 Peluasan kuasa British telah bermula pada abad ke-18 lagi, iaitu dengan pendudukan Pulau Pinang (1786). Penglibatan yang dikatakan sebagai peluasan kuasa tidak rasmi bermula di kebanyakan negeri di Tanah Melayu seperti Kedah, Perak, Naning dan Johor.  Peluasan kuasa British secara rasmi di Negeri-negeri Melayu terlaksana pada tahun 1874 dengan termeterainya Perjanjian Pangkor. Mulai tahun 1874, British giat meluaskan kuasa dengan meletakkan seorang Residen British atau Penasihat British. Stamford Raffles tiba di Singapura dan mendapati paling sesuai untuk tujuan perdagangan kerana kedudukannya strategik. British meluaskan pengaruh di Johor melalui perjanjian. Isi-isi Penting 1)



Cara Peluasan Kuasa British di Singapura



 Raffles mencadangkan Tengku Hussein ditabalkan sebagai Sultan Johor dan tinggal di Singapura. Tengku Hussein bersetuju dengan cadangan Raffles dan menandatangani



perjanjian rasmi dengan Raffles pad 6 Februari 1819. Raffles berjaya menduduki Singapura dengan menggunakan muslihat dan memaksa Tengku Hussein dan Temenggung Abdul Rahman menandatangani Perjanjian 1819.  Pertabalan Sultan Hussein sebagai sultan menyebabkan kerajaan Johor mempunyai 2 orang Sultan. Sultan Hussein bersemayam di Singapura dan Sultan Abdul Rahman pula di Lingga. 2)



Perjanjian Persahabatan 1855



 Sultan Hussein mangkat pada tahun 1835 di Melaka dan diganti oleh puteranya, Tengku Ali. Pertengahan abad ke-19, berlaku pertikaian antara Tengku Ali dengan Temenggung Ibrahim (anak Temenggung Abdul Rahman) tentang hasil negeri Johor.  Pada tahun 1847, Tengku Ali menuntut gelaran Sultan Johor tetapi telah ditolak dan didesak agar menggugurkan segala tuntutannya terhadap pentadbiran Johor kerana Temenggung Ibrahim lebih berpengaruh. Penglibatan British dalam hal ini telah membawa kepada Perjanjian Persahabatan antara Tengku Ali dengan Temenggung Ibrahim pada Mac 1855. 3)



Penglibatan British dalam peristiwa Pengilhakan Muar (1877)



 Temenggung Ibrahim meniggal dunia pada tahun 1862 dan digantikan dengan anaknya, Maharaja Abu Bakar yang amat rapat dengan British. Pihak British telah meluaskan pengaruhnya secara tidak langsung apabila A.E.H. Anton menawarkan Muar kepada Maharaja Abu Bakar buat sementara sehingga satu undian dijalankan oleh Temenggung dan penghulu-penghulu Muar. Pada 20 Jun 1877, Sultan Ali mangkat di Umbai. Jenazahnya tidak dapat dikebumikan hampir sebulan kerana masalah pengganti. Temenggung Muar dan penghulu-penghulu Muar telah menandatangani surat mengakui Tengku Alam (anak Sultan Ali) sebagai pengganti.  Maharaja Abu Bakar telah bertindak dengan menangkap Temenggung dan penghulupenghulu Muar bagi mendapatkan undian. Demi mengelakkan pertumpahan darah, Temenggung dan penghulu-penghulu Muar telah meminta perdamaian dan mematuhi peraturan Maharaja Abu Bakar. Upacara undian diadakan pada bulan September 1877 di Kesang disaksikan oleh pegawai-pegawai British. Majlis bersidang dan bersetuju melantik Maharaja Abu Bakar sebagai pemerintah Muar. Dengan ini, kekuasaan waris-waris Sultan Johor terhadap takhta Johor tamat. Pihak British meluaskan kuasanya secara langsung sekali lagi melalui Perjanjian 1885 dengan Maharaja Abu Bakar dan mengiktirafnya sebagai Sultan Johor. 4)



Penubuhan Lembaga Penasihat Johor



 Lembaga ini ditubuhkan di London pada 1886. Sultan Johor boleh berhubung terus dengan pejabat Tanah Jajahan di London. Usaha British meluaskan kuasanya melalui lembaga ini nyata berhasil apabila Lembaga tersebut berfungsi menguruskan hubungan luar Johor dan menasihati sultan dalam hal-hal pentadbiran. Lembaga Penasihat Johor juga menasihati Sultan Ibrahim supaya meminjam sebanyak 200 000 dolar daripada Negeri-negeri Selat untuk membina landasan kereta api dari Johor ke Singapura. Cadangan tersebut merupakan muslihat British untuk mengawal kewangan Johor. Dato’ Abdul Rahman Andak sedar akan muslihat tersebut menasihati Sultan Ibrahin agar tidak menerima tawaran pinjaman tersebut.



 British mendapati agak sukar untuk meluaskan kuasa ke atas negeri Johor lalu berusaha menyingkirkan Dato’ Abdul Rahman Andak. Pada tahun 1907, John Anderson (Gabenor NNS) mencadangkan agar Dato’ Abdul Rahman Andak dibersarakan dan dihantar ke London. Beliau menerima pencen sebanyak 1000 paun setahun. Pada tahun 1914, Sultan Ibrahim terpaksa menandatangani perjanjian dengan British dengan syarat Johor mesti mematuhi nasihat daripada Penasihat Am British. British berjaya meluaskan kuasa ke atas Johor apabila Douglas Campbell dilantik sebagai Penasihat British. Penutup  Kesimpulannya, British bertekad meluaskan pengaruh ke negeri Johor. Mereka telah berjaya menguasai Negeri-negeri Melayu yang lain sejak 1874 tetapi kurang berjaya di Johor.  British berjaya meluaskan pengaruh di Johor melalui perjanjian dengan kerajaan Johor semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar. Strategi yang digunakan bermula sejak Perjanjian Persahabatan 1855 ditandatangani apabila hal ehwal luar Johor diletakkan dibawah kawalan British. Soalan 27 : Jelaskan cara perluasan kuasa asing di negeri Naning pada abad ke-19 hingga ke-20. Pendahuluan  Perluasan kuasa asing oleh british boleh di kesan sebelum tahun 1874 lagi ( dianggap sebagai tahun british campur tangan secara rasmi ). Kuasa british telah menduduki Singapura (1819), Melaka (1824), dan Siam mencerobohi kedaulatan Negeri-negeri Melayu Utara, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terangganu. Isi-isi penting 1.



Berdasarkan Perjanjian Inggeris-Belanda (1824), Belanda telah menyerahkan Melaka kepada british. Ini bermakna british mula melibatkan dirinya di Melaka. Perang Naning meletus apabila Robert Fullerton, Gabenor Negeri-negeri Selat menganggap Naning sebahagian daripada Melaka. Beliau cuba melaksanakan sistem undang-undang tanah dan kehakiman Melaka di Naning. Pada masa yang sama beliau cuba mengutip hasil cukai setempat yang berhak dimiliki oleh Melaka menurut perjanjian awal dengan Belanda.



2.



Dakwaan dan tindakan British ini berdasarkan kepada perjanjian pada tahun 1801 antara Kolonel Aldwell Taylor, wakil british dengan penghulu dan Empat Suku Naning, bagi Naning pula, perjanjian ini berasaskan kepada perjanjian antara Belanda dengan Naning pada tahun 1643 dan tidak melibatkan British.



3.



Oleh sebab british mendakwa naning sebahagian daripada Melaka, ini bermakna naning di bawah pertadbiran british. Oleh yang demikian, kes-kes jenayah yang berlaku di naning harus dibawah ke Melaka dan undang-undang negeri-negeri selat patut dilaksanakan di naning. Tindakan british ini telah mencabar kedudukan tradisi penghulu Dol Said, pemerintah naning. Beliau tidak boleh menghakimi kes-kes jenayah naning. Apabila penghulu Dol Said menyelesaikan kes jenayah di naning, beliau telah diberi amaran dan dituduh tidak mematuhi arahan british di Melaka.



4.



Dol Said tidak menghiraukan dakwaan british. Beliau telah mengarahkan pengikutpengikutnya supaya tidak mematuhi arahan british yang cuba menjalankan bancian di naning. Tindakan Dol Said adalah berdasarkan pendapatnya bahawa naning sebuah negeri bebas dan merdeka.



5.



Cara-cara perluasan kuasa british di naning. Peperangan berlaku antara melayu naning di bawah pimpinan penghulu Dol Said dengan british antara tahun 1831 dan 1832. Naning mencapai kejayaan pada tahun 1831, tetapi tewas di tangan british pada tahun 1832. Ini kerana pada mulanya naning mendapat bantuaan daripada Yamtuan Ali dari Rembau dan beberapa pemimpin negeri Sembilan yang lain. Pada tahun 1832, brtish telah membuat persetiaan dengan Rembau. Rembau berjanji tidak akan membantu naning.



6.



Pada bulan Mac 1832, Kolonel Herbert mengetuai tentera menyerang naning. Pakatan british dengan Rembau telah Berjaya mengalahkan naning. Taboh, iaitu pusat pentadbiran naning telah ditawan dan rumah penduduk naning dibakar. Dol Said berundur ke Seri Menanti dan akhirnya menyerah diri kepada pihak british. Selepas itu, british menyatukan daerah naning dengan Melaka. Penutup



 Apa-apa yang berkaitan Soalan 28: Jelaskan cara perluasan kuasa asing di negeri Terengganu pada abad ke19 hingga ke 20. Pengenalan  Perluasan kuasa British di Tanah Melayu (TM) telah bermula pada abad ke-18 lagi, iaitu dengan pendudukan Pulau Pinang. Penglibatan yang di katakan sebagai perluasan kuasa tdak rasmi telah bermula di kebanyakan negeri di TM seperti Kedah, Perak, Naning dan Johor.  Perluasan kuasa British secara rasmi di Negeri-Negeri Melayu terlaksana pada tahun 1874 dengan termeterainya Perjanjian Pangkor. Mulai tahun 1874, British giat meluaskan kuasa dengan meletakkan seorang Residen British atau Pensihat British. Isi-isi Penting: a)



British berjaya meluaskan pengaruh di Terengganu melalui Perjanjian Bangkok yang di tandatangani pada tahun 1909. Pada mulanya, Sultan Terengganu, iaitu Sultan Zainal Abidin III enggan mengiktiraf Perjanjian Bangkok yang dipersetujui antara Siam dengan British kerana baginda tidak dibawa berunding semasa perjanjian tersebut di buat.



b)



Namun, setelah didesak oleh British, baginda terpaksa menerima seorang wakil British di Terengganu. Selepas Sultan Zainal Abidin III mangkat, seorang penasihat British dilantik di Terengganu pada tahun 1919.



c)



Selepas kemangkatan Bendahara Tun Ali (pemerintah Pahang) pada tahun 1857, rimbul perbalahan antara dua orang anaknya, Wan Mutahir dengan Wan Ahmad. Hal ini menyebabkan tercetusnya perang saudara. Wan Ahmad meminta bantuan daripada



kerajaan Siam. Siam ingin menjadikan Terengganu sebagai pangkalan untuk melancarkan serangan keatas Pahang. d)



Kerja-kerja melombong bijih timah milik syarikat British di Kuantan terjejas. Demi menjaga kepentingan ekonomi di Pahang dan menyekat perluasan kuasa Siam di Negeri-negeri Melayu, Gabenor Negeri-negeri Selat, iaitu Orfeur Cavenagh memberi amaran kepada sultan Terengganu supaya tidak terlibat dalam perang saudara di Pahang, namun amaran tersebut langsung tidak dipedulikan.



e)



Hal ini menyebabkan Gabenor Orfeur Cavenagh menghantar sebuah kapal perang untuk menyerang Terengganu. Apabila rundingan dengan sultan Terengganu gagal, British menggunakan kekerasan dengan membedil Kuala Terengganu. Kesan daripada serangan tersebut menyebabkan : British berjaya campur tangan secara tidak langsung di Terengganu, British berjaya menyekat perluasan pengaruh Siam dan British berjaya menjamin kepentingan ekonominya. Penutup



 Pada dasarnya, perluasan kuasa British melalui dua cara, iaitu melalui peperangan misalnya di Naning dan menandatangani perjanjian seperti Perjanjian Burney dan Perjanjian Pangkor. Soalan 29: Huraikan cara perluasan kuasa British di Perak Pendahuluan  Peluasan British di tanah melayu yang bermula pada tahun 1874 lebih berkait dengan kepentingan ekonomi dan perdagangan, kebimbangan pengaruh kuasa asing lain yang boleh menggugat ekonomi dan keperluan bahan mentah, dan pasaran akibat Revolusi perindustrian di Britain.  Di Sarawak dan sabah, kepentingan perdagangan merupakan factor utama peluasan kuasa british. Peluasan kuasa asing oleh british boleh dikesan sebelum tahun 1874 lagi. Kuasa british telah menduduki singapura ( 1819 ), Melaka ( 1824 ), dan siam mencerobohi kedaulatan Negeri-negeri Melayu utara, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu. Isi-isi penting 1.



Perang Larut



 Long jaafar, seorang pembesar melayu telah menjumpai bijih timah di larut. Pada tahun 1848, beliau telah membawa masuk ramai orang cina untuk memajukan perlombongan bijih timah di larut. Orang Hakka Chen Sang merupakan pelombong paling awal tiba di larut pada tahun 1840-an. Mereka tertumpu di kawasan perlombongan kelian Pauh. Kebanyakan daripada mereka merupakan ahli kongsi gelap Hai San. Orang Hakka Fui Chew tiba pada tahun 1850-an dan tertumpu di kawasan Kelian Bahru. Kebanyakan daripada mereka ialah ahli kongsi gelap Ghee Hin.  Pada tahun 1875, long jaafar meninggal dunia dan jawatannya sebagai pembesar larut diambil alih oleh anaknya, Ngah Ibrahim.seperti ayahnya, beliau menggalakkan orang cina bekerja di lombong-lombong bijih timah. Akan tetapi, Ngah Ibrahimtidak mempunyai kuasa terhadap Ghee Hind an Hai San. Apabila pergaduhan meletus antara kedua-dua kongsi



gelap itu, Ngah Ibrahim akan menyebelahi pihak yang lebih kuat untuk menjaga kepentingannya. 2.



Perebutan takhta kerajaan perak



 Mengikut sistem pewarisan takhta perak, seseorang putera raja mesti menjawat tiga jawatan sebelum menjadi sultan. Jawatan ini ialah Raja Di Hilir, Raja Bendahara, dan Raja Muda. Oleh itu, apabila sultan mangkat, putera sulungnya tidak akan menjadi sultan secara automatik. Raja Di Hilir merupakan putera sultan yang sedang memerintah manakala Raja Bendahara dan Raja Muda ialah putera sultan sebelumnya.  Sistem pewarisan ini tidak selalunya berjalan dengan lancer kerana sultan yang sedang memerintah dan pembesar yang berpengaruh sentiasa campur tangan dalam pelantikan calon yang dianggap layak. Campur tangan Sultan dan Pembesar dalam sistem pewarisan pada tahun 1857 membawa kepada perebutan takhta kerajaan perak pada tahun 1873 di mana terdapat tiga calon yang bakal menaiki takhta.  Pada tahun 1857, Sultan Abdullah mangkat dan digantikan oleh Sultaan Jaafar Muaazam Shah dan Raja Ali menjadi Raja Muda. Mengikut sistem pewarisan takhta perak, Raja Yusuf yang merupakan Putera Sultan Abdullah sepatutnya diberikan jawatan Raja Bendahara tetapi beliau telah diketepikan oleh pembesar-pembesar perak kerana dianggap tidak layak. Raja Ismail pula dilantik menjadi Raja Bendahara. Jawatan Raja Di Hilir diberikan kepada sultan Jaafar, iaitu Raja Abdullah. Oleh itu, Raja Yusuf telah di ketepikan. 3.



Perang saudara di perak



 Raja Abdullah berasa kecewa kerana tidak dilantik menjadi sultan perak. Keadaan di larut tidak tenteram kerana perang saudara antara Hai San dengan ghee hin. Hai san mendapat sokongan ngah Ibrahim dan sultan ismail. Raja Abdullah pula menyokong ghee hin. Pada tahun 1873, perang meletus antara hai san dengan ghee hin dan kali ini dengan penyertaan ngah Ibrahim, sultan ismail, dan raja Abdullah. Ghee hin dengan bantuan raja Abdullah telah menyerang simpang dan menawan pangkalan yang strategic itu.  Saudagar- saudagar british di perak mengadu bahawa kekacauan di larut telah menganggu perdagangan mereka. Mereka menghantar surat rayuan kepada sir harry ord untuk meminta perlindungan. 4.



Cara peluasan kuasa british di perak



 Sir Andrew Clarke bertindak dengan segera. Beliau memanggil semua pihak yang terlibat menghadiri satu mesyuarat di pulau pangkor.  Pertemuan itu berlangsung di atas kapal british, iaitu H.M.S. Pluto di luar Pulau Pangkor pada 20 januari 1874. Raja Abdullah dan penyokongnya seperti ngah Ibrahim, pembesarpembesar hilir perak, ketua hai san, dan ketua ghee hin telah hadir. Sultan ismail dan raja yusuf tidak hadir. 5.



Syarat-syarat perjanjian pangkor 1874



 Perjanjian pangkor dibahagikan kepada dua, iaitu persetiaan kongsi-kongsi gelap cina dan persetiaan pangkor. Syarat-syarat persetiaan kongsi-kongsi gelap cina iaitu ghee hin dan



hai san bersetuju menamatkan pertelingkahan antara mereka dan mengekalkan keamanan di larut. Sesiapa yang menimbulkan kekacauan akan didenda sebanyak $50 000. Keduadua pihak bersetuju menyerahkan senjata mereka kepada pihak bnerkuasa dan memusnahkan semua kubu yang dibina.  Syarat-syarat persetiaan pangkor iaitu British mengiktiraf raja Abdullah sebagai sultan perak. Bekas sultan perak. Raja ismail akan diberi gelaran raja muda dan menerima pencen bulanan sebanyak $ 1 000. Sultan perak akan menerima seorang pegawai yang digelar residen untuk menasihati baginda dalam semua hal- ehwal pentadbiran kerajaan kecuali hal-hal berkaitan dengan agama dan adat istiadat melayu. Sultan juga dikehendaki membina tempat kediaman untuk residen dan membayar gajinya. Orang kaya memteri larut , ngah Ibrahim akan mengekalkan gelarannya dan menjaga urusan di daerahnya. Beliau akan menerima seorang penolong residen. Penutup  Pada tahun 1857, Sultan Abdullah mangkat dan digantikan oleh Sultaan Jaafar Muaazam Shah dan Raja Ali menjadi Raja Muda. Mengikut sistem pewarisan takhta perak, seseorang putera raja mesti menjawat tiga jawatan sebelum menjadi sultan. Jawatan ini ialah Raja Di Hilir, Raja Bendahara, dan Raja Muda.  Pada tahun 1875, Long jaafar meninggal dunia dan jawatannya sebagai pembesar larut diambil alih oleh anaknya. Soalan 30: Jelaskan cara perluasan kuasa asing di Negeri Sembilan pada abad ke-19 hingga ke-20 Pendahuluan:  Perluasan kuasa British di Tanah Melayu telah bermula pada abad ke-18 lagi iaitu dengan pendudukan Pulau Pinang pada tahun 1786 



Perluasan kuasa British secara rasmi di negeri-negeri Melayu terlaksana dengan termeterainya Perjanjian Pangkor.Mulai tahun 1874,British giat meluaskan kuasa dengan meletakkan seorang residen atau penasihat British.. Isi-isi penting: 1.Perjanjian antara Dato’ Kelana dengan British 1874



 Sungai Ujong merupakan kawasan pengeluaran bijih timah yang utama di Tanah Melayu pada awal abad ke-19. Dua masalah utama di Sungai Ujong, iaitu percubaan pembesarpembesar mengenakan cukai terhadap pengeluaran bijih timah yang dibawa keluar melalui Sungai Linggi dan percubaan Dato’ Kelana untuk menegakkan kuasanya ke atas Sungai Ujong.  Bijih timah dari Sungai Ujong dieksport melalui Sungai Linggi akibat daripada perdagangan bijih timah yang meningkat dengan pesatnya. Kesannya, setiap ketua yang berpengaruh di sepanjang Sungai Linggi ingin mengenakan cukai terhadap bijih timah yang dibawa keluar melalui Sungai Linggi. Dato’ Bandar Kulop Tunggal menuntut hak untuk mengutip cukai di sepanjang Sungai Linggi tanpa memberitahu Dato’ Kelana Sendeng yang turut mempunyai



hak yang sama dengannya di Sungai Ujong.Ini menimbulkan kemarahan Dato’ Kelana Sendeng yang mengarahkan Dato’ Bandar Kulop Tunggal ditangkap di Melaka atas tuduhan gagal menjelaskan hutang-hutangnya.  Keadaan ini tidak menghalang pembesar lain mengutip cukai.Saudagar-saudagar Melaka merayu kepada British agar campur tangan bagi melindungi pelaburan mereka.British memilih Dato’ Kelana Sendeng. Dato’ Kelana Sendeng menandatangi persetiaan perdagangan dengan British. Manakala Dato’ Bandar Kulop Tunggal masih menuntut hak yang sama di Sungai Ujong. Walaupun aktiviti perlombongan berjalan seperti biasa, Dato’ Kelana Sendeng gagal menegakkan kuasanya di Sungai Ujong. Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman telah menggantikan Dato’ Kelana Sendeng yang meninggal dunia. Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman dan Dato’ Bandar Kulop Tunggal telah bekerjasama menghalang percubaan penghulu yang baru, Dato’ Perba Rembau yang membina kubu-kubunya di sepanjang Sungai Linggi. Saudagar-saudagar Melaka telah menghantar surat rayuan kepada gabenor negeri-negeri selat,Sir Harry Ord. beliau cuba mengadakan perjumpaan dengan semua pembesar tetapi gagal. 2. Cara perluasan kuasa British di Sungai Ujong dan syarat-syarat perjanjian.  Pada tahun 1874,Sir Andrew Clarke memanggil satu mesyuarat pembesar-pembesar di Singapura. Hanya Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman yang hadir. Satu perjanjian telah ditandatangi antara Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman dengan Sir Andrew Clarke.  Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman diiktiraf sebagai pemerintah Sungai Ujong yang sah. British akan memberi perlindungan kepada beliau. 3. Kesan-kesan perjanjian  Dato’ Bandar Kulop Tunggal tidak bersetuju dengan campur tangan British dan menyerang Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman yang mendapat perlindungan British. Dato’ Bandar Kulop Tunggal tewas dan terpaksa berundur ke Kepayang.  Seorang Residen iaitu P.J. Murray ditempatkan di Sungai Ujong. Penutup:  Kesan daripada perluasan kuasa asing,berlaku perubahan dalam pentadbiran, ekonomi dan pendidikan.  Semua aspek ini memberi kesan kepada masyarakat tempatan. Soalan 31: Jelaskan cara peluasan kuasa asing di negeri Selangor pada abad ke-19 hingga ke-20. Pendahuluan  Daerah Klang kaya dengan bijih Timah. Daerah ini dibawah kekuasaan Raja Sulaiman tetapi apabila Raja Sulaiman mangkat, Sultan Abdul Samad telah menyerahkan daerah tersebut kepada Raja Abdullah. Penyerahaan ini tidak dipersetujui. Berlaku peperangan saudara. Manakala, daerah klang menjadi rebutan dalam kalangan pembesar.  Hal ini menyebabkan campur tangan British dalam kekecohan ini.



Isi-isi penting Cara-cara perluasan kuasa di Selangor a)



British mencari alasan untuk memaksa Sultan Abdul Samad menerima Residen British.



b)



Pada pertengahan November 1873, sebuah kapal dagang British dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Melaka diserang oleh lanun berhampiran Sungai Jugra,Langat.



c)



Orang Jugra dituduh dan Sembilan orang diberkas. Sultan Abdul Samad telah menjatuhkan hukuman mati ke atas orangJugra ini.



d)



Pada tahun 1874, rumah api yang dibina oleh British di Tanjung Rachado diserang di perairan Selangor. Sir Andrew Clarke, Gabenor Negeri-Negeri Selat memaksa Sultan Abdul Samad menerima Residen baru.



e)



J.G Davison dilantik sebagai Residen British yang pertama dan Frank Swettenham sebagai penolongnya.



f)



Selangor menjadi negeri naungan British. British dengan rasminya mengiktiraf Tengku Kudin sebagai wakil Sultan Selangor. Penutup



 Apa-apa yang berkaitan Soalan 32: Jelaskan cara perluasan kuasa asing di negeri-negeri melayu utara (NNMU) pada abad ke-19 hingga ke-20 Pendahuluan  British meluaskan kuasanya ke atas Negeri-negeri melayu utara sejak awal abad ke-19. Selain itu, Negeri-negeri melayu utara seperi kedah, Kelantan dan Terengganu merupakan negeri-negeri naungan Siam.  Hubungan antara Negeri-negeri melayu Utara dengan British dan Siam dipengaruhi oleh faktor seperti penghantaran bunga emas ke Siam, hubungan Inggeris-Siam, dan dasar tidak campur tangan British. Dengan itu, British ingin memelihara hubungan baik dengan Siam atas soal kepentingan pedagangan.British hanya akan campur tangan jika kepentingan terancam. Isi-isi penting 1 . Persekutuan Crawfurd 1882  Pada tahun 1818, Siam mengarahkan kedah menyerang perak dan memaksa menghantar bunga emas ke Bangkok.  Siam menawan kedah pada tahun 1821 apabila sultan kedah, Sultan Ahmad Tajuddin gagal menghadirkan diri di Bangkok untuk menjelaskan beberapa perkara. Baginda meminta bantuan ketenteraan dari British tetapi gagal. Baginda juga gagal mendapatkan semula takhta karajaannya.



2 . Perjanjian Burney 1826  Pada awal tahun 1825, Raja Ligor menyediakan satu angkatan tentera laut dan ingin menyerang perak dan Selangor. Kapten Henry Burney dihantar ke Ligor untuk membincangkan beberapa perkara. Persetiaan awal diadakan pada tahun 1825. Syaratsyaratnya ialah Raja Ligor tidak akan menyerag perak dan Selangor,Siam tidak akan memaksa perak menghantar bunga emas, dan jika sultan kedah mendapat kembali takhta kerajaannya, baginda mesti menghantar bunga emas setiap tiga tahun sekalidan $ 4000 tiap-tiap tahun. Persetiaan awal ini disahkan oleh kerajaan British di india.  Pada awal tahun 1826, Perjanjian Burney ditandatangani antara Kapten Burney dengan Raja Siam 3 . Perjanjian Sulit Inggeris-Siam 1897  Pda akhir abad ke-19, keajaan British ingin menuruskan hubungan baik dengan Siam untuk menjaga kepentingan perdagangan di Siam.British juga ingin mengekalkan Siam sebagai Negara penampamdi antara india dan Perancisdi indo-China. Siam pula ingin mengekalkan kemerdekaan. Perancis Berjaya menduduki indoChinadan cuba meluaskan pengaruhnya di Siam. Pada tahun 1896, British mandatangani Peristiharan Inggeris-Perancis untuk melindungi kepentingan mereka di Siam dam Tanah melayu. Melalui penghistiharan tersebut, kemerdekaan Lembah Menam Chao Phraya terjamin.  Kebimbangan peluasaan kuasa Barat yang lain memaksa British menandatangani perjanjian sulit inggris- Siam pada tahun 1897. Britishbimbang kuasa Barat seperti jerman akan menguasai Negeri-negeri melayu Utara. Penutup  British menggiatkan usahanya meluaskan kuasa ke atas Negeri-negeri melayu utara dengan menandatangani Peristiharan Inggris- Siam pada tahun 1902  Penasihat british telah dilantik di kedah dan perlis pada tahun 1905. Selain itu, pada tahun 1909, Negeri-negeri melayu utara di serahkan kepada British melalui perjanjian Bangkok. Soalan 33: Jelaskan Cara Perluasan Kuasa Asing Di Negeri Sabah Pendahuluan  Perluasan kuasa asing oleh British boleh dikesan sebelum tahun 1874 lagi. British telah menduduki Singapura 1879), Melaka(1824), dan Siam mencerobohi kedaulatan Negerinegeri Melayu Utara, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.  Potensi sabah dari segi ekonomi telah menarik perhatian pelabur-pelabur Barat dari As, Britain, Balanda, dan Sepanyol. Kerajaan British telah meluaskan pengaruh dan kuasanya terhadap Sabah secara tidak langsung melalui pemberian Piagam Diraja. Di Sabah, kepentingan perdagangan merupakan salah satu faktor utama perluasan kuasa British. Isi-isi penting



a)



Perluasan kuasa asing di Sabah melibatkan beberapa tokoh pedagang bermula pada tahun 1865. Seorang warga Amerika iaitu Claude Lee moses mendapatkan dua konsesi pajakan beberapa kawasan daripada kesultanan Brunei.



b)



Bagi mendapatkan keuntungan , Moses telah menjual hak pajakannya kepada pedagang Amerika ( joseph William torrey dan Thomas B.Haris) dan hong kong ( wo hang) Dan telah menubuhkan The American Trading Company untuk memajukan kawasan tersebut.



c)



Disebabkan kekurangan modal, Overback telah menjalankan usahasama dengan british ( Dent Brother) tahun 1877 dan telah mencetuskan satu perjanjian baru.



d)



Bagi mengatasi pertindihan kuasa, Overback diiringi dengan William hood gabenor Labuan, berjumpa dengan kesultanan sulu dan telah menandatangani perjanjian pada 22 jan 1878. Dalam perjanjian tersebut kesultanan sulu bersetuju menyerahkan kesemua tanah kepada syt Overback dan Dent. Penutup



 Kesannya, melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatngani pada tahun 1877-1878. Syarikat Overbeck dan Dent memperolehi Borneo Utara yang meliputi kawasan antara Teluk gaya di pantai baratt hingga ke Sungai Sibuku di Timur Wilayah Kimanis. Soalan 34: Jelaskan cara perluasan kuasa asing di negeri Sarawak pada abad ke-19 hingga Ke-20 Pendahuluan  Perluasan kuasa asing oleh British boleh dikesan sebelum tahun 1874 lagi. Bagi Sarawak, perluasan kuasa dilakukan oleh James Brooke, seorang pesara yang melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan.  Beliau belayar dengan kapalnya Royalist dan berusaha mencari kawasan perdagangan di tanah melayu dan Sarawak. Di Sarawak, kepentingan perdagangan merupakan faktor utama perluasan kuasa British. Isi-Isi penting a)



Perluasan kuasa Brooke di Sarawak Penentangan di Sarawak 1836-184. Sebelum tahun 1836, Sarawak merupakan sebahagian daripada kesultanan Brunei di bawah Sultan Omar Ali Saifuddin. Pada mulanya, kerajaan Brunei tidak campur tangan dalam pentadbiran Sarawak dan Sarawak ditadbir oleh pembesar-pembesar tempatan sahaja. Sultan Omar Ali telah menghantar pangeran Indera mahkota sebagai wakil baginda untuk memerintah Sarawak.



b)



Pangeran Indera Mahkota bertindak Merampas kuasa politik dan ekonomi. pembesar-pembesar melayu. Mereka kehilangan monopoli perdagangan dan penguasaan ke atas lombong emas dan antimony yang merupakan eksport utama Sarawak ketika itu. Mengenakan cukai yang tinggi keatas orang melayu dan Membeli hasil orang melayu dengan harga rendah. Sekiranya orang Bidayuh gagal menjelaskan hutang, maka isteri dan anak akan dijadikan sebagai hamba abdi.



Akibatnya, orang bidayuh dan orang melayu yang dipimpin oleh Datu patinggi Ali dan orang dayak memulakan penentangan pada tahun 1836. c)



Pakatan Panggeran Raja Muda Hashim dengan james Brooke Pangeran Raja Muda mengambil keputusan meminta bantuan orang luar. Kebetulan ketika itu james Brooke seorang bekas SHTI dan pengembara telah tiba di Sarawak pada tahun 1839. Panggeran raja Muda dengan segeranya meminta bantuan Brooke untuk mematahkan penentangan di Kuching. Sebagai balasan, James Brooke akan dilantik sebagai Gabenor Sarawak dan berkuasa mentadbir Sarawak sebagai wakil sultan Brunei.



d)



Cara perluasan kuasa Brooke di Sarawak Satu perjanjian telah ditandatangani antara james Brooke dengan pengeran Raja Muda Hashim (1841). Syarat-syarat James Brooke di beri kuasa memerintah Sarawak serta jajahannya, James diberi hak untuk memungut cukai di sarawak, Bertanggungjawab dalam hal kewangan Sarawak dan Dikehendaki menghormati dan memelihara undang-undang serta adat istiadat orang melayu di Sarawak. Penutup



 Kesimpulannya, kesan daripada perjanjian 1841, james Brooke telah dilantik sebagai gabenor Sarawak dan Raja Sarawak (24 Nov 1841). 2.2 Penentangan terhadap kuasa asing 2.2 Penentangan terhadap kuasa asing Soalan 35: Nilaikan penentangan dan sebab-sebab penentangan terhadap kuasa asing di negeri Kedah terhadap Siam pada 1821-1842. Pendahuluan  Pada abad ke-19 hingga abad ke-20, masyarakat tempatan telah bangun menentang kuasa asing di negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak. Penentangan yang berlaku sepanjang abad ke-19 hingga abad ke-20 memperlihatkan bentuk bantahan terhadap penguasaan kuasa asing disebabkan kehiangan kuasa pentadbiran dan politik serta ancaman terhadap ajaran Islam dan adat istiadat tempatan. Isi-isi Penting: Penentangan  Hubungan diplomatik Siam-Kedah dalam konteks tradisional memang lama wujud. Ini terbukti dengan penghantaran bunga emas dan perak setiap tiga tahun sekali.  Kedah dibawah pimpinan Sultan Ahmad Tajuddin menentang penjajahan Siam ini dengan hebat. Perang pembebasan Kedah ini juga melibatkan Tunku Abdullah, Tunku Kudin, Tunku Long, dan Tunku Muhammad Saad. Perjuangan mereka turut disokong oleh rakyat seperti Tok Mo Ris dan pemimpin agama seperti Syeikh Abdul Kadir. Terdapat dua bentuk penentangan iaitu perang gerila dan perang terbuka. Sebab-Sebab Penentangan



1.



Hubungan Siam-Kedah



 Bagi Kedah pula, penghantaran bunga emas dan Perak ke Siam bersifat sosial dan tidak ada natijah politik. Ini bermakna Kedah dan Siam mempunyai pandangan yang berbeza tentang status masing-masing. Siam memaksa Kedah menghantar bunga emas dan perak tiga tahun sekali. Selain itu, Kedah dikehendaki memberi khidmat tenaga buruh dan askar, serta membekalkan makanan dan senjata.  Siam juga mengarahkan Kedah (di bawah Sultan Ahmad Tajuddin) menghantar bantuan tentera menentang Burma pada tahun 1811. Seterusnya, pada tahun 1813, Kedah diarah menyerang Perak dan sekali lagi pada tahun 1818. Ini berikutan keengganan Perak menghantar ufti ke Bangkok. Pada tahun 1818, Kedah diarah menyediakan 2500 orang askar untuk menawan Tonkah dan Burma. 2.



Hubungan Siam-Burma



 Pada abad ke-18 dan awal abad ke-19, Kedah tersepi antara kuasa Siam dan Burma. Kedua-dua kuasa ini cuba menguasai negeri-negeri Melayu Utara disebabkan persaingan politik dan tujuan sosioekonomi seperti tenaga manusia dan sumber.  Kedah terpaksa mengahadapi kedua-dua kuasa tersebut dengan mengamalkan dasar suaifaedah, iaitu dasar diplomasi yang memihak kepada kuasa yang lebih kuat dalam sesuatu masa. Dalam keadaan yang tidak pasti sama ada Siam atau Burma akan menang, Kedah terpaksa mengakui pertuanan kedua-dua kuasa tersebut. 3.



Perselisiahan dalam negeri Kedah



 Sultan Ahmad Tajuddin menghadapi cabaran daripada saudaranya, Tunku Daud, Tunku Bisnu, Tunku Ibrahim, dan Tunku Yaakop. Tunku Daud dan Tunku Ibrahim telah mencetuskan pemberontakan bersenjatatetapi Berjaya dipatahakan.  Tunku Bisnu dan Tunku Yaakop telah mempengaruhi kerajaan Siam dengan bersubahat dengan Gabenor Singgora dan Ligor. Pihak Siam bimbang Sultan Ahmad Tajuddin akan membuat hubungan sulit dengan Burma. 4.



Hubungan Sultan Ahmad Tajuddin dengan Gabenor Ligor



 Sultan Ahmad Tajuddin juga menghadapi saingan daripada Gabenor Ligor, iaitu Nakhon Sri Thammarat kerana beliau cemburu dengan kejayaan baginda yang dianugerahi pangkat Chao Phaya oleh istana Bangkok.  Pada 12 November 1821, Siam, menghantar angkatannya ke Kuala Kedah. Askar-askar Siam melakukan keganasan dengan menembak rumah-rumah di tebing sungai, menangkap orang lelaki dan menyeksa mereka hingga mati. Mereka juga merampas barang-barang dan membawa tawanan perang balik ke Siam sebagai hamba. Gabenor Ligor menegakkan kekuasaanya di Kedah. Beliau meletakkan anaknya, Phra Pakdi Borirak (Saeng) sebagai Gabenor dan seorang lagi anaknya, Nai Nut sebagai Naib Gabenor. 5.



Faktor Agama



 Orang Siam beragama Buddha Theravada dan orang Melayu beragama Islam. Golongan agama di Kedah menggunakan pelbagai cara untuk menaikkan semangat menentang Siam seperti syarahan agama, Khutbah Jumaat dan Kelas Agama.  Penentangan terhadap Siam juga digerakkan melalui semangat jihad. Pejuang-pejuang Kedah diberikan semangat mati syahid. Penutup 



Pada tahun 1823, Tunku Abdullah memimpin seramai 3000 orang tentera untuk membebaskan Kedah daripada Siam melalui Seberang Perai. Namun, perjuangan ini gagal kerana Siam mendapat bantuan British. Tunku Kudin berjaya menawan semula Kuala Kedah dari Melaka pada tahun 1831. Sekali lagi, perjuangan tentera Melayu dicabar oleh Siam yang mendapat bantuan British. Sultan Ahmad Tajuddin merancang menyerang Siam melalui Bruas pada tahun 1836. Malangnya, rancangan tersebut gagal kerana penglibatan British Sultan Ahmad Tajuddin ditangkap.



 Perang pembebasan Kedah diteruskan oleh Tunku Muhammad Saad pada tahun 1838. Tentera Kedah berjaya menawan semula Selatan Kedah, Kota Kuala Kedah sehingga mara ke Songkla. Namun, Siam berjaya menguasai semula Kedah dengan bantuan British. Soalan 36: Nilaikan penentangan dan sebab-sebab penentangan terhadap kuasa asing di Naning pada tahun 1831-1832 Pendahuluan  Naning ialah sebuah kawasan penempatan minangkabau yang terletak antara negeri Sembilan dengan Melak. Dol Said atau nama sebenarnya Abdul Said berasal daripada keturunan suku seri meleggang.Beliau telah dilantik menjadi penghulu yang baru selepas Dato’Anjak ,Penghulu Naning meninggal dunia. Pada tahun 1831,penduduk Naning di bawah pimpinan Dol Said telah bangun menentang british.  Penentangan mereka ini adalah untuk mengekalkan adat dan cara hidup tempatan .Mereka juga menentang perturan dan undang-undang british yang cuba dipaksa ke atas mereka.Perjuangan Dol Said selama 2 tahun ini lebih berbentuk perang gerila.Namun penentangan mereka ini gagal. Dol Said terpaksa berundur ke Seri Menanti dan akhir nya menyerah kalah diri kepada british . Dol Said diberi pencen dan rumah di Melaka. Isi-isi penting Aspek Politik 1. British mencabar kedaulatan Naning  Selepas perjanjian surat-surat kew, British menduduki Melaka antara tahun 1795-1818. Kolonel Taylor yang menjadi pemerintah british di Melaka telah melawat Naning pada tahun 1801. Taylor telah menadatangani perjanjian dengan Naning. Naning bersetuju akan taat setia dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) . Naning juga bersetuju membayar hasil padi empat ratus gantang setahun. 



Semasa Robert Farquhar menjadi residen Melaka, beliau berusaha untuk memperkukuhkan pengaruh british di Naning. Beliau telah menamatkan kutipan cukai 45



1/2sen ke atas setiap perahu Naning yang dating ke Melaka. Beliau juga menghapuskan ufti tahunan beberapa ekor kerbau yang di hantar ke Melaka. Robert Farquhar ingin pihak berkuasa Naning menyerahkan hak membicara dan menjatuhi hukuman di serahkan kepada pihak berkuasa Melaka .Secara implisit,Farquhar ingi mengukuhkan kuasa british ke atas Naning.Perkara ini di tentang oleh penguhulu Dol Said kerana hak mengadili kes jenayah merupakan hak tradisi tempatan.  Bagi penghulu Dol Said dan pembesar Naning yang lain, tanggapan british tidak berasas, bagi mereka Melaka tetap merdeka sejak zaman Belanda lagi, Naning bebas melaksanakan undang-undang adat dan agama mereka sendiri 2. Pelaksanaan undang-undang british.  British cuba menyekat pengaruh dan kuasa Penghulu Dol Said dengan memperkenalkan peraturan penghulu. Peraturan penghulu ialah menetapkan bahawa penghulu Naning tidak boleh membicarakan kes-kes jenayah atau awam yang berat.Tindakan british ini jelas bercanggah dengan adat tradisi tempatan Naning.  Pada tahun 1828, Dol Said telah membicarakan satu kes pembunuhan di Naning. pihak british berasa marah kerana menggikut peraturan penghulu,kes tersebut sepatutunya di bawah ke mahkamah Melaka. Penghulu Dol Said didakwa telah melanggar undang-undang british. Penghulu Dol Said dianggap sebagai ancaman besar kepada kewibawaan british.Beliau diugut akan di lucutkan jawatan sekiranya beliau tidak mematuhi undangundang British. Ekonomi 1. Pelaksanaan cukai  Gerakan anti-cukai merupakan satu isu penting dalam perang Naning. British memaksa Naning membayar hasil satu persepuluh kepada Melaka. Pada tahun 1828, pemungut Hasil Tanah Melaka,iaitu W.T Lewis telah mencadangkan kepada Robert Fullerton supaya mengutip hasil padi satu persepuluh daripada Naning  Beliau membuat bancian dan mendapati hasil daerah Naning berjumlah 4 500 dolar setahun. Penghulu Dol Said hanya sanggup membayar seribu enam ratus gantang padi sebagai balasan SHTI tidak campur tangan dalam hal ehwal Naning. 2. Sistem pemilikan tanah.  British ingin melaksanakan system pemilikan tanah untuk memudahkan pengutipan cukai. Undang-undang british berbeza dengan amalan tempatan. Terdapat tanah adat dan tanah pusaka yang ditadbir secara adat perpatih di Naning. 



Peraturan 19 tahun 1830 diluluskan berkaitan soal tanah. undang-undang ini memperuntukkan kuasa kepada British untuk mengutip cukai satu persepuluh dari hasil pertanian. SHTI juga berhak terhadap semua tanah kosong, tanah-tanah yang tidak diusahakan selama lima tahun akan menjadi milik kerajaan. Peraturan 19 tahun 1830 ditentang hebat oleh penduduk Naning sehingga mencetuskan perang Naning. Penutup



 Kebangkitan Dol Said bermula apabila satu peperangan antara orang melayu Naning dan tentera british meletus pada tahun 1831-1832.Sebelum itu Dol Said telah di beri amaran oleh british di Melaka bahawa beliau akn di pecat daripada jawatan penghulu dan digantikan dengan orang lain.  Penentangan di Naning adalah untuk mempertahankan adat dan cara hidup tempatan penduduk Naning.peduduk Naning yang di pimpin oleh Dol Said tidak dapat menerima undang-undang dan peraturan british. Soalan 37. Bincangkan penentangan dan sebab-sebab penentangan terhadap kuasa asing di negeri perak pada tahun 1874-1875. Pendahuluan  Sultan Abdullah merupakan sultan perak yang bersetuju dengan penempatan seorang Residen British yang akan menasihati baginda dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama dan adat istiadat Melayu.  Di Perak, penguasaan British yang didalangi oleh J.J.W Birch ditentang oleh orang tempatan dan penentangan ini berlaku secara bersama oleh pembesar dan sultan. Pada 4 November 1874, J.J.W Birch merupakan Residen British yang pertama bertugas di Perak dan beliau dibunuh pada 2 November 1875 dalam satu peristiwa yang dikenali sebagai Perang Perak. Isi-isi penting Sebab penentangan. 1.



Campur tangan dalam adat resam tempatan (percanggan makna adat)



 Mengikut Perjanjian Pangkor, Residen British tidak boleh menyentuh agama dan adat resam orang Melayu tetapi segala urusan pentadbiran am negeri dijalankan berdasarkan nasihat British.  Bagi orang Melayu, adat merangkumi segala cara hidup yang meliputi aspek politik, perdagangan, ekonomi dan kebudayaan. Bagi orang Melayu juga, unsur keagamaan dan kenegaraan ini tidak boleh diasingkan. 2.



Sistem pewarisan takhta



 British telah campur tangan dalam sistem pengganti sultan. Tindakan tersebut telah mencabar strukur negeri-negeri Melayu tradisional apabila Sir Andrew Clarke melanti Raja Abdullah sebagai sultan.  Tindakan ini juga, bercanggah dengan adat tradisi sistem pewarisan kerajaan Perak. Pelantikkan Raja Abdullah oleh British ini boleh dipesoalkan kerana beliau dilantik dtidak disokong dengan alat kebesaran Perak seperti Sultan Ismail. 3. 



Pemungutan cukai Pembesar Perak dan Sultan Abdullah menentang hebat cadangan J.W.W. Brich mewujudkan sebuah khazanah pusat yang akan dikelolakan oleh seorang Residen untuk



menguruskan pembayaran gaji. Mengikut adat Melayu, pembesar dan sultan behak ke atas pungutan cukai di daerah mereka. Hasil cukai tesebut merupakan sumber pendapatan dan sumbe unutk menanggung anak buah mereka.  J.W.W. Birch telah menghapuskan peraturan masyrakat Melayu dan sekali lagi campur tangan dalam adat istiada Melayu dengan penghapusan hak pungutan cukai. 4.



Amalan perhambaan



 Birch juga secara terbuka menentang adat hamba hutang malah sanggup memberi pelindungan kepada hamba abdi yang lari dan berlindung di kediamaannya. Dalam perjanjian Pangkor, tidak disebutkan tentang amalan perhambahan.  Pada pandangan orang British, penghapusan amalan ini adalah perlu kerana dianggap bertentangan dengan kerajaan “bertamadun”. Birch telah melanggar perjanjian Pangkor apabila cuba menghapuskan perhambahan kerana perhambahan termasuk dalam adat orang Melayu. 5.



Perundingan dan kehakiman



 demi memastikan bahawa segala peraturan baharunya diikuti dan berjalan lancar, Birch telah memperkenalkan undang-undangan awam dan jenayahnya sendiri.  Penguatkuasan undang-undang ini akan dilaksanakan oleh sepasukan polis kerajaan. Beberapa buah balai polis didirikan seperti di Kuala Kurau, Bruas, Kota Setia dan Kota Lumut. Penutup 



Penentangan terhadap British di Perak berkait rapat dengan cita-cita British untuk menguasai dan mentadbir Tanah Melayu. Sultan Abdullah terperangkap dalam rangkaian imperiasilme British apabila baginda menandatangani perjanjian pangkor dan besetuju menerima seorang Residen British.



 Peluasan kuasa British menyebabkan kedudukan Sultan Abdullah dan pembesar tercabar. Soalan 38: Bincangkan penentangan terhadap kuasa asing di negeri Sembilan pada abad ke-19 hingga ke-20. Pendahuluan  Pada tahun 1874, British mengiktiraf Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman sebagai pemerintah Sungai Ujong. Pada tahun yang sama, British telah melantik Kapten W.I. Tatham, Penolong Residen untuk membantu Dato’Kelana Syed Abdul Rahman dalam pentadbirannya.  Pelantikan Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman dan W.I. Tatham ditentang hebat oleh Yam Tuan Antah dan pembesar lain di kawasan Terrachi, Gunung Pasir, Hulu Muar, dan Jempol. Isi-isi penting 1.Penentangan



 Kebangkitan Yam Tuan Antah bermula apabila beliau menghantar satu pasukan untuk menghalang juruukur British, iaitu Daly dan beberapa orang polis daripada membuat siasatan. British meminta bantuan dari Sungai Ujong dan pasukan di bawah pimpinan Leftenan Hinxman telah dihantar. Lanjutan daripada itu, pertempuran berlaku antara pasukan British dengan pasukan Yam Tuan Antah.  Yam Tuan Antah berundur ke Johor. Atas nasihat Maharaja Abu Bakar, beliau menamatkan pertempuan dengan pasukan Yam Tuan Antah. Kedua-dua pihak bersetuju mengadakan satu perjanjian. Yam Tuan Antah dikekalkan jawatannya tetapi kuasanya terhad di kawasan Seri Menanti sahaja seperti Johol, Hulu Muar, Terachi, Gunung Pasir dan Inas. 2. Kronologi penentangan di Negeri Sembilan a)



Walaupun British tidak melibatkan diri di kawasan Yam Tuan Antah tetapi sudah terdapat kebangkitan menentang British yang dipimpin oleh Yam Tuan Antah sendiri.



b)



Hal ini adalah kerana nilai-nilai tradisi di Negeri Sembilan tercabar dengan penglibatan British di Sungai Ujong.



c)



Semasa pertabalan Yam Tuan Antah sebagai Yam Tuan Seri Menanti, Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman tidak hadir. Ini adalah kerana beliau ingin melantik Tengku Ahmad Tunggal sebagai Yam Tuan. Dato’Kelana Syed Abdul Rahaman tidak mengiktiraf pelantikan Yam Tuan Antah dan Yam Tuan pula tidak mengiktiraf Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman sebagai pemerintah Sungai Ujong. Yam Tuan bimbang Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman yang disokong oleh British akan meluaskan kuasanya.



d)



Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman bersikap sedemikian kerana mendapat sokongan British. Brittish sememangnya mempunyai hasrat meluaskan kuasa mereka di Negeri Sembilan yang kaya dengan bijih timah.



e)



Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman kemudiannya menuntut hak ke atas Terachi yang merupakan kawasan hak Yam Tuan Antah. Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman seterusnya melantik seorang Penghulu mengawal Terachi.



f)



British sekali lagi mengambil kesempatan membantu Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman. Residen British di Sungai Ujong, iaitu P.J. Murray telah dihantar ke Terachi untuk membuat siasatan. Kesimpulan



 Yam Tuan Antah berundur ke Johor. Atas nasihat Maharaja Abu Bakar, beliau menamatkan pertempuan dengan British pada tahun 1876.  Kedua-dua pihak bersetuju mengadakan satu perjanjian. Yam Tuan Antah dikekalkan jawatannya tetapi kuasanya terhad di kawasan Seri Menanti sahaja seperti Johol,Hulu,Muar,Terachi,Gunung Pasir dan Inas. Soalan 39: Bincangkan penentangan dan sebab-sebab penentangan terhadap kuasa asing di negeri Pahang pada abad ke-19 hingga ke-20. Pendahuluan



 Pada abad ke-19 hingga abad ke-20, masyarakat tempatan telah bangun menentang kuasa asing di Negeri-negeri Melayu. Di Negeri Pahang, penentangannya terhadap penjajahan British pada 1891-1895.  Penentangannya yang berlaku sepanjang abad ke-19 hingga abad ke-20 memperlihatkan bentuk bantahan terhadap penguasaan kuasa asing disebabkan kehilangan kuasa pentadbiran dan politik serta ancaman terhadap ajaran islam dan adat istiadat tempatan. Isi-isi Penting Penentangan di Pahang terhadap British  Pahang menentang British melalui satu kebangkitan bersenjata. Residen pertama di Pahang ialah J.P. Rodger yang dilantik pada oktober 1888. 



J.P. Rodger melantik pegawai-pegawai British sebagai hakim dan pemungut cukai menggantikan pembesar-pembesar melayu. Sebab-sebab penentangan di Pahang



1.



Perasaan tidak puas hati Sultan Ahmad



 Sultan Ahmad kehilangan kuasa pentadbiran. Kedudukan baginda dalam majlis mesyuarat negeri tidak bermakna apabila segala keputusan dibuat oleh residen.  Residen yang memutuskan jumlah bayaran pencen kepada pembesar dan sultan. Residen juga telah menghapuskan amalan perhambaan. 2.



Ketidakpuasan hati pembesar



 Pembesar-pembesar melayu yang menjadi pemimpin dalam gerakan menentang British tidak puas hati dengan peraturan baharu yang diperkenalkan oleh British. Peraturan itu menjejaskan kedudukan dan kewibaaan mereka.  Pembesar-pembesar melayu yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan British ialah Dato’ Bahaman (Orang Kaya Semantan), Tok Gajah (Orang Besar Raja), Tok Raja (Orang Besar Berempat). 3.



Perasaan tidak puas hati rakyat



 Rakyat berasa tertekan dan tertindas dengan pengenalan peraturan baharu. Residen British telah memperkenalkan sistem cukai dan peraturan pemungutan hasil hutan.  Rakyat mesti mendapatkan lesen dan surat izin serta membayar cukai tanah. Mereka juga dikerah menjadi buruh paksa. Penutup  Kebangkitan Pahang bermula dengan peristiwa penangkapan beberapa orang pengikut Dato’ Bahaman. Pejuang-pejuang Pahang mendapat kemenangan dengan mudah.  Kebangkitan Pahang tamat pada tahun 1895.



Soalan 40. Bincangkan penentangan dan sebab-sebab penentangan terhadap kuasa asing di negeri Kelantan pada abad ke-19 hingga ke-20. Pendahuluan :  Pada tahun 1903, W.A. Graham telah dilantik sebagai Penasihat British di Kelantan. Tugas beliau ialah menasihati sultan dalam semua perkara kecuali agama Islam dan adat istiadat Melayu. 



Penentangan terhadap British berlaku di Pasir Puteh semasa pemerintahan Sultal Muhammad IV. Penentangan ini diketuai oleh Tok Janggut atas arahan Engku Besar Jeram Tuah Ahmad. Engku Besar Jeram Tuan Ahmad adalah pembesar di daerah Jeram. Beliau menikmati beberapa keistimewaan sebelum campur tangan British di Kelantan. Isi-isi Penting: Proses Penentangan



 Engku Besar Jeram yang tidak berpuas hati dengan sistem pentadbiran British telah berjumpa dengan Tok Janggut dan meminta beliau supaya menentang dan mengusir orang British di Pasir Puteh. Kebangkitan Tok Janggut bermula apabila Encik Latiff menghantar Sarjan Che Wan untuk menangkap Tok Janggut atas tuduhan gagal membayar cukai. Sarjan Che Wan telah ditikam oleh Tok Janggut dan anggota polis yang lain Berjaya melarikan diri lalu membuat laporan kepada Encik Latiff.  Tok Janggut dan pengikutnya Berjaya menyerang balai polis dan pejabar daerah Pasir Pureh. Engku Besar Jeram dilantik sebagai Raja Pasir Puteh dan Tok Janggut Sebagai Perdana Menteri. Mereka hanya menduduki pasir Puteh selama 3 hari sahaja. Pada tahun 1915, British dari negeri-negeri melayu menawan semula Pasir Puteh dan Tok Janggut dan pengikut terpaksa melarikan diri. Belaku pertempuran di Kampung Dalm Pupuh dan Tok Janggut terkorban manakala Engku Besar Jeram tercedera diselamatkan oleh Awang Deraman dan melarikan diri ke Reman, Thailand. Sebab-sebab Penentangan: Kemerosotan Kuasa Engku Besar Jeram Tuan Ahmad  Campur tangan British menyebabkan kewibawaan Engku Besar Jeram tercabar. W.A Graham mencadangkn supaya membentuk jajahan di Kelantan dlm Majlis Mesyuarat Negeri. Kesannya jajahan pasir puteh dibentuk. Kuasa hal-ehwal pentadbiran bukan lagi dlm kuasa Engku Besar Jeram tetapi Pegawai daerah.  Pelantikan Che’ Andak sebagai Tok Kweng (penghulu) yang bertanggungjawab terus kepada Pegawai Daerah memburukan lagi keadaan.Engku Besar Jeram berasa lebih tercabar apabila beliau dilantik sebagai Tok Kweng Muda, jawatan yang lebih rendah daripada jawatan Tok Kweng.  Sebelum campur tangan British, Kedudukan Engku Besar Jeram lebih tinggi daripada Che’ Andak. Engku Besar jeram semakin tidak puas hati apabila dikehendaki membayar cukai kerana sebelum ini beliau tidak dikenakan cukai malah dpt mengutip cukai. British telah melayannya seperti rakyat biasa.



Peraturan baharu sistem cukai yang diperkenalkan oleh British  Undang-undang Hasil Padi diperkenalkan pada tahun 1905. Berdasarkan undang-undang tersebut, setiap rakyat Kelantan mesti melaporkan kepada Tok Kweng jumlah hasil sawah yang dimiliki dan kawasan letaknta tanah sawah itu.  Satu sistem cukai turut diperkenalkan di Pasir Puteh. Menurut sistem cukai baharu ini, semua tanah sama ada diusahakan atau tidak dimestikan membayar cukai. Sikap kasar pegawai yang bertugas.  Penduduk Kelantan yang gagal membayar cukai akan ditangkap dan didenda . Kadangkala mereka dimarahi dengan kata-kata kesat. Tindakan ini adalah tidak munasabah kerana pejabat bayaran cukai terletak jauh di Bandar.  Tambahan pula, pembayaran hanya boleh dilakukan dlm waktu dan hari tertentu sahaja. Hakikatnya, mereka tidak dpt membayar dlm waktu tertentu kerana syarat yang ditetapkan oleh British . Contohnya, Tok Janggut pernah ke pejabat bayaran cukai beberapa kali tetapi gagal membayar dlm masa yang ditetapkan. Pelantikan Encik Latiff sebagai Pegawai Daerah Pasir Puteh.  Pelantikan ini tidak disenangi oleh penduduk Kelantan kerana beliau bukan anak jadi Kelantan tetapi berasal dari Singapura. Beliau merupakan seorang yang tegas menguatkuasakan undang-undang tanah dan memungut hasil cukai mulai 1 Januari 1915.  Penduduk Kelantan juga tidak puas hati dengan tindakan beliau menawarkan kontrak pengutipan telur penyu dan kercut kerana sebelum ini melakukan pekerjaan ini tanpa sebarang bayaran. Penutup :  Kesan kebangkitan penentangan terhadap British di Kelantan menyebabkan British bertapak lebih kukuh dikelantan.  Kebangkitan di Kelantan menjadi perangsang kepada kebangkitan menentang British di Terengganu. Soalan 41 : Bincangkan penentangan dan sebab-sebab penentangan terhadap kuasa asing di negeri Terengganu pada abad ke 19 hingga ke 20 Pendahuluan :  British Berjaya meluaskan kuasanya ke Terengganu melalui Perjanjian Bangkok 1909. Walau bagaimanapun, Sultan Zainal Abidin III yang memerintah Terengganu enggan mengiktiraf Perjanjian Bangkok 1909 yang ditandatangani antara British dengan Siam kerana baginda tidak diberitahu dan dibawa berunding sebelum perjanjian dibuat. Selepas menghadiri rundingan dengan British, Sultan ZainalAbidin III bersetuju menerima seorang wakil British iaituW.L.Conlay pada tahun 1910.  Selepas kemangkatan Sultan ZainalAbidin III, atas usaha bersungguh-sungguh British, Sultan Muhammad II bersetuju menerima seorang penasihat British, iaitu J.L Humpreys pada tahun



1919. Peraturan baharu yang diperkenalkan oleh British telah mencabar nilai-nilai masyarakat tempatan. Kebangkitan menentang British tercetus pada tahun 1922, 1925 dan 1928. Isi-Isi Penting : (a)



Penentangan 1.



Penentangan 1922



 Penentangan pertama terhadap British berlaku pada tahun 1992 di Hulu Telemong. Penduduk pedalaman Terengganu menentang pengenalan cukai tanah. Akibat penentangan tersebut, seramai 43 orang rakyat ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah kerana dituduh tidak mempunyai pas kebenaran semasa membersihkan tanah dan bercucuk tanam. Haji Abdul Rahman Limbong membela mereka yang tertuduh. 



Pihak kerajaan mengalami kegagalan kerana tidak dapat memberi keputusan muktamad. Akhirnya setelah beberapa kali dibicarakan, kes tersebut dimansuhkan tanpa keputusan mahkamah. 2.



Penentangan 1925



 Pada tahun 1925, seramai 300 hingga 500 orang penduduk pedalaman telah berkumpul di Kuala Temelong untuk membersihkan tanah Tengku Nik Maimunah dari Lubuk Batu hingga Kampung Pelam. Mereka melakukan kerja membersihkan kawasan tanpa pas. Pada masa itu, kerajaan telah mengumumkan undang-undang pendaftaran tanah. Bagi penduduk Terengganu, hal ini membebankan mereka yang hidup susah.  Kebangkitan pada tahun 1925 membimbangkan pihak British yang kemudiannya meminta jasa baik Tengku Nik Maimunah supaya menyuraikan mereka yang berkumpul itu. Walaubagaimanapun, tidak ada tindakan diambil ke atas mereka yang terlibat dalam kebangkitan pada tahun 1925 itu. 3.



Penentangan 1928







Kebangkitan 1928 lebih hebat dan merupakan satu kebangkitan menentang peraturan baharau British. Dalam kebangkitan tersebut, agama memainkan peranan penting. Haji Abdul Rahman Limbong telah menegaskan bahawa tanah adalah hak Allah dan kerajaan tidak mempunyai hak mengenakan cukai ke atas tanah Allah itu. Golongan agama menegaskan bahawa undang-undang British adalah undang2 kafir dan segala yang kafir mesti ditentang. Dua tempat telah menjadi pusat perhimpunan iaitu Kuala Berang dan Kampung Pelam, Telemong. Penduduk Terengganu yang tidak berpuas hati telah berkumpul di Kuala Berang yang melibatkan kira2 1000 orang petani dan telah menyerang bangunan kerajaan.







Atas nasihat British, kerajaan Terengganu telah menghantar pasukan polis di bawah pimpinan Datuk Seri Amar Diraja seramai 25 orang untuk menawan semula Kuala Berang. Satu pasukan seramai 50 orang polis dari Singapura telah dihantar untuk menangkap Haji Abdul Rahman Limbong dan pengikutnya. Beliau dibicarakan dan dijatuhi hukuman buang negeri ke Makkah. (b)



Sebab-SebabPenentangan



4.



Faktor Politik



 Terengganu dibahagikankepada 3 wilayah. British telah meletakkan Penolong Penasihat dan Pegawai Daerah untuk menjalankan pentadbiran. British telah membelakangkan system pentadbiran tradisional yang terdiri daripada sultan dan pembesar daerah. Akibatnya, kuasa sultan dan pembesar daerah tergugat. 



Peranan sultan telah diambil alih oleh Penasihat British. Elaun tahunan sultan dikurangkan daripada $9500 kepada $3500. Sultan turun daripada takhtanya dan digantikan dengan saudara baginda, iaitu Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. 5.



Faktor Ekonomi



 Pada tahun 1921, penduduk Terengganu diwajibkan mendapatkan surat kebenaran atau pas terlebih dahulu sekiranya ingin membuka tanah untuk bercucuk tanam atau mengambil hasil hutan. Penduduk yang ingin membuka penempatan sementara di atas tanah kerajaan mesti membayar 50sen setahun.  Pada tahun 1923, melalui Undang-Undang Kawalan Binatang Buas, penduduk mesti mendapat lesen sebelum memburu binatang. Pada tahun 1924, peraturan tanah yang diluluskan mengkehendaki setiap pemiik tanah membayar sebanyak $2.50 kepada mahkamah untuk menyelesaikan massalah tanah mereka. 6. 



Faktor Sosial



Terdapat pegawai yang bersikap kasar semasa memungut hasil atau mengeluarkan pas. Kebangkitan sebanyak 3 kali dipimpin oleh beberapa orang guru agama terutamanya Haji Abdul Rahman Limbong dan Haji Musa Abdul Ghani.



 Haji Abdul Rahman Limbong menegaskan bahawa tanah adalah hak Allah dan kerajaan negeri tidak boleh mengenakan cukai ke atas tanah. Penutup:  Penduduk Terengganu terpaksa menerima undang-undang British yang berjaya mengukuhkan kuasa mereka di Terengganu Soalan 42: Nilaikan penentangan dan sebab-sebab penentangan terhadap kuasa asing di negeri sabah pada abad ke-19 hingga ke-20. Pendahuluan :  Kehadiran British untuk mentadbir sabah juga mendapat tentangan daripada masyarakat tempatan.  Pada tahun 1881, British memberi surat piagam kepada British North Borneo Company untuk memerintah sabah. Pada tahun 1882, nama syarikat itu ditukar kepada British North Borneo Chartered Company (syarikat berpiagam borneo utara british atau dikenali sebagai SBBU). Isi-isi penting :



Faktor Agama 



Penentangan Mat salleh didorong daripada semangat perjuangan jihad orang sulu menentang kuasa sepanyol di Filipina.



 Seorang pegawai SBUB, iaitu Aledander Coock menganggap Mat Salleh sebagai Mahadi Baru. Pengaruh islam juga dibuktikan daripada catatan pada alat-alat kebesaran yang mengatakan hasrat Mat Salleh untuk meninggikan syiar islam. SBBU bimbang dengan pengaruh Sulu-Islam yang kuat menentang penjajahan Sepanyol di Filipina. Faktor Ekonomi  SBBU menguatkuasakan cukai ke atas barang-barang dagangan dan bayaran lesen perahu. Penduduk tempatan juga dibebani dengan cukai kepala dan cukai beras. Selain dikenakan cukai, penduduk di kawasan pedalaman dikerah membina telegraf melalui amalan buruh paksa.  SBBU membuka tamu di beberapa buah tempat. Langkah ini tidak disenangi oleh penduduk di beberapa kawasan. Suku Kwijau di penampang menyerang dan membunuh seorang pegawai british di keningau sebagai memprotes tindakan SBBU. Faktor Politik  Pada tahun 1894, pengikut Mat Salleh telah membunuh dua orang pedagang iban di sungai sugut. Mat Salleh enggan menyerahkan pengikutnya itu kepada SBBU. Mat Salleh melarikan diri apabila pasukan SBBU menyerang kampungnya di pulau jambangan. Pada tahun 1895, Mat Salleh dan beberapa orang pembesar tempatan pergi ke Sandakan untuk berunding dengan SBBU tentang masalah cukai kepala, lessen perahu, dan tindakan keras pegawai british terhadap penduduk.  Mat Salleh ingin berunding dengan Gabenor Beaufort, iaitu C.V Creagh tetapi percubaannya gagal. Mat Salleh tidak dilayan walaupun telah menunggu selama sepuluh hari. Gabenor Beaufort menganggap Mat Salleh mengancam kepentingan SBBU. SBBU bertindak membakar dan memusnahkan kampung Mat Salleh. SBBU juga menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Salleh. Penutup :  Kesan daripada penentangan terhadap kuasa asing di negeri sabah pada abad ke-19 hingga ke-20 telah membawa kepada SBBU yang berjaya mengukuhkan kuasanya di sabah. Tambunan juga turut diambil alih oleh SBBU.  Ketua Anak Negeri diambil untuk berkhidmat dengan SBBU. SBBU lebih berhati-hati dalam tindakan membabitkan masyarakat tempatan. Soalan 43. Nilaikan penentangan dan sebab-sebab penentangan terhadap kuasa asing di negeri Sarawak pada abad ke-19 hingga ke-20 Pendahuluan : 



James Brooke menguasai Sarawak secara berperingkat selepas berjaya mengatasi kebangkitan rakyat tempatan terhadap kezaliman Pangeran Indera Mahkota.



 Keluarga Brooke melaksanakan perubahan dan peraturan baharu dalam sistem politik, ekonomi dan sosial. Perubahan tersebut mencetuskan penentangan rakyat tempatan terhadap pemerintahan Brooke. Isi-isi penting : 1. Penentangan Linggir (1849)  Linggir ialah seorang pemimpin Iban di Saribas. Beliau menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar. Serangan ini dibuat kerana James Brooke dan Kapten Farquhar menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas.  Linggir dan pengikutnya tewas dalam pertempuran tersebut. 2. Penentangan Syarif Masahor (1853)  Syarif Masahor dilantik oleh Sultan Brunei sebagai Gabenor Sarikei di Sungai Rajang. Beliau merupakan pembesar yang dihormati oleh orang Melanau dan Iban. Sebagai Gabenor Sarikei, beliau telah campur tangan dalam pertelingkahan antara dua orang pembesar di Mukah iaitu dengan menyerang bandar tersebut dengan bantuan orang Iban. Ini menyebabkan Charles Brooke mendenda dan menghalau Syarif Masahor dari Sarikei. Beliau juga dilucutkan jawatan sebagai Gabenor Sarikei.  Syarif Masahor telah bersepakat dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur menyerang kubu James Brooke di Kanowit dan Kuching dengan bantuan orang Melayu, Melanau, Iban dan penduduk Igan di Mukah. Namun, angkatan beliau telah dikalahkan oleh tentera James Brooke. Beliau dibuang negeri ke Singapura pada tahun 1861. 3. Penentangan Rentap (1853)  Rentap ialah pemimpin Iban yang menentang pentadbiran James Brooke di Sarawak. Nama sebenar beliau ialah Libau dan digelar Raja Darat atau Raja Ulu. Beliau berasal dari Hulu Skrang. Rentap menentang pemerintahan Brooke yang menganggap orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun. Tindakan James Brooke menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai Skrang telah mencetuskan kebangkitan Rentap. 1853, Rentap menyerang dan berjaya menawan kubu Brooke di Sungai Skrang. Serangan tersebut mengorbankan pegawai Brooke iaitu Allan Lee.  1854, James Brooke melakukan serangan balas dan Rentap terpaksa berundur dan berkubu di Bukit Sadok. 1861, Brooke sekali lagi menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok. Pertempuran sengit berlaku selama sebulan dan Rentap berjaya ditewaskan seterusnya beliau berundur ke Bukit Lanjak dan Entabai sehingga meninggal dunia beberapa tahun kemudian. Kebangkitan Rentap dan pengikutnya menentang pemerintahan Brooke membuktikan mereka bukannya lanun tetapi pejuang bangsa. 4. Penentangan Banting (1893)  Banting ialah penghulu Iban di Hulu Sungai Batang Lupar di kawasan Hulu Air. Beliau digelar Ijau Layang. Banting dan beberapa orang ketua Iban yang berniaga di Karpuas enggan membayar cukai. D.J. S. Bailey dilantik sebagai Residen Bahagian Kedua pada akhir tahun



1890. Beliau terlalu tegas dalam melaksanakan peraturan dan undang-undang kerajaan. Ini menimbulkan kemarahan Banting dan orang Iban.  Perasaan anti-pentadbiran Brooke semakin membara apabila Bailey menghantar ekspedisi menghukum Banting pada tahun 1896. Satu persatu saudara Banting dan orang Iban dibunuh menyebabkan Banting bertindak balas. 1901, seorang Iban dari kawasan sempadan Kalimantan yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Banting dibunuh di Semat menyebabkan Banting menyerang rumah panjang di Semat pada bulan Mac dan Mei 1902. 1908, Banting dapat ditewaskan oleh tentera Brooke. 5. Penentangan Asun (1930-an)  Asun bermula dengan memihak kepada pentadbiran Brooke. Bagi mengenang jasa beliau, Brooke melantik beliau sebagai Penghulu Entabai pada 1915. Beliau sangat dihormati oleh masyarakat Iban sehingga dilantik sebagai Tuai Rumah.  Vyner Brooke melaksanakan cukai pintu yang menimbulkan kemarahan orang Iban. 1926, Residen Bahagian Ketiga mengarahkan orang Iban hanya boleh membina rumah panjang yang boleh memuatkan tidak lebih sepuluh keluarga. Orang Iban membantah arahan tersebut kerana bertentangan dengan adat mereka.  Residen Bahagian Ketiga berusaha menghantar wakil berjumpa dengan Asun untuk mengadakan rundingan namun Asun terus menentang dan menghasut orang Iban. Pada Disember 1932, Asun menyerah diri kepada Pegawai Daerah. Asun dipenjarakan dan selepas itu dibuang daerah ke Lundu. Kesimpulan  Apa-apa yang berkaitan



2.3 Pengubahsuaian 2.3 Pengubahsuaian dalam Pentadbiran, Ekonomi dan Pendidikan Soalan 44: Huraikan perubahan pentadbiran dalam sistem residen (1874) di negerinegeri Melayu. Pendahuluan  Sistem Residen yang diperkenalkan pada tahun 1874 merupakan satu bentuk sistem pemerintahan secara tidak langsung di negeri-negeri Melayu. Residen ialah seorang pegawai British yang ditugaskan untuk menasihati sultan dan nasihatnya itu mesti dipatuhi dalam semua perkara, kecuali melibatkan agama Islam dan adat istiadat Melayu.  Kuasa memerintah jatuh ke tangan Residen British yang mentadbir atas nama sultan. British telah memperkenalkan beberapa perubahan secara beransur-ansur di negeri-negeri Melayu melalui institusi-institusi politik tradisi yang wujud ketika itu. Isi-isi penting 1. Penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri







Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan untuk membincangkan perkara-perkara yang melibatkan pentadbiran negeri. Pada tahap awal penubuhannya, Majlis Mesyuarat Negeri berperanan sebagai badan penasihat. Majlis Mesyuarat Negeri dianggotai oleh sultan sebagai ketua, Residen British, 12 orang pembesar Melayu, dan seorang wakil masyarakat Cina. Mesyuarat ini dikendalikan dalam Bahasa Melayu dan semua usul dan cadangan dibahas sebelum dijadikan undang-undang.



