Penulisan Teknik Main Peranan [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Dengan penuh rasa syukur yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya dapat kami menyempurnakan tugasan ini pada masa yang telah ditetapkan. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing, En. Anuar bin Md Amin, yang memberi bimbingan, panduan dan tunjuk ajar untuk menyiapkan tugasan ini. Seterusnya ucapan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan dan ahli keluarga kerana banyak memberi idea dan kerjasama untuk mendapatkan maklumat bagi menyempurnakan tugasan ini. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya telah mengumpul banyak maklumat dan pengetahuan berkaitan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Saya mengetahui dan memahami bahawa terdapat beberapa teknik yang sangat berguna dan boleh dipraktikkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan ke atas murid-murid di sekolah. Dengan berbekalkan ilmu yang dipelajari ini, bolehlah saya



memperbaiki



kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah masing-masing nanti. Semoga anakanak didik saya dapat menerima impak yang positif, Insyaallah. Mudah-mudahan semua yang dilakukan ini mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah s.w.t. Amin.



1.0 PENGENALAN 1



Teknik merupakan suatu cara yang digunakan oleh guru-guru bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah dan pendekatan yang digunakan. Dalam Standard



Kurikulum



Bahasa



Malaysia



Sekolah



Rendah



guru



digalakkan



menggunakan pelbagai teknik mengajar. Guru boleh memilih pendekatan dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu belajar serta teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi, dan berinteraksi sesama murid dan guru. Berikut adalah beberapa definisi



yang diperolehi daripada beberapa sumber tentang istilah



teknik pengajaran dan pembelajaran : 



Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.







Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.







Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.



Berpandukan definisi-definisi di atas, dapatlah dinyatakan bahawa teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dipraktikkan.



Seseorang guru perlu memilih teknik yang sesuai untuk menarik minat muridmuridnya melibatkan diri secara aktif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran 2



berlaku. Selain daripada itu, penggunaan teknik yang betul bertujuan mengekalkan perhatian dan membangkitkan rasa ingin tahu murid sepanjang aktiviti bembelajaran berlangsung. Fenomena ini boleh membantu murid memahami konsep dan objektif pelajaran boleh dicapai dengan lebih mudah.



1.1 Definisi Main Peranan



Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi, masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Murid diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, di mana pelakonpelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada murid-murid lain supaya mempraktikkan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada murid dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya. Main Peranan atau Lakonan Aktiviti dalam kumpulan atau kelas yang memberi peluang kepada kanak-kanak membayangkan dirinya sendiri ataupun orang lain dalam pelbagai situasi tertentu. 



Kesemua ataupun sebahagian kanak-kanak di dalam kelas berpeluang berlagak seperti watak yang terdapat dalam situasi.







Kanak-kanak yang tidak melakonkan watak boleh menjadi pemerhati dan berpeluang memahami sesuatu berkaitan watak ataupun situasi dengan lebih mendalam.







Kanak-kanak yang berlakon berpeluang menguji tingkah laku ataupun belajar berinteraksi (Koo Kee Peng dan Zainab, 1992).



1.2 Kepentingan Main Peranan Menerusi teknik main peranan untuk meningkatkan kefahaman dan menerapkan nilai positif, peluang diberikan kepada murid untuk mengalami situasi dan watak yang baru. 3



Sebagai contoh, dalam pengajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, guru boleh mengadakan situasi dengan menggunakan beberapa rangsangan yang boleh menimbulkan



perbincangan



di



kalangan



murid



untuk



mengenalpasti



dan



menyelesaikan topik atau masalah yang berkaitan dengan kefahaman dan nilai.



Antara matlamat aktiviti main peranan ialah memberi peluang kepada murid untuk melahirkan pelbagai perasaan dengan rasa bebas mengikut situasi dan watak yang dipegang. Murid-murid juga akan berasa prihatin dan memahami masalah orang lain. Selain itu juga, murid berpeluang untuk memikirkan dan membincangkan masalah diri sendiri dan secara tidak langsung dia dapat memahami diri sendiri dengan lebih mendalam lagi. Main peranan juga bermatlamat member latihan kepada murid untuk melakonkan pelbagai tingkah laku atau watak tertentu dan mengalami sendiri sesuatu situasi yang biasa atau tidak pernah dilalui. Dengan itu murid dapat meluaskan pengalaman hidup dan memahami tingkahlaku orang lain.



