Peranan Guru Dalam Memotivasikan Pelajar [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PERANAN GURU DALAM MEMOTIVASIKAN PELAJAR 1. Penerangan Yang Jelas = Kajian menunjukkan kebanyakan pelajar tidak cemerlang dalam kerja rumah dan tugasan kerana mereka tidak tahu apa yang patut mereka lakukan. Guru sepatutnya memberikan sedikit masa untuk menjelaskan perkara berikut : a. Kenapa tugasan yang diberikan itu penting? b. Apa kaitan sesuatu subjek dengan kehidupan? c. Memastikan pengetahuan asas mereka mantap. d. Beritahu bagaimana hasil kerja mereka akan dinilai. 2. Ganjaran Pelajar yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh dimotivasikan secara luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Lihat apa kebaikan dan kelebihan pelajar dan suburkannya, mereka pasti mengulangi kebaikan ini di lain masa. Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, puji-pujian, pelepasan dari tugas harian dan sebagainya. 3. Tetapkan Matlamat Setiap pelajar mestilah disuruh menetapkan matlamat untuk setiap mata pelajaran yang diambil. Ikuti perkembangan pelajar dan pastikan setiap pelajar mampu merealisasikan matlamat masing-masing. 4. Ambil Berat Pelajar akan memberikan tindakbalas yang positif terhadap guru yang ambil berat tentang diri dan masalah mereka. Memahami adalah lebih baik dari menghukum. Ada ketikanya guru perlu bercerita kisah lampau, memberitahu kesilapan-kesilapan yang pernah mereka lakukan, dan lain-lain sebagai suatu teladan untuk pelajar. Ini penting untuk mewujudkan jambatan emosi, saling mempercayai dan saling bertanggungjawab. Sekiranya mereka melakukan kesilapan, pastikan mereka faham semua orang boleh lakukan kesilapan tetapi jelaskan kepada pelajar iaitu manusia yang berjaya ialah yang belajar dari kesilapan. Sentiasa tanya apa matlamat mereka? Apa perancangan mereka? Sejauh mana progress mereka? Apa minat mereka? Apa kerjaya pilihan mereka? Dan sebagainya. “Pelajar tidak prihatin sejauh mana anda tahu sehinggalah mereka tahu sejauh mana anda prihatin terhadap mereka”. Ada ketikanya guru perlu bertemu pelajar pelajar secara personal untuk membuktikan yang mereka benar-benar ambil berat tentang mereka. Malah usahakanlah dari semasa ke semasa mengatur sesi perbincangan personal ini dengan semua pelajar. 5. Penglibatan Pelajar Salah satu kunci motivasi diri ialah penglibatan aktif pelajar dalam pembelajaran. Berdiri di depan kelas dan memberi syarahan untuk memotivasikan mereka lambat laun tidak akan meninggalkan sebarang kesan. Rangsang pelajar untuk terlibat dalam aktiviti seperti perbincangan kumpulan, penyelesaian masalah, aktiviti luar, interaksi antara pelajar dan