 Tidak mempunyai kuasa perundangan yang luas. Kuasa sultan dalam Majlis juga terbatas kerana baginda hanya berkuasa dalam agama dan adat istiadat melayu. 2. Sistem Pentadbiran Tanah  Sistem Residen telah mewujudkan kestabilan politik bagi membolehkan British meneruskan usaha mengeksploitasi kekayaan ekonomi di Tanah Melayu. British telah mengambil langkah untuk menyusun semula sistem pentadbiran tanah. Antaranya memperkenalkan undang-undang dengan menjadikan tanah sebagai hak milik persendirian.  Akibat pengenalan langkah ini, tanah menjadi satu daripada sumber pendapatan kerajaan. Pengenalan perubahan ini menimbulkan bantahan dan membangkitkan penentangan para pembesar Melayu terhadap pentadbiran British. 3. Sistem Pentadbiran Negeri 



British mengadakan perubahan pentadbiran dengan membahagikan negeri kepada beberapa buah daerah yang diketuai oleh seorang Pemungut Cukai dan Majistret untuk memungut cukai dan mentadbir keadilan di daerah itu. Pemungut cukai dan Majistret ditukar kepada Pegawai Daerah dan ditambah beberapa tugas.



 Pembahagian negeri kepada daerah menyebabkan wujudnya sempadan geografi yang jelas antara negeri. Di bawah sistem pentadbiran negeri yang baharu, setiap daerah dibahagikan kepada beberapa buah unit pentadbiran yang lebih kecil dikenali sebagai mukim dengan diketuai oleh seorang penghulu. Unit di peringkat bawah sekali ialah kampung yang diketuai oleh seorang ketua kampung. Beliau berperanan sebagai penghubung antara penduduk kampung dengan pentadbir yang lebih tinggi. Penutup  Walaupun Sistem Residen merupakan satu sistem pemerintahan yang secara tidak langsung, tetapi sistem ini dilaksanakan tanpa garis panduan yang lengkap.  Sistem Residen dijalankan dengan terlalu bebas sehingga banyak kuasa terlepas ke tangan British. Soalan 45: Huraikan sebab-sebab dan kesan-kesan penubuhan dan Persekutuan 1896 terhadap perubahan pentadbiran di negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pendahuluan.  Pada tahun 1893, Frank Swettenham mencadangkan pembentukan sebuah persekutuan yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang.



 Perjanjian persekutuan ditandatangani pada tahun 1895 dan dikuatkuasakan pada 1 Julai 1896. Perjanjian ini telah membawa kepada penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang. Isi-isi penting Sebab-sebab Penubuhan Persekutuan 1896 1.



Masalah Kewangan Pahang



 British campur tangan di Pahang pada tahun 1888. Pahang menghadapi masalah kewangan yang rumit akibat kebangkitan rakyat menentang British. Perbelanjaan negeri melebihi pendapatan. Oleh yang demikian, Pahang banyak meminjam dari Negeri-negeri Selat. Kerajaan Negeri-negeri Selat tidak lagi mampu meneruskan pinjaman itu kerana turut menghadapi masalah kewangan.  Pegawai-pegawai di Pejabat Tanah jajahan bimbang dengan masalah kewangan Pahang. Mereka mempuyai dua pilihan, sama ada menarik diri dari Pahang tanpa menyelesaikan masalah kewanganya atau mencari penyelesaian. Imej dan martabat Bitish akan jatuh sekiranya British menarik diri dari Pahang. Pembentukan Persekutuan merupakan satusatunya jalan penyelesaian yang paling baik atas alasan negeri kaya seperti Perak dan Selangor yang membantu Pahang. 2.



Mengurangkan kuasa Residen



 Residen di keempat-empat buah negeri Melayu bertindak tanpa panduan yang jelas. Terdapat kes-kes di mana Residen mempuyai kuasa yang lebih luas daripada sultan. Gabenor Negeri-negeri Selat yang tinggal jauh di singapura tidak dapat mengawal Residen secara langsung.  Tanpa pengawasan yang berkesan, Residen menjadi teralu berkuasa sehingga Sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri tidak berupaya mengawal mereka. Majlis Mesyuarat Negeri hanya berfungsi meluluskan usul yang dibentangkan oleh Residen. 3. 



Keseragaman Pentadbiran Keempat-empat buah negeri Melayu tidak mempuyai sebarang penyelarasan dan keseragaman. Setiap negeri mempuyai sistem kehakiman, undang-undang tanah, dan sistem percukaiannya tersendiri. Pembentukan Persekutuan membolehkan sumber di keempat-empat buah negeri Melayu ini digunakan secara optimum. Begitu juga dari segi kecekapan pentadbiran.



 Terdapat juga faedah dari segi kekuatan pertahanan apabila semua negeri yang disatukan itu dapat menghadapi ancaman anasir luar secara bersama. 4.



Dasar Penjajah British



 Sejak tahun 1890-an, kerajaan British telah menggalakkan tanah jajahan dan negeri-negeri naugannya menubuhkan Persekutuan.  British telah memulakan dasar ini dengan jayanya di Australia dan afrika.



Kesan-kesan politik Persekutuan 1896 1.



Kesatuan politik



 Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) bukan satu persekutuan dalam erti kata sebenar. Ianya lebih mirip kapada satu kesatuan politik disebabkan NNMB tidak memenuhi syaratsyarat pentadbiran yang berupa sebuah persekutuan. Sepatutnya, setelah keempat-empat buah negeri Melayu itu dijadikan Persekutuan, salah seorang atau berdasarkan sistem giliran, keempat-empat Sultan dijadikan Ketua Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, dalam NNMB yang berkuasa ialah Residen Jeneral sebagai ketua Kerajaan Persekutuan.  Asas pembentukan sesebuah persekutuan ialah pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri. Pembahagian ini tidak wujud dalam Persekutuan 1896. Negerinegeri Melayu Bersekutu hanya melaksanakan beberapa tugas tidak penting. Segala tugas dan dasar penting digubal oleh kerajaan Persekutuan yang berpusat di Kuala Lumpur. 2.



Kuasa Residen Jeneral



 Persekutuan memberikan kuasa yang luas kepada Residen Jeneral. Hampir semua kuasa dan tugas Residen dipindahkan ke tangan Residen Jeneral.  Pesuruhjaya Tinggi yang berada di Singapura tidak berupaya mengawal dan mengawasi Residen Jeneral. 3.



Kehilangan kuasa sultan



 Lebih banyak pegawai British dilantik dalam Jabatan Persekutuan yang ditubuhkan. Ini secara Implisitnya menuju ke arah pemerintah lansung berbeza dengan pemerintah secara tak langsung semasa di bawah sistem Residen. Dengsupaya pemerintahan an demikian, kuasa sultan semakin merosot jiak dibandingkan di bawah sistam Residen.  Sultan-sultan berkenaan terpaksa menyerahkan kuasa mereka secara sah kepada Residen Jeneral. Antara tahun 1874 hingga tahun 1896, penyerahan kuasa tidak berlaku kerana Residen hanya dihantar untuk membentuk dan membaiki pentadbiran. Melalui Persekutuan British seolah-olahnya mempuyai kuasa penuh di keempat-empat buah negeri itu. 4.



Penubuhan Persidangan Raja-raja Melayu Durbar (1897)



 Penubuhan Persekutuan 1896 telah membuka mata sultan-sultan dan golongan Intelektual Melayu. Buat pertama kalinya dalam sejarah Tanah Melayu (sejak Kesultanan Melayu Melaka) , sebuah gagasan empayar Melayu dapat mewujudkan keempat-empat negeri Melayu dalam satu gabungan jang jelas. Sultan dari keempat-empat buah negeri dapat bertemu antara satu sama lain dan perbincangan tertumpu kepada hal ehwal adat,agama islam, dan kebajikan orang Melayu.  Ahli Durbar terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi, empat orang Sultan, Residen Jeneral, dan empat orang Residen. Durbar diadakan pada tahun 1897 di Kuala Kangsar, Perak dan Durbar kedua di Kuala Lumpur pada tahun 1903. Melalui Durbar, Sultan mengkritik pemusatan kuasa yang berlebihan dalam tanagan Residen Jeneral. Mereka juga membantah kehilangan kuasa mereka. Sultan juga tidak berpuas hati tentang bilangan



pegawai British yang kian bertambah. Melalui Durbar, Sultan menyeru supaya kuasa pemerintahan dikembalikan semula. 5.



Pembentukan Majlis Mesyuarat Pesekutuan 1909



 Pada Persidangan Durbar kedua, Sultan Idris mencadangkan desentralisasi (pengagihan kuasa pusat). Residen Jeneral seharusnya membahagikan kuasanya dalam kalangan Sultan Majlis Mesyuarat Negeri dan Residen. Kesan cadangan Sultan Idris, langkah pertama ke arah pengagihan kuasa pusat bermula pada tahun 1909 dengan penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP). MMP sepatutnya menjadi sebuah badan penasihat kepada sultan tetapi sultan hanya menjadi biasa saja.Sultan tidak mempunyai kuasa mempengerusikan mesyuarat MMP atau mempunyai hak membatalkan usul yang dibentangkan dalam MMP.  Ini bermakna MMP boleh menjalankan tugasnya tanpa kehadiran sultan kerana kehadiran sultan sebagai ahli biasa tidak penting sedangkan segala usul yang diluluskan oleh MMP ditandatangani oleh Pesuruhjaya Tinggi dan bukannya oleh sultan. Pemusatan kuasa terletak pada tanga Pesuruhjaya Tinggi selaku Presiden MMP. Pesuruhjaya Tinggi mempuyai kuasa luas seperti mencalonkan ahli-ahli rasmi dan tidak rasmi, memberhentikan ahli-ahli tidak rasmi sebelum tamat tempoh perkhidmatan mereka, dan mempuyai undi pemutus. Kesimpulan  Sebab-sebab penubuhan persekutuan 1896 adalah masalah kewangan di mana British campur tangan di pahang pada tahun 1888. seterusnya mengurangkan kuasa residen. Hal ini menyebabkan, sultan dan majlis mesyuarat tidak mampu mengawal kuasa residen. keseragaman pentadbiran setiap negeri mempunyai sistem yg tersendiri seperti kehakiman, undang-undang tanah, cukai dan pertahanan. Dasar penjajahan sejak 1980, mereka menggalakkan tanah jajahan dan negeri-negeri sebagai persekutuan.  Kesan-kesan politik 1896, kesatuan politik. Kempat-empat Sultan dijadikan ketua kerajaan persekutuan dan Residen Jeneral merupakan ketua bagi kerajaan persekutuan.Kuasa Residen Jeneral,persekutuan memberikan kuasa yang luas kepada residen jeneral. 



Penubuhan persidangan Raja-Raja Melayu Durbar 1897, menyeru supaya kuasa pemerintahan dikembalikan semula. Pembentukan majlis mesyuarat persekutuan 1909. Sultan tidak mempunyai kuasa untuk mempengerusikan mesyuarat MMP. Segala usul yang diluluskan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Tinggi. Soalan 46 : Jelaskan sebab-sebab pengagihan kuasa pusat (desentralisasi) dan langkah-langkah ke arahnya di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sehingga tahun 1939. Pendahuluan:



 Menurut L.A. Mills, desentralisasi didefinasikan sebagai “Ia melibatkan pemulangan kuasa pentadbiran, perundangan dan kewangan secara berperingkat oleh keraja pusat kepada kerajaan negari. Pada masa yang sama juga, kerajaan pusat mengekalkan kuasa yang cukup untuk menjaga keselarasan pentadbiran dan kestabilan kewangan”.



 Pembentukan Persekutuan 1896 telah mewujudkan satu sistem pemusatan kuasa yang keterlaluan di tangan Residen Jeneral di Kuala Lumpur. Semua hal-ehwal pentadbiran ditadbirkan dibawah Jabatan-jabatan Persekutuan di Kuala Lumpur. Dasar desentrlisasi disifatkan sebagai satu usaha untuk mengurangkan kuasa kerajaan Pusat dengan cara mengembalikan sebahagian daripada kuasa itu kepada kerajaan Negeri. Isi-isi Penting: Sebab-sebab pengagihan Kuasa Pusat 1.



Rasa tidak puas hati sultan-sultan



 Sultan-sultan telah kehilangan kuasa-kuasa politik, kedudukan mereka seperti patung sahaja. Di samping itu juga Majlis Mesyuarat Negeri juga tidak mempunyai kuasa ke atas perbelanjaan awam, melantik, menukarkan atau memecat pegawai dan menetapkan gaji tanpa persetujuan daripada Residen Jeneral atau Gabenor. 2.



Penyatuan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu



 Hasrat Inggeris untuk menggabungkan Negeri-negeri Melayu Bersekut dengan Negerinegeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah satu unit pentadbiran. Raja-raja di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor enggan menyertai persekutuan tersebut.  Ini kerana Raja-raja bimbang dengan penyertaan mereka dalam persekutuan akan menyebabkan mereka akan kehilangan kuasa politik seperti apa yang terjadi kepada Rajaraja Negeri Melayu Bersekutu. Inggeris berharap dengan dasar desentralisasi akan dapat menarik Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu untuk menyertai persekutuan. 3.



Kemelesetan ekonomi dunia tahun1920-an



 Bertujuan untuk memulihkan keadaan kewangan yang merosot di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Keadaan ini bertambah meruncing apabila harga getah dan bijih timah jatuh sehingga membawa kepada berlakunya krisis kewangan pada tahun-tahun 1921-1923.  Disamping itu kerajaan Inggeris juga terlalu boros membelanjakan wang dengan membayar gaji yang tinggi kepada para pegawai Inggeris. Dengan pengagihan kuasa kepada negerinegeri masing-masing maka perbelanjaan kerajaan pusat akan berkurangan kerana pentadbir-pentadbir yang berkhidmat dalam sesebuah negeri itu akan dibiayai oleh kerajaan negeri sendiri. 4.



Perebutan kuasa antara Rasiden Jeneral dengan Pesuruhjaya Tinggi



 Sir Lawrence Guillemard (Persurujaya Tinggi) dengan Sir George Maxwell (Rasiden Jeneral) telah membantut pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Pengagihan kuasa kerajaan Persekutuan kepada kerajaan-kerajaan negeri kuasa Rasiden Jeneral akan dapat dikurangkan. 5.



Sokongan orang Melayu untuk memperimbangi sikap anti-Inggeris.



 Bertujuan untuk menyekat kegiatan politik yang bersikap anti-Eropah di kalangan orangorang Cina yang begitu meluas. Pelaksanaan desentralisasi akan dapat mengimbangkan kedudukan orang-orang Cina dengan orang-orang Melayu. Langkah-langkah Pelaksanaan Dasar Desentralisasi 1.



Jawatankuasa Pengagihan Kuasa Pusat di bawah Sir George Maxwell 1923 Untuk mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan pengagihan kuasa pusat



2.



Antara cadangannya: Kuasa Residen ditambah supaya seimbang dengan kuasa Residen Jeneral dan kuasa pengawalan beberapa jabatan dipindahkan kepada kawalan kerajaan negeri. Walaubagaimanapun cadangan ini masih mempunyai beberapa kelemahan.



3.



Sir L. G telah mengemukakan beberapa cadangan baru mengenai Pengagihan kuasa pusat pada tahun 1925.



4.



Cadangan-cadangan Cecil Clementi untuk mempercepatkan proses Desentralisasi. Kesimpulan:



 Walaupun berbagai usaha telah di lakukan oleh kerajaan British untuk melaksanakan dasar desentralisasi namun akhirnya ia tidak berjaya dilaksanakan ekoran kurangnya sokongan daripada Raja-raja Melayu dan masyarakat tempatan. Soalan 47: Huraikan Perubahan pentadbiran Dasar Desentralisasi 1909-1939 di negerinegeri Melayu Pendahuluan  Desentralisasi ialah satu proses pemulangan kuasa dari kerajaan pusat kepada kerajaan negeri. Dasar ini dilaksanakan kerana Persekutuan 1896 telah menyebabkan pemusatan kuasa yang berlebihan pada Residen Jeneral di Kuala Lumpur. Dasar desentralisasi 1909 bertujuan melonggarkan kawalan yang luas dan ketat yang ada pada Residen Jeneral dan Kerajaan Pusat kepada Majlis Mesyuarat Negeri serta membahagikan kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. 



Semasa pemerintahan sir Lawrence Guillemard, dasar desentralisasi bertujuan melonggarkan pemusatan kuasa yang berlebihan pada tangan Pesuruhjaya Tinggi. Isi-Isi Penting Dasar desentralisasi semasa pemerintahan Sir John Anderson.



 Pada tahun 1909, percubaan pertama ke arah melonggarkan pemusatan kuasa yang ada di negeri-negeri Melayu Bersekutu telah dilakukan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir John Anderson. Perubahan perlembagaan yang besar ialah penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan ( 1909 ).  Desentralisasi dalam erti kata yang sebenar belum lagi bermula kerana tidak wujud pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri. Ini menunjukkan Sir John Anderson tidak berniat membahagikan apa-apa kuasa kepada kerajaan negeri. Malahan, setelah Sir John Anderson menjadi Presiden MMP, beliau memusatkan kuasa



yang berlebihan dalam tanganya. Jelas di sini bahawa Anderson hanya mahu mewujudkan hubungan rapat antara Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Selat dan mengurangkan kuasa Residen Jeneral. Pemusatan kuasa yang dahulunya tertumpu di Kuala Lumpur kini Berpinda ke Singapura. Dasar desentralisasi semasa pemerintahan Sir Lawrence Guillemard  Pada tahun 1920-an, dasar desentralisasi telah dimulakan selepas pelantikan Sir Lawrence Guillemard sebagai Pesuruhjaya Tinggi. Sebab-sebabnya, sultan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu membantah kehilangan kuasa mereka dan pemusatan kuasa pentadbiran dalam tangan Pesurujaya Tinggi. Sultan NNMB berasa kecewa dengan penubuhan MMP.  British ingin memujuk Negeri-negeri melayu Tidak bersekutu menyertai Persekutuan. Dasar desentralisasi dipikirkan sebagai langkah yang paling berkesan kea rah tujuan itu apabila perubahan yang dijalankan dapat mengembalikan kuasa kepada sultan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1924, Sultan Idris telah berangkat ke London dan mendesak Pejabat Tanah Jajahan supaya meneruskan dasar desentralisasi. Baginda mengritik perubahan tahun 1909 yang tidak memuaskan itu. Dasar desentralisasi semasa pemerintahan Sir Cecil Clementi  Dasar desentralisasi semasa Sir Cecil Clementi dipercepatkan pada tahun 1930-an. Cadangan-cadangan Sir Cecil Clementi. Climenti mencadangkan supaya Negeri-negeri Melayu Bersekutu dibubarkan dan dibentuk satu kesatuan yang menggabungkan semua negeri. Selain itu, Negeri-negeri ini diberi kuasa mentadbir semua jabatan kecuali Jabatan Kereta Api, Kastam, dan Pos. Jawatan ketua setiausaha dibubarkan. Tempatnya diambil alih oleh Setiausaha Persekutuan yang lebih rendah kedudukannya daripada seorang Residen.  Reaksi terhadap cadangan Sir Cecil Clementi. Golongan pedagang Cina, Eropah, dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu membantah dengan hebatnya. Bantahan dari NNMTB berdasarkan pandangan bahawa pemansuhan jawatan Ketua Setiausaha akan membawa kepada perubahan kuasa kearah Singapura. Masyarakat Cina bimbang mereka akan dikuasai oleh orang melayu.  Bantahan terhadap cadangan Clementi telah menimbulkan masalah. Oleh itu, kerjaan British melantik Sir Samuel Wilson, Setiausaha Rendah Tetap di Pejabat Tanah Jajahan mengkaji keadaan di Tanah Melayu dan cadangan Clementi Cadangan Laporan Sir Samuel Wilson  Pada tahun 1933, kerajaan British menerima laporan dari Sir Samuel Wilson. Hasil laporan Sir Samuel Wilson, hasil drpd cadangan dlm Laporan Sir Samuel Wilson, dasar desentralisasi dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 1934 sehingga tahun 1941.  Majlis Mesyuarat Negeri diberi lebih kuasa. Pada tahun 1935, jawatan Ketua Setiausaha dihapuskan dan digantikan dengan jawatan Setiausaha Persekutuan. Menjelang tahun1939, jabatan pertanian, perhutanan, kesihatan, perlombongan dan kerja raya dipindahkan dibawah kuasa Majlis Mesyuarat Negeri. Majlis Mesyuarat Negeri tidak dibenarkan



memungut hasil sendiri tetapi akan diberikan peruntukan tahunan (annual grant) oleh Kejaraan Pusat. Bilangan ahli tidak rasmi dalam Majlis Mesyuarat Negeri ditambah. Penutup  Dasar ini dilaksanakan kerana Persekutuan 1896 telah menyebabkan pemusatan kuasa yang berlebihan pada Residen Jeneral di Kuala Lumpur. Dasar desentralisasi 1909 bertujuan melonggarkan kawalan yang luas dan ketat yang ada pada Residen Jeneral dan Kerajaan Pusat kepada Majlis Mesyuarat Negeri serta membahagikan kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. 



Semasa pemerintahan sir Lawrence Guillemard, dasar desentralisasi bertujuan melonggarkan pemusatan kuasa yang berlebihan pada tangan Pesuruhjaya Tinggi. Soalan 48: Bincangkan pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Sabah dan keluarga Brooke di Sarawak pada abad ke-19. Pendahuluan:



 Syarikat Berpiagam Borneo utara memperkenalkan pentadbiran Barat di Sabah. 



Keluarga Brooke menjadi pemerintah di Sarawak dengan menggunakan penduduk tempatan. Isi-isi Penting: Pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBUB) di Sabah.



a)



Pentadbiran SBUB di Sabah diketuai oleh seorang gabenor yang bertanggungjawab kepada lembaga pengarah syarikat di London.Majlis penasihat ditubuhkan untuk menasihati gabenor dalam hal ehwal pentadbiran. Pada peringkat awal pentadbiran SBUB Sabah dibahagikan kepada dua buah residensi sahaja. Iaitu Residensi Pantai Barat dan Pantai Timur. Pada tahun 1935, jumlah residensi bertambah menjadi 4.



b)



Setiap residensi diketuai oleh seorang residen yang bertanggungjawab terhadap semua daerah dalam residensinya. Residensi pula dibahagikan kepada 10 buah daerah yang setiap satunya diketuai oleh pegawai daerah. Pegawai daerah bertugas sebagai majistrate, pegawai buruh, pemungut cukai ,bendahari daerah dan ketua pentadbir semua jabatan pada peringkat daerah.



c)



SBUB menghadapi masalah kekurangan modal semasa memerintah Sabah. Bagi mengatasi masalah ini SBUB telah menyerapkan system pentadbiran penduduk tempatan dengansistem pentadbiran syarikat dengan mengekalkan jawatan Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung.



d)



Ketua Anak Negeri membantu pegawai daerah menjalankan pentadbiran pada peringkat daerah. Mereka diberi surat kuasa oleh SBUB untuk menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan masyarakat tempatan .Ketua Anak Negeri juga dilantik menjadi hakim di Mahkamah Anak Negeri.



e)



Ketua Kampung menjalankan pentadbiran peringkat kampong. Mereka terdiri daripada orang yang berpengalaman dan berpengaruh dalam masyarakat.



f)



Dalam bidang perundangan SBUB telah menggunakan dua jenis undang-undang iaitu undang-undang Barat dan undang-undang tempatan. Selain itu, diwujudkan juga mahkamah majistrate yang menggunakan undang-undang Barat untuk mengendalikan kes-kes berat seperti membunuh, menculik dan merompak dan diadili oleh pegawai daerah. Pentadbiran Keluarga Brooke di Sarawak.



a)



Kerajaan Sarawak diketuai oleh keluarga Brooke iaitu James Brooke, Charles Brooke dan Charles Vyner Brooke yang bergelar Raja Putih Sarawak. Keluarga ini mengamalkan system pemerintahan beraja. Walaupun mereka menjadi pemerintah Sarawak yang mutlak system pemerintahan tradisional masih dikekalkan dengan melantik semula pembesarpembesar yang disingkirkan oleh Pengiran Mahkota. Brooke juga mengadakan hubungan yang rapat dengan ketua-ketua tempatan untuk memudahkan urusan pentadbiran dengan masyarakat pribumi Sarawak.



b)



Pentadbiran keluarga Brooke dibantu oleh sebuah Majlis tertinggi. Tugas utama MT ialah meluluskan undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan pentadbiran Sarawak. Majlis Negeri juga dibentuk untuk membawa semua ketua kaum Bumiputera dalam satu perjumpaan besar dan ketua-ketua kaum Bumiputera boleh bertukar-tukar pendapat dan menyuarakan pandangan.



c)



Bagi memudahkan pentadbiran, keluarga Brooke telah membahagikan Sarawak kepada tiga bahagian kemudian ditambah menjadi lima bahagian pada tahun 1912.



d)



Pemerintahan Brooke telah mengadakan sebuah Mahkamah Keadilan dan beliiau menjadi hakimnya. Pemerintah Brooke juga masih mengekalkan undang-undang tradisional bagi menyelesaikan kes-kes yang berkaitan dengan adapt resam masyarakat pribumi.



e)



Pada 1941, Charles Vyner Brooke telah mengistiharkan perlembagaan bertulis yang pertama di Sarawak yang menggariskan pemerintahan sendiri kepada Sarawak. Charles Vyner Brooke akan menyerahkan kuasa pemerintahannya kepada rakyat Sarawak melalui Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri.



f)



Perlembagaan 1941 tidak sempat dilaksanakan kerana Jepun telah menyerang dan menawan Sarawak. Selepas Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua , Charles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada Kerajaan British. Pada 1 Julai 1946, Chharles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada Kerajaan British dan seorang gabenor telah dilantik untuk menjalankan pentadbiran di Sarawak. Kesimpulan:







Kedua-dua pihak mempunyai pentadbiran yang terpisah dengan kerajaan British. Pentadbiran mereka mendapat tentangan daripada masyarakat tempatan. Soalan 49: Bandingkan perluasan kuasa asing di Sabah dan Sarawak. Pendahuluan :



 Perluasan kuasa British di Sarawak bermula pada 24 Jun 1841 dengan perlantikan James Brooke sebagai raja Sarawak oleh Raja Muda Hashim iaitu wakil Sultan Brunei di Sarawak.



Perlantikan James Brooke adalah untuk membalas jasa baik beliau menghapuskan pemberontakan yang dicetuskan oleh Pengiran Indra Mahkota. Isi-isi Penting: Sabah : 1.



Perluasan kuuasa British bermula apabila seorang pegawai British yang bernama Alexender Dalrymple berjaya menandatangani perjanjian perdagangan dengan Sultan Sulu, Sultan Muizuddin pada 1761. Menurut perjanjian tersebut British diberi kebenaran mendirikan pusat perdagangan dan berniaga dalam kawasan taklukan Sultan sulu iaitu di timur Kimanis. Pada 1763 Dalrymple dibenarkan mendirikan pusat perdagangan di Pulau Balambangan. Pada 1775, petempatan British di Balambangan diserang dan dimusnahkan oleh Datu Tating saudara Sultan Israel Sulu.



2.



Kemudian John Harbet serang pegawai British yang mentadbir Balambang terpaksa membuka petempatan baru di Pulau Labuan tetapi terpaksa dibatalkan kerana pembukaannya bercanggah dengan arahan Syarikat Hindia Timur Inggeris.



3.



Sebelum syarikat Berpiagam Borneo Utara, kegiatan ekonomi Sabah dijalankan oleh seorang wakil Amerika iaitu Charles Lee Morses yang mendapat konsesi ke atas kawasan pantai barat Sabah selama sepuluh tahun dengan bayaran ringgit 9500 daripada Sultan Brunei. Kemudian Morses menjualkannya kepada William Torey , seorang pedagang Amerika syarikat di Hong Kong.



4.



Torey cuba memajukan dengan menanam tebu dan kopi di Kimanis tetapi tidak menguntungkan, lalu menjualkan kepada Baron Ven Overback dan Alfred Dent. Overback dan Dent memperbaharui perjanjian dengan Sultan Sulu dan membentu sebuah Syarikat British supaya rakyat boleh melabur. Dent menjadi pemilik tunggal kerana Overback telah menjualkan bahagiannya kerana beliau bukan berbangsa British. 1881, Piagam Diraja telah diberikan oleh Keerajaan British dan Syarikat Berpiagam Utara ditubuhkan dan meluaskan pengaruhnya dari 1881 hingga 1946. Sarawak :



1.



1842, James Brooke telah melawat Brunei supaya mengiktirafnya sebagai wakil baginda di Sarawak. James Brooke mendapat tentangan pribumi seperti orang Iban di kawasan Seribas dan Sekiang serta Shariff Shahab seorang ketua lanun di Sadung.



2.



1843-1846 James Brooke telah melancarkan beberapa serangan ke atas petempatan pribumi dengan mendapat bantuan angkatan tentera laut British.



3.



Jamees Brooke meluaskan kuasanya ke Mukah yang kaya dengan sagu. Setelah mendapat kebenaran sultan Brunei meletakkan Mukah di bawah kuasanya, James Brooke telah mendirikan kota di Sarikei dengan alas an untuk menjaga keamanan di situ.



4.



1853-1856, sultan Brunei terpaksa menyerahkan beberapa kawasan James Brooke antaranya sungai Sadong ,Saribas, Rejang, samarahan, Krian, Sekrang dan dari rejang ke Tanjung Kidurung.



5.



1890 Sultan Brunei menyerahkan kawasan Limbang kepada Charles Brooke kerana beliau mewujudkan keamanan di situ. Kesimpulan :



 Perluasan di Sarawak lebih mendapat penentangan oleh kompulan pribumi berbanding Sabah . Manakala pentadbiran di Sabah banyak kali bertukar tangan kerana keadaan muka bumi yang kurang subur untuk pertanian. Soalan 50: Huraikan perubahan pentadbiran di sarawak pada tahun 1841-1946 Pendahuluan  Sistem pemerintahan beraja diamalkan dan raja mempunyai kuasa mutlak dengan gelaran Raja Putih. Raja Putih Sarawak yang pertama ialah James Brooke (1841-1868)  Pentadbiran berasaskan pengubahsuaian sistem barat dengan beberapa unsur tempatan. Isi-isi Penting: 1.



Pentadbiran James Brooke (1841-1868)



 Beliau mengekalkan jawatan Ketua tempatan Melayu Sarawak iaitu Datu Patinggi, datu Temenggung, dan Datu Bandar.mereka dikehendaki memungut cukai di kawasan masing2 dan menyerahkan sebahagian hasil kepada pentadbiran Brooke. Pembesar2 tempatan berperanan sebagai penasihat kepada Brooke.  Pada tahun 1855, sebuah Majlis Tertinggi Sarawak di bentuk untuk membuat dasar2 pentadbiran. James brooke menubuhkan majlis tertinggi dan majlis negeri dan di bahagikan kepada 5 bahagian yang ditadbir oleh majlis bahagian. 2.



Pentadbiran charles Brooke (1868-1917)



 Charles Brooke mengantikan James Brooke sebagai raja puitih sarawak yang ke-2. Asas pentadbiran ialah sistem pemerintahan tradisional masih diteruskan.  Majlis negeri ditubuhkan pada tahun 1865, untuk membantu pentadbir dalam pemerintahan negeri. Majlis negeri dianggotai oleh ahli majlis tertinggi, pegawai kanan kerajaan, dan pegawai tempatan. Majlis negeri mengadakan mesyuarat 3 kali setahun dan bersidang buat kali pertamanya pada tahun 1867 di Sibu.  Charles Brooke membahagikan sarawak kepada 3 bahagian yang diketuai oleh seorang residen dan dibantu oleh pegawai anak negeri, pegawai rendah dan ketua2 suku. Diperingkat kampung, ketua orang melayu atau ketua orang cina menjalankan tanggungjawab menjaga keamanan dan memungut cukai.  Badan perkhidmatan awam terdiri daripada Jabatan kehakiman, jabatan polis, pejabat kastan dan cukai. Pada tahun 1888,Badan perkhidmatan awam terdiri daripada Jabatan kehakiman, jabatan polis, pejabat kastan dan cukai.  Pada tahun 1888, kerajaan british mengiktiraf sarawak sebagai negeri naungan british dan charles brooke yang sah.



3.



Pentadbiran Charles Vyner Brooke (1917-1946)



 Majlis tertinggi sarawak dikurangkan dan tidak dipanggil bersidang dari tahun 1927-1941. Sebuah jawatankuasa pentadbiran terdiri daripada 8 orang pegawai kanan eropah, 2orang melayu, dan 2 orang cina ditubuhkan.  Pada tahun 1941, beliau memperkenalkan perlembagaan baharu bagi sarawak,antaranya; Menyerahkan kuasa mutlak charles vyner brooke kepada majlis tertinggi(majlis eksekutif) dan majlis negeri(majlis perundangan), Majlis tertinggi mempunyai 5 orang ahli dan majlis negeri mempunyai 25 orang ahli, Kedua2 ahli majlis ini dilantik oleh Raja brooke dan Sarawak dijanjikan kemerdekaan.  Perlembagaan sarawak tidak dapat dilaksanakan kerana serangan jepun ke atas sarawak pada November 1941. Pentadbiran Brooke pada tahun 1841-1940 merupakan pentadbiran personal rule kerana tidak terdapat satu perlembagaan formal. Penutup  Apa-apa yang berkaitan Soalan 51: Huraikan perubahan pentadbiran di Sabah 1881-1946 Pendahuluan  Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBU) mengambil alih pemerintahan Sabah pada tahun 1881. Pada tahun 1888, Sabah dijadikan sebuah negeri di bawah naungan Empayar British dan diperintah secara langsung oleh SBBU antara tahun 1881 sehingga 1946. 



SBBU tlh menggabungkan institusi pentadbiran British dgn institusi tempatan dlm pentadbiran awam negeri. Pentadbiran negeri Sabah diketuai oleh seorang Gabenor yang dilantik oleh Lembaga Pengarah SBBU dgn persetujuan kerajaan Britain di London. Isi-isi Penting:



1)



Sabah yang ditadbir oleh SBUB merupakan sebuah syarikat awam di mana saham dijual kepada orang awam. SBUB mempunyai struktur pentadbirannya sendiri yang digabungkan dgn institusi tempatan. Sabah menjadi negeri naungan British mulai tahun 1888.



2)



Gabenor merupakan ketua pentadbir SBUB yg dilantik oleh Lembaga Pengarah London. Ibu pejabatnya di Sandakan dan beliau dibanttu oleh Majlis Penasihatnya yg di anggotai oleh pegawai kanan SBUB seperti Setiausaha Kerajaan, Bendahari, dan Ketua Pasukan Keselamatan.



3)



Setiap residensi di Sabah dibahagikan kpd daerah yg diketuai oleh Pegawai Daerah. Pegawai Daerah dibantu oleh Ketua Anak Negeri.



4)



SBUB mengekalkan golongan peribumi dlm pentadbirannya. Ketua Anak Negeri yg bergelar Orang Kaya-Kaya dilantik utk menguruskan perkara berkaitan dengan masyarakat tempatan. Antara Ketua Anak Negeri yang pernah dilantik ialah OKK Haji Mohammad Arshad.



5)



Walaupun Ketua Anak Negeri mempunyai kuasa tertentu, tetapi kuasa sebenar terletak dlm tangan Residen dan Pegawai Daerah. Residen dan Pegawai Daerah melantik dan mengawal Ketua Anak Negeri.



6)



Di Peringkat Kampung, ketua kampung atau digelar Orang Tua dilantik. Pentadbiran kampung dikenali sebagai Majlis Orang Tua-Tua Penutup



 Pada tahun 1912, Majlis Undangan ditubuhkan bertujuan utk mendapatkan pandangan pelbagai kaum dlm penggubalan undang-undang. Pada tahun 1915, jawatan Timbalan Penolong Pegawai Daerah diperkenalkan. Jawatan ini disandang oleh penduduk tempatan.  Majlis Penasihat Ketua-Ketua Anak Negeri berperanan sebagai orang tengah antara kerajaan dgn rakyat tempatan. Sebuah Majlis Penasihat Cina dibentuk bagi menasihati Gabenor mengenai hal ehwal orang Cina. Ini menunjukkan betapa pentingnya orang Cina dlm kegiatan ekonomi Sabah. Soalan 52: Huraikan sejarah perkembangan Perusahaan Bijih Timah pada abad ke-19 hingga ke-20 Pendahuluan  Peluasan kuasa British di negeri-negeri Melayu menjelang akhir abad ke-19 bukan sahaja menandakan bermulanya perubahan dari segi politik, tetapi juga bidang ekonomi, dan social. Setelah keamanan dapat dipulihkan, ekonomi Tanah Melayumula berkembang dengan pesat.  Penjajah British secara beransur-ansur mula mengubah corak ekonomi Tanah Melayu daripada pertanian sara diri kepada kegiatan ekonomi bercorak komersial. Selain modal tempatan, British membawa masuk modal asing untuk dilaburkan ke dalam sektor seperti perlombongan dan perladangan bagi tujuan eksport. Isi-isi penting 1.



Sebelum campur tangan British di negeri-negeri Melayu, kegiatan melombong bijih timah diusahakan oleh orang Melayu secara kecil-kecilan sebagai pekerjaan sampingan. Mereka menggunakan cara mendulang dan melampan.



2.



Pada awal tahun 1820-an, kegiatan melombong bijih timah mula berubah apabila orang Cina mula dibawa masuk untuk bekerja sebagai buruh di lombong bijih timah setelah terdapatnya pelaburan modal saudagar di Negeri-negeri Selat dan pengenalan teknik melombong yang baharu.



3.



Orang Cina memperkenalkan kaedah lombong dedah dan pam kelikir dengan menggunakan air untuk memisahkan bijih daripada tanah. Mereka juga menggunakan saluran air dan pam rantai yang berenjin untuk mengeringkan lombong bagi mengatasi masalah banjir atau mengawal bekalan air.



4.



Setelah orang Eropah mula melabur dalam perusahaan bijih timah, maka usaha mencari gali semakin diperluaskan. Mereka menggunakan peralatan yang lebih moden seperti kapal



korek untuk menghasilkan lebih banyak bijih timah. Akibatnya, mereka dapat menguasai monopoli perusahaan bijih timah pada tahun 1930-an. 5.



Apabila Revolusi Perindustrian meletus di Eropah, permintaan terhadap bijih timah meningkat. Bijih timah digunakan dalam perusahaan mengetin makanan. Pengeluaran bijih timah menjadikan Tanah Melayu sebagai pengeluar timah yang terbesar di dunia pada akhir abad ke-19.



6.



Sebahagian besar bijih timah dieksport ke Amerika Syarikat. Hasil pendapatan ini digunakan untuk membiayai pentadbiran dan pembangunan ekonomi di negeri-negeri Melayu pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Penutup



 Satu skim bagi mengawal harga dan pengeluaran bijih timah turut diperkenalkan untuk mengurangkan lebihan penawaran. Pada tahun 1931, Tanah Melayu, Bolivia, Indonesia, dan Nigeria menandatangani satu perjanjian yang dikenali sebagai Skim Kawalan Timah. 



Melalui perjanjian ini, negara-negara pengeluar diberi kuota pengeluaran tertentu berpandukan angka pengeluaran pada tahun 1929 untuk menggelakkan lebihan penawaran.



 Hasil daripada perjanjian ini, Majlis Timah Antarabangsa ditubuhkan pada tahun 1934 untuk menyelaraskan pengeluaran bijih timah. Kawalan pengeluaran bijih timah menerusi perjanjian ini telah berjaya menstabilkan harga bijih timah. Soalan 53: Huraikan perkembangan dan kesan-kesan pertanian dagangan pada abad ke-19 hingga ke-20 Pendahuluan  Pertanian dagangan mendapat tempat dalam sektor ekonomi dunia. Terdapat beberapa tanaman menjadi tumpuan negara untuk keperluan mereka dalam menghasilkan produk negara.  Terdapat dua peringkat dalam pertanian dagangan. Isi-isi Penting: Perkembangan 1.



Pertanian dagangan peringkat pertama



 Antara jenis tanaman pada peringkat pertama ialah Ubi Kayu, Kopi, Gambir dan Lada Hitam, Tebu. Ubi Kayu dimulakan oleh orang Cina pada tahun 1850-an. Mendapat permintaan tinggi daripada pasaran British dan menjadi tanaman dagangan yang menguntungkan di Melaka pada tahun 1850. Kopi menjadi tanaman eksport yang menguntungkan pada abad ke-19 dan abad ke-20. Ditanam secara besar-besaran di selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Johor oleh pengusaha Eropah.  Gambir dan lada hitam diusahakan oleh orang Cina dari Singapura di sepanjang sungai di selatan Johor. Gambir dan lada hitam menjadi eksport utama negeri Johor pada tahun 1910. Tanaman ini dibuka di Selangor dan Negeri Sembilan. Tebu diusahakan oleh orang Cina dan



Eropah pertengahan abad ke-19. Ladang tebu dibuka di Seberang Perai, Linggi di Melaka dan Kerian di Perak. 2.



Pertanian dagangan peringkat kedua



 Perusahan Getah telah digiatkan. Pada peringkat pertama, perusahan getah ini kurang mendapat sambutan. Pada awal kurun ke-20, permintaan terhadap getah meningkat kerana perkembangan perusahaan membuat motokar di Eropah dan Amerika Syarikat. Perusahaan getah pesat berkembang atas sumbangan H.N. Ridley, dasar kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, kejatuhan harga kopi dan sumbangan peneroka-peneroka perintis. Selain itu, pelaburan individu dan syarikat-syarikat Eropah, peningkatan permintaan getah dunia, tenaga buruh yang murah dan penyelidikan saintifik.  Kelapa sawit juga mula ditanam tetapi sebagai pohon perhiasan sahaja. Ladang kelapa sawit pertama muncul di Selangor atas usaha Henri Fauconnier pada tahun 1917. Kelapa sawit muncul apabila berlaku kemelesetan dalam perusahaan getah. Kawasan penanaman utama di Tanah Melayu ialah Perak, Johor dan selangor. Johor pengeksport utama kelapa sawit. Kesan-kesan  Kesan daripada perkembangan pertanian dagangan, permintaan pertanian perdagangan telah meningkat.  Perusahaan membuat motokar di Amerika Syarikat telah meningkatkan lagi permintaan getah.  Pertubuhan penanam-penanam getah ditubuhkan pada tahun 1907.  Orang asing dari luar dibawa masuk ke Tanah Melayu untuk mengusahakan tanaman. Penutup  Apa-apa sahaja yang berkaitan Soalan 54: Huraikan sebab-sebab perkembangan dan zaman kemelesetan perusahaan getah pada abad ke-19 hingga ke-20 Pendahuluan  Peluasan kuasa British di negeri-negeri Melayu menjelang akhir abad ke 19 bukan sahaja menandakan bermulanya perubahan dari segi politik tetapi juga dalam bidang ekonomi dan sosial. 



Walaupun ekonomi berkembang pesat tetapi kegiatan ekonomi tidak dipelbagaikan. Tumpuan hanya diberikan kepada dua jenis komoditi iaitu bijih timah dan getah. Tanaman getah yang ditanam di Tanah Melayu berasal daripada jenis Hevea Brasiliensis. Isi-isi penting



Sebab-sebab perkembangan



1. 



Sumbangan H.N. Ridley Pada tahun 1888, H.N. Ridley telah dilantik sebagai Pengarah Botanical Gardens, Singapura. Beliau memainkan peranan penting dalam perkembangan penanaman getah. Beliau berusaha memujuk peladang-peladang kelapa, kopi dan tebu yang masih ragu-ragu terhadap potensi getah supaya menanam getah. Beliau memenuhkan saku kawankawannya dengan biji getah sambil merayu kepada mereka supaya cuba menanamnya. Keazaman dan minat beliau terhadap getah sangat mendalam sehingga beliau dikenali sebagai “Ridley Getah” atau “Ridley Gila”.



 Atas usaha beliau, cara menoreh getah iaitu sistem ibedem atau sistem tulang ikan herring mula digunakan pada tahun 1897. Sistem ini membolehkan torehan dilakukan beberapa kali tanpa merosakkan pokok getah. Beliau juga telah memperkenalkan cara mengangkut anak getah dalam keadaan iklim yang panas dengan selamat iaitu dengan membungkus anakanak getah dalam arang yang lembap. 2.



Dasar kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu



 British telah mengambil beberapa langkah menggalakkan penanaman yang lebih luas. Pada tahun 1897, tanah yang digunakan bagi penanaman getah hanya dikenakan cukai tanah sebanyak 10 sen seekar untuk tempoh 10 tahun yang pertama. Selepas tempoh tersebut, cukai tanah akan dinaikkan sebanyak 50 sen seekar. Cukai ke atas getah hanya 2.5% selama 15 tahun daripada tarikh kerja dimulakan. Selepas itu, cukai tidak akan melebihi 5%.  Pada tahun 1905, British telah memberikan 45 dividen kepada syarikat pengusaha getah dan pengecualian cukai eksport selama 50 tahun. Kerajaan juga mengambil langkah dari segi kewangan. Pada tahun 1899, sebanyak $4 000 diperuntukkan untuk usaha penanaman getah dan tanaman lain. 3.



Kejatuhan harga kopi



 Pada pertengahan tahun 1890-an, harga kopi merosot disebabkan penawaran yang berlebihan di pasaran dunia. Persaingan kopi dari Brazil dan ancaman penyakit yang dibawa oleh kupu-kupu Beehawk memaksa orang ramai mencari tanaman gantian.  Orang ramai mula menanam getah yang ketika itu menjadi tanaman gantian yang paling sesuai. Zaman kemelesetan perusahaan getah a)



Setelah harga getah melambung sebelum perang dunia pertama, perusahaan getah mula menempuh zaman kemelesetan dan kesukaran. Antara tahun 1920-1922, harga getah mula tidak stabil dan mengalami turun naik sehingga mencecah harga terendah. Pertubuhan penanam-penanam Getah yang mewakili pengusaha ladang getah di Tanah Melayu mendesak British supaya campur tangan. British diminta merangka satu skim sekatan kepada semua pengeluar kerana stok simpanan yang bertimbun dan hatga yang semakin merosot.



b)



Pada tahun 1922, satu skim sekatan pengeluaran getah yang dikenali sebagai ‘Skim Sekatan Getah Stevenson’ diperkenalkan bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran dan menstabilkan harga getah. Pada tahun 1928, skim sekatan ini dihentikan dan ketika itu,



jumlah pengeluaran getah di Tanah Melayu melambung naik walaupun harga getah di paras yang rendah. Keadaan menjadi semakin buruk setelah kemelesetan besar ekonomi melanda dunia mulai bulan oktober 1929. c)



Kejatuhan harga telah memaksa negara-negara pengeluar supaya berunding bagi memulihkan harga getah. Pada bulan Mei 1934, satu perjanjian yang dikenali sebagai ‘ Perjanjian Peraturan Getah Antarabangsa’ ditandatangani antara Britain, Belanda, India, Perancis dan Siam untuk mengurangkan pengeluaran dan mengawal harga getah.



d)



Semasa Perang Dunia Kedua dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu, harapan untuk memulihkan harga getah terus musnah apabila getah tiruan diperkenalkan oleh Amerika Syarikat untuk menggantikan getah asli yang terputus bekalannya di pasaran antarabangsa. Penutup



 Apabila kemelesetan ekonomi dunia melanda sekitar tahun 1929-1931, ekonomi Tanah Melayu terjejas teruk.  Selepas tahun 1941, barulah ada usaha untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi dan menggalakkan pengeluaran lain-lain jenis tanaman seperti kelapa sawit, kelapa kering dan nenas. Soalan 55: Huraikan kesan-kesan perkembangan perusahaan getah dan bijih timah terhadap ekonomi Tanah Melayu. Pendahuluan  Perlombongan bijih timah di Tanah Melayu bermula sebelum kedatangan British lagi. Tanah Melayu pernah mengeksport bijih timah ke India, Tanah Arab, dan China. Pada abad ke-19, bijih timah menjadi salah satu faktor penting yang menyebabkan British meluaskan politiknya di negeri-negeri Melayu. 



Perusahaan getah jiga mengalami peningkatan pada abad ke-19 atas peningkatan permintaan. Isi-isi penting



 Perkembangan Ekonomi Ekonomi Tanah Melayu melalui tahap perkembangan yang menakjubkan. Menjelang akhir abad ke-19, ciri-ciri ekonomi tanah melayu moden telah muncul. Teras ekonomi berlandaskan perusahaan bijih timah dan getah. Bijih timah dan getah tidak diperlukan di Tanah Melayu tetapi untuk dieksport. Dengan ini, wujud ekonomi moden berorientasikan eksport. Ekonomi moden ini terdedah kepada ekonomi antarabangsa dan dipengaruhi oleh turun naik ekonomi dunia. Merangkumi 47% pendapatan negara.  Perkembangan sistem perhubungan Sistem perhubungan moden iaitu landasan keretapi dan jalan raya. Pada peringkat awal, ianya dirangsangkan oleh keperluan untuk mengangkut bijih timah dan juga disebabkan ketiadaan sistem perhubungan yang memuaskan kecuali perhubungan melalui sungai atau



kereta lembu sebelum tahun 1874. Pada awalnya, jalan raya hanya dibina di antara pusat perlombonngan dengan pangkalan terdekat di sepanjang sungai. (Kerja membina landasan keretapi pertama sepanjang lapan batu antara lombong di Taiping dengan kawassan pantai di muara Sungai Larut telah bermula pada tahun 1881). Selepas itu, beberapa landasan keretapi telah dibina oleh pihak British untuk mengangkut bahan bijih timah dan getah.  Kemajuan pelabuhan Dengan wujudnya landasan keretapi utama, beberapa buah pelabuhan baharu muncul contohnya Port Weld, Telok Anson, Port Dickson, dan Port Swettenham.  Kemunculan bandar baharu Perkembangan perusahaan getah dan bijih timah menyebabkan munculnya bandar-bandar baharu di kawasan pedalaman. Mengambil alih pentadbiran bandar contohnya Taiping, Kuala Lumpur, dan Seremban. Kuala Lumpur menjadi tempat pertemuan jalan raya dan jalan keretaapi utama manakala Gemas merupakan tempat persimpangan jalan. Kuala Lumpur dan Pulau Pinang terlibat dalam ekonomi moden.  Ketidakseimbangan perkembangan ekonomi Selangor dan Perak yang kaya dengan bijih timah mengalami perkembangan yang pesat. British telah membina infrastuktur yang lengkap. Manakala keadaan di Pahang terus merosot kerana keadaan Geografi, masalah pengangkutan, kekurangan infrastruktur, dan kekurangan galian berharga. Negeri-negeri yang lain seperti Terengganu dan Kelantan turut ketinggalan dari aspek pembangunan kerana tidak mempunyai potensi bijih timah dan getah.



 Perkembangan industri sampingan Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah turut membawa kepada perkembangan perusahaan sampingan yang berkait rapat dengan kedua-dua perusahaan tersebut.  Peluang pekerjaan Perkembangan perusahaan tersebut telah menyediakan peluang pekerjaan dan keadaan ini menyebabkan tumpuan kepada aktiviti ekonomi dan pembinaan infrastuktur di kawasan bandar atau kawasan yang kaya dengan bijih timah dan getah.  Kemunculan sistem dwiekonomi Sektor pertanian tradisional seperti penanaman padi dan penangkapan ikan tidak diambil berat oleh British. Pertanian tradisional yang diamalkan oleh Orang Melayu di kawasan luar bandar terus ketinggalan dan berbentuk sara diri. Muncul sistem dwiekonomi di Tanah Melayu yang terdiri daripada kegiatan ekonomi moden yang berlandaskan eksport di bandar dan ekonomi tradisional yang berlandaskan pertanian sara diri di kawasan luar bandar. Penutup



 Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah meningkatkan taraf ekonomi di Tanah Melayu. Akibat daripada perkembangan ekonomi, kemajuan dan pembangunan juga dapat dirasakan di luar bandar. Contohnya, Kuala Lumpur dahulunya dikenali sebagai kawasan luar bandar, namun setelah British mengenal pasti potensi kawasan tersebut, maka Kuala Lumpur menjadi tempat pertemuan jalan raya dan jalan kereta api utama dan mengambil fungsi pentadbiran. 



Jelaslah bahawa terdapat banyak perubahan yang berlaku akibat perkembangan perusahaan bijih timah dan getah di Tanah Melayu. Soalan 56: Huraikan perkembangan ekonomi di Sabah pada abad ke-19 hingga ke-20. Pendahuluan



 Ekonomi komersial di sabah melibatkan Syarikat Borneo Utara British mengaut keuntungan daripada sabah. Tanaman tradisional sabah dijalankan secara komersial untuk mengekploitasi kesuburan tanah.  Kegiatan ekonomi komersial berasaskan kegiatan pertanian dagangan perlombongan, dan perdangangan. Isi-isi Penting: Tanaman Tradisional  Kegiatan ekonomi tradisional dan komersial meningkat di sabah pada zaman pemerintahan dan pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB), hasil eksport tradisional merupakan sumber utaman di sabah. SBUB menggiatkan usaha mencari hasil laut seperti trepang, sirip ikan yu, dan mutiara. Akitiviti ini diusahakan oleh kaum bajau. Trepang mendapat permintaan yang tinggi di Cina.  Gentian pokok lanut (abaka atau manila hemp) dijemur sebelum diproses menjadi tali kapal sebelum dieksport ke Eropah. Pertanian Dagangan  Demi mengaut keuntungan lumayan, SBUB mengusahakan tanaman baharu seperti getah dan tembakau. Ini dilakukan memandangkan sabah menpunyai tanah yang luas dan subur. Tembakau.  Tanaman eksport yang dihasilkan secara komersial pada abad ke-19 dan menjadi tanaman dagangan utama kerana mutu tembakau sabah diiktiraf sebagai yang terbaik di dunia. Perusahaan tembakau diusahakan oleh orang Cina. Tanaman tembakau diusahakan di pulau banggi. SBUB telah memberi tanah secara liberal dan mengecualikan cukai eksport kepada peladang tembakau.  Menjelang tahun 1890, hasil eksport tembakau bernilai lebih dua juta dolar. Buruh dari singapura dan Hong Kong diambil untuk mengusahakan ladang tembakau. Getah



 Pembinaan landasan kereta api telah meningkatkan pembukaan ladang getah di Beaufort, Tenom, dan Jesselton. Bagi menggalakkan penanaman getah SBUB telah menberi 4% dividen kepada pengusaha getah.  Penanaman getah meningkatkan daripada 3 226 ekar pada tahun 1900 kepada 34 828 ekar pada tahun 1911. Kayu Balak  Kegiatan pembalakan dijalankan di Sandakan, Lahad Datu, dan Tawau. Buruh dari Filipina dan Indonesia dibawa masuk untuk bekerja dalam sektor ini.  British Borneo Trading and Planting company ialah syarikat terbesar yang terlibat dalam industri ini. Pada tahun 1920, BBTPC sebuah syarikat yang dibiayai olej Harrisons and Crosflied telah mendapat monopoli untuk menenbang pokok balak di sabah selama 25 tahun.  Sandakan muncul sebagai pelabuhan balak yang penting di dunia. Hasil balak diksport ko China, Britian, Singapura dan Australia. Kegiatan Perlombongan  Di sabah, SBUB menggiatkan usaha perlombongan seperti emas, arang batu dan mangan. Orang Cina mengusahakan perlonbongan emas di sungai segama.  Syarikat British Borneo mengusahakan perlombongan mengan. Mengan dieksport ke Britian. Penutup.  Apa-apa yang berkaitan. Soalan 57: Huraikan perkembangan ekonomi di Sarawak pada abad ke-19 hingga ke20 Pendahuluan  Antara tahun 1900 hingga 1941, perkembangan ekonomi di Sarawak adalah sederhana disebabkan kerajaan Brooke tidak menggalakkan pelaburan luar sevara besar-besaran demi menjaga kepentingan ekonomi mereka di Sarawak. Walaupun keluarga Brooke menguasai ekonomi Sarawak, namun orang Cina diberi peluang bergiat dalam perdagangan dan perlombongan.  Pembangunan ekonomi dan sosial di bawah pemerintahan keluarga Brooke tidak seimbang dan kebanyakkannya tertumpu di Bahagian Pertama dan Kedua Sarawak. Isi-isi Penting: Pertanian Perdagangan 1.



Lada hitam dan Gambir



 Lada hitam diusahakan oleh orang Cina disepanjang Sungai Sarawak dan Sarikei di Sungai Rajang. Lada hitam menjadi bahan eksport utama pada tahun 1910.  Kerajaan Brooke memberi geran tanah dan bantuan kewangan kepada orang Cina untuk menanam lada hitam. Raja Charles menggalakkan penanaman lada hitam dengan membenarkan kemasukan orang Cina dari Singapura sehingga projek penanaman lada hitam berjaya dilaksanakan di kawasan Ulu Sarawak pada tahun 1870-an dan berkembang ke Lembangan Sungai Rajang. 2.



Getah



 Ditanam di Kuching pada tahun 1881. Diusahakan oleh orang Cina dan Iban.  Menjelang tahun 1910, getah menjadi bahan eksport kedua utama selepas minyak. 3.



Kayu Balak



 Menjelang akhir tahun 1890-an – 1941, kayu balak menjadi eksport utama dan kekal pada kedudukan kedua selepas getah sebagai hasil pendapatan utama Sarawak.  Penanaman kayu balak dijalankan oleh orang Cina dan Syarikat Borneo di kawasan Sungai Rajang. Hasil kayu balak dieksport ke Hong Kong, Australia, dan Amerika Syarikat. 4.



Sagu



 Sagu menjadi hasil pertanian komersial yang penting mulai tahun 1840-an. Dibawah pemerintahan keluarga Brooke, penanaman sagu dipergiatkan lagi.  Syarikat Borneo membuka kilang di Mukah dan memberi wang pendahuluan kepada pekebun-pekebun kecil untuk menanam sagu. Pada tahun 1880-an, Sarawak mengeluarkan separuh daripada jumlah pengeluaran sagu di dunia dan orang Cina menguasai perusahaan sagu menjelang abad ke-20. Kegiatan Perlombongan  Pentadbiran keluarga Brooke mempergiatkan lagi kegiatan perlombongan emas, antimoni, dan minyak di Sarawak. 1.



Emas



 Emas diusahakan oleh pelombong Cina di Bau.  Apabila orang Cina melarikan diri ke Sambas, kerana membantah pengenalan cukai, perlombongan emas diambil alih oleh Syarikat Borneo. 2.



Antimoni



 Syarikat Borneo mendapat monopoli melombong antimoni daripada keluarga Brooke. Antimoni dilombong di Bau dan Kuching. Perusahaan antimoni menambahkan sumber pendapatan negeri Sarawak.  Antara tahun 1870 – 1916, eksport antimoni bernilai hampir dua juta dollar. 3.



Minyak



 Pentadbiran keluarga Brooke memberi konsesi kepada The Anglo Saxon Oil Company untuk menjalankan kegiatan perlombongan minyak di Sarawak. Pada tahun 1882, telaga minyak yang pertama digali di Miri. Pada tahun 1909 pula, usaha mencari gali minyak ditawarkan kepada Sarawak Oil Company dan anak syarikat iaitu Syarikat Royal Dutch Shell untuk dieksport.  Kilang menapis minyak didirikan di Lutong pada tahun 1917. Penutup 



Sebab perkembangan ekonomi di Sarawak ialah perkembangan dalam pertanian perdagangan iaitu lada hitam dan gambir, getah, kayu balak, dan sagu.



 Seterusnya ialah kegiatan perlombongan emas, antimoni dan minyak. Soalan 58: Jelaskan perubahan sistem pendidikan di negeri-negeri melayu pada abad ke-19 hingga ke-20 Pendahuluan  Secara amnya, tidak terdapat sistem pendidikan kebagsaan ditanah melayu semasa penjajahan british. Dasar british yang kurang memberi perhatian kepada bidang pendidikan telah membawa kepada pengenalan sistem pendidikan vernakular.  Lima aliran sekolah yang berbeza telah wujud semasa penjajahan british, iaitu sekolah agama islam, sekolah vernakular melayu, cina, tamil, dan aliran inggeris. Isi-isi penting 1.



Sekolah agama islam



 Sebelum penjajahan british, kanak-kanak melayu mendapat pendidikan di surau, masjid, dan sekolah pondok. Kurikulumnya ialah membaca dan memahami al-quran, mempelajari bahasa arab, hukum-hukum agama serta kemahiran membaca, menulis dan mengira. Selepas penjajahan british, sistem pendidikan pondok atau madrasah menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih teratur  Ciri-ciri pendidikan madrasah adalah Berdasarkan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan, Dilaksanakan secara kelas mengikut tahap, Tahap pengajian ialah tahap permulaan, pertengahan, dan pengkhususan dan Mudir atau guru besar bertanggungjawab mengawasi perjalanan sistem madrasah 2.



Sekolah vernakular melayu



 Semasa pentadbiran british, sekolah melayu didirikan untuk memberi pendidikan sekular kepada anak-anak petani dan nelayan. Anak-anak melayu diajar menulis, membaca, dan mengira serta sedikit ilmu geografi, seni pertukangan dan pekebunan. Sekolah melayu hanya memberikan pendidikan rendah sehingga darjah enam  Pendidikan vernakular melayu adalah rendah mutunya. Tumpuan diberi hanya kepada asas-asas seperti membaca, menulis, dan mempelajari asas kira-kira. Perkembangan



sekolah melayu hanya terhad kepada sekolah rendah sehingga darjah empat dan maktab perguruan 3.



Sekolah vernakular cina



 Pendidikan cina di tanah melayu sehingga abad ke-20 adalah berasaskan pengetahuan klasik confucius. Sekolah-sekolah cina menekankan kaedah pembelajaran secara menghafal, mendeklamasi teks confucius atau klasik cina tanpa memahami maknanya, penggunaan sempoa adalah penting  Sekolah cina menggunakan dialek masing-masing sebagai bahasa pengantar. Guru, sukatan pelajaran dan buku dibawa dari negara cina 4.



Sekolah vernakular tamil



 Pendidikan tamil secara formal di tanah melayu dimulakan oleh orang perseorangan dan pertubuhan masyarakat india. Perkembangan sekolah vernakular tamildi pengaruhi oleh perkembangan ekonomi di tanah melayu, orang india berhijrah secara beramai-ramai untuk bekerja di ladang kopi, tebu, kelapa dan getah. Sekolah-sokolah tamil didirikan dikawasan ladang di seberang perai, pulau pinang dan johor 



5.



Bahasa pengantar digunakan ialah bahasa tamil dan kadangkala bahasa telegu, malayalam, punjabi atau hindi



Sekolah aliran inggeris



 Sekolah inggeris menyediakan pelajaran bagi semua kaum di tanah melayu. Sekolahsekolah ini diusahakan oleh mubaligh kristian dan badan-badan awam  Sekolah inggeris dibahagikan kepada sekolah perempuan dan sekolah lelaki. Kelas yang lebih tinggi akan mengajar kemahiran pertukangan seperti pertukangan kayu, membuat kasut dan pakaian. Penutup  Kesan daripada perubahan sistem pendidikan, wujud perbezaan politik, ekonomi dan sosial sehingga perpaduan kaum terhalang. Setiap kaum terpisah mengikut kebudayaan masingmasing. Tiada wujud satu bahasa kebangsaan yang boleh menyatukan semua kaum Soalan 59:Jelaskan perubahan sistem pendidikan di Sabah pada abad ke-19 hingga abad ke-20 Pendahuluan:  Sebelum tahun 1963, perkembangan system pendidkan di Sabah tidak begitu maju jika dibandingkan dengan negeri-negeri di Tanah Melayu. Hal ini deisebabkan oleh dasar pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB) yang tidak memberi keutamaan kepada perkembengan pendidikan di negeri itu. Isi-isi penting:



Sekolah Mubaligh Kristian  Percubaan awal dilakukan oleh Gabenor W.H Treacher dengan mendirikan sekolah agama, tetapi gagal kerana tidak mendapat sokongan daripada penduduk yang beragama Islam. Mereka mencurigai tujuan W.H Treacher. Sekolah pertama yang telah didirikan di negeri Sabah pada awal abad ke-19 terletak di daerah Sandakan, yang telah ditubuhkan oleh mubaligh Roman Katolik dan dinamakan sebagai Institut Bryon.  Namun apabila sebuah Jabatan Pelajaran dibentuk , nazir-nazir telah ditempatkan di kawasan-kawasan pantai timur dan barat Sabah bagi mengawasi perkembangan sekolah persendirian oleh golongan mubaligh Kristian dan masyarakat Cina. Sekolah Melayu  Sekolah Melayu Kota Kinabalu telah didirikan pada tahun 1915 bertujuan untuk melatih anak-anak Ketua Anak Negeri. Penekanannya lebih kepada pembelajaran Bahasa Inggeris dan al-Quran. Sekolah Melayu yang pertama ditubuhkan di Kota Belud pada tahun 1921. Pada tahun 1930, hanya terdapat 10 buah sekolah Melayu bagi menampung 400 orang murid.  Sekolah Melayu di Sabah sama dengan sekolah Melayu di Tanah Melayu yang memberi penekanan kepada latihan jasmani, berkebun, Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar,mata pelajaran Ilmu Hisab dan Kesihatan. Sekolah Melayu hanya pada peringkat rendah sahaja. Sekolah Inggeris  Sekolah Inggeris lebih tinggi mutunya jika dibandingkan dengan sekolah lain. Pada tahun 1933, murid dari sekolah Inggeris boleh menduduki peperiksaan Junior dan Senior Cambridge serta berpeluang menjadi kakitangan kerajaan kolonial.  Semua sekolah berkembang secara berasingan dan tidak dibiayai oleh SBUB. SBUB hanya menyediakan pendidikan di peringkat rendah sahaja. Ini disebabkan SBUB menghadapi masalah kewangan dan menganggap bidang pendidikan tidak mendatangkan keuntungan. Maktab Perguruan dan Laporan Woodhead 1953  Bagi menampung keperluan tenaga pengajar untuk sistem pendidikan di negeri Sabah, Maktab Perguruan Kent, Tuaran telah ditubuhkan pada tahun 1952. Maktab ini telah melatih lebih ramai guru sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah sekitar Sabah.  Laporan Woodhead pula merupakan satu laporan bagi mencadangkan beberapa perkara khusus mengenai sistem pendidikan di Sabah temasuklah Peruntukan Kewangan; Langkah meningkatkan mutu pendidikan sekolah rendah, menengah, vokasional dan dewasa; dan Sistem pendidikan baharu diwujudkan di Sabahdan kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan sistem persekolahan. Penutup  Dasar Pentadbiran British di negeri Sabah sememangnya membawa perubahan dalam sistem pendidikan masyarakat pribumi. Akhirnya, pada tahun 1956 Lembaga Pelajaran ditubuhkan, dan dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Tempatan dengan tujuan



mengangkat martabat pendidikan di negeri Sabah agar menjadi satu sistem yang lebih sistematik dan teratur. Soalan 60: Bincangkan perubahan sistem pendidikan di Sarawak pada abad ke 19 hingga abad ke 20 Pendahuluan  Masyarakat tempatan dan bumiputera mempunyai sisitem pendidikan sendiri sebelum kedatangan british iaitu berbentuk formal dan tidak formal.Sebelum kedatangan British, masyarakat tempatan sudah mempunyai kesedaran tentang pentingnya pendidikan untuk anak-anak mereka walaupun berorentasikan pengajian agama islam. Sistem pendidikan zaman penjajah lebih bersifat terpisah dengan setiap kaum menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Sukatan pelajaran dan kurikulum juga tidak seragam.  Sistem pendidikan aliran inggeris dianggap terbaik dan tidak terbuka kepada setiap orang.Pendidikan inggeris hanya dikhaskan pada golongan bangsawan sebagai saluran untuk melatih mereka menceburi diri ke dalam perkhidmatan awam selepas tamat pengajian. Isi-isi Penting 1.



Dasar pendidikan Brooke tidak banyak mengubah masyarakat tempatan Sarawak. Brooke enggan mengubah gaya hidup masyarakat tempatan khasnya orang iban melalui sistem pendidikan barat. Namun, Brooke tidak menghalang para mubaligh menjalankan usaha menyebarkan pendidikan.



2.



Atas desakan untuk memenuhi kekurangna yang besar dalam bilangan guru, R.O Winstedt selaku penolong pengarah pelajaran telah dipertanggungjawabkan untuk mentadbir sekolah-sekolah vernakular Melayu.Beliau telah mencadangkan penubuhan sebuah maktab bagi melatih guru-guru melayu di Tanjung Malim, Perak. Dengan ini, lahirlah Maktab Perguruan Sultan Idris(MPSI) pada tahun 1992.



3.



Sungguhpun penubuhan MPSI dikatakan satu peristiwa yang bersejarah dalam pendidikan melayu, namun bidang pelajarannya masih sempit.Kerajaan British masih tetap degna dasar ingin mengekalkan status quo orang melayu. Dasar yang dipegang oleh pentadbir British adalah semata-mata untuk mengeluarkan petani dan nelayan melayu yang tahu menulis dan membaca.Menurut Tan Din Eing “...perhatian yang lebih berat diberikan supaya tiada orang Melayu keluardari Kampung-kampungya untuk mendapat pekerjaan.”



4.



Pendidikan vernakular melayu adalah rendah mutunya.Tumpuan diberi hanya kepada asas-asas seperti membaca,menulis,dan mempelajari asas kira-kira.Antara tahun 19141940,tidak terdapat sekolah menengah aliran melayu di Tanah Melayu.Perkembangan sekolah Melayu hanya terhad kepada sekolah rendah sehingga darjah empat dan maktab perguruan sahaja.



5.