Disamping itu juga, main peranan membolehkan murid memperolehi kemahiran



dan mengalami perbagai bentuk masalah sosial. Hubungan di antara



murid atau ahli kumpulan juga dapat dieratkan dan membolehkan mereka mempelajari laras bahasa dan sebutan yang betul. Secara tidak langsung mata pelajaran dan topik yang diajar dapat disampaikan dalam bentuk yang menarik dan menjadi lebih berkesan. Seterusnya menerusi teknik ini juga, boleh membantu murid yang bersifat pendiam mengambil bahagian dalam aktiviti yang mana dapat mengikis sifat malu dan meningkatkan keyakinan diri mereka.



Teknik main peranan ini juga dikenalpasti dapat menggalakkan murid menggunakan bahasa yang bernas dan membantu murid-murid berkomunikasi secara berkesan dengan pelbagai watak yang diwujudkan. Sifat jati diri yang tinggi dan amalan sikap yang positif juga boleh dibentuk menerusi teknik main peranan ini.



2.0 PRINSIP MAIN PERANAN



4



Aktiviti main peranan boleh dijalankan melalui proses-proses tertentu mengikut fungsi watak atau situasi yang ditentukan. Setiap aktiviti main peranan boleh berfungsi sebagai menceritakan tentang sesuatu, demonstrasi, memberi latihan, meningkatkan kepekaan, mencipta dan cerminan.



Setiap jenis main peranan yang disebut di atas memerlukan pendekatan yang berbeza-beza. Sebelum aktiviti main peranan dijalankan , guru semestinya member penerangan yang lengkap tentang peranan-peranan yang dimainkan oleh setiap murid yang terlibat. Semasa main peranan dijalankan, guru perlu mengawasi suasana supaya aktiviti main peranan dapat berjalan dengan baik dan mencapai objektifnya.



Antara jenis main peranan yang boleh dijalankan oleh guru mengikut fungsinya adalah seperti berikut: a) Memperihalkan Main peranan jenis ini digunakan sebagai satu cara berkomunikasi untuk memperihalkan sesuatu situasi, proses atau masalah. Contoh situasi ialah seorang anak ingin meminta kebenaran ibu bapanya untuk keluar bermain. Guru boleh meminta beberapa orang murid memainkan peranan anak, ibu atau bapa. Guru boleh menyediakan beberapa dialog sebelum sesi lakonan bermula. Refleksinya , murid boleh melakon dan memahami watak seorang anak, bapa dan ibu. Murid boleh menggunakan bahasa yang sesuai semasa memainkan peranan-peranan yang diberi.



b) Demonstrasi Main peranan jenis ini, digunakan untuk mendemonstrasikan sesuatu supaya ia dapat dicontohi oleh murid. Sebagai contoh , guru mahu murid-murid menunjukkan cara-cara seseorang memberi salam kepada orang-orang yang lebih tua. Guru boleh meminta beberapa orang murid untuk menunjukkan cara yang betul cara memberi salam di hadapan murid-murid yang lain. Releksinya murid dapat menunjukkan cara memberi salam dalam emosi yang sesuai dan murid-murid lain memberi tumpuan kepada teknik yang ditunjukkan.



5



c) Latihan Teknik main peranan ini adalah untuk melatih murid tentang kemahirankemahiran tertentu. Sebagai contoh guru ingin mengajar murid kemahiran berkomunikasi semasa berucap di hadapan guru-guru di perhimpunan . Untuk melaksanakan main peranan ini, guru perlu menerangkan kepada murid dengan teliti dan terperinci. Murid yang diberi peranan perlu memahami dan diberi panduan tentang perkara yang perlu dan perkara yang tidak perlu dilakukan semasa memainkan peranan. Refleksinya , murid yang memain peranan perlu mengawal emosi dan mungkin perlu dijalankan berulangkali untuk membiasakan murid dalam situasi yang diberi dan murid-murid lain perlu meneliti dengan terperinci.