saling membantu. Pelajar akan lebih bermotivasi apabila mereka berasa diri mereka penting dan diperlukan. Oleh itu libatkan setiap pelajar dalam pelbagai kerja guru seperti mencari biografi orang tertentu, menyusun atur bilik darjah, mengangkat buku dan sebagainya. 6. Penuhi Keperluan Pelajar Guru mestilah sedar bahawa setiap pelajar memerlukan daya hidup, kasih sayang, kuasa memilih, keseronokan dan kebebasan. Misalnya memberikan peluang pelajar memilih satu dari dua tiga tajuk untuk disiapkan, atau satu daripada beberapa aktiviti untuk mereka terlibat, memberikan mereka kuasa memilih. Adakan juga aktiviti pembelajaran yang mereka rasa seronok kerana bebas menyumbang sebarang idea. 7. Lebihkan Pembelajaran Visual Berikan penerangan dalam bentuk visual agar pelajar mampu memahami dan mengingati dengan lebih berkesan. Gunakan bahasa visual, gambar, lakarann, graf, carta, imej 3D dan sebagainya. Berikan gambaran jelas dengan peta konsep agar pelajar tahu apa kandungan penting sesuatu bab dan dapat melihat kaitan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain dalam bab tersebut. Ini membolehkan pelajar membentuk rangka asas terhadap satu-satu topic baru dan seterusnya menimbulkan minat dan meningkatkan pemahaman mereka. 8. Gunakan pelbagai emosi untuk merangsang pembelajaran dan motivasi Kekuatan memori ada kaitannya dengan tahap emosi yang membentuk pengalaman seseorang. Pelajar akan lebih mudah mengingat dan memahami sesuatu yang disertai dengan pendekatan emosi. Pelajar akan lebih bersedia untuk belajar apabila ada unsureunsur kepelbagaian emosi kerana mereka tidak akan bosan. Jangan malu untuk mempelbagaikan watak, gaya dan pendekatan anda demi menarik minat pelajar terhadap apa yang mahu anda sampaikan. Sebagai guru, hakikat siapa anda tidak penting. Yang penting ialah siapa mereka 10-15 tahun yang akan datang. 9. Ajarkan Mereka Strategi dan Teknik Ajarkan mereka teknik pembelajaran berkesan, pengurusan masa, kaedah membaca, kaedah mengambil nota dan sebagainya. Tanam dalam fikiran pelajar bahawa “Belajar Itu Mudah”. Pecahkan sebarang halangan mental terhadap mata pelajaran akibat terpengaruh oleh pendapat orang lain. Misalnya ramai pelajar percaya bahawa “Matematik itu susah”. 10. Terima Pelajar Seadanya Ramai guru yang berkata bahawa mereka lebih suka sekiranya pelajar mereka semuanya rajin, pandai, gigih, tekun dan berdisiplin. Mereka tidak sanggup terima kenyataan bahawa tidak semua pelajar begitu. Mereka memandang pelajar yang bermasalah ini dengan sebelah mata. Pelajar ini tidak dipedulikan sebab mereka rasa pelajar ini sukar



dibentuk. Di snilah berbezanya antara guru biasa dengan guru cemerlang. Guru cemerlang akan terima pelajar seadanya dan menjangkakan kejayaan untuk setiap pelajar ini. Hanya dengan memberikan yang terbaik sahaja maka seorang guru akan berasa puas dengan kariernya. Ramai pelajar gagal kerana guru telah meramalkan kegagalan mereka. Guru mesti sentiasa faham, mengajar bukan sekadar memberikan maklumat dan penerangan semata-mata. Mereka juga perlu mempengaruhi pelajar dari segi budaya, pemikiran dan tingkahlaku. Guru juga perlu berhati-hati dengan ucapan dan pandangan yang dilontarkan kepada pelajar kerana kesannya sangat besar dalam hidup pelajar. Anda hanya ada dua cara untuk membuatkan anda sentiasa diingati oleh pelajar – sebagai seorang guru yang disayangi ; atau sebagai seorang guru yang dibenci. Mana-mana guru yang berada di antara dua kategori ini akan dilupakan. Apa pilihan anda? 11. Berikan Kata Perangsang Cipta beberapa kata jaya yang menjadi perangsang kepada pelajar anda. Ulangi kata-kata ini. Lekatkan kata-kata ini dalam kelas supaya ia lazim dalam pemikiran pelajar. Contohnya : “Doing the best at this moment puts you in the best place for the next moment” “Nobody plan to fail but many fail to plan. So, lets plan our work and work our plan” “Problems and difficulties give us the chance to become stronger… and better… and tougher.” 12. Amalkan Prinsip 3F Iaitu ‘Firm’, ‘Fair’ dan ‘Friendly’ Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin



BURRHUS FREDERIC SKINNER



(1904-1990) Cara-cara Bagaimana Guru-guru Dapat Meningkatkan Motivasi Murid-murid. Guru-guru mencipta suasana pendidikan yang memberikan motivasi terhadap murid-murid secara konsisten untuk mencapai kejayaan akademik. Antara situasi pendidikan yang perlu diberi penekanan oleh para guru ialah; (i)



Aktiviti Pembelajaran Antara aktiviti



pembelajaran



yang



boleh memotivasikan murid-murid ialah



memastikan penglibatan aktif dalam semua aktiviti pembelajaran sama ada di dalam mahupun di luar bilik darjah. Penglibatan ini akan melahirkan perasaan ingin tahu yang merupakan naluri semulajadi kanak-kanak. Selain itu, guru-guru mesti meningkatkan motivasi intrinstik murid-murid menerusi aktiviti-aktiviti



penerokaan



dan



penemuan



penyelidikan.