Selepas tahun 1950-an perkembangan pendidikan di Sarawak semakin bertambah baik terutama setelah laporan woodhead 1955 memperakuhkan beberapa cadangan untuk memperbaiki sistem persekolahan di Sabah dan Sarawak.



6.



Hasil laporan itu, sistem persekolahan di Sabah dan Sarawak diperkemaskan dengan penubuhan lembaga pelajaran pada tahun 1956. Lembaga ini dianggotai oleh orang awam bagi mewakili kaum masing-masing dengan setiausaha majlis tempatan dilantik menjadi pengerusi dan pengarah pelajaran sebagai ahli Penutup



 Sistem pendidikan zaman penjajah lebih bersifat terpisah dengan setiap kaum menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Sukatan pelajaran dan kurikulum juga tidak seragam.  Sistem pendidikan aliran inggeris dianggap terbaik tidak terbuka kepada setiap orang pendidikan inggeris. Pendidikan inggeris hanya dikhaskan pada golongan bangsawan sebagai saluran untuk melatih mereka menceburi diri ke dalam perkhidmatan awam selepas tamat pengajian. Soalan 61: Bincangkan usaha British terhadap sistem pendidikan sebelum merdeka pada tahun 1946-1957 dan Dasar pendidikan negara selepas merdeka selepas 1957. Pendahuluan :  Secara amnya, tidak terdapat sistem pendidikan kebangsaan di Tanah Melayu semasa penjajahan British. Dasar British yang kurang memberi perhatian kepada bidang pendidikan telah membawa kepada pengenalan sistem pendidikan vernakular.  Lima aliran sekolah yang berbeza telah wujud semasa penjajahan British, iaitu sekolah agama islam, sekolah vernakular Melayu, Cina, Tamil dan aliran inggeris. Selepas Perang Dunia Kedua, kerajaan British telah berusaha untuk memperbaiki sistem pendidikan di negara ini. Isi-isi penting : Usaha Pendidikan British sebelum merdeka 1.



Rancangan Cheeseman



 Bertujuan menyusun semula dasar pendidikan di bawah Malayan Union. Syor yang dicadangkan ialah pendidikan percuma di peringkat rendah, pengajaran bahasa inggeris di semua sekolah rendah dan penubuhan dua jenis sekolah. 



2.



Tidak dapat dilaksanakan disebabkan Jabatan Pelajaran terlalu sibuk dengan kerja membaiki sekolah-sekolah yang rosak akibat peperangan. Pada tahun 1949, satu Jawatankuasa Pusat Penasihat Pelajaran telah ditugaskan untuk mengkaji semula dasar pendidikan di bawah kerajaan Persekutuan. Namun cadangan ditolak oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Laporan Barnes



 Jawatankuasa Barnes ditubuhkan untuk mengkaji semula masalah pendidikan di sekolah vernakular melayu. Mencadangkan rombakan semula semua sistem persekolahan termasuk sekolah melayu.



 Syor yang dicadangkan ialah sekolah rendah vernakular yang berbeza-beza mengikut kaum hendaklah dimansuhkan dan digantikan dengan satu sistem persekolahan yang dinamakan sekolah kebangsaan., pendidikan percuma untuk semua sekolah kebangsaan., sekolah rendah diberi sokongan kewangan dan bahasa melayu menjadi bahasa penghantar pada peringkat sekolah rendah dan bahasa inggeris akan menjadi bahasa penghantar di sekolah menengah. 3.



Laporan Fenn-Wu



 Ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan vernakular cina dan diketuai oleh dua orang pakar pendidikan cina iaitu Dr. W.P. Fenn dan Dr. Wu Teh Yao.  Syor yang dicadangkan ialah bahasa Melayu, Cina, dan Tamil dikekalkan sebagai bahasa penghantar, pelajar-pelajar dari semua kaum digalakkan mempelajari semua bahasa, sekolah cina dikekalkan tetapi sukatan pelajarannya hendaklah berorentasikan kepada keadaan dan sejarah tempatan dan kerajaan patut menambahkan bantuan kewangan untuk pentadbiran sekolah cina. 4.



Ordinan Pelajaran 1952



 Oleh sebab perbezaan pandangan antara Laporan Barnes dengan laporan Fenn-Wu, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk mengkaji cadangan-cadangan mereka. Laporan jawatankuasa khas telah ditubuhkan dan diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran 1952.  Cadangannya ialah dua sistem persekolahan yang menggunakan bahasa inggeris dan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar bahasa Cina dan bahasa Tamil akan diajar sekiranya terdapat permintaan, pendidikan vokasional diperluaskan di peringkat sekolah menengah dan bahasa melayu dan bahasa inggeris diajar di peringkat sekolah rendah selama enam tahun. Tidak dapat dijalankan kerana mendapat tentangan daripada masyarakat cina dan india, kekurangan kewangaan dan ancaman komunis ketika itu. 5.



Penyata Razak 1956



 1955, kerajaan persekutuan telah melantik Tun Abdul Razak untuk mempengerusikan sebuah jawatankuasa pelajaran. Ditugaskan mengkaji semula sistem pendidikan di tanah melayu. Tugas jawatankuasa Razak ialah membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan bersesuaian dengan aspirasi menyatupadukan penduduk berbilang kaum, menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar, manjaga perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum-kaum lain, mengkaji Ordinan Pelajaran 1956 dan membuat pindaan jika perlu.  Cadangan diluluskan dikenali Penyata Razak. Cadangan penyata Razak ialah penubuhan sekolah umum (rendah) yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar dan sekolah jenis umum (rendah) yang menggunakan bahasa inggeris, cina, dan tamil sebagai bahasa penghantar. Sekolah menengah melayu menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar dan sekolah menengah inggeris menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar. Bahasa melayu dan bahasa inggeris wajib diajar di semua sekolah.



 Dua elemen yang dapat memupuk semangat perpaduan negara, iaitu sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk dan penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan. Penyata Razak dijadikan Ordinan Pelajaran 1957. Dasar Pendidikan selepas merdeka 1)



Akta Pelajaran 1961



 Semua syor dalam Laporan Rahman Talib digubal dan diterima sebagai Akta Pelajaran 1961. System pendidikan aneka jurusan ditubuhkan pada 1965 bg sekolah menengah rendah menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan. 2) 



Jawatankuasa cabinet mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 1974, kerajaan persekutuan telah menubuhkan jawatankuasa cabinet yang telah dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana MEnteri ketika itu, Dr.Mahathir Mohammad.



 Laporan ini bertujuan untuk mengkaji semula Dasar Pelajaran Kebangsaan supaya selaras dengan keperluan semasa Negara dengan mempertimbangkan pelbagai aspek spt keperluan tenaga kerja, pembangunan Negara dan identity kebangsaan. 3)



Akta Pendidikan 1996



 Diperkenalkan oleh YDPA setelah diluluskan Parlimen pd 15 Julai 1996. Diwartakan 1 Ogos 1996 dan dikuatkuasakan 31 disembe 1997. Konsep system pendidikan kebangsaan dimantapkan dgn melipti semua peringkat persekolahan dari pra sekolah hingga peringkat pengajian tinggi serta meliputi semua jenis sekolah. Memperlihatkan secara jelas halatuju dan wawasan pendidikan Negara Malaysia. ini berdasarkan hasrat pemimpin Negara yang ingin menjadikan pendidikan sebagai asas pembangunan daripada pelbagai aspek  Dengan adanya akta ini, sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti utk mencapai aspirasi Negara seperti yang termaktub dalam Wawasan 2020 dan semangat 1Malaysia. Penutup :  Usaha British terhadap sistem pendidikan sebelum merdeka telah membawa banyak perubahan kepada sistem pendidikan di negara kita. Soalan 62: Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi dasar pendidikan Negara sebelum merdeka. Pengenalan.  Dasar pendidikan Negara sebelum merdeka adalah bercorak vernacular iaitu pengasingan pelajar mengikut kaum. Kerajaan Inggeris telah memperkenalkan 5 jenis sistem persekolahan yg ternyata berbeza antara satu sama lain. Jenis2 sekolah tersebut ialah sekolah Inggeris, sek Melayu sek Agama, sek Cina dan Sek Tamil. Pengenalan kepada isiten persekolahan yg berbeza antara kaum mempunyai kaitan dengan dasar pecah dan perintah yg diamalkan oleh pemerintah Inggeris di Tanah Melayu.



Isi-isi penting: 1.



Pengkhususan Kaum Dalam Satu Sekolah.  Tiap-tiap sekolah adalah khusus utk satu-satu kaum yg tertentu shj. Ini menyebabkan anak2 Melayu, Cina dan India sukar utk bergaul antara satu sama lain. Kesempatan utuk bergaul bg ketiga-tiga kaum ini hanya terdapat di sekolah inggeris yg terletak di bandar sahaja. Pendidikan tradisional org Melayu, pendidikan agama dan al-Quoran dilakukan di surau, rumah Tok Guru atau pondok. Ini tidak memungkinkan bangsa lain utk turut serta.  Sementara pendidikan org Cina pada peringkat awal diasaskan oleh individu perseorangan atau kelompok berteraskan kpd kaum. Gurunya tidak terlatih dan mengajar secara sambilan berdasrka buku2 teks klasik dari China. Org India tidak dihiraukan pendidikannya hanya pd 1816 bhgn sek Tamil, Penang Free Scholl ditubuhkan. Pd 1923 Akta Buruh diperkenalkan iaitu mewajibkan setiap estet mengadakan sek Tamil dan pengurusannya diserah kpd pihak lading.



2.



Tiada Bahasa Penghantar Tunggal  Tidak ada dasar mengenai bahsa penghantarnyg tungal. Sek Inggeris menggunakan BI dan Sek Melayu menggunakan BM dan sek Cina menggunakan bhs Cina dan sek Tamil menggunakan bhs Tamil. Oleh yg demikian kominikasi menjadi sukar disebabkab tiada medium yg sesuai utk menyatukan mereka.



3.



Perbezaan Kawasan tempat tinggal.  Kebanyakkan sek Melayu didirikan di desa2 sesuai dgn dasar British yg mahu mengekalkan org Melayu di kg2. Sek Cina pula di kawasan perlombongan misalnya di Perak sek Cina terdapat di Kinta Larut. Di Selangor byk terdapat di Klang dan Kanching. Di Negeri Sembilan terdapat di Lukut.  Sementara di sekolah Tamil di tubuh di kawasan ladang yg dibiayai oleh pengurus ladang. 4.



Tiada Keseragaman Kurikulum



 Kurikulum bagi sekolah-sekolah tersebut tidak sama. Sek2 ini masing2 mempunyai kurikulumnya sendiri. Sek Inggeris menggunakan sukatan yg digunakan sekolah2 di Britain. Guru2 yg mengajar di sekolah ini di bawa dr sana. Begitu juga dengan buku2 teks.  Sek Melayu pula hanya terhad kepada peringkat rendah shj iaitu meliputi kemahiran membaca dan menulis dan mengira. Selain itu pelajar juga diajar sedikit ilmu Geografi perkebunan dan pertukangan. Sek Cina dan Tamil menggunakan kurikulum yg sama dengan yg diajar di Cina dan India. Guru2 didatangkan dr neg mrk.Menggunakan bhs ibunda sbg bhs pengantar. Lepasan sek Cina masih mempuyai kedudukan yg baik krn mrk diserapkan kedlm sektor ekonomi yg dipunyai pengusaha Cina di tanah Melayu. Sementara lulusan India hanya berpeluang meneruskan kerjaya diestet atau sekiranya mampu membayar yuran yg tinggi boleh meneruskan pemgajian sek Inggeris di bandar. Kesimpulan.  Dasar pendidikan yg diperkenalkan oleh Inggeris sebelum merdeka telah menyebabkan perbezaan ras yg begitu ketara di Tanah Melayu pd masa itu. Bagi Inggeris sistem



pesekolahan begini sengaja dilakukan bagi mengasingkan pelbagai kaum sebagai strategi utk mengukuhkan kedudukan politik dan ekonomi mrk di Tanah Melayu. Dengan cara ini kaum2 di Tanah Melayu khususnya org Melayu tidak mempunyai asas dan kekuatan bagi menetang Inggeris. Soalan 63: Bincangkan sistem pendidikan di Tanah Melayu selepas merdeka dari tahun 1961-1996 Pengenalan  Sistem pendidikan zaman penjajah lebih bersifat terpisah dengan setiap kaum menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Sukatan pelajaran dan kurikulum juga tidak seragam  Dianggap terbaik dan terbuka kepada semua orang. British juga mengasingkan penubuhan sekolah mengikut kawasan penempatan kaum masing-masing. Isi-isi Penting: Sistem Pendidikan 1.



Pendidikan Melayu



 Penang Free School dibuka 1815 dan beberapa sekolah lagi dibuka oleh persatuan Mubaligh Kristian. 1856, dua buah sekoalh dibuka di Singapura iaitu di Telok Belanga dan Kampung Gelam. Pada mulanya sambutan ibu bapa terhadap sekolah melayu tidak begitu menggalakkan, tetapi setelah pengajian al-Quran disediakan, ibu bapa mula membenarkan anak mereka bersekolah di sekoalh itu.  Apabila orang Melayu menyedari kepentingan pendidikan, lebih banyak sekolah melayu didirikan. Pendidikan melayu zaman penjajah tidak bertujuan menyediakan kanak-kanak melayu supaya dapat perbaiki tartaf hidup yang sedia ada atau membolehkan mereka menyertai sector ekonomi moden. Maktab Latihan Perguruan  Usaha member latihan kepada guru sekolah melayu dibuat pd 1878 melalui sebuah pusat latihan di Telok Belanga.. namun usaha ini tidak berjaya kerana gaji guru terlalu rendah menyebabkan tidak ramai orang berminat utk kekal menjadi guru.. walaupun maktab ini tidak melashirkan ramai guru pelatih tetapi penubuhannya memulakan satu tradisi latihan kebangsaan perguruan di Tanah Melayu. Pengajian Tinggi  Penubuhan Maktab Perubatan King Edward VII pd 1905 menandakan bermulanya pengajian tinggi di Tanah Melayu. 1949, maktad tersebut digabung dengan Raffles College utk menjadi UM di Singapura.  Bagi bidang teknikal, Sekolah Teknik dibuka di KL utk melatih pembantu teknik dalam Jabatan Ukur, Jabatan Kereta Api dan Jabatan Kerja Raya. Kemudian, Maktab Pertanian didirikan di Serdang Selangor dan setelah dinaik taraf kini dikenali sbg UPM.



2.



Pendidikan Cina



 Penubuhan sekolah cina menandakan keinginan orang cina utk bermastautin secara tetap. Sekolah-sekolah cina lebih tertumpu di kawasan Bandar sekitar kawasan perlombongan dan pelabuhan spt Singapura, Melaka dan Perak.  Pada 1920, terdapat 494 buah sekolah cina di Tanah Melayu. Peringkat Pengajian Kurikulum dan Perkembangan.  Orang cina memastikan sekoalh yang ditubuhkan di TM sama coraknya dgn yg terdapat di China. Sekolah cina menjadi pusat penyebaran ideology yg bercanggah antara pihak Koumintang dan Komunis.  1902, peraturan mewajibkan semua sekolah cina didaftarkan. Ini bertujuan mengawal perkembangan sekolah cina di TM. Jabatan Penolong pengarah cina juga ditubuhkan utk mengawasi sekolah cina. 3.



Pendidikan Tamil



 Pada tahun 1923, British memperkenalkan peraturan yg mewajibkan majikan mendirikan sebuah sekolah di setiap ladang getah yg mempunyai 10 atau lebih kanak-kanak yg berumur 10-12 tahun.  Seelepas 1920-an semakin banyak sekolah tamil didirikan di TM. 1932, British mula memberi bantuan kewangan kpd sekolah tamil. Peringkat pengajian dan Kurikulum  Bahan bacaan dan sukatan pelajaran dibawa masuk dari India dan tidak ada matapelajaran BM mahupun BI. Ketiadaan kemahiran bahasa menyebabkan kesukaran utk melanjutkan pelajaran ke aliran sekolah lain.  Pihak majikan menyediakan menyediakan kemudahan pendidikan hanya bagi mematuhi arahan kerajaan dan selepas itu sekolah tamil di lading hanya bertujuan utk membasmi buta huruf dalam kalangan anak-anak buruh. 4.



Pendidikan Inggeris



 Dibiayai melalui pungutan yuran dan derma drpd badan persendirian dan orang ramai. Tertumpu di Bandar-bandar seperti di Perak dimana sekolah aliran Inggeris dibuka di kawasan perlombongan utama seperti Taiping dan Ipoh.  1930-an anak-anak melayu mula dibenarkan bersekolah di sekolah Inggeris dan mereka perlu belajar selama 2 tahun sebelum memasuki tahun 4 di sekolah Inggeris. Peringkat Pengajian  Kurikulum dibentuk dgn memberi tumpuan kepada pelajaran akademik. Dalam sesetengah matapelajaran, murid-murid hanya didedahkan sejarah keagungan British spt peperangan dan sejarah Eropah. Mereka tidak mempelajari perkara berkaitan masyarakat tempatan. 5.



Sekolah Agama Madrasah



 Kaum Muda berusaha menubuhkan sekolah agama bagi menyaingi sekolah aliran melayu dan inggeris. Madras ad pertama ditubuhkan ialah madrasah al-Iqbal di Singapura tetapi kurang mendapat sambutan. Keseragaman dari segi sukatan dan sistem pendbiran juga tidak ada. Kekurangan ini menyebabkan sekolah madrasah tidak menepati kehendak moden. Penutup  Terdapat pelbagai pembaharuan yang dilakukan oleh pihak British terhadap pendidikan di TM terutamanya di sekolah-sekolah Melayu,, Inggeris, Cina dan Tamil. 2.4 Masyarakat Pelbagai Kaum 2.4 Masyarakat Pelbagai Kaum Soalan 64: Bincangkan faktor-faktor yang membawa masyarakat majmuk di Tanah Melayu pada abad ke-20.



kepada



pembentukan



Pengenalan:  Maksud masyarakat majmuk : Menurut J.S Furnivall – pelbagai kaum mempunyai budaya, agama, bahasa dan adapt resam yang tersendiri. Walaupun berada di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka berasingan. Masyarakat majmuk muncul akibat daripada dasar penjajahan yang menggalakkan penghijrahan mengikut keperluan ekonomi.  Orang Melayu yang asli merupakan penduduk asal tanah Melayu. Kedatangan imigran dari Negara China dan India memenuhi keperluan ekonomi menyebabkan pembentukan tiga kaum utama di Tanah Melayu, iaitu Melayu, Cina dan India. Pembentukan masyarakat majmuk adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang berikut. Isi-isi Penting: 1.



Dasar British



 British menggalakkan kemasukan buruh India dan Cina untuk kepentingan perkembangan sector perladangan dan perlombongan . Kehadiran mereka telah mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu. 2.



Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah.



 Perkembangan pesat perusahaan Bijih Timah telah menyebabkan kemasukan buruh dari china. Perkembangan ekonomi yang pesat dan pertapakan modal asing di Tanah Melayu terutamanya dalam sector perlombongan bijih timah telah menarik Minat orang Cina ke Negara ini. 



Perkembangan pesat perusahaan getah di Tanah Melayu pada awal abad Ke-20 meningkatkan keperluan tenaga buruh. Akibat perkembangan revolusi Perindustrian, permintaan tenaga buruh semakin tinggi dan dasar British Yang menggalakkan kemasukan buruh-buruh India telah menarik minat Mereka ke negara ini. Kegiatan ekonomi yang berbeza antara kaum, iaitu orang Cina bekerja sebagai Pelombong, orang India bekerja sebagai pekerja ladang dan buruh jalan raya Dan jalan kereta api. Manakala orang Melayu kekal sebagai nelayan dan petani



3.



Kawasan penempatan yang berbeza



 seperti orang Cina tinggal di lombong- lombong bijih timah yang kemudiannya berkembang menjadi Bandar seperti ipoh, Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban. Manakala orang India tinggal di kawasan ladang getah yang terpencil daripada orang Cina dan Melayu.  Masyarakat Melayu pula tinggal di kampong-kampung di luar Bandar. Penempatan yang berbeza ini menyebabkan mereka tidak berhubung antara satu sama lain. 4.



Faktor agama



 Setiap kaum mengamalkan agama yang berbeza dan rumah ibadat yang berbeza. Orang Cina dan India membawa bersama agama mereka ke kawasan petempatan baru tersebut.  Mereka juga membina rumah ibbadat di kawasan penempatan mmasing-masing. Orang Melayu beragama Islam , orang India sebahagian besarnya beragama hindu manakala orang Cina pula beragama Budha. 5.



Pendidikan / persekolahan



 Pendidikan juga berbeza mengikut suku kaum. Pendidikan Cina untuk orang Cina , bukubuku dan guru-gurunya juga dibawa dari cina . Kebanyakan sekolah Cina dibina di kawasan perlombongan yang kemudiannya menjadi Bandar.  Sekolah tamil pula dibina untuk anak-anak kaum India yang tinggal di kawasan ladang getah. Buku–buku dan guru-gurunya dibawa dari India. Manakala Pendidikan Melayu hanya untuk orang Melayu. Perbezaan ini telah mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.



6.



Sosio budaya



 Setiap kaum Cina, India dan Melayu mengamalkan cara hidup yang berbeza . Bagi Cina dan India , mereka mengekalkan amalan sosio budaya mereka seperti pakaian, bahasa dan budaya. 



Di samping itu, wujud pertubuhan di petempatan masing-masing yng kegiatannya berdasarkan kepentingan sesuatu kaum. Perkembangan ini menyebabkan masyarakat Cina , India dan Melayu hidup sebagai sebuah masyarakat tersendiri. Kesimpulan:







Pembentukan masyarakat majmuk secara tidak langsung telah mempengaruhi dan mengubah system social di Tanah Melayu yang akhirnya mewujudkan jurang perbezaan antara kaum. Walaupun ketiga-tiga kaum ini tinggal di Negara yang sama tetapi masih mengekalkan identity masing-masing dan mengamalkan tradisi tersendiri tanpa mengasimilasikan budaya antara satu sama lain. Soalan 65: Huraikan sejarah dan faktor-faktor penghijrahan masyarakat Indonesia di tanah melayu pada abad ke-19 hingga ke-20



Pendahuluan:  Masyarakat Indonesia yg berhijrah ke tanah melayu terdiri daripada beberapa komuniti spt jawa, banjar,bugis dan minangkabau. Penghijrahan ini di sebabkan dasar belanda di Indonesia yang bertujuan mengurangkan kepadatan penduduk Indonesia di pulau jawa. Isi-isi penting: 1. kesengsaraan social dan ekonomi penduduk Indonesia  Semasa pemerintahan belanda, pendduk Indonesia dikerah, dipaksa, dan ditindas. Belanda hanya berminat mendapatkan bahan mentah semata2 dan tdk menjaga kebajikan penduduk tempatan. Pelaksanaan system kultur, petani jawa ditindas dan dipaksa menanam tanaman kontan yg diperkenalkan oleh belanda.penanaman padi merupakan tanaman utama diabaikan. Akibatnya drpd 300 000 org mati kebuluran di cheribon pd tahun 1949-1950.  Cukai yg membebankan jga diperkenalkan spt cukai buruh, cukai tanah, cukai harta, cukai kepala, cukai perniagaan dan cukai tol. 2. Sistem sosial dan sifat keperwiraan.  Di minangkabau, system sosial mreka adalah berasaskan adat perpatih yg lebih memihak kepada kaum wanita menyebabkan anak lelaki mreka merantau, mengembara, belayar, dan berniaga mendorong orang bugis menjelajah jauh dri ngeri asal mereka. 3. Kestabilan politik dan perkembangan pesat ekonomi tanah melayu.  Perkembangan pesat di tanah melayu di tanah melayu menyebabkan pada abad ke-19 penduduk Indonesia memainkan peranan penting dalam perlombongan bijih timah. Dengan ini, pengusaha lading getah telah menggunakan orang banjar terutamanya dlm kerja2 menebas dan menggali parit. 4.Undang-undang tanah yg longgar. 



Orang ramai jawa yg berhijrah kejohor akibat dprp dasar pembukaan tanha yg membolehkan mreka menerokai tanah baharu utk dijadikan kwsn pertanian, lading, dan kebun kecil. Disamping itu, tiada cukai yg diperkenalkan terhadap peneroka. Penutup:



 Penghijrahan beramai2 orang Indonesia ke tanah melayu pada akhir abad ke-19 dan ke-20 telah membawa kepada perubahan yg ketara dalam msyarakat tanah melayu. Soalan 66: Huraikan faktor-faktor dan cara-cara penghijrahan masyarakat India di Tanah Melayu pada abad ke-19 hingga ke-20.



Pendahuluan  Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, semakin ramai orang. Kebanyakan mereka golongan pedagang, saudagar dan mubaligh. Namun bilangan mereka tidaklah begitu ramai. Terdapat juga dalam kalangan mereka yang kembali ke India setelah urusan masing-



masing selesai. Manakala yang lainnya terus menetap di Tanah Melayu dan berkahwin dengan wanita tempatan.  Buruh asing India berhijrah secara ramai-ramai ke Tanah Melayu bermula pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, apabila semakin ramai tenaga buruh diperlukan untuk sektor pertanian. Isi-isi Penting 1)



Faktor Penolak



a)



Pertambahan pesat yang berlaku di India telah menimbulkan pelbagai masalah terutamanya kepada masyarakat tani. Tanah yang boleh diusahakan untuk kegiatan pertanian semakin berkurang. Petani yang memiliki tanah pula mula kehilangan tanah kerana terpaksa menjual atau menggadaikannya untuk membayar cukai atau hutang. Petani yang tidak memiliki tanah pula terpaksa memajak tanah daripada tuan tanah yang menyewakannya dengan kadar yang tinggi.



b)



Kesusahan ini ditambah lagi dengan bencana alam yang sering berlaku seperti banjir, kemarau, kebuluran dan merebaknya wabak penyakit.



c)



Sistem sosial di India juga membataskan mobiliti ekonomi dan sosial. Mereka yang berasal daripada kasta rendah tidak berpeluang meningkat ke taraf yang lebih tinggi. Mereka sentiasa dihina dan tidak dapat menikmati hak yang sama dengan golongan yang berasal daripada kasta tinggi.



d)



Keadaan ini diburukkan lagi dengan wujudnya jurang antara mereka yang berpendidikan dengan golongan yang kurang terdidik dan buta huruf yang sebahagian besarnya adalah daripada kasta mereka yang rendah.



e)



Semua masalah ini menimbulkan kesengsaraan hidup dan mendorong mereka berhijrah ke negara lain untuk memulakan kehidupan baru.



2)



Faktor Penarik



a)



Perkembangan pesat perusahaan getah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20 telah meningkatkan keperluan tenaga buruh yang semakin mendesak kerana penduduk tempatan enggan bekerja di ladang getah. Oleh itu, oranh India dibawa masuk untuk bekerja sebagai buruh di ladang getah.



b)



Permintaan terhadap tenaga buruh semakin meningkat kesan tercetusnya Revolusi Pertanian di Eropah. Kuasa Eropah yang inginkan bahan mentah mula menjajah di beberapa kawasan tropika yang sesetengahnya tidak dapat membekalkan tenaga buruh.



c)



Keadaan diburukkan lagi dengan penghapusan amalan menggunakan hamba abdi di tanah jajahan British. Peladang-peladang Eropah yang kehilangan sumber tenaga buruh meminta British mengadakan peraturan baharu untuk mendapat bekalan tenaga buruh yang tetap dari India.



d)



British di Tanah Melayu mengalakkan kemasukan buruh asing dari India kerana mereka sanggup bekerja walaupun dibayar gaji yang sedikit. Selain ladang getah, mereka juga diambil bekerja untuk membina jalan raya dan landasan kereta api. Orang Punjabi



keturunan Sikh dibawa masuk untu menjadi polis dan tentera. Orang Tamil daripada India Selatan yang berpendidikan Inggeris pula diambil untuk menjadi kerani dalam perkhidmatan kerajaan atau bertugas di ladang. 3)



Cara Kemasukan Melalui Sistem Buruh Kontrak



 Pada peringkat awal, kemasukan orang India di Tanah Melayu dikendalikan melalui Sistem Buruh Kontrak yang mula diperkenalkan pada tahun 1820. Buruh dikehendaki mengikat kontrak dengan majikan yang membiayai tambang perjalanan mereka ke Tanah Melayu. Mereka diwajibkan bekerja dengan majikan untuk tempoh yang tertentu, biasanya lima tahun.  Namun sistem ini tidak lama digunakan kerana didapati bersifat menindas. Buruh-buruh yang dibawa masuk diberi layanan buruk dan dipaksa bekerja keras di ladang-ladang. Mereka dibayar upah yang rendah sehingga ada yang jatuh sakit dan tidak mendapat gaji. Pada tahun 1868, sistem ini dihentikan dan digantikan dengan satu sistem lain iaitu Sistem Kangani. 4)



Cara Kemasukan Melalui Sistem Buruh Kangani



 Kangani bermaksud mandur dalam bahasa Tamil. Majikan yang ingin memperoleh buruh dari India dikehendaki menghantar pulang seorang kangani (mandur) ke kampung halamannya untuk mendapatkan pekerja. Kangani itu bertanggungjawab membiayai tambang dan lain-lain perbelanjaan sehingga mereka tiba di ladang majikan masing-masing. Buruh-buruh ini diambil bekerja di bawah jagaan kangani berkenaan. 



Sistem ini berjaya membawa masuk lebih ramai tenaga buruh dari India dan kebanyakannya datang secara berkeluarga. Cara ini memudahkan mereka menyesuaikan diri dengan suasana dan tempat kerja yang baharu. Buruh-buruh ini dikendalikan oleh kangani yang dikenali dan dilayan dengan baik.



 Walaubagaimanapun, Sistem Kangani juga mempunyai kelemahan. Sistem kangani dibayar mengikut jumlah buruh yang diambil dan ini mendorong mereka untuk mengambil seberapa ramai buruh yang ada. Penutup  Selepas kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1930-an, penggunaan tenaga buruh dari India dikurangkan. Pada tahun 1938, Sistem Kangani dihentikan setelah kerajaan India mengenakan sekatan terhadap pengambilan buruh dari negara itu. Bagi mengelakkan beban kewangan yang besar untuk membantu buruh-buruh yang diberhentikan itu, kerajaan British memutuskan untuk menghantar mereka pulang ke negara masing-masing.  Melalui Ordinan Imigrasi dan Ordinan Orang Asing, kerajaan British telah berjaya mengawal kemasukan buruh asing dari negara China dan India ke Tanah Melayu dengan lebih teratur. Soalan 67 : Huraikan faktor-faktor dan cara-cara penghijrahan masyarakat Cina di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pada abad ke-19 hingga ke-20 Pendahuluan



 Masyarakat pelbagai kaum di tanah melayu terdiri daripada tiga kaum terbesar, iaitu orang melayu, cina dan india. Terdapat juga golongan minority seperti kaum peranakan atau kacukan. sebelum pertengahan abad ke-20, hampir semua penduduk di tanah melayu terdiri daripada orang melayu.  Orang cina berasal dari Negara China dan berhijrah ke tanah melayu sejak wujudnya jalinan hubungan antara kerajaan melayu Melaka dengan negara china pada abad ke-15. Pedagang-pedagang cina telah membuka petempatan di Pahang, Kelantan, dan terangganu pada awal abad ke-17. Pada awal abad ke-19, british telah membuka petempatan di pulau pinang dan singapura. Orang cina berkerja sebagai buruh, peniaga, tukang dan melibatka diri dalam pertanian ladang seperti ubi kayu, tebu, dan lada hitam. Kedatangan orang cina pada peringkat awal bertujuan untuk tinggal sementara dan tidak bermaksud untuk menetap dan menjadikan negara ini sebagai tanah air mereka. Kedatangan mereka ke tanah melayu adalah semata-mata dipengaruhi oleh faktor ekonomi. Isi-isi Penting: 1.



Sejarah kemasukan masyarakat cina di Sarawak



 Kemasukan orang cina ke Sarawak berlaku pada pertengahan abad ke-18. Mereka di jemput oleh sultan–sultan melayu untuk mengusahakan lombong emas. Pada mulanya, bilangan orang cina kecil dan tinggal di kawasan seperti pengkalan Tebang. Pelombongpelombong cina di Kalimantan menjalankan kegiatan secara persendirian. Mereka tidak menubuhkan Kongsi.  Bilangan orang cina telah meningkat dari 45 000 orang pada tahun 1908 kepada 229 154 orang pada tahun 1960. Kemasukan oranfg cina berketurunan Foochow dari selatan China pada abad ke-20 dikendalikan oleh Wong Nai Siong , ketua Foochow di sibu. Seramai lebih kurang 570 orang imigran Foochow telah dibawa masuk ke Sarawak antara bulan januari hingga mac 1901. Orang cina Foochow ini mengusahakan ladang lada hitam dan gambir. 2.



Sejarah kemasukan masyarakat cina sabah



 Orang cina mula memasuki sabah semasa pemerintahan syarikat borneo utara british (SBUB). Untuk menggalakkan penglibatan orang cina dalam penanaman getah, tembakau, pembalakan, perdagangan, dan perlombongan, SBUB telah mengeluarkan pas kepada mereka.  Petempatan orang cina berkembang sehingga munculnya Bandar Sandakan, kota kinabalu, tawau, dan kudat. 5) 



Faktor Penolak kepada kemasukan masyarakat Cina Pertambahan pesat yang berlaku di China telah menimbulkan pelbagai masalah terutamanya kepada masyarakat tani. Tanah yang boleh diusahakan untuk kegiatan pertanian semakin berkurang. Petani yang memiliki tanah pula mula kehilangan tanah kerana terpaksa menjual atau menggadaikannya untuk membayar cukai atau hutang.



 Petani yang tidak memiliki tanah pula terpaksa memajak tanah daripada tuan tanah yang menyewakannya dengan kadar yang tinggi. Kesusahan ini ditambah lagi dengan bencana



alam yang sering berlaku seperti banjir, kemarau, kebuluran dan merebaknya wabak penyakit.  Keadaan ini diburukkan lagi dengan wujudnya jurang antara mereka yang berpendidikan dengan golongan yang kurang terdidik dan buta huruf yang sebahagian besarnya adalah daripada kasta mereka yang rendah. Semua masalah ini menimbulkan kesengsaraan hidup dan mendorong mereka berhijrah ke negara lain untuk memulakan kehidupan baru. 6)



Faktor Penarik



 Perkembangan pesat perusahaan getah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20 telah meningkatkan keperluan tenaga buruh yang semakin mendesak kerana penduduk tempatan enggan bekerja di lombong-lombong  Permintaan terhadap tenaga buruh semakin meningkat kesan tercetusnya Revolusi Perindutrian di Eropah. Kuasa Eropah yang inginkan bahan mentah mula menjajah di beberapa kawasan tropika yang sesetengahnya tidak dapat membekalkan tenaga buruh.  Keadaan diburukkan lagi dengan penghapusan amalan menggunakan hamba abdi di tanah jajahan British. 



3. a)



Peladang-peladang Eropah yang kehilangan sumber tenaga buruh meminta British mengadakan peraturan baharu untuk mendapat bekalan tenaga buruh yang tetap dari China. Cara-cara kemasukan orang Cina Melalui ejen atau sistem tiket kredit



 Orang cina datang melalui seorang ejen yang dikenali sebagai Kheh-thau. Ejen ini akan membayar tambang pelayaran mereka dan mengikat mereka dengtan satu perjanjian untuk bekerja dengan mereka pada satu tempoh masa sehingga hutang tambang pelayaran mereka dijelaskan.  Apabila sampai ke destinasi, buruh-buruh cina ini akan dijual pada majikan seperti pengusaha lombong atau ladang dengan harga $10 seorang. Mereka dikenali sebagai Sin Kheh. Mereka dikehendaki berkhidmat dengan majikan sehingga hutang tambang mereka selesai dibayar. Selesai menjelaskan hutang tersebut, mereka yang kini dikenali sebagai Lau khek bebas berkhidmat dengan sesiapa yang mereka suka.  Pada bulan mac 1872,jawatan pegawai pelindung buruh dari china telah diwujudkan di tanah melayu bagi mengawasi kemasukan buruh dan imigran dari china. b)



Sistem pengambilan kakitangan



 Dalam sistem ini, majikan di tanah melayu telah menghantar pegawainya sendiri ke negara china untuk mendapatkan buruh. Majikan akan menyediakan segala keperluaan seperti tambangkepada bakal buruhnya.  Pegawai yang Berjaya mendapatkan buruh akan menguruskan buruh tersebut sehingga sampai ke tempat majikan atau ke tempat kerja.



c)



Sistem pengambilan rumah kongsi



 Dalam sistem ini, pegawai di negara china yang di lantik oleh sebuah rumah kongsi di tanah melayu akan menguruskan kemasukan buruh ke tanah melayu. Pegawai yang mengendalikan buruh akan menyediakan segala keperluan buruh termasuk tambang dan perbelanjaan.  Setelah menyerahkan buruh tersebut kepada rumah kongsi, mereka di bayar wang dalam kadar yang telah di tetapkan oleh rumah kongsi. d)



Cara kemasukan orang cina adalah melalui tajaan oleh Charles Brooke



 melalui syarikatnya yang beribu pejabat di Singapura. Di Sarawak, kemasukan orang cina berketurunan Foochow dilakukan secara berkumpulan kerana wujud persetujuan antara ketua Foochow di sibu, iaitu Wong Nai Siong dengan Charles Brooke. Kesannya, lebih kurang 570 orang imigran Foochow telah dibawa masuk ke Sarawak antara bulan januari hingga mac 1901. Penutup  Terdapat pelbagai faktor dan cara kemasukan masyarakat Cina di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak melalui beberapa sistem yang telah digunakan yang telah menjadikan masyarakat pelbagai kaum telah terbentuk yang terdiri daripada tiga kaum terbesar, iaitu orang melayu, cina dan india. Soalan 68: Huraikan perubahan kependudukan dan sebab-sebab kemajmukan masyarakat di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Pendahuluan  Masyarakat pelbagai kaum di Tanah Melayu (TM) terdiri daripada tiga kaum terbesar, iaitu orang Melayu, Cina, dan India. Terdapat juga golongan minoriti seperti kaum peranakan atau kacukan. Sebelum pertengahan abad ke-20, hampir semua penduduk di TM terdiri daripada orang Melayu. Walaubagaimanapun terdapat sebilangan kecil kaum Cina dan India di Kelantan, Melaka, Terengganu dan Seberang Perai.  Penghijrahan beramai-ramai orang Cina, India, dan Indonesia ke TM pada akhir abad ke-19 dan abad ke-20 telah membawa perubahan ketara dalam masyarakat TM. Di Sabah dan Sarawak, masyarakat pelbagai kaumnya terdiri daripada orang Melayu, Cina dan kumpulan etnik. Hal ini menyebabkan berlakunya perubahan kependudukan di TM. Kemajmukan masyarakat di TM juga telah didorong oleh beberapa faktor. Isi-isi Penting: 1)



Perubahan kependudukan



a)



Jumlah penduduk



 Penghijrahan penduduk ke TM telah menyebabkan berlakunya perubahan kependudukan dari segi jumlah penduduk. Orang Indonesia yang berhijrah ke TM seperti masyarakat Jawa, Minangkabau, Bugis, Banjar dan sebagainya telah menambahkan bilangan orang Melayu di TM.



 Tahun 1870, jumlah orang Melayu hanya 500 000 sahaja. Tetapi menjelang tahun 1921, jumlah ini telah meningkat sehingga 3 juta orang. Dengan kemasukan orang Cina dan India, orang melayu tidak lagi menjadi kaum yang terbesar. b)



Jenis penduduk



 Penduduk Melayu merupakan penduduk tetap dan peribumi. Tidak terdapat sebarang sikap perkauman dan permusuhan dalam kalangan bangsa Melayu. Keadaan ini telah berubah dengan drastiknya berikutan munculnya dua kaum besar, iaitu Cina dan India.  Tahun 1921, hampir setengah daripada penduduk di TM merupakan penduduk tidak tetap. c)



Nisbah jantina



 Penduduk melayu pada pertengahan abad ke-19 mempunyai nisbah jantina yang seimbang. Bilangan kaum lelaki Cina dan India masing-masing jauh melebihi jumlah wanita.  Tahun 1901, bagi setiap seribu orang lelaki India, bilangan wanita India hanya 171 orang, tahun 1911 pula 308 orang dan tahun 1921 meningkat sehingg 40 orang. 2)



Sebab-sebab kemajmukan masyarakat



a)



Amalan budaya yang berbeza



 Orang Cina tertumpu di kawasan perlombongan seperti KL, Ipoh, dan Seremban. Hidup mereka berkelompok berdasarkan puak masing-masing. Hubungan sosial dalam kalangan puak-puak cina ini tidak erat. Pergaualan dan interaksi kaum cina dengan masyarakat melayu juga kurang. Orang India pula terdiri daripada beberapa kumpulan etnik yang berbeza seperti Tamil, Malbari, Pelikat, Telegu dan Punjabi. Kelompok ini menggunakan bahasa etnik masing-masing. Mereka juga hidup berasingan daripada kaum cina dan Melayu.  Orang cina dan india terus mengekalkan budaya mereka seperti cara pemakaian dan perayaan. b)



Perbezaan agama



 Penubuhan institusi dan tempat beribadat serta pendidikan menyebabkan masyarakat cina dan india terpisah daripada masyarakat peribumi.  Untuk menjaga kepentingan dan keselamatan mereka di tempat asing, orang cina dan india menubuhkan pelbagai institusi sosial, tempat beribadat dan persatuan tidak rasmi. Kesemua ini mampu melindungi dan mengekalkan identiti etnik masing-masing. c)



Perbezaan dalam fungsi ekonomi



 Orang melayu meneruskan kegiatan ekonomi sara diri dengan bekerja sebagai petani, nelayan dan pegawai rendah di pejabat British. Orang cina hidup di bandar utama dan menjalankan kegiatan ekonomi komersial dengan tumpuan kepada perlombongan dan perdagangan.



 Orang india tertumpu di kawasan ladang getah dan sebilangan kecil bertumpu di bandar sebagai kerani dan buruh di pelabuhan. Fungsi ekonomi yang berbeza antara ketiga-tiga kaum ini secara langsung membawa kepada kewujudan masyarakat majmuk. d)



Perbezaan dalam sistem pendidikan



 Orang cina menubuhkan sekolah mereka sendiri dengan menggunakan bahasa penghantar cina dan matapelajaran yang berteraskan peristiwa yang berlaku di Negara China dan bukanya mengenai hal ehwal setempat. Orang india dari kelompok Tamil menubuhkan sekolah di ladang tempat tinggal mereka dengan menggunakan bahasa penghantar Tamil. Segala mata pelajaran yang diajar berteraskan pengetahuan mengenai negara India.  Pendidikan bagi masyarakat peribumi berteraskan agama islam dan sistem pendidikan tempatan. Penutup  Penghijrahan masyarakat Cina, India dan juga orang Indonesia pada abad ke-19 ke TM telah menyebabkan perubahan kependudukan di TM. Perubahan tersebut meliputi aspek jumlah penduduk, jenis penduduk dan juga nisbah jantina penduduk.  Kependudukan masyarakat Cina dan India di TM secara tidak langsung membawa kepada kewujudan masyarakat majmuk. Kemajmukan masyarakat di TM telah didorong oleh beberepa sebab seperti amalan budaya yang berbeza, perbezaan agama, perbezaan dalam fungsi ekonomi serta perbezaan dalam sistem pendidikan.



3.1 Gerakan Nasionalisme 3.1 Gerakan Nasionalisme Soalan 69: Huraikan Faktor-faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu Pendahuluan  Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air. Nasionalisme tidak hanya terhad kepada pembebasan kuasa politik sahaja, tetapi juga pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan budaya asing.  Gerakan nasionalisme di tanah melayu adalah sama dengan gerakan di negara asia lain (kecuali thailand). Gerakan ini merupakan satu tindak balas terhadap penjajahan asing. Gerakan nasionalisme lazimnya dikaitkan dengan hasrat untuk menegakkan nilai dan institusi-institusi yang dapat mencerminkan konsep negara yang bebas dan berdaulat. Isi-isi penting 1.



Pengaruh Agama Islam



 Peranan agama islam sebagai penggerak kepada gerakan kesedaran orang Melayu tidak boleh dinafikan.Pada awal kurun ke-20, semangat kebangsaan dibangkitkan oleh golongan pelajar yang mendapat pendidikan di Timur Tengah, khususnya di Mesir.Pelajar yang



menuntut di Universwiti Al-Azhar telah terpengaruh dengan idea pemulihan Islam yang dibawa oleh Sayid Jamaluddin Al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Mereka memulakan Gerakan Islah setelah kembali ke Tanah Melayu. Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda.  Idea pembaharuan Kaum Muda itu disebar melalui majalah Al-Imam. Melalui majalah ini orang Melayu mulai sedar akan kepentingan pendidikan dan ekonomi mereka. 2.



Peranan Bahasa dan Kesusasteraan



 Golongan nasionalis di Tanah Melayu menggunakan bahasa dan kesusasteraan, sama ada dalam bentuk cerpen, novel, puisi atau syair untuk membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan orang Melayu.Melalui kesusasteraan penulis berusaha menyedarkan orang Melayu tentang kemunduran dan membangkitkan semangat mereka untuk bersatu padu.  Contohnya, Syed Syeikh al-Hadi dalam novelnya yang terkenal, iaitu Hikayat Faridah Hanum memperjuangkan emansipasi wanita. Selain itu, Ishak Haji Muhammad dalam cerpennya, iaitu Rumah Besar Tiang Seribu dan juga melalui novel beliau, iaitu Putera Gunung Tahan. Hal ini kerana, sikap anti-penjajahan Ishak Haji Muhammad dapat di lihat melalui penceritaan beliau tentang kelemahan pemimpin Melayu dan ketidakjujuran British dalam pemerintahandi negeri-negeri Melayu. 3.



Pengaruh Kewartawanan



 Pada tahun 1990-an dan 1930-an, bilangan akhbar dan majalah semakin bertambah kerana masyarakat Melayu sedar akan kepentingan media cetak sebagai alat pembuka fikiran.Melalui majalah Al-Imam, Kaum Muda menjelaskan perjuangan mereka.  Antara akhbar dan majalah Melayu yang membincangkan gerakan politk orang Melayu ialah Idaran Zaman, Saudara, Warta Malaya, dan Majlis. Semua akhbar ini memperdebatkan soal penubuhan persatuan Melayu, dasar desentralisasi, dan Malayan Union.Majlis merupakan akhbar kebangsaan yang pertama memeinkan peranan penting dalam membangkitkan kesedaran dan mendesak orang Melayu agar bergiat cergas dalam pergerakan politik. 4.



Peranan Pendidikan



 Perkembangan pendidikan telah melahirkan golongan intektual yang memainkan Melayu pada awal abad ke-20. Sistem pendidikan agama, Sistem pendidikan ini dikenali sebagai sistem pondok. Pondok memainkan peranan penting sebagai pusat pendidikan dalam kalangan masyarat Melayu.Selepas tamat pengajian di pondok, ramai orang akan melanjutkan pendidikan ke Timur Tengah, sama ada di Makkah atau di Mesir.Semasa di Timur Tengah mereka dipengaruhi oleh Gerakan Reformis Islam yang dianjurkan oleh Syeikh Muhammad Abduh, pensyarah Universiti Al-Azhar.  Sistem pendidikan Inggeris. Perkembangan sistem pendidikan Inggeris di Tanah Melayu dan Singapura telah melahirkan golongan intelektual berpendidikan Inggeris.Mereka yang berada di Singapura mendapat pendidikan Inggeris khasnya di Raffles Instituation.Antara tokoh yang mendapat pendidikan Inggeris ialah Raja Chulan dan Mohammad Eunos Abdullah. Beliau merupakan ahli majlis mesyuarat Negeri-negeri selat dan Raja Chulan merupakan ahli Majlis Perundangan Persekutuan. Mereka menngunakan peluang yang ada



dalam sistem pentadbiran dan perundangan untuk menuntut hak orang Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan, dan pentadbiran.  Sistem pendidikan Melayu. Pada abad ke-20, sekolah Melayu di Tanah Melayu mula berkembang dan menyebabkan kekurangan tenaga pengajar. Untuk memenuhi kekurangan ini pihak British telah menubuhkan Maktab Perguruaan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1922.MPSI telah menjadi tempat perkumpulan dan pertemuan golongan intelektual Melayu. Pergaulan dan perbincangan mereka telah membangkitkan kesedaran ingin memajukan dan memperbaiki nasib orang Melayu.Pensyarah-pensyarah di MPSI telah menyemarakkan semangat dan keazaman ini 5.



Peranan Golongan Intelektual i.



Golongan intelektual berpendidikan Timur Tengah



 Al-Imam yang mula-mula sekali meniupkan seruan dakwa Islamiadi Tanah Melayu tidak mungkin muncul tanpa sokongan serta idea tokoh yang mempelopori Gerakan Isla. Golongan intelektual ini yakin bahawa umat Islam masih boleh diselamatkan sekiranya diberipetunjuk pada hakikat ajaran Islam yang sebenar berdasarkan apa yang termaktub dalam al Quran dan Hadis.  Kaum Muda menggesa mengwujudkan sistem pendidikan agama yang lebih liberal dengan memasukan bahasa Inggeris dan mata pelajaran moden di samping bahasa Arab. Gerakan Isla oleh Kaum Muda hanya dapat berkembang di Negeri-negeri Selat kerana undangundang dikeluakan di Negeri-negeri Melayu untuk menghalang pengaruh Kaum Muda.  Pada pertengahan abad ke -20, perjuangan golongan ini semakin pudar. Perjuangan nasionalisme telah diambil alih oleh golongan inteleliktual berpendidikan Inggeris danMelayu. ii.



Golongan Intelektual Berpendidikan Inggeris



 Golongan Intelektual Berpendidikan Inggeris muncul apabila orang Melayu bimbang penguasaan ekonomi olah bangsa asing. Golongan ini bersikap sederhana dan sanggup berkerjasama dengan penjajah. 



Sebagai langkah ke arah kesedaran tentang perlunya orang Melayu bersatu mempertahankan hak-hak mereka, Mohammad Eunos Abdullah menubuhkan Kesatuan Melayu Singgapura(KMS). iii.



Golongan Intelektual Berpendidikan Melayu



 Golongan ini lebih redikal jika dibandingkan dengan golongan berpendidikan Timur Tengah dan Inggeris. Kewujudan golongan redikal ini telah menyebabkan perjuangan orang Melayu antara tahun 1937-1941 berubah corak daripada sederhana kepada berunsur politik dan agresif.  Golongan ini menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menydarkan bangsa Melayu. Golongan ini berkerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua dengan harapan Jepun dapat membebaskan tanah air mereka dari penjajahan British. Penutup



 Menjelang awal abad ke-20, berlaku berpendudukan di Tanah Melayu, iaitu penghijraan beramai-ramai imigran Cina dan India akibat perkembanganekonomi Tanah Melayu yang pesat.  Pada masa yang sama, beberapa peristiwa yang berlaku di dunia turut membangkitkan kesedaran bangsa Melayu tentang kemunduran mereka. Soalan 70: Bincangkan peranan pendidikan dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu Pendahuluan:  Perkembangan pendidikan sama ada di dalam atau luar Negara telah melahirkan golongan intelektual yang memainkan peranan penting dalam membangkitkan gerakan nasionalisme Melayu di Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Isi-isi penting: 1.Sistem pendidikan agama  Sistem pendidikan masyarakat Melayu yang terpenting ialah sisitem pendidikan Islam.sistem ini juga dikenali sebagai sistem pondok. Pondok memainkan peranan sebagai pusat pendidikan dalam kalangan masyarakat Melayu. Selepas tamat pengajian di pondok,ramai orang Melayu akan melanjutkan pendidikan ke Timur Tengah,sama ada di Mekah atau di Mesir.  Semasa di Timur Tengah,mereka akan dipengaruhi oleh Gerakan Reformis Islam yang dianjurkan oleh Syeikh Muhammad Abduh,pensyarah di Universiti Al-Azhar.apabila mereka kembali ke Tanah Melayu,mereka ingin melihat pemulihan dalam agama Islam dengan perjuangan melalui akbar dan majalah. 2.Sistem pendidikan Inggeris  Perkembangan sistem pendidikan Inggeris di Tanah Melayu dan Singapura telah melahirkan golongan intelektual berpendidikan Inggeris.Golongan berpendidikan Inggeris mendapat pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar.mereka yang berada di Singapura mendapat pendidikan Inggeris khasnya di Raffles Institution. 3.Sistem pendidikan Melayu  Pada awal abad ke-20,sekolah Melayu di Tanah Melayu mula berkembang. namun, kekurangan dalam jumlah tanaga pengajar.kerana itu, pihak British telah menubuhkan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1922. MPSI menjadi tempat perkumpulan dan pertemuan golongan intelektual Melayu.  Pensyarah-pensyarah di MPSI telah menyemarakkan semangat dan keazaman ini. mereka terdiri daripada guru-guru melayu yang memainkan peranan sebagai pemimpin masyarakat dan berganding bahu dengan golongan cerdik pandai agama demi menyumbangkan tenaga dan fikiran untuk memajukan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Penutup:



 Golongan intelektual yang mendapat pendidikan agama,Melayu,dan Inggeris menerajui kepimpinan dan bertindak sebagai egen perubahan. Soalan 71: Bincangkan peranan golongan intelektual dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Pendahuluan:  Nasionalisme merupakan perasaan cintakan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air. Gerakan ini merupakan satu tindak balas terhadap penjajahan asing dengan menegakkan nilai dan institusi-institusi yang dapat mencerminkan konsep negara yang bebas dan berdaulat. 



Golongan intelektual merupakan golongan yang membekalkan kepimpinan untuk mewujudkan satu gerakan kebangsaan di Tanah Melayu. Isi-isi penting:



1.



Golongan intelektual berpendidikan di Timur Tengah



 Antara golongan intelektual yang memainkan peranan penting dalam membangkitkan nasionalisme di Tanah Melayu ialah golongan intelektual berpendidikan di Timur Tengah.  Golongan ini terdiri daripada Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin dan Syeikh Muhammad Salim Al-Kalali. Perjuangan golongan ini adalah melalui majalah Al-Iman iaitu Kaum Muda. Golongan ini yakin bahawa umat Islam masih boleh diselamatkan sekiranya deberi petunjuk kepada hakikat dan ajaran Islam yang sebenar. 2.



Kaum Muda



 Kaum Muda menubuhkan beberapa buah madrasah untuk mewujudkan sistem pendidikan agama yang lebih liberal dengan memasukkan bahasa Inggeris dan mata pelajaran moden di samping bahasa Arab.  Walau bagaimanapun, idea pembaharuan yang dilakukan oleh Kaum Muda mendapat tentangan daripada Kaum Tua. 3.



Golongan intelektual berpendidikan Inggeris



 Golongan intelektual berpendidikan Inggeris merupakan perjuangan yang muncul apabila orang Melayu bimbang penguasaan ekonomi oleh bangsa asing. Golongan ini juga merupakan golongan yang bersikap sederhana dan sanggup bekerjasama dengan pihak penjajah.  Antara golongan intelektual berpendidikan Inggeris ialah Raja Chulan, Dato’ Abdullah bin Haji Dahlan, Dato’ Onn bin Jaafar, dan Mohammad Eunos bin Abdullah. Kesatuan Melayu Singapura yang ditubuhkan oleh Mohammad Eunos bin Abdullah bertujuan untuk memajukan orang Melayu dalam sistem pendidikan dan bidang politik. 4.



Golongan intelektual berpendidikan Melayu



 Golongan intelektual berpendidikan Melayu menyebabkan perjuangan orang Melayu antara tahun 1937 hingga 1941 yang berunsurkan politik dan agresif. Ibrahim Haji Yaakob



menubuhkan Belia Malaya pada tahun 1930 bagi meningkatkan taraf hidup orang Melayu dan menentang penjajahan British.  Harun Aminurrashid membangkitkan kesedaran kebangsaan melalui penulisan puisi. Manakala, Harun Hadi Hassan merupakan pensyarah MPSI sentiasa menanamkan semangat nasionalisme kepada pelajarnya. Penutup: 



Kesimpulannya, usaha tokoh-tokoh nasionalis ini menimbulkan kesedaran untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British.







Mereka berganding bahu bersama bagi menyumbangkan tenaga dan fikiran untuk memajukan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Soalan 72: Bincangkan peranan pengaruh luar dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Pendahuluan:



 Gerakan nasionalisme di Tanah Melayu merupakan tindak balas terhadap penjajahan asing dengan hasrat untuk menegakkan perasaan cintakan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air daripada penjajahan asing.  Gerakan nasionalisme di Tanah Melayu bermula pada abad ke-20 disebabkan British telah memperkenalkan pelbagai perubahan dalam sistem politik, ekonomi dan sosial. Isi-Isi Penting: 1.



Golongan yang menganjurkan Gerakan Islah.



 Golongan kesedaran Melayu dipelopori oleh golongan yang menganjurkan gerakan Islah Islamiah dari Timur Tengah pada tahun 1906.  Gerakan Islah Islamiah memperjuangkan Konsep Pan-Islamisme, iaitu satu gerakan menyatukan semua umat Islam di seluruh dunia dalam penentangan mereka terhadap perluasan Barat. Gerakan ini juga mendesak umat Islam supaya kembali kepada ajaran alQuran dan hadis. 2.



Gerakan Pan-Islamisme



 Gerakan Pan-Islamisme diperkenalkan oleh Sultan Turki yang dianggap sebagaii Khalifah sangat dihormati oleh seluruh dunia Islam. Pada tahun 1876 hingga 1909, Sultan Abdul Hamid merupakan penyokong kuat gerakan Pan-Islamisme.  Gerakan ini merebak di kebanyakan negara Islam termasuk Tanah Melayu. Dunia Islam diseru supaya bersatu-padu di bawah satu naungan empayar Turki Uthmaniyah untuk menyekat perluasan kuasa Barat. 3. 



Gerakan Turki Muda Gerakan Turki Muda di bawah pimpinan Mustapha Kamal Attaturk. Gerakan ini mempengaruhi golongan intelektual di Tanah Melayu yang menganggapnya sebagai satu



gerakan nasionalisme Islam yang berjaya mengatasi kelemahan dan kemunduran rakyat Turki.  Di Tanah Melayu, pengaruh gerakan Turki Muda ini tersebar dalam bidang politik pada tahun 1930. 4.



Pengaruh dari Indonesia



 Pengaruh dari Indonesia mempunyai impak yang sangat besar kepada orang Melayu. Hal ini kerana, golongan intelektual di Tanah Melayu telah membaca akhbar dan majalah dari Indonesia. Sarekat Islam di Indonesia yang diketuai oleh Sayid Muhammad yang berasal dari Johor meluaskan pengaruh di Tanah Melayu.  Parti Komunis Indonesia dan Parti Nasional Indonesia telah berjaya mempengaruhi golongan nasionalis Tanah Melayu. 5.



Pengaruh dari negara lain



 Pengaruh dari negara lain seperti India dan China masuk ke Tanah Melayu. Pengaruh ini bertujuan membebaskan India daripada penjajahan British.  Manakala, perkembangan di China seperti Revolusi China berjaya menggulingkan kerajaan Manchu telah membangkitkan kesedaran di Tanah Melayu. Penutup:  Kesimpulannya, pengaruh luar dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu memainkan peranan penting dalam membangkitkan kesedaran dalam aspek ekonomi, sosial dan politik dalam kalangan orang Melayu. Soalan 73: Huraikan gerakan Islah di tanah melayu pada abad ke-20 Pendahuluan  Pembaharuan yang diperkenalkan oleh British telah membangkitkan kesedaran politik dalam kalangan orang melayu.  Pada tahun 1900-1920, golongan intelektual berpendidikan Timur tengah memainkan peranan penting dalam gerakan kebangsaan di Tanah melayu. Dengan itu, Golongan ini dikenali sebagai kaum muda. Isi-isi penting a)



Tujuan perjuanan kaum muda ialah memajukam kaum melayu melalui ajaran islam sebenar, membebaskan islam daripada ajaran kuno, menyeru orang melayumenggunakan akal dalam mengamalkan agama mereka, dan menyedarkan orang melayu tentang kemunduran ekonomi dan social mereka.



b)



Tokoh yang memainkan peranan penting ialah Sheikh Tahir Jalaludin, Syed Sheikh alHadi,Haji Abbas bin Muhammad Taha dan Sheikh Muhammad Salim al- kalali. Golongan ini dipengaruhi oleh Gerakan Reformis islam ditimur tengah yang memerjuangkan konsep PanIslamismedan membebaskan agama islam daripada kepercayaan kuno.



c)



Perjuangan kaum muda disalurkan melalui akhbar dan majala seperti al-imam, Neracha, Idaran zaman, dan Pengasuh. Tujuan al-imam ialah mengingatkan mana yang lalai dan manjaga mana yang tidur dan menunjukkan mana yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru kepada kebajikan.



d)



Demi mencapai kemajuan dalam bidang Sosial dan ekonomi, Kaum muda memerjuangkan beberapa pembaharuan seperti: Agama diajar dengan menggunakan akal fikiran, Kebebasan wanita dalam bidang pendidikan dan social, Sistem agama yang lebih liberal yang meliputi pengajaran bahasa inggeris dan mata pelajaran moden.



e)



Kaum muda mendirikan beberapa madrasah untuk menyalurkan idea perjuangan mereka. Contohnya, Madrasah Al- Masyhur al- islamiah dan Madrasah II-Ihya Assyariff. Kaum muda ditentang oleh kaum tua melalui majala seperti Suara benar dan Lidah benar. Selepas tahun 1920-an, pengaruh kaum muda semakin pudar.Kepimpinan gerakan kebangsaan diambil ahli oleh golongan intelektual yang lebih radikal. Kaum muda gagal mewujudkan satu gerakan massa dalam kalangan orang melayu. Penutup



 Walaupun kaum muda gagal mengekalkan kepimpinan gerakan kebangsaan pada tahun 1920-an, namun kaum muda memainkan peranan penting dalam membangkitkan kesedaran social dan politikdalam kalangan orang melayu. Perjuangan kaum muda menjadi pelopor kepada gerakan kebangsaan seterusnya. Soalan 74: Huraikan gerakan persatuan dan kelab di negeri-negeri Melayu pada abad ke-20 Pendahuluan  Gerakan islah, kelab, kesatuan seperti Kesatuan Melayu Singapura, Persatuan negeri memainkan peranan sangat penting dalam gerakan memberikan kesedaran kebangsaan dalam kalangan oarng melayu. Gerakan islah, kelab dan persatuan memperjuangkan isu berkaitan dengan agama, ekonomi, dan politik  Perjuangan melalui kelab dan persatuan lebih berorganisasikan dan teratur. Hanya pada tahun 1938 , perjuangan berubah menjadi radikal dengan penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) Isi-isi Penting: 1.



Gerakan Islah



 Gerakan islah ialah satu gerakan yang menyeru masyarakat melayu supaya membetulkan pandangan mereka terhadap islam. Pendorong gerakan ini di tanah melayu ialah , Syed Syeikh al-hadi , Syeikh Tahir Jalaludin , Haji Abbas bin Mohd. Golongan ini mengelar diri mereka sebagai Kaum Muda . Mereka berpendidikan agama dari timur tengah.  Mereka menerima pengaruh dari gerakan reformis islam yang diketuai oleh Syed Jamaludin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Saluran gerakan islah Melalui akhbar dan majalah seperi Al imam , neracha , edaran zaman dan pengasuh. Serta melalui masjid dan



madrasah (kaum muda mengadakan ceramah dan perbincangan agama di masjid dan madrasah)



2.



Perjuangan Kaum muda



 Menjana ajaran islam dari sudut kemajuan dunia dan menyeru orang melayu berpengang pada al-Quraan dan hadis.orang melayu juga dinasihati mengetepikan amalan-amalan khurafat yang dilarang dalam agama islam. Menyematkan sikap menkritik penjajah ke dalam fikiran orang islam terutamanya bangsa Melayu.  Dari segi pendidikan , kaum muda amat mementingkan soal pendidikan bagi memajukan orang melayu . bagi mereka pendidikan merupakan kunci kepada kemajuan. Kaum Muda menkritik raja dan pembesar melayu yang tidak memelihara kepentingan orang melayu. 3.



Kesatuan Melayu Singapura (KMS)



 Ditubuhan di Singapura pada tahun 1926. Pengasas ialah , Muhammad Eunus Abdullah dan Tengku Abdul Kadir. KMS bertujuan menyedarkan orang melayu tentang kepentingan pendidikan peringkat tinggi. Bertujuan menyedarkan orang melayu tentang kepentingan pendidikan peringkat tinggi.  Mengingatkan kaum melayu tentang kesan penjajahan British. Menyedarkan orang melayu tentang kepentingan melibatkan diri dalam politik dan Memajukan sosiekonomi orang Melayu 4.



Kesatuan Melayu Muda (KMM)



 Ditubuhkan pada tahun 1939 yang dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob iaitu wartawan akhbar Majlis di Kuala Lumpur. Penubuhannya lebih bersifat radikal. Nama KMM diilhamkan oleh sultan Djenain iaitu , pelarian politik dari Indonesia. 



Objektif KMM mewujudkan perpaduan dalam kalangan pemuda melayu di seluruh semenanjung dan untuk meningkatkan taraf pendidikan orang melayu. KMM berkerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua untuk menghalau british dari tanah melayu



Penutup  Gerakan persatuan dan kelab di negeri – negeri melayu banyak membangkitkan semangat Nasionallisme dalam kalangan pemikiran orang melayu untuk bangkit menentang penjajah. 



Sebagai contoh geraka Islah yang menyeru orang melayu untuk memperbetulkan pandangan mereka terhadap islam. Soalan 75: Jelaskan persatuan-persatuan bercorak politik yang ditubuhkan sebelum Perang Dunia Kedua. Pendahuluan



 Kesedaran untuk membentuk persatuan bermula pada akhir abad ke 19. Tumpuan diberikan kepada aspek kebajikan, sosial , pelajaran dan sukan kerana ketika itu minat kearah politik dan perjuangan kebangsaan masih belum wujud. Kesedaran awal untuk



membentuk persatuan yang bertujuan meningkatkan tahap sosial dan ekonomi rakyat tempatan timbul sekitar tahun 1927 – 1936.  Terdapat beberapa persatuan bercorak politik yang ditubuhkan sebelum Perang Dunia Kedua. Isi-isi Penting: A.



Kesatuan Melayu Singapura ( KMS )  Ditubuhkan di Singapura pada tahun 1926 oleh Mohamad Eunos Abdullah bersama Tengku Abdul Kadir , Imam Haji Mohd Yusof dan Emboh Suloh. Merupakan pertubuhan awal orang Melayu yang bercorak separa politik. Menjurus kearah nasionalisme walaupun perkembangan semangat kebangsaan ketika itu belum begitu mendalam dan kegiatannya berkisar di Singapura.  Memberi tumpuan untuk mewujudkan kerjasama dan perpaduan di kalangan orang Melayu serta membaiki kedudukan sosio-ekonomi mereka. Matlamat penubuhan KMS, menggalakkan penglibatan orang Melayu dalam bidang politik, pentadbiran dan urusan umum, Memperjuangkan kemajuan orang Melayu dalam pelbagai bidang serta mewakili suara dan tuntutan mereka terhadap kerajaan dan Menggalakkan orang Melayu yang berpendidikan tinggi membantu kerajaan untuk memberi pelajaran kepada anak-anak Melayu.  Sebuah pertubuhan bersifat sederhana - memberi kerjasama kepada British. Satu hasil perjuangan KMS ialah berjaya memperolehi tanah seluas 620 ekar pada 1928 daripada kerajaan British untuk menubuhkan sebuah petempatan khas bagi orang Melayu di Singapura – dikenali sebagai Kg Melayu. Memberi ilham kepada pemimpin Melayu negeri lain untuk menggunakan persatuan sebagai alat untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu. Mendorong kepada penubuhan beberapa buah cawangan di Tanah Melayu. B.



Pertumbuhan Persatuan-persatuan Negeri



 Penubuhan kesatuan sebagai cara untuk menjaga dan memajukan kepentingan orang Melayu semakin diberi perhatian. September 1937 pemimpin-pemimpin KMS mengadakan perjumpaan di Melaka – membawa kepada penubuhan cawangan KMS di negeri itu, diikuti cawangan KMS di Pulau Pinang. Perkembangan ini membawa kepada kemunculan beberapa buah persatuan Melayu di Perak, Pahang , Selangor, Negeri Sembilan dan Kelantan.  Penubuhan di peringkat negeri bertujuan membaiki kedudukan orang Melayu dari segi ekonomi dan sosial. Pemimpin persatuan terdiri daripada golongan istana dan elit. Persatuan Melayu Negeri yang diterahui oleh golongan istana cenderung untuk menyokong pemerintahan British. Kesatuan Melayu yang bercorak politik masih bersifat kenegerian kerana wujudnya perasaan cemburu dan semangat kenegerian yang tebal.  1930 Majalah Pengasuh mencadangkan supaya ditubuhkan persatuan bersifat kebangsaan yang dinamakan Persatuan Melayu Semenanjung – tiada sambutan. Akhbar Saudara memperuntukan satu ruangan iaitu Sahabat Pena untuk membolehkan penulis baru dari pelbagai negeri berinteraksi dan menghasilkan karya. April 1934 PASPAM diasaskan oleh akhbar Saudara untuk memajukan minat orang Melayu dalam semua lapangan kehidupan –



menjadi sebuah pertubuhan yang berjaya melangkaui sempanan negeri dan bergiat di peringkat kebangsaan. C.



Kesatuan Melayu Muda ( KMM )



 Perjuangan bercorak politik di Tanah Melayu mulai ketara akhir 1930an. Ogos 1938 golongan nasionalis berpendidikan Melayu dipengaruhi oleh gerakan nasionalis Indonesia menubuhkan parti politik yang dikenali sebagai KMM di Kuala Lumpur - diketuai oleh Ibrahim Haji Yaacob. Antara pemimpin utama ialah Onan Haji Siraj, Ahmad Boestaman, Ishak Haji Muhammad dll  Merupakan pertubuhan politik bersifat radikal pertama di Tanah Melayu – menganuti Fahaman aliran kiri dan enggan bekerjasama dengan kerajaan British. Tujuan penubuhan KMM; mengabungkan semua orang Melayu tanpa mengira negeri asal untuk mempertahankan, melindungi dan memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa Melayu, Menghindarkan orang Melayu dari ditindas oleh kaum lain dan Memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu, seterusnya bergabung dengan Indonesia untuk mewujudkan Indonesia Raya.  Menggunakan akhbar Warta Malaya dan Majlis untuk menyalurkan pandangan dan Menyebarkan dasar perjuangan. Menubuhkan beberapa cawangan di seluruh Tanah Melayu dengan dipelopori oleh Pelajar MPSI. Tidak berjaya menarik banyak sokongan dari kalangan golongan bawahan dan birokrat Melayu berpendidikan Inggeris. Kesimpulan  Penubuhan persatuan-persatuan bercorak politik sebelum Perang Dunia Kedua telah berjaya membangkitkan kesedaran kebangsaan di Tanah Melayu.  Selepas Perang Dunia Kedua lebih banyak persatuan dan kelab ditubuhkan – pertubuhan didorong oleh perubahan cara hidup.



Soalan 76: Huraikan matlamat perjuangan Kaum Muda di Tanah Melayu serta kaedah perjuangan mereka. Pengenalan  Nasionalisme di Tanah Melayu bermula awal kurun ke 20. Pada peringkat awal gerakan ini dipelopori oleh golongan berpendidikan agama/ Arab.  Mereka menyebarkan idea reformasi dari Timur Tengah ke Tanah Melayu. Isi-isi Penting: 1.



Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda  Tokoh utama ialah Syed Sheikh Al- Hadi, Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Haji Abbas Muhammad Taha. Mendapat pendidikan di Timur Tengah  Menjadi pelopor kepada gerakan pemulihan Islam iaitu pengamalan ajaran Islam sebenar.



2.



Matlamat perjuangan i.