d) Cerminan Main peranan ini untuk menunjukkan kepada murid bagaimana tingkahlaku mereka dilihat oleh orang lain. Sebagai contoh murid memujuk ibunya membuatkan sesuatu untuknya. Murid yang diminta untuk memainkan peranan tersebut tidak beri arahan bagaimana untuk menghadapi situasi itu. Murid itu dengan sendirinya belajar untuk menangani situasi itu. Jadi murid akan melakukan tingkah laku sebenarnya sebagaimana dia berhadapan dengan ibunya dirumah. Implikasinya murid dapat memahami tingkahlaku yang sesuai untuk menangani sesuatu situasi tertentu.



e) Kepekaan Main peranan jenis ini bertujuan untuk menyedarkan murid tentang perasaan mereka terhadap situasi orang lain. Situasi yang boleh guru wujudkan seperti seorang kanak-kanak yang baharu kehilangan kedua-dua orang tuanya akibat kemalangan jalanraya. Guru boleh meminta beberapa orang murid memainkan peranan berdasarkan apa yang pernah mereka dengar dan tonton di televisyen. Hasilnya murid memahami perasaan orang lain semasa berada dalam situasi baru. Di sini murid sedar tentang perasaan orang lain dan dapat memupuk sikap prihatin dan tanggungjawab pada diri sendiri.



f) Mencipta 6



Teknik main peranan ini adalah untuk mengggalakkan murid supaya mengembangkan pernyataan diri yang lebih kreatif.



Sebagai contoh



melakonkan berbagai-bagai situasi dalam bentuk drama kreatif. Teknik ini dapat menggalakkan murid menggunakan imaginasi mereka dan secara tidak langsung dapat belajar memperbaiki tutur kata mereka.



Walau apa



pun jenis teknik main peranan yang digunakan, terdapat



beberapa perkara penting yang guru perlu lakukan semasa merancang main peranan iaitu pastikan objektif dan tujuan yang jelas. Seterusnya, pastikan latihan itu berkaitan dengan konsep yang ingin disampaikan. Semasa guru merancang, semua unsur seperti suasana, peranan dan bahan sokongan dipadankan untuk menghasilkan main peranan yang efektif dan menyeronokkan.



3.0 APLIKASI MAIN PERANAN DALAM BILIK DARJAH



3.1.Perkara Penting yang Perlu diberi Perhatian Untuk menjalankan teknik main peranan di dalam bilik darjah, beberapa perkara perlu diberi perhatian oleh guru. Antaranya: a) Pilih situasi untuk main peranan yang berpusatkan murid-murid yang melibatkan mereka. 



Sampaikan konfik sebenar yang dihadapi oleh watak utama







Melibatkan lebih daripada satu isu moral untuk perbincangan



Tidak semua peristiwa sesuai dilakonkan. Pilih situasi yang agak signifikan dan relevan dengan isi pelajaran. Situasi yang dipilih itu sebaik-baiknya tidak memerlukan terlalu ramai pelakon.



b) Pemegang peranan memahami situasi Murid yang dipilih hendaklah benar-benar memahami situasi tersebut. Guru perlu menjelaskan terlebih dahulu situasi yang hendak dilakonkan, seperti punca dan akibat situasi itu berlaku. Setiap murid perlu memahami dan menghayati peranan masing-masing. 7



c) Penjelasan kepada penonton Guru perlu menjelaskan kepada murid apa yang akan mereka lihat. Dengan penjelasan ini, murid-murid lain akan dapat atau cuba untuk memahami apa yang ditonton atau dilihatkan oleh rakan-rakan mereka.



d) Pelakon yang sesuai Sebaik-baiknya pemegang peranan dipilih secara sukarela. Pemilihan cara ini dijangka akan memberikan hasil yang lebih berkesan. Aktiviti boleh diulang dan menggunakan murid-murid yang lain pula.



e) Lakonan secara bebas Biarkan murid memainkan peranan mereka secara bebas. Pelakon tidak perlu terlalu terikat mengikut skrip. Walau bagaimanapun, guru perlu mengawasi murid agar mereka tidak menyimpang daripada situasi yang telah ditetapkan.



f) Perbincangan selepas lakonan Setelah selesai main peranan, guru dan murid-murid hendaklah berbincang tentang plot cerita yang telah mereka saksikan dan dilakonkan. Hasil perbincangan ini dapat membantu murid lebih memahami situasi yang disampaikan.



