Peraturan Permainan Petanque [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Peraturan permainan petanque 1. Permainan ini dimainkan oleh 2 pasukan yang terdiri daripada 1,2,3 atau 4 orang pemain. Pasukan yang terdiri daripada 1 atau 2 orang pemain harus guna 3 biji boule (setiap orang) untuk bermain.Manakala, pasukan yang terdiri daripada 3 atau 4 orang pemain harus guna 2 boule ( setiap orang) untuk bermain.



2. Baling duit syiling untuk memilih pasukan yang mula permainan.Jika kumpulan pertama yang bermula , maka satu pemain daripada kumpulan pertama harus lukis satu bulatan untuk menetapkan tempat permulaan.



3. Pemain tersebut harus berada di dalam bulatan tersebut dan baling “jack” ke tanah.



4. Seorang pemain daripada kumpulan pertama membaling “boule” yang pertama ke arah sedekat yang boleh dengan “jack”.



5. Seorang pemain daripada kumpulan kedua masuk ke dalam bulatan dan cuba untuk membaling “boule” sedekat yang boleh dengan “jack”.



6. Jika “boule” kumpulan kedua lebih jauh dengan “jack”, maka kumpulan kedua akan bermula membaling pada pusingan kedua. Permainan diteruskan dengan kumpulan yang mempunyai”boule” yang lebih jauh.



7. Mata akan dikira jika kedua-dua kumpulan telah habis membaling “boule”. Mata akan dikira dengan “ boule” yang dekat dengan “jack”. Dalam contoh di bawah, kumpulan biru ada 3 biji “boule” yang lebih dekat dengan “jack” berbanding dengan kumpulan hijau. Maka, kumpulan biru mendapat 3 markah.



8. Kumpulan yang menang akan bermula permainan dahulu. Permainan diteruskan sehingga muncul satu kumpulan yang mengumpul 13 markah.