Meningkatkan kemajuan orang Melayu yang beragama Islam  menuntut ilmu pengetahuan keduniaan dan akhirat. menceburi bidang perniagaan walau pun secara kecil-kecilan kerana Islam menggalakkan perniagaan.  Taraf ekonomi orang Melayu dapat ditingkatkan.



ii.



Menyeru orang Melayu supaya kembali kepada ajaran Islam sebenar.  menentang ajaran kurafat dan bidaah yang menyeleweng daripada ajaran dan akidah Islam sebenar. meninggalkan amalan taklid buta  mengikuti apa yang terkandung dalam al-quran dan hadis.



iii. Emansipasi wanita  meningkatkan taraf wanita. wanita perlu menuntut ilmu untuk memajukan diri sendiri  tinggalkan amalan tradisi ( golongan wanita hanya duduk di dapur )  membebaskan diri dan negara daripada penjajahan  bersatu memajukan diri supaya dapat menentang penjajah. 3.



Kaedah perjuangan Secara langsung  melalui media seperti majalah dan surat khabar cth Al-Iman, Neracha, Idaran Zaman, Saudara.  melalui cerpen dan novel spt Hikayat Faridah Hanum, Hikayat Nurul Ain. Secara Tidak Langsung  Melalui madrasah yang dibina.  Mengajar ilmu dunia dan agama. Idea diterap dalam pengajaran Tentangan daripada Kaum Tua.  Terdiri darpada ulama konservatif. Memusuhi pembaharuan agama dan idea nasionalisme yang dibawa oleh kaum muda. 



Percanggahan pendapat hebat dilakukan dalam khutbah-khutbah jumaat, ceramahceramah agama serta disiarkan dalam akhbar dan majalah. Menerbitkan majalah seperti Pengasoh, Lidah Benar dan Panduan. Kesimpulan



 Memainkan peranan dalam memupuk kesedaran walaupun perjuangan tidak menampakkan kejayaan cemerlang



 Mendapat tentangan daripada Kaum Tua. Soalan 77: Huraikan Gerakan Kesatuan Melayu Muda (KMM) di tanah melayu pada abad ke-20. Pendahuluan.  Kesatuan Melayu muda ialah persatuan berbentuk separa politik yang pertama di tanah melayu dan ditubuhkan pada tahun 1939 yang di pimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob,iaitu wartawan akhbar majlis kuala lumpur. Nama KMM diilhamkan oleh sultan Djenain, iaitu pelarian politik dari Indonesia.  Tujuan penubuhan KMM lebih bersifat politik. Objektif KMM ialah mewujudkan perpaduan dalam kalangan pemuda melayu di seluruh semenanjung, meningkatkan taraf pendidikan orang melayu,menentang penjajahan orang british di tanah melayu,menentang penguasaan ekonomi oleh orang asing,dan menuntut kemerdekaan bersama Indonesia dalam gagasan Indonesia raya. Isi-isi penting 1.



Cawangan KMM didirikan di Perak, Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Walaubagaimanapun, pergerakan KMM sering di awasi oleh pihak british. Pemimpin utama KMM, Ibrahim Yaacob menggunakan akbar rasmi KMM iaitu Warta Malaya untuk membangkitkan semangat nasionalisme melayu dan sentiment anti-british.Cara di salurkan ialah melalui ceramah yang di buat oleh pemimpin utama KMM.



2.



Tindakan radikal KMM menyebabkan british menangkap dan memenjarakan pemimpinpemimpin KMM seperti Ibrahim Yaacob dan Ishak Haji Muhammad. Secara keseluruhannya KMM gagal mendapat sokongan meluas kerana ,keradikalan KMM dan perjuangan penyatuan dengan Indonesia,sikap KMM yang anti-biokrasi, dan tiada sokongan kewangan dan kemahiraan.



3.



Sebaik sahaja Jepun Berjaya menawan tanah melayu, mereka mebebaskan pemimpinpemimpin KMM yang di penjarakan. pemimpin KMM Ibrahim Yaacob telah memberi bantuan kepada pihak jepun dengan menubuhkan pembela tanahair (PETA), Sebuah ketenteraan yang di pimpin oleh Ibrahim Yaacob.



4.



Menjelang akhir pendudukan jepun, usaha di buat untuk memberikan kemerdekaan kepada Indonesia. Ibrahim Haji Yaacob meminta jepun memberikan kemerdekaan kepada tanah melayu bersama-sama Indonesia ini sesuai dengan matlamat kesatuan melayu muda KMM,untuk menubuhkan Melayu Raya dan Indonesia Raya.



5.



Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) telah mengadakan perbincangan di kuala lumpur untuk persediaan kemerdekaan bersama Indonesia. Indonesia mengisytiharkan kemerdekaan pada 17 ogos 1945, tetapi kerana kekalahan jepun secara tiba-tiba soekarno telah mengisytiharkan kemerdekaan lebih awal , iaitu 15 ogos 1945. Keadaan ini telah menyebabkan persidangan KRIS di kuala lumpur di batalkan, Ibrahim Yaacob, isterinya dan orang kanannya terpaksa mendapatkan perlindungan di Indonesia.



Penutup







KMM ini adalah untuk menentang penjajahan British di tanah melayu ,dan untuk mewujudkan semangat perpaduan dan meningkatkan pendidikan dalam kalangan pemuda melayu di seluruh semenanjung.



 Perjuangan KMM di pengaruhi oleh pergerakan politik yang berlaku di luar tanah melayu seperti, perjuangan parti nasional indonesia pimpinan soekarno,perjuangan dan ketetapan sumpah pemuda di Indonesia, gerakan parti komunis Indonesia pimpinan Tan Malaka. 3.2 Perjuangan Mencapai Kemerdekaan 3.2.1 Perjuangan Mencapai Kemerdekaan – Pendudukan Jepun 1941-45 Soalan 78. Bincangkan dasar pendudukan Jepun ke atas gerakan mencapai kemerdekaan. Pendahuluan  Negara Jepun dikenali sebagai “Negara Matahari Terbit” bersesuaian dengan kedudukan geografinya. Pada tahun 1868, kerajaan Meiji telah membawa pemodenan kepada negara Jepun. Dalam perjuangannya ke arah pemodenan dan kemajuan, Jepun menghadapi beberapa masalah, iaitu kekurangan kawasan pertanian dan bahan mentah.  Oleh itu, Jepun menakluki negara-negara lain untuk tujuan mendapatkan bahan mentah. Negara yang ditakluki Jepun seperti Manchuria, China, IndoChina, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Pentadbiran Jepun memerintah selama 3 ½ tahun iaitu bermula dari 15 Februari 1942 sehingga 12 September 1945. Isi-isi penting Dasar Politik: 1.



Sistem Pentadbiran bercorak ketenteraan



 Pentadbiran Jepun memerintah Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak selama 3 ½ tahun iaitu bermula dari 15 Februari 1942 sehingga 12 September 1945 adalah bercorak ketenteraan. Kuasa tertinggi pemerintahan Jepun di Tanah Melayu terletak pada seorang Jeneral Jepun. Negeri-negei Melayu diketuai oleh seorang Gabenor atau Mayor. Beberapa biro pentadbiran seperti Hal-Ehwal Umum, Perusahaan, Kewangan, dan Perhubungan ditubuhkan di bawah pentadbiran Gabenor.  Di Sabah dan Sarawak pula, sistem pentadbiran Jepun juga bercorakan ketenteraan. Pentadbiran Sabah, Sarawak dan Brunei disatukan di bawah satu unit pentadbiran yang dipanggil Borneo Utara. Kuasa tertinggi dalam pentadbian ialah Gabenor Jeneral yang berpusat di Kuching. Pusat pentadbiran bertukar ke Sandakan selepas berlakunya pemberontakan Double Tenth di Sabah pada bulan Oktober 1943. 2.



Penglibatan Orang Melayu dalam Pentadbiran



 Pemerintahan Jepun mengalami masala kekurangan pegawai awam. Demi mengatasi masala tersebut, Jepun telah mendirikan Kao Kunrenjo, iaitu Sekolah Latihan Kepimpinan. Sekolah ditubuhkan di Singapura, Pulau Pinang, dan Melaka yang membieri latihan pentadbiran kepada orang Melayu. Pelatih akan diberi jawatan dalam perkhidmatan awam selepas tamat latihan di sekolah tersebut. Sebagai contoh, di Tanah Melayu, Kapten Mohd.



Salleh Haji Sulaiman dilantik sebagai Pegawai Daerah di Hulu Perak dan Ibrahim Yaakob dilantik sebagai Leftenan Kolonel mengetuai pasukan Pembela Tanah Air (PETA). 3.



Dasar Menggalakkan Pergerakan Nasionalisme Melayu Sebaik sahaja Jepun berjaya menawan Tanah Melayu, Jepun memberikan sokongan kepada Kesatuan Melayu Muda (KKM) pimpinan Ibrahim Yaacob. Jepun juga menubuhkan Pasukan Sukarela (PETA) atau Pembela Tanah Air yang dikenali sebagai Giyu Gun di bawah pimpinan Ibrahim Yaacob. Jepun menggalakkan pergerakan Melayu memberi bantuan kewangan kepada para nasionalis Melayu melalui KMM. Menjelang akhir pendudukan Jepun, Jepun telah menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) pada Julai 1945. KRIS merupakan satu badan yang akan melaksanakan tugas memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu bersama-sama Indonesia.



4.



Dasar berbeza-beza terhadap Kaum di Tanah Melayu Jepun melayan orang Melayu dengan baiknya kerana memerlukan sokongan orang Melayu bagi meneruskan pemerintahan. Orang Melayu diberikan jawatan tinggi dalam pentadbiran Jepun dan Majlis Agama Islam ditubuhkan. Orang India dilayan dengan memuaskan kerana Jepun mengharapkan sokongan dan kerjasama orang India dalam rancangannya menguasai India. Bagi orang Cina pula, Jepun telah bertindak kasar terhadap mereka dan Jepun melakukan pembunuhan beramai-ramai dan bertindak zalim terhadap orang Cina. Layanan kasar ini berpunca daripada permusuhan antara Jepun dengan China. Dasar Ekonomi



5.



Dasar Sistem ekonomi kawalan Salah satu sebab Jepun menyerang negara kita adalah kerana sumber-sumber alam yang sangat diperlukan oleh industri Jepun. Sistem ekonomi beras ditukar kepada sistem ekonomi kawalan. Perniagaan dan perdagangan dalam negeri dikuasai oleh pihak Jepun. Misalnya, perusahaan getah dan kayu balak tidak dapat diteruskan di Sabah.



6.



Dasar Sistem Permit Jepun mempekenalkan sistem permit bagi mengawal semua jenis perdagangan dan pergangkutan. Dengan permit khas, beberapa barangan utama dikawal dengan ketatnya. Oleh sebab pengeluaran barangan makanan seperti beras tidak mencukupi, maka Jepun telah memperkenalkan catuan beras. Penduduk perlu mendapatkan kupon dari Pejabat Kawalan makanan untuk ditukarkan dengan beras dan dihadkan dua gantang beras sebulan.



7.



Dasar Pengenalan mata wang Pokok Pisang Jepun memperkenalkan dan mencetak mata wang baharu bagi tujuan menambahkan penggunaan mata wang yang berimejkan Negara Jepun di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Bagaimanapun, mata wang ini tidak bernilai di pasaran antarabangsa dan hanya boleh digunakan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sahaja. Dasar Sosial



8.



Dasar Rancangan Penjepunan



Jepun berazam untuk menghapuskan pengaruh Barat di negara-negara Asia Tenggara dan negara kita yang menjadi tanah jajahannya. Matlamat ini dicapai melalui pelaksanaan rancangan “Penjepunan” melalui ketaatan kepada Maharaja Jepun, wajib menyanyikan lagu kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo dan Aikoku Koshin Kyoku. Bahasa Jepun dijadikan bahasa pengantar dan bahasa perhubungan dalam semua urusan lain. Kelulusan dalam bahasa Jepun menjadi syarat utama untuk tujuan kenaikan pangkat dalam pekhidmatan kerajaan Jepun di TM, Sabah dan Sarawak. 9.



Dasar Pendidikan Jepun memperkenalkan sistem pendidikan untuk menjepunkan masyarakat tempatan. Sistem pendidikan Jepun memberikan tumpuan kepada ketaatan dan kesetiaan kepada maharaja Jepun. Setiap pagi, murid-murid wajib menyanyikan lagu kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo dan Aikoku Koshin Kyoku. Bahasa Jepun dijadikan bahasa pengantar dan bukubuku teks dalam bahasa Jepun banyak diterbitkan. Akhbar Syonan Shimbun memainkan peranan penting dalam menerbitkan pendidikan Jepun. Sekolah-sekolah Cina ditutup kerana Jepun mengamalkan dasar anti Cina.



10.



Dasar menindas terhadap kaum Cina



Jepun mengamalkan dasar berbaik-baik dengan orang melayu dan India tetapi dasar menindas terhadap kaum Cina. Dasar berbaik dengan orang melayu kerana untuk medapatkan sokongan mereka melalui pengekalan institusi kesultanan melayu dan mengambil merka untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Dasar menindas orang Cina disebabkan perasaan membalas dendam ke atas orang Cina yang menyumbangkan sokongan kewangan dan peralatan perang kepada China semasa Perang China-Jepun 1937. Beribu-ribu orang orang Cina dan India kehilangan nyawa semasa bekerja dalam buruh paksa pembinaan projek membina Jalan Kereta Api Maut di sempadan Thai-Burma. Penutup Semangat kebangsaan yang bersemarak semasa pendudukan Jepun mempunyai haluan berbeza dan berpaksi kepada negara asal kaum masing-masing. Perkembagang politik selepas pendudukan jepun memperlihatkan semua kaum di Tanah Melayu berganding bahu membentuk pakatan murni ke arah mencapai kemerdekaan negara. Soalan 79: Jelaskan kesan-kesan politik, ekonomi dan sosial akibat daripada pendudukan Jepun di Tanah Melayu ( 1942 – 1945 ) Pendahuluan  Tanah Melayu mula diperintah oleh Jepun mulai akhir Disember 1941 hingga 12 September 1945.  Pendudukan Jepun selama 3 1/2 tahun telah meninggalkan kesan amat mendalam kepada masyarakat di Tanah Melayu dari segi politik, ekonomi dan sosial. Isi-isi Penting: Kesan politik



a)



Menyemarakkan semangat nasionalisme kemenangan Jepun yang begitu mudah telah menjatuhkan imej British di kalangan orang Melayu yang anti British.



b)



Pengalaman mentadbir semasa zaman pendudukan Jepun memberi peluang kepada orang Melayu untuk menjalankan urusan pentadbiran yang tidak pernah diperolehi semasa pemerintahan British. orang Melayu menyangka Jepun akan memerintah Tanah Melayu lebih daripada British tetapi tanggapan mereka salah. Kehidupan semakin sulit – timbul kesedaran nasib bangsa dan negara tetap sama selagi dijajah. Keadaan ini telah membangkitkan kesedaran politik apabila Jepun membenarkan dan bekerjasama dengan pemimpin Melayu menubuhkan parti politik untuk orang Melayu seperti KMM, PETA, KRIS Kesan Ekonomi



a)



sumber ekonomi utama –pengeluaran bijih timah dan getah terhenti sama sekali. Dasar Bumi Hangus British menyebabkan Jepun yang mengambil alih lombong bijih timah tidak dapat beroperasi. rakyat mengalami kebuluran kerana kekurangan makanan. Bekalan beras terpaksa diimport dari Thailand dan Burma.



b)



Jepun melancarkan kempen pertanian – rakyat dipaksa menanam tanaman makanan seperti ubi kayu, keledek dan keladi.



c)



kadar inflasi meningkat akibat kekurangan barang keperluan dan pengedaran wang kertas Jepun. perusahaan tempatan yang ditubuhkan untuk menghasilkan barang keperluan tidak dapat diimport.



d)



perusahaan yang besar dan penting diambil alih oleh syarikat Jepun



e)



orang ramai diwajibkan mendapatkan kupon dari Pejabat Kawalan Makanan.



f)



Petani dan nelayan dipaksa menjual hasil pertanian dan ikan kepada pembeli yang dilantik oleh Jepun.



Kesan sosial a)



perpindahan orang Cina ke kawasan pinggir hutan untuk mengelak kekejaman tentera Jepun. permusuhan semakin menebal antara orang Melayu dengan orang Cina – cetus pergaduhan kaum.



b)



orang Cina yang anti-Jepun menubuhkan MPAJA – bekerjasama dengan Force 136 yang memberi bekalan senjata dan latihan ketenteraan.



c)



tahap kesihatan rakyat merosot – terdedah kepada wabak penyakit. Banyak nyawa terkorban akibat penyakit malaria,beri-beri, taun dan kudis .



d) e)



pembinaan jalan keretapi maut mengorbankan banyak nyawa. Dasar niponisasi Jepun memaksa rakyat Tanah Melayu menerima nilai-nilai bahasa dan kebudayaan Jepun – mengancam adapt istiadat dan kebudayaan orang Melayu. Kesimpulan



 Pendudukan Jepun yang singkat telah mengubah keadaan sosial , politik dan ekonomi Tanah Melayu.Memainkan peranan penting dalam menyemarakkan semangat nasionalisme Melayu. 



Pengalaman mentadbir di bawah Jepun menyedarkan mereka supaya menjaga kepentingan tanah air seterusnya membawa kepada kesedaran untuk menuntut kemerdekaan Soalan 80: Bincangkan kesan-kesan pendudukan Jepun ke atas gerakan mencapai kemerdekaan Pendahuluan







Negara Jepun juga dikenali sebagai ‘Negara Matahari Terbit’ bersesuaian dengan kedudukan geografinya. Pada tahun 1868, kerajaan Meiji telah membawa pemodenan kepada Negara Jepun. Dalam perjuangannya ke arah pemodenan dan kemajuan, Jepun menghadapi beberapa masalah, iaitu kekurangan kawasan pertanian dan bahan mentah.



 Di Eropah, perancis bersekutu dengan Britain menentang Jerman menyebabkan jajahan Britain dan Perancis di Timur tidak dipertahankan. Isi-isi penting 1.



Kesan sistem pentadbiran tentera Jepun



 Pendudukan Jepun telah membangkitkan kesedaran kebangsaan yang mendalam dalam kalangan orang Melayu sehingga orang Melayu telah bangun menentang British apabila mereka balik semula ke Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Ini jelas dilihat dalam kes penentangan orang Melayu terhadap pengisytiharan Malayan Union dan Gerakan AntiPenyerahan Sarawak. Orang Melayu sedar bahawa sultan mereka kehilangan kuasa politik sama seperti pada zaman penjajahan British. Mereka sedar bahawa Jepun hanya memperalatkan kuasa dan sokongan sultan demi pentadbiran mereka sendiri. Jepun masih mengekalkan institusi kesultanan Melayu tetapi sultan hanya sebagai ketua agama dan adat istiadat Melayu sahaja dan bukannya pemerintah negeri.  Orang Melayu sedar bahawa Jepun telah mungkir janji untuk memberikan kemerdekaan kepada tanah air apabila Jepun menyerahkan empat negeri Melayu Utara, iaitu Kedah,Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Thailand. 2.



Kesan penglibatan orang Melayu dalam pentadbiran



 Pengalaman dalam pentadbiran yang diterima oleh orang Melayu telah memberi keyakinan diri dan menyedarkan mereka bahawa orang Melayu mampu mentadbir negeri mereka sendiri. Orang Melayu sedar bahawa semua bentuk penjajahan tidak akan membawa sebarang manfaat kepada mereka. Mereka sedar bahawa British tidak boleh diharapkan dalam melindungi tanah air mereka. Maruah dan imej British sebagai kuasa terunggul hilang apabila British kalah kepada tentera Jepun dalam masa yang singkat.  Orang Melayu sedar mereka tidak boleh bergantung kepada British untuk mempertahankan Tanah Melayu dan mesti berusaha sendiri bagi mempertahankan hak dan kepentingan serta



tanah air mereka. Pendedahan orang Melayu kepada organisasi ketenteraan dan separa tentera telah menyemai semangat Jepun, kessetiaan, pengorbanan, dan sikap anti-Barat. 3.



Kesan pergerakan nasionalisme Melayu



 Pembebasan para nasionalis seperti Ibrahim Yaacob telah membolehkan perjuangan nasionalisme diteruskan. Ibrahim Yaacob telah menggunakan bantuan kewangan Jepun untuk membeli akhbar Warta Malaya pada tahun 1941 bagi menyalurkan mesej nasionalisme, membangkitkan kesedaran politik dan menjadi alat propaganda anti-British. KMM telah bekerjasama dengan gerakan anti-Jepun untuk membentuk organisasi bawah tanah. KMM berjaya memperalatkan Jepun bagi tujuan nasionalisnya. Dengan sokongan yang diberikan oleh Jepun, KMM bergiat semula secara sulit dan berjaya menyemarakkan sentimen anti-British dalam kalangan masyarakat Melayu. 



Pendudukan Jepun telah menyemarakkan kesedaran politik secara berparti dan berpersatuan dalam kalangan penduduk Tanah Melayu. Ini dapat dibuktikan apabila selepas pendudukan Jepun banyak parti muncul, antaranya ialah UMNO,MCA,MIC,AWAS,API, dan PKMM. Idea kemerdekaan juga disemai dalam kalangan orang Melayu semasa pendudukan Jepun walaupun KRIS gagal mencapai matlamt memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu bersama Indonesia dalam lingkungan Melayu Raya atau Indonesia Raya. 4.



kesan dasar berbeza-beza terhadap kaum di Tanah Melayu



 Membangkitkan semangat kebangsaan yang mempunyai haluan berbeza mengikut kaum dan berpaksi kepada Negara asal. Orang India lebih cenderung kepada perjuangan kemerdekaan di Negara India. Orang Cina bersikap anti-Jepun dan berjuang mempertahankan Negara China daripada pencerobohan Jepun. Akibat dasar menindas terhadap orang Cina, ramai orang Cina melarikan diri ke dalam hutan dan menganggotai Parti Komunis Malaya (PKM). PKM menjadi parti yang paling popular dalam kalangan orang Cina dan dianggap sebagai pelindung mereka daripada penindasan Jepun.  Permusuhan antara Jepun dan orang Cina menyedarkan orang Melayu untuk bangun memperjuangkan hak mereka sebagai bumiputera Tanah Melayu. 5.



Kesan Dasar Ekonomi



 Sistem ekonomi kawalan menyebabkan ekonomi dan taraf hidup rakyat merosot. Ekonomi Tanah Melayu yang bergantung kepada eksport bijih timah dan getah mengalami kemerosotan. Ini disebabkan pengeluaran berkurangan akibat peperangan dan sekatan ekonomi yang dikenakan terhadap Jepun.  Akibat percetakan wang kertas Jepun yang tidak terkawal dan kekurangan barangan pengguna, Tanah Melayu mengalami inflasi. 



Perusahaan tempatan diambil alih oleh syarikat besar Jepun seperti Mitsubishi menyebabkan pengangguran semakin meningkat. System ekonomi kawalan mengakibatkan Tanah Melayu mengalami kekurangan barangan pengguna terutmanya tekstil dan makanan. Pada tahun 1943, Tanah Melayu hanya menghasilkan 37.5% daripada beras penduduknya.



 Program Grow Your Own Food Crops and Vegetable telah mencerobohi kawasan tanah simpanan Melayu.



6.



Kesan Dasar Sosial



 Dasar penjepunan dan system pendidikan yang diperkenalkan oleh Jepun menimbulkan kebencian dan kemarahan penduduk tempatan. Namun, sistem pendidikan Jepun menyemai sifat kerajinan dalam kalangan belia terutmanya orang Melayu. Penduduk tempatan dipaksa menjadi lebih rajin dan kreatif. Berhadapan dengan situasi kekurangan bahan keperluan, mereka mencipta kain daripada benang nanas dan bahan api daripada susu getah.  Penduduk Tanah Melayu hidup sengsara dan menderita di bawah pemerintahan Jepun. Mereka ditindas dan diseksa oleh Kempeitai tanpa diberi peluang membela diri. Orang cina yang diseksa melarikan diri ke pinggir hutan untuk mengelakkan kekejaman.  Ramai orang India dijadikan buruh paksa dan dihantar ke sempadan Thai-Burma untuk membina Jalan Kereta Api Maut. Ramai yang meninggal dunia kerana kekurangan makanan dan wabak penyakit seperti beri-beri dan malaria. Tambahan pula, tentera Jepun merampas ubat yang sedia ada.  Tindakan Jepun mengambil orang Melayu sebagai polis dan tentera untuk menentang MPAJA menambahkan lagi permusahan antara orang Melayu dengan Cina. Kesimpulan  Semangat kebangsaan yang bersemarak semasa pendudukan Jepun mempunyai haluan berbeza dan berpaksi kepada Negara asal kaum masing-masing. Orang Melayu memperjuangan pembebasan tanah air melalui kesatuan Melayu Muda, orang Cina lebih kepada bersikap anti-jepun kesan daripada Perang China-Jepun manakala orang India berjuang membebaskan Negara India daripada penjajahan.  Perkembangan politik selepas pendudukan Jepun memperlihatkan semua kaum di Tanah Melayu berganding bahu membentuk pakatan murni ke arah mencapai kemerdekaan. 3.2.2 Perjuangan secara perlembagaan 3.2.2 Perjuangan secara perlembagaan Soalan 81: Huraikan sebab-sebab dan bentuk-bentuk penentangan orang Melayu terhadap rancangan Malayan Union 1946 . Pendahuluan  Idea penubuhan Malayan Union muncul berdasarkan Piagam Atlantik yang ditandatangani oleh Winston Churchill iaitu Perdana Menteri Britain dengan Roosevelt Presiden Amerika Syarikat pada Ogos 1941. MU dilaksanakan selepas British kembali ke Tanah Melayu setelah Perang Dunia Kedua tamat dan mendapat tentangan yang hebat daripada orang Melayu.  Penentangan terhadap perlaksanaan MU didorong oleh beberapa faktor dan orang Melayu menggunakan pelbagai cara untuk menentangnya. Isi-isi Penting: A.



Sebab-sebab penentangan



i.



Kedaulatan dan kuasa sultan terancam



 Dalam kerajaan MU, kedudukan sultan dikekalkan tetapi kuasa mereka dikurangkan. Raja hanya menjadi ketua agama dan adat istiadat sahaja. Kuasa pentadbiran di tangan Gabenor yang mempunyai kuasa pembatal (veto). Gabenor MU menjadi Pengerusi Majlis Islam – menjatuhkan maruah dan kesucian Agama Islam kerana orang bukan Islam menjadi pengerusi.  Orang Melayu bimbang sultan kehilangan kuasa politik dan hak keistimewaan, tidak rela sultan dilucutkan kuasa politik di negeri mereka sendiri. kehilangan kuasa sultan akan menyebabkan status Tanah Melayu bertukar menjadi tanah jajahan British ii.



Pemberian taraf kerakyatan



 Prinsip kerakyatan berdasarkan jus soli menebalkan sentiment benci orang bukan Melayu terutamanya kaum Cina. syarat kerakyatan yang terlalu longgar membolehkan orang bukan Melayu mendapat hak yang sama dengan orang Melayu. Orang Melayu meragui taat setia orang Cina dan India kerana sebelum Perang Dunia Kedua semangat nasionalisme mereka terarah ke negara asal masing-masing.  Perlaksanaan MU akan mengakibatkan kira-kira 85% orang Cina dan 75% orang India mendapat taraf kewarganegaraan Tanah Melayu. iii.



Cara Mac Micheal mendapatkan tandatangan sultan



 Mac Micheal dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan sultan. Beliau mendapatkan persetujuan secara paksaan – ugut sultan akan dilucutkan jawatan atas alasan bekerjasama dengan Jepun menentang British semasa Perang Dunia Kedua. Mac Micheal tidak memberi masa dan peluang kepada sultan untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri dan pembesar masing-masing.  Orang Melayu marah kerana Mac Micheal tidak menerangkan syarat gagasan MU secara terperinci serta mendapatkan pandangan daripada raja-raja Melayu terlebih dahulu sebelum sultan menandatangani perjanjian. B.



Cara-cara penentangan



i.



Tunjuk perasaan secara besar-besaran di seluruh negara



ii.



15 Dis 1945



- demonstrasi anjuran Persatuan Melayu Kelantan



19 Jan 1946



- demonstrasi Persatuan Melayu Kedah



01 Feb 1946



- Persatuan Melayu Kelantan anjur demonstrasi.



10 Feb 1946



- demonstrasi di Johor termasuk kaum wanita



Kongress Melayu Se Malaya



 oleh Dato Onn Jaafar dan Persatuan Melayu Selangor dihadiri oleh 107 wakil dan 56 pemerhati dari 42 pertubuhan Melayu. Pada 29 dan 30 Mac 1946 kongress Melayu Se Malaya mengadakan mesyuarat tergempar dan mencapai beberapa persetujuan.



i.



orang Melayu mesti bersatupadu menentang MU



ii.



raja-raja Melayu, ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan orang Melayu akan memulaukan upacara pengisytiharan MU sebagai tanda bantahan.



iii.



kongress bersetuju menubuhkan sebuah parti politik yang kuat untuk menentang MU.



 kongress mahu British menarik balik MU dan mengekalkan Tanah Melayu seperti sebelum 1941. iii.



Sokongan bekas pegawai British







bekas pegawai British seperti Frank Swettenham, George Maxwell dll bersimpati dengan nasib orang Melayu apabila MU dilaksanakan.







Mereka menulis dalam akhbar Times - menyatakan kekesalan terhadap pengenalan perlembagaan MU yang tidak sesuai dengan Tanah Melayu. Kesimpulan



 Penentangan orang Melayu terhadap MU beroleh kejayaan. MU akhirnya dibubarkan dan digantikan dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Soalan 82: Bincangkan reaksi orang Melayu dan bukan Melayu terhadap cadangan Malayan Union pada tahun 1946. Pendahuluan  British perkenalkan MU selepas kembali ke Tanah Melayu setelah Jepun berundur. MU bertujuan menyediakan Tanah Melayu kearah kemerdekaan  Orang Melayu dan bukan Melayu memberikan reaksi yang berbeza terhadap MU. Orang Melayu melakukan penentangan – bukan Melayu tidak menunjukkan sebarang reaksi pada awal tetapi menentang pada tahap berikut. Dasar penentangan berbeza dengan orang Melayu Isi-isi Penting:



1.



Reaksi Orang Melayu



 Jelas menentang penubuhan MU. Penentangan berasaskan dua tahap : secara individu dan secara kolektif iaitu cara individu dilakukan melalui tulisan dalam akhbar, perutusan dan cara kolektif termasuklah melalui persatuan. orang Melayu melakukan demonstrasi besarbesaran. Persatuan Melayu Kelantan berjaya menganjurkan perhimpunan seramai 10,000 orang menentang MU 15 Disember 1946.  penentangan terhadap MU dianjurkan oleh persatuan-persatuan Melayu hingga akhirnya membawa kepada penubuhan UMNO. Boikot dianjurkan bagi menentukan MU tidak dilaksanakan. orang Melayu menentang MU kerana tidak diminta pendapat dan pandangan



sedangkan MU akan menentukan kehidupan mereka, Sultan diugut dan dipaksa menandatangani penerimaan MU, Kandungan Perlembagaan MU terutama tentang kewarganegaraan tidak memuaskan hati orang Melayu dan Sultan kehilangan kuasa secara mutlak



Orang Bukan Melayu  ini disebabkan kandungan perlembagaan MU banyak memihak kepada mereka terutama hal berkaitan kerakyatan. Reaksi mulai timbul apabila rancangan MU ditangguhkan. Orang Cina dan India mula melihat British menipu mereka lalu menunjukkan penentangan – bersifat kolonial . melahirkan bantahan melalui akhbar cina dan menubuhkan Malayan Demokratik Union ( pertubuhan berhaluan kiri). bantahan orang Cina dipusatkan kepada sebuah pertubuhan iaitu Pan-Malayan Council of Joint Action - bertukar kepada All Malayan Council of Joint Action. AMCJA ditubuhkan Disember 1946 , dipengerusikan oleh Tan Cheng Lock – 400,000 ahli.  Memperjuangkan 6 prinsip iaitu: penyatuan Tanah Melayu dengan Singapura, anggota Dewan Undangan Pusat dipilih oleh rakyat, hak yang sama bagi semua kaum yang menganggap Tanah Melayu sebagai tanah air dan mengaku taat setia, Kedaulatan raja-raja Melayu dikekalkan sebagai raja berpelembagaan – menerima nasihat dari badan berunsur demokrasi, Perkara berkaitan agama Islam dan adat resam Melayu diletakkan di bawah tanggungjawab orang Melayu sahaja dan Perhatian khas diberi untuk memperbaiki soal kemunduran orang Melayu.  orang Cina di Tanah Melayu yang menjadi ahli koumintang lebih memberi tumpuan kepada perkembangan politik negara China - menganggap penerimaan MU membatalkan kebangsaan Negara China secara automatik. Bagi kaum India tidak berminat langsung dengan keadaan politik Tanah Melayu pada awalnya - menumpukan perhatian kepada keadaan politik di India dan perjuangan parti Kongres India. sikap mulai berubah setelah UMNO dan orang Melayu mendesak supaya British meminda peruntukan tentang kerakyatan - mereka menuntut hak kerakyatan yang sama. Kesimpulan  Rancangan MU telah menunjukkan reaksi yang berbeza antara orang Melayu dengan bukan Melayu. Reaksi orang Melayu dan bukan Melayu membawa kepada pembatalan MU dan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu. Soalan 83: Huraikan bentuk penentangan dan faktor kejayaan orang melayu menggagalkan pentadbiran Malayan Union 1946. Pendahuluan :  Pada tahun 1944, kerajaan British telah menerima satu rancangan yang diutarakan oleh Sir Edward Gent. Rancangan ini berusaha menggabungkan Negeri-negeri Melayu Besekutu (NNMTB), Pulau Pinang, dan Melaka menjadi sebuah Malayan Union. Singapura dipisahkan menjadi tanah jajahan mahkota British.  Kerajaan Malayan Union diistiharkan pada 1 April 1946 di King’s House, Kuala Lumpur. Pengistiharan ini secara rasminya menggantikan Pentadbiran Tentera British yang dikuatkuasakan di Tanah Melayu sejak bulan September tahun 1946.



Isi-isi Penting: 1.



Bentuk penentangan melalui Peranan Akhbar



 Akhbar-akhbar Melayu seperti Warta Negara, Majlis, dan utusan Melayu menyuarakan bantahan secara berterusan. Ketiga-tiga akhbar ini menyeru orang melayu di seluruh Tanah Melayu supaya membantah dan menolak Malayan Union serta menubuhkan sebuah badan yang berupa Barisan Bersatu.  Akhbar utusan Melayu mendesak sultan-sultan supaya meneliti segala cadangan sebelum meluluskannya. Utusan melayu juga mendesak persatuan-persatuan Melayu membentuk barisan bersatu bagi melindungi kepentingan orang melayu. Warta Negara telah memaparkan ketegasan masyarakat Melayu menentang Malayan Union. 2.



Bentuk penentangan melalui Demonstrasi / rapat umum.



 Pada 15 Disember 1945, Persatuan Melayu Kelantan menganjurkan satu tunjuk perasaan yang disertai oleh 10 000 orang semasa ketibaan Sir Harold MacMichael ke istana. Pada 19 Januari 1946, satu tunjuk perasaan yang disertai oleh 50 000 orang telah diadakan di Alor Star. Perarakan anjuran Persatuan Melayu kedah disertai ulama, pelajar, orang kampung, dan kaun tani. Pada 3 Februari 1946, perarakan oleh 5 000 orang melayu membantah kertas Putih.  Orang Melayu telah mengadakan rapat umum di setiap Bandar besar untuk menunjukan bantahan mereka kepada ahli-ahli parlimen British, iaitu L.D. Gammans dan David Reese Wiliams. 3.



Bentuk penentangan melalui Peranan Sultan



 Sultan Negeri-negeri Melayu menghantar kawat ke London membuat bantahan terhadap penipuan dan paksaan semasa menandatangani perjanjian Malayan Union. Sultan juga menghantar kawat kepada tokoh yang berpengaruh di British dan bekas pegawai tadbir British di Tanah Melayu.  Sultan telah berkumpul di kuala Kangsar pada 28 April 1946 untuk menyatakan bantahan mereka terhadap ahli parlimen British, iaitu L.D. Gammans dan David Reese Wiliams. Sultan memulaukan pengistiharan Malayan union yang diadakan pada 1 April 1946 di King’s House, Kuala Lumpur. 4.



Peranan Akhbar



 Seruan akhbar tempatan menjadi salah satu faktor penting menyatukan orang melayu untuk menentang Malayan Union. Akhbar tempatan seperti Majlis, Warta Negara, dan Utusan Melayu telah menyuarakan bantahan secara berterusan terhadap rancangan pengenalan Malayan Union. Akhbar ini membangkitkan kesedaran tentang rancangan British menjajah Tanah Melayu melalui Malayan Union, bahaya dan kesan negatif Malayan Union terhadap orang melayu.  Pada 12 Oktober, Utusan Melayu menyeru supaya Raja-Raja melayu memikirkan kesannya jika Malayan Union tidak dihapuskan. Majlis menyeru orang melayu menentang Malayan



union dan berusaha mewujudkan sebuah kerajaan Tanah Melayu serta merdeka dan berdaulat yang ditadbir oleh anak tempatan. 5.



Faktor sokongan rakyat



 Hampir semua orang Melayu menentang Malayan Union. Mereka menentang melalui demontrasi di Alor Star, Kota Bharu, dan Johor Bharu.  Mereka sedar bahawa kerakyatan terbuka yang dianjurkan dalam Malayan union akan mengancam status quo mereka sebagai peribumi. Penutup :  Penubuhan Malayan union mendapat tentangan yang kuat oleh orang melayu. Sebab penentangan ini ialah syarat kewarganegaraan yang longgar, kehilangan kuasa sultan, tindakan Harold MacMichael dan kedudukan orang melayu. 



Bantahan orang melayu yang paling hebat adalah terhadap pemberian hak kewarganegaraan yang longgar melalui prinsip jus soli. Orang melayu membantah cara ugutan dan paksaan yang digunakan oleh Sir Harold MacMichael untuk mendapatkan tandatangan sultan. Soalan 84: Jelaskan sebab-sebab penentangan dan faktor-faktor kegagalan Gerakan Anti-Penyerahan Sarawak kepada British. Pendahiuluan:







Keluarga Brooke memerintah Sarawak dari tahun 1841 sehingga 1941. Sarawak menjadi negeri naungan British pada tahun 1888. Selepas pendudukan Jepun pada tahun 1946, Raja Charles Vyner Brooke bertindak menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British. Sarawak secara rasminya diserahkan kepada kerajaan British pada 1 Julai 1946.







British mendesak Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak supaya pelaburan dan kepentingan ekonomi mereka dilindungi dan lebih terjamin. Penyerahan Sarawak menunjukkan tindakan British mencerobohi kedaulatan negeri Sarawak kerana Sarawak kepunyaan peribumi Sarawak dan bukannya milik keluarga Brooke atau kerajaan British. Isi-Isi Penting:



a)



Sebab-Sebab Penentangan



Ketua2 bumiputera tidak puas hati dengan cara tipu muslihat yang digunakan oleh Gerald MacBryan semasa mendapatkan persetujuan mereka mengenai rancangan penyerahan Sarawak kepada kerajaan British. Ketua2 bumiputera Sarawak tidak dibawa berunding atau diberitahu terlebih dahulu mengenai rancangan tersebut. Penyerahan Sarawak bertentangan dengan Perlembagaan 1941 yang menjanjikan pemerintahan sendiri kepada Sarawak. Tindakan Charles Vyner Brooke akan menutup peluang Sarawak untuk mencapai kemerdekaan.



b)



Faktor-Faktor Kegagalan Anti-Penyerahan Sarawak



1)



Tiada pemimpin yang berwibawa



Selepas kematian Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, tiada pemimpin lain yang berwibawa untuk menggerakkan Gerakan Anti-Penyerahan Sarawak. Pemimpin yang berkaliber seperyi Datuk Pahlawan Abang Haji Mustapha telah menubuhkan Young Malay Association yang menyokong penyerahan Sarawak kepada British. 2)



Tiada pertubuhan kebangsaan



Di Tanah Melayu, pertubuhan nasionalis, iaitu UMNO Berjaya menggerakkan orang Melayu menentang Malayan Union. Fenomena seperti ini tidak terdapat di Sarawak. Hana terdapat beberapa pertubuhan seperti Persatuan Melayu Sarawak, Persatuan Dayak Sarawak dan pertubuhan lain yang menentang. Tiada satu organisasi nasional yang Berjaya menyatupadukan semua pertubuhan ini untuk menentang penyerahan Sarawak kepada British. 3)



Tindakan menindas oleh British



Kerajaan British bertindak keras terhadap penyokong Gerakan Anti-Penyerahan. British mengelarkan Pekeliling No.9 yang memberi amaran kepada kakitangan kerajaan supaya tidak menyertai Gerakan Anti-Penyerahan. British bertindak keras terhadap ahli Rukun 13 yang terlibat dalam komplot membunuh Gabenor Kedua Sarawak. Mereka dijatuhi hukuman gantung sanpai mati dan lima belas orang lain yang terlibat dipenjarakan. British juga mengharamkan Persatuan Melayu Sarawak. Penutup:  Apa-apa yang berkaitan Soalan 85: Bincangkan faktor-faktor dan langkah-langkah pembentukan persekutuan tanah melayu 1948 Pendahuluan :  Persekutuan Tanah Melayu dilaksanakan pada 1 Februari 1948 bagi menggantikan perjanjian Malayan Union 1946.  Kegagalan Malayan Union membuktikan kejayaan orang melayu menentang penjajahan british di tanah melayu. Isi-isi penting : Faktor-faktor pembentukan a.



Perpaduan orang melayu daripada semua golongan.



 Perpaduan dalam kalangan orang melayu dan raja – raja melayu telah wujud sehingga berjaya mengatasi pihak lain yang menyokong Malayan Union.



 Keupayaan orang melayu memujuk dan mendesak british untuk menghidupkan semula dasar perlindungan telah membantu mereka menolak Malayan Union. b.



Sikap politik orang melayu yang sederhana.



 Sikap politik sederhana orang melayu telah mendorong british memulakan rundingan bagi mencari jalan penyelesaian. Orang Melayu hanya bertindak dengan menulis rencana dalam akhbar, berdemonstrasi, berkongres, dan memujuk Raja-Raja Melayu supaya memulaukan Malayan Union.  Penentangan orang melayu terhadap Malayan Union tidak dengan cara kekerasan seperti mengangkat senjata seperti yang dibuat oleh Parti Komunis Malaya (PKM). c.



UMNO tidak menuntut kemerdekaan.



 UMNO dan Raja – Raja Melayu menuntut diadakan rundingan kerana tidak bersetuju dengan pelaksanaan Malayan Union, tetapi mereka tidak menuntut kemerdekaan daripada British. Faktor inilah menyebabkan british menerima pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.  British bimbang orang melayu akan terpengaruh dengan perjuangan parti politik radikal seperti PKMM, API, dan BATAS yang mendapat pengaruh gerakan politik radikal dari Indonesia. Langkah-langkah pembentukan  Jawatankuasa Eksekutif yang dibentuk oleh british terdiri daripada 12 orang ahli yang mewakili pegawai kanan british, pemimpin UMNO, dan wakil Raja – raja Melayu. Mesyuarat jawatankuasa itu telah diadakan di King’s House, Kuala Lumpur.  Terdapat lima tuntutan yang dikemukakan oleh orang melayu iaitu UMNO dan Raja-raja Melayu menolak semua prinsip dan struktur Malayan Union, mereka menuntut sebuah persekutuan berkonsepkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, menolak kerakyatan terbuka dalam Malayan Union, dasar perlindungan terhadap negeri melayu dan orang melayu hendaklah dikekalkan dan menuntut supaya kedudukan raja-raja melayu sebagai ketua negeri melayu diakui serta dipulihkan semula. Penutup  Perjanjian persekutuan Tanah Melayu 1948 ditandatangani pada 21 januari 1948 antara raja-raja melayu dengan british di King’s House, Kuala Lumpur dan diisytiharkan pada 1 februari 1948. Pengenalan rakyat raja melayu iaitu orang melayu yang lahir di sesebuah negeri melayu diakui sebagai rakyat negeri tersebut secara automatik telah membuktikan penerusan dasar perlindungan british terhadap kedudukan istimewa orang melayu, status quo negeri-negeri melayu dilindungi, kedudukan agama islam dan adat istiadat melayu.  Institusi raja melayu dikekalkan dengan bidang kuasa raja yang jelas dalam pentadbiran. Setiap negeri mengadakan perlembagaan bertulis dengan british yang dikenali sebagai undang-undang tubuh negeri. Soalan 86: Bandingkan reaksi masyarakat setempat di Sabah dan Sarawak terhadap penyerahan negeri masing-masing kepada British pada tahun 1946.



Pendahuluan



 Selepas Perang Dunia Kedua Sabah dan Sarawak menjadi tanah jajahan British ekoran tindakan Vyner Brooke dan SBBU. British bertanggung jawab membangunkan semula Sabah dan Sarawak yang hampir Musnah semasa pendudukan Jepun.  Penyerahan di Sabah tidak banyak menerima tentangan manakala di Sarawak gerakan Anti penyerahan berlaku dengan hebat. Isi-isi Penting: A.



Sabah



1.



tiada penentangan yang kuat kerana kurang berpendidikan dan tidak memahami tujuan sebenar Sabah diserahkan. kesedaran politik masih belum jelas – tiada parti politik yang boleh mengetuai penduduk Sabah menentang penyerahan tersebut. Penduduk Sabah tidak berpengalaman dalam pentadbiran



2.



kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu dan Indonesia telah mempengaruhi pertumbuhan pertubuhan bercorak tempatan.



3.



pertubuhan bercorak sosio-politik diasaskan oleh tokoh-tokoh tempatan seperti guru dan pegawai kerajaan antara pertubuhan awal yang muncul – Persatuan Pemuda Labuan, Persatuan Pemuda Jesselton – pro Indonesia dan bertujuan meningkatkan taraf sosial,politik dan ekonomi masyarakat pribumi Sabah.



B.



Sarawak



1.



wujud penentangan kerana bertentangan dengan Perlembagaan 1941 yang menjanjikan pemerintahan sendiri kepada rakyat Sarawak. penyerahan kepada British akan melambatkan proses kemerdekaan kerana rakyat Sarawak terpaksa berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan daripada British. Charles Vyner Brooke tidak berunding terlebih dahulu dengan ketua kaum bumiputera Sebelum membuat keputusan menyerahkan Sarawak kepada British.



2.



Persatuan Melayu Sarawak (PPM) pimpinan Datu Patinggi Abang Haji Abdillah telah menghantar surat bantahan kepada Pejabat Tanah. PPM Sibu diharamkan oleh British, empat ahli dihukum mati dan yang bersubahat dihukum penjara. kegiatan Rukun 13 lumpuh



3.



PMS menyusun semula gerakan anti-penyerahan dan menengaskan perjuangan akan dilakukan dengan cara yang sah. 5 April 1950 PMS menghantar surat bantahan kepada gabenor Sarawak –menjelaskan mereka akan mengadakan tunjuk perasaan raksasa tetapi tidak dibenarkan. 30 Ogos 1950 setiausaha PMS dan Yang Di Pertua Barisan Pemuda Sarawak ke Singapura untuk bertemu Anthony Brooke bagi menentang gerakan penyerahan tetapi gagal. British menasihatkan PMS supaya menghentikan penentangan – memberi jaminan Kerajaan British akan membimbing dan membantu rakyat Sarawak memperolehi Pemerintahan sendiri PMS menamatkan gerakan anti penyerahan pada 1951 Kesimpulan







penentangan memberi peringatan kepada Inggeris bahawa mereka tidak mudah mengganggu kehidupan sosial masyarakat setempat walau pun penentangan tidak berjaya. Soalan 87: Galurkan perkembangan perlembagaan di Sabah dan Sarawak Pendahuluan :



 Selepas perang dunia kedua, SBUB tidak mampu mentadbir Sabah kerana keadaan ekonomi Sabah merosot akibat peperangan. SBUB kemudiannya menyerahkan pentadbiran Sabah kepada kerajaan British. 15 Julai 1946, Sabah menjadi tanah jajahan British. Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British dan Sarawak diisytiharkan sebagai tanah jajahan mahkota British pada 1 julai 1946.  Kerajaan British telah mengambil beberapa langkah untuk melatih penduduk tempatan ke arah berkerajaan sendiri. Isi-isi penting : Perkembangan perlembagaan di Sabah 1. Tahun 1950 (perlembagaan baharu) 



17 oktober 1950, British mengisytiharkan perlembagaan baharu bagi Sabah yang merupakan langkah awal ke arah berkerajaan sendiri. Dalam perlembagaan ini, Gabenor dibantu oleh Majlis Eksekutif yang terdiri daripada 9 orang ahli yang dilantiknya sendiri yang bertugas sebagai penasihat kepada Gabenor.



 Melalui Majlis Undangan, bumiputera Sabah berpeluang mendapat latihan dan pengalaman dalam urusan pentadbiran negeri. Tokoh-tokoh yang pernah dilantik sebagai ahli Majlis Undangan ialah Donald Stephens dan Datu Mustapha Datu Harun. 2. Tahun 1952 (Majlis tempatan)  Majlis tempatan yg pertama ditubuhkan di Kota Belud. Berfungsi sebagai jabatan kerajaan peringkat daerah atau bandar dan menjadi asas kepada pemilihan perwakilan untuk pentadbiran secara demokrasi.  Bertanggungjawab dalam bidang hal ehwal kewangan, pendidikan, bekalan air dan elektrik, pertanian, kesihatan dan ternakan. 3. Tahun 1960 (pindahan perlembagaan)  Kerajaan British meminda semula Perlembagaan 1950 dengan menambah jumlah bilangan pemimpin kaum bumiputera sebagai ahli tidak rasmi dalam Majlis Undangan. Semua ahli yang dilantik bukan dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya tetapi mereka dilantik oleh Gabenor British yang memegang kuasa sebenar.  Parti UNKO, UNSO, Pasok Momogun dan SCA digabungkan menjadi Parti Perikatan Sabah yang diketuai oleh Donald Stephens dan Datu Mustapha. Perkembangan perlembagaan di Sarawak 1. Tahun 1946



 British menggunakan Perlembagaan 1941 yang telah dilaksanakan oleh pemerintahan Brooke seagai asas pentadbirannya di Sarawak. Di bawah Perlembagaan 1941 terdapat Majlis Negeri dan Majlis Tertinggi. 



Fungsi Majlis Negeri sama dengan Majlis Perundangan yang berkuasa meluluskan perbelanjaan negeri Sarawak manakala fungsi Majlis Tertinggi sama dengan Majlis Eksekutif iaitu berunding dengan Gabenor berkaitan dengan pentadbiran. 2. Tahun 1947



 Majlis Tempatan yg ditubuhkan pada akhir tahun 1947 merupakan satu usaha memberi pengalaman pentadbiran dan kepimpinan kepada masyarakat tempatan. 



Majlis Tempatan berfungsi mengurus pendidikan rendah, mengawal perbelanjaan di kawasannya dan mengutip cukai kepala dan cukai-cukai lain. 3. Tahun 1956



 Pilihan raya majlis daerah yang pertama diadakan untuk Majlis Bandaran Kuching. Pada hujung tahun 1959, semua Majlis Daerah di Sarawak mengadakan pilihan raya. Pilihan raya tersebut memberi peluang kepada rakyat memilih wakil bagi memperjuangkan kepentingan mereka secara tidak langsung.  Hasil daripada pengenalan Perlembagaan 1956, beberapa parti plitik ditubuhkan seperti SUPP, PANAS, SNAP, BARJASA, SCA dan PESAKA. Penutup :  Parti Perikatan Sabah telah mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya yang diadakan pada tahun 1962.  Pada November 1962, Perikatan Sarawak telah dibentuk. Pembentukan ini adalah bagi menghadapi pilihan raya pada tahun 1963 dan telah memenangi 138 kerusi dalam pilihan raya tersebut. Soalan 88: Huraikan langkah-langkah mengatasi ancaman Pati Komunis Malaya Pendahuluan  Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada tahun 1930. Sebelum Perang Dunia Kedua, PKM bukanlah tenaga utama dalam arena politik tempatan, malah ia hanya melibatkan diri dalam gerakan bawah tanah secara haram. PKM telah beralih kepada dasar agresif apabila dasar berpelembagaan gagal mencapai cita-cita mereka untuk menubuhkan sebuah Republik Komunis Malaya.  Dasar baharu yang digunakan oleh PKM ialah percubaan mempengaruhi golongan massa menentang pemerintahan British. Isi-isi penting 1. Undang- undang Darurat



 Undang- undang Darurat dikuatkuasakan pada tahun 1948 dan beberapa langkah telah dilaksanakan. Satu sistem pendaftaran kebangsaan diperkenalkan. Setiap warganegara yang berumur 12 tahun ke atas wajib mendaftarkan diri dan mempunyai kad pengenalan. Mereka mesti membawa kad pengenalan ke mana sahaja. Kerajaan boleh menangkap sesiapa sahaja yang disyaki sebagai anggota komunis, anggota Min Yuen, atau tali barut komunis tanpa perbicaraan. 



Sekatan jalan raya diadakan untuk menghalang pergerakan bebas komunis dan mengelakkan bekalan makanan, ubat-ubatan, pakaian, dan senjata sampai ke tangan pihak komunis. Perintah berkurung dijalankan. Mereka yang didapati berbahaya akan dibuang negeri atau dihantar balik ke China. Kerajaan juga mengharamkan parti-parti radikal seperti API, AWAS, PUTERA, dan Malayan Democratic Union. 2. Pengharaman Perti Komunis Malaya dan parti berhaluan kiri



 Pada 23 Julai 1948, Parti Komunis Malaya diharamkan.  Parti-parti radikal lain yang memperjuangkan kemerdekaan seperti API, AWAS, PETA, PERAM, dan Hizbul Muslimin turut diharamkan. 3. Rancangan Briggs  Leftenan Sir Harold Rowdon Briggs dilantik sebagai pengarah gerakan pada bulan Mac 1950. Briggs telah mengenal pasti bahawa matlamat utama kerajaan adalah untuk melumpuhkan pergerakan Min Yuen dan seterusnya tentera MRLA yang berada di hutan. Briggs telah melancarkan satu rancangan yang dikenali sebagai Rancangan Briggs yang mengesyorkan penempatan semula setinggan di kampung baharu yang merupakan sokongan kepada mereka. Selain itu, Briggs mengadakan kawalan ketat ke atas bekalan makanan dan ubat-ubatan untuk mengelakkan berlaku penyelewengan.. Kad catuan makanan membolehkan orang ramai membeli barangan makanan mengikut catuan yang ditetapkan.  Min Yuen tidak dapat menghantar bekalan makanan, ubat-ubatan, pakaian, dan maklumat kepada pengganas komunis. Tanpa Min Yuen, gerila-gerila komunis terpaksa keluar dari hutan dan bertempur dengan pasukan keselamatan British. 4. Pasukan keselamatan  Kerajaan bertindak memperbesarkan pasukan tentera dan polis. Pasukan Home Guard diperingkat kampung dibentuk untuk membantu pasukan polis dan tentera menjaga keamanan dan keselamatan. Kerajaan seterusnya melatih seramai 24000 orang Mata-mata Khas Melayu. Mereka ini dihantar mengawal ladang dan kawasan lombong yang terpencil.  Kerajaan British juga bertindak membawa masuk askar dari negara-negara Komanwel untuk memperkukuh pasukan keselamatan negara demi membanteras ancaman komunis di Tanah Melayu. Pasukan ini berjaya mengebom dan melakukan serangan hendap di kawasan yang menjadi sarang komunis terutamanya di hutan dangan bantuan Tentera Udara British. 5. Perang Saraf (Perang Psikologi)







Perang saraf bertujuan menawan hati dan fikiran rakyat bersama kerajaan dalam perjuangan menentang komunis.



 Antara usaha yang dijalankan adalah Kempen “Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis”, Penubuhan Jawatan Kuasa Hubungan Antara Kaum 1949, Menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap atau membunuh pengganas komunis, Mengisytiharkan kawasan putih dan kawasan hitam, Perjanjian dangan negara jiran, dan Pelaksanaan Sistem Ahli. 6. Pengampunan beramai-ramai  Sebagai langkah menggalakkan gerila komunis menyerah diri, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu Sebanyak 40 juta risalah dan 12 juta pas pengampunan diedarkan dalam pelbagai bahasa kepada rakyat. Radio Malaya menyiarkan syarat pengampunan ini pada setiap hari.  Gerila komunis yang menyerah diri tidak akan dihukum. Pasukan keselamatan sedia membantu komunis yang ingin menyerah. Mereka yang menunjukkan kesetiaan kepada Persekutuan Tanah Melayu dan rela melepaskan aktiviti komunis mereka dibenarkan bersama dengan keluarga mereka. Gerila komunis yang ingin balik ke China, permintaan mereka dipertimbangkan. 7. Pertemuan Baling  Pada 28 dan 29 Disember 1955, Pertemuan Baling antara wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Tunku Abdul Rahman, David Marshall dan Tun Tan Cheng Lock) Tandengan wakil Parti Komunis Malaya (Chin Peng, Chien Tien, dan Rashid Maiden) Dalam pertemuan tersebut, Tunku Abdul Rahman meminta Chin Peng supaya membubarkan PKM, meletakkan senjata,dan menyerah diri.  Chin Peng setuju sekiranya PKM diakui oleh kerajaan sebagai satu parti yang sah dan bebas di Persekutuan Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman enggan menerima syarat yang dikenakan oleh Chin Peng. Dengan ini, pertemuan Baling gagal mencapai matlamatnya. Kesimpulan  Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan sangat berkesan dalam menangani ancaman komunis. Pada permulaannya, kerajaan berusaha menghapuskan keganasan komunis dengan keganasan tanpa melibatkan rakyat.  Kerajaan sedar tanpa sokongan rakyat, pengganas komunis sukar dihapuskan sehingga ke peringkat akar umbi. Soalan 89: Pengisytiharan Darurat telah meninggalkan pelbagai kesan sosio-politik terhadap Tanah Melayu antara tahun 1948 hingga 1960. Bincangkan. Pendahuluan  Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, parti-parti politik mula ditubuhkan. Pentadbiran Tentera Inggeris gagal memulihkan sosio-ekonomi rakyat yang menderita akibat kekejaman Jepun. PKM mengambil kesempatan untuk menguasai politik Tanah Melayu tetapi gagal, lalu bergerak secara militant.



 1948 PKM melancarkan revolusi bersenjata bagi menggulingkan pemerintahan Inggeris dan menubuhkan Republik Tanah Melayu. Keganasan PKM memaksa Inggeris mengisytiharkan darurat untuk mematahkan pemberontakan komunis di Tanah Melayu. Isi-isi Penting: Kesan Politik 1.



Pengharaman PKM mengakibatkan sesiapa yang disyaki terlibat dalam kegiatan komunis di tangkap dan dipenjarakan tanpa pembicaraan. Pergerakan kesatuan Sekerja dikawal rapi supaya tidak mengadakan pakatan sulit dengan PKM dan bersubahat untuk mengadakan permogokan.



2.



Inggeris bertindak keras terhadap parti politik berhaluan kiri yang terpengaruh dengan idea PKM. Pemimpin politik berhaluan kiri diberkas dan dipenjarakan, pertubuhan mereka dibubarkan. Hanya parti politik sederhana dan pro-Inggeris dibenarkan bergerak seperti UMNO, MCA, MIC dan Parti Negara.



3.



Kerajaan Inggeris mula mengambil langkah supaya Tanah Melayu mencapai status berkerajaan sendiri. Pilihanraya diadakan di George Town (Disember 1951 ) dan Kuala Lumpur 1952. B. Kesan Sosial



1.



Rakyat mengalami tekanan hidup akibat kehilangan kebebasan bergerak kerana dikenakan perintah berkurung terutamanya kawasan yang masih terdapat ancaman komunis. Kegiatan ekonomi terjejas dan pengeluaran hasil bumi terbantut akibat daripada orang ramai tidak mempunyai kebebasan untuk keluar mencari nafkah. Dasar Bumi Hangus melumpuhkan ekonomi negara .



2.



Sistem pengangkutan darat dihentikan akibat sekatan jalan raya di kawasan yang menjadi sarang komunis. Keganasan komunis telah melumpuhkan rancangan kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara.



3.



Rakyat mengalami penderitaan dan kepahitan hidup – terpaksa mematuhi banyak peraturan keselamatan seperti arahan mewajibkan rakyat mendaftar dan mempunyai kad pengenalan.



4.



Timbul masalah perkauman – peperangan menentang komunis dianggap sebagai peperangan orang Melayu dengan Cina kerana sebilangan besar ahli PKM terdiri daripada orang Cina sementara orang Melayu berkhidmat dalam pasukan bersenjata kerajaan. Kerajaan mula memberi layanan terhadap beberapa tuntutan orang Cina terutama soal kerakyatan – bertujuan menarik mereka pro-kerajaan. Syarat kewarganegaraan dilonggarkan - kesannya 307,000 orang Cina diluluskan permohonan untuk menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu. Antara 1952 -1957 1.2 juta orang Cina mendapat kerakyatan.



5.



Banyak nyawa terkorban dan harta benda musnah akibat pengisytiharan darurat termasuklah pegawai Tinggi Inggeris Sir Henry Gurney.



6.



Kerajaan menghabiskan sejumlah besar wang untuk membenteras kegiatan komunis contoh; antara 1948 -1955 kerajaan mengeluarkan $150 juta untuk menumpaskan pergerakan komunis. Pengenalan rancangan Briggs untuk mewujudkan kampung baru, penempatan semula setinggan menyebabkan kemudahan asas disalurkan ke kawasan tersebut. Ini menyebabkan orang Melayu yang banyak membantu kerajaan Inggeris melahirkan rasa tidak puas hati lalu menuntut pemulihan ekonomi. Kesimpulan



1.



Tawaran rundingan dengan PKM oleh Tunku Abdul Rahman di Baling menemui kegagalan. PKM meneruskan perang gerila bagi membentuk sebuah republic komunis .



2.



Pada masa yang sama kerajaan terus meningkatkan usaha membenteras pemberontakan komunis. Kegiatan komunis mulai merosot – darurat diisytiharkan tamat di seluruh negara pada 1960. 3.2.3 Kemerdekaan 3.2.3Kemerdekaan Soalan 90: Analisiskan langkah-langkah ke arah mencapai Kemerdekaan di Tanah Melayu. Pendahuluan.



 Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Sebagai langkah ke arah berkerajaan sendiri, kerajaan British memperkenalkan beberapa langkah. Sistem ahli diperkenalkan pada tahun 1951. Rundingan kemerdekaan telah diadakan pada bulan Januari 1956.  Suruhanjaya Reid dibentuk untuk menggubal perlembagaan baharu bagi Tanah Melayu yang merdeka. Kemerdekaan Tanah Melayu diisytiharkan pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Isi-isi penting 1.



Sistem Ahli



 Bertujuan memberi latihan kepada pemimpin tempatan dalam pentadbiran. Beberapa orang Majlis Perundangan Persekutuan dipilih untuk mengetuai jabatan tertentu dan berfungsi seperti menteri.  Ahli-ahli terdiri daripada pelbagai kaum dan bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Tinggi. 2.



Pilihan raya Majlis Tempatan 1951-1952



 Pilihan raya ini diadakan pada peringkat tempatan sebagai langkah ke arah demokrasi berparlimen. Pada 1 Disember 1951, pilihan raya tempatan pertama diadakan bagi 9 kerusi dalam Majlis Bandaran Pulau Pinang.  Pada tahun 1952, pilihan raya Majlis Kuala Lumpur diadakan. Parti Perikatan UMNO-MCA mencapai kemenagan yang cemerlang dengan memenangi 9 kerusi daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. 3.



Pilihan raya Majlis Perumdangan Persekutuan (MPP) 1955



 Pada Julai 1955, pilihan raya diadakan bagi memilh 52 orang ahli Majlis Perudangan Persekutuan. Dalam pilihan raya ini, MIC telah meyertai UMNO dan MCA dalam Parti Perikatan.  Partti Perikatan berjaya memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 4.



Rombongan Merdeka



 Tunku Abdul Rahman telah mengetuai satu rambongan ke London pada Januari 1956 untuk membincangkan kemerdekaan Tanah Melayu.  Rombongan ini berjaya apabila kerajaan British bersetujui mengsytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. 5.



Suruhanjaya Reid



 Suruhanjaya Reid dibentuk untuk menggubal perlembagaan bagi Tanah Melayu yang baharu merdeka. Ahli-ahlinya terdiri daripada Lord Reid (Britain-Pengerusi), Sir Ivor Jennings (Britain), Sir William Mckell (Australia), Hakim Abdul Hamid (Pakistan), dan B. Malik (India).  Suruhanjaya Reid mengumumkan satu Rang Perlembagaan pada Februari 1957. Parti Perikatan membantah beberapa perkara seperti: Islam tidak diterima sebagai agama rasmi Tanah Melayu, Bahasa Mandarin dan Tamil boleh digunakan dalam Majlis Perundangan Persekutuan dalam 10 tahun selepas kemerdekaan, Seseorang dibenarkan mendapat dwikerakyatan, iaitu rakyat Tanah Melayu dan negara Tanah Melayu dan negara lain pada masa yang sama, Rang Perlembagaan ini dikaji semula oleh satu jawatankuasa Eksekutif dan Beberapa pindaan dibuat dan diluluskan oleh MajlisPerundangan Persekutuan dan berkuatkuasa pada 27 Ogos 1957. 6.



Pengisytiharan Kemerdekaan



 Tunku Abdul Rahman mengumumkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Kesimpulan  Kemerdekaan Tanah Melayu dicapai melalui tolak ansur antara kaum.  Ini menunjukkan bahawa Parti perikatan diterima oleh rakyat. Soalan 91: Galurkan perkembangan sejarah yang membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957. Pendahuluan  Gerakan nasionalisme yang telah berlangsung sejak era sebelum perang telah diteruskan pada zaman Jepun dan selepas perang  Tuntutan, desakan dan tentangan orang Melayu dan diikuti dengan kompromi yang diberikan oleh orang asing iaitu Cina dan India telah membolehkan British tidak mempunyai pilihan selain daripada memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957



Isi-isi Penting: 1.



Pendudukan Jepun telah menjadi satu teladan kepada pejuang-pejuang bangsa untuk berusaha memerdekakan Tanah Melayu. Di dorong juga oleh peristiwa-peristiwa di negaranegara jiran seperti Indonesia yang telah menyemarakkan semangat orang Melayu



2.



Sebaik Jepun menyerah kalah, British kembali ke Tanah Melayu dengan British Military Administration (BMA) iaitu pemerintahan tentera bercorak sementara sebelum satu sistem pentadbiran yang lain diwujudkan di Tanah Melayu. Berikutan perundangan-perundangan yang dilakukan di London, Unit Perancangan Tanah Melayu telah ditubuhkan dan mengumumkan Malayan Union. Rancangan ini diumumkan oleh Setiausaha Tanah Jajahan , George Hall pada 10 Oktober 1942 dan utusan khas bagi memperoleh pendapat dan tandatangan raja-raja Melayu iaitu Sir Harold Mac-Micheal telah dihantar ke Tanah Melayu.



3.



Orang Melayu menentang penubuhan MU, demonstrasi dianjurkan secara besarbesaran. Tentangan orang Melayu telah menyebabkan British mengemukakan idea Persekutuan Tanah Melayu (PTM ) yang dilancarkan pada tahun 1948.



4.



Pada 1951, kerajaan British memperkenalkan Sistem Ahli dalam Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dan ahli-ahli ini diberi taraf menteri. Antaranya ialah Dato’ Onn Jaafar yang memegang jawatan ahli hal ehwal dalam negeri, Dato’ E.E.C Thuraisingham – ahli pelajaran dan sebagainya. Sebagai memberi latihan kepada orang tempatan untuk memerintah negara sendiri. Pada 1951 pilihanraya Majlis Perbandaran Pulau Pinang diadakan untuk memilih wakil. Diikuti pilihanraya Umum yang membabitkan parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO,MIC,MCA,Parti Negara dan Pas. Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi.



5.



Pilihanraya 1955 membawa kepada rundingan ke arah kemerdekaan antara Parti Perikatan dengan British. Suruhanjaya Reid dibentuk pada 1955 bagi mengesyorkan pembentukan satu Perlembagaan Persekutuan berdasarkan demokrasi berparlimen. Januari 1956, rombongan 8 orang wakil berangkat ke London dalam misi mendapatkan kemerdekaan. British setuju memberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan pengumuman secara rasmi telah dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka. Kesimpulan



 Kemerdekaan yang dicapai pada Ogos 1957 bukanlah satu proses yang mudah untuk dicapai.  Matlamat kemerdekaan itu hanya dapat dicapai setelah melalui satu proses yang sangat panjang. Soalan 92: Bincangkan Faktor-Faktor Pembentukan Malaysia pada 1963 Pendahuluan  Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan penubuhan gagasan Persekutuan Malaysia pada tahun 1961 atas sebab kerjasama politik dan kepentingan ekonomi. Cadangan beliau



menjadi realiti apabila Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, dan Sabah dibentuk pada 16 September 1963  Persekutuan Malaysia dibentuk berdasarkan factor politik, ekonomi dan sosial. Isi-Isi Penting Kemerdekaan  Pembentukan Persekutuan Malaysia akan mempercepatkan kemerdekaan Sarawak, Sabah, Singapura, dan Brunei. Negeri-negeri ini masih dibawah penjajahan British. Saiz Singapura dan jumlah penduduk Sarawak, Sabah, dan Brunei yang kecil menyulitkan usaha mendapatkan kemerdekaan secara bersendirian dari British. 



Keanggotaan mereka dalam kemerdekaan yang lebih awal.



Persekutuan



Malaysia



akan



menjamin



pencapaian



Keselamatan/ancaman komunis/pengaruh berhaluan kiri.  Menjaga keselamatan dan kestabilan politik singapura dan Sarawak daripada ancaman komunis. Penyertaan singapura, sabah, dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia dapat dijadikan benteng pertahanan yang kukuh terhadap ancaman komunis tersebut. 



Bagi British, Pembentukan Persekutuan Malaysia dilihat sebagai satu langkah bagi kestabilan politik kepada rantau Asia Tenggara. British berharap Pembentukan Persekutuan Malaysia dapat melemahkan perjuagan komunis di Sarawak dan di wilayah Borneo. Usaha ini penting bagi british untuk melindungi kepentingan ekonominya di rantau Asia Tenggara khasnya di singapura. Dekolonisasi



 Pembentukan Persekutuan Malaysia dianggap sebagai satu proses dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil yang belum membangun. Memberi pembebasan kepada tanah jajahan.  Idea Pembentukan Persekutuan Malaysia sejajar dengan usul PPB tersebut. Pada ketika itu, hampir semua Negara di Asia Tenggara telah mendapat kemerdekaan. Kemajuan sosioekonomi  Penubuhan Persekutuan Malaysia dapat menjamin kerjasama yang lebih erat dari segi ekonomi. Membentuk satu kawasan pasaran ekonomi yang luas. Tanah melayu kaya dengan bahan mentah seperti bijih timah dan getah. Sarawak dan Sabah kaya dengan sumber balak dan tembakau. Brunei kaya dengan sumber minyak. Menyatukan sumber tenaga manusia dan sumber asli dalam kalangan negeri dalam Persatuan.  Menghapuskan sekatan cukai dalam kalangan Negeri Persekutuan. Memudahkan usaha menarik pemodal luar. Memajukan taraf hidup rakyat Sarawak, sabah, dan brunei.  Menbawa manfaat ekonomi kepada singapura kerana bekalan bahan mentah terjamin. Meningkatkan perusahaan dan pangkalan British di singapura. Kependudukan/ keseimbangan kaum







Mengimbangi penduduk Melayu dan Bumiputera dengan bukan bumiputera dalam Persekutuan Malaysia. Tunku Abdul Rahman bimbang akan timbul masalah ketidakseimbangan kaum sekiranya hanya singapura sahaja yang menyertai Persekutuan Tanah Melayu dalam gabungan Malaysia. Bilangan kaum cina akan melebihi kaum Melayu keran 80% daripada penduduk singapura merupakan orang cina.