g) Aktiviti susulan Guru perlu merancang aktiviti yang lain seperti bersoal jawab atau memberi latihan pengukuhan dan pengayaan untuk melihat pemahaman mereka terhadap apa yang ditonton oleh mereka. 3.2 Contoh Aktiviti Main Peranan



Berdasarkan RPH yang telah disediakan, satu aktiviti main peranan telah dirancang. Murid bebas bercerita apa sahaja berdasarkan watak mereka di hadapan kelas. Dalam lakonan tersebut mereka boleh menggunakan pergerakan kreatif disamping menggunakan bahasa yang mudah untuk berdialog. Melalui aktiviti ini murid-murid sekurang-kurangnya dapat mengukuhkan kemahiran 8



pertuturan dan melatih diri untuk berfikir secara spontan. Kaedah ini meningkatkan kefahaman dan mempelbagaikan aktiviti pembelajaran.



Contoh Rancangan Pengajaran Harian : Main Peranan Hari



: Isnin



Tarikh



: 19 Mac 2012



Masa



: 30 minit



Tajuk



: Buah-buahan



Sub tajuk



: Buah-buahan tempatan



Aktiviti



: Main peranan



Tunjang Utama



: Tunjang Komunikasi – Bahasa Malaysia



Standard Kandungan



: BM 2.0



Kemahiran bertutur



Standard Pembelajaran Utama



: BM 2.5



Melakonkan watak-watak mengikut



: BM 2.5.1



Main peranan mengikut situasi



situasi Standard Pembelajaran lain yang disepadukan



dengan menggunakan bahasa yang sesuai untuk menghidupkan watak dengan bimbingan. Objektif pembelajaran : Pada akhir pembelajaran 1) Murid dapat mengenal buah-buahan tempatan. 2) Murid dapat mengenal jenis buah mengikut warna, bentuk dan rasa. 3) Murid dapat bertutur menggunakan ayat yang mudah. 4) Murid dapat memperkembangkan daya imaginasi mereka. Peralatan dan bahan



: i)



Video lagu



iii) Plastisin v) Penerapan Nilai



ii) Kad gambar iv) Buah-buahan sebenar



Plastik



: i)



Mendengar Arahan



ii) Bekerjasama



iii)



Sabar



iv) Menghormati Guru



9



Langkah /



Strategi / Aktiviti Pengajaran



Masa



dan Pembelajaran



Set Induksi ( 5 minit )



Catatan



- Guru menayangkan video lagu buah- ABM : video lagu buahan kepada murid.



Nilai : mendengar



- Guru menyanyikan lagu buah-buahan arahan dan dan minta murid nyanyi bersama. Langkah 1 (8 minit)



bekerjasama.



- Guru menunjukkan kad gambar buah- ABM : kad buahan kepada murid.



gambar,buah-buahan



- Guru menceritakan tentang buah- sebenar dan plastik. buahan tempatan yang ditunjukkan.



Nilai : mendengar



Contoh :



arahan, menghormati



1) Mangga



guru.



2) Jambu air



Objektif :



3) Manggis



1) Murid dapat



4) Ciku



mengenal buah-



- Guru bersoal jawab dengan murid dengan menggunakan bahasa yang mudah



dan



menggalakkan



murid



bercerita.



buahan tempatan. 2) Murid dapat mengenal jenis buah mengikut



- Guru juga menunjukkan buah-buahan sebenar dan plastik untuk kanak-



warna, bentuk dan rasa.



kanak menilai dan merasa sendiri pengalaman itu. - Murid bercerita tentang buah-buahan dengan guru dan rakan-rakan yang lain. Langkah 2 (10 minit)



- Guru memanggil 4 orang murid dan ABM : kad gambar minta



mereka



melakonkan



buah-buahan tersebut.



watak Nilai : bekerjasama, mendengar arahan,



- Guru menggantungkan watak buah di sabar. leher murid.



Objektif :



10



- Guru



minta



mereka



bercerita



1) Murid dapat



menggunakan ayat yang mudah.



bertutur



Contohnya :



menggunakan ayat



Saya rambutan,



yang mudah.