Mereka



juga



boleh



menggunakan strategi pembelajaran seperti kuiz, pertandingan dan ujian ringkas. (ii)



Matlamat Pembelajaran Guru-guru perlu memberikan tugasan yang bersesuaian dengan kemampuan tahap murid-murid agar matlamat pembelajaran para guru boleh tercapai. Murid-murid akan berusaha mencapai matlamat pembelajaran yang telah ditetapkan oleh guru. Sekiranya mereka berjaya menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru, mereka akan mempunyai motivasi yang tinggi untuk menyelesaikan tugasan guru yang seterusnya. Selain



daripada



mempelbagaikan



strategi



pembelajaran



berasaskan



kuiz,



permainan, lakonan dan sebagainya, para guru juga boleh menggunakan internet dan komputer di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Strategi pembelajaran ini akan dapat menarik perhatian untuk melengkapkan tugasan mereka secara talian. Persekitaran Pengajaran Dan Pembelajaran



Persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif untuk murid-murid dapat meningkatkan motivasi murid-murid. Guru yakin dengan menggunakan motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik dapat meningkatkan pencapaian murid-murid. Teknikteknik motivasi yang sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran, dapat meningkatkan penglibatan dan penyertaan anak murid di dalam bilik darjah. Lantas, dapat menyerlahkan potensi yang tersembunyi pada diri mereka dan dapat meningkatkan pencapaian akademik. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dengan guru-guru yang sering mengambil berat serta guru-guru yang menghiburkan dapat menarik minat murid-murid untuk mengikut proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu membina kepercayaan dan ikatan dengan murid-murid. Untuk mencapainya para guru mesti mempunyai



komunikasi



yang



positif.



Misalnya,



memberikan



senyuman



dan



mengangguk kepala apabila berinteraksi dengan guru. Pembelajaran Koperatif dan Kolaboratif Pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya anak murid dipecahkan dalam kumpulan-kumpulan yang kecil. Mereka dengan mudah mengingati dan memahami bahan pembelajaran yang diberikan oleh guru. Pembelajaran seperti ini dikenali sebagai pembelajaran koperatif. Hasil pembelajaran akan memberikan manfaat kepada mereka sama ada secara individu ataupun kumpulan. Manakala pembelajaran kolaboratif pula murid-murid akan bekerjasama dalam kumpulan-kumpulan kecil ini untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan serta saling bantu-membantu antara satu sama lain. Kedua-dua teknik pembelajaran ini dapat meningkatkan motivasi terhadap anak murid untuk mencapai kecemerlangan akademik. Kerjasama dalam kalangan kumpulan akan mencetus satu dorongan dan motivasi terutamanya kepada murid-murid yang mempunyai pencapaian yang rendah untuk terus meningkatkan prestasi mereka.



Peneguhan Positif dan Negatif Peneguhan positif dan negatif dapat memotivasikan murid-murid serta dapat membantu para guru mendisiplin mereka supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Guru-guru perlu bijak menggunakan kedua-dua peneguhan ini seperti mana yang disarankan oleh Teori Peneguhan Skinner. Peneguhan ini digunakan bertujuan sama ada untuk meningkatkan prestasi akademik mereka ataupun untuk mengawal tingkah laku mereka. Peneguhan positif bertujuan untuk memberikan galakan kepada murid-murid untuk mencapai matlamat dan hasil pembelajaran yang ditetapkan oleh para guru. Manakala peneguhan negatif pula untuk mengelakkan gangguan tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Namun, guru-guru perlu bersikap adil dalam memberikan peneguhan kepada murid. Justeru, perancangan perlu dibuat bagi memastikan peneguhan positif dan negatif khusus bagi setiap tingkah laku berpatutan dengan setiap tingkah laku mereka kerana akan memberikan implikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. IMPLIKASI MOTIVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Motivasi



mempunyai



beberapa



kesan



dalam



proses



pengajaran



dan



pembelajaran, terutamanya sebelum, sewaktu dan selepas proses berkenaan. Guruguru perlu mengenalpasti secara sistematik bagaimana pengajaran dan aktiviti-aktiviti yang boleh memotivasikan murid-murid. Sebelum Proses Pengajaran dan Pembelajaran.



Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru perlu membuat rancangan mengajar dan alat-alat bantuan pengajaran berkaitan yang akan digunakan. Selain itu, guru-guru juga merancang bagaimana untuk menimbulkan rasa minat muridmurid sepanjang pelajaran selepas tamat pengajaran. Selain penerapan motivasi ekstrinsik seperti pelekat bintang dalam carta kemajuan kelas perlu juga menerapkan motivasi intrinsik. Guru-guru juga boleh menimbulkan minat dalam kalangan murid mengenai topik yang diajar seperti mengarahkan perhatian mereka membaca bahan yang relevan, memasang poster dan gambar rajah berkaitan di dinding bilik darjah atau membawa barang-barang



untuk



dipamerkan.