 Penyertaan Sabah, Sarawak, dab Brunei ke dalam Persekutuan Malaysia dapat mengatasi masalah ketidakseimbangan kaum. Sabah, Sarawak, dan Brunei mempunyai bilangan bumiputera yang ramai. Penutup  Pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah, dan Singapura. Brunei menarik diri atas soal hasil minyak dan kekananan menjadi ketua Negara Persekutuan.  Pembentukan Malaysia memperlihatkan usaha kea rah mempercepatkan kemerdekaan dan kepentingan ekonomi negeri-negeri anggota. Soalan 93: Bincangkan reaksi dalam dan luar negara terhadap pembentukan Malaysia. Pendahuluan  Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan penubuhan gagasan Persekutuan Malaysia pada tahun 1961 atas sebab kerjasama politik dan kepentingan ekonomi. Cadangan beliau menjadi realiti apabila Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, dan Sabah dibentuk pada 16 September 1963  Persekutuan Malaysia dibentuk berdasarkan factor politik, ekonomi dan sosial. Isi-isi Penting: 1.



Reaksi dalam Negara Persekutuan Tanah Melayu



 Persekutuan tanah melayu melihat pembentukan gagasan tanah melayu sebagai usaha murni untuk membantu dan memimpin negeri2 anggota. Parti politik di tanah melayu menyokong cadangan Tunku Abdul Rahman dan menerima prinsip gagasan persekutuan malaysia.  Parti Islam se-tanah melayu (PAS) dan barisan sosialis mahu idea gagasan dirundingkan terlebih dahulu dalam kalangan rakyat. UMNO menyokong penggambungan dengan sabah, sarawak dan brunei tetapi tanpa singapura. Singapura  Parti Tindakan Rakyat (PETIR) dibawah Lee Kuan Yew memenangi pilihan raya umum pada 1959 ingin bergabung dengan Persekutuan tanah melayu. Perpecahan dalam PETIR berlaku berikutan perbezaan fahaman politik antara ahli yang berpendidikan Inggeris dengan ahli yang berpendidikan cina. Lee kuan Yew menghadapi tentangan hebat daripada



ahli berpendidikan cina yang berhaluan kiri. PETIR kalah dalam pilihan raya kecil Hong Lim pada April 1961 dan pilihan raya kecil Anson pada bulan julai 1961. 



Lee Kuan Yew berunding dengan Tunku Abdul Rahman dan menyeru supaya penggabungan diantara kedua-dua negeri ini dijalankan dengan secepat mungkin. Golongan Berhaluan kiri pimpinan Dvid Marshall, pemimpin sekretariat kongres kesatuan sekerja singapura, barisan sosialis, dan parti buruh membantah cadangan Lee Kuan Yew. Lee Kuan Yew terpaksa mengadakan satu pungutan suara. Sabah



 Pengumuman gagasan Persekutuan Malaysia telah melahirkan beberapa buah parti politik yang masing2 memperjuangkan hak dan kepentingan kaum tertentu. Masyarakat kadazan menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) yang berjuang mengeratkan hubungan orang kadazandusun. Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) ditubuhkan di bawah pimpinan Dato Mustapha Datu Harun menyokong gagasan malaysia kerana ekonomi dsn politik akan terjamin jika sabah menyertai persekutuan malaysia.  Parti pasok Momogun pimpinan G.S. Sundang disokong oleh orang cina berasa bimbang dengan kedudukan ekonomi mereka sekiranya Sabah meyertai perssekutuan tanah melayu. Parti Bersaatu dan parti Demokratik membentuk persatuan cina sabah (SCA) dengan tujuan menjaga kepentingan masyarakat cina di sabah. Sarawak  Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bimbang sarawak dan sabah akan dikuasai oleh persekutuan tanah melayu. Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) pimpinan Stephen kalong Ningkan menentang pembentukan Persekutuan Malaysia dan menamatkan penentangan apabila menyertai Parti Perikatan Sarawak pada tahun 1962. Parti Negara Sarawak (PANAS) menentang pembentukan Malaysia pada awalnya tetapi memberi sokongan apabila sedar dan manfaat ekonomi sarawak yang diperoleh.  wakil sabah dan sarawak mengemukakan perkara 20 untuk di masukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia yang akan dibentuk oleh jawatankuasa antara kerajaan (JAK). Brunei 



Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan Persekutuan Malaysia sebab ingin mempercepatkan kemerdekaan, memerlukan perlindungan, dan brunei akan terselamat dari ancaaman komunis. Pemimpin Parti Rakyat Brunei A.M. Azahari menentang hebat pembentukan malaysia kerana ingin memulihkan zaman kegemilangan, menubuhkan Persekutuan Bor neo, dan mendakwa brunei akan menjadi tanah jajahan di tsanah melayu.







A.M.Azahari mendapat sokongan kewangan dari Filipina dan indonesia yang juga menentang pembentukan malaysia. Apabila Azahari gagal mendapat sokongan dari Sultan Brunei, beliau melancarkan pemberontakan ingin menggulingkan Sultan Brunei pada 7 disember 1962 yang dikenali sebagai Pemberontakan Brunei tetapi dikalahkan oleh tentera british. Sultan Omar Saifuddin menolak jemputan tanah melayu menyertai gagasan Persekutuan Malaysia pada bulan julai 1963.



2.



Reaksi luar negara British



 British bersetuju dengan idea pembentukan gagasan persekutuan malaysia. British bimbang ancaman komunis berpendapat bahawa pembentukan persekutuan Malaysia dapat menyekat perkembangan pemgaruh komunis.  British berharap agar indonesia mengugurkan tuntutannya terhadap kepualauan borneo. British berhasrat melindungi kepentingan ekonominya di malaysia dan masih meneruskan bantuan ketenteraanya. Filipina  Filipina dibawah pimpinan Presiden Macapagal menentang persekutuan Malaysia dan mendakwa Sabah adalah milik Filipina. Menurut Presiden Macapagal, kesultanan sulu memajak sabah kepada SBUB dan bukan menjualnya. Ini dibuktikan dengan pembayaran tahunan secara tetap oleh SBUB kepada Sultan Sulu.  Hubungan Tanah Melayu dengan Filipina renggang apabila A.M.Azahari melawat macapagal dan menghasut agar tidak menyokong gagasan persekutuan malaysia. Pada tahun 1946, SBUB telah menyerahkan Sabah kepada British, pajakan ini telah diisytiharkan tamat oleh waris sultan sulu. Filipina mengiktiraf penubuhan malaysia pada jun 1966. Indonesia  Menganggap pembentukan malaysia adalah satu bentuk neokolonialisme yang akan mengancam indonesia. Memberikan latihan tentera kepada anggota parti rakyat brunei yang memberontak pada disember 1962. Menggunakan pemberontakan parti rakyat brunei sebagai alasan brunei tidak menyokong pembentukan malaysia. Mengumumkan secara rasmi sokongan kepada A.M.Azahari semasa pemberontakan brunei.  Hubungan tanah melayu dengan indonesia yang renggang. Sebab konfrontasi ialah soekarno menuduh malaysia sebuah negara neokolis. Penutup  Pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah, dan Singapura. Brunei menarik diri atas soal hasil minyak dan kekananan menjadi ketua Negara Persekutuan.  Pembentukan Malaysia memperlihatkan usaha kea rah mempercepatkan kemerdekaan dan kepentingan ekonomi negeri-negeri anggota. Soalan 94: Bincangkan isi-isi perjanjian Malaysia pada tahun 1963 Pendahuluan  Rundingan akhir pembentukan Malaysia diadakan di London pada bulan Jun 1963. Setelah persetujuan dicapai, perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963 antara kerajaan Britain, Tanah Melayu, Singapura, Sabah, dan Sarawak yang mengesahkan peralihan kedaulatan Britain ke atas Sabah, Sarawak, dan Sarawak. Ratu Elizabeth 2 telah



memperkenankan Akta Malaysia yang diluluskan oleh Parlimen British. Ini seterusnya disusuli dgn kelulusan perjanjian Malaysia oleh Parlimen Tanah Melayu, Dewan Perhimpunan Singapura, Majlis Undangan Sarawak, dan Majlis Undangan Sabah . Pada 26 Ogos 1963, Yang di-Pertuan Agong tlh memperkenankan Akta Malaysia.  Akta Malaysia tlh memperuntukkan beberapa perkara yang kemudiannya diterima dan dimasukkan ke dlm perlembagaan persekutuannya. Isi-isi penting Isi-isi Perjanjian Malaysia 1963 1.



Semua urusan yang berkaitan dgn hal ehwal luar terletak di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab kerajaan persekutuan.



2.



Agama Islam adalah agama rasmi persekutuan, kecuali Sabah dan Sarawak tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dgn bebas.



3.



Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan, tetapi bahasa Inggeris dan bahasabahasa lain masih boleh digunakan. Bagi negeri Sabah dan Sarawak, bahasa rasmi bahasa Inggeris dan bahasa itu masih boleh digunakan sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia.



4.



Sabah dan Sarawak diberi kuasa mengawal hal ehwal imegresen dan perkhidmatan awam di kedua-dua negeri itu.



5.



Sarawak memperoleh 24 kerusi, Sabah 16 kerusi, dan Singapura 15 kerusi dlm badan perundangan di peringkat persekutuan, iaitu parlimen.



6.



Rakyat bumiputera di Sabah dan Sarawak mendapat taraf yang sama, iaitu kedudukan istimewa dlm perlembagaan persekutuan seperti yang dinikmati oleh orang melayu di Tanah Melayu. Penutup



 Hampir semua tuntutan Sabah dan Sarawak diberikan pertimbangan sewajarnya, diterima, dan dimuatkan dlm perlembangan Malaysia 1963.



 Dengan ini, pembentukan gagasan Persekutuan Malaysia menjadi kenyataan pada 16 September 1963. 4.1 Sistem Pemerintahan 4.1 Sistem Pemerintahan Soalan 95: Huraikan sistem pemerintahan persekutuan, Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen di Malaysia Pengenalan  Konsep Isi-isi Penting: Persekutuan



pemerintahan



a)



Pemerintahan persekutuan dibahagikan kepada dua peringkat pemerintahan – kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi dalam



b)



bidang perundangan tertentu Ketua negara – YDP Agong ( mengikut nasihat



Jemaah Menteri Persekutuan serta



Majlis Raja-Raja) c) Perdana Menteri – ketua pentadbir Negara d) Terdapat Parlimen – mengandungi 2 Dewan ( Dewan Rakyat dan Dewan Negara) e) Setiap negeri diketuai oleh Sultan / Gabenor dan dibantu oleh Menteri Besar/Ketua Menteri Raja Berpelembagaan a)



YDP Agong sebagai ketua negara yang memerintah berdasarkan kuasa yang diberikan kepada baginda oleh perlembagaan



b)



Menjadi lambang perpaduan



c)



Mempunyai kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman



d)



Dipilih daripada 9 orang Raja Melayu secara bergilir-gilir dalam tempoh 5 tahun Demokrasi Berparlimen



a) b)



Perlembagaan menjadi asas pembentukan kerajaan Kuasa pemerintahan dibahagi kepada tiga badan (perundangan, eksekutif dan kehakiman)



c)



Parlimen adalah lambang pemerintahan demokrasi



d)



Pilihanraya diadakan 5 tahun sekali



e)



Wujud parti-parti politik dengan ideologi tersendiri



f)



Setiap warganegara ada hak kebebasan asasi Penutup



 Apa-apa yang berkaitan Soalan 96: Jelaskan peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan di Malaysia Pengenalan  Ketua negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Baginda merupakan Raja Berperlembagaan dan tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Jawatan baginda diwujudkan sejak tahun 1957 mengikut Perlembagaan Malaysia. YDPA merupakan lambang kedaulatan dan ketertinggian kuasa negara. Baginda menjadi tumpuan taat setia seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan kaum. YDPA dipilih oleh Majlis Raja-raja dalam kalangan sembilan orang sultan Melayu mengikut peraturan pemilikan yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia.



 Jawatan YDPA dipegang secara bergilir-gilir dan bukan diwariskan mengikut keturunan. Jawatan YDPA dipegang seiama lima tahun oleh setiap raja yang dipilih untuk memegang jawatan tersebut. YDPA tidak memiliki kuasa mutlak kerana baginda terikat dengan kuasa Perlembagaan Persekutuan. YDPA menjalankan kuasa pemerintahan negara berdasarkan nasihat Perdana Menteri. Isi-isi Penting: a)



Pemerintah tertinggi angkatan tentera bersenjata Persekutuan Malaysia. Baginda merupakan lambang kedaulatan dan menjadi penaung kepada kekuatan negara. Majlis Angkatan Tentera di bawah kuasa am YDPA bertanggungjawab untuk memerintah, menjaga tatatertib, mentadbir dan menguruskan segala perkara yang berhubung dengan angkatan tentera. Baginda juga berkuasa untuk menjatuhkan hukuman, pengampunan dan menangguhkan hukuman bagi kesalahan yang dibicarakan dalam mahkamah tentera. YDPA juga berkuasa mengampunkan kesalahan-kesalahan lain di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan dan segala hukuman yang dijatuhkan dalam Mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.



b)



Dari aspek agama, YDPA ialah ketua agama Islam bagi negeri-negeri yang tidak beraja seperti Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. YDPA merupakan pelindung dan penaung agama Islam di kawasan-kawasan tersebut.



c)



Dalam bidang perundangan, YDPA bertanggungjawab untuk memperkenankan rang undang-undang yang dilakukan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum diisytiharkan menjadi undang-undang yang sah. Semua pelaksanaan undang- undang yang diluluskan oleh Parlimen memerlukan pengiktirafan baginda sebelum dikuatkuasakan. Baginda mestilah mengiktiraf undang-undang yang baharu dalam tempoh 30 hari selepas diluluskan oleh Parlimen. Sekiranya baginda tidak bersetuju dengan rang undang-undang tersebut, baginda boleh merujuknya kepada Parlimen untuk dibincangkan semula.



d)



YDPA mempunyai kuasa untuk melantik Perdana Menteri, Hakim dan Jemaah Menteri. Baginda juga berkuasa melantik dan mewujudkan jawatan Jemaah Menteri atas nasihat Perdana Menteri. Baginda berkuasa melantik anggota Jemaah Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.



e)



YDPA juga bertanggungjawab untuk melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Agung dan hakim-hakim mahkamah tinggi. YDPA turut bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa masyarakat Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak.



f)



YDPA juga berkuasa untuk memanggil, menangguh dan membubarkan Parlimen atas nasihat Perdana Menteri. Tiada orang lain yang berhak melaksanakan tanggungjawab tersebut. Baginda juga boleh menolak permintaan untuk membubarkan Parlimen jika belurn cukup tempoh lima tahun. Baginda boleh memberikan ucapan dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Di samping itu, YDPA boleh meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja tentang keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu.



g)



YDPA juga bertanggungjawab untuk mentauliahkan duta-duta yang dihantar ke luar negara dan menerima tauliah duta dari negara asing. Baginda juga perlu menyambut tetamu



luar negara yang setaraf dengan baginda seperti Ratu England atau Maharaja Jepun. Baginda juga berperanan menganugerahkan pingat kehormat kepada orang yang telah berjaya atau banyak berjasa kepada negara. YDPA juga bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan rakyat secara menyeluruh. Kesimpulan  Kesimpulannya, YDPA sebagai ketua negara memikul peranan dan tanggungjawab tidak terhad di dalam dan luar negara. Namun dalam menjalankan kuasa eksekutif, baginda bertindak atas nasihat Perdana Menteri seperti melucutkan jawatan atau melantik hakim, Jemaah Menteri, Ketua Peguam Negara, Ketua Polis Negara dan Pengerusi Suruhanjaya. 4.2 Pembinaan Negara Bangsa 4.2 Pembinaan 4.2.1 : Pembangunan Sosial



Negara



Bansa



Soalan 97: Huraikan dasar-dasar pembangunan sosial yang telah dilaksanakan di Malaysia Pengenalan 



Konsep pembangunan sosial di Malaysia Isi-isi Penting Dasar Bahasa Kebangsaan







Perkara 152, perlembagaan – Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, walau bagaimanapun penggunaan dan pembelajaran bahasa-bahasa lain tidak boleh dihalang.



 Tujuan : untuk menyatupadukan rakyat yang pelbagai kaum Dasar Pendidikan Kebangsaan  Bahasa Kebangsaan dijadikan bahasa pengantar utama 



Pendidikan untuk semua. Mengadakan kurikulum yang sama bagi semua jenis sekolah. Kurikulum terbahagi kepada 2, iaitu: KBSR dan KBSM. Penekanan juga diberikan kepada kegiatan kokurikulum







Meningkatkan mutu pendidikan dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu



 Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun  Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu  Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik  Mempelbagai dan memperbanyak kemudahan pendidikan di peringkat universiti



 Meningkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin Dasar Kebudayaan Kebangsaan 



Berasaskan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971. Bersasaskan 3 prinsip iaitu; Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan; Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan dan Memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.



 Bentuk kebudayaan kebangsaan : berteraskan kebudayaan rakyat asal serantau, unsusrunsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima dan Islam dijadikan unsur pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Rukun Negara  Digubal oleh Majlis Perundingan Negara (MPN) dalan mesyuarat pertama MPN pada 27 Januari 1970. Tercipta ekoran daripada berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969  Objektif iaitu, Mencapai perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat, Memelihara cara hidup yang demokratik dan Membentuk masyarakat yang adil supaya kemakmuran dinikmati bersama secara adil dan saksama Penutup  Apa-apa yang berkaitan 4.2.2 Pembangunan Ekonomi Soalan 98: Huraikan dasar-dasar pembangunan yang telah dilaksanakan di Malaysia Pengenalan  Konsep pembangunan ekonomi di Malaysia Isi-isi Penting: Dasar Pembangunan Luar Bandar  Berhasrat untuk melahirkan masyarakat luar bandar yang progresif, berilmu dan berintegriti di samping mewujudkan kawasan luar bandar yang maju dan menarik. Objektifnya ialah Memastikan supaya setiap penduduk luar bandar mempunyai minda dan sikap yang positif serta berdikari, Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan tinggal dalam persekitaran harmoni, indah, selamat dan terpelihara alam sekitarnya dan menjadi tarikan kepada masyarakat bandar serta pelancong asing 



Pada 10 April 1984, Tun Dr Mahathir Mohammad selaku Perdana Menteri telah memperkenalkan Halacara Baru Pembangunan Kampung Dan Luar Bandar. Tujuannya adalah untuk meningkatkan taraf hidup melalui pembasmian kemiskinan, menekankan penggunaan teknik teknik moden dan pelbagai kemudahan untuk menambah pengeluaran petani-petani, menggalakkan penggeluaran berskala besar dengan bimbingan dan latihan organisasi tertentu dan melibatkan perkidmatan sosial untuk membaiki taraf hidup seperti



projek perumahan awam, kemudahan pengangkutan, kesihatan, pelajaran dan kemudahan rekreasi.  Program –program yang telah dilaksanakan (a)



Pembangunan Industri Kecil



(b)



Penubuhan RIDA untuk merancang dan menyediakan rancangan pembangunan ekonomi luar bandar



(c)



Lembaga Kemajuan Tanah Pesekutuan – ditugaskan membuka tanah untuk penempatan baru dan menambah hasil pertanian



(d)



Kemententerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar ditubuhkan untuk menyelaras projek pembangunan luar bandar



(e)



Kerajaan menyediakan bantuan kredit luar bandar



(f)



Penubuhan FELCRA , MARDI dan RISDA



(g)



Rancangan pembangunan Wilayah KETENGAH, KESEDAR



(h)



Bahagian Industri Kampung untuk menggiatkan lagi program perindustrian di kampong



(i)



Program-program pembangunan di bawah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Dasar Ekonomi Baru (DEB)



 DEB telah diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak. Latar belakang ekonomi sebelum merdeka disebabkan oleh pembangunan yang tidak seimbang – ekonomi dualism, jurang ekonomi antara kaum dan corak kegiatan ekonomi mengikut kaum- mengakibatkan jurang antara kaum  Dilaksanakan untuk tempoh dua dekad ( 1970-1990) Objektif : memperbaiki kedudukan sosioekonomi yang tidak seimbang antara kaum, mengurangkan dan menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum dan mempercepat proses penyusunan semula masyarakat Dasar Pembagungan Negara  Dimulakan pada 3 Februari 1986 meliputi tempoh 10 tahun ( 1986-1995)  Matlamat penting ialah, menjadikan sektor perkilangan sebagai pemangkin pertumbuhan perindustrian Negara, menggalakkan penggunaaan sepenuhnya sumber asli Negara dan meningkatkan penyelidikan (R&D) teknologi tempatan sebagai asas Dasar Perindustrian Negara  Terdapat 12 sektor dikenal pasti untuk diberi tumpuan iaitu sektor yang berasaskan sumber tempatan getah, kelapa sawit, kayu kayan, masakan, kimia, logam bukan ferus dan galian bukan ferus dan sektor industri yang bukan berasaskan sumber seperti elektrik,dan elektronik, peralatan pengangkutan, mesin, kejuruteraan, logam-logam ferus, tekstil dan pakaian



 Strategi yang telah dilaksanakan ialah Menyusun semula struktur galakan perindustrian yang sedia ada, Mempelbagai eksport dan menggalakkan sektor gentian import, Menggalakkan penggunaan barangan buatan Malaysia, Mempelbagaikan pasaran eksport termasuk mencari pasaran baharu di negara-negara yang sedang membangun, Memperluaskan kegiatan industri ke kawasan-kawasan yang kurang maju, Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan oleh pihak awam dan swasta, Menggalakkan industri berat dan Menggalakkan pertumbuhan perushaan kecil Dasar Pertanian Negara  Dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Musa Hitam ( Pengerusi Jawatankuasa Kabinet – Dasar Pertanian Negara)  Objektif: garis panduan pembangunan pertanian untuk meningkatkan pendapatan daripada sumber pertanian, menggariskan pendekatan bersepadu yang tidak berasaskan satu komoditi,memaksimakan pendapatan pengusaha, bertujuan untuk memaju dan meningkatkan hasil serta mutu komoditi  Strategi: (a)



Pembukaan tanah baharu, pembangunan institusi, perkhidmatan sokongan pertanian dan pembangunan sosial.



(b)



Membangunkan kawasan-kawasan melalui MADA, KADA dan perbadanan-perbadanan pembangunan wilayah



(c) (d)



Meningkatan penyelidikan melalui institusi seperti PORIM, MARDI, RRI Meningkatkan mutu persembahan dan pembungkusan , pengenalan kepada sistem gred, penstabilan harga dan pengukuhhan kemudahan infrastuktur dengan bantuan FAMA dan LPP Penutup



 Apa-apa yang berkaitan Soalan 99: Huraikan sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dalam konteks perjuangan dan pembangunan Negara Malaysia. Pengenalan  Putera kepada Sultan Abdul Halim, Sultan Kedah ke-24. Dilahirkan pada 8 Februari 1903. Anak Melayu pertama berkelulusan University Of Cambridge, England. Merupakan Perdana Menteri Malaysia yang Pertama.  Dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan Isi-isi Penting: Sumbangan Politik a)



penentangan terhadap Malayan Union



b)



menerajui kepimpinan UMNO



c)



memperjuangkan kemerdekaan



d)



mengemukakan idea pembentukan Malaysia



e)



mengasaakan PERKIM ( Pertubuhan Kebajikan Islam)



f)



Membantu dalam penubuhan OIC pada tahun 1969 Sumbangan Ekonomi



a)



Kerajaan Perikatan di bawah pimpinan beliau melancarkan Rancangan Malaya Pertama



b)



Menubuhkan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada tahun 1959 Sumbangan Sosial



a)



melancarkan projek pembangunan seperti pembinaan Masjid Negara, Stadium Negara, Muzium Negara, Bangunan Parlimen dan lain-lain



b)



menganjurkan pembentukan jawatankuasa pendidikan untuk mengkaji pembentukan dasar pendidikan kebangsaan



c)



mencadangkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Penutup



 Apa-apa yang berkaitan Soalan 100: Huraikan Sumbangan Tun Abdul Razak bin Dato Hussein Pengenalan  Beliau Dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Pekan, Pahang. Anak sulung kepada Orang Kaya Indera Shahbandar Datuk Hussein. Lulusan daripada Lincoln’s Inn di London. Menjadi Perdana Menteri yang Kedua pada 22 September 1970  Diberi gelaran Bapa Pembangunan Isi-isi Penting: Sumbangan Politik a)



salah seorang yang menyertai rombongan kemerdekaan pada tahun 1956



b)



memperluaskan gabungan perikatan (UMNO-MIC-MCA) kepada parti-parti lain seperti Gerakan, dan PPP



c)



banyak melakukan perubahan dalam angkatan tentera seperti alat kelengkapan, melancarkan RELA dan Skim Rukun Tetangga



d)



mengubah dasar luar dari pro-Barat dan anti-komunis kepada Dasar Berkecuali



e) f) g)



menjadi Pengarah MAGERAN untuk menyelesaikan masalah perkauman selepas rusuhan 1969 melancarkan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 mewakili Malaysia menjalin hubungan dan rundingan Malaysia-Indonesia selepas peristiwa konfrantasi Sumbangan Ekonomi



a)



di bawah seliaan beliau Kementerian Pembangunan dan Luar Bandar telah mewujudkan Bilik Gerakan Negara di Kuala Lumpur untuk menyelaraskan program di peringkat bandar, daerah dan kampung, mengawasi FELDA, FELCRA



b)



melancarkan Dasar Ekonomi Baru pada tahun pertama pentadbirannya sebagai Perdana Menteri



c)



memulakan pelan pembangunan yang komprehensif yang dikenali sebagai Rancangan Malaysia Lima Tahun



d)



menubuhkan agensi-agensi untuk membantu penduduk luar bandar seperti Lembaga Beras dan Padi Negara, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah ( RISDA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan sebagainya



e)



memperkenalkan Rancangan Buku Merah dan Buku Hijau Sumbangan Sosial



a)



sebagai Menteri Pendidikan telah memperkenalkan Penyata Razak



b)



mengusahakan penubuhan sistem pendidikan kebangsaan demi untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum



c)



meneruskan usaha Tunku Abdul Rahman dalam sistem pendidikan dengan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara pada tahun 1972 Penutup



 Apa-apa yang berkaitan Soalan 101: Huraikan sumbangan Tun Hussein bin Onn Pengenalan  Beliau Dilahirkan peda 12 Februari 1922 di Johar Bharu. Anak kepada Dato Onn Jaafar, lulusan undang-undang dari Lincoln’s Inn, London. Menjadi Perdana Menteri yang Ketiga pada 15 Januari 1976.  Dikenali sebagai Bapa Perpaduan Isi-isi Penting: Sumbangan Politik



a)



menyelesaikan kemelut politik di Kelantan pada tahun 1977



b)



menghapuskan amalan rasuah dalam kalangan kaki tangan kerajaan dan kepimpinan UMNO



c)



membentuk KUB ( Koperasi Usaha Bersatu ) untuk menggalakkan penyertaaan kaum Melayu dalam bidang perniagaan



d)



mengukuh dan memperbesar angkatan bersenjata akibat krisis kejatuhan Vietnam ke tangan komunis



e)



berusaha mengukuhkan perpaduan dalam kalangan ahli UMNO Sumbangan Ekonomi



a)



Melancarkan Rancangan Malaysia Ketiga pada tahun 1976



b)



Pembukaan tanah secara besar-besaran di bawah program pembangunan wilayah yang dilaksanakan oleh agensi seperti KEJORA, KETENGAH, DARA dan KESEDAR



c)



Menggalakkan kaum Melayu dan golongan bumiputera lain dalam pemilikan modal dan saham dengan mengumumkan pindaan hak milik Skim Amanah Nasional dikendalikan oleh Yayasan Pelaburan Bumiputera Sumbangan Sosial



a)



semasa menjadi Menteri Pelajaran, pada tahun 1970 menjadikan Bahasa Melayu sebagai syarat wajib lulus dalam peperiksaan awam.



b)



memperkenalkan sistem kuota dalam kursus iktisas di universiti tempatan



c)



memulakan langkah dalam penubuhan Universiti Pertanian Malaysia



d)



Melancarkan Lembaga Perpaduan Negara



e)



merasmikan PEMADAM untuk menghadapi ancaman dadah Penutup



 Apa-apa yang berkaitan Soalan 102: Huraikan sumbanga Tun Dr Mahathir bin Mohammad dalam konteks pemodenan Negara malaysia Pengenalan  Beliau Dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Kedah. Anak bongsu daripada sembilan adik beradik. Beliau merupakan Lulusan Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura.  Pada tahun 1976 menjadi Timbalan Perdana Menteri. Menjadi Perdana Menteri keempat pada tahun 1981. Dikenali sebagai Bapa Pemodenan Isi-isi Penting:



Sumbangan Politik a)



orang pertama mendaftar sebagai ahli apabila UMNO ditubuhkan



b)



memperkenalkan kempen Bersih, Cekap dan Amanah dan Kepimpinan Melalui Teladan



c)



memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur untuk meningkatkan produktiviti



d)



memperkenalkan idea wawasan 2020 Sumbangan Ekonomi



a)



menolak konsep pasaran bebas “laissz faire” dan menganjurkan ekonomi terkawal agar tidak dimonopoli oleh pihak-pihak tertentu



b)



melancarkan program Penswastaan dan Dasar Pensyarikatan pada tahun 1983



c)



memperkenalkan dasar Sogoshosha



d)



melancarkan Dasar Perindustrian Negara



e)



berjaya mengawal masalah kegawatan ekonomi pada tahun 1997 Sumbangan Sosial



a) b)



memperkenalkan Program Pengurusan Kualiti Menyeluruh ( TQM) memperkenalkan Dasar Komunikasi Negara pada tahun 1994, mengasaskan Pusat Kajian Angkasa Lepas dan menubuhkan Planetarium Negara



c)



melancarkan satelit milik Malaysia – MEASAT 1 pada tahun 1995



d)



melancarkan Koridor Raya Mutimedia (MSC)



e)



pembinaan KLIA dan Menara Kembar Petronas dan membangunkan Putrajaya Penutup



 Apa-apa yang berkaitan 4.3 Wawasan 2020 4.3 Wawasan 2020 Soalan 103: Huraikan cabaran dan strategi utama Negara Malaysia dalam usaha merealisasikan wawasan 2020 Pengenalan  Wawasan 2020 merupakan gagasan negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Idea wawasan ini telah dicetuskan oleh Perdana Menteri keempat, iaitu Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Matlamat Wawasan 2020 adalah untuk menjadikan negara ini sebagai sesebuah negara industri yang maju dan setanding dengan negara-negara maju yang lain.



 Terdapat beberapa perkara asas yang perlu dititik beratkan untuk mencapai kemajuan bersepadu seperti perpaduan rakyat, kestabilan politik, ketinggian taraf hidup, kekukuhan nilai moral dan etika, kekukuhan sistem kerajaan, ketinggian maruah bangsa serta semangat yakin diri bangsanya. Terdapat Sembilan cabaran yang perlu dihadapi oleh negara Malaysia bagi merealisasikan Wawasan 2020. Isi-isi Penting: a.



Cabaran yang pertama ialah membina bangsa Malaysia yang bersatu padu. Malaysia menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum dengan rakyat hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya secara adil serta didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. Asas kekuatan penting untuk kejayaan sesebuah negara ialah perpaduan yang menjadi cabaran pertama Wawasan 2020. Semua ini telah dilakukan melalui pelbagai dasar kerajaan sepanjang tiga dekad lalu seperti Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, dan Dasar Pembangunan Nasional sebagai usaha mewujudkan perpaduan kaum dan rakat yang beridentitikan Malaysia.



b.



Cabaran kedua ialah membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram, dan keyakinan. Masyarakat Malaysia mesti dapat dikenali melalui usaha untuk mencapai kecemerlangan, sedar terhadap semua kemampuan yang ada, tidak mudah mengalah kepada sesiapa dan dihormati oleh rakyat negara lain. Masyarakat Malaysia perlu berbangga dengan pencapaian dan berani menghadapi pelbagai masalah. Rakyat Malaysia yang memiliki dan menghayati ciri-ciri tersebut akan menjadi sebuah bangsa gagah yang sentiasa berusaha untuk memajukan negara sehingga dapat mengangkat martabat bangsa dan negara di persada antarabangsa serta mampu mematahkan serangan musuh dengan mudah.



c.



Seterusnya, memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang. Malaysia perlu mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang dan prinsip demokrasi yang menjadi amalan boleh dijadikan contoh oleh kebanyakan negara membangun yang lain. Sebuah masyarakat yang matang dapat dilahirkan sekiranya dipupuk dan dibina. Masyarakat demokratik memiliki kebebasan untuk memilih kerajaan. Rakyat yang rasional akan menggunakan hak-hak demokrasi dengan bijak. Perasaan tidak puas hati dan teguran disalurkan melalui saluran tertentu secara berhemah dan bersifat membina.



d.



Selain itu, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika bagi merealisasikan Wawasan 2020. Etika melibatkan tingkah laku atau perangai yang berkait rapat dengan tabiat dan kelakuan manusia. Tabiat dibina di atas tiga unsur, iaitu ilmu, kemahiran, dan keinginan. Bagi membentuk etika yang baik, seseorang perlu mempunyai ilmu pengetahuan, kemahiran, dan keinginan yang tinggi. Ketiga-tiga unsur penting itu perlu diasah dan dipupuk sekaligus dihayati bagi melahirkan rakyat Malaysia yang dinamik dan berusaha untuk meningkatkan hasil kerja yang cemerlang. Kepatuhan kepada agama, pengamalan budaya dan tradisi yang cemerlang, keberkesanan sistem pendidikan, dan keunggulan sistem kekeluargaan juga menjadi sumber untuk membina sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika. Falsafah Pendidikan Negara contohnya, bertujuan untuk melahirkan masyarakat berilmu, berakhlak, seimbang dan harmonis.



e.



Cabaran yang kelima ialah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal, dan bertolenrasi. Masyarakat yang matang mampu berfikir secara rasional dan tidak bertindak secara melulu. Mereka akan membebaskan diri daripada fahaman sempit dan berfikiran



terbuka menerima perubahan dan pandangan orang lain. Masyarakat yang bertolenrasi dapat digambarkan melalui kebebasan yang dianuti oleh setiap rakyat untuk mengamalkan adat resam, kepercayaan, dan kebudayaan masing-masing tanpa menjejaskan kesetiaan kepada negara. Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Bahasa Kebangsaan merupakan langkah ke arah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertolenrasi. f.



Seterusnya, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang maju dan saintifik. Masyarakat maju ialah masyarakat progresif yang dapat menyerap segala perubahan persekitaran agar dapat mencapai kecemerlangan. Masyarakat yang maju tidak boleh terpisah daripada masyarakat saintifik. Penguasaan ilmu pengetahuan berunsurkan sains dan teknologi merupakan ukuran kemajuan sesuatu bangsa. Masyarakat yang maju dan saintifik mempunyai budaya ilmu yang menjana produktiviti, kreativiti dan inovatif. Malaysia seharusnya mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan dan turut sama menyumbang kepada tamadun saintik dan teknologi masa depan.



g.



Cabaran ketujuh ialah mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang. Hal ini merujuk kepada sistem sosial yang meletakkan kepentingan masyarakat melebihi kepentingan individu dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu, tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh.Masyarakat penyayang akan hidup muafakat, saling memahami, hormat menghormati dan saling membantu antara satu sama lain. Masyarakat berbudaya penyayang mengutamakan kepentingan masyarakat melebihi kepentingan diri sendiri.Asas pembentukan masyarakat penyayang ialah kepatuhan kepada agama, kasih sayang dalam kekeluargaan dan amalan nilai-nilai murni. Hubungan sesama manusia dalam masyarakat juga ditekankan dalam agama.Kasih sayang dalam masyarakat bermula daripada kasih sayang yang terjalin dalam keluarga. Hubungan baik sesama manusia amat ditekankan dalam agama. Budaya tradisi yang penuh dengan nilai-nilai murni perlu ditonjolkan dan dihayati semula untuk memupuk masyarakat yang bersifat penyayang.



h.



Cabaran seterusnya ialah menjamin masyarakat yang adil dan saksama dalam bidang ekonomi. Pengagihan kekayaan negara dilaksanakan secara adil dan saksama dengan mewujudkan perkongsian secara bersama dalam segenap masyarakat. Masyarakat yang dibentuk itu akan menghapuskan pengenalan kaum yang berdasarkan fungsi ekonomi yang diwarisi dari zaman penjajah serta kemunduran kaum dari sudut ekonomi. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai rancangan pembangunan ekonomi untuk menjamin keadilan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan Rancangan Pembangunan Lima Tahun.



i.



Cabaran yang terakhir ialah memupuk dan membina masyarakat yang makmur. Masyarakat yang makmur ialah masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan mempunyai taraf hidup yang tinggi. Masyarakat makmur juga bermaksud tidak ada anggota masyarakat yang hidup dalam kemiskinan. Pendapatan isi rumah dan pendapatan negara juga berada pada tahap yang tinggi. Malaysia perlu mempunyai kekuatan ekonomi untuk bersaing, dinamik, giat, dan kental dalam menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang untuk menjadi masyarakat yang makmur.



Kesimpulan



 Kesimpulannya, Wawasan 2020 akan terus memacu kemajuan negara. Dasar-dasar kerajaan adalah bertujuan merealisasikan Wawasan 2020.  Kesejahteraan rakyat yang menjadi agenda utama pembangunan negara dapat dicapai dengan keadilan ekonomi dan perpaduan negara. 4.4 Perhubungan Luar 4.4 Perhubungan Luar Soalan 104: Huraikan faktor-faktor yang menentukan dasar luar negara Malaysia dari tahun 1957-1970? Pengenalan



 Dasar luar negara ditakrifkan sebagai dasar yang diamalkan oleh sesebuah negara dalam menjalin hubungan dengan negara lain. Pada tahun 1957 hingga 1970, negara kita mengamalkan dasar pro-Barat dan antikomunis. Pada masa itu negara dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.  Keutamaan menjamin keselamatan dan pertahanan negara serta ancaman komunis menjadi faktor yang mempengaruhi pembentukan dasar luar pada masa itu. Namun terdapat juga faktor lain yang mempengaruhi penggubalan dasar luar ketika itu. Isi-isi penting Faktor keselamatan dan pertahanan negara  Dasar luar negara yang bercorak pro-Barat disebabkan oleh faktor keselamatan negara. Persekutuan Tanah Melayu memerlukan bantuan, kerjasama, dan hubungan yang erat dengan Britain. Persekutuan Tanah Melayu meletakkan tanggungjawab pertahanan kepada Britain melalui Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya (AMDA) pada tahun 1957  Melalui perjanjian ini, Britain berjanji akan memberi bantuan ketenteraan kepada Tanah Melayu jika diceroboh atau diancam oleh mana-mana kuasa lain. Perjanjian itu ditandatangani kerana kedudukan pertahanan negara ketika itu tidak kuat dan tidak mampu menghadapi ancaman dari luar Faktor ideologi  Faktor ideologi juga mempengaruhi penggubalan dasar luar negara. Malaysia mewarisi sistem pemerintahan demokrasi dari Britain. Sistem ini bertentangan dengan ideologi komunis. Negara berideologi komunis dianggap sebagai ancaman kepada Tanah Melayu pada masa itu  Persekutuan Tanah Melayu mengutuk tindakan negara China yang berideologi komunis apabila negara itu menyerang Taiwan. Apabila negara diancam oleh Parti Komunis Malaya, ini mendorong negara mengamalkan dasar pro-Barat dan antikomunis Faktor ekonomi



 Dasar luar juga mengambil kira faktor ekonomi. Malaysia mengamalkan ekonomi pasaran bebas. Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara lain di dunia untuk memajukan ekonomi. Malaysia menjadi pengeluar utama bijih timah dan getah sejak zaman penjajahan British  Walaupun sudah merdeka, Britain masih menguasai agensi dan syarikat perdagangan utama. Persekutuan Tanah Melayu masih mengharapkan pasaran dan modal daripada Britain dan Amerika Syarikat. Hubungan yang baik dengan negara Britain dan Amerika Syarikat menjamin kepentingan ekonomi negara Faktor politik  Faktor politik diambil kira dalam penggubalan dasar luar negara. Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen dan menentukan hala tuju masa depan berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat. Malaysia berperanan dalam menyelesaikan konflik di Kampuchea. Contohnya Malaysia aktif membincangkan mengenai Kampuchea dengan menyertai Mesyuarat Tidak Rasmi di Jakarta, dan Persidangan Antarabangsa Tentang Kampuchea di Paris,  Malaysia menyertai Majlis Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan PBB di New York. Malaysia menyokong semua resolusi yang dibuat oleh PBB untuk mengekalkan keamanan dunia Faktor sejarah  Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, telah wujud hubungan perdagangan dengan China, Arab dan Siam. Terdapat hubungan berasaskan rumpun Melayu seperti Brunei, Singapura dan Indonesia  Setelah merdeka, Malaysia menyertai Komanwel untuk meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain, Australia dan New Zealand Faktor geografi  Kedudukan Malaysia yang strategik di rantau Asia Tenggara. Malaysia bersempadan dengan hampir semua negara di rantau ini seperti Singapura, Thailand, Filipina, Brunei dan Indonesia  Perairan Malaysia menjadi laluan kapal-kapal dagang selurah dunia. Kawasan ini sering menjadi fokus kepada kuasa-kuasa besar dalam menegakkan pengaruh dan kuasa masingmasing. Keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan negara Malaysia Faktor demografi  Majoriti penduduk Malaysia beragama Islam dan menjalinkan hubungan baik dengan negara-negara Islam. Malaysia tidak membuat hubungan diplomatik dengan Israel kerana negara itu menceroboh dan menindas penduduk Palestin  Malaysia menentang keras dasar Aparteid di Afrika Selatan dan tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Afrika Selatan Kesimpulan



 Dasar luar negara sepanjang tahun 1957 hingga 1970 semasa di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman memperlihatkan pendirian pro-barat yang cukup kukuh. Menjelang tahun 1970-an, dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara  Perubahan dasar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di Timur. Perubahan dasar juga berlaku apabila Malaysia berkeinginan menjalin hubungan persahabatan dengan semua negara khususnya dengan negara jiran Soalan 105: Huraikan Asas-asas perhubungan luar Negara Malaysia Pengenalan  Dasar luar negara ditakrifkan sebagai dasar yang diamalkan oleh sesebuah negara dalam menjalin hubungan dengan negara lain. Pada tahun 1957 hingga 1970, negara kita mengamalkan dasar pro-Barat dan antikomunis. Pada masa itu negara dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.  Keutamaan menjamin keselamatan dan pertahanan negara serta ancaman komunis menjadi asas yang mempengaruhi pembentukan dasar luar pada masa itu. Namun terdapat juga asas lain yang mempengaruhi penggubalan dasar luar ketika itu. Isi-isi Penting:  Asas-asas Dasar luar antarabangsa Malaysia (a)



Saling menghormati kedaulatan semua negara



(b)



Menjalin hubungan secara diplomasi



(c)



Mengamalkan hubungan baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi politik



(d)



Mengamalkan prinsip hidup bersama



(e) Memelihara kepentingan dan keselamatan negara dan kesejahteraan hidup rakyat (f) Menghormati kebebasan asasi, Mahkamah Antarabangsa dan Piagam Perhubungan Bangsa Bangsa Bersatu Kesimpulan  Dasar luar negara sepanjang tahun 1957 hingga 1970 semasa di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman memperlihatkan pendirian pro-barat yang cukup kukuh. Menjelang tahun 1970-an, dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara  Perubahan dasar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di Timur. Perubahan dasar juga berlaku apabila Malaysia berkeinginan menjalin hubungan persahabatan dengan semua negara khususnya dengan negara jiran Soalan 106: Huraikan penglibatan Malaysia dalam Komanwel



Pengenalan  Ditubuhkan pada tahun 1931. Terdapat 54 anggota. Mengadakan mesyuarat ketua-ketua Kerajaan ( CHOGM) – dua tahun sekali  Syarat-syarat keanggotaannya mestilah Bekas tanah jajahan Britain, Bebas menyertai dan menarik diri, Ratu England sebagai Ketua, Hak dan kebebasan sama rata dan Tidak terikat dengan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh negara Britain Isi-isi Penting: Penglibatan Malaysia : a. b.



Membantah Dasar Apartheid ( 1982-1984) Mesyuarat CHOGM – menjadi tuan rumah – 1987



c. Menyuarakan kebimbangan terhadap penyertaan Britain dalam EEC ( Komuniti Ekonomi Eropah) – 1972 d.



Menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap tindakan negara-negara maju yang mengubah dasar pertukaran mata wang



e. Malaysia dijadikan model dalam pelaksanaan Tabung Penswastaan Baru Komanwel (CEPF) f. Dilantik sebagai Pengerusi Program Kerjasama Komanwel bagi Pengurusan Teknologi pada tahun 1996 g. Menjadi tuan rumah Sukan Komanwel (SUKOM)- 1998 Penutup  Apa-apa yang berkaitan Soalan 107: Huraikan matlamat dan penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu Pengenalan  Ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 di Amerika Syarikat. Terbuka kepada semua negara merdeka. Terdapat 191 buah negara anggota Isi-isi Penting: Matlamat penubuhan: a) Memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa b) Menyelesaikan perselisihan c)



Menggalakkan hubungan baik dalam kalangan anggota



d)



Menggalakkan pertumbuhan ekonomi, sosial dan kebudayaan, melindungi hak –hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, jantina dan agama



e)



Menyatupadukan penduduk dunia Penglibatan Malaysia



a) Mendapat bantuan PBB dalam pembentukan Malaysia b) Pernah memegang jawatan penting dalam PBB c) Terlibat dalam perjuangan isu dunia – Israel-Palestine, mengutuk tindakan Komunis China menceroboh Tibet (1959), menyertai misi pengaman di Congo (1960), membantu Zimbabwe mendapat kemerdekaan, menyertai UNTAC ke Namibia (1989), pasukan pengaman ke Somalia (1993), pengaman ke Bosnia (1993), misi ke Timor-Timor (1999) d)



Menjadi ahli agensi-agensi PBB seperti WHO,FAO, Bank Dunia.



e)



Menjadi jurucakap Dunia Ketiga dalam Persidangan Kemuncak Bumi di Rio de Jeneiro pada tahun 1992 dan isu alam sekitar pada tahun 1998. Menjadi jurucakap Dunia Ketiga dalam Persidangan Kemuncak Dunia Solar di Namibia pada tahun 1996



f)



Mewujudkan Kumpulan Penghubung Pertubuhan OIC dan Kumpulan Mobilisasi Bantuan Bosnia Penutup



 Apa-apa yang berkaitan Soalan 108: Huraikan matlamat dan penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan ASEAN Pengenalan  Ditubuhkan pada tahun 1967 , kerjasama Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand  1984- anggota bertambah dengan Vietnam, 1995 -Laos dan Myanmar, 1997 – Kemboja. Matlamat penubuhan : a) Membangunkan ekonomi, memajukan sosial dan kebudayaan serantau. b) Mematuhi dan menghormati keadilan dan undang-undang negara anggota dan mematuhi prinsip Piagam PBB c)



Menggalakkan kerjasama dalam lapangan ekonomi, kebudayaan, teknikal , saintifik dan pentadbiran



d) Saling membantu dalam lapangan latihan dan kemudahan penyelidikan, teknikal dan pentadbiran e) Bekerjasama memajukan bidang pertanian dan perusahaan f)



Memelihara hubungan yang erat dan bekerjasama dengan pertubuhan antarabangsa dan serantau bagi kepentingan bersama Penglibatan Malaysia:



a) b)



Mencetuskan idea penubuhan ASEAN Konsep ZOPFAN



c)



Perjanjian SEANWFZ



d)



Kerjasama ekonomi: Projek baja urea di Bintulu (Sarawak) dan di Acheh (Indonesia)



e)



AFTA di Singapura (1992)



f)



ASEAN +3 Penutup



 Apa-apa yang berkaitan Soalan 109: Huraikan prinsip dan peranan Malaysia dalam NAM (Pergerakan NegaraNegara Berkecuali) Pengenalan  Ditubuhkan pada tahun 1961. Gabungan negara-negara membangun di Asia, Afrika dan Amerika Latin  Dibentuk sebagai tindak balas kepada perlumbaan senjata oleh dua kuasa besar ( Amerika dan Russia) Prinsip-prinsip: a) Menghormati hak asasi manusia dan prinsip PBB b) Menghormati kedaulatan dan keutuhan semua negara c) Menghormati keadilan dan tanggungjawab antarabangsa d) Mengiktiraf persamaan semua bangsa dan persamaan semua negara e)



Mengamalkan dasar berkecuali



f) Menyelesaikan pertelingkahan dunia secara rundingan g)



Menggalakkan kepentingan bersama dan kerjasama Penglibatan Malaysia :



a) Mesyuarat Penyediaan Sidang Kemuncak di Dares-Salam Tanzania (1970) b) Sidang Kemuncak Lusaka (1970) c)



Sidang Kemuncak New Delhi (1983)



d)



Sidang Kemuncak Harare (1989)



e)



Sidang Kemuncak Belgrade (1989)



Penutup  Apa-apa yang berkaitan



Soalan 110: Huraikan matlamat dan penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan OIC Pengenalan  Ditubuhkan pada tahun 1971 (57 buah anggota- 3 buah negara pemerhati) Matlamat : a) Menjalin hubungan sesama negara Islam dalam segala bidang b) Memperjuangkan kepentingan umat Islam c) Memelihara perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam d)



Memastikan tempat-tempat suci Islam tidak dicemari Penglibatan Malaysia :



a) b)



Mencetus idea penubuhan OIC Menjadi tuan rumah Persidangan Islam (1964, 1969, 1974, 2002 dan 2003)



c)



Setiausaha Agung OIC



d)



Isu Israel-Palestine



e)



Isu Iran-Iraq



f)



Penubuhan



UIAM



Kesimpulan  Dasar luar negara sepanjang tahun 1957 hingga 1970 semasa di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman memperlihatkan pendirian pro-barat yang cukup kukuh.



Penggal 3: Sejarah Asia Tenggara 940/3



1.1 Institusi Pemerintahan 1.1 Institusi Pemerintahan Beraja dan Pembesar Soalan 111: Huraikan konsep dan peranan raja di Vietnam dan Thailand pada abad ke19 Pendahuluan  Raja Vietnam ditatabalkan oleh wakil Maharaja China. Jawatan ini diwarisi secara warisan oleh keluarga tertentu seperti Nguyen, Tuc, dan Minh dan sistem beraja di Vietnam dipengaruhi oleh konsep mandate dari syurga dan Confucianisme serta raja merupakan ketua negara dan ketua kerajaan yang berkuasa mutlak dalam pemerintahan.  Raja Thailand merupakan pemimpin kerajaan dan dianggap devaraja, iaitu wakil dewa dan jelmaan tuhan di bumi untuk memimpin manusia. Kepercayaan ini wujud kesan daripada pengaruh agama Hindu dan Buddha di Thailand. Isi-isi Penting Peranan Raja di Vietnam 1.



Pemerintahan dan Keagamaan



 Raja merupakan ketua kerajaan yang berkuasa mutlak dalam pemerintahan dan urusan keagamaan.  Raja berperanan sebagai ketua negara dan ketua pentadbir. Raja merupakan sumber autoriti dan mempunyai kuasa mutlak dalam pentadbiran. Raja dipercayai mendapat mandate dari syurga atau tuhan untuk memerintah sesebuah negara. 2.



Dari Segi Ekonomi



 Raja berkuasa penuh dalam bidang ekonomi dari segi penguasaan terhadap sumber ekonomi seperti tanah, buruh, hasil pertanian, kegiatan perdagangan, perkhidmatan, dan aktiviti mengutip cukai. 3.



Kehakiman dan Ketenteraan



 Raja sebagai ketua hakim dan penggubal undang-undang. Raja berada di atas undangundang dan tidak boleh didakwa atas kesalahannya. Maharaja mempunyai kuasa tertinggi dan sumber segala undang-undang. Maharaja berkuasa mutlak dalam segala hal.  Raja juga berperanan sebagai ketua tentera atau ketua panglima tentera. Peranan Raja di Thailand 4.



Dari Segi Politik



 Raja Thailand merupakan seorang ketua pentadbir yang berkuasa mutlak dan menduduki hierarki tertinggi dalam pemerintahan serta berkuasa melantik pembesar.



 Mengikut konsep order kosmos, raja dan istana sebagai pusat kegiatan. Kuasanya tidak terbatas meliputi keduniaan dan keagamaan sahaja. 5.



Dari Segi Sosial



 Raja Thailand bertindak sebagai pelindung dan lambing perpaduan yang menjadi pelindung kepada rakyat daripada sebarang penganiayaan.  Raja dikenali sebagai Tuhan Kehidupan sesuai dengan konsep dhramaraja dengan pelbagai gelaran seperti Chaoi Chiwit (Raja Nyawa) dan Chao Phaendin(Tuan Tanah) sehingga raja dianggap berkuasa memutus hidup dan mati rakyat. 6.



Dari Segi Ekonomi



 Raja berkuasa dalam bidang ekonomi dan menguasai sumber ekonomi seperti pungutan cukai, hasil pertanian, dan kegiatan perdagangan. Contohnya, raja berkuasa ke atas balak dan beras.  Raja melantik pembesar sebagai pegawai untuk menguruskan semua kegiatan ekonomi bagi pihaknya. Penutup  Raja mengetuai kerajaan dan berada pada kedudukan teratas dalam hierarki politik. Raja merupakan pemimpin yang paling berkuasa dan menjadi perantaraan rakyat dengan tuhan.  Raja di Vietnam dianggap sebagai Thein-Tu (anak tuhan) manakala raja di Thailand dianggap sebagai devaraja, iaitu wakil dewa untuk memimpin manusia. Raja di Vietnam dan Thailand secara umumnya mempunyai peranan dalam semua aspek seperti politik, ekonomi, dan sosial. Soalan 112: Huraikan konsep, hierarki dan peranan pembesar di Vietnam pada abad ke-19. Pendahuluan  Sistem pemerintahan yang diamalkan dan diguna pakai di sesebuah negara adalah berasaskan sistem kerajaan.Kerajaan berperanan untuk menggubal dasar-dasar negara serta membuat keputusan untuk rakyat yang diwakili.Kerajaan diketuai oleh seorang raja dan dibantu oleh para pembesar. 



Pembesar memainkan peranan yang penting untuk memastikan segala urusan pentadbiran,ekonomi dan sosial sesebuah negara berjalan lancar bersesuaian dengan arahan daripada raja.Pembesar mempunyai kuasa tertentu namun terbatas mengikut keperluan dan kehendak raja. Isi-isi penting: Konsep Pembesar



 Pembesar ialah pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja atau maharaja untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakantugas-tugas dalam bidang kuasa yang diberikan



kepadanya sebelum kemasukan pengaruh Barat.Negara Asia mengamalkan sistem pemerintahan beraja dan disokong oleh sistem pembesar.  Kumpulan pembesar inilah yang melaksanakan tugas-tugas pemerintahan. Kedudukan pembesar sangat penting dan berada pada paras kedua selepas kedudukan raja atau maharaja dalam hierarki pemerintahan. Pengagihan tugas kepada pembesar tidak menjejaskan kuasa mutlak raja atau maharaja kerana mereka hanya mempunyai kuasa yang terhad dan melaksanakan tugas mengikut apa yang telah diarahkan raja. Hierarki Pembesar Pembesar Mandarin  Mereka mengetuai setiap peringkat pentadbiran terutama semasa pemerintahan Maharaja Gia Long.Golongan Mandarin di Vietnam dipengaruhi oleh sistem yang diamalkan di China.Golongan Mandarin yang mendapat pendidikan Confucius yang baik adalah yang paling layak untuk menjadi pegawai pentadbiran,mereka akan mengetuai Quan atau kementerian.Golongan ini juga sangat berpengaruh kerana mereka melaksanakan tugastugas maharaja,mendapat sokongan,sanjungan dan dihormati rakyat,penegak keadilan pentafsir undang-undang dan bertindak sebagai pegawai kehakiman. Majlis Tertinggi (Noi-cac)  Majils ini dibentuk dan dipengerusikan oleh maharaja.Baginda akan diantu oleh enam kementerian iaitu Hal Ehwal Awam, Kerja Raya, Kewangan, Upacara, Kehakiman dan Peperangan.Quan Hal Ehwal Awam mempunyai kedudukan yang paling tinggi berbanding Quan ynag lain.  Mereka bertangungjawab dalam memberikan pandangan kepada maharaja dalam semua hal yang bekaitan dengan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.Majlis ini juga merupakan forum unuk menyelesaikan perkara-perkara yang tidak dapat diselesaikan di peringkat kementerian. Peringkat Daerah/Kampung 



Pembesar peringkat daerah berperanan untuk mengutip cukai,menjalankan upacara keagamaan dan adat istiadat,mengambil dan melatih tentera serta dalam bidang kehakiman.Manakalan pembesar peringkat kampung(komun) bertindak sebagai ketua hakim dan pentafsir undang-undang.Pembesar peringkat komun terdiri daripada Majlis Orang Tua. Peranan Pembesar



 Peranan pembesar adalah berdasarkan kepada peringkat atau bahagian yang disusun mengikut tugasan tertentu.Pengkhususan tugas secara tersusun telah dibuat berdasarkan jabatan yang dipegangnya.Pembesar bertanggungjawab melaksanakan tugas yang diamanahkan untuk memastikan jawatannya kekal.  Pembesar kanan(Quan)-bertanggungjawab menasihati dan membantu maharaja dalam membuat keputusan.  Pembesar pusat bertanggungjawab di ibu kota.



 Kerajaan dan istana mereka bertanggngjawab mengetuai sesebuah jabatan seperti jabatan jabatan peperangan,kehakiman dan percukaian. Penutup  Keperluan pengikut memainkan peranan penting dalam membantu pembesar melaksanakan tugasan yang diarahkan oleh raja mereka.Ini bermakna seorang pembesar bukan sahaja bertangunggjawab secara terus kepada raja tetapi juga pengikutnya.Peranan pembesar sememangnya amat penting untuk memastikan sistem pentadbiran Vietnam berjalan lancar dan teratur. Soalan 113: Bandingkan sistem pembesar di Vietnam dan Thailand pada abad ke-19 Pendahuluan  Sistem pembesar di Vietnam dan Thailand diwujudkan untuk membantu raja/maharaja dalam melaksanakan tugas dan melicinkan pentadbiran. Pembesar memainkan peranan penting dalam sistem politik Thailand dan Vietnam. Menduduki lapisan kedua dalam struktur sosial masyarakat.  Raja/maharaja mengagihkan tugasnya kepada golongsn pembesar di peringkat pusat, daerah dan kampung.Raja/maharaja masih memegang kuasa mutlak dan segala keputusan dalam politik, ekonomi dan sosial dalam raja/maharaja. Mempuyai tugas tertentu. Isi-isi Penting: Persamaan  Vietnam mempunyai hierarki pembesar. Begitu juga di Thailand terdapat hierarki pembesar, iaitu pembesar peringkat pusat dan peringkat daerah.  Pembesar di vietnam membantu maharaja dalam urusan di peringkat pusat, daerah dan kampung dan melaksanakan tugas yang diberikan oleh maharaja. Manakala di Thailand, pembesar menjalankan tugas yang diberikan oleh raja.  Pembesar di Vietnam dan Thailand menduduki lapisan kedua selepas raja dalam sistem pemerintahan. Perbezaan  Vietnam menggunakan gelaran maharaja. Manakala di Thailand, menggunakan gelaran raja.  Vietnam tidak mempunyai pembesar yang terdiri daripada golongan bangsawan. Manakala di Thailand pula, pembesar terdiri daripada kerabat diraja dan golongan bangsawan yang dikenali sebagai khunnang. Jawatan khunnang adalah diwarisi.  Di Vietnam, kedudukan dan kuasa pembesar terletak pada golongan bangsawan (Quan) yang merupakan golongan sarjana berpendidikan Confucius dan mempunyai kedudukan istimewa dalam pentadbiran kerajaan. Setiap lapisan masyarakat berpeluang menjadi Mandrin(Quan) dengan syarat mendapat pendidikan tinggi Confucius. Berbeza dengan Thailand, pembesar ini tidak terbuka kepada golongan rakyat. Rakyat biasa tidak terlibat



dalam sistem pemerintahan walaupun mempunyai kelayakan. Hanya putera-putera raja memegang jawatan seperti Menteri.  Golongan Mandrin mengetuai setiap birokrasi dalam kerajaan Vietnam dan dipengaruhi oleh sistem pentadbiran Tanah Besar China. Kesimpulan  Kedatangan Barat menyebabkan perubahan dalam peranan pembesar di Vietnam dan Thailand. Golongan Mandrin di Vietnam kehilangan kedudukan dan kuasa, diambil alih oleh golongan berpendidikan Barat.  Thailand tidak dijajah tetapi pemodenan dalam sistem pentadbiran sedikit banyak telah mengubah peranan pembesar tradisional. 1.3 Sistem Ekonomi 1.3 Sistem Ekonomi Soalan 115: Jelaskan konsep dan ciri-ciri ekonomi tradisional di Vietnam dan Indonesia pada abad ke-19 M.



Pendahuluan



 Corak ekonomi masyarakat peribumi di Asia Tenggara pada abad ke-19 mengamalkan sistem ekonomi sara diri yang menjadikan pertanian sebagai kegiatan utama. Sistem ekonomi tradisional yang diamalkan di Vietnam dan Indonesia menunjukkan kebergantungan yang kuat antara pemerintah dan yang diperintah.  Bersifat kecil-kecilan dan hanya untuk menampung keperluan sekeluarga sahaja. Isi-isi penting Ciri-ciri ekonomi Vietnam 1.



Menjalankan pertanian sara diri



 Sara diri, hanya untuk menampung keperluan bekalan makanan keluarga mereka sahaja. Tanaman utama adalah sawah padi juga tanaman yang lain seperti ubi keledek, jagung, kekacang, dan buah-buahan.  Hasil yang lebih ditukar kepada barang keperluan yang lain. 2.



Teknologi pertanian yang lama digunakan



 Petani bergantung kepada sistem parit dan tali air untuk mengawal banjir dari Sungai Song Koi dan lebihan air dari delta digunakan untuk mengairi kawasan kering. Sistem tali air



membolehkan petani untuk menanam padi dua kali setahun di kawasan Delta Sungai Song Koi manakala keadaan berbeza di Delta Mekong akibat taburan hujan yang kurang menyebabkan petani hanya menanam padi setahun sekali.  Teknik kawalan air dan penggunaan sistem roda yang dikendalikan oleh binatang yang diambil dari China. 3.



Tanah dikuasai oleh Tuan Tanah yang kaya



 Petani kekal miskin kerana Tuan Tanah MENGUASAI kegiatan pertanian dan hasil pertanian dikuasai oleh Tuan Tanah. Petani yang menyewa tanah ditindas oleh Tuan Tanah mereka.  Hasil pengeluaran setiap kampung terhad untuk keperluan sendiri. Selain aktiviti pertanian, penduduk mengusahakan tembikar, tenunan, menganyam dan bertukang. Indonesia 1.



Bersifat sara diri



 Kegiatan sara diri seperti pertanian, merupakan kegiatan utama di Indonesia. Selain itu, perikanan, memungut hasil hutan, berburu, perlombongan, dan perdagangan secara kecilkecilan turut dijalankan. Terhad dan untuk keperluan keluarga sahaja.  Lebihan hasil akan ditukarkan untuk mendapatkan keperluan asas yang lain. 2.



Menggunakan peralatan yang mudah dan tradisional



 Aktiviti sara diri hanya menggunakan peralatan tradisi seperti cangkul, bajak dan tenggala yang ditarik oleh kerbau atau lembu untuk membajak tanah. Hasil yang diperoleh amat sedikit dan hanya mampu menampung keperluan keluarga.  Penanaman padi secara tradisional yang dijalankan Pulau Jawa (Karawang dan Cianjur), Bali, Madura, dan Sulawesi. 3.



Hasil hanya mencukupi untuk keperluan sendiri



 Padi Bukit dan Padi Sawah ditanam secara kecil-kecilan. Tidak mendapat pulangan yang banyak kerana tidak menggalakkan kegiatan secara besar-besaran.  Penggunaan alat yang mudah dan ringkas seperti tajak, cangkul dan sebagainya.Buruh terdiri daripada ahli keluarga sahaja. Penutup  Negara Vietnam dan Indonesia mempunyai sedikit persamaan.  Ekonomi sara diri hanya bersifat kecil-kecilan dan tidak menggalakkan aktiviti secara besarbesaran. Bersifat terbatas dan mempunyai terhad. Soalan 116: Jelaskan ciri-ciri ekonomi komersial di Vietnam dan Indonesia pada abad ke-19 Pendahuluan



 Ekonomi komersial mementingkan keuntungan dan pengumpulan harta melalui proses penukaran barangan dan pengumpulan harta melalui proses penukaran barangan atau jual beli serta melibatkan pembayaran. Penglibatan masyarakat tempatan dalan kegiatan ekonomi bercorak komersial dikatakan telah pun bermula sejal abad ke-15, namun kegiatan ekonomi komersial sejak kemunculan Melaka sebagai pusat perdangan dan beberapa buah bandar pelabuhan yang lain.  Pelbagai jenis ekonomi komersial diperkenalkan seperti peneneman padi, kopi, dan buah pala, perlombongaan bijih timah dan arang batu serta aktiviti pembalakan dengan megetepikan tanaman tradisional seperti penanaman padi. Isi-isi Penting: Konsep Ekonomi Komersial Isi-isi Penting: Kegiatan Pertanian Dijalankan secara Besar-besaran.  Vietnam menjalankan kegiatan pertanian secara besar-besaran terutama tanaman komersial seperrti padi dan getah. Dalam penanaman padi, Vietnam menghasilkan ¼ daripada pengeluaran beras dunia.  Kawasan penanaman padi yang utama di kawasan Delta Sungai Merah (song-koi) dan Delta Mekong di selatan. Dalam pengeluaran getah pula, Vietnam merupakan pengeluran ketiga terbesar getah dunia. Sistem Pengairan yang Baik  Kegiatan penanaman padi secara komersial dapat dilaksanakan kerana wujudnya sistem pengairan yang baik. Petani menggunakan teknologi pengairan yang dibawa oleh orang cina ke vietnam. Selain itu, sistem kawalan air yang baik melalui pembinaan benteng. Sistem ini telah berjaya menghalang limpahan air hujan dari sungai song-koi ke kawasan pertanian.  Oleh itu, kegiatan penanaman dapat dijalankan secara meluas seperti di wilayah Tonkin dan Annam. Penanaman padi dua kali setahun juga dapat dijalankan dengan adanya pengaiaran yang baik. Contahnya seperti di wilayah Tonkin. Pelabuhan Modal yang Banyak.  Kegiatan pertanian secara komersial dibantu oleh keupayaan modal yang banyak. Saudagar Cina dan Eropah menguasai kegiatan mengeksoprt beras kerana golongan ini menguasai sebahagian besar tanah untuk diusahakan secara ladang.  Petani Vietnam yang berkerja untuk golongan ini di sawah akan menanam jagung dan ubi kayu sebagai tanaman makanan secara bergilir. Ciri-ciri ekonomi komersial di Indonesia Menanam Tanaman Eksport.



 Bermula apabila Belanda memperkenalkan Sistem Tanaman Paksa pada tahun 1830. Petani dipaksa menamansebahagian daripada tanahnya dengan tanaman eksport atas arahan kerajaan dan memperolehi pendapatan daripada cukai tanah. 



Hasil tanaman eksport dikumpul dan diuruskan oleh pedagang-pedagang Belanda menggunakan kapal milik Belanda dan dijual di pelabuhan-pelabuhan Belanda. Pengenalan Sisten Ekonomi Wang



 Pengenalan sisten ekonomi wang berlaku terutama kesan daripada perkembangan industri gula di indonesia. Ini menggalakkan pelabur asing untuk membuka ladang bagi manaman tanaman eksport  Penggunaan wang sebagai upah kepada petani dan buruh yang bekerja oleh penguasa ladang atau kilang telah menggalakkan perkembangan ekonomi kemersial di indonesia. Penguasaan Ekonomi oleh Penguasa Cina dan Eropah.  Belanda membuat perjanjian kepada penguasa Cina dan Eropah untuk memungut hasil tanaman bagi pihak Belanga dengan harga yang telah ditetapkan. Belanda telah memonopoli tanaman kopi apabila mewajibkan semua hasil kopi dijual pada Belanda dengan kadar yang telah ditetapkan.  Undang-undang Pertanian De waal telah diperkenalkan bagi membolehkan pemodal dan pengusaha swasta bebas menyewa tanah daripada penduduk tempatan mengikut perjanjian jangka pendek dengan syarat-syarat tertentu. Pengenalan Ekonomi Pasaran Bebas atau Laissez-faire  Pengenalan ekonomi pasaran bebas atau laissez-faire telah meggalakkan kemasukan pelabur Barat ke Indonesia dengan membuka kilang dan ladang bagi tujuan komersial tanpa campur tangan daripada kerajaan Belanda.  Belanda mendapatkan hasil daripada cukai dan duti eksport yang dikenakan laissez-faire telah menyebabkan penguasaan syarikat-syarikat Belanda di indonesia. Penutup;  Corak ekonomi masyarakat peribumi di Asia Tenggara pada abad ke-19 mengamalkan sistem ekonomi sara diri yang menjadi pertanian sebagai kegiatan utama. Sistem ekonomi komersial di vietnam dan Indonesia menentukan kejayaan rakyat dalam aspek ekonomi. 1.2 Sistem Sosial 1.2 Sistem Sosial Soalan 114: Jelaskan konsep dan susun lapis masyarakat Vietnam dan Indonesia pada abad ke-19M. Pendahuluan  Susun lapis masyarakat Vietnam dibentuk melalui sistem feudal yang diambil dari China dan pengaruh ajaran agama Confucius.



 Susun lapis masyarakat Indonesia pula semakin jelas dan tersusun selepas kemunculan kerajaan islam di Sumatera dan Pulau Jawa. Isi-isi penting Konsep Masyarakat 



Masyarakat Asia Tenggara mengamalkan sistem sosial yang bercorak tradisional berasaskan sistem feudal. Sistem sosial masyarakat Asia Tenggara terdiri daripada golongan pemerrintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah merangkumi raja dan bangsawan manakala golongan diperintah terdiri daripada rakyat biasa.



 Sistem sosial yang diamalkan oleh masyarakat Asia Tenggara terutama di Vietnam dan Indonesia menunjukkan pembahagian lapissan masyarakat yang jelas antara golongan yang memerintah dan diperintah. Masyarrakat Vietnam dan Indonesia mengalami perubahan yang besar apabila kedudukan golongan yang memerintah semakin lemah dan hilang kuasa akibat pengenalan sistem pentadbiran Barat setelah berlakunya imperalisme pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Susun lapis masyarakat Vietnam 1.



Maharaja



 Maharaja berada pada kedudukan yang paling atas dalam susun lapis masyarakat Vietnam dan berkuasa mutlak. Maharaja mewarisi takhta secara warisan mengikut keluarga atau dinasti seperti Nguyen dan Tuc. Maharaja diwajibkan mendapat pendidikan confucius yang baik. Maharaja dianggap suci dan sering dikaitkan dengan ajaran Buddha serta perlu ditaati. Baginda dianggap ‘Anak Syurga’ yang mendapat mandat untuk memerintah daripada Tuhan.  Kebijaksanaan maharaja akan menentukan kesejahteraan rakyat. Oleh itu, sekiranya seseorang maharaja mengabaikan tanggungjawabnya terhadap rakyat, maka tindakan itu akan memberi kesan kepada negara. 2.