Kulit saya berbulu, Kulit saya berwarna merah, Isi saya sangat manis. Langkah 3 (5 minit)



- Guru memberikan plastisin kepada ABM : plastisin murid



dan



minta



mereka



membentuk



buah



yang



gemari.



untuk Nilai : mendengar mereka arahan. Objektif :



- Kanak-kanak



gembira



aktiviti ini.



melakukan 1) Murid dapat memperkembangka n daya imaginasi mereka.



Penutup (2 minit)



- Guru menerangkan kepada murid ABM : tentang



khasiat



buah-buahan Nilai : menghormati



tersebut.



guru.



Refleksi : ............................................................................................................... .................................................................................................................



11



Gambarajah : Watak-watak dalam aktiviti main peranan yang dijalankan di dalam kelas.



3.2.1 Perkaitan dengan tunjang-tunjang



a)



Tunjang Utama : Tunjang Bahasa & Komunikasi – Bahasa Malaysia -



Berdasarkan



Tunjang



Komunikasi,



pengajaran



simulasi



dapat



diaplikasikan melalui kaedah main peranan iaitu murid melakonkan watak yang dipilih berdasarkan cerita atau situasi yang ditetapkan. -



Selain itu, murid juga perlu memahami peranan, menghayatinya serta melakonkan aksi dan percakapan watak tersebut.



-



Dalam kaedah ini secara tidak langsung ia merupakan kesinambungan melalui teknik becerita.



-



Berdasarkan RPH yang telah di sediakan, aktiviti simulasi (main peranan) yang dilakukan adalah melakonkan watak menjadi buahbuahan.



-



Kad gambar di gantung dileher dan mereka akan melakonkan watak buah tersebut di hadapan kelas.



-



Mereka bebas bercerita apa sahaja berdasarkan watak mereka dihadapan kelas.



-



Dalam lakonan tersebut mereka boleh menggunakan bahasa yang mudah untuk berdialog. 12



-



Melalui



aktiviti



ini



kanak-kanak



sekurang-kurangnya



dapat



mengukuhkan kemahiran pertuturan dan melatih diri untuk berfikir secara spontan. -



Kaedah ini dapat meningkatkan kefahaman dan mempelbagaikan aktiviti pembelajaran.



b)



Objektif yang ingin dicapai i



Murid dapat mengenal buah-buahan tempatan.



ii



Murid dapat mengenal jenis buah mengikut warna, bentuk dan rasa.



iii



Murid dapat bertutur menggunakan ayat yang mudah.



iv



Murid dapat memperkembangkan daya imaginasi mereka.



c)



Tunjang- tunjang lain yang terlibat i) Tunjang Sains Dan Teknologi - Awal Sains -



Berdasarkan aktiviti main peranan yang dilakukan oleh murid iaitu melakonkan watak buah,



-



Aktiviti ini dapat diakaitkan dengan tunjang sains dalam pembelajaran mereka. Kanak-kanak dapat mengenal jenis warna mengikut watak buah yang dilakonkan.



-



Contohnya, jika kanak-kanak melakonkan watak buah pisang, rambutan, ciku dan manggis, mereka dapat mengenal empat jenis warna iaitu kuning, merah, coklat dan ungu.



-



Selain itu, kanak-kanak juga dapat mengetahui bentuk buah tersebut seperti ciku, manggis dan rambutan berbentuk bulat manakala pisang berbentuk panjang.



ii) Tunjang Keterampilan Diri- Perkembangan Sosioemosi -



Melalui aktiviti yang dilakukan, kanak-kanak dapat mengenali jenis buah mengikut rasa iaitu masam dan manis.



-



Kanak-kanak akan menunjukkan memek muka berdasarkan watak buah yang mereka lakonkan.



-



Contohnya jika kanak-kanak melakonkan watak buah manggis, memek muka yang ditunjukkan adalah masam.



-



Kanak-kanak akan merasa gembira jika mereka dapat melakonkan watak tersebut dengan baik. 13



iii) Tunjang Perkembangan Fizikal Dan Estetika – Kreativiti -



Kaedah main peranan juga boleh dikaitkan dengan kreativiti kanakkanak dalam muzik dan menghasilkan pergerakan.



