Peranan Guru KSSR [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Menurut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (2011), matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran matematik adalah untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan Guru harus mengamalkan kemahiran professional.



Guru



merupakan



tenaga



ikhtisas



di



dalam



bidang



perguruan



yang



dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah. Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran professional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan FalsafahPendidikan Kebangsaan. Peranan ini penting bagi membawa pendidikan negara Malaysia kearah pendidikan yang bertaraf dunia (Dr.Ragbir Kaur, 2007). Antara kemahiran yang perlu ditekankan ialah kemahiran berfikir dan kemahiran konstruktif. Para pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan murid-murid yang dapat belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa. Perkembangan dan kemajuan dalam pendidikan tanah air mendesak guru menguasai pelbagai kemahiran generik seperti kemahiran berfkir, kemahiran mengguna dan mengintegrasikan Teknologi maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran danpembelajaran, kemahiran belajar dan kebolehan menguasai bahasa kedua dengan baik.Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran sentiasa menganjurkan pelbagai kursus jangka pendek dan jangka panjang untuk guru. Oleh itu, guru dapat mengaplikasikan kemahiran ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru sebagai pendorong pemikiran kritis dan kreatif. Guru boleh dianggap sebagai seorang pengusaha. Dengan itu, untuk memenuhi ciri pengusaha yang dinamik, guru perlu mempunyai kemahiran dan sentiasa berupaya berfikir secara inovatif dan kreatif. Oleh itu, peranan guru seterusnya ialah sebagai pendorong pemikiran kritis dan kreatif anak muridnya. Tanggungjawab guru mendorong pemikiran kritisdan kreatif adalah usaha ke arah pembinaan modal insan yang mampu membangunkan negaramenerusi pemikiran mereka.Melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 usaha membangunkan modal insan, tumpuan diberikan dalam melahirkan murid yang kompeten dalam sains dan berdaya kreatif serta berkebolehan pasaran. Hal ini bererti setiap guru bertanggungjawab dalam mendorong pemikiran murid yang kritis dan kreatif menerusi pengajaran guru. Apabila seorang guru itu sendiri mempunyai pemikiran kritis dan kreatif, secara tidak langsung dapat memperkasakan lagi gaya pemikiran anak muridnya supaya dapat menjana idea-idea baru yang bernas dan



kreatif agar dapat melahirkan murid yang kompeten dalam pelbagai bidang dan berdaya kreatif serta berkebolehan.Guru bertanggunjawab meransang pemikiran murid agar mampu berfikir pada tahap yang tinggi dengan memilih strategi pengajaran yang berkesan. Antara tindakan guru yang boleh merangsang pemikiran kritis dan kreatif murid adalah pemilihan teknik pembelajaran yang memberi ruang kepada murid untuk meneliti, mengamati dan berfikir serta pembelajaran di luar bilik darjah meluaskan pengalaman dan pengamatan murid terhadap persekitaran. Bukan itu sahaja, keadah pembelajaran yang boleh dikendalikan oleh guru adalah penyediaan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mengajak murid-murid berfikir dan menyelesaikan masalah di samping membaca pelbagai bahan ialah ransangan kemahiran berfikir kepada guru dan murid. Guru berperanan menggilap potensi murid-murid. Setiap manusia diberi kelebihan dan keistimewaan berbeza-beza. Bagi seorang guru, bukan kelemahan seseorang murid itu dicari, tetapi keistimewaan itu dicari dan digilap agar menjadi manusia yang berguna bukan sahaja untuk diri sendiri, malahan untuk mesyarakat dan negara. Oleh itu, seorang guru itu harus bijak mencungkil bakat serta kebolehan murid-muridnya agar tidak disia-siakan begitu sahaja bakat yang mereka peroleh. Guru ialah pihak yang bertanggungjawab memupuk potensi murid dengan didikan dan bimbingan. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memastikan kurikulum di sekolah mampu memanfaatkan potensi sedia ada yang ada di dalam diri murid dengan menekankan pendidikan yang berasaskan nilai murni. Contohnya melalui pelajaran Pendidikan Moral, Pendidikan Islam serta nilai merentas kurikulum. Setiap guru yang bertanggungjawab



mengendalikan



mata



pelajaran



tersebut



merupakan



pihak



yang



bolehmengenal pasti bakat murid dan menggilap potensi mereka supaya potensi tersebut dapat menjadi modal insan yang mampu menyumbang kejayaan kepada diri dan negaranya.2.4 Guru bertindak sebagai pembentukan nilai/role modelNilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu perkara. Menurut Ragbir Kaur(2007), guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyainilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal daninstrumental.Oleh yang demikian, guru haruslah mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional dansosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengansempurna. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akanditerapkan dalam jiwa murid. Menurut Ee Ah Meng (2003) guru yang beriltizam akan menjadirole model kepada murid-murid. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat memupukbeberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah.2.5 Guru berperanan sebagai pembimbingGuru bukan



sahaja memainkan peranan untuk menyampaikan maklumat dan kemahiranmata pelajaran kepada murid. Malah untuk melaksanakan tugasnya dengan berkesan, guruperlu memastikan bahawa muridnya membina kemahiran untuk menangani masalah yangmungkin dihadapi dalam hidupnya. Peranan seorang guru sebagai pembimbing dan kaunselorsangat besar dan sangat penting dalam memastikan kelahiran manusia-manusia yang berilmu,yang boleh berfikir untuk membawa perubahan keidupan manusia ke arah yang lebih selesadan sempurna.Guru juga bertindak sebagai pembimbing anak murid secara seimbang dari segi intelek,rohani, jasmani dan emosi. Pada awal persekolahan, murid tidak faham apa yang perludipelajari oleh mereka dan mereka hanya akan tahu setelah mereka diajar, selepas itu merekaakan belajar apa yang diajarkan kepada mereka. Guru sebagai seorang pembimbing perlu menguasai kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling untuk membimbing murid-murid dalamproses pembinaan modal insan. Guru juga adalah pekerja yang mematuhi segala etikaprofesion ke arah membimbing anak muridnya menepati acuan sebagaimana yang termaktubdalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).3.0 KesimpulanSecara kesimpulannya, guru merupakan permata yang bernilai kepada bangsa, masyarakatdan negara. Oleh itu, guru memikul tanggungjawab yang sangat penting dalam pembangunandan kemajuan sesebuah negara. Maka, warga guru wajar dan wajib memanfaatkan kepakarandan ilmu masing-masing untuk membina modal insan dalam pelbagai disiplin dan dimensi demimemenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi tunjang kepadasistem pendidikan di negara kita selama ini. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysiayang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab danberkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmoniandan kemakmuran masyarakat dan negara.