Golongan Cendekiawan (Mandarin/Quan)



Golongan Mandarin mempunyai kedudukan paling tinggi dan berpengaruh dalam masyarakat Vietnam kerana merupakan pemerintah sebenar yang bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas maharaja. Golongan Quan atau Mandarin mendapat pendidikan tinggi berdasarkan keupayaan mereka menguasai ajaran Confucius.



 Golongan Mandarin merupakan perantara maharaja dengan rakyat seperti menyampaikan maklumat atau perintah maharaja kepada golongan bawahan. Mereka juga bertanggungjawab mengutip cukai, menjaga kebajikan rakyat dan keamanan negara serta mengetuai upacara keagamaan Buddha di Pagoda. Quan ditugaskan mengetuai kementerian seperti kementerian kewangan dan kementerian kehakiman. 3.



Rakyat



 Dalam struktur susun lapis masyarakat Vietnam, golongan bawahan terdiri daripada rakyat biasa dan petani. Meskipun golongan ini mewakili kumpulan terbesar ddalam susun lapis masyarakat Vietnam namun mereka tidak mempunyai kuasa dalam pemerintahan. Rakyat biasa yang pandai dan berpengetahuan dalam ajaran Confucius dengan mendalam berpeluang menjadi pegawai tinggi awam atau kerajaan. Ini membuktikan mobiliti sosial wujud dalam sistem sosial di Vietnam. Rakyat biasa juga melakukan aktiviti seperti menenun kain atau menghasilkan tembikar.  Golongan petani menduduki hierarki sosial yang paling bawah tetapi dipandang tinggi dalam masyarakat kerana peranannya membekalkan makanan kepada penduduk. Petani menjalankan kegiatan ekonomi sara diri, iaitu mananam padi sawah. Susun Lapis Masyarakat Indonesia Struktur masyarakat di Acheh 1.



Sultan



 Sultan berada pada kedudukan teratas dalam hierarki sosila masyarakt Acheh.Sultan Acheh merupakan ketua agama Islam dan menjadi pelindung kepada masyarakat Acheh.  Sultan mengetuai kerajaan dan bertanggungjawab menyatukan rakyat, memakmurkan negara dan menjamin keselamatan negara. Sultan Acheh berkuasa mutlak dengan memerintah seluruh negara dan keseluruhan jajahan takluknya. 2.



Kerabat Diraja



 Menduduki kedudukan kedua selepas sultan dalam hierarki sosila masyarrakat Acheh.  Kerabat diraja merupakan keturunan bekas sultan yang pernah memerintah Acheh. 3.



Pembesar/Uleebalang/Golongan Bangsawan/Ulama



 Pembesar atau Uleebalang mempunyai kedudukan yang tinggi dan penting dalam hierarki sosial di Acheh kerana mereka merupakan tulang belakang pemerintahan dan pertahanan. Mereka menggunakan gelaran Teuku. Golongan bangsawan pula terbahagi kepadda dua, iaitu yang terdiri daripada kerabat diraja atau bukan kerabat diraja.  Ulama menjadi penasihat agama Islam kepada sultan. Ulama mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat dan dihormati kerana ketinggian ilmunya dan sering menjadi rujukan kepada masyarakat setempat. Ulama diberi gelaran Tengku sesuai dengan kedudukannya dalam masyarakat. 4.



Rakyat



 Rakyat menduduki kedudukan paling bawah dalam hisrarki sosila masyarakat Acheh. Rakyat terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat kelas rendah.  Rakyat menjadikan aktiviti pertanian dan kelautan sebagai pekerjaan utama seperti petani, nelayan, pelayar dan pedagang. Struktur masyarakat di Pulau Jawa



1.



Sultan



 Sultan mempunyai kedudukan yang paling tinggi dalam susun lapis masyarakat di Pulau Jawa seperti Sultan Aagong. Sultan berkuasa mutlak dalam pemerintahan di wilayah dan jajahan takluknya.  Sultan merupakan ketua agama Islam dan giat menyebarkan agama Islam melalui penaklukan dan peluasan kuasa. Baginda dianggap istimewa, mempunyai sifat luarbiasa, berdaulat serta tidak boleh diderhaka. Sultan juga dianggap Khalifah Allah di muka bumi dan pemimpin bagi umat Islam 2.



Priyayi atau Bangsawan



 Priyayi menjadi penghubung antara sultan dengan rakyat jelata.Hubungan antara golongan bangsawan dan petani adalah rapat dan bersepadu. Mereka juga merupakan pemimpin kerohanian atau agama dalam masyarakat jawa.  Priyayi mempunyai hubungan kekeluargaan dengan sultan atau kerabat diraja. Priyayi sangat dihormati dan dipercayai oleh rakyat. Golongan Priyayi berkuasa ke atas masyarakat peribumi dan ketua adat tempatan (Bupati). 3.



Golongan Rakyat



 golongan rakyat tidak memiliki tanah tetapi menyewa tanah daripada golongan bangsawan. Mereka bercucuk tanam sebagai aktiviti harian seperti menanam padi.  Rakyat memberi khidmat dengan mengerjakan tanah milik bangsawan, melaksanakan tugas yang diberikan dan menjadi askar apabila tuan tanah terlibat dengan peperangan. Penutup  Raja masih merupakan tonggak dalam susun lapis masyarakat Vietnam dan Indonesia kerana terikat dengan sistem feudal yang diamalkan.  Kemaraan kuasa Belanda di Indonesia dan Perancis di Vietnam telah mengubah susun lapis masyarakat di kedua-dua negara. 2.1 Perluasan Kuasa Asing 2.1 Perluasan Kuasa Asing Soalan 117: Huraikan faktor yang membawa kepada imperialisme Barat di negaranegara Asia Tenggara? Pendahuluan  Abad ke – 19 merupakan zaman imperialisme Barat. Revolusi Perindustrian yang bermula di Britain telah memengaruhi kuasa-kuasa Barat mencari tanah jajahan di Asia Tenggara bagi mendapatkan bahan mentah dan pasaran.  Faktor ekonomi memang penting dalam mempengaruhi kuasa-kuasa barat campur tangan di Asia Tenggara tetapi faktor-faktor lain juga penting. Isi-isi Penting:



Faktor Ekonomi  Revolusi Perindustrian di Eropah pada abad ke 19 telah menyebabkan kepesatan sektor perkilangan. Ini menyebabkan peningkatan permintaan kepada bahan mentah. Produk dan hasil perkilangan telah menyebabkan pasaran yang lebih besar diperlukan bagi memasarkan barangan tersebut.  Asia Tenggara dijadikan sebagai pembekal sumber bahan mentah kepada keperluan ekonomi Eropah dan tempat pasaran kepada hasil-hasil perkilangan mereka. Asia Tenggara mampu memberikan kekayaan kepada mereka kerena kawasan ini kaya dengan bahanbahan mentah seperti bijih timah, getah asli, kayu jati, rempah ratus, teh, gula dan sebagainya. Sebagai contoh: British berminat dengan Myanmar kerana perdagangan kayu jatinya.  Vietnam dijadikan sebagai pasaran barangan Perancis serta mendapatkan bahan-bahan mentah dari Timur untuk kegunaan industrinya di Perancis. Di Filipina, kemajuan dalam perusahaan mengilang tebu serta terciptanya mesin memproses tebu telah membawa kepada perkembangan pesat industri perladangan tebu. Ini telah secara tidak langsung membawa kepada campur tangan Sepanyol di Filipina untuk mendapatkan tebu. Faktor Politik  Masyarakat Barat sering beranggapan mereka mempunyai martabat yang lebih tinggi dan baik berbanding dengan bangsa lain. Keunggulan martabat ini dibuktikan dengan jumlah tanah jajahan yang dimiliki oleh mereka. Semakin banyak tanah-tanah jajahan, semakin tinggi martabat mereka di kalangan kuasa-kuasa lain. Keadaan ini telah menyebabkan Barat ingin membentuk empayar yang besar dan muncul sebagai kuasa dunia. 



Kebimbangan kuasa-kuasa Barat terhadap musuh mereka dalam persaingan untuk mendapatkan tanah jajahan antara kuasa-kuasa Barat besar seperti Britain, Sepanyol, Belanda, Jerman, Perancis dan Amerika Syarikat. Dasar British yang bercampur tangan di Tanah Melayu dengan alasan bimbang kuasa-kuasa asing lain terlebih dahulu menguasai Tanah melayu tersebut. Kebimbangan kuasa Perancis di Myanmar telah juga mendorong British menjalankan dasar imperialisme secara agresif ke atas Myanmar. Faktor Kebudayaan dan Peradaban



 Kuasa-kuasa Barat menganggap kebudayaan dan peradaban orang Barat lebih tinggi berbanding bangsa-bangsa lain. Inilah yang disebut oleh orang British sebagai “white man’s burden”.  Campur tangan Barat juga bertujuan menyebarkan agama Kristian di kalangan penduduk pribumi di Asia Tenggara. Perkembangan Sistem pengangkutan dan perhubungan  Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan menambahkan lagi minat kuasakuasa Barat terhadap dasar imperialisme di Asia Tenggara. Perkembangan sistem perhubungan laut seperti terciptanya kapal berkuasa wap – perjalanan laut menjadi lebih cepat, selamat, dapat membawa muatan lebih dan kos pengangkutan jadi lebih rendah. Pembukaan Terusan Suez 1869 telah meningkatkan lagi dasar imperialisme terhadap Asia



Tenggara. Terusan ini memendekkan masa perjalanan, urusan perdagangan dan kos dapat dijimatkan.  Ciptaan telegraf mempercepat urusan perniagaan pedagang Eropah dan ejen-ejennya di kawasan Asia Tenggara. Kesimpulan







Kesan perkembangan pesat Revolusi Perindustrian dan kepentingan ekonomi telah mendorong campur tangan Barat di Asia Tenggara.



 Namun, kepentingan politik, kemajuan dalam bidang pengangkutan dan perhubungan juga penting. Soalan 118: Bincangkan faktor-faktor dan cara perluasan kuasa asing di Indonesia pada abad ke-19 Pendahuluan  Perluasan kuasa merupakan aktiviti memperluaskan autoriti sesebuah negara menerusi perolehan tanah jajahan bagi menguasai politik dan ekonomi ke atas negara lain.  Menurut George Nadel dan Perry Curtis, imperialisme ialah proses perkembangan kuasa melalui campur tangan secara langsung atau tidak langsung terhadap politik dan ekonomi sesebuah kerajaan, bangsa atau masyarakat ke atas bangsa dan masyarakat yang lain. Isi-isi Penting: Faktor ekonomi  Keperluan untuk memperoleh barang dagangan seperti rempah-ratus dan teh telah mendorong Belanda menjalankan dasar peluasan tanah jajahan di Timur. Perkembangan Revolusi Industri di Eropah pada tahun 1800 terutama di Belanda menyebabkan keperluan terhadap bahan mentah yang banyak, murah, dan berterusan bagi keperluan kilang mereka di Eropah.  Perkembangan industri juga mewujudkan persaingan antara negara-negara Eropah yang lain. Faktor perkembangan teknologi perindustrian  Bijih Timah. Merupakan eksport utama Indonesia terutama di Pulau Bangka, Pulau Belitung, dan Palembang. Permintaan tinggi terhadap bijih timah di Eropah didorong oleh perkembangan industri mengetin.Disebabkan pengeluaran bijih timah di Eropah yang tidak dapat memenuhi permintaan, keadaan ini telah memaksa mereka beralih ke Asia Tenggara yang kaya dengan bijih timah.



 Petroleum. Penciptaan kereta bermotor, mesin berjentera, dan kapal terbang yang memerlukan petroleum sebagai bahan api telah menyebabkan permintaan terhadap



petroleum melambung tinggi. Indonesia menjadi pilihan Belanda kerana, Kaya dengan pelbagai jenis galian seperti bijih timah, bijih besi, emas, dan petroleum, Iklim yang sesuai dan tanah yang subur sesuai untuk pelbagai tanaman komersial seperti getah, kelapa sawit, padi, dan tebu danKaya dengan pelbagai hasil hutan seperti rotan, kayu jati, dan damar. Faktor Politik  Dasar peluasan kuasa dijalankan oleh kuasa-kuasa Barat untuk menjamin keselamatan nasional dan kekuatan ketenteraan bagi melindungi kepentingan tanah jajahan mereka.  Belanda memperluaskan kuasanya di Indonesia kerana bimbang pengaruh British di Tanah Melayu akan mengancam kepentingannya. Kemajuan dalam sistem perhubungan dan pengangkutan  Telah meningkatkan minat kuasa Barat untuk menjalankan dasar peluasan kuasa ke atas negeri lain. 



Kemajuan dalm perhubungan laut berlaku setelah terciptanya kapal berkuasa wap. Penciptaan sistem pengangkutan ini telah mendorong dan mempercepatkan dasar peluasan kuasa Barat di Asia Tenggara. Cara Peluasan Kuasa Belanda di Indonesia Peluasan kuasa semasa Marshal Daendals di Pulau Jawa (1808-1811)



 Marshal Daendals ditugaskan untuk menyusun semula pentadbiran Belanda di Pulau Jawa, mengadakan pembaharuan serta mengukuhkan. Dasar pentadbiran: Pentadbiran Belanda berpusat di Betawi, Pulau Jawa dibahagikan kepada 5 bahagian dan 38 buah daerah dan Pembesar tempatan dilantik sebagai wakil raja yang dibayar gaji sebagai pegawai Belanda dan berpangkat tentera.  Dasar ketenteraan. Pertahanan di Pulau Jawa diperkukuhkan melalui penubuhan angkatan tentera laut di Selat Sunda, Timur Surabaya, dan Pulau Madura. Jalanraya diperbaik dan dibina bagi memudahkan operasi ketenteraan. Kilang senjata dan peluru juga dibina di Surabaya dan Semarang.  Campur tangan dalam hal ehwal politik tempatan: Belanda menyerang dan memusnahkan kota Bantam kerana keenggganan sultan Bantam menghantar buruh ke Betawi, Sultan Bantam dibuang ke Pulau Ambon manakala menterinya dibunuh dan Tindakan Sultan Amangkubuwono II, iaitu Sultan Jogjakarta yang bersekutu dengan British bagi memperkukuhkan tenteranya turtu menimbulkan kebimbangan Belanda. Peluasan Kuasa Belanda semasa De Bus de Gisignes (1825-1830)  Perang Jawa (1825-1830) berlaku akibat perasaan tidak puas hati Diponegoro. Putera kerajaan jogjakarta terhadap dasar pentadbiran Baron Van Der Capellan di Pulau Jawa.  Akibat daripada peperangan tersebut, Belanda berjaya menguasai Banjumas, Bangelan, Madiun dan Kendiri yang sebelum ini dikuasai oleh sultan Jogjakarta. Melalui Campur Tangan dalam Hal Ehwal Tempatan dan Perjanjian



 Perkembangan kegiatan perlombongan arang batu di Banjarmasin dan timur Pulau Kutai menyebabkan berlakunya perang antara Belanda dan Sultan Banjarmasin antara tahun 1859-1863. Pemerintahan Bugis di Sulawesi juga sering berlaku huru-hara akibat perang menentang Boni pada tahun 1858 dan 1859 yang membawa kepada campur tangan Belanda.  Pada tahun 1858, pemerintah Deli, Serdang, Langkat dan Assahan telah membuat perjanjian dengan Belanda. Melalui Penaklukan  Pada tahun 1856, Belanda menakluk jajahan Lampung, jajahan Batak (1857), dan Bangkahulu (1868). Belanda menguasai Acheh melalui serangan yang dilancarkan pada tahun 1873-1899. Belanda berjaya menamatkan tentangan daripada pembesar tempatan dan menguasai Acheh sepenuhnya.  Pada tahun 1894, Belanda menguasai Lombok. Penutup 



Faktor perluasan kuasa asing di Belanda terdiri daripada faktor ekonomi, faktor perkembangan teknologi perindustrian, faktor politik dan kemajuan dalam sistem perhubungan dan pengankutan.



 Cara yang digunakan untuk memperluaskan kuasa ialah semasa Marshal Daendals ditugaskan unutk menyusun pentadbiran di Pulau Jawa dan juga melalui campur tangan dalam hal ehwal tempatan dan perjanjian. Soalan 119: Bincangkan faktor-faktor dan cara perluasan kuasa asing di Myanmar pada abad ke-19 Pendahuluan  British meluaskan kuasanya terhadap myanmar peringkat demi peringkat bermula dengan perang inggeris-myanmar I (1824-1826), perang-inggeris-myanmar II (1852-1853) dan perang inggeris-myanmar III (1885). Isi-isi penting Faktor-faktor Peluasan kuasa asing Masalah sempadan arakan  Raja bodawpaya menakluki arakan pada tahun 1784, menyebabkan myanmar mempunyai sempadan yang sama dengan british di wilayah chittagong 



Pada 1811, masalah sempadan arakan menjadi rumit apabila seorang pemimpin pemberontakan arakan iaitu chin byan menyerang arakan dari pangkalannya di chittagong dan menawan mrohaung Ancaman perancis



 Sewaktu british berperang dengan perancis di india pada tahun 1782, perancis telah mengambil kesempatan menghantar wakilnya, laksamana de suffren dan charles castleneau de bussy ke india selatan bertujuan untuk menegakkan semula kekuasaannya di india  Usaha british ini sangat membimbangkan british. Perancis merancang mempergunakan myanmar sebagai tapak untuk menyerang british di india memandangkan kedudukan myanmar berhampiran denga india Penentangan kebudayaan  Hubungan antara british dengan myanmar menjadi renggang kerana perbezaan kebudayaan  Rakyat myanmar menganggap kebudayaan mereka tinggi dan hanya menjalin hubungan diplomatik dengan raja england Cara perluasan Perang inggeris-myanmar I  Dasar perluasan kuasa myanmar di bawah raja bodawpaya  Masalah pelarian arakan di chittagong  Kepentingan perdagangan british di myanmar  Dasar perluasan kuasa raja bagyidaw dan jeneral maha bandula  Perang inggeris-myanmar meletus pada tahun 1824 dan tamatkan dengan perjamjian yandabo. Myanmar kehilangan arakan dan tanasserim Perang inggeris burma II  Putusnya hubungan diplomatik antara myanmar dengan british  Raja tharrawaddy enggan mengiktiraf syarat-syarat perjanjian yandabo  Tuduhan keatas kapten sheppard dan lewis melakukan pembunuhan dan penipuan  Pergolakan politik mengancam kepentingan perdagangan british di myanmar  Gabenor pego, maung menganiayai rakyat di rangoon Perang inggeris-burma III  Dasar luar raja mindon min yang berhubung dengan perancis dan itali. British bimbang perdagangan mereka tergugat  Masalah hubungan diplomatik. Raja mandon min berasa terhina kerana tidak boleh berhubung terus dengan london. Beliau hanya boleh mengadakan hubungan diplomatik dengan wizurai india sahaja  Kerajaan british menggalakkan imperialisme ke atas myanmar. Penutup



 Keinginan untuk mendapat konsesi perdagangan dan sumber Kayu jati selain mencari jalan ke bhamo untuk perdangangan china mendorong perluasan kuasa british. Istana mynmar bersikap konservatif dan sangat berpengang kepada adat tradisi menanggalkan kasut apabila menghadap raja. British tidak senang dengan adat tersebut  Mynmar mengalami perubahan politik, sosial, dan ekonomi akibat perluasan kuasa british. Soalan 120: Bincangkan Peristiwa-Peristiwa (faktor-faktor) Yang Telah Mencetuskan Perang Ing-Myanmar I Pada 1824-1826 Pengenalan 



Perang Inggeris-Myanmar pada tahun 1824 merupakan peristiwa penting dalam sejarah moden Myanmar. Ia tidak sahaja merupakan peperangan yang pertama dengan kuasa asing (Barat) tetapi ia juga disifatkan sebagai titik peralihan bagi negeri Myanmar. Kekalahan Myanmar dalam peperangan itu memberi satu pengajaran bahawa negeri itu tidak boleh merasa bongkak dan mereka merasa dirinya lebih kuat dari negeri lain.







Negeri Myanmar juga harus sedar bahawa negara-negara Barat mempunyai kelebihan dalam peperangan moden. Selain itu, negeri Myanmar terpaksa menamatkan dasar “tutup pintu” (isolasi) yang telah dijalankan begitu lama. Terdapat pelbagai peristiwa penting yang telah mencetuskan peperangan antara dua negara ini. Isi-isi Penting: 1.



Dasar meluaskan wilayah



 Pada pertengahan kurun ke-18, Alaungpaya telah menakluki Pegu, lalu mendirikan dinasti Konbaung pada tahun 1752. Dengan pembentukan dinasti baru ini bermakna Alaungpaya telah berjaya menyatukan semula Myanmar. Pengganti-pengganti Alaungpaya kemudiannya telah meluaskan lagi wilayah mereka hingga membawa kepada sempadan Timur India. Pada tahun 1784, Raja Bodawpaya (1782-1819) iaitu anak Alaungpaya yang terakhir memerintah, berjaya menakluki Arakan sebuah kerajaan yang bebas. Raja Arakan bernama Thamada terpaksa melarikan diri tetapi telah ditangkap pada Februari 1785 lalu dibawa ke Myanmar. Selepas menakluki Arakan, tentera Myanmar melancarkan serangan ke atas Siam tetapi gagal. Tentera Myanmar hanya berjaya menawan Chiengmai dan itu pun dapat diusir oleh Siam.  Dengan penaklukan Arakan telah membimbangkan Inggeris kerana sempadan Myanmar telah mara ke Benggala. Selain itu, Raja Bodawpaya juga bercita-cita hendak menakluki China dan India terutama di kawasan Manipur dan Assam. 2.



Masalah orang pelarian Arakan



 Pada tahun 1874, Raja Bodawpaya bertindak menjalankan dasar perluasan kuasa dengan cara menyerang dan menakluki Arakan yang bersempadan dengan wilayah Chittagong yang berada di bawah penguasaan British di India. Ini menyebabkan sempadan ArakanChittagong menjadi tidak stabil kerana orang-orang pelarian Arakan telah bertindak memasuki wilayah Chittagong dan menjadikannyapusat pergerakan tentera mereka untuk menentang pemerintahan Raja Bodawpaya



 Pelarian Arakan bertindak melancarkan pemberontakan tetapi Berjaya dihapuskan oleh Bodawpaya. Akibatnya pelarian Arakan melarikan diri ke Chittagong 3.



Pemberontakan oleh Chin Byan



 Pelarian Arakan di bawah pimpinan Ngo Than Deed an Chin Byan telah melakukan pemberontakan di Arakan dan Tanesserim pada tahun 1794 dan 1811 bagi menentang pemerintahan Bodawpaya yang zalim.  Tindakan Chin Byan mendirikan sebuah pangkalan tebtera di Chittagong telah dibantah oleh Raja Bodawpaya dan menuduh British member bantuan kepada Vhin Byan untuk menyerang Myanmar. Usaha British untuk meyakinkan Myanmar bahawa British tidak member bantuan telah gagal 4.



Keengganan Myanmar mengadakan hubungan diplomatik



 Antara tahun 1795-1811 pihak British telah menghantar beberapa utusan ke Myanmar seperti Michael Symes dan John Canning untuk menyelesaikan masalah sempadan Arakan, Chittagong, perluasan kuasa Perancis dan perdagangan. Kesemua utusan ini gagal disebabkan oleh keangkuhan tentera Myanmar dan syak wasangka kedua-dua pihak  Residen-Residen British yang dihantar ke Rangoon iaitu Sir Hiram Cox dan John Canning terpaksa pulang ke India akibat layanan buruk yang diberikan istana Myanmar. Myanmar juga enggan menjalinkan hubungan langsung dengan Gabenor Jeneral British di India yang dianggap tidak setaraf dengan Raja Myanmar. Akibatnya hubungan diplomatic antara Myanmar dan British terputus



5.



Campur tangan Myanmar di Assam



 Pada tahun 1819 Raja Bagyidaw iaitu cucu Bodawpaya telah menaiki takhta. Baginda bertindak menjalankan dasar perluasan kuasa ke atas negara India akibat pengaruh Jeneralnya iaitu Jeneral Maha Bandula. Pada tahun 1820, beliau menyerang wilayah Assam manakala pada 1821 telah menyerang Chachar. Raja Manipur telah melarikan diri dan mendapat perlindungan di wiayah Chachar. Raja Chacahr meminta bantuan daripada British. British telah bertindk mengisytiharkan Cahchar sebagai wilayah naungannya. Ini menimbulkan kemarahan Raja Bagyidaw dan beliau telah menyerang dan menakluki Pulau Shapuri pada tahun 1823. Pada tahun 1824 Raja Bagyidaw telah menyerang dan menakluki Chachar dan bersedia menyerang Chittagong  Gabenaor Jeneral British di India iaitu Lord Amherst bertindak mengisytiharkan perang ke atas Myanmar pada 5 Mac 1824. Perang tamat pada 27 Feb 1826 dengan termetrainya Perjanjian Yandabo antara kedua pihak Kesimpulan  Keenganan Myanmar untuk menjalinkan hubungan dengan Inggeris telah membawa kepada meletusnya Perang Inggeris Myanmar pada tahun 1824. Perjanjian Yandabo yang ditandatangani pada 24 Feb 1826 bagi menamatkan perang ternyata memihak kepada



Inggeris. Perjanjian ini dianggap menjatuhkan maruah orang Myanmar kerana terpaksa menerima konsep persamaan taraf.  Melalui perjanjian ini juga, Inggeris telah berjaya mengambil alih wilayah Myanmar Hilir yang kaya dengan hasil beras iaitu Tenassenim dan Arakan. Perjanjian ini telah mencetuskan sentimen anti-Inggeris dalam kalangan masyarakat Myanmar malah telah melahirkan kesedaran nasionalisme di negara itu. 2.2 Penentangan Terhadap Kuasa Asing 2.2 Penentangan Terhadap Kuasa Asing Soalan 121: Analisiskan sebab-sebab penentangan masyarakat terhadap kuasa asing di Indonesia pada abad ke-19. Pendahuluan:  Kedatangan Belanda sebagai kuasa asing yang menjajah negara Indonesia mendapat tentangan daripada masyarakat di negara tersebut am nya masyarakat Jawa.  Penentangan ini didorong oleh beberapa sebab seterusnya menanamkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat. Isi-isi penting: 1)



Ekonomi



 Penindasan ekonomi oleh penjajah menyebabkan masyarakat Jawa di Indonesia tidak berpuas hati terhadap Sistem Tanaman Paksa yang diperkenalkan oleh Belanda. Belanda juga mengenakan pelbagai jenis cukai yang mesti dibayar oleh masyarakat terutama yang menjalankan kegiatan ekonomi; seperti cukai tanah pertanian. Belanda telah menyerahkan kuasa mengutip cukai kepada orang Cina tempatan. Penduduk tempatan marah disebabkan tindakan orang cina yang mengenakan cukai yang lebih tinggi berbanding cukai yang dikenakan oleh Belanda. Cukai sempadan pula akan dikenakan ke atas penduduk apabila ingin membawa hasil pertanian mereka ke ladang melalui kawasan pedalaman.  Kadar faedah yang tinggi juga dikenakan ke atas peminjam wang. Penindasan ekonomi yang dilakukan oleh Belanda ini menyebabkan penduduk Indonesia mengalami kesusahan dan kesempitan hidup. Pembatalan kontrak sewa tanah yang diperkenalkan oleh Gabenor Van der Capellan telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pembesar dan petani Jawa terutamanya di daerah Jogjakarta dan Surakata. Pembatalan kontrak juga telah membebankan penduduk sehingga membawa kepada Perang Jawa. 2)



Politik



 Campur tangan kuasa Barat dalam hal ehwal politik tempatan khususnya pemerintahan dan pentadbiran telah membawa kepada berlakunya penentangan terhadap mereka. Penjajahan Belanda di kepulauan Indonesia telah mengubah sistem pentadbiran tradisional masyarakat di sana.  Gabenor Jeneral Belanda merupakan pemegang kuasa tertinggi dalam pentadbiran. Beliau dibantu oleh empat orang konsul yang ditugaskan untuk menasihati dan menjadi bahan perundangan kerajaan.



3)



Sosial dan Budaya



 Penentangan penduduk tempatan terhadap Belanda berlaku akibat pencabulan agama dan budaya setempat. Perjuangan menjadi semakin hebat ekoran keinginan untuk menegakkan agama Islam terutama setelah kedatangan agama Kristian dan Budha di Indonesia.  Beberapa buah persatuan ditubuhkan untuk menyatupadukan orang Islam seperti Sarekat Islam. Perjuangan mereka berdasarkan prinsip reformasi Islam. Tindakan Belanda membina jalan raya merentasi tanah perkuburan diraja. Tanah perkuburan tersebut menempatkan kubur ibu bapa Diponegoro. Tindakan Belanda deianggap melampaui batas. Penutup:  Tindakan kuasa Belanda yang mengubah sistem pentadbiran kepada sistem yang tidak adil bagi masyarakat Indonesia telah menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat sehingga penentangan tersebut berlaku. Soalan 122: Analisiskan sebab-sebab penentangan masyarakat terhadap kuasa asing di Myanmar pada abad ke-19. Pendahuluan  Penentangan terhadap British di Myanmar didorong oleh kekecewaan penduduk tempatan terhadap penguasaan ekonomi oleh orang asing. 



Hubungan yang buruk antara Raja Myanmar dengan british telah memperluaskan penentangan dalam kalangan penduduk tempatan. Isi-isi penting Faktor-faktor penentangan:



a)



Dari segi ekonomi



 Penduduk tidak bersetuju dengan kuasa barat barat yang lebih membantu pihak pemberi pinjaman wang dan tuan tanah tetapi tidak memberi peluang kepada petani untuk menyelesaikan hutang mereka.Ini menyebabkan golongna ceti menguasai tanah milik orang Myanmar. Petani terpaksa berhutang dengan ceti untuk mengusahakan tanah.  Kegagalan membayar pinjaman menyebabkan tanah mereka dirampas dan merek menjadi penyewa atau buruh. Mereka juga dibebani dengan pelbagai jenis cukai hingga menyebabkan terpaksa meminjam wang.Ini menyebabkan petani menetnag british untuk mendapatkan semula hak mereka. b) 



Dari segi politik Penjajahan british menyebabkan perubahan kepada sistem pentadbiran tempatan terutama institusi beraja kerana telah diubah dan kemudiannya telah dihapuskan. Pembaharuan oleh british bermula dengan sistem kerajaan tempatan melaui Akta Perkampungan Burma 1889.



 British juga mengubah sistem pendidikan tempatan untuk memudahkan dasar kolonialisme berkembang di Myanmar.



c) 



Dari segi sosial dan budaya Keengganan pegawai british menghormati agama buddha dan budaya masyarakat tempatan seperti enggan membuka kasut semasa memasuki rumah pagoda dan berhala telah membangkitkan kemarahan rakyat myanmar. Keangkuhan british yang tidak menghormati budaya tempatan telah memburukkan hubungan antara kedua-dua kerajaan.



 Sistem pendidikan barat mendapat tentangan daripada golongan sami dan buru tradisional yang tidak lagi mendapat tempat di hati rakyat. Pembukaan sekolah english telah melahirkan intelek yang berpendidikan english menyebabkan jumlah dan bilangan murid sekolah buddha semakin merosot. Penutup  Pengenalan sitem pentadbiran barat oleh british nmendapat tentangan daripada penduduk peribumi kerana budaya dan amalan buddha mereka tergugat.  Keadaan bertambah buruk apabila institusi beraja yang sekian lama diamalkan juga terhakis akibat dasar penjajahan british di Myanmar. Soalan 123: Nilaikan peranan Diponegoro terhadap penentangan masyarakat terhadap kuasa asing di Indonesia pada abad ke-19 Pendahuluan :  Diponegoro merupakan putera sulung Hamengkubuwono III, raja Mataram di Jogjakarta. Beliau lahir pada 11 November 1785 di Jogjakarta. Nama sebenarnya ialah Bendoro Raden Mas Ontowiryo diketepikan daripada takhta kerajaan Jogjakarta apabila Hamengkubuwono III mangkat pada tahun 1814. Raffles melantik Djarot sebagai pemerintah Jogjakarta dengan gelaran Hemengkubuwono IV. 



Raffles berjanji akan melantik Diponegoro sebagai pemerintah Jogjakarta selepas kemangkatan Djarot. Raffles tidak berada di Jogjakarta apabila Djarot mangkat pada tahun 1822. Belanda melantik putera Djarot yang baru berumur dua tahun sebagai pengganti dengan gelaran Hamengkubuwono V. Diponegoro hanya dilantik sebagai penasihat. Pada tahun 1825, beliau memimpin Perang Jawa untuk menentang kekejaman dan penindasan Belanda di Pulau Jawa. Isi-isi penting :



a)



Pembela nasib penduduk tempatan.



 Diponegoro berjuang untuk membebaskan penduduk tempatan daripada penindasan Belanda. Masyarakat peribumi Jawa tidak berpuas hati dengan tindakan Van der Capellan yang membatalkan kontrak penyewaan tanah pada tahun 1823. Pembesar tempatan dan golongan bangsawan berasa tertekan kerana terpaksa memulangkan balik wang sewaan dan wang pendahuluan kepada pengusaha asing yang terlibat dalam kontrak tersebut.  Demi menyelesaikan wang pendahuluan tersebut, pembesar tempatan dan tuan tanah memaksa petani bekerja lebih kuat. Semasa kontrak penyewaan tanah masih berlansung, petani telah ditindas oleh golongan pengusaha dan penyewa tanah. Penduduk tempatan hidup sengsara apabila pemungut cukai mengenakan kadar tol sesuka hati.Orang cina



memberi pinjaman wang kepada orang jawa dengan kadar faedah yang tinggi. Mereka menjadi orang tengah dalam perdagangan garam. Mereka memaksa penduduk tempatan menjual garam dengan harga murah dan selepas itu mereka akan menjualnya dengan harga yang tinggi di kawasan Bandar. b) 



Mempertahankan kesucian agama islam. Tindakan Belanda membina jalan raya melalui tanah perkuburan nenek moyang Diponegoro dianggap melanggar nilai masyarakat tempatan. Diponegoro mengisytiharkan perang jihad untuk memulihkan pemerintahan islam di Jawa.



 Penduduk tempatan mempercayai bahawa Diponegoro ialah Ratu Adil atau Wali Allah yang dapat membebaskan mereka daripada cengkapan orang kafir. Belanda enggan mengiktiraf Diponegoro sebagai ketua islam. Tindakan ini menunjukkan Belanda tidak menghormati agama islam.Diponegoro dan masyarakat jawa menganggap usaha Belanda ini mencabuli adat resam tempatan serta tatasusila dan nilai-nilai islam. c)



Pembela maruah negara dan bangsa.



 Pada tahun 1825, beliau memimpin Perang jawa untuk menentang kekejaman dan penindasan Belanda di Pulau Jawa. Diponegoro berjuang menegakkan maruah negara dan bangsa.Beliau dan pengikutnya menentang Belanda yang meluaskan kuasanya ke Pulau Jawa. d)



Pembatalan Kontrak Sewa Tanah.



 Kontrak Sewa tanah telah diperkenalkan oleh Stamford Raffles di Pulau Jawa pada tahun 1811 – 1816. Kontrak ini membenarkan orang-orang Cina dan Eropah mengikat kontrak dengan golongan bangsawan tempatan untuk menyewa tanah milik mereka di Pulau Jawa.  Sistem ini memperlihatkan keadaan petani yang mengusahakan tanah-tanah ini menjadi buruh paksa bagi orang Eropah dan Cina. Belanda melihat system ini sebagai satu penindasan terhadap golongan petani lalu membatalkannya atas arahan Van der Capellan. Pembatalan tersebut menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan bangsawan kerana mereka kehilangan punca pendapatan. Pembatalan ini juga menyebabkan pengusaha Eropah dan Cina memulangkan semula tanah kepada tuan tanah dan meminta wang pendahuluan mereka dikembalikan. Golongan bangsawan gagal memulangkan wang pendahuluan tersebut kerana telah habis dibelanjakan.  Keadaan ini juga turut melibatkan Pangeran Diponegoro yang terpaksa membayar ganti rugi kepada penyewa tanah di kebun kopinya sebanyak 60 ribu rial. Hal ini menyebabkan Diponegoro tidak berpuas hati kerana beliau terpaksa mengerahkan petani bekerja lebih kuat untuk beliau membayar kembali tuntutan tersebut.Keadaan ini juga menyebabkan petani tidak berpuas hati dengan dasar baharu Belanda ini. e)



Putera Pembebas.



 Diponegoro seorang yang alim dan dianggap sebagai pemimpin agama oleh masyarakat tempatan. Beliau juga menganggap dirinya membawa wahyu Allah untuk berjihad menentang penjajah iaitu menghalau orang kafir dari tanah airnya. Tujuannya adalah untuk



memulihkan pemerintahan Islam di Pulau Jawa yang dianggap telah tercemar dengan kedatangan Belanda dan agama Kristian.  Beliau juga dianggap sebagai ulama dan digelar ‘Ratu Adil’ yang bermaksud ‘Putera Pembebas’ yang akan menyelamatkan umat Islam daripada penindasan dan kekejaman penjajah Belanda. Justeru, Diponegoro telah memimpin kumpulan penentang yang terdiri daripada masyarakat tempatan dalam melancarkan perang jihad ke atas Belanda f)



Pembinaan jalan merentasi makam diraja.



 Pada tahun 1825, Belanda merancang untuk membina sebatang jalan dari Jogjakarta ke Mangelang melalui tanah Diponegoro dan juga makam raja-raja Jogjakarta, iaitu makam nenek moyangnya yang dianggap keramat.Beliau berasa terhina malah berpendapat tindakan Belanda sebagai penghinaan terhadap keluarganya dan juga mencabuli kesucian Islam.  Diponegoro telah mengambil tindakan mencabut papan tanda pembinaan jalan tersebut dan digantikan dengan mata tombak serta merosakkan peralatan untuk pembinaan jalan tersebut. Tindakan Diponegoro ini merupakan sebab semerta yang membawa kepada meletusnya Perang Jawa pada bulan Julai 1825. g)



Pemimpin Perang Jawa.



 Mendapat sokongan kaum tani, para ulama, golongan bangsawan dan para bupati. Pengikut beliau ialah Kyai Mojo, Kyai Hasan Besari, Sentot dan Mangka Bumi. Mereka melancarkan perang gerila terhadap orang Belanda. Pada mulanya, Diponrgoro berjaya dalam pertumpuran berhampiran Lengkong dan Delanggu. Beliau diangkat menjadi sultan dengan gelaran “Sultan Abdulhamid Cokro Amirulmukminin Sayidin Panotogomo Khalifatullah Tanah Jowo”.  Tentera Diponegoro mengalami kemerosotan apabila ramai mati kebuluran dan diserang penyakit. Sentot dan Mangka Bumi berpaling tadah memihak kepada Belanda. Keadaan tersebut melemahkan perjuangan Diponegoro dan akhirnya beliau bersetuju berdamai dengan Belanda. Namun, Belanda enggan mengiktiraf Diponegoro sebagai Sultan Surakarta dan Ratu adil. Penutup :  Peranan penting Diponegoro dalam perang Jawa tidak boleh dinafikan. Beliau Berjaya memimpin satu penentangan yang agak berkesan bertujuan untuk memulihkan pemerintahan Islam di Jawa dan membebaskan penduduk tempatan daripada penindasan orang kafir. Perjuangan Diponegoro menyedarkan pentadbiran Belanda bahawa penduduk tempatan tidak boleh dipermainkan.  Perjuangan Diponegoro dalam perang Jawa memberi inspirasi kepada para nasionalis kemudiannya untuk menggerakkan satu perjuangan yang lebih berorganisasi menentang Belanda. Soalan 124: Nilaikan peranan Raja Thibaw terhadap penentangan masyarakat terhadap kuasa asing di Myanmar pada abad ke-19



Pengenalan  Raja Thibaw lahir pd 1858 di Mandalay, Myanmar. Meninggal pd 19 Disember 1916 di India dan merupakan pemerintah terakhir Myanmar. Pemerintahan berakhir dgn pendudukan Hulu Myanmar oleh British. Baginda menaiki takhta pada 1878. British campur tangan apabila terdapat kekacauan yang berlaku di Myanmar.  Anak kepada Raja Mindon dengan Puteri Laungshe. Beliau dipilih sebagai raja oleh Permaisuri Utama dengan persetujuan Kinwun Mingyi Ditabalkan pada tahun 1878. Beliau merupakan raja terakhir Dinasti Konbaung dalam sejarah Burma (Myanmar). Pemerintahan beliau berakhir apabila Burma dikalahkan oleh tentera British dalam Perang British-Burma 3 pada 29 November 1885. Isi-isi Penting: a)



Thibaw mengamalkan pemerintahan yang keras, menekan dan menindas berbanding pemerintahan ayahandanya yang bertolak ansur dengan istana, rakyat dan kuasa asing. Keadaan ini menyebabkan kekacauan dalam negara yang British campur tangan di Myanmar. Sikap Raja Thibaw menyebabkan saudagar-saudagar British merasa tidak puas hati lalu mendesak kerajaan British di India supaya menguasai Burma Hulu. Selain itu, perbendaharaan Burma Hulu mengalami masalah kekurangan sumber pendapatan semasa zaman beliau. Sebagai menyelesaikan masalah tersebut, beliau meningkatkan cukai terhadap golongan masyarakat.



b)



Raja Thibaw mengamalkan dasar berbaik-baik dengan kuasa Perancis sebagai usaha untuk menangani ancaman dan kemaraan British. Beliau memahami British tidak senang dengan kehadiran Perancis di Annam dan Tongking. Beliau menjalinkan perjanjian perdagangan dengan Perancis dan menghantar wakilnya, Atwinwun ke Paris untuk membuat perjanjian yang ditandatangani pada 1 januari 1885. Sebenarnya beliau ingin membeli senjata dari Perancis.



c)



Beliau berpendapat beliau boleh menangani kekuasaan British dengan bantuan Perancis. Oleh itu, beliau banyak memberi keistimewaan seperti kebenaran menubuhkan bank di Mandalay kepada Perancis dan pembinaan jalan kereta api dari Mandalay ke Toungoo adalah atas pembiayaan Perancis. Beliau berniat sungguh untuk menyekat British dan keadaan ini menyebabkan hubungan antara British dan Myanmar semakin renggang.



d)



Raja Thibaw tidak menyukai British telah mengambil alih tindakan terhadap Syarikat Perdagangan Bombay-Burma yang mengusahakan perdagangan kayu jati di kawasan Burma Hulu. Raja Thibaw mengemukakan beberapa perkara berikut terhadap syarikat tersebut: iaitu Mengeluarkan kayu jati melebihi dua kali ganda daripada yang dibenarkan, Memberi rasuah kepada pegawai kerajaan, Tidak memberi upah yang sewajarnya kepada pekerja-pekerja Burma seperti yang dijanjikan. Keadaan ini menyebabkan Raja Thibaw bangkit menentang British di Myanmar.



e)



Syarikat ini didenda sebanyak 23 juta rupee da menyebabkan British tidak puas hati walaupun penipuan syarikat tersebut agak benar seperti yang dibuktikan oleh Majlis Hluttaw. British segera meminta rundingan namun ditolak kerana Raja Thibaw kerana yakin Perancis akan menyokong dan membantu Burma. Namun pada bulan



september, Freycinet (menggantikan Jules Ferry )telah mengubah dasar Ferry dengan serta-merta. Raja Thibaw terpaksa menghadapi sendiri masalahnya dengan pihak British. f)



British menganggap hukuman Raja Thibaw terhadap syarikat tersebut tidak adil lalu bersiap untuk bertindak secara kekerasan terhadap Burma. Duta Burma di Perancis dan Duta China di London cuba menawarkan diri untuk berunding tetapi British enggan. British menghantar kira-kira 10 000 orang tentera ke Burma dan memberi kata dua supaya Raja Thibaw mencari orang tengah bagi menyelesaikan masalah dan pada masa hadapan dasar luar Burma akan ditentukan oleh kerajaan British. Beliau diberi tempoh sehingga 10 november 1885 untuk memberi jawapan. British tidak puas hati lalu mengisytiharkan perang ke atas Burma Hulu pada 11 November 1885 dan British berjaya menakluki Burma Hulu pada 1 januari 1886. Keadaan seperti inilah yang menyebabkan Raja Thibaw menentang British. Kesimpulan



 Raja Thibaw mewarisi sebuah kerajaan Burma Hulu yang agak aman dan menjalin hubungan baik dengan kuasa Barat daripada ayahandanya. Tetapi disebabkan keazamannya merampas semula Burma Hilir dan keyakinan terhadap bantuan Perancis untuk menentang British, tetapi baginda gagal.  Raja Thibaw dan keluarganya dibuang negeri ke India dan meninggal dunia di sana. Berakhir Dinasti Konbaung yang memerintah Burma selama 130 tahun. Myanmar manjadi tanah jajahan Britih sehingga tahun 1948 . British menyatukan Burma Hilir dan Hulu dan meletakkannya di bawah pentadbiran British di India. 2.3 Pengubahsuaian 2.3 Pengubahsuaian dalam Pentadbiran, Ekonomi dan Sosial Soalan 125: Huraikan kesan penjajahan asing terhadap perubahan sistem pentadbiran di Indonesia pada abad ke-19 Pendahuluan:  Belanda bertapak dgn kukuh di pulau jawa sejak abad ke-17 manakala kwsn lain yg masih ditadbir oleh raja2 tempatan jatuh ke tangan belanda menjelang pertengahan abad ke-19. Isi-isi Penting: 1.Institusi pemerintahan beraja di Pulau Jawa.  Sehingga awal abad ke-19 terdapat 2 bentuk sistem pemerintahan dipulau jawa. Bentuk pertama ialah kerajaan yg diperintah oleh belanda di kenali sbgai kerajaan betawi. Bentuk kedua ialah kerajaan tempatan yg terdiri drpd beberapa kerajaan kcil di bawah sultan an susunan spt kerjaan Surakarta, Jogjakarta,bantam dan cheribon. Raffles bertidak terhadap bantam, iaitu sultan muhamad yg tlah dinaikan takhta oleh belanda sbelum kdatangan raffles. Raffles memaksa sultan turun takhta dgn memberikan pencen sbnyk 10 000 wang sepanyol. Pemerintahan sulatan dibantam tamat. Bagi pemerintahan kesultanan bantam dan cheribon sultan tidak lagi mempunyai kuasa mutlak. Mereka dibenarkan memakai gelaran sultan tetapi kuasa sama spt seorang bupati.



 Di mataram, kdatangan belanda menyebabkan keruntuhan kuasa pentadbiran pusat tempatan. Awal abad ke-19 sebelum peluasan kuasa belanda, kekuasaan pemerintah mataram merangkumi empat bulatan. Selepas perang jawa, kerajaan betawi bertindak thdp Jogjakarta. Sempadan antara Surakarta dan Jogjakarta ditentukan scra jelas. Penjajahan belanda jga menjejaskan institusi kesultanan di daerah2 spt sambas, bali dan Banjarmasin. 2. Sistem pentadbiran tradisional tempatan. (a)



Zaman pemeritahan daendels.



 Daendels membahagikan bhgian timur laut jawa kpd 5 bhgian dan setipa bhgian kpd 28buah daerah. Daerah jawa diluar kerajaan Surakarta dan Jogjakarta dibhagikan mjadi 9daerah pentadbiran yg dikenali sbgai perfectur dibwh pengawasan prefect. Perfectur dibwh pentadbiran pusat di betawi.  Peranan bupati amat penting dlm pentadbiran daendels sbg perantara antra pemerintah dgn rakyat. Bupati mendapat kedudukan militer di bwh kekuasaan perfect. Hak jawatan scra tradisional para bupati, iaitu scra turun temurun tetap dipertahankan. Pentadbiran daendels tdk mbawa faedah kpd kerajaan belanda. Hubungan daendels dgn glongan bupati adalah renggang. Semua msalah ini membebankan krajaan belanda dan akhirnya daendels dipanggil pulang pd tahun 1811. (b)



Zaman pemerintahan raffles.



 Asas2 pemeritahan smentara british dipulau jawa ditentukan oleh raffles selaku leftenan gabenor yg sgt dipengaruhi oleh pentadbiran british di india, iaitu pemerintahan scara langsung. Pulau jawa dibahagikan kpd 16 residensi dan setiap residensi dan setiap residensi ini diperintah scra langsung oleh seorang residens. Namun begitu. Pentadbiran raffles tdk mengakui kedudukan tradisi para bupati scra turun temurun, malah beliau cuba menghapuskan kekuasaan dan pengaruh bupati thadap rakyat sgt kuat. Untuk mengurangkan kuasa bupati, raffles btindak menolak sistem penggantianbupati scra turun temurun dan mengambil mreka sbgai pegawai umum pemerintahan british di bwh pemerintahan langsung oleh resinden dan penolong residen.  Dari segi kehakiman, raffles mperkenalkan undang2 yg sma bgi smua pduduk dipulau jawa. Mahkamah keadilan, mahkamah polis, mahkamah ulang bicara, mamahkamah awam, mahkamah ulang bicara, dan mahkamah jenayah ditubuhkan. (c)



Pemerintahan belanda selepas tamatnya perang napoleon.



 Pemerintahan scara tdk langsung diwujudkan smula untuk menggantikan pemerintahan lngsung raffles. Dipulau2 luar, pentadbiran brada dibwh pembesar2 yg dikwal oleh gabenor belanda. Belanda meneruskan usaha utk mengurangkan kuasa dan kedudukan para bupati usha belanda ini tlah menimbulkan penentangan yg memuncak shgga mletusnya perang jawa. (1825-1830)  Peristiwa ini tlah mnyedarkan belanda btapa pentingnya hbungan baik dgn pihak pembesar tmpatan. Akan tetapi, usaha mengawal glongan bupati msih diteruskan. Rombokan struktur



birokrasi di Indonesia bermula pd tahun 1848. Sistem pmerintahan yg diterapkan ialah sistem pemerintahan colonial belanda yg memegang kuasa tertinggi.  Struktur ptadbiran belanda dikenali sbg binenland bestuur yg tdiri drpd gabenor jeneral, residen, penolong residen, dan controleur. Bupati dilantik oleh gabenor jeneral atas cadangan residen dan pnolong residens. Pada awalnya, para bupati dipilih dan dilantik bdasarkan keturunan, trutama anak lelaki sulung dlm keluarga, kemudiannya, pelantikan bupati mengikut beberapa syarat spt pencapaian pendidikan Penutup:  Dengan kehadiran penjajah belanda, sistem pemerintahan tradisional digantikan dgn sistem pemerintahan colonial yg mana penjajah sbg pihak yg menguasai manakala msyarakat peribumi mrupakan pihak yg harus tunduk kpd sgala peraturan pihak kolonial. Soalan 126: Huraikan kesan penjajahan asing terhadap perubahan sistem pentadbiran di Myanmar pada abad ke-19. Pendahuluan  Dalam kehadiran kuasa Barat di Asia Tenggara telah membawa pelbagai perubahan dalam sistem pentadbiran, ekonomi dan pendidikan. Perubahan yang dibawa oleh British di Myanmar telah menyebabkan berlakunya penentangan rakyat tempatan. Mereka berasa tidak puas hati kerana kepentingan mereka terjejas dan terpaksa menerima pendidikan Barat yang bersifat tegas, memonopoli serta membebankan mereka dengan pelbagai jenis cukai.  Tujuan perubahan ini adalah untuk membolehkan kuasa barat mengukuhkan kedudukan mereka di tanah jajahan. Isi-isi Penting 1)



Penghapusan Sistem Pentadbiran Tradisional



 Sistem pemerintahan beraja atau monarki dihapuskan setelah British berjaya menawan Myanmar Utara. British menjadikan ketiadaan putera raja yang layak untuk ditabalkan sebagai waris takhta kerajaan sebagai alasan untuk menghapuskan sistem beraja di Myanmar. Sistem pentadbiran tradisional seperti Myothugyi dan Thaithugyi, Hutdaw, dan Thatnabaing dihapuskan. British melantik sebahagian daripada ahli Hutdaw sebagai pegawai kerajaan yang bergaji tetap. Namun, mereka tidak mendapat kerjasama dan penghormatan daripada penduduk tempatan kerana bekerja dengan pihak British. Desakan daripada penduduk tempatan agar sistem Thatnabaing dikekalkan telah ditolak oleh pihak British.  Sir Charles Crosthwaite telah merancang untuk menjadikan kampung-kampung sebagai unit pentadbiran supaya kesalahan jenayah dapat dipertanggungjawabkan kepada lingkungan kawasan tersebut. Pada tahun 1889, Undang-undang Kampung Myanmar diperkenalkan untuk membolehkan pelaksanaan Majlis Kampung dikuatkuasakan. Berdasarkan undang-undang tersebut, ketua kampung akan dilantik sebagai pegawai kerajaan dan bertanggungjawab menjaga keamanan dan mengutip cukai di kawasan kampung mereka.



2)



Pelaksanaan Sistem Pentadbiran India di Myanmar



 British telah menggunakan corak pentadbiran berdasarkan Dasar Liberal yang disesuaikan dengan pentadbiran tempatan di wilayah Pegu. Wilayah Pegu dibahagikan kepada 5 buah daerah dengan setiap daerah diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Daerah berbangsa Inggeris. Daerah-daerah pula dibahagikan kepada bandar-bandar kecil di bawah seorang Pegawai Bandar atau Myo-ok. Setiap bandar dipecahkan kepada sistem bulatan dengan seorang ketua sebagai penasihat. Sistem ini mirip dengan sistem di India kerana pegawaipegawai Inggeris yang dilantik pernah berkhidmat di Benggala dan Madras, India.  Myanmar Utara pula dibahagikan kepada 14 buah daerah. Pesuruhjaya British yang pertama, Sir Charles Bernard mengusulkan supaya pentadbiran awan dan pungutan cukai dijalankan melalui wakil-wakil tempatan dan mengikut peraturan tempatan. Namun, pengganti beliau, Sir Charles Crosthwaite menjalankan pentadbiran mengikut sistem di India. 3)



Penubuhan Dewan Perundangan



 Pada tahun 1897, pemerintahan British di Myanmar telah melakukan perubahan terhadap sistem pentadbiran di peringkat pusat. Jawatan Ketua Pesuruhjaya, iaitu ketua eksekutif pada peringkat pusat telah dinaikkan menjadi Leftenan Gabenor. Leftenan Gabenor Myanmar yang pertama ialah Arthur Phayte. Bagi membantu Leftenan Gabenor dalam pentadbiran, Majlis Perundangan ditubuhkan. Terdapat 9 orang ahli yang terdapat dalam majlis ini yang terdiri daripada pegawai kerajaan dan ahli-ahli terpilih.  Selepas tahun 1897, British melakukan beberapa perubahan dalam dasar penjajahannya di Myanmar, seperti; Mewujudkan jawantan-jawatan tinggi untuk menambahkan kecekapan pentadbiran. Terlibat secara aktif dalam hal ehwal kerajaan untuk memajukan kegiatan ekonomi dan Meningkatkan kebajikan rakyat Myanmar.  Pada tahun 1909, jumlah anggota Dewan Perundangan telah ditambah menjadi 15 orang. Pada tahun 1920, anggota Dewan Perundangan telah ditambah menjadi 30 orang. Golongan pedagang mempunyai wakil terbesar dan diikuti beberapa orang Myanmar sebagai anggota dewan tersebut. Penutup  Kesimpulannya, perubahan yang dilakukan oleh pihak British dalam sistem pentadbiran di Myanmar ini telah membangkitkan perasaan cinta akan negara dalam kalangan rakyat tempatan serta keinginan untuk membebaskan diri daripada cengkaman penjajahan British.  Keadaan ini berlaku apabila rakyat tempatan mula menyedari tentang kepentingan sebuah negara yang merdeka. Soalan 127: Bincangkan pengubahsuaian dalam bidang ekonomi di Indonesia Pendahuluan  Sistem ekonomi sara diri bermaksud aktiviti yang hanya dilaksanakan untuk menampung keperluan harian. Hasil yang dikeluarkan tidak bertujuaan untuk dijual atau di perdagangkan. Lebihan yang ada akan diperdagangkan atau di tukarkan kepada keperluan asas yang lain.



Kegiatan yang dilakukan tertumpu kepada pertaniaan padi, perikanan secara kecil-kecilan, penternakan, dan pemungutan hasil hutan. Kegiatan tersebut tidak memerlukan modal yang besar dan peralatan yang di gunakan ialah peralatan primitif yang digunakan oleh keturunan yang terdahulu.  Kegiatan ekonomi sara diri bersifat keperluan diri dan keluarga dan tidak mementingkan kelebihan untuk diperdagangkan serta tidak wujud satu pengkhususan kerja yang jelas. Kegiatan ekonomi sara diri ialah kegiatan utama yang dijalankan oleh rakyat Vietnam dan Indonesia sebelum kedatangan barat. Namun, masyarakat peribumi di Indonesia juga menjalankan kegiatan ekonomi komersial. Ekonomi komersial merujuk kepada kegiatan ekonomi yang bertujuan bukan sahaja untuk memenuhi keperluan harian sekeluarga tetapi juga di perlukan sebagai asas dalam pertukaran atau penjualan barangan. Isi-isi Penting: A.



Pertanian



 Kegiatan ekonomi yang utama di Indonesia ialah penanaman padi. Padi di tanam di sepanjang dataran pantai lanar, lembah, lembangan, dan lereng gunung berapi yang di teres. Penanaman padi sawah di usahakan secara giat di pulau jawa dan Madura kerana kesuburan tanah dan terdapat sistem pengairan. Padi sawah di tuai pada bulan april setiap tahun dengan menggunakan kaedah primitive.  Selain penanaman padi sawah, padi huma atau padi bukit juga di tanam oleh masyarakat peribumi Indonesia. Padi ini di tanam di kawasan timur jawa yang lebih kering dan dilereng bukit yang tinggi. Kaedah penanaman padi bukit ialah sesuatu yang primitive, iaitu tebang dan bakar. Sebelum musim hujan, petani akan membakar kawasan hutan. Pembakaran hutan akan dilakukan sebanyak 3 kali untuk memastikan kesuburan tanah. penanaman padi bukit hanya akan berlaku selama 2 hingga 3 tahun diatas kawasan yang sama. Selepas itu, petani akan berpindah ke tempat lain dan melakukan kaedah yang sama.  Selain penanaman padi huma, tanaman lain seperti ubi kayu dan tanaman berasaskan ubi juga di tanam untuk menambahkan hasil keluaran makanan. Jagung juga penting sebagai bahan makanan dalam ekonomi sara diri. Jagung di tanam di Madura, jawa timur, dan sumatera. Tanaman ini di perkenalkan oleh portugis pada abad ke-16.  Masyarakat Indonesia juga menanam tebu dan kelapa. Tebu di tanam di wilayah Cheribon, dataran pantai utara, bahagian tengah jawa, Jogjakarta, dan Surakarta. Kelapa terdapat di seluruh pelosok Indonesia. Kelapa hidup subur di kawasan yang mempunyai suhu tinggi, hujan lebat, dan tanah yang berlumpur.  Masyarakat peribumi Indonesia menanam rempah ratus seperti bunga cengkih, buah pala, dan kayu cendana. Bunga cengkih banyak di tanam di pulau-pulau Maluku, buah pala di pulau Bonda, dan kayu cendana di pulau timur. B.



Perusahaan



 Perusahaan batik di usahakan oleh masyarakat peribumi Indonesia. Perusahaan batik di jalankan secara kecil-kecilan di jawa tengah. Aktiviti ini di lakukan sebelum musim menuai padi pada musim memungut hasil tanaman.



 Masyarakat jawa meghasilkan corak batik yang mempunyai unsur alam seperti burung, kupu-kupu, buah-buahan, dan sebagainya. Seni melukis corak batik ini diturunkan pada satu generasi kepada generasi yang lain. Biasanya, kemahiran membuat batik akan di ajar oleh ibu kepada anak perempuan mereka. Kesimpulan  Pada keseluruhannya, golongan kapitalis dan pemodal swasta yang berjaya menikmati keuntungan daripada perkembangan ekonomi. Ekonomi telah menjadi pesat dalam bidang pertanian, perladangan, perlombongan, perdagangan, infrastruktur, serta kemudahan asas.  Masyarakat peribumi yang menjadi buruh diladang kapitalis asing telah ditindas, dikerah, dan diperhambakan. Penindasan ekonomi menjadi salah satu punca kebangkitan gerakan nasionalisme di Indonesia pada abad ke-20. Soalan 128: Bincangkan pengubahsuaian dalam bidang ekonomi di Myanmar. Pendahuluan  Masyarakat peribumi menjalankan kegiatan ekonomi tradisional berasaskan tanaman seperti beras, sekoi, minyak sayuran, ikan, garam, sutera, kapas, barang tembikar dan senjata. Dasar pemerintahan kerajaan Myanmar memang tidak berminat menjalankan perdagangan dengan negara-negara luar kerana mampu menyediakan keperluan sendiri.  Namun, penjajahan British di Myanmar telah mengubah kegiatan ekonomi tradisional kepada ekonomi komersial yang mendorong perkembangan ekonomi yang pesat bukan sahaja dalam bidang pertanian bahkan dalam bidang perdagangan, perlombongan dan kemajuan kemudahan asas. Isi-isi penting 1) 



Kemajuan kegiatan pertanian Beras. Perkembangan ekonomi yang paling menonjol di Myanmar kesan daripada penjajahan British ialah perusahaan beras. Arakan dan Tenasserim berkembang pesat sebagai kawasan penanaman padi semasa penjajahan British. Beras menjadi eksport utama di Myanmar disebabkan oleh beberapa faktor seperti tanah yang sesuai dan bekalan air yang banyak. Rangoon merupakan pelabuhan utama yang mengendalikan eksport beras di Myanmar.Hasil daripada perkembangan industri beras, Myanmar menjadi jelapang padi utama di dunia. Kemajuan industri beras turut menggalakkan kemasukan orang india untuk membantu pembangunan Myanmar yang kekurangan penduduk.



 Kayu balak. Kayu jati ialah bahan eksport utama dalam kegiatan pembalakan di Myanmar. Perkembangan kegiatan pembalakan di Tenssarim pada tahun 1830an telah mewujudkan semula kepentingan perusahaan membina kapal pada tahun 1847. British telah mewujudkan Jabatan Perhutanan pada tahun 1856. Jabatan ini di bawah seorang Ketua Pemelihara Hutan dan tugas beliau adalah untuk memastikan kegiatan mendapatkan sumber dari hutan dijalankan dengan sempurna dan betul.Syarat pembalakan dan pengawalan ditetapkan dan hutan-hutan yang berharga di jadikan hutan simpan untuk dipajakkan kepada pengusaha swasta.Perusahaan pembalakan di kuasai oleh beberapa buah syarikat asing seperti Syarikat Perdagangan Bombay-Myanmar.



2) 



Kemajuan kegiatan perlombongan Minyak. Telaga minyak dilombong semasa pemerintahan Raja-raja Burma dan kebanyakkannya berpusat di Yenangyaung. Minyak digunakan dirumah untuk menyalakan pelita dan mengawet kayu, tikar, dan kertas yang dibuat daripada daun palma. Keadaan berubah setelah Syarikat Minyak Myanmar ditubuhkan oleh sebuah firma Britsh di Rangoon pada tahun 1886 yang menjalankan kegiatan menggali minyak dan membeli pajakan kerajaan serta persendirian.Setelah lima tahun beroperasi, hasil minyak berjaya menandingi minyak tanah yang diimport dari AS di pasaran tempatan. Malah, syarikat ini mampu mengeksport minyak ke India dan Pulau Pinang.



 Bijih timah. Perusahaan bijih timah tidak sepenting industri minyak. Lombong- lombong di Bawdwin menghasilkan timah hitam dan dimiliki oleh syarikat Myanmar. Perlombongan bijih timah diusahakan oleh orang Cina.  Galian lain. Perlombongan emas dan batu permata dijalankan di kawasan Mogok. Syarikat eropah memajakkan lombong emas dengan cukai sebanyak 315 ribu paun. Lombong perak dibuka berhampiran Namtu pada penghujung abad ke-19. Lombong besi diusahakan di Mawchi dan Karen. 3)



Kemajuan kemudahan asas



 Pengangkutan air. Sungai Irrawaddy antara sistem perhubungan air yang penting ke Bhamo di Myanmar Hulu. Menjelang tahun 1900, pengangkutan air sangat penting di Myanmar. Syarikat Flotilla Irrawaddy memonopoli sistem pengangkutan jarak jauh manakala Syarikat Flotilla Arracan mengendalikan kegiatan perdagangan di sepanjang pantai Arakan.  Landasan kereta api. Landasan kereta api pertama antara Rangoon dengan Prome siap dibina pada tahun 1877. Landasan Rangoon-Tounggoo dibuka pada tahun 1885. Pada tahun 1889, landasan ini disambung dengan Mandalay dan merentang hingga ke Myitkina pada tahun 1898. Penutup  Ekonomi Myanmar telah menjadi pesat setelah perluasan kuasa British dalam bidang pertanian, perladangan, perlombongan, perdagangan, infrastruktur, serta kemudahan asas. Pada keseluruhannya, golongan kapitalis dan pemodal swasta yang berjaya menikmati keuntungan daripada perkembangan ekonomi. Masyarakat peribumi yang menjadi buruh di ladang kapitalis asing telah ditindas, dikerah dan diperhambakan.  Penindasan ekonomi menjadi salah satu punca kebangkitan gerakan nasionalisme di Myanmar pada abad ke-20. Soalan 129: Bincangkan pengubahsuaian dalam perkembangan pendidikan di Indonesia Pendahuluan  Belanda hanya memberi keutamaan terhadap pendidikan di Indonesia ketika pelaksanaan di bawah Dasar Liberal, iaitu sekitar tahun 1870-1900.



 Mengikut Dasar Etika, pendidikan penting supaya penduduk tempatan dapat menerima dan menguasai tamadun Barat. Isi-isi penting 1.



Pada tahun 1867, Jabatan Pelajaran ditubuhkan manakala system persekolahan peringkat rendah dijalankan selama tiga tahun. Menjelang tahun 1892, terdapat kira-kira 516 buah sekolah di Indonesia. Pada tahun 1893, Belanda telah memperkenalkan dua jenis sistem pendidikan, iaitu Sekolah Kelas Pertama dan Sekolah Kelas Kedua.



2.



Sistem pendidikan di Indonesia di Indonesia mengalami perubahan apabila Dasar Etika diperkenalkan oleh Belanda. Pada tahun 1900 J. H Abendonan, Pengarah Pelajaran Indonesia yang pertama telah menggalakkan penubuhan sekolah yang menngunakan bahasa Belanda sebagai bahasa penghantar untuk anak-anak golongan pyiyayi.



3.



Sejak tahun 1900, Sekolah Jawa yang didirikan khusus untuk anak-anak golongan bangsawan atau priyayi dan golongan yang berpengaruh. Pada tahun 1900, Sekolah Jawa yang didirikan khusus untuk golongan menengah kelas bawahan didirikan.



4.



Pada tahun 1907, sekolah desa disediakan untuk anak-anak petani. Sekolah desa atau sekolah rakyat hanya setakat kelas III. Dengan kelulusan ini mereka layak untuk menjadi rendah sahaja.



5.



Belanda juga telah mengadakan beberapa kursus dalam bahasa Belanda sebagai persediaan kepada pelajar untuk menyambung pelajaran ke pelajaran ke peringkat universiti. Bahasa Belanda diwajibkan dipelajari di sekolah menengah. Penutup



 Anak-anak peribumi Indonesia tidak berpeluang melanjutkan pelajaran di sekolah menengah dan institute pengajian tinggi kerana syarat kemasukan yang ketat.  Bilangan pelajar bumiputera Indonesia yang masuk ke institusi pengajian tinggi amatlah sedikit kerana kebanyakan mereka tidak mampu membayar yuran pengajian yang tinggi. Soalan 130: Bincangkan pengubahsuaian dalam perkembangan pendidikan di Myanmar. Pendahuluan:  Pendidikan secular diperkenalkan di Myanmar berikutan penjajahan British di Negara tersebut. Sistem pendidikan Barat telah melemahkan sistem pendidikan tradisional yang berlandaskan agama Buddha di Myanmar.  Dasar pelajaran penjajah pada abad ke-19 hanya menekankan pendidikan tahap rendah dan asas kepada masyarakat pribumi. Isi-isi penting: 1.



Penjajah British telah mengubah sistem pendidikan di Myanmar. pendidikan secular dan mubaligh yang diperkenalkan menjadi ancaman kepada sekolah Buddha. penggunaan bahasa Myanmar tidak begitu penting dengan penubuhan sekolah-sekolah Inggeris.



2.



Sekolah-sekolah kerajaan ditubuhkan pada tahun 1870-an dan bantuan kewangan diberikan kepada sekolah-sekolah agama kristian yang dimulakan oleh mubaligh Roman Katolik dan persatuan mengembangkan Kitab Agama Baptist.



3.



Sistem pendidikan di Myanmar dirombak pada tahun 1880-an.perubahan yang dilakukan seperti peperiksaan wilayah diadakan supaya pelajar-pelajar sekolah menengah boleh melanjutkan pelajaran ke Universiti Calcutta. Maktab Ragoon ditubuhkan pada tahun 1884 bertujuan menyediakan penuntut mengambil ijazah luar Universiti Calcutta.



4.



British membina lebih banyak sekolah menengah Inggeris selain mengekalkan sekolahsekolah kebangsaan Myanmar yang menggunakan bahasa Myanmar sebagai bahasa pengantar.



5.



Dasar pelajaran British di Myanmar adalah untuk menggalakan sekolah sukarela menubuhkan kerajaan.kesannya,menjelang tahun 1900,16 buah sekolah Kristian dan sebuah maktab Baptist yang kecil di Rangoon ditubuhkan untuk pengajian tinggi orang Karen.



6.



Penubuhan sekolah teknikal untuk kemahiran ukur-mengukur, pengetahuan asas ilmu kejuruteraan ,bidang kehutanan dan perbidanan. Menjelang abad ke-20,wujud 170,000 buah sekolah kebangsaan, 341 daripadanya dikhaskan untuk kanak-kanak perempuan. Penutup:



 Kesan daripada pengenalan pendidikan Inggeris,lahir golongan intelektual Myanmar yang berpendidikan Barat.  Kecewa dengan dasar pilih kasih pihak penjajah akhirnya mendorong kemunculan gerakan nasionalisme berunsur radikal untuk menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan. 3.1.1 Gerakan Nasionalisme 3.1 Gerakan Nasionalisme 3.1.1. Faktor kemunculan Soalan 131: Bincangkan faktor-faktor luar yang mempengaruhi kesedaran politik di Asia Tenggara dari tahun 1900 - 1941. Pendahuluan:  Peristiwa yang berlaku di negara luar berhubung dengan perkembangan nasionalisme telah menjadi inspirasi kepada pejuang nasionalis tempatan di negara-negara Asia Tenggara untuk berjuang menentang penjajah barat. Pada keseluruhannya, gerakan nasionalisme di Asia Tenggara kecuali negara Thai berciri anti – penjajahan.  Gerakan nasionalisme disebabkan oleh dasar penjajahan barat. Seterusnya pengaruh luar iaitu dari Eropah, Asia Timur, Asia Selatan dan Asia Tenggara sendiri memainkan peranan penting bagi mempengaruhi gerakan nasionalisme di Asia Tenggara. Isi-isi Penting:



1.



Gerakan Reformis Islam di Timur Tengah



 dipelopori oleh Syeikh Muhammed Abduh dan golongan Al- Manar di Kaherah yang mempengaruhi semangat kebangsaan di India dan Indonesia. idea-ideanya memperjuangkan penyatuan umat Islam seluruh dunia, membebaskan agama Islam daripada kepercayaan kolot atau ortodok, menyeru umat Islam merujuk kepada al-Quran dan Hadis serta menggalakkan umat Islam mencapai kemajuan ekonomi dan sosial  kesannya Sarekat Dagang Islam melancarkan Perang Jihad terhadap Belanda dan pemulihan ekonomi orang Jawa yang ditindas oleh orang China 2.