-



Kanak-kanak akan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain mengikut dialog dan lagu yang disampaikan,



-



Contohnya kanak-kanak akan bergerak dari depan ke belakang atau dari kiri ke kanan.



-



Selain itu juga, aktiviti dalam langkah 3 iaitu semasa kanak-kanak membentuk buah-buahan dengan menggunakan plastisin.



-



Aktiviti ini dapat meningkatkan perkembangan fizikal iaitu motor halus – mata dan tangan.



iv) Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai -



Aktiviti yang dilakukan dapat melatih kanak-kanak agar bekerjasama antara ahli kumpulan sewaktu melakukan sesuatu tugasan serta sabar ketika menunggu giliran untuk bercakap.



-



Selain itu juga, dapat mengajar kanak-kanak menjaga kebersihan dan bersyukur.



3.2.2 Penyediaan bahan bantu mengajar



-



Penyediaan bahan bantu mengajar amat penting terutama bagi guru prasekolah. Bahan bantu mengajar yang baik dan sesuai akan menarik minat kanak-kanak untuk mempelajari apa yang diajar oleh guru.



-



Guru haruslah bijak dalam memilih serta menyesuaikan bahan bahan bantu mengajar dengan aktiviti yang akan dilakukan. Sebagai contoh, dalam kaedah simulasi bermain iaitu aktiviti main peranan memerlukan bahan bantu mengajar yang sesuai agar kanak-kanak tertarik dengan aktiviti yang akan dilakukan.



-



Aktiviti main peranan yang dilakukan adalah melakonkan watak buah dihadapan kelas.



14



-



Dalam aktiviti tersebut bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru adalah video lagu, kad gambar, buah-buahan sebenar, plastik dan plastisin.



-



Kanak-kanak akan lebih berminat dengan buah-buahan sebenar. Bahan-bahan ini dapat membantu guru untuk melakukan aktiviti tersebut dengan sempurna.



-



Penggunaan plastisin juga membantu meningkatkan perasaan minat kanak-kanak untuk belajar kerana belajar sambil bermain dapat diterapkan dalam aktiviti ini.



3.2.3 Penggunaan bahan bantu mengajar



-



Dalam setiap aktiviti yang akan dilakukan, guru haruslah bijak dalam menentukan bahan bantu mengajar dengan penggunaan bahan tersebut.



-



Sekiranya guru menyediakan bahan yang tidak sesuai dengan aktiviti yang dilakukan, ini akan mengganggu proses pemahaman kanakkanak terhadap apa yang mereka pelajari.



-



Sebagai contoh, aktiviti yang dilakukan adalah melakonkan watak buah dihadapan kelas.



-



Bahan yang digunakan ialah video lagu, kad gambar, buah-buahan sebenar, plastik dan plastisin.



-



Fungsi bahan-bahan tersebut adalah untuk memberi kefahaman kepada kanak-kanak tentang bentuk, warna, saiz dan rasa.



-



Selain itu juga kanak-kanak dapat mengenali buah-buahan tempatan serta membantu kanak-kanak untuk bertutur dengan menggunakan bahasa yang mudah.



-



Hal ini dapat membantu proses komunikasi kanak-kanak tersebut. Seperti kaset, radio dan carta lagu, bahan ini digunakan bagi membantu kanak-kanak untuk menyebut perkatan yang mudah diikuti dengan iringan muzik.



-



Kad perkataan pula dapat membantu pelajar untuk mengeja perkataan yang mudah seperti buah ciku. 15



-



Buah-buahan yang sebenar digunakan adalah untuk memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenal jenis buah tersebut.



-



Selain itu kanak-kanak juga dapat membezakan buah tersebut dari segi warna, bentuk dan juga rasa.



3.2.4 Kaitan dengan aktiviti pelajar



1)



Aktiviti menonton video lagu dan menyanyi. -



murid menonton video lagu dan menjawab pertanyaan guru tentang video lagu yang ditayangkan itu.



2)



Aktiviti menjawab pertanyaan guru -



murid menjawab pertanyaan guru mengenai buah-buahan tempatan tersebut. Aktiviti main peranan “ melakonkan watak buah-buahan”



3) -



4 orang kanak-kanak dipanggil untuk melakonkan watak buahbuahan dan mereka bebas untuk bercerita apa sahaja mengenai buah-buahan.