Untuk



menggalakkan



dan



memotivasikan



menggunakan kemahiran teknologi maklumat (ICT), maka guru-guru perlu menyusun penggunaan makmal agar memastikan kesemua murid dapat menggunakan komputer. Penglibatan murid dalam aktiviti-aktiviti kecil seperti mengumpulkan bahanbahan keratan-keratan akhbar atau membawa barang dari rumah, secara tidak langsung dapat memupuk rasa tanggungjawab serta minat dalam kalangan mereka. Sebelum memulakan sesi pelajaran, guru-guru boleh menimbulkan rasa minat dalam kalangan murid-murid mengenai topik yang ingin dipelajari. Contohnya, guru boleh menggunakan set induksi yang menarik seperti membawa arnab ke dalam bilik darjah semasa mengajar mata pelajaran Sains. Bagi mendorong minat terhadap pelajaran, guru-guru boleh mengemukakan soalan-soalan



yang



mencabar



serta



mengkehendaki



mereka



meneroka



dan



mengetahui sendiri mengenai sesuatu topik tersebut. Apabila timbulnya minat, mereka akan mempunyai motivasi intrinsik untuk mengikuti langkah pengajaran yang berikutnya. Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran.



Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru boleh menggunakan pelbagai pendekatan bagi memperkenalkan sesuatu topik dengan melibatkan penglibatan murid-murid samada dalam perbincangan atau aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan topik. Penghargaan dari guru amat penting kerana akan dapat memotivasikan mereka mengikuti pelajaran di bilik darjah. Contohnya, guru sering melakukan aktiviti yang berkaitan dengan kata-kata lisan seperti kerja yang cemerlang, kerja awak ini kemas ataupun isyarat tubuh badan seperti anggukan atau senyuman. Bagi murid-murid yang mempunyai motivasi intrinsik yang rendah, guru-guru boleh memberikan ganjaran kecil seperti gula-gula, bintang pada carta yang membawa rasa pencapaian dan penghargaan yang bagus. Walaupun ganjaran yang diberikan oleh guru berperanan sebagai motivasi ekstrinsik tetapi juga boleh menghasilkan motivasi intrinsik pada sesetengah murid. Guru-guru mesti mengelak daripada mengkritik murid-murid semasa pelajaran berlangsung. Mereka perlu mendapatkan kepercayaan dan penghormatan serta mudah didekati oleh para murid. Selain itu, suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan guru yang mempunyai komunikasi yang berkesan dapat memotivasikan murid-muridnya mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Selepas Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Selepas tamat sesi pelajaran, murid-murid diberikan waktu untuk membuat refleksi dan dicatatkan di dalam buku catatan mereka. Proses ini dapat membantu murid-murid menilai kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada diri mereka supaya guru dapat memberikan pertolongan yang khusus. Penilaian guru boleh dibuat melalui kerja rumah atau secara lisan di penghujung pengajaran, guru-guru boleh memberikan kata-kata perangsang terhadap pencapaian matlamat pembelajaran mereka. Maklum balas ini akan membina dan memotivasikan murid-murid. Guru-guru boleh menyediakan aktiviti-aktiviti lanjutan selepas proses pengajaran dan pembelajaran seperti kuiz-kuiz dalam talian yang membolehkan murid-murid



menjawab kuiz pada waktu lapang. Sebagai guru yang prihatin, perhatian yang sepenuhnya perlu diberikan kepada pelajar yang kurang cerdas dengan menyediakan latihan tambahan untuk mencapai hasil pembelajaran. Sikap prihatin juga perlu diberikan kepada murid-murid yang tidak mempunyai keperluan asas yang mencukupi seperti mereka yang pergi ke sekolah tanpa buku dan alatan tulis atau tidak mempunyai makanan yang sihat di rumah. Justeru, guru-guru perlu mengambil langkah yang sewajarnya untuk membantu murid-murid terbabit. Contohnya, memasukkan mereka dalam skim makanan tambahan, bekalkan buku dan alat tulis serta menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid agar tidak menghina murid yang miskin. Implikasi



penggunaan



teknik-teknik



motivasi



dalam



pengajaran



dan



pembelajaran dapat meningkatkan penglibatan dan pencapaian akademik murid-murid. Justeru,



guru



mesti



mempercayai



bahawa



pencapaian



dipertingkatkan melalui motivasi intrinsik dan ekstrinsik.



semua



murid



bolah