Perang Rusia – Jepun (1904 – 1905)



 melemahkan anggapan masyarakat Asia bahawa kuasa barat tidak boleh dikalahkan akibat daripada kekalahan Rusia. kesannya mempengaruhi raktyat China yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat sen untuk menggulingkan Kerajaan Manchu  Chang Chin, seorang intelek China mengatakan kekalahan tersebut dapat mencerminkan kemenangan perlembagaan dan kegagalan pemerintahan beraja. Kebangkitan Boxer 1900 memberi impak kepada Vietnam contohnya, Phan Boi Chau telah menubuhkan Viet Nam QuangPhuc Hoi yang bercita-cita untuk membebaskan negaranya daripada Peranchis 3.



Kebangkitan di India



 Gerakan kongres India menjadi perangsang kepada Myanmar yang dijajah oleh British  Pembaharuan Montagu – Chelmsford dapat melatih orang India berkerajaan sendiri tetapi tidak diperkenalkan di Myanmar. Myanmar menuntut agar perlembagaan yang sama dibuat di Burma seperti di India. 4. 



Revolusi 1917 Revolusi ini telah melahirkan Pertubuhan Komunis Antarabangsa (Comintern) yang menyebarkan ideologi komunisnya di seluruh dunia



 Comintern telah menghantar ejen-ejen ke Asia Tenggara untuk menubuhkan parti-parti komunis tempatan, contohnya Ho Chi Minh yang ditugaskan di selatan China telah menubuhkan Parti Komunis Indo-China 5.



Revolusi Eropah  Revolusi Amerika telah menentang parlimen British dan Revolusi Peranchis menentang pemerintahan raja monarki dan mewujudkan raja berperlembagaan  Kesannya mempengaruhi Gerakan Katipunan di Filipina serta Pelajar-pelajar Thailand melancarkan Revolusi 1932 untuk menentang kuasa mutlak raja Kesimpulan:  Pengaruh luar ini telah menyemarakkan semangat kebangsaan dikalangan penduduk untuk menentang penjajahan barat.Namun begitu pengaruh faktor dalaman juga menjadi penggerak kepada pejuang-pejuang nasionalis Asia Tenggara menentang penjajah.Pada



peringkat awal penentangan mereka tidak berjaya tetapi menjelang abad ke-20 semua negara yang dijajah berjaya mencapai kemerdekaan. Soalan 132. Analisiskan faktor-faktor kemunculan Indonesia.



Gerakan Nasionalisme di



Pendahuluan  Nasionalisme boleh ditaktrifkan sebagai perasaan cinta akan tanah air dalam usaha untuk membentuk sebuah negara bangsa . Gerakan nasionalisme secara umumnya bertujuan menegakkan kebebasan individu atau negara daripada kongkongan dan penindasan Barat.  Di Indonesia dan Myanmar, gerakan nasionalisme lebih kepada gerakan kesedaran dalam kalangan masyarakat peribumi ke arah perpaduan untuk mencapai kemerdekaan mutlak dan membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat mengikut acuan mereka sendiri. Perenggan Isi 1.



Pengaruh Agama



 Pengaruh agama terhadap kemunculan nasionalisme begitu jelas sejak awal abad ke-20 melalui peranan yang dimainkan oleh pertubuhan berunsur Islam sebagai teras perjuangan bangsa. Pertubuhan tersebut seperti Sarekat Dagang Islam, Sarekat Islam, Muhammadiyah dan Nahdatul Ulama. Sarekat Dagang Islam ditubuhkan pada tahun 1909 oleh R.M Tirtoadisurjo dengan kerjasama persatuan Pedangang Arab Indonesia. Sebuah cawangannya ditubuhkan di Bogor oleh Haji Semanhoedi, seorang pedangang kain batik yang hampir muflis. Beliau ingin melindungi kepentingan golongan pedangang batik Islam agar mereka dapat bersaing dengan pedangang batik Cina. Agama islam digunakan sebagai alat penyatuan pedagang batik Islam supaya bersatu padu menentang penindasan pedangang batik Cina.  Pada tahun 1912, pertubuhan Muhammadiyah ditubuhkan oleh Kiyai Haji Ahmad Dahlan. Dalam perjuangannya, menekankan pentingnya penyebaran ajaran agama Islam yang sejati berlandaskan Al-Quran dan hadis sebagai pegangan hidup untuk menentang ancaman sekularisme dan perkembangan agama Kristian dia Indonesia. Nahdatul Ulama di bawah pimpinan Kiyai Hashim Ashari merupakan sebuah pertubuhan ortodoks. Namun, pertubuhan ini juga menggunakan agama Islam untuk menyatukan umat Islam menentang penindasan Belanda dan menghadapi ancaman penyebaran Kristian. 2. 



Peranan Bahasa dan Kesusasteraan Belanda tidak menggalakkan penggunaan bahasa Belanda dalam kalangan orang Indonesia. Kerajaan Belanda tidak membenarkan orang Indonesia menggunakan bahasa Belanda, malah kerajaan Belanda sendiri menggunakan bahasa Indonesia dalam urusan penradbirannya di Indonesia. Dengan demikian, kedudukan bahasa Indonesia diperkukuhkan lagi. Bahasa Indoneia menjadi alat penyebaran maklumat yang paling berkesan dalam kalangan masyarakat Indonesia.



 Karya Raden Adjeng Kartini bertajuk Habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang Puteri Jawa berjaya membangkitkan semangat nasionalisme. Melalui karya tersebut, Raden



Ajeng Kartini berjaya mendedahkan kemunduran bangsa Indonesia yang ditindas dan dicengkam oleh penjajah Belanda.  Penggunaan bahasa Indonesia pada zaman pendudukan Jepun telah memperkukuhkan kesedaran kebangsaan dalam kalangan masyarakat tempatan. Ini dapat menghapuskan sifat kedaerahan orang Indonesia. Bahasa Indonesia telah menjadi satu lambing perpaduan yang mengikut kaum-kaum yang ada di Indonesia. 3.



Pengaruh Kewartawanan



 Selepas Raden Ajeng meninggal dunia, usaha memperjuangkan pendidikan untuk kaum wanita diteruskan oleh sebuah pertubuhan wanita yang bergelar Putri Merdeka (1912). Pertubuhan ini menerbitkan Wanita (1913) dan Putri Merdeka (1916) untuk menyebarkan idea-idea baharu, menuntut hak-hak wanita mendapat pendidikan moden, mengritik amalan sosial, dan ketidakadilan terhadap kaum wanita. Putri Merdeka membangkitkan isu poligami dan sekolah campuran.  Dr.Wahidin Sudira Husodo menyebarkan idea tentang keperluan pendidikan moden terutamanya ilmu perubatan melalui terbitannya, iaitu Retno Dumilah. Parti Nasional Indonesia berjuang menyalurkan idea nasionalisme dan kemerdekaanya melalui penerbitan surat khabar Banteng Priangan di Bandung dan Persatoean Indonesia di Jakarta. 4.



Peranan Pendidikan



 Pentadbiran Belanda mengutamakan anak Priyayi. Golongan ini diberi pendidikan tersendiri dan diasingkan daripada anak orang kebanyakan. Sekoalah Eerste Klasse, iaitu sebuah sekolah elit tahap tinggi berasaskan model Barat dibina untuk anak-anak golongan Priyayi, golongan bangsawan dan golongan berada. Antara tahun 1900 hingga 1921, Sekolah Doktor Jawa dimajukan menjadi sekolah latihan doktor (STOVIA). STOVIA disediakan untuk rakyat biasa daripada pelbagai lapisan masyrakat seperti anak petani, polis, pegawai kerajaan, guru, dan golongan bangasawan yang berasal dari pelosok Indonesia. STOVIA menjadi pusat perbincangan dan perbahasan idea nasionalisme dalam kalangan pelajar.  Perkembangan pendidikan Barat membolehkan kemunculan golongan elit berjuang dan memimpin penduduk tempatan ke arah nasinonalisme dan kemerdekaan. Golongan ini terdedah dan terpengaruh dengan idea-idea liberal seperti demokrasi, sosialisme, dan nasiaonalisme. Golongan elit sedar dasar pihak penjajah yang menekan dan menindas penduduk tempatan. Nasiaonalisme perpendidikan Islam memainkan peranan menubuhkan pertubuhan berteraskan ajaran agama Islam sebagai asas perjuangan mereka untuk menentang orang kafir dan perluasan penyebaran agama Kristian. 5.



Peranan Golongan Intelektual



 Sehingga tahun 1912, golongan intelektual Indonesia lebih memainkan peranan berjuang untuk memajukan masyarakat peribumi dalam aspek sosial, kebudayaan, agama, dan ekonomi. Perjuangan mereka bersifat sederhana. Apa yang penting bagi golongan intelektual ini ialah kesedaran dalam kalangan masyarakat peribumi untuk menggunakan pendidikan dan agama sebagai alat kemajuan dan perpaduan. 



Antara golongan intelektual yang memainkan peranan pada tahap awal gerakan nasionalisme Indonesia ialah Raden Adjeng Kartini, Dr. Wahidin Sudira Husodo, Omar Said



Tjokroaminoto, Haji Ahmad Dahlan, dan Kiyai Hashim Ashari. Soekarno memainkan peranan utama dalam gerakan nasionalisme radikal selain golongan intelektual seperti R.M. Sartono, Muhammad Tabrani, Dr. Mohammad Hatta dan Sutan Syahrir. 6.



Pengaruh Luar



 Reformis Islam di Timur Tengah. Gerakan Reformis Islam di Mesir meningkatkan kesedaran dalam kalangan umat islam di Indonesia untuk membela nasib bangsanya. Pembaharuan dalam agama Islam haruslah dibuat demi memajukan umat Islam sedunia. Gerakan ini tidak menolak sepenuhnya pengaruh Barat. Apa yang penting bagi umat Islam ialah kebebasan berfikir dan kesedaran bahawa agama Islam dalam bentuk yang suci dan mulia menjadi alar kemajuan. Gerakan Reformis islam mempengaruhi pebuhan Sarekat Islam dan Muhammadiyah dalam perjuangannya untuk menegakkan kekuatan umat islam daripada ancaman pengaruh asing dan agama Kristian.  Dasar Perjuangan Mahatma Gandhi di India. Gerakan menentang kerajaan colonial British di India mempengaruhi perjuangan para nasionalis di Indonesia. Kepimpinan Budi Utomo yang dibantu oleh golongan bangasawan Jawa diilhamkan oleh perjuangan Mahatma Gandhi. Penutup  Kemunculan gerakan nasionalisme di Indoensia dan Myanmar disebabkan pelbagai factor sepeti pengaruh agama, peranan bahasa dan kesusasteraan, pengaruh kewartawanan, peranan pendidikan, peranan golongan intelektual dan pengaruh luar. Soalan 133: Jelaskan Faktor-faktor kemunculan Gerakan Nasionalisme Di Myanmar Pendahuluan  Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air. Awal abad ke-20 merupakan zaman gerakan nasionalisme di Myanmar. Gerakan Nasionalisme merupakan tindak balas masyarakat menentang susunan politik, sosial, dan ekonomi yang dibina di negara mereka kesan daripada penjajahan Barat.  Terdapat beberapa faktor kemunculan nasionalisme di Myanmar seperti pengaruh agama islam, peranan bahasa dan kesusasteraan, pengaruh kewartawanan, dan peranan pendidikan. Isi-isi penting 1.



Pengaruh agama Gerakan nasionalisme di Myanmar pada peringkat awalnya lebih bersifat keagamaan . Agama buddha menjadi mekanisme penting untuk meraih sokongan rakyat. Kemunculan nasionalisme di Myanmar pada peringkat awalnya diketuai oleh golongan sami Buddha kerana kedudukan dan pengaruhnya terancam ekoran penjajahan British di Myanmar. Pertubuhan terawal ialah sasanadara (1897) dan diikuti Persatuan Agama Maktab Rangoon (1904).



2.



Peranan Bahasa Dan Kesusasteraan



Masyarakat Myanmar merupakan gabungan tujuh buah kumpulan etnik yang terbesar yang mempunyai bahasa dan kesusteraannya tersendiri seperti Myanmar, Mon , Arakan, dan Shan. Bahasa Myanmar menjadi alat penting dalam menyatukan ideology politik dan nasionalisme. Penggunaan bahasa Myanmar memudahkan ide nasionalisme disampaikan ke seluruh Negara melalui propaganda dan ceramah yang disampaikan oleh pejuang nasionalis. Mereka banyak menulis karya kesusasteraan seperti sajak,cerpen, dan novel yang mengkritik penjajah British dan menyampaikan idea-idea Demokrasi dan kemerdekaan. 3.



Peranan Golongan Intelektual Di Myanmar, golongan intelektual menjadi penggerak kepada gerakan nasionalisme. Mreka terdiri daripada golongan berpendidikan Barat seperti Dr.Ba Maw, U Pu, U Thein Maung, dan U Ba Pe. Golongan ini telah menubuhkan Persatuan Belia Buddha dan telah bergabung dengan pemimpin pelajar di Universiti Rangoon untuk melancarkan mogok dan bantahan menentang dasar British. Peranan golongan intelek telah menyebabkan penyebaran idea nasionalisme dan kemerdekaan tersebar ke seluruh Myanmar serta mendapat sokongan rakyat.



4.



Pengaruh Kewartawanan Surat khabar dan majalah juga menjadi pemangkin kepada penyebaran dan kesedaran kebangsaan di Myanmar. Akhbar dan majalah yang dicetak dalam bahasa inggeris dan bahasa Myanmar serta suku minoriti lain membolehkan idea-idea nasionalime disebarkan dengan cepat dan meluas dalam kalangan penduduk peribumi. Kebanyakkan wartawan dan penulis mengkritik tentang kelemahan pentadbiran British di Myanmar, dan kedudukan agama Buddha serta masyarakat peribumi yang ditindas semasa pemerintahan British. Penutup



 Kesimpulannya, kemunculan nasionalisme di Myanmar disebabkan oleh beberapa faktor seperti pengaruh agama islam, peranan bahasa dan kesusasteraan, pengaruh kewartawanan, dan peranan pendidikan. Soalan 134: Jelaskan peranan agama dalam mempengaruhi gerakan nasionalisme di Myanmar sebelum Perang Dunia Kedua. Pengenalan  Nasionalisme ialah perjuangan untuk memperoleh kebebasan daripada penjajah kerana wujudnya semangat cinta dan taat setia kepada tanah air. Perjuangan nasionalisme dikatakan bermula di Myanmar sejak campur tangan British pada tahun 1942. Nasionalisme di Myanmar pada peringkat awal adalah bersifat keagamaan dan kebudayaan yang diterajui oleh golongan agama.  Hal ini kerana agama Buddha telah ditindas semasa British memerintah. Tidak ada pengiktirafan diberikan kepada golongan agama tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan beberapa buah persatuan agama muncul bagi menghidupkan kembali agama Buddha yang telah merosot. Isi-isi Penting:



a)



Perkembangan awal kebangkitan semangat nasionalisme adalah berlandaskan agama dan diterajui oleh golongan agama. Golongan agama merasa tercabar dengan kemasukan pentadbiran British dan penyebaran agama Kristian di Myanmar. Pertubuhan agama terawal ialah Persatuan Sasanadara yang ditubuhkan pada tahun 1897 di Mandalay oleh U Shway Thwin. Persatuan ini bertujuan memajukan kehidupan sosial orang Myanmar dengan menganjurkan sekolah-sekolah agama Buddha. Pada tahun 1904 pelajar dari Maktab Rangoon menubuhkan Persatuan Agama Maktab Rangoon bagi membincangkan hal-hal berkaitan dengan agama.



b)



Penglibatan golongan agama ini boleh didasarkan atas dua sebab. Pertama, peranan ketua hierarki agama, Thatnabaing dalam urusan agama diketepikan oleh pihak British. Hal ini menyebabkan golongan agama terutama para pongyi tidak berpuas hati dan bertindak atas pertimbangan sendiri. Semangat perjuangan para pongyi (sami-sami Buddha) dilihat dengan jelas antara tahun 1916 hingga tahun 1935, Oleh itu, golongan pongyi merasa terpanggil untuk menegakkan semula pengaruh mereka dan agama Buddha dalam masyarakat Myanmar. Kedua, menjelang tahun 1900, penyerapan nilai dan teknologi Barat secara beransur-ansur merosakan pengaruh agama Buddha dalam masyarakat Myanmar. Sekitar tahun 1921-1929, pongyi-pongyi yang berpolitik menguasai perjuangan nasionalis apabila mereka menjalankan perjuangan mereka melalui Majlis Umum Sangha Sametggi (GCSS). Pongyi-pongyi bergiat dalam politik hasutan. Contohnya seperti taktik-taktik ketidak-kerjasamaan Gandhi, pemboikotan pembayaran cukai, tentangan terhadap pengajaran-pengajaran Kristian kepada kanak-kanak yang beragama Buddha serta keganasan dan taktik-taktik ugutan U Ottama mengulami pergerakan nasionalis dengan cara hidup orang-orang beragama Buddha. Tindakan ini telah menukarkan pergerakan nasionalis menjadi satu pergerakan menjadi satu pergerakan yang disukai ramai.



c)



Penyerapan nilai dan teknologi Barat dalam masyarakat Myanmar amat dibimbangi oleh golongan agama kerana khuatir Buddha akan terjejas. Meraka berusaha memulihkan kepercayaan terhadap agama melalui beberapa pembaharuan termasuk galakan yang dapat membangkitkan semangat nasionalisme. Antara usaha pembaharuan agama dan penyemarakan sentimen nasionalisme dilaksanakan melalui pembentukan persatuan yang berasaskan agama sebagai matlamat perjuangan. Salah satu pertubuhan agama yang aktif dalam penyebaran sentimen nasionalisme ini ialah Persatuan Pemudapemuda Buddha (Buddha Bhata Kalyana Yuma Athin) atau lebih dikenali sebagai Young Men Buddhist Association (YMBA) yang ditubuhkan pada tahun 1906.



d)



YMBA diasaskan oleh sekumpulan peguam muda dari Universiti Rangoon (Yangoon) antaranya seperti U Ba Pe, U Ba Dun dan U Saw. Pada peringkat awal, kegiatan YMBA ialah tertumpu kepada soal agama, selain daripada aspek pelajaran, pembaharuan sosial, peningkatan kesusasteraan dan kebudayaan. Unsur agama jelas dilihat dalam perjuangan mereka menerusi slogan yang digunakan, “Buddha Penyelamat Kita dan Raja”, untuk memperjuangakan agama, sosial, politik dan ekonomi mereka. YMBA mula aktif pada tahun 1917, apabila pucuk pimpinan pertubuhan itu jatuh ke tangan pemimpin nasionalis yang lebih berfahaman radikal seperti U Thein Maung, U Chit Hliang dan U Ba Pe, berbeza dengan pimpinan sebelum ini yang bersifat sederhana. Kewujudan pemimpin yang berfahaman radikal menyebabkan mereka kembali membangkitkan isu kasut yang kuat. YMBA merasakan British tidak mahu melayan tuntutan mereka agar menghormati agama masyarakat pribumi. Hali ini jelas diperlihatkan oleh para pelawat British yang mencemar dan melanggar peraturan kuil dengan tidak mahu membuka kasut



mereka apabila memasuki kuil. Ini dianggap sebagai satu penghinaan ke atas kesucian rumah ibadat masyarakat Myanmar. “Masalah kasut” menjadi satu agenda utama dalam persidangan YMBA yang diadakan pada tahun 1917, namun tuntutan tidak dilayan kerana British memandang ringan hal tersebut. e)



YMBA sedar bahawa tuntutan mereka akan menjadi lebih berkesan, jika ia mendapat suara ramai dan bersifat kebangsaan. Oleh itu, YMBA berusaha meluaskan kegiatan mereka bukan sahaja di bandar malahan di luar bandar. Hasilnya, pada tahun 1920, terdapat kira-kira 6000 buah persatuan di peringkat kampung yang memberi sokongan kepada YMBA. Salah satu isu yang dipropagandakan oleh YMBA untuk mendapat sokongan rakyat ialah melalui sentimen agama berhubung dengan “masalah kasut”. Perkembangan pesat YMBA memberi kesan kekuatan kepada persatuan ini sebagai badan pergerakan nasional, hingga menyebabkan beberapa tuntutan awal dan utama YMBA yang terpaksa dilayan oleh kerajaan ialah “masalah kasut”. Kerajaan telah mengambil tindakan mengenakan undang-undang dan bertolak ansur dengan golongan agama. Kerajaan telah mengisytiharkan larangan memakai kasut di dalam kuil.



f)



Pemberontakan Tharawaddy atau dikenali juga sebagai Pemberontakan Saya San kerana ia dipimpin oleh Saya San yang merupakan seorang bekas sami Buddha tetapi berfikiran politik. Saya San dilahirkan di Shwebo adalah bekas sami, ahli jawatankuasa kerja Unit So Thein, cabang GCBA dan bomoh. Gerakan Saya San dikaitkan dengan pemulihan kembali keseluruhan alat-alat diraja dan agama Buddha dan animisme. Gerakan awal Saya San adalah rancangan membunuh Pesuruhjaya British Bahagian Pegu. kira-kira 1500 orang datang berkumpul dan jumlah ini bertambah sekali ganda kemudiannya. Walau bagaimanapun, pemberontakan ini akhirnya dapat dipatahkan. Saya San telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh pada tahun 1931. Namun demikian, pemberontakan ini telah menyemarakkan lagi semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat Myanmar. Buktinya, pada 4 Januari 1931, seorang pongyi yang datang dari markas Saya San melancarkan kebangkitan di Yamethin, Myanmar Tengah akibat pemilikan tanah oleh golongan ceti secara melampau. Kesimpulan







Jelaslah kebangkitan-kebangkitan agama ini telah menjadi perangsang kepada perkembangan semangat kebangsaan kemudiannya. Selepas tahun 1935, golongan Pongyi diganti oleh golongan Thakin yang telah mengambilalih pimpinan gerakan kebangsaan Myanmar. Soalan 135: Bincangkan peranan golongan intelektual dalam gerakan nasionalisme di Indonesia Pendahuluan



 Sehingga tahun 1912, golongan intelektual Indonesia lebih memainkan peranan berjuang untuk memajukan masyarakat peribumi dalam aspek social, kebudayaan, agama, dan ekonomi.Perjuangan mereka bersifat sederhana. Antara golongan intelektual yang memainkan peranan pada tahap awal gerakan nasionalisme Indonesia ialah Raden Adjeng Kartini, Dr. Wahidin Sudiro Husodo, Omar Said Tjokroaminoto, Haji Ahmad Dahlan, dan Kiyai Hashim Ashari. Soekarno memainkan peranan utama dalam gerakan nasionalisme



radikal selain golongan intelekual seperti R.M Sartono, Muhammad Tabrani, Drs. Mohammad Hatta,dan Sutan Syahrir. Isi-isi penting Raden Adjeng Kartini  Mendapat pendidikan Barat. Menubuhkan sebuah sekolah di japara untuk anak perempuan pegawai Indonesia. Menyedari pentingnya pendidikan moden demi kemajuan Negara.Berpendapat bahawa Indonesia mestu standing dengan orang Eropah dalam pendidikan.  Meningal dunia ketika berumur 25 tahun. Kematiannya tidak membantutkan gerakan ke arah memerjuangkan hak-hak wanitauntuk mendapatkan pendidikan. Dr. Wahidin Sudiro Husodo  Menubuhkan Budi Utomo pada tahun 1908.Tujuannya adalah untuk mencapai kemajuan kebudayaan dan pendidikan orang jawa.  Beliau dibantu oleh dua orang penuntut sekolah perubatan di Betawi, iaitu Raden Soetomo dan Raden Goenawan Mangoenkoesoemo.pertubuhan ini lebih bersifat Jawa-centric. Omar Said Tjokroaminoto  Menubuhkan Sarekat islam pada tahun 1912. Sarekat islam berasal dari Sarekat Dagang islam yang bertujuan melindungi pedagang Batik Jawa daripada persaingan pedagang cina yang menguasai ekonomi Indonesia dan memajukan kepentingan islam serta kedudukan sosioekonomi penduduk Indonesia.  Sarekat islam menggunakan islam sebagai lambang penyatuan dan persaudaraan dalam usaha menentang kaum asing dan pengaruh mereka di Indonesia. Kiyai Haji Ahmad Dahlan 



Menubuhkan Muhammadiyah yang dipengaruhi oleh gerakan reformis islam. Muhammadiyah menekankanpentingnya menyebarkanajaran islam yang sejati berdasarka al- quran sebagai pengangan hidupuntuk menentang ancaman sekularisme dan perkembangan agama kristian.



 Muhammadiyah juga aktif dalam penubuhan sekolah , klinik, masjid dan perpustakaan. Muhammadiyah tidak berunsurkan politik. Soekarno  Memimpin Parti Nasional Indonesia ( PNI ) Pada tahun 1927. Berpendapat bahawa penyatuan dan perpaduan rakyat Indonesia adalah perlu untuk mencapai kemerdekaan mutlak. Mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan belanda dalam perjuangannya.Melibatkan diri dan mempopularkan Partindo.  Mengemukakan lima prinsip rakyat, iaitu, Pancasila yang digunakan sebagai garis panduan kea rah penubuhan sebuah republic Indonesia yang berdaulat . Mengumumkan



kemerdekaan Indonesia pada tahun 17 Ogos 1945. Akhirnya , PBB Bersatu memaksa kerajaan belanda memberikan kemerdekaan kepada Indonesia pada tahun 1949. Penutup  Indonesia Berjaya mencapai kemerdekaannya selepas setu siri pemberontakan dan peperangan belanda yang enggan melepaskan Indonesia setelah kembali semula ke Indonesia selepas tamatnya Peran dunia kedua.  Selain itu, Kerajaan belanda hanya menyerahkan kedaulatan kepada Indonesia pada 27 Disember 1949 setelah pihak belanda dan Indonesia berusaha menyelesaikan masalah mereka di Indonesia. Soalan 136: Bincangkan peranan golongan Thakin (intelektual) dalam gerakan nasionalime di Myanmar sebelum berlakunya Perang Dunia Kedua Pengenalan 



Penglibatan golongan pelajar dalam gerakan nasionalisme di Burma sebelum perang dunia kedua dapat dikesan melalui penubuhan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906, Persatuan Dobama pada tahun 1930, dan Liga Pemuda Burma pada tahun 1931.







Pada tahun 1935, Persatuan Dobama dan Liga Pemuda Burma telah bergabung membentuk pertubuhan Dobama Asiayone dan anggota-anggotanya menggelar diri mereka dengan gelaran Thakin yang bermaksud Tuan.







Matlamat perjuangan mereka ialah mendapatkan kemerdekaan Burma daripada pihak British. Isi-isi penting



a.



Melancarkan Pemogokan







Pada tahun 1935, pemimpin-pemimpin golongan Thakin iaitu Aung San, Thein Pei, Rashid, Thi Ham, Kyaw Nyien dan Ko-Ohn telah menguasai jawatan kuasa kerja Persatuan Pelajar Universiti Ranggoon. Pada bulan Februari 1936, pelajar-pelajar Universiti Ranggoon yang dipengaruhi oleh golongan Thakin telah melancarkan satu pemogokan bagi membantah tindakan disiplin yang dikenakan ke atas Thakin UNU(Presiden Persatuan Pelajar Universiti Ranggoon) dan Aung San, Setiausaha Persatuan Pelajar Universiti Ranggoon. Tindakan disiplin ke atas UNU dikenakan kerana beliau telah membuat ucapan yang mengkritik pentadbiran Universiti dan ke atas Aung San kerana beliau membuat tuduhan yang memburukkan nama seorang pensyarah.







Pemogokan ini merebak ke sekolah-sekolah menengah di sekitar Ranggoon. Pemimpinpemimpin Thakin dan pelajar-pelajar mengambil peluang ini untuk menuntut pindaan kepada Akta Universiti 1920. Pemogokan ini membolehkan pemimpin-pemimpin Thakin muncul sebagai pembela nasionalisme Burma. Kepopularan mereka semakin bertambah dalam kalangan rakyat Burma apabila beberapa pindaan telah dibuat ke atas Akta Universiti pada tahun 1939 seperti yang diminta oleh golongan Thakin.



b.



Penglibatan dalam Pilihanraya







Golongan Thakin telah melibatkan diri dalam politik untuk memperjuangkan ekonomi dan melakukan usaha-usaha gerakan Kebangsaan utuk mencapai kemerdekaan.







Justeru, pada tahun 1936 golongan Thakin telah mengambil bahagian dalam pilihan raya yang pertama di Burma melalui parti politik mereka sendiri iaitu Komin-Kochin. Parti Komin-Kochin memenangi 3 kerusi sahaja.



c.



Menubuhkan Persatuan-Persatuan







Di bawah pengaruh idea Marxist, golongan Thakin telah menubuhkan perstuanpersatuan untuk mendapatkan sokongan golongan petani dan pekerja. 1938, Thakin Mya telah menubuhkan Persatuan Kaum Petani Se Burma dan Liga Penanaman Padi Se Burma. Golongan Thakin telah mencadangkan beberapa pembaharuan cukai bagi membantu petani.







1940, Thakin Ba Swe telah menubuhkan Kongres Buruh Seluruh Burma bagi menyelaraskan kegiatan pertubuhan Buruh di seluruh Burma bagi menentang British. 19381940, golongan Thakin telah menganjurkan pemogokan dalam kalangan pekerja-pekerja Syarikat Minyak Burma. Golongan Thakin menjadi semakin popular dalam kalangan golongan pekerja dan petani.



d.



Menubuhkan Blok Kebebasan







1939, ketika meletusnya Perang Dunia Kedua di Eropah, golongan Thakin telah bertindak menubuhkan Blok Kebebasan bersama-sama Dr. Ba Maw. Tujuannya untuk menuntut beberapa konsesi daripada pihak kerajaan bagi penyertaan Burma dalam Perang Dunia Kedua. Tuntutan mereka mendapat sokongan golongan rakyat melalui golongan Pongyi (sami-sami Buddha).







Sementara U Pu, Perdana Menteri Burma memberi jaminan kepada British bahawa Burma akan bantu British dalam Perang Dunia Kedua tanpa syarat. Golongan Thakin telah bertindak melancarkan kempen anti-perang dengan menyeru rakyat Burma memulau rancangan perang kerajaan Burma. Kerajaan Burma telah bertindak menangkap pemimpin Thakin dan Dr. Ba Maw. Sementara Thakin Aung San bersama Thakin lain telah melarikan diri ke China. Sementara Blok Kebebasan diharamkan.



e.



Mengadakan Pakatan Dengan Jepun







1941, Thakin Aung San telah membuat pakatan dengan Jepun dan bersetuju membantu Jepun menawan Burma dari British. Jepun pula berjanji akan memberi kemerdekaan kepada Burma.







Ramai Thakin telah menjalani latihan ketenteraan di Jepun dan menubuhkan Tentera Kemerdekaan Burma pada tahun 1941.



f. 



Membantu Serangan Jepun ke atas Burma dan Kemerdekaan Burma 1943. Jepun telah melancarkan serangan ke atas Burma pada bulan Disember 1941 dengan bantuan golongan Thakin melalui Tentera Kemerdekaan Burma. Jepun telah Berjaya menawan seluruh Burma menjelang bulan Mei 1942.







g.



Pengaruh golongan Thakin semakin meningkat dan mereka menganggap sebagai pembela nasionalisme Burma. Atas usaha-usaha golongan Thakin, Jepun telah memberi kemerdekaan kepada Burma pada 1 Ogos 1943. Sebuah kerajaan baharu ditubuhkan dengan Dr. Ba Maw sebagai Perdana Menteri. Kerajaan baharu ini dipengaruhi oleh golongan Thakin yang memegang banyak jawatan dalam kabinet. Menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasist (LPRAF)







Jepun tidak memberi kemerdekaan dalam erti kata yang sebenarnya kepada Burma. Kuasa sebenar masih dipegang oleh pihak Jepun. Justeru, pada tahun 1944 golongan Thakin dengan pertubuhan nasionalis yang lain di Burma telah menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat Ani-Fasist bagi menentang Jepun.







LPRAF seterusnya menyebelahi British British pada bulan Mac 1945 dengan mengisytiharkan penentangan terhadap Jepun secara terbuka. Pada bulan Ogos 1945, Jepun menyerah kalah secara rasmi. LPRAF yang dikuasai oleh golongan Thakin telah muncul sebagai pertubuhan nasionalis Burma yang utama.



h.



Kemerdekaan Burma 1948







Januari 1947, Thakin Aung San mengetuai delegasi Burma ke London bagi membincangkan kemerdekaan Burma. April 1947, Kerajaan British bersetuju untuk mengadakan pilihan raya Dewan Perhimpunan. British bersetuju untuk memberi kemerdekaan dalam masa setahun.







Dalam pilihan raya Dewan Perhimpunan, LPRAF telah memenangi 171 kerusi daripada 182 kerusi yang dipertandingkan. Dewan Perhimpunan telah menggubal satu perlembagaan baru bagi Burma selepas mereka. Pada 4 Januari 1948, Burma telah diisytiharkan kemerdekaan dengan Thakin U Nu sebagai Perdana Menteri. Kesimpulan



 Penglibatan golongan Thakin dalam gerakan nasionalisme Burma adalah sangat penting. Atas usaha merekalah masyarakat Burma telah berjaya disatukan. Soalan 137: Bincangkan peranan pengaruh luar dalam gerakan nasionalisme di Indonesia. Pendahuluan 



Awal abad ke-20 merupakan zaman gerakan nasionalisme di Indonesia. Gerakan nasionalisme merupakan tindak balas masyarakat menentang susunan politik , social dan ekonomi yang dibina di Negara mereka kesan daripada penjajahan barat.



 Nasionalisme boleh ditakrifkan sebagai perasaan cinta akan tanah air dalam usaha untuk membentuk sesebuah Negara bangsa. Kemunculan nasionalisme di Indonesia pada abad ke -20 di sebabkan oleh factor-faktor seperti pengaruh agama , peranan pendidikan , golongan intelektual dan sebagainya. Isi-isi Penting: 1.



Reformis islam di Timur Tengah



 Gerakan Reformis islam di mesir meningkatkan kesedaran dalam kalangan umat islam di Indonesia untuk membela nasib bangsanya. Tokoh - tokoh yang berpengaruh ialah Syed Jamaludin Al - Afghani dan Syeikh Muhamad Aduh. Gerakan ini memperjuangkan konsep pan – islamisme ( penyatuan dunia islam bagi menentang peluasan kuasa barat) dan membebaskan agama islam daripada kepercayaan kuno yang tiada kaitan dengan ajaran islam.  Pembaharuan dalam agama islam haruslah dibuat demi memajukan umat islam sedunia. Gerakan ini tidak menolak sepenuhnya pengaruh barat. Apa yang penting bagi umat islam ialah kebebasan berfikir dan kesedaran bahawa agama islam dalam bentuk yang suci dan mulia menjadi alat kemajuan. Tulisan Syeikh muhamad Abduh disebarkan dalam majalah almanar. Gerakan Reformis islam mempengaruhi penubuhan Sarekat islam dan Muhammadiyah dalam perjuanganya untuk menengakkan kekuatan umat islam daripada ancaman pengaruh asing dan agama Kristian. 2.



Dasar perjuangan Mahatma Gandhi di India.



 Gerakan menentang kerajaan colonial british di india mempengaruhi perjuangan para nasionalis di Indonesia.  Kepimpinan Budi Utomo yang dibantu oleh golongan bangsawan jawa diilhamkan oleh perjuangan Mahatma Gandhi. Kesimpulan  Pengaruh luar banyak membangkitkan semangat nasionalisme dalam diri rakyat Indonesia untuk bangkit menentang penjajahan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa barat.  Pengaruh luar seperti Reformis Islam di Timur Tengah dan dasar perjuangan Mahatma Gandhi sedikit sebanyak membuka mata dan minda rakya Indonesia untuk bersatu menentang dan menangkis segala bentuk penjajahan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa asing. Soalan 138: Bincangkan peranan pengaruh luar dalam gerakan nasionalisme di Myanmar. Pendahuluan. 



Awal abad ke-20 merupakan zaman gerakan nasionalisme di Myanmar.Gerakan nasionalisme ini merupakan tindak balas masyarakat menentang penjajahan barat. Nasionalisme boleh ditakrifkan sebagai perasaan cinta akan tanah air dalam usaha membentuk sebuah negara bangsa.



 Gerakan nasionalisme secara umumnya bertujuan menegakkan kebebasan individu atau Negara daripada kongkongan dan penindasan barat. Golongan nasionalis di Myanmar memerhatikan golongan nasionalis di india untuk di jadikan inspirasi mereka. Isi-isi penting 1. Gerakan kongres india



 Gerakan kongres india menentang pemerintahan british yang di pimpin oleh Mahatma Gandhi memberikan inspirasi kepada gerakan nasinalisme di Myanmar. Gerakan rakyat yang bersifat penentangan awam (satyragha) dan penentangan pasif tanpa kekerasaan menimbulkan perasaan kagum dalam kalangan kaum nasionalis Myanmar.  Sehingga tahun1937 ,Myanmar pernah disatukan dengan india .segala aktiviti nasionalis di india di perhatikan oleh Myanmar. Pembaharuan Montagu-Chelmsford diluluskan untuk memberi taraf berkerajaan sendiri kepada india .Akan tetapi ,pembaharuan ini tidak di lakukan oleh Myanmar dengan alasan Myanmar belum bersedia kea rah berkerajaan sendiri.  Rasa tidak puas hati dan penentangan dimulakan oleh YMBA, para pelajar,dan persatuan politik sangha sametggi.British tiada pilihan selain memperkenalkan sisitem diarkidi myanmar .akta kerajaan Myanmar diluluskan oleh parlimen british pada tahun 1921. 2. Perang dunia pertama (1914-1918)  Perang dunia pertama telah menyedarkan orang Myanmar bahawa ekonomi Myanmar banyak bergantung kepada ekonomi dunia. Mereka tertarik dengan kata-kata presiden amerika ,Woodrow Wilson tentang hak-hak semua Negara di dunia untuk menentukan nasib Negara sendiri.  Rakyat Myanmar mendapati bahawa penjajah british tidak mematuhi Empat belas perkara yang dilaungkan oleh Presiden Woodrow Wilson . Apa yang berlaku di Myanmar ialah pemerasan,penindasan dan kesengsaraan Negara bukannya idea demokrasi,liberalisme,atau hak-hak memerintah Negara sendiri. 3. Revolusi Rusia 1917  Revolusi rusia atau revolusi Bolshevik 1917 berjaya menggulingkan pemerintahan raja berkuasa mutlak di rusia. Revolusi ini menyebar idea komunisme yang mendukung prinsip persamaan dan menentang kapitalisme dan imperialisme.  Nasionalis-nasionalis Myanmar tertarik dengan idea-idea menentang penjajah british dan menuntut prinsip persamaan dalam peluang pentadbiraan ,pendidikan ,dan pekerjaan. Penutup.  Apa-apa yang berkaitan 3.1.2 Parti Politik dan Persatuan 3.1.2 Parti Politik dan Persatuan Soalan 139: Bincangkan peranan Sarekat Islam di Indonesia dalam gerakan nasionalisme sehingga tahun 1920 Pengenalan  Pada tahun1909, R.M. Tirjoadisurjo telah menubuhkan Sarekat Dagang Islam. Tujuan asal Sarekat Dagang Islam adalah untuk melindungi kepentingan pedagang batik Islam supaya mereka dapat bersaing dengan pedagang batik Cina. Agama Islam menjadi alat penyatuan,



persefahaman dan persaudaraan dalam kalangan pedagang batik di Jawa. Pada tahun 1912, nama Sarekat Dagang Islam ditukar kepada Sarekat Islam. Omar Said Tjokroaminoto menjadi Presiden  Antara matlamat asal penubuhan Sarekat Islam ialah mengukuhkan agama Islam bagi menyaingi perkembangan agama Kristian dan mengembangkan kebudayaan Indonesia. Sarekat Islam juga bermatlamat memajukan ekonomi dan kebajikan masyarakat tempatan khususnya bidang pendidikan  Keanggotaan Sarekat Islam meningkat daripada 12,000 orang pada tahun 1913 kepada 800,000 orang pada tahun 1916. Sarekat Islam berperanan penting dalam gerakan nasionalisme di Indonesia. Mulai tahun 1916, Sarekat Islam menunjukkan perjuangan politik secara terbuka, Pada tahun 1917, Sarekat Islam menuntut kemerdekaan mutlak. Sarekat Islam telah mengemukakan beberapa tuntutan dari aspek politik, sosial dan ekonomi kepada kerajaan Belanda Isi-isi penting: Dalam aspek politik  Sarekat Islam merupakan parti pertama yang memperjuangkan tuntutan berkerajaan sendiri daripada Belanda. Sarekat Islam mendesak Belanda membentuk Majlis Daerah dan memberikan kuasa yang lebih luas kepada Volksraad supaya menjadi satu badan perwakilan yang mempunyai kuasa Legislatif  Bagi pemilihan ahli Majlis Kampung, Sarekat Islam menuntut hak mengundi diberikan kepada kaum lelaki yang berumur 18 tahun ke atas dan bagi majlis-majlis lain, hak mengundi diberikan kepada kaum lelaki yang berumur 21 tahun ke atas Dalam aspek ekonomi  Sarekat Islam mendesak kerajaan Belanda memiliknegarakan industri-industri penting seperti besi, tekstil, kertas, pengangkutan dan elektrik. Sarekat Islam menuntut supaya dihapuskan buruh kanak-kanak serta buruh paksa  Mereka menuntut Belanda mengadakan lebih banyak klinik yang memberikan rawatan percuma kepada rakyat Indonesia. Pada tahun 1918, Sarekat Islam mendesak Belanda menetapkan gaji minima dan tempoh masa kerja maksima bagi pekerja  Mereka mendesak Belanda membaiki dan meluaskan kemudahan pertanian dan tali air Dalam aspek sosial  Sarekat Islam menuntut undang-undang yang menghalang perkembangan agama Islam dibatalkan  Mereka mahukan hari kebesaran Islam diisytiharkan sebagai hari cuti dan pemberian gaji tetap kepada kiyai serta penghulu  Dalam bidang pendidikan, Sarekat Islam mendesak Belanda menghapuskan diskriminasi terhadap kemasukan pelajar-pelajar ke sekolah



 Mereka meminta pendidikan percuma untuk kanak-kanak Indonesia yang berumur 15 tahun ke bawah. Kerajaan Belanda didesak supaya mengadakan lebih banyak biasiswa untuk membolehkan pelajar Indonesia menuntut di luar negara . Mereka menuntut institusi pendidikan Islam diberi subsidi  Mereka juga menuntut Maktab Undang-undang dan Maktab Perubatan dinaik taraf sebagai universiti Kesimpulan  Berlandaskan kecenderungan terhadap keagamaan, Sarekat Islam mampu berjuang atas isu-isu politik yang membolehkannya muncul sebagai organisasi massa pertama yang terlibat dalam gerakan nasionalisme di Indonesia  Walau bagaimanapun pada tahun 1920-an, Sarekat Islam mulai merosot. Ini disebabkan oleh perselisihan antara golongan Reformis Islam dengan golongan ortodoks dalam parti itu sendiri. Pemimpin Sarekat Islam seperti Semaun dan Darsono telah dipengaruhi oleh komunis dan mengakibatkan perpecahan dalam Sarekat Islam  Pada tahun 1926, Belanda mengambil tindakan menindas Sarekat Islam kerana dituduh terlibat dalam beberapa pemberontakan yang berlaku Pemimpin Sarekat Islam iaitu Omar Said Tjokroaminoto ditangkap dan dipenjarakan Soalan 140: Terangkan sebab-sebab penubuhan dan matlamat parti politik bagi Partai Nasional Indonesia. Pendahuluan  Pada tahun 1922, sekumpulan pelajar Indonesia di Holland telah menubuhkan perhimpunan Indonesia. Setahun kemudian, perhimpunan Indonesia telah menegaskan rancangan mereka untuk berjuang kea rah kemerdekaan Negara. Untuk mencapai hasrat tersebut, Perhimpunan Indonesia menggabungkan usaha semua golangan masyarakat Indonesia dan menjalankan dasar tidak bekerjasama dengan kerajaan Belanda. Perhimpunan Indonesia bersifat agresif dan radikal sejak penubuhannya di Holland. 



Perhimpunan Indonesia berjaya mendapat sokongan ramai kerana memperjuangan kemerdekaan. Antara tahun 1923 dan 1927,ahli-ahli Perhimpunan Indonesia yang pulang ke Indonesia yang pulang ke Indonesia telah menubuhkan kelab-kelab pelajar di beberapa buah Bandar. Kelab tersebut menjadi pusat perbincangan dan saluran idea perjuangan Perhimpunan Indonesia. Isi-isi penting: Sebab-sebab dan matlamat penubuhan



1.



Mulai tahun 1927, peranan PNI dalam pergerakan nasional Indonesia amat besar. Antara sebab dan matlamat penubuhan PNI adalah untuk menuntut kemerdekaan mutlak, menyatukan rakyat Indonesia melalui gabungan parti-parti politik kebangsaan Indonesia, membentuk kerajaan demokrasi berparlimen yang bertanggungjawab kepada semua rakyat dan Memartabatkan penggunaan bahasa Indonesia sebagai bahasa rasmi.



2.



PNI berjuang secara aktif dan radikal demi mencapai matlamat untuk membebaskan Indonesia daripada penjajahan Belanda. Antara usaha PNI ialah: Mengamalkan dasar penentangan pasif, Mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan Belanda, Menyeru pegawai Indonesia memulaukan Volksraad dan perkhidmatan awam kerajaan, Menubuhkan kesatuan buruh, Memajukan syarikat kerjasama, Menyokong pendidikan kebangsaan, Menganjurkan kursus dan mendirikan sekolah, Mengadakan rapat-rapat umum, Menyebarkan idea nasionalis melalui penerbitan surat khabar Banteng Priangan di Bandung dan Persatoean Indonesia di Jakarta.



3.



Perjuangan PNI dijelaskan semasa Kongres Pemuda yang telah mengeluarkan “Sumpah Pemuda” yang menekankan tiga perkara,iaitu: Semua rakyat Indonesia adalah sebangsa,sebahasa, dan senegara. Berdasarkan prinsip tersebut, PNI menegaskan tidak akan menggunakan agama Islam sebagai dasar perjuangannya kerana soal kemerdekaan turut melibatkan rakyat Indonesia beragama Kristian yang berbeza bahasa dan budaya. Pertubuhan belia seperti Pemuda Jawa, Pemuda Sulawesi, Pemuda Sumatera dan Pemuda Ambon digabungakan menjadi Persatuan Pemuda Indonesia. Lagu kebangsaan akan dicipta dan digunakan secara rasmi. Idea nasionalisme dapat disalurkan melalui ciptaan lagu kebangsaan.



4.



Kebijaksanaan Soekarno mengutamakan soal perpaduan dan persefahaman membolehkan PNI mendapat sokongan ramai dan menjadi parti politik yang paling popular. Dalam masa dua tahun sahaja, PNI berjaya meraih sokongan seramai 10000 orang.



5.



Selaras dengan hasrat menyatukan rakyat Indonesia tanpa mengira perbezaan keturunan, bangsa, dan agama, PNI berusaha menggabungkan parti-parti politik yang sedia ada seperti Budi Utomo, Pasundan, Ikatan Sumatera, Kaum Betawi, Kelab Pelajar Surabaya, dan Sarekat Islam dalam satu gabungan yang besar, iaitu Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI). Melalui PPPKI, PNI telah berusaha membentuk perpaduan kebangsaan. Penutup



 Dalam kalangan kelab yang ditubuhkan, Kelab Pelajar Bandung yang paling aktif. Dari kelab tersebut, Soekarno mengambil inisiatif menubuhkan Perserikatan Nasional Indonesia pada 4 Jun 1927.  Perserikatan Nasional Indonesia kemudian menukar namanya kepada Partai Nasional Indonesia (PNI).



Soalan 141: Terangkan sebab-sebab penubuhan dan matlamat persatuan Young Men Buddhist Association (YMBA) di Myanmar Pendahuluan  Young Men Buddhist Association (YMBA) atau Persatuan Belia Buddha merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1906 oleh golongan berpendidikan Barat.



 Golongan ini terdiri daripada peguam dan mahasiswa Universiti Rangoon seperti U Ba Pe, Sir Maung Gyi, dan U Kin. Isi-isi penting Sebab-sebab Persatuan Young Men Buddhist Association (YMBA) 1.



Memupuk semangat kebangsaan.



 Pemimpin bersefahaman radikal telah membangkitkan semangat nasionalisme melalui isu kasut. Mereka melancarkan protes terhadap sekumpulan orang Eropah yang memakai kasut memasuki Pagoda Endawya di Rangoon. YMBA mengambil berat tentang isu kasut dan perbuatan British dianggap sebagai satu penghinaan terhadap kesuciaan rumah ibadat masyarakat peribumi Myanmar. Pada mulanya, British tidak melayan tuntutan YMBA kerana memandang ringan isu tersebut. Oleh itu, YMBA berusaha mendapat sokongan penduduk di Bandar dan luar Bandar. British bimbang dengan sokongan kuat itu lalu mengeluarkan undang-undang melarang pemakaian kasut di pagoda.  YMBA seterusnya membantah kerajaan British berkaitan dengan Laporan MontaguChelmsford pada tahun 1917. Melalui laporan tersebut, kerajaan british telah meluluskan perlembagaan baharu di India sebagai persediaan ke arah status pemerintahan sendiri. Akan tetapi,kelulusan ini tidak diberikan kepada Myanmar dengan alasan Myanmar masih belum mencapai taraf “kepandaian membaca dan menulis.” British berpendapat Myanmar masih belum bersedia untuk mentadbir institusi demokrasi di Myanmar. 2.



Mengembangkan pendidikan.



 YMBA juga terlibat dalam isu Akta Universiti 1920. Tujuan akta ini adalah menaik tarafkan pendidikan di Universiti Rangoon. Pada bulan Disember 1920, pelajar di universiti tersebut mengadakan mogok kerana menganggap akta ini adalah muslihat British untuk melengahlengahkan usaha Myanmar mencapai taraf berkerajaan sendiri.  YMBA berjaya menggerakkan hampir seluruh masyarakat Myanmar untuk menentang tindakan British tersebut. Mereka menuntut supaya sistem pendidikan dan universiti di Myanmar bebas daripada pengawasan British. Bagi mengatasi mogok tersebut, British menguatkuasakan Pindaan Akta Universiti pada tahun 1924. Melalui pindaan tersebut, banyak kuasa pentadbiran universiti dipindahkan kepada orang Myanmar. 3.



Mengekalkan tradisi agama Buddha.



 Menegaskan agama Buddha sebagai penyelamat masyarakat. Mengekalkan semangat masyarakat peribumi Myanmar dengan cogan kata, “Buddha Save The King”. Pada peringkat awal, YMBA memperjuangkan isu sosial dan budaya menimbulkan minat dan kesedaran orang Myanmar terhadap kesenian, kesusasteraan, kebudayaan, dan agama Buddha di Myanmar.  YMBA menerbitkan akhbar Thuriya untuk menyedarkan masyarakat Myanmar tentang kepentingan agama Buddha dalam kehidupan mereka. Bukti YMBA memberi tumpuan kepada isu agama Buddha, kebudayaan, dan pendidikan orang Myanmar: Matlamat persatuan Young Men Buddhist Association (YMBA)



a)



Memperjuangkan pendidikan percuma bagi anak-anak rakyat Myanmar.



b)



Menuntut hak pelajaran yang sama diberikan kepada semua rakyat.



c)



Menuntut ajaran dan nilai agama Buddha diserapkan dalam pendidikan.



d)



Menubuhkan sekolah-sekolah yang menekankan agama Buddha.



e)



Menggalakkan pelajar Myanmar dihantar ke luar Negara. Kesimpulan



 YMBA bertindak membentuk Majlis Am Persatuan-persatuan Myanmar GCBA pada tahun 1920. GCBA melancarkan pemulauan terhadap kerajaan British. YMBA menghantar delegasi ke London sebagai tanda protes. Perjuangan YMBA berjaya apabila kerajaan British memperkenalkan Sistem Diarki di Myanmar pada tahun 1921.  Kebangkitan orang Thakin, menyebabkan pengaruh YMBA semakin senyap. Namun begitu, YMBA memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat nasionalisme melalui agama Buddha. YMBA dapat menyatupadukan masyarakat peribumi Myanmar ke arah satu matlamat yang sama, iaitu memelihara tradisi agama Buddha dan menimbulkan kesedaran tentang ketidakadilan dasar penjajah British. Soalan 142: Terangkan sebab-sebab penubuhan dan matlamat parti politik Poor Man’s Party di Myanmar. Pendahuluan :  Dr. Ba Maw sangat popular dalam kalangan rakyat jelata dan dianggap wira yang dapat mempertahankan hak mereka kerana beliau Berjaya membela Saya San yang melancarkan pemberontakkan menentang British pada tahun 1931-1932. Berdasarkan situasi tersebut, Dr Ba Maw menubuhkan Sin Ye Tha Ah-pwa pada tahun 1936.  Merupakan parti politik pertama di Myanmar yang Berjaya menarik sokongan rakyat yang kebanyakannya merupakan kaun tani dan buruh yang miskin. Pada tahun 1937, Dr Ba Maw dilantik menjadi perdana Menteri bangsa Myanmar pertama selepas Myanmar diasingkan daripada pentadbiran di India. Isi-isi penting: Sebab-sebab penubuhan 1.



Penguatkuasaan ekonomi oleh kuasa-kuasa asing



 Kegiatan ekonomi Myanmar dikuasai oleh syarikat asing seperti syarikat british serta pengusaha India dan Cina.  Pekerja seperti buruh dan perkeranian pula dikuasai orang India. Perkembangan ini telah menyebabkan ramai orang Myanmar terpinggir dlm bidang ekonomi. 2.



Kemelesetan ekonomi dunia



 Kemelesetan ekonomi dunia sekitar awal 1930-an menyebabkan ramai petani hidup melarat



 Perkembangan ini menyebabkan timbul masaalah kemiskinan. 3.



Kejatuhan Harga beras



 Kejatuhan harga beras menyebabkan kehidupan petani terjejas.  Perkembangan ini melahirkan rasa tidak puas hati dalam kalangan petani terhadap british. Matlamat Penubuhan  Matlamat utama penubuhan parti ini adalah untuk memperjuangkan kemerdekaan Myanmar.  Parti nini turut memperjuangkan hak dan kebajikan golongan petani Penutup :  Prinsip perjuangan Poor Man’s Party yang menggunakan kelas bawahan yang terdiri daripada kaun tani, buruh, dan golongan miskin sebagai benteng pertahanan dan penyatuan jelas memaparkan dasar perjuangan sosialis.  Walaupun parti ini dinamakan Poor Man’s Party, namun pada hakikatnya, Dr. Ba Maw hanya mempergunakan golongan yang miskin sebagai batu loncatan untuk memperkukuhkan kedudukannya di dalam politik menjadi Perdana Menteri pada tahun 1937. 3.2.1 Perjuangan Mencapai Kemerdekaan 3.2 Perjuangan Mencapai Kemerdekaan Soalan 143: Bagaimanakah pendudukan Jepun telah mempengaruhi perkembangan nasionalisme Myanmar pada abad ke-20 Pendahuluan  Jepun telah menyerang Myanmar pada Disember 1941. Menjelang Mei 1942, Jepun Berjaya menakluki seluruh Myanmar. Pendudukan Jepun di Myanmar berakhir pada Ogos 1945. Pendudukan Jepun telah member kesan penting terhadap perkembangan nasionalisme Myanmar dan telah mempercepat pencapaian kemerdekaan Myanmar. Isi-isi Penting: 1. a.



Pakatan dengan Jepun Pada tahun 1941, Aung San telah mengadakan pakatan dengan Jepun. Melalui pakakatan ini, golongan Thakin berjanji akan membantu Jepun menakluki Myanmar daripada Inggeris dan Jepun berjanji untuk memberi kemerdekaan kepada Myanmar.



b.



Pakatan ini membolehkan golongan Thakin menjalani latihan ketenteraan di Jepun. Golongan Thakin menubuhkan Tentera Kemerdekaan Myanmar dengan bantuan Jepun. Menjelang tahun 1941, Tentera Kemerdekaan Myanmar mempunyai 30,000 orang anggota.



2. a.



Membantu Jepun Menyerang Myanmar Pada Disember 1941, Jepun menyerang Myanmar dengan bantuan Tentera Kemerdekaan Myanmar. Pada Mei 1942, Jepun Berjaya menakluki seluruh Myanmar. Kejayaan ini menyebabkan pengaruh golongan Thakin semakin meningkat dan dianggap sebagai pembela bangsa dan negara Myanmar dalam kalangan rakyat tempatan.



b.



3.



Kemenangan Jepun dan kekalahan British telah melenyapkan tanggapan rakyat Myanmar bahawa rakyat British adalah satu bangsa agung yang tidak dapat dikalahkan. Kekalahan British ini telah menambahkan keazaman golongan Thakin untuk mencapai kemerdekaan. Pengalaman dalam bidang pentadbiran



a.



Atas usaha golongan Thakin, Jepun telah memberi kemerdekaan kepada Myanmar pada 1 Ogos 1943. Sebuah kerajaan baru telah dibentuk dengan Dr. Ba Maw sebagai Perdana Menteri. Kerajaan Ba Maw telah dipengaruhi golonan Thakin yang memegang banyak jawatan menteri kabinet.



b.



Pengalaman berkerajaan sendiri semasa pendudukan Jepun telah mengukuhkan keyakinan diri golongan Thakin untuk menuntut kemerdekaan Myanmar dari British selepas pengunduran Jepun.



4.



Pembentukan Liga Pembebasan Rakyat Anti Fasis (LPRAF)



a.



Jepun telah member kemerdekaan dalam erti kata sebenar kepada Myanmar. Kuasa sebenar pentadbiran Myanmar masih terletak di tangan Jepun. Kekejaman pentadbiran Jepun dan kemerosotan taraf hidup rakyat Myanmar semasa pendudukan Jepun telah mewujudkan sentimen anti-Jepun dalam kalangan rakyat Myanmar.



b.



Pada tahun 1944, golongan Thakin bersama-sama pertubuhan nasionalis Myanmar yang lain telah menubuhkan LPRAF bagi menentang Jepun. LPRAF dipimpin oleh Aung San dan Than Tun. Pada Mac 1945, LPRAF telah menyebelahi British apabila ia secara terbuka menentang Jepun.



c.



Pada Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua, LPRAF di bawah pimpinan golongan Thakin telah muncul sebagai pertubuhan nasionalis yang utama di Myanmar.



5.



Kemerdekaan Myanmar 1948



a.



Pada Januari 1947, Thakin Aung San telah mengetuai rombongan ke London untuk membincangkan kemerdekaan Myanmar. Kerajaan British bersetuju untuk mengadakan pilihan raya pada April 1947 dan memberi kemerdekaan kepada Myanmar.



b.



Dalam pilihan raya tersebut, LPRAF telah menenangi 171 kerusi daripada 182 kerusi yang dipertandingkan. Pada 19 Julai 1947, Aung San dan 6 rakannya dalam kabinet telah dibunuh oleh orang-orang upahan U Saw.



c.



Namun, satu perlembagaan telah digubal bagi Myanmar. Lantaran itu, Myanmar mencapai kemerdekaan sepenuhnya pada 4 Januari 1948. Perdana Menteri pertamanya ialah Thakin U Nu. Kesimpulan







Pendudukan Jepun telah memperkukuhkan gerakan nasionalisme Myanmar dan mempercepat proses kemerdekaan Myanmar selepas Perang Dunia Kedua.



 Myanmar mencapai kemerdekaan pada 4 Januari 1948 dengan U Nu sebagai Perdana Menteri yang pertama. Soalan 144: Huraikan dasar dan kesan pendudukan Jepun ke atas perjuangan mencapai kemerdekaan di Myanmar. Pendahuluan: 



Jepun menyerang negara-negara Asia Tenggara mulai tahun 1941 selaras dengan dasar imperialismenya. Semua negara Asia Tenggara kecuali Thailand ditawan oleh Jepun antara tahun 1941 - 1945. Belanda di Indonesia menyerah kalah kepada Jepun manakala di Myanmar, British mnyerah kalah.  Jepun melaksanakan pelbagai dasar dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial.Pendudukan Jepun memberi kesan ke atas perjuangan rakyat Indonesia dan Myanmar untuk mencapai kemerdekaan. Isi-Isi Penting: a)



Dasar Politik







Jepun membentuk Tentera Kemerdekaan Myanmar sebagai satu pertubuhan untuk mnyatukan para nasionalis dengan harapan dapat membentuk pentadbiran Myanmar yang merdeka. Jepun menubuhkan Jawatankuasa Pentadbiran Pusat yang diketuai oleh Dr.Ba Maw. Usaha ini bertujuan untuk memberi keyakinan kepada nasionalis tempatan bahawa mereka diberi peluang untuk mentadbir negara sendiri. Pada 1 Ogos 1943, Jepun memberi kemerdekaan kepada Myanmar dan Dr.Ba Maw dilantik sebagai Perdana Menteri kerajaaan bersama kabinetnya. Perlembagaan baharu diisytiharkan.







Jepun menyerahkan jawatan Timbalan Pesuruhjaya di peringkat daerah kepada orang tempatan.Jepun mngamalkan pemerintahan bercorak ketenteraan dan menggalakkan pendudduk tempatan terlibat dalam ketenteraan. Jepun bertindak mnyatukan kesemua parti politik di Myanmar dalam gabungan yang dikenali sebagai Dobama Sinyetha Asiayone. Gabungan ini kemudiannya di panggil Maha Bama Asiayone. b)



Dasar Ekonomi



 Jepun menguasai pengeluaran pertanian dan pengangkutan laut tetapi sector pengedaran dan perdagangan runcit diberikan kepada rakyat tempatan. Dalam usaha untuk mngeksplotasi ekonomi tanah jajahan, Jepun melaksanakan rancangan ‘Kawasan KesemakmuranBersama Asia Timur Raya’.  c) 



Disebabkan kekurangan bahan makanan, Jepun manggalakkan petani menanam hasil tanaman yang lebih menguntungkan seperti kapas, kacang, dan jut. Dasar Sosial Jepun membenarkan penggunaan bahasa masyarakat majoriti Myanmar di sekolah dan pusat pentadbiran.



d) 



Kesan Politik Kemenangan Jepun memusnahkan tanggapan dalam kalangan rakyat Myanmar bahawa British ialah sebuah kuasa yang kuat. Kemenangan tersebut telah memberi kesedaran bahawa mereka juga mampu bangkit dan berjaya mengambil alih tanah air sendiri.



 Slogan “Asia untuk Orang Asia” dan rancangan “ Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya” telah membangkitkan semangat kebangsaan untuk membebaskan negara daripada belenggu penjajah dan mengukuhkan usaha untuk menghapuskan pengaruh dan budaya Barat. Nasionalismula sedar bahawa Jepun bercita-cita mengekploitasi ekonomi dan menjajah negara-negara Asia Tenggara melalui slgan mereka itu. e) Kesan Ekonomi 



Jepun mengeksploitasi ekonomi Myanmar. Sumber semula jadi musnah dan Myanmar mengalami kekurangan bahan keperluan. Sistem ekonomi sara diri yang diperkenalkan oleh Jepun membebankan rakyat tempatan sehingga berlaku kebuluran di beberapa kawasan di Myanmar.



 Perubahan sistem ekonomi komersial kepada sistem ekonomi sara diri, kadar inflasi yang tinggi, dan pengeksploitasi ekonomi oleh syarikat-syarikat Jepun mangakibatkan masyarakat tempatan sanggup menyertai para nasionalis dalam gerakan bawah tanahuntuk menentang Jepun. f) Kesan Sosial  Rakyat hidup dalam kebuluran dan penderitaan kerana wabak penyakit yang tidak terkawal. Jepun menggalakkan penggunaan bahasa kaum majoirit. Akan tetapi, dasar ini gagal dilaksanakan sehingga menimbulkan konflik antara kaum majoriti Myanmar dengan kaum minotiti tempatan seperti Karen, Kachin, dan Chin. 



Konflik ini akhirnya menyedarkan penduduk tempatan kekejaman dan penindasan Jepun. Mereka sedar bahawa mereka sepatutnya bersatu menentang sebarang bentuk penjajahan. Penutup:







Apa-apa yang berkaitan Soalan 145: Huraikan dasar dan kesan pendudukan jepun ke atas perjuangan mencapai kemerdekaan di Indonesia. Pendahuluan



 Jepun menyerang negara-negara asia tenggara mulai tahun 1941 selaras dengan dasar imperialismenya. Semua Negara asia tenggara kecuali Thailand ditawan oleh jepun antara tahun 1941-1945.  Jepun melaksanakan pelbagai dasar dalam bidang politik, ekonomi, dan social. Pendudukan jepun memberi kesan ke atas perjuangan rakyat Indonesia dan Myanmar untuk mencapai kemerdekaan. Isi-isi Penting:



1.



Dasar-dasar Dasar Politk



a.



Penglibatan orang Indonesia dalam pentadbiran



 Jepun memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk terlibat dalam sistem politik. Ini disebabkan jepun menghadapi kekurangan tenaga pentadbir perkhidmatan awam. Pada ogos 1942 setelah belanda ditawan, jepun telah melantik penduduk Indonesia untuk mengisi jawatan dalam pentadbiran yang dahulunya dipegang oleh belanda. Contohnya Soekarno dilantik sebagai pemimpin PUTERA dan dibantu oleh Hatta.  Bilangan orang Indonesia yang dilantik menjadi penasihat semakin meningkat dalam pemerintahan. Jepun telah membentuk Dewan Penasihat di Jakarta dan diletakkan di bawah pemimpin Soekarno. b.



Gerakan Tiga A



 Jepun telah membentuk gerakan rakyat iaitu “Gerakan Tiga A” pada april 1942. Gerakan ini berasal dari slogan jepun iaitu “Jepun Ketua Asia” atau “Jepun Cahaya”.  Gerakan Tiga A bertujuan untuk mendapat bantuan orang Indonesia bagi memenuhi keperluan perang dan menjayakan pelaksanaan rancangan “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya”. Jepun menggunakan slogan kata tersebut untuk menyeru orang asia supaya bersatu di bawah kekuasaan tertinggi jepun untuk menentang kuasa barat. c.



Pemerintahan jepun di Indonesia



 pemerintahan jepun di Indonesia bercorak ketenteraan. Jabatan Gabenor dan Jabatan Pembantu Residen dihapuskan. Kedudukan Residen sebagai Ketua Wilayah Keresidenan masih dikekalkan. Begitu juga dengan jawatan Bupati sebagai Ketua Wilayah kabupaten.  Pemerintahan tertinggi dan kuasa Gabenor Jeneral yang dahulunya di bawah pemerintahan Indonesia dijalankan oleh Perwira Tinggi Tentera Jepun yang dikenali sebagai Saikoo Sikikan. Dasar Ekonomi a.



Bidang pekebunan



 Kegiatan pekebunan berkembang dengan kewujudan sebuah badan pengawasan yang dibentuk oleh Gunseikan. Badan pengawasan ini dinamakan Saibai Kigyo Kanrikodan (SKK).  SKK mengawasi kegiatan pekebunan, mengendalikan urusan jual-beli, dan menentukan harga hasil penjual pekebunan. Melalui SKK, bidang pekebunan terutamanya pekebunan kina iaitu ubat-ubatan dan karet iaitu getah berkembang maju. b.



Kegiatan pertanian



 Jepun menjalankan kegiatan membuka tanah baharu dan bekas tanah pekebunan untuk penanaman padi. Contohnya, bekas pekebunan tembakau di sumatera timur telah ditanam dengan tanaman padi yang luasnya lebih kurang 10.000 hektar.



 Tanah pertanian baharu di daerah Karo telah dibuka. Di Kalimantan dan Sulawesi pula, penanaman padi diwajibkan untuk mengatasi masalah kekurangan beras terutamanya di jawa. Usaha ini juga dapat mengurangkan kebergantungan Indonesia terhadap pengimportan beras. c.



Kegiatan perdagangan



 Jepun mengeksploitasi bahan mentah Indonesia untuk kegunaannya sendiri. Masalah pengeksportan berlaku kerana jepun telah mengharamkan eksport ke negara lain.  Bidang perdagangan dimonopoli oleh syarikat swasta Jepun. 2. Kesan-kesan dasar yang dilaksanakan Kesan politik dan pentadbiran  Penduduk tempatan terutama golongan pertengahan diberikan tempat oleh pentadbiran tentera jepun dalam sistem pemerintahan dengan memegang jawatan tinggi dalam pemerintahan. Ini memberikan pengalaman kepada mereka dalam urusan pentadbiran Negara.  Pendidikan ketenteraan diajar kepada pemuda Indonesia baik dalam PETA dan HEIHO. Ini merupakan pengalaman paling berharga untuk perjuangan kemerdekaan Indonesia. Pejuang-pejuang yang dilatih oleh tentera jepun ramai yang menjawat-jawatan penting dalam Jabatan Tentera selepas Indonesia mencapai kemerdekaan pada 17 ogos 1945. Kesan ekonomi  Pentadbiran tentera Jepun telah mengeksploitasi sumber kekayaan dengan cara semua ladang milik belanda, peralatan, dan kemudahan perusahaan seperti elektrik, telekomunikasi dan pengangkutan diambil alih atau disita oleh tentera jepun. Penduduk Indonesia dipaksa untuk bekerja di ladang untuk membiayai perbelanjaan perang.  Penduduk diwajibkan menyimpan padi, jagung, dan hasil ternakan dalam jumlah yang besar untuk memenuhi keperluan logistik jepun di medan perang. Menanam pokok jarak untuk diambil minyaknya dan diproses sebagai minyak pelincir untuk jentera-jentera dan kelengkapan perang tentera jepun. Kesan sosial  Kejayaan jepun mengalahkan Belanda dan Tentera Bersekutu telah meniupkan semangat nasionalisme. Masyarakat tempatan menyedari bahawa orang asia yang dianggap lemah juga mampu mengalahkan kuasa barat. Penggunaan bahasa Indonesia semasa pendudukan jepun dapat menyatupadukan masyarakat Indonesia. Bahasa Indonesia menjadi lambang perpaduan kebangsaan untuk menentang jepun dan belanda serta seterusnya mencapai kemerdekaan. Begitu juga, jepun membenarkan penggunaan lagu kebangsaan Indonesia, iaitu Indonesia Raya. Lagu kebangsaan ini menyemarakkan perasaan cinta akan Negara dan menolak sebarang penguasaan asing. 



Sistem Romusha turut diperkenalkan bagi menjamin sumber tenaga dalam bidang ketenteraan. Lelaki dan perempuan berumur antara 16 hingga 25 tahun dikerah untuk



menyertai Sistem Romusha. Usaha jepun ini menyemarakkan perasaan benci orang Indonesia terhadap pentadbiran jepun. Kesimpulan  Pendudukan jepun telah memberi kesan terhadap pergerakan nasionalisme Indonesia. Segala pengalaman yang ditempuh oleh masyarakat tempatan telah diambil sebagai pedoman hidup untuk lebih bersemangat mengusir penjajah jepun dan barat. Kesan yang bermakna ialah perubahan pendirian para nasionalis di Indonesia seperti Soekarno yang pada mulanya bersikap pro-jepun bertukar kepada anti-jepun. Para nasionalis memainkan peranan penting dalam membawa Negara ke arah perjuangan menentang jepun secara gerakan bawah tanah dan seterusnya memperjuangkan kemerdekaan pada era selepas pendudukan jepun.  Pendudukan jepun merupakan era penting dalam menyemarakkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat jelata yang menjadi benteng pertahanan yang kukuh. Soalan 146: Bagaimanakah pendudukan Jepun 1942 – 1945 mempengaruhi gerakan kebangsaan di Myanmar dan Indonesia? Pendahuluan  Jepun telah menduduki Myanmar dan Indonesia pada 1942 . Para nasionalis di kedua-dua negara ini telah menyokong dan membantu Jepun dalam penaklukan mereka demi mencapai kemerdekaan. Pendudukan Jepun di Indonesia dan Burma tamat pada 1945. Pendudukan Jepun telah mengukuhkan gerakan nasionalis Indonesia dan Burma dan ini mempercepatkan proses kemerdekaan kedua-dua buah negara. Isi-isi Penting: A.