4)



Aktiviti membuat bentuk buah-buahan menggunakan plastisin -



Kanak-kanak akan diberi plastisin untuk mereka membuat bentuk buah-buahan yang mereka gemari.



Sebaik sahaja main peranan selesai dijalankan, guru perlu memberi masa menenangkan murid-murid. Kemudian, guru perlu membantu murid membuat rumusan berdasarkan lakonan dan pemerhatian yang dijalankan. Antara teknik yang sesuai ialah teknik penyoalan. Taklimat semula juga boleh dijalankan oleh guru dan dianggap penting untuk mengukuhkan proses pembelajaran murid. Pada masa ini kesan aksi dalam main peranan boleh dianalisis dan dibuat kesimpulan. Membawa murid keluar daripada peranan yang telah dimainkan dan menerangkan apa yang berlaku dalam keadaan yang sebenar. Selain itu memberi peluang kepada murid untuk mengaitkan hasil aktiviti main peranan dengan matlamat asal aktiviti itu dijalankan.



16



Akhirnya murid membuat kesimpulan tentang perlakuan dalam aktiviti yang dijalankan.



Sebagai kesimpulan, taklimat semula yang dijalankan dengan baik akan menghasilkan implikasi yang baik tentang apa yang dialami oleh murid. Mereka juga dapat membuat perancangan untuk meneruskan pembelajaran tentang perkara yang telah dipelajari.



17



4.0 Rumusan dan Cadangan Penambahbaikan



Main peranan seperti yang telah dibincangkan di atas memberi kepentingan yang besar dalam perkembangan kanak-kanak bukan sahaja dari aspek 4M tetapi juga dari aspek sahsiah dan tingkahlaku kanak-kanak. Berdasarkan penjelasan yang telah diperincikan di atas, main peranan amat sesuai digunakan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa murid seperti kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar murid. Teknik ini juga boleh digunakan untuk membantu murid meningkatkan lagi kemahiran membaca dan menulis disamping menjadikan suasana pembelajaran menjadi lebih menarik dan menyeronokkan.



Setelah melaksanakan aktiviti main peranan di dalam kelas, di sini saya sertakan beberapa cadangan untuk menambahbaikkan kualiti aktiviti tersebut. Antaranya, watak-watak yang diberi perlu seiring dengan pengetahuan sedia ada dan pengalaman yang pernah dilalui oleh murid. Dengan demikian, murid dapat bercerita dengan lebih lancar tentang perkara berkaitan watak yang dilakonkan oleh mereka. Suasana pembelajaran menjadi bermakna kerana muri-murid yang lain dapat memahami cerita yang disampaikan oleh rakan-rakan mereka.



Selain itu, bahan sokongan seperti gambar, pakaian atau apa-apa sahaja yang bersesuaian perlu untuk memantapkan lagi setiap watak yang dipegang oleh murid-murid yang mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. Bahan tersebut tidak semestinya mahal, asalkan dapat menarik perhatian murid. Ini akan menimbulkan rasa ingin mencuba untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, sekaligus mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan muridmurid.



Terdapat banyak pendekatan teknik yang boleh digunakan oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.. Guru bebas memilih teknik yang hendak digunakan kerana tiada satu pendekatan,kaedah dan teknik yang spesifik semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pemilihan ini mestilah secara kreatif agar murid-murid memperoleh pengetahuan, pemahaman dan yang berguna. 18



pengalaman



Senarai Rujukan 1. Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009), Murid dan Alam Belajar, Shah Alam, Oxford Fajar Sdn. Bhd.



2. Dewan Bahasa dan Pustaka (1992), Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah Jilid 4, Teknik Pengajaran dan Pembelajaran, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.



3. Abd. Ghafar Md. Din, Prinsip dan Amalan Pengajaran, Shah Alam, Utusan Publications & Disrtibutors Sdn. Bhd.



4. Pusat Perkembangan Kurikulum (2010),Standard Kurikulum Bahasa Malaysia, Buku Panduan Guru, Kuala Lumpur, Kementerian Pelajaran Malaysia.



5. Teknik pengajaran dan pembelajaran www.bobezani.tripot.com/teknik.htm pada 29/2/2012



19