Indonesia 1.



Kekalahan Belanda



 kekalahan ini telah mengakibatkan kemerosotan maruah Belanda  menambah semangat anti penjajah 2.



Peluang pentadbiran  peluang ini diberi kepada para pelajar dan nasionalis  mereka diberi latihan dalam jawatan teknikal dan pentadbiran  dapat keyakinan untuk memerintah Negara



3.



Penubuhan PUTERA  sikap Jepun yang lembut telah memberi peluang kepada golongan nasionalis bebas berpolitik. Sukarno , Hatta dan Shahrir dibebaskan dari penjara  Penubuhan PUTERA mengukuhkan keazaman mereka untuk mencapai kemerdekaan



4.



Penubuhan PETA ( Tentera Sukarela Pembela Tanahair )



 dipimpin oleh pegawai-pegawai Indonesia dan mendapat latihan tentera daripada pihak Jepun  mempertahankan Indonesia daripada kuasa Berikat 5.



Pertubuhan-pertubuhan Jepun  Semendan, Gakototoi dan Barisan Pelopor mendapat latihan tentera. Pihak Jepun telah membantu penubuhan Majlis Syura Muslimin Indonesia ( Masjumi )  Menentang Belanda



yanmar 1.



Kejayaan Jepun  menjatuhkan maruah British  menyemarakkan keazaman golongan Thakin untuk merdeka



uan Thakin kepada Jepun  Jepun menubuhkan kerajaan baru di bawah Dr Ba Maw  mereka diberi latihan mentadbir sendiri yang memberi keyakinan kepada Thakin untuk menuntut kemerdekaan Penindasan Jepun  Jepun memperalatkan Burma dan kerajaan baru itu dalam program mereka untuk mengeksploitasi sumber alam Burma demi kepentingan ekonomi mereka Golongan Thakin menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat Anti Fasis bagi menentang Jepun dan bekerjasama dengan pihak Berikat



Kesimpulan  Pendudukan Jepun telah secara langsung telah mempercepatkan lagi proses pencapaian kemerdekaan. Pendudukan ini telah membuka mata para nasioanalis terhadap muslihat Jepun dan pihak penjajah. Ini memberi kesedaran bahawa mereka tidak boleh mengharap kepada Jepun atau penjajah barat untuk menjaga kepentingan negara.  Oleh itu, para nasionalis sedar bahawa bagi mendapat kemerdekaan, mereka perlu bekerjasama bagi menentang penjajah. 3.2.2 Perjuangan secara perlembagaan dan Bersenjata 3.2.2 Perjuangan secara perlembagaan dan Bersenjata Soalan 147: Nilaikan penentangan rakyat terhadap penjajah secara berperlembagaan di Myanmar pada abad ke-20 Pendahuluan :



 Perjuangan kemerdekaan dilakukan sebelum kedatangan Jepun lagi. Pada mulanya, pemimpin Aung San mengalu-alukan kedatangan Jepun tetapi kemudiannya mengubah pendirian disebabkan dasar Jepun. Oleh itu, mereka telah memulakan gerakan anti-Jepun sejak tahun 1942. Selepas tamat perang dunia kedua dengan kekalahan Jepun di tangan Kuasa Berikat, British kembali semula ke Myanmar.  Terdapat penentangan dan perselisihan antara golongan nasionalis dngan British tetapi segala-galanya dapat diselesaikan secara berperlembagaan iaitu secara aman dan tanpa peperangan. Isi-isi penting : a)



Sebelum British kembali semula ke Myanmar, mereka telah dijanjikan taraf kerajaan sendiri tetapi pada peringkat awal kedatangan mereka, British berusaha memecahbelahkan perpaduan rakyat. Usaha British ini ditentang oleh golongan nasionalis.



b)



Pertubuhan Anti-Fasis (PAF) yang pada mulanya ditubuhkan golongan Thakin untuk menentang Jepun telah ditukar nama kepada Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis (LPRAF) yang bertujuan untuk mencapai kemerdekaan.



c)



Apabila Jepun menyerah kalah pada Ogos 1945, British kembali semula ke Myanmar. Gabenor British, Jeneral Sir Hubert Rance berunding dengan para nasionalis Myanmar. Pihak British mencadangkan LPRAF diberi perwakilan minoriti dalam Dewan Eksekutif namun cadangan tersebut ditolak Aung San dan melancarkan satu mogok kebangsaan.



d)



Aung San merupakan pemimpin yang diplomatik dan bijak. Dengan sifat itu, beliau berjaya mendapat sokongan puak-puak Karen, Shan, Kachin dan Chui yang pada mulanya enggan tunduk kepada puak Myanmar. Aung San juga membebsakan LPRAF daripada ancaman anasir komunis supaya Liga ini lebih diterima oleh puak British.



e)



Disember 1946, wujudnya Perjanjian Atlee-Aung San. Antara isu yang dibincangkan ialah pilihan raya umum akan diadakan 4 bulan selepas perjanjian tersebut, British menyokong penyertaan Myanmar dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) serta sebuah Dewan Perlembagaan dibentuk.



f)



Pada pilihan raya umum yg diadakan pada bulan April 1947, LPRAF mendapat kejayaan cemerlang dan U Nu dilantik sebagai Presiden manakala pemimpin utama Myanmar, Aung San dibunuh oleh orang upahan U Saw.



g)



U Nu meneruskan usaha menggubal perlembagaan baharu Myanmar. Satu rombongan yg diketuai beliau bertolak ke London untuk menandatangani Rang Undang-undang Kemerdekaan Myanmar yang menyerahkan kerajaan Myanmar kepada Presiden Kesatuan Myanmar. Penutup :



 Rakyat Myanmar di bawah pimpinan Aung San telah bekerjasama dengan British semasa serangan Jepun di Myanmar. Akan tetapi, terdapat penentangan terhadap British selepas tamatnya perang dunia kedua.







Penentangan di Myanmar akhirnya membawa kepada perundingan dan perjanjian. Penentangan di Myanmar bercorak penentangan secara berperlembagaan. Soalan 148: Galurkan penentangan rakyat secara bersenjata di Indonesia pada abad ke-20 Pendahuluan



 Selepas Jepun menyerah kalah, Belanda kembali semula ke Indonesia manakala British ke Myanmar. Pendudukan Jepun telah menyemarakkan semangat nasionalisme sehingga masyarakat tempatan dengan dengan berani dan tegasnya menuntut kemerdekaan daripada pihak penjajah. Perkara yang penting selepas Perang Pasifik ialah hak kemerdekaan perlu dikembalikan kepada masyarakat tempatan.  Penduduk Indonesia memperjuangkan kemerdekaan mereka secara bersenjata. Bagi para nasionalis, kehadiran Belanda tidak lagi diperlukan. Apa yang diperjuangkan mereka ialah pengiktirafan Belanda terhadap kemerdekaan negara yang telah diisytiharkan sebelum kembalinya pihak Belanda. Penentangan antara nasionalis Indonesia dengan Belanda memperlihatkan satu siri pemberontakan sehingga membawa kepada campur tangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Isi-isi Penting: a)



Kabinet Soekarno terpaksa dibubarkan pada 14 November 1945 apabila Leftenan Gabenor Belanda, Dr.Van Mook tidak mengakuinya sebagai ketua kerajaan Indonesia. Beliau mempunyai rancagan sendiri untuk Indonesia. Kaninet Perdana Menteri dibentuk dan diketuai oleh Sultan Sjahrir. Belanda menandatangani Perjanjian Hubungan Sivil AngloBelanda dengan British untuk menempatkan tentera British di Indonesia untuk mengawal keadaan di Indonesia.



b)



Pada bulan Julai 1946, Dr.Van Mook telah mengadakan rundingan dengan wakil dari wilayah-wilayah Borneo dan Kepulauan Luar yang telah ditawan olehnya. Dr. Van Mook mencadangakan Indonesia dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu Jawa, Sumatera, Borneo, dan Timur Raya. Rancangan Dr.Van Mook ini adalah untuk melemahkan Republik Indonesia. Perundingan antara Belanda dan Indonesia berlangsung antara bulan Oktober dan November 1946 di Langgajati berhampiran dengan Cheribon. Pesuruhjaya Khas Belanda, Lord Killearn dilantik sebagai pengerusi.



c)



Dr.Van Mook berjaya membentuk negara boneka yang digelar “Negara Indonesia Timur” melalui Persidangan Den Pasar di Bali pada 18 Disember 1946. Negara boneka ini dikawal oleh beliau. Belanda melancarkan tindakan polis dengan menghantar dua unit tentera Belanda di Jakarta dan Bandung untuk menduduki Jawa Barat manakala dua angkatan dari Surabaya bergerak ke Jawa Timur dan Madura. Serangan juga dilancarkan ke atas kawasan sekitar Medan, Palembang, Semarang, dan Padang.



d)



Tindakan keras Belanda membawa kepada campur tangan kuasa yang lain. British dan Amerika Syarikat menentang tindakan ketenteraan Belanda itu. India dan Australia membawa isu ketenteraan Belanda ke atas Indonesia ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (PBB). Majlis Keselamatan kemudiannya mengarahakan gencatan senjata bai kedua-dua pihak Belanda dan Indonesia pada 1 Ogos 1947. Belanda telah mencabuli Perjanjian Renaville apabila memlulakan tindakan ketenteraan ke atas Republic



Indonesia. Belanda menyerang dan menawan bnadar Yogjakarta. Tentera Belanda juga menangkap dan memenjarakan Soekarno, Syahrir dan Hatta. e)



Melihat keadaan ini, para nasionalis Indonesia meneruskan perjuangan mereka melancarkan perang gerila. Mereka menentang Belanda dengan hebatnya. Perbincangan meja bulat diadakan pada bulan Ogos hingga Oktober 1949 dengan persetujuan Republik Indonesia akan mendapat kedaulatannya semula dan mencapai kemerdekaan. Penutup



 Pendudukan Jepun membangkitkan semangat kebangsaan rakyat Indonesia dan Myanmar sehingga apabila pihak Penjajah Belanda dan British kembali semula, mereka menuntut kemerdekaan. Belanda tidak ingin memberi kemerdekaan kepada Indonesia, malah berusaha mengukuhkan kuasanya. Rakyat Indonesia di bawah pimpinan para nasionalis seperti Soekarno, Hatta, dan Syahrir menentang usaha Belanda itu. Penentangan secara bersenjata memperlihatkan meletusnya Oerang Kemerdekaan Indonesia atau dikenali sebagai Revolusi Indonesia.  Penentangan rakyat Indonesia secara bersenjata membawa kepada penglibatan negaranegara luar seperti India, Australia, Amerika Syarikat, dan Britain. Akhirnya, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah campur tangan dan Belanda terpaksa tunduk kepada resolusi PBB untuk memulihkan kedaulatan dan kemerdekaan Indonesia. 3.2.3 Kemerdekaan 3.2.3 Kemerdekaan Soalan 149: Huraikan langkah-langkah ke arah mencapai kemerdekaan di Myanmar pada abad ke-20. Pendahuluan  Perjuangan kemerdekaan Myanmar begitu jelas selepas Perang Dunia Kedua dengan kekalahan Jepun di tangan Tentera Bersekutu. Sebenarnya, sebelum Perang Dunia Kedua, gerakan nasionalisme Myanmar telah muncul ke arah mencapai kemerdekaan.  Pada 4 Januari 1948, Myanmar mencapai kemerdekaan mutlak daripada penjajahan British. Pencapaian kemerdekaan Myanmar merupakan satu proses perjuangan para nasionalis bersama-sama rakyat jelata. Isi-isi Penting: 1. Sebelum Pendudukan Jepun  Young Men Buddhist Association (YMBA) terlibat dalam pertikaian pemakaian kasut di pagoda, iaitu Isu Kasut pada tahun 1916. Pada tahun 1917, perjuangan YMBA menjadi lebih agresif apabila Myanmar tidak dimasukkan dalam pembahruan Montagu-Chelmsford kerana dianggap masih belum mantap untuk mencapai taraf pemerintahan sendiri. British telah meluluskan akta Universal pada 28 Ogos 1920. Sekali lagi, YMBA membantah tindakan British tersebut kerana akta ini bertujuan untuk mengangkat taraf pendidikan di Universiti Rangoon. Pada para nasionalis, akta ini merupakan satu teknik British melengah-lengahkan langkah berkerajaan sendiri bagi Myanmar. YMBA mengatur satu mogok pelajar menentang



akta ini. Bantahan ini berjaya apabila British menguatkuasakan Pindaan Akta Universiti pada tahun 1924 yang bermakna kuasa pentadbiran universiti akan dipindahkan ke tangan orang Myanmar. YMBA disokong oleh golongan pongyi dalam perjuangan mereka menentang dasar British.  Pada tahun 1922, Sangha Sametggi telah bergabung dengan Majlis Umum Persatuanpersatuan Myanmar (GCBA) untuk menentang Sistem Diarki yang dilancarkan pada tahun 1921. Mereka memulaukan pilihan raya pertama untuk memilih ahli-ahli Dewan Perundangan. Seterusnya, mereka memulaukan pilihan raya tahun 1925 dan 1928. Dalam isu pemisahan Myanmar dari India, kumpulan anti-pemisah yang terdiri daripada Dr. Ba Maw dan U Khaw Myint membentuk Liga Anti Pemisah kerana bimbang akan melambatkan dan membantutkan usaha Myanmar mencapai taraf berkerajaan sendiri.  Pada tahun 1930-1931, berlaku Pemberontakan Saya San bertujuan untuk menggulingkan kerajaan British dan memulihkan agama Buddha. Walaupun pemberontakan ini gagal, namun pemberontakan ini telah menyedarkan bangsa Myanmar akan kepentingan tradisi lamanya. Dobama Asiayone yang dipimpin oleh golongan Thakin mengamalkan taktik perjuangan Mahatma Ghandi di India, iaitu dasar tidak bekerjasama dengan pihak penjajah.  Pada tahun 1936, pelajar-pelajar Universiti Rangoon di bawah pimpinan golongan Thakin mengadakan satu mogok untuk membantah Akta Universiti 1920. Mereka berjaya apabila permintaan untuk beberapa pindaan dibuat. Untuk mendapatkan sokongan petani dan pekerja, golongan Thakin menubuhkan Pertubuhan Petani-petani Myanmar dan menegaskan beberapa pembaharuan cukai bagi meringankan beban petani.  Pada tahun 1939, golongan Thakin membentuk Blok Kemerdekaan bertujuan mencapai pemerintahan sendiri. Blok ini menyarankan kerjasama dengan kerajaan British sekiranya British memberi kemerdekaan kepada Myanmar. British tidak bersetuju dengan cadangan ini kerana mencurigai hubungan Blok Kebebasan dengan Jepun. 2. Pakatan Thakin-Jepun Sebelum Perang Dunia Kedua  Golongan Thakin pimpinan Aung San telah bekerjasama dengan Jepun sejak awal tahun 1930-an. Mereka menyokong Jepun dan meminta supaya Jepun memberikan kemerdekaan kepada Myanmar. Apabila Aung San melarikan diri ke Jepun, beliau telah menubuhkan pertubuhan tentera bernama Minami Kikan. Pertubuhan ini dilatih oleh tentera Jepun.  Jepun memasuki Myanmar melalui Tenasserim dan pada bulan Mei 1942, angkatan perang Jepun berjaya menawan seluruh Myanmar. 3. Perjuangan Kemerdekaan Myanmar pada Zaman Jepun  Kemerdekaan Myanmar 1943. Kejayaan Jepun menawan Myanmar telah menamatkan pemerintahan British. Golongan Thakin berusaha untuk mencapai kemerdekaan negara. Bagi membalas jasa Thakin, Jepun telah memberikan kemerdekaan kepada Myanmar pada 1 Ogos 1943. Jepun membentuk satu kerajaan boneka dengan Dr. Ba Maw sebagai perdana menteri. Myanmar diisytiharkan “merdeka” di bawah kerajaan boneka dan mempunyai kabinet sendiri yang kebanyakannya terdiri daripada para nasionalis Thakin. Penentangan terhadap Myanmar melalui Liga Pembebasan Rakyat Anti- Fasis. Golongan Thakin menyedari muslihat Jepun dalam memberikan mereka kemerdekaan.



 Kekejaman dan penderitaan semasa pendudukan Jepun telah melahirkan semangat antiJepun. Nasionalis tempatan telah bersatu di bawah Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis (LPRAF) yang dipimpin oleh Aung San. LPRAF akhirnya menjadi sebuah pertubuhan yang berpengaruh dalam menuntut kemerdekaan negara. Aung San dan pemimpin Thakin yang lain berpura-pura bekerjasama dengan Jepun. Sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet Jepun, Aung San dapat bantuan Than Thon membentuk Tentera kemerdekaan Myanmar yang bbulan April erunsur anti-Jepun.  Tentera Kemerdekaan Myanmar kemudiannya menjadi asas penubuhan Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis pada tahun 1944. LPRAF menentang Jepun melalui sabotaj serta gerakan bawah tanah dengan harapan dapat menubuhkan kerajaan negara Myanmar yang berdaulat. Mulai bulan Mac 1945, LPRAF memihak kepada British dan menentang jepun secara terbuka. LPRAF memihak kepada British dengan penuh keazaman bahawa British akan mengisytiharkan kemerdekaan secepat mungkin selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. 4. Perjuangan Kemerdekaan Myanmar Selepas Perang Dunia Kedua  Pembentukan kerajaan baharu. Bagi Myanmar, Thakin masih memainkan peranan utama dalam perjuangn tersebut. Jepun menyerah kalah pada bulan Ogos 1945. British kembali ke Myanmar tanpa ada tentangan daripada rakyat Myanmar. Gabenor British, Rance telah mengadakan rundingan dengan pihak nasionalis Myanmar dan mencadangkan bahawa Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis diperikan perwakilan minoriti dalam Dewan eksekutif. Cadangan ini ditolak oleh Aung San dan LPRAF melancarkan satu mogok kebangsaan. Kerajaan baharu dibentuk dan Aung San dilantik sebagai Perdana Menteri, British mula mngakui peranan LPRAF.  Perjanjian Atlee-Aung-San 1946. Pada 20 Disember, 1946, Perdana Menteri British, Atlee telah mengemukakan dasar baharu bagi Myanmar di Dewan Rakyat (House of Commons). Nasionalis Myanmar dijemputn ke London untuk membincangkan perlembagaan yang akan menyerahkan kuasa pemerintahan kepada rakyat Myanmar. Rundingan ini membawa kepada Perjanjian Atlee-Aung San.  Pilihan Raya 1947. Satu pilihan raya telah diadakan pada bulan April 1947. LPRAF berjaya mendapat kemenangan cemerlang dalam pilihan raya 1947. Ini bermakna LPRAF akan membentuk kerajaan baharu dengan kabinet dan perlembagaannya sendiri. Persediaan perlembagaan baharu. Sebelum Perhimpunan Perlembagaan dibuka, LPRAF telah bersiap sedia menggubal perlembagaan baharu bagi Myanmar yang akan merdeka. Dalam perhimpunan tersebut, diadakan perbincangan tentang soal perlembagaan dan pembentukan negara merdeka yang akan dikenali sebagai Kesatuan Myanmar.  Pembunuhan Aung San. Ketika kabinet sedang mengadakan mesyuarat, empat orang pemuda berpakaian tentera telah menyerang Dewan Majlis lalu melepaskan tembakan kepada semua ahli kabinet. Peristiwa tembakan ini mengakibatkan beberapa orang pemimpin terkorban. Selepas siasatan, didapati bahawa U Saw yang merancang peristiwa hitam tersebut. Beliau dibicarakan dan dihukum mati. Pencapaian kemerdekaan. Perjuangan kemerdekaan diteruskan oleh pemimpin-pemimpin LPRAF yang lain di bawah pimpinan U Nu. Penutup



 Apa-apa yang berkaitan Soalan 150. Huraikan peranan pertubuhan dan parti-parti utama yang berjuang ke arah membangkitkan semangat nasionalisme di Indonesia pada abad ke-20 Pendahuluan 



Sebelum perjuangan kemerdekaan, nasionalis Indonesia telah berusaha melindungi kepentingan masyarakat peribumi dan membangkitkan semangat nasionalisme melalui penubuhan pertubuhan di parti politik. Semasa Perang Dunia Kedua, para nasionalis seperti Soerkarno, Hatta, dan Syarir telah berganding bahu berjuang mengusir Jepun dan Belanda dari Bumi Indonesia.



 Soerkarno telah mengistiharkan kemerdekaan Indonesia dan menubuhkan Republik Indonesia sebelum Belanda Bertapak semula ke Indonesi selepas Perang Dunia Kedua. Belanda enggan mengiktiraf kemerdekaan tersebut, lalu terdapat penentangan dan bantahan di kedua-dua pihak sehinnga membawa kepada campur tangan kuasa luar dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Indonesia hanya mencapai kemerdekaan selepas mengangkat senjata atau selepas melancarkan revolusi. Isi-isi penting Beberapa pertubuhan dan parti politik telah muncul di Indonesia pada awal abad ke-20 bagi membangkitkan semangat nasionalisme dan kesedaran politik. 1. 



Sekolah Kartini Pada tahun 1902, Raden Adjeng Kartini menubuhkan sebuah sekolah bagi anak perempuan pegawai-pegawai anak Indonesia.



 Mengikut J.S. Furnivall, kemunculan Kartini menunjukkan permulaan gerakan kesedaran Indonesia. 2.



Budi Utomo



 Budi Utomo yang ditubuhkan pada tahun 1908 oleh Dr. Mas wahidin Soediro Hoesoedo bertujuan untuk mencapai kemajuan kebudayaan dan pendidikan orang Jawa.  Budi Utomo merupakan persatuan golongan pertengahan Jawa yang memperjuangkan pendidikan Barat untuk penduduk Jawa. 3.



Sarekat Islam



 Sarekat islam ditubuhkan pada tahun 1912 oleh Omar Said Tjokroaminoto. Sarekat Islam berasal dari Sarekat Dangang Islam yang bertujuan melindungi saudagar-saudagar batik Jawa dari persaingan orang Cina yang telah menguasai ekonomi Indonesia serta memajukan kepentingan islam dan kedudukan Sosioekonomi penduduk Indonesia. Sarekat Islam mengunakan Islam sebagai satu lambang penyatuan dan persaudaraan dalam usaha menentang kaum asing dan pengaruh mereka di Indonesia.  Kebanyakan pemimpin Sarekat Islam merupakan golongan reformis yang dipengaruhi oleh Gerakan Reformis di Timur Tengah. Pada tahun 1976, Sarekat Islam memperjuangkan



kerajaan sendiri. Pada tahun 1917, Sarekat Islam di bawah pemimpinan Haji Agus Salim memperjuangkan kemerdekaan Indonesia dengan perlembagaan yang berasaskan undangundang Islam. Kemunculan Sarekat Islam menandakan titik peralihan gerakan kesedaran Indonesia. Sarekat Islam adalah parti politik massa Indonesia yang pertama. Keanggotaannya dibuka kepada semua lapisan masyarakat dan tidak terhad kepada golongan tertentu. Oleh sebab ancaman komunis dan masalah dalaman, Sarekat Islam mulai merosot pada tahun 1920-an. 4.



Muhammadiyah



 Muhammadiyah ditubuhkan pada tahun 1912 oleh Haji Ahmad Dahlan yang dipengaruhi oleh Gerakan Reformis Islam. Muhammadiyah menekankan pentingnya menyebarkan ajaran Islam yang sejati berdasarkan al-Quran sebagai pegangan hidup untuk menentang ancaman sekularisme dan perkembangan agama Kristian.  Muhammadiyah juga aktif dalam penubuhan sekolah, klinik, msjid, dan perpustakaan. Muhammadiyah tidak berunsur politik. 5.



Nahdatul Ulama



 Nahdatul ulama merupakan sebuah parti konservatif di bawah pimpinan Kiyai Hashim Ashari. Nahdatul Ulama yang ditubuhkan pada tahun 1926 ingin menyebarkan ajaran ortodoks Islam.  Keanggotaannya terdiri daripada ulama-ulama ortodoks (kyais), golongan santri, dan pedagang. Nahdatul Ulama juga bergiat cergas dalam mengendalikan sekolah agama ortodoks, masjid, dan kerja-kerja kebajikan. 6.



Parti Komunis Indonesia



 Pada tahun 1920, Parti Komunis Indonesia (PKI) ditubuhkan oleh Semaun dan Darsono. Parti ini merupakan sebuah parti radikal yang ingin menubuhkan sebuah republik komunis di Indonesia melalui revolusi bersenjata. PKI menentang Belanda secara kekerasan. PKI berjaya menyusup ke dalam kesatuan-kesatuan sekerja dan telah menganjurkan beberapa pemogokan antara tahun 1923-1926.  Revolusi bersenjata yang dilancarkan oleh PKI pada tahun 1926-1927 gagal mencapai matlamat untuk menumpaskan pemerintahan Belanda. Belanda mengamalkan dasar yang lebih agresif terhadap PKI. 7.



Parti Nasional Indonesia



 Parti Nasional Indonesia (PNI) sebuah parti massa sekular ditubuhkan pada 4 Jun 1927 oleh ahli-ahli Kelab Pendidikan Bandung. Pemimpin utamanya ialah Soerkarno. Beliau berpendapat bahawa penyatuan dan perpaduan rakyat Indonesia adalah penting untuk mencapai kemerdekaan mutlak. Beliau mengamalkan dasar tidak berkerjasama dengan Belanda dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Beliau berusaha menyatukan pertubuhan-pertubuhan nasional yang ada melalui penubuhan satu persekutuan yang longgar, iaitu Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPKI).



 Pihak Belanda berasa cemas dengan sokongan kuat terhadap PNI dan dasar antiBelandanya yang terlalu radikal. Memandangkan kedudukan Belanda agak terjejas, Belanda bertindak menangkap Soerkarno dan tukuh orang pemimpin yang lain. Ini melemahkan PNI dan akhirnya PNI berpecah. Ahli-ahli PNI menubuhkan tiga buah parti yang lebih kecil, iaitu Partindo, Parti Rakyat Indonesia, dan Kelab Pendidikan Nasional. 8.



Rayuan Soetardjo dan Rayuan Wiwoho



 Rayuan Soetardjo (1936) meminta supaya Volksraad mengadakan satu persidangan bagi membincangkan autonomi Indonesia dalam satu kesatuan Belanda-Indonesia. Rayuan ini diluluskan oleh Volksraad tetapi ditolak oleh kerajaan Belanda.  Permintaan yang sama juga dibuat melalui Rayuan Wiwoho. Seperti Rayuan Soertardjo, Rayuan Wiwoho juga ditolak oleh kerajaan Belanda dengan alasan Pembaharuan politik akan dibincangkan selepas Perang Dunia Kedua. 9.



Majlis Rakyat Indonesia



 Kegagalan Rayuan Wiwoho menigkatkan semangat perpaduan para nasionalis untuk menubuhkan sebuah pertubuhan yang tetap, iaitu Majlis Rakayat Indonesia.  Majlis ini bertujuan untuk menubuhkan sebuah parliman yang dapat mewakili rakyat Indonesia. Rancangan Majlis terbantut apabila Jepun menyerang Indonesia. Kesimpulan 



Indonesia berjaya mencapai kemerdekaanya selepas satu siri pemberontakan dan peperangan dengan Belanda yang enggan melepaskan Indonesia setelah kembali semula ke Indonesia selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.



 Kerajaan Belanda hanya menyerahkan kedaulatan kepada Indonesia pada 27 Disember 1949 setelah pihak Belanda dan Indonesia berusaha menyelesaikan masalah mereka di Indonesia. Bagi Myanmar, perjuangannya ke arah kemerdekaan lebih aman daripada apa yang berlaku di Indonesia. Myanmar mencapai kemerdekaannya secara perlembagaannya. Soalan 151: Huraikan langkah-langkah ke arah mencapai kemerdekaan di Indonesia pada abad ke-20 Pendahuluan 



Sebelum perjuangan kemerdekaan, nasionalis Indonesia telah berusaha melindungi kepentingan masyarakat peribumi dan membangkitkan semangat nasionalisme melalui penubuhan pertubuhan di parti politik. Semasa Perang Dunia Kedua, para nasionalis seperti Soerkarno, Hatta, dan Syarir telah berganding bahu berjuang mengusir Jepun dan Belanda dari Bumi Indonesia.



 Soerkarno telah mengistiharkan kemerdekaan Indonesia dan menubuhkan Republik Indonesia sebelum Belanda Bertapak semula ke Indonesi selepas Perang Dunia Kedua. Belanda enggan mengiktiraf kemerdekaan tersebut, lalu terdapat penentangan dan bantahan di kedua-dua pihak sehinnga membawa kepada campur tangan kuasa luar dan



Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Indonesia hanya mencapai kemerdekaan selepas mengangkat senjata atau selepas melancarkan revolusi. Isi-isi penting Perjuangan kemerdekaan sebelum Perang Dunia Kedua  Beberapa pertubuhan dan parti politik telah muncul di Indonesia pada awal abad ke-20 bagi membangkitkan semangat nasionalisme dan kesedaran politik seperti Muhammadiyah dll. Perjuangan Kemerdekaan Semasa Perang Dunia Kedua  Para nasionalis Indonesia menyokong kedatangan Jepun demi mencapai kemerdekaan. Jepun telah mengusir Belanda memerintah Indonesia pada tahun 1942-1945. Terdapat tiga unit pentadbiran, iaitu Sumatra, Jawa, dan Indonesia Timur. Jepun mengekalkan sistem pentadbiran asas Belanda dan memerintah Indonesia melalui golongan Priyayi (elit). Pentadbiran Jepun memperlihatkan berlakunya inflasi, penindasan, kebuluran, dan penderitaan rakyat. Penduduk Jepun telah membangkitkan semangat nasionalisme melalui kejayaanya mengalahkan Belanda. Jepun telah membebaskan nasionalis Indonesia yang telah dipenjarakan oleh Belanda. Jawatan pentadbiran diberikan kepada rakyat tempatan.  Penubuhan PUTERA pada Mac 1943 di mana Soerkarno menjadi pengerusi. Melalui PUTERA, Soerkarno cuba mendapatkan sokongan rakyat tempatan. Soerkarno mengunakan PUTERA untuk meningkatkan kesedaran politik dalam kalangan penduduk Indonesia dan mengukuhkan keazaman untuk mencapai kemerdekaan. Penubuhan PETA dipimpin oleh pegawai Indonesia dan menerima latihan tentera dari pihak Jepun. PETA bertujuan mempertahankan Indonesia dari serangan kuasa Barat. PETA membangkitkan semangat antipenjajah melalui: Penubuhan MASJUMI untuk menyebarkan perasaan antiBelanda melalui agama dan menjanjikan kemerdekaan.Jawatan Kuasa Persedian Kemerdekaan dibentuk. Pengerusinya ialah Soerkarno. 



Soerkarno membentuk Pancasila dengan lima prinsip, iaitu nasionalisme, internasionalisme, kerajaan yang mewakili rakyat, kemakmuran sosial dan kepercayaan kepada Tuhan. Apabila nasionalis Indonesia mendapati bahawa Jepun tidak berniat ingin memberi kemerdekaan, mereka menentangnya melalui gerakan bawah tanah. Terdapat empat kumpulan gerakan bawah tanah iaitu, Gerakan bawah tanah pimpinan Amir Syarifudin, Gerakan bawah tanah pimpinan Sutan Syahrir, Gerakan bawah tanah anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Jakarta dan Gerakan bawah tanah pimpinan Soerkarno. Perjuangan Kemerdekaan Selepas kembalinya Kuasa Belanda



 Dua hari selepas Jepun menyerah kalah kepada kuasa-kuasa Berikat, Soerkarno dan Hatta telah mengumumkan Kemerdekaan Republik Indonesia,iaitu pada 17 Ogos 1945. Belanda enggan mengiktiraf kerajaan baharu Soerkarno yang merdeka itu. Belanda ingin berkuasa semula. Belanda melantik Syahrir, seorang ahli sederhana sebagai ketua kerajaan republik itu. Rundingan bermula antara kabinet Syahrir dengan kerajaan Belanda.  Walau bagaimanapun Syahrir mengumumkan bahawa tuntutan dasar kerajaan republik ialah pengiktirafan Belanda. Belanda enggan berbuat demikian dan tetap dengan pendirian mengenakan kawalan terhadap pulau-pulau Indonesia. Percubaan Belanda ini



menyebabkan penentangan dan pertumpahan Kemerdekaan Indonesia (1945-1949).



darah



sehingga



berlaku



Revolusi



 Pada tahun 1946, kerajaan Belanda mengesyorkan pembentukan sebuah Komenwel Indonesia. Komenwel ini terdiri daripada wilayah-wilayah dengan kerajaannya sendiri. Sebuah parlimen yang dipilih akan mengawal hal-ehwal kerajaan. Kerajaan komenwel ini akan diketuai oleh wakil Belanda. Komonwel Indonesia akan menjadi sebahagian daripada kerajaan Belanda.  Pada bulan Jun 1946, Syahrir dan beberapa ahli kabinetnyadiculik oleh komunis di bawah Tan Melaka. Rancangan tersebut merupakan percubaan komunis untuk merampas kuasa. Soerkarno dengan segaranya mengisytiharkan darurat. Syahrir dan rakan-rakanya dibebaskan dua hari kemudian. Perjanjian Linggajati 1946  Sementara itu, kuasa Barat yang lain seperti British mengkrtik tindakan Belanda di Indonesia. Tentera British sedia berundur dari Jawa. Belanda kurang senang dan terpaksa menyelesaikan krisis Indonesia di meja perundangan.  Akhirnya, perundingan antara kedua-dua pihak berlansung di Langgati antara bulan Oktober dan November 1946. Menurut perjanjian tersebut: Pihak Belanda mengiktiraf republik itu sebagai kuasa pemerintahan di Pulau Jawa, Madura, dan Sumatra, Persekutuan yang dinamakan Kesatuan Negeri-negeri Indonesia akan dibentuk dan Kesatuan Negerinegeri Indonesia merupakan sebahagian daripada Kesatuan Belanda-Indonesia dan Ratu belanda menjadi ketua kesatuan ini.  Perjanjian Linggajati bukan sahaja gagal tetapi juga ditentang oleh pihak tertentu seperti PNI, MASJUMI, dan ahli-ahli komunis. Kerajaan republik tidak dapat menerimanya memandangkan Belanda telah mengumumkan bahawa sehingga Kesatuan Negeri-negeri Indonesia dibentuk, maka kerajaan Belanda menjadi kuasa agung di seluruh Indonesia. Perjanjian Renville 1948  Melihat keadaan huru-hara di Indonesia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atas desakan India dan Australia mengeluarkan satu perintah gencatan sejata. Satu jawatankuasa yang terdiri daripada wakil-wakil Australia, Belgium, dan Amerika Syarikat dibentuk untuk menyelesaikan masalah itu. Hasilnya Perjanjian Renville ditandatangani pada bulan Januari 1948. Antara syarat-syaratnya ialah Belanda dan Indonesia bersutuju mengundurkan tenteranya. Perjanjian Renville gagal menyelesaikan perselisihan antara Belanda dengan Indonesia. Para nasionalis Indonesia menuduh Belanda cuba menyekat perkembangan bandar dan pelabuhan Republik Indonesia manakala Belanda mendakwa bahawa Republik Indonesia dikuasai oleh golongan komunis.  Belanda sekali lagi mengenakan tindakan militan, iaitu “tindakan polis” dan pemimpin nasionalis seperti Soerkarno, Hatta, dan Syahrir ditangkap. Walaupun tanpa pemimpin utama, perjuangan kemerdekaan masih diteruskan. Menteri kewangan, Syafruddin Prawiranegara telah menubuhkan pemerintahan Darurat Republik Indonesia dan Sumatra. Beliau berjaya menyeru rakyat melancarkan dasar tidak kerjasama dengan Belanda. Perjanjian Hague 1949



 Belanda dikecam hebat oleh dunia luar. Akhirnya Soekarno, Hatta, dan pemimpin-pemimpin lain dibebaskan. Oleh sebab tidak ingin peperangan berterusan maka Perjanjian Hague ditandatangani pada 2 November 1949.  Belanda terpaksa mematuhi desakan kuasa luar untuk mengadakan Rundinagn Meja Bandar di Hague atas sebab Belanda tidak ingin perang kerana kerajaannya tidak mempuyai tenaga perang untuk menakluki Indonesia secara kekerasan.  Belanda ingin melindungi kepentingan ekonominya di Indonesia. Jika berlakunya perang, semua kegiatan ekonomi akan musnah. Belanda tidak ingin negaranya tersingkir daripada hubungan diplomatik antara bangsa kerana soal kemerdekaan Indonesia memperlihatkan penglibatan kuasa luar terutama Amerika Syarikat. Belanda masih bergantung kepada Amerika Syarikat untuk kegiatan perdagangannya. 



Antara syarat-syarat Perjanjian Hague 2 November 1949 ialah: Belanda bersetuju melepaskan penguasaannya ke atas Hindia Timur Belanda tanpa syarat kepada Republik Indonesia Syarikat sebelum 30 Disember 1949 dan Republik Indonesia Syarikat akan merangkumi 16 buah negeri. Perjuangan Ke Arah Kemerdekaan Mutlak



 Belanda menyerahkan kuasa kepada Republik Indonesia Syarikat pada 27 Disember 1949. Ini bermakna Indonesia mencapai status negara merdeka dan berdaulat yang bebas daripada penjajahan Belanda.  Pada 27 Disember 1949, Ratu Juliana menyerahkan kedaulatan kepada Kesatuan Negerinegeri Indonesia. Soerkarno dilantik sebagai Presiden dan Hatta sebagai Perdana Menteri bagi Republik Indonesia yang merdeka. Kesimpulan 



Indonesia berjaya mencapai kemerdekaanya selepas satu siri pemberontakan dan peperangan dengan Belanda yang enggan melepaskan Indonesia setelah kembali semula ke Indonesia selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.



 Kerajaan Belanda hanya menyerahkan kedaulatan kepada Indonesia pada 27 Disember 1949 setelah pihak Belanda dan Indonesia berusaha menyelesaikan masalah mereka di Indonesia. 4.1 Sistem Pemerintahan 4.1 Sistem Pemerintahan Soalan 152: Huraikan sistem pemerintahan Republik di Filipina Pendahuluan  Semasa Frank Murphy dilantik sebagai Gabenor Jeneral Amerika Syarikat di Filipina, beliau menyokong kemerdekaan Filipina. Setelah Manuel Quezon mengetuai rombongan kemerdekaan ke Amerika Syarikat, Presiden Amerika Franklin Roosevelt bersetuju menerimanya pada Mac 1934. Akta Tydings-McDuffie diluluskan dan Kerajaan Sementara Filipina ditubuhkan pada 4 Julai 1936.







Filipina Isi-isi Penting:



mengamalkan



sistem



demokrasi



berparlimen.



 Selepas kedatangan Jepun, pilihan raya umum diadakan pada 23 April 1946. Parti Nasional mencadangkan Sergio Osmena sebagai Presiden, Parti Liberal pula cadang Manual A. Roxas dan Parti Modenis cadang Hilario C. Moncado.  Manual Roxas mendapat mandat dan sokongan dari Amerika Syarikat. Seterusnya mengisytiharkan Republik Filipina sebagai sebuah negara merdeka pada 4 Julai 1946. Beliau menjadi Presiden Republik Filipina yang pertama.  Filipina mengamalkan pemerintahan Republik Demokrasi berpresiden. Pentadbirannya terbahagi kepada tiga badan iaitu badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman. Presiden mempunyai kuasa eksekutif dan sebagai ketua kabinet.  Beliau dipilih melalui pilihan raya bagi tempoh enam tahun sekali dan mempunyai kuasa veto.  Demokrasi berparlimen di Filipina adalah mencontohi sistem yang diamalkan di Amerika Syarikat, iaitu Presiden dipilih melalui pilihan raya di seluruh negara. Kesimpulan  Kesinambungan waris pemerintahan Filipina tetap diteruskan sehingga sekarang. Presiden Filipina menjadi institusi penting bagi penyatuan negara. Presiden juga adalah tonggak kestabilan negara dalam memelihara sistem demokrasi di Filipina. Soalan 153: Bincangkan bentuk pemerintahan monarki berperlembagaan yang diamalkan di Thailand selepas tahun 1932 Pengenalan  Thailand merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan monarki berperlembagaan. Ia merupakan satu sistem pemerintahan yang diamalkan sejak tahun 1932. Mulai tahun 1932, rakyat Thai telah berjaya menamatkan sistem pemerintahan monarki mutlak. Sebagai gantinya, golongan yang merampas kuasa telah menubuhkan bentuk pemerintahan demokrasi dengan mengekalkan raja sebagai ketua negara. Thailand mengamalkan pemerintahan Raja Berperlembagaan. Raja merupakan ketua negara dan mengetuai tiga badan utama kerajaan iaitu Badan Eksekutif, Badan Perundangan dan Badan Kehakiman.  Ssitem demokrasi berparlimen di Thailand pula berdasarkan kedudukan raja sebagai penaung dan pelindung. Walaupun perlembagaan berada di atas raja, namun raja mempunyai keistimewaan tertentu dan dihormati dari segi perundangan. Selepas Revolusi Thai 1932, Thailand mengamalkan sistem demokrasi Raja Berperlembagaan. Raja Thailand merupakan ketua negara dan Perdana Menteri merupakan Ketua Kerajaan Isi-isi Penting: a)



Raja Thailand tertakluk kepada perlembagaan negara dan tidak berkuasa mutlak dalam pemerintahan. Raja Thailand menjadi simbol kedaulatan kerajaan yang memerintah tanpa



sebarang kuasa pemerintahan. Semua urusan pemerintahan akan dilaksanakan oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya. b)



Raja Thailand bertindak ketua bagi tiga komponen utama kerajaan iaitu badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman. Badan Eksekutif adalah badan yang berkuasa membuat dan melaksanakan dasar-dasar negara. Perdana Menteri mengetuai badan eksekutif, iaitu kabinet yang akan membantunya dalam membuat keputusan dan menentukan dasar-dasar negara. Perdana Menteri dan ahli-ahli kabinet yang lain terdiri daripada parti yang memenangi majoriti dalam pilihan raya. Raja Thailand pula bertindak melantik Perdana Menteri.



c)



Badan perundangan mengandungi dua dewan yang iaitu Dewan Negara (Senat) dan Dewan Undangan Negeri. Dua dewan ini berkuasa menggubal dan meluluskan undangundang negara. Ahli-ahlinya dipilih oleh rakyat menerusi pilihan raya. Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan empat tahun sekali.



d)



Sebuah lagi badan ialah badan kehakiman yang bebas daripada badan perundangan dan badan eksekutif. Badan kehakiman berkuasa dalam melaksanakan hukuman berdasarkan peruntukan di dalam perlembagaan negara. Badan ini terdiri daripada golongan hakim yang dilantik oleh Raja Thailand. Terdapat empat jenis mahkamah yang membantu bandan kehakiman iaitu Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Jenayah dan Mahkamah Sivil. Kesimpulan



 Walaupun sepanjang tahun 1932 hingga 1963 berlaku banyak rampasan kuasa, namun bentuk pemerintahan monarki berperlembagaan tetap diamalkan oleh pemerintah Thailand. Politik Thailand hanya dikejutkan dengan peristiwa pembunuhan misteri Raja Ananda, namun ia tidak mengubah sistem pemerintahan demokrasi Thailand.  Kesinambungan waris pemerintahan raja Thailand tetap diteruskan sehingga sekarang. Di Thailand, raja adalah dihormati. Raja menjadi institusi penting bagi penyatuan negara. Raja juga adalah tonggak kestabilan negara apabila sistem demokrasi gagal menyelesaikan masalah politik dalaman Thailand. 4.2 Pembangunan Ekonomi 4.2 : Pembangunan Soalan 154: Huraikan Pembangunan dan Dasar Ekonomi di Filipina. Pendahuluan  Pembinaan negara bangsa menekankan konsep perpaduan dalam satu negara dengan mewujudkan satu bangsa dalam sebuah negara dengan sejarah, bangsa, budaya, dan undang-undang yang dikongsi bersama oleh semua individu yang menjadi warganegara. 



Sejak mencapai kemerdekaan pada 4 Julai 1946, Filipina mengamalkan bentuk pemerintahan demokrasi berparlimen mengikut model Amerika Syarikat. Presiden Manuel Roxas menjadi Presiden yang pertama. Isi-isi Penting:



 Dalam krisis kewangan Asia 1998 Filipina tidak menerima kesan yang nyata kerana dibantu oleh pengiriman wang oleh rakyatnya yang bekerja di luar negara. Di samping itu juga insentif-insentif kerajaan kepada firma-firma tempatan dan asing untuk melabur dengan menyediakan Akta Galakan Pelaburan 1967. Namun Filipina terpaksa membangunkan ekonominya untuk mengatasi masalah kemiskinan yang tinggi dan kadar hutang yang meningkat di samping untuk membiayai kemudahan infrastuktur dan perbelanjaan sosial.  Filipina menggunakan ekonomi laissez-faire dalam pembangunan ekonominya dan banyak berurusan dengan Amerika Syarikat. Manuel Roxas dan beberapa presiden seperti Quirino, Magsaysay dan Macapagal telah mengambil beberapa dasar dan langkah untuk memulihkan ekonomi Filipina.  Antara dasar ekonomi Filipina ialah menekankan kepada perusahaan gula, perusahaaan kelapa, perusahaan abaka, perusahaan getah dan perusahaan perlombongan dan perindustrian. Dalam perusahaan-perusahaan itu diperkenalkan beberapa tarif untuk meningkatkan pengeluarannya.  Undang-undang juga diperkenalkan untuk melindungi kepentingan penduduk tempatan seperti memperkenalkan Akta Organik 1902 dan Akta Nombor 2874 Filipina tahun 1919. Soalan 155: Pembangunan dan Dasar Ekonomi Thailand Isi-isi Penting:  Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn telah melakukan banyak dasar dan program pemodenan ekonomi. Ekonomi Thailand bergantung kepada pertanian padi, getah, bijih timah, kayu jati, jut dan sebagainya.  Pada tahun 1936 kerajaan Thailand mula mengusahakan perusahaan minuman keras.  Kerajaan Thailand juga melaksanakan ekonomi agresif termasuk memiliknegarakan jalan keretapi dan kapal terbang, membina Sekolah Sains Chulalongkorn untuk memberi latihan teknikal, memperhebatkan bidang perindustrian, dengan membina kilang kapas, kilang kertas, kilang gula, kilang mengetin dan sebagainya. Kerajaan juga mengubah suai kadar tarif untuk melindungi perusahaan desa. 



Semasa pemerintahan Phibun sebagai Perdana Menteri, dasar ekonomi anti Cina dilaksanakan. Beliau menubuhkan beberapa perbadanan untuk menggalakkan masyarakat peribumi Thailand terlibat dalam bidang perniagaan dan perdagangan dan berusaha mengambil alih dari kuasa lain.



 Kerajaan Thailand juga berjaya memajukan industri penghasilan beras, getah, kayu-kayan, tembakau, besi dan keluli serta gelas. Industri terbaru Thailand tahun 1959 ialah pembinaan kilang penapis minyak dengan kemampuan pengeluaran minyak sebanyak 280,000 tong sehari. Kesimpulan  Apa-apa yang berkaitan 4.3.1 Bentuk Pemerintahan 4.3.1 Bentuk Pemerintahan



Soalan 156: Huraikan Bentuk Pemerintahan di Filipina



Pendahuluan  Pembinaan negara bangsa menekankan konsep perpaduan dalam satu negara dengan mewujudkan satu bangsa dalam sebuah negara dengan sejarah, bangsa, budaya, dan undang-undang yang dikongsi bersama oleh semua individu yang menjadi warganegara. 



Sejak mencapai kemerdekaan pada 4 Julai 1946, Filipina mengamalkan bentuk pemerintahan demokrasi berparlimen mengikut model Amerika Syarikat. Presiden Manuel Roxas menjadi Presiden yang pertama. Isi-isi Penting:



a)



Presiden sebagai ketua negara dan ketua kerajaan. Presiden dipilih untuk selama enam tahun bagi mengetuai kabinet dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Presiden tidak dipilih oleh parlimen tetapi dipilih secara langsung oleh rakyat.



b)



Parlimen Filipina memiliki dua buah dewan perwakilan iaitu “House of Representatives” dan “Senate House of Representatives” (HoR). HoR mempunyai 260 orang anggota (Seramai 208 dipilih secara langsung, 52 orang dipilih melalui sistem Parti List untuk selama 3 tahun) dan Senat pula terdiri daripada 24 orang anggota dipilih oleh rakyat. Parlimen Filipina memiliki kuasa menggubal undang-undang.



c)



Sistem pemerintahan bercorak presiden. Badan Eksekutif dan Legislatif memiliki kedudukan yang bebas dan tersendiri.



d)



Berdasarkan Perlembagaan 1973, terdapat beberapa institusi yang memainkan peranan dalam struktur pemerintahan negara iaitu Presiden, Kabinet dan Dewan Menteri, Majlis Nasional (National Assembly) dan Mahkamah Agung (Supreme Court).



e)



Antara 1972 – 1983 Undang-Undang Darurat Perang diperakui iaitu berlaku sekatan terhadap anggota parlimen dan ketidakbebasan dalam memberi pendapat serta penyelesaian rombakan perlembagaan oleh Majlis Perlembagaan.



f)



Semasa rejim Marcos berlaku peningkatan dan penglibatan tentera dalam bidang pemerintahan serta memperkenalkan undang-undang Darurat Perang. Kesimpulan



 Apa-apa yang berkaitan Soalan 157 : Huraikan Bentuk Pemerintahan di Thailand Pengenalan  Revolusi Thai 1932 menamatkan sistem raja mutlak dan digantikan dengan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Raja tertakluk di bawah perlembagaan negara.



 Di Thailand sering berlaku perselisihan dan perpecahan golongan revolusioner membawa kepada penguasaan golongan tentera dalam menentukan perubahan di Thailand. Berlaku “coup d’etat” atau rampasan kuasa yang menyebabkan penguasaan tentera, ketidakstabilan politik dan kegagalan melaksanakan sistem demokrasi berparlimen. Isi-isi Penting: a)



Revolusi Thai 1932 menamatkan sistem raja mutlak dan digantikan dengan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Raja tertakluk di bawah perlembagaan negara. Di Thailand sering berlaku perselisihan dan perpecahan golongan revolusioner membawa kepada penguasaan golongan tentera dalam menentukan perubahan di Thailand. Berlaku “coup d’etat” atau rampasan kuasa yang menyebabkan penguasaan tentera, ketidakstabilan politik dan kegagalan melaksanakan sistem demokrasi berparlimen.



b)



Kerajaan yang muncul merupakan kebangkitan golongan tentera dengan agenda politik yang tersendiri. Kebangkitan golongan tentera berlaku semasa pemerintahan Pya Manopakorn. Pembaharuan ekonomi Pridi yang membela nasib rakyat Thailand dengan cadangan kerajaan memiliknegarakan semua punca penghasilan negara termasuk tanah tidak menyenangkan Pya Manopakorn. Pya mengecam rancangan ekonomi Pridi sebagai manifesto Komunis dan Pridi letak jawatan dan lari ke luar negara. Pya Manopakorn menangguhkan persidangan Dewan Perundangan dan mewujudkan pemerintahan bersifat diktator. Tindakannya menggagalkan sistem demokrasi berparlimen.



c)



Pimpinan tentera di bawah Pya Bahol telah rampas kuasa pada Jun 1933. Semasa Pya Bahol, pilihan raya diadakan dan kerajaan Pya Bahol menang dalam pilihan raya dengan dibantu oleh Pridi Phanomyong sebagai Menteri Dalam negeri dan Phibun Songkhram sebagai Menteri Pertahanan. Namun erti prinsip demokrasi sebenar masih tidak dilaksanakan.



d)



Tahun 1938 Phibun Songkhram dilantik sebagai Perdana Menteri menggantikan Pya Bahol yang uzur. Perlantikan Phibun mula meletakkan asas penguasaan golongan tentera dalam kerajaan Thailand. Phibun seorang nasionalis Siam yang melampau dengan sikap anti orang Cina dan barat. Beliau menjadi seorang diktator tentera dan bekerjasama dengan Jepun.



e)



Pridi berusaha memulihkan pemerintahan demokrasi di Tahiland dan memenangi pilihan raya pada 6 Januari 1946 tapi gagal kerana perselisihannya dengan Khuang Aphaiwong yang dilantik sebagai Perdana Menteri. Bulan November 1947 golongan tentera rampas kuasa dan kemudiannya Siam sering berlaku rampasan kuasa dan kerajaaannya sering bertukar kuasa. Kesimpulan



 Revolusi Thai 1932 menamatkan sistem raja mutlak dan digantikan dengan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Raja tertakluk di bawah perlembagaan negara.  Di Thailand sering berlaku perselisihan dan perpecahan golongan revolusioner membawa kepada penguasaan golongan tentera dalam menentukan perubahan di Thailand. Berlaku



“coup d’etat” atau rampasan kuasa yang menyebabkan penguasaan tentera, ketidakstabilan politik dan kegagalan melaksanakan sistem demokrasi berparlimen.



4.3.2 Sumbangan Tokoh Soalan 158: Huraikan sumbangan Macapagal dalam konteks pembangunan Negara Filipina Pengenalan  Diosdado Pangan Macapagal lahir di Lubao Pampanga pada 28 Sept. 1910. Presiden Filipina ke-9 (1961-1965) sebagai ”Orang Terjujur” dan bertindak menghapuskan rasuah. Beliau melaksanakan program politik, ekonomi dan sosial untuk kepentingan rakyat. Isi-isi Penting: a)



Dari segi politik beliau mengubah tarikh perayaan rasmi Hari Kemerdekaan Filipina dari 4 Julai (Hari Amerika Syarikat menyerahkan Kemerdekaan tahun 1946) kepada 12 Jun iaitu Hari semasa Aquinaldo mengumumkan kemerdekaan daripada penjajahan Sepanyol 1898.



b)



Beliau juga membuat tuntutan ke atas Sabah tahun 1962 kerana dianggap sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu sedangkan Sabah pada masa itu telah dijual kepada Syarikat Borneo Utara British (SBUB).



c)



Dari segi ekonomi pula Macapagal merangsang pertumbuhan ekonomi dengan membiarkan wang peso Filipina bergerak mengikut pasaran pertukaran wang asing. Melaluinya berjuta-juta peso dapat dipungut setiap tahun. Beliau juga meningkatkan pengeluaran makanan, peluang pekerjaan, reformasi tanah melalui Kod Reformasi Tanah Pertanian 1963.



d)



Dari segi sosial beliau bertindak menghapuskan rasuah, dan memperkenalkan nilai-nilai kemasyarakatan di Filipina. Kesimpulan



 Keseluruhannya, Macapagal telah berjaya melaksanakan program dan pembangunan politik, ekonomi dan sosial untuk kepentingan rakyat. Soalan 159: Nilaikan sumbangan Phibun Songkhram Thailand pada tahun 1938 hingga 1957. Pengenalan



dalam pembinaan negara



 Phibun Songkhram atau Major Jeneral Plaek Phibun Songkhram dilahirkan pada 14 Julai 1897 di sebuah kampung pertanian di Daerah Nonthaburi.Nama sebenar beliau ialah Plaek Khitasangkha.Phibun Songkhram merupakan Perdana Menteri Thailand antara tahun 1938 hingga 1944.Beliau meninggal dunia pada 11 Jun 1964 di Sagamihara,Kanagawa,Jepun semasa berumur 66 tahun.Pada tahun 1948 hingga 1957 beliau menjadi diktator ketenteraan pula.Sepanjang tempoh tersebut ,Phibun Songkhram telah memberi



sumbangan yang penting dalam pembinaan negara Thailand dari aspek politik,ekonomi dan sosial. Isi-isi Penting: Aspek politik a) Dari aspek politik, Phibun Songkhram memberi sumbangan penting dengan membawa Thailand menyertai SEATO.Beliau juga turut memberi sokongan kepada Amerika Syarikat dalam Perang Korea untuk menentang kegiatan komunis dunia.Hasilnya ,Thailand telah mendapat bantuan yang banyak daripada Amerika Syarikat. b)



Phibun Songkhram juga berjaya menghidupkan semula politik dalam negeri setelah beliau melawat Amerika Syarikat dan Britain pada tahun 1957.Kesannya pelbagai parti politik mulai muncul dengan ketara.Beliau jugalah tokoh yang berperanan penting dalam membawa gerakan nasionalisme Thailand ke peringkat yang lebih radikal.



c)



Selain itu ,Phibun Songkhram berjaya mengekalkan kemerdekaan Thailand dengan mengamalkan dasar pro-Jepun pada tahun 1930an.Beliau juga sanggup mewujudkan Pakatan Thai-Jepun pada awal tahun 1940an.Malahan,Jepun juga merupakan rakan perdagangan dan negara pelabur kedua terbesar di Thailand sebelum Perang Dunia Kedua.Phibun juga telah memberi laluan kepada Jepun untuk mara ke Tanah Melayu semasa berlakunya Perang Dunia Kedua.Dasar pro-Jepun ini akhirnya menjadikan Thailand satu-satunya negara yang tetap merdeka berbanding dengan negara-negara lain di Asia tenggara yang telah dijajah.



d)



Aspek Ekonomi Sumbangan Phibun Songkhram dari aspek ekonomi juga tidak kurang hebatnya.Demi membangunkan ekonomi Thailand,Phibun telah melancarkan satu rancangan ekonomi yang nasionalistik.Tujuan rancangan ini diadalah adalah untuk menghapuskan penguasaan orang Eropah dan Cina dalam kegiatan ekonomi.



e)



Beliau juga turut memberi sumbangan kepada kaum tani dengan memperkenalkan Kanun Hasil Negara pada bulan Mac 1939.Kanun ini bertujuan membebaskan kaum tani daripada cengkaman golongan peminjam wang.Kadar cukai atas petani juga dikurangkan .Manakala cukai tinggi dikenakan kepada syarikat dan pelabur-pelabur asing.Subsidi diberikan pula kepada syarikat swasta Thai.



f)



Kebajikan rakyat Thailand terus terpelihara apabila Phibun menyediakan kawasan pembalakan yang lebih baik kepada orang Siam sahaja.Selain itu,undang-undang syarikat perkapalan menetapkan 75% pekerjanya mestilah terdiri daripada orang Thai.Setiap pelaburan modal mesti meliputi 70% modal Thai.Kilang-kilang seperti kilang kapas di Bangkok dan kilang gula di Lampang telah dibina dan diletakkan di bawah kawalan dan tajaan kerajaan.



g)



Phibun Songkhram ternyata telah berjaya memberi sumbangan yang tidak ternilai dalam aspek ekonomi. Misalnya, pada tahun 1941,orang Thai telah mengambil alih industri tembakau rokok melalui penubuhan Syarikat Monopoli Tembakau Negara. Aspek Sosial



h)



Dari aspek sosial, Phibun turut menyumbang jasa yang besar dalam memperkukuhkan semangat dan cinta akan negara dalam kalangan penduduk Thai.Beliau menetapkan agama Buddha dijadikan syarat kenaikan pangkat .Agama Buddha juga disamakan dengan semangat patriotik.Kesannya sebahagian besar masyarakat Thai sehingga ke hari ini adalah penganut agama Buddha.



i)



Sumbangan lain yang ketara dan penting ialah apabila beliau berjaya menukar nama Siam kepada Thai yang bermakna ‘Tanah Bebas’.Beliau juga berjaya menaikkan semangat dan kebanggaan orang Thai terhadap negara mereka yang bebas daripada sebarang bentuk penjajahan.



j)



Demi menjaga kesejahteraan rakyat Thai,dasar anti-Cina telah dilakukan oleh Phibun. Antara langkah yang dijalankan ialah akhbar,sekolah dan pertubuhan-pertubuhan Cina ditutup.Orang Cina yang ingin masuk ke Thailand dikenakan bayaran sebanyak 100 baht.Penggunaan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar dibatalkan.



Kesimpulan  sumbangan Phibun Songkhram sangat penting dalam pembinaan negara Thai pada tahun 1938 hingga 1957. Sumbangan beliau jelas terutama dalam melindungi kesejahteraan rakyat dan negara Thai.Program-program yang dilaksanakannya berjaya mengggalakkan orang Thai menceburi bidang perdagangan dan perniagaan.  Masyarakat Thailand juga berjaya disemai dengan nilai-nilai bangga akan negara .Namun demikian,sistem demokrasi berparlimen semasa pemerintahan Phibun terbantut apabila Phibun menjadi diktator tentera yang berkuasa mutlak. 4.4 Perhubungan Luar 4.4.1 : Penglibatan Dalam Organisasi Antarabangsa Soalan 160: Huraikan Penglibatan Dalam Organisasi Antarabangsa Filipina Pendahuluan 



Filipina telah menganggotai PBB sejak tahun 1946. Melalui PBB Filipina memperolehi banyak faedah seperti Program Teknikal dalam pembangunan industri dan pengeluaran makanan, mengambil bahagian dalam Perjanjian Gula Antarabangsa dan Perjanjian Gandum Antarabangsa.



 PBB memberi penghormatan pada Filipina sebagai sebuah negara yang aktif di Asia Tenggara Isi-isi Penting: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations). a)



Filipina menyertai PBB tahun 1946. Melalui PBB Filipina memperolehi banyak faedah seperti Program Teknikal dalam pembangunan industri dan pengeluaran makanan, mengambil bahagian dalam Perjanjian Gula Antarabangsa dan Perjanjian Gandum Antarabangsa. b) Filipina berjuang dalam PBB untuk memelihara keamanan dan kesejahteraan rakyat di dunia dan hantar tentera pengaman PBB seramai 6,000 orang dalam krisis Perang Korea.



c)



Filipina berjaya mempengerusikan Kajian 2010 “Non-Proliferation Treaty” (NPT) bertujuan mencegah penularan senjata nuklear dan teknologi senjata, menggalakkan kerjasama dalam penggunaan tenaga nuklear secara aman.



d)



Terlibat dalam forum serantau dan antarabangsa seperti “Asia Pacific Ekonomic Cooperation” (APEC), “World Trade Nations Conference on Trade dan Development” (UNCTAD) dan lain-lain South East Asia Treaty Organisation (SEATO).



a)



Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO) dibentuk bulan Sep. 1954. Filipina merupakan salah sebuah negara penaja utama penubuhannya. Penglibatannya disebabkan oleh hubungan yang rapat dengan Amerika Syarikat dan perasaan bimbang terhadap perkembangan ideologi komunis di Filipina. b) Pembentukan SEATO merupakan tindak balas daripada permintaan bahawa kawasan Asia Tenggara akan dilindungi daripada pengaruh komunis. c)



Penglibatan Filipina dalam SEATO telah membawa manfaat dari segi ekonomi dan pembangunan sosial. Contohnya projek latihan pekerja mahir. Namun penglibatan Filipina dalam SEATO agak terhad kerana SEATO tidak memainkan peranan seperti yang ditetapkan sehingga SEATO gagal dan tidak berfungsi. Association of South East Asian Nation (ASEAN)



a)



Filipina menyertai Pertubuhan Asia Tenggara bersama-sama Thailand dan Tanah Melayu pada tahun 1962. Gabungan ketiga-tiga buah negara ini di namakan sebagai MAPHILINDO.



b)



ASEAN merupakan jalinan hubungan dan kerjasama serantau melalui Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967. Dalam Deklarasi Kuala Lumpur, ASEAN diisytiharkan sebagai Zon Aman Bebas dan Berkecuali. Tujuannya untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau ini dengan tidak bersekongkol dengan mana-mana blok.



c)



Filipina mencadangkan dalam Mesyuarat Menteri Luar ASEAN 1984 bahawa ASEAN sebagai kawasan Zon Bebas Senjata Nuklear dan bekerjasama dengan negara-negara lain mewujudkan kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).



d)



Filipina melibatkan diri dalam pelbagai projek ASEAN seperti projek Fabrikasi Tembaga dan sebagainya. Kesimpulan



 Filipina telah memberikan sumbangan yang aktif kepada PBB sepanjang penglibatannya sehingga kini.  Satu penyelesaian yang konkrit dan bersama perlu dalam kalangan anggota PBB terutama menyelesaikan krisis sempadan dan kepentingan bersama Soalan 161: Huraikan Penglibatan Thailand Dalam pertubuhan dan Organisasi Antarabangsa Pendahuluan  Thailand telah menganggotai PBB sejak tahun 1946



 PBB member penghormatan pada Thailand sebagai pejabat PBB di Asia Tenggara Isi-isi Penting: Pertubuhan



Bangsa-Bangsa



Bersatu



(United



Nations).



Thailand merupakan anggota PBB ke-55 pada Disember 1946. Thailand juga memberi bantuan kepada PBB dalam Perang Korea. Thailand terlibat secara aktif dalam majlis PBB seperti Majlis Keselamatan dan Majlis Ekonomi. Bekerjasama menyertai beberapa agensi PBB seperti UNESCO, FAO, ITU, dan ILO. Bangkok sering dijadikan tempat perbincangan dan sebagai ibu pejabat agensi PBB. Thailand juga mendapat manfaat daripada Rancangan Colombo dengan menerima bantuan kewangan untuk memajukan bidang pertanian, industri dan kesihatan.  Tahun 1956 hingga 1957, Putera Wan Waithayakorn dilantik sebagai Presiden Persidangan Perhimpunan Agung ke-11 PBB. Tahun 1957, Nai Pote Sarasin bekas Menteri Luar Thailand dilantik sebagai Setiausaha Agung PBB. South East Asia Treaty Organisation (SEATO).  Thailand menganggotai SEATO dan Bangkok sebagai ibu pejabat. Nai Pote Sarasin menjadi Setiausaha Agung SEATO yang pertama. Penglibatan bertujuan melindungi wilayah yang bersempadan dengan kawasan bergolak di Indo- China serta bimbang terhadap perluasan pengaruh komunis di Thailand.  Thailand mendapat banyak kemudahan melalui SEATO ini seperti bantuan kewangan dan ketenteraan. Contohnya bantuan kewangan sebanyak AS24 juta tahun 1957. Thailand juga membenarkan Amerika Syarikat menggunakan pengkalan tentera udaranya untuk memerangi komunis di Indo-China.  SEATO merupakan satu pakatan kententeraan yang diketuai oleh Amerika Syarikat melalui latihan kerjasama ketenteraan.  Thailand juga melalui SEATO telah menaja pelbagai mesyuarat dan pameran mengenai budaya, agama dan sejarah di rantau Asia Tenggara. Association of South East Asian Nation (ASEAN)  Deklarasi Bangkok yang ditandatangani oleh menteri luar negara terbabit pada 8 Ogos 1967 telah membawa kepada penubuhan ASEAN. Anggota asalnya Thailand, Malaysia, Filipina, Indonesia dan Singapura. Kemudiannya diikuti oleh Brunei (7 Januari 1974), Vietnam (18 Julai 1995), Myanmar dan Laos (23 Julai 1997) dan Timur Leste.  Matlamat utama ASEAN adalah untuk mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dan mewujudkan kerjasama dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan. Thailand bekerjasama dengan negara-negara ASEAN dalam mewujudkan konsep ZOPFAN.  Menerusi ASEAN, Thailand berusaha untuk mendapatkan sokongan PBB menghapus konflik di Kampuchea.



 Thailand menyokong usaha melaksanakan AEC sebagai Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA). 



Thailand menjadi tuan rumah Forum Kawasan ASEAN di Bangkok 1994 berkaitan keselamatan kawasan ASEAN.



 Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear di Bangkok 1995 membuktikan tanggungjawab ASEAN untuk menjaga keselamatan negara ASEAN. Thailand juga menghulur bantuan kepada Kampuchea untuk memajukan infrastrukturnya.  Thailand juga melibatkan diri dalam kerjasama dengan ASEAN, China, Jepun dan Korea dalam konsep ASEAN+3. Kesimpulan  Thailand telah memberikan sumbangan yang aktif kepada PBB sepanjang penglibatannya sehingga kini. Satu penyelesaian yang konkrit dan bersama perlu dalam kalangan anggota PBB terutama menyelesaikan krisis sempadan dan kepentingan bersama Soalan 162: Jelaskan penglibatan Thailand dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa pada abad ke-20. Pendahuluan Thailand telah menganggotai PBB sejak tahun 1946  PBB member penghormatan pada Thailand sebagai pejabat PBB di Asia Tenggara Isi-isi Penting: 1. Sering terlibat sebagai tentera pengamanan PBB  menamatkan konflik di Korea. Thailand menjadi peserta aktif dalam pelbagai bidang kerjasama antarabangsa seperti pertubuhan antarabangsa dan agensi khusus PBB serta terkenal dengan sumbangan positif kepada kemajuan dan pembangunan PBB.  Thailand Juga menganggotai pertubuhan lain seperti Suruhanjaya Perhutanan Asia-Pasifik, Majlis Perikanan Indo-Pasifik dan Suruhanjaya Beras Antarabangsa 2.



Tuan rumah kepada pejabat serantau agensi khusus PBB.



 Bangkok telah lama menjadi ibu pejabat bagi Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial PBB bagi Asia Pasifik (ESCAP). Sebagai pengiktirafan kepada peranan aktif Thailand dalam PBB, bekas menteri luar Thailand, iaitu Waithayakorn telah dipilih untuk berkhidmat sebagai Presiden Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1956.  Pada 22 Oktober 1984, Thailand telah dipilih untuk berkhidmat sebagai anggota bukan tetap Majlis Keselamatan PBB dari tahun 1985 – 1986 buat kali pertama. Pada tahun yang sama juga , Thailand mencadangkan penciptaan sebuah ‘sistem amaran awal’untuk PBB dalam Perhimpunan Agung 3.



Sumbangan kewangan ke arah operasi pengaman PBB di seluruh dunia



 Thailand sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan kepada PBB. Thailand mengambil bahagian dalam Kumpulan Amerika Bangsa-bangsa Bantuan.



 Contohnya, bantuan pengamanan Peralihan (UNTAC) di Namibia, menyediakan pegawai tentera Thailand untuk berkhidmat di Iraq-Kuwait, menjadi pemerhati misi (UNIKOM) dan berkhidmat sebagai ahli Pengawal PBB di Iraq. 4.



Sumbangan penyelesaian politik melalui resolusi Perhimpunan Agung



 Isu Kemboja melalui resolusi Perhimpunan Agung dengan cadangan agar permusuhan dihentikan, menyekat kemasukan tentera asing dan member hak kebebasan kepada rakyat Kemboja untuk menentukan nasibmereka sendiri. Resolusi ini menerima sokongan pada daripada ahli Perhimpunan Agung selama lebih 112 tahun berturut-turut.  Sokongan ini menjadi satu faktor penting dalam mewujudkan insentif yang kuat bagi pengunduran tentera asing dari Kemboja yang bermula pada tahun 1989. 5.



Menjadi Tuan rumah dalam dua mesyuarat di Pattaya



 Wakil pihak Kemboja yang hadir dan bersetuju dengan beberapa elemen asas bagi penyelesaian politik menyeluruh yang membawa kepada termeterainya Perjanjian Damai Paris pada 23 Oktober 1991.  Pada bulan Mei 1993, 27 orang pegawai Thailand telah dipilih unuk bertindak sebagai Pegawai Pilihan Raya Antarabangsa bagi membantu PPP mengendali dan mentadbir pilihan raya di Kemboja Kesimpulan  Thailand telah memberikan sumbangan yang aktif kepada PBB sepanjang penglibatannya sehingga kini.  Satu penyelesaian yang konkrit dan bersama perlu dalam kalangan anggota PBB terutama menyelesaikan krisis sempadan dan kepentingan bersama