Peraturan Petanque FIPJP [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

OFFICIAL RULES OF PETANQUE (IN MALAY) - UPDATED 9 SEPT 2012 (img:10151018290226771) (img:10151018289131771) The Official Rules of the Game of Pétanque Applicable to all National Federations/Associations who are members of the FIPJP (English Translation) DITERJEMAH DAN DIOLAH OLEH SHEIKH ISMAIL BIN SHEIKH SILAN - ARBITRE FIPJP



PERATURAN AM Artikel 1– Komposisi sesuatu pasukan Petanque ialah sukan yang dimain secara bertiga (triple) tetapi ia boleh juga dimainkan secara individu (single) atau berdua (double). Versi lain tidak dibenarkan Triple: Seorang 2 biji boule Single: Seorang 3 biji boule Double: Seroang 3 biji boule  Jika seseorang pemain menggunakan lebih boule, boule lebihan yang dimainkan dikira mati dan mana-mana boule atau jack yang tergerak disebabkan boule tersebut diletakkan semula ditempat asal sekiranya ianya bertanda.(Kaedah 1)  Pemain tersebut diberi amaran. Jika masih melakukan kesalahan tersebut lagi boleh disingkir dari kejohanan. Artikel 2– Ciri-ciri boules yang diperaku Petanque dimain dengan menggunakan boule yang diperaku oleh F.I.P.J.P dan memenuhi 4 ciri berikut: 1. Diperbuat daripada logam 2. Berdiameter antara 7.05cm (minimum) dan 8cm (maksimum) 3. Mempunyai berat antara 650gm (minimum) dan 800gm (maksimum) 4. Tanda pengeluar dan berat boule mesti terukir dan sentiasa mudah dibaca. Bagi pertandingan yang dikhususkan untuk pemain muda (bawah 11 tahun (kadet & minimies), boleh guna boule yang beratnya 600gm dan diameternya 65mm dengan syarat ianya diperbuat menggunakan lambang yang diperakui. 



Boule yang telah haus atau cacat semasa diperbuat, tidak lulus semasa pemeriksaan rasmi atau tidak memenuhi 4 ciri di atas, pemain hendaklah menukar boule berkenaan atau keseluruhan set boulenya. (Artikel 2a).







Bantahan berkaitan dengan perkara perlanggaran 4 ciri di atas hendaklah dibuat hanya sebelum sesuatu perlawanan bermula. (Jadi tanggungjawab setiap pemain membuat pemeriksaan boule mereka dan boule pihak lawan sebelum pertandingan bermula).  Pengadil dan Juri, pada bila-bila masa, jika perlu boleh membuat pemeriksaan ke atas mana-mana boule milik seorang atau lebih pemain. Boule tidak boleh diubahsuai seperti memasukkan timah, pelumbum atau pasir. Sebagai peraturan umum, ianya tidak boleh diperlakukan seperti ditempa semula, ubah bentuk, merubah ketumpatan. Walau bagaimanapun, nama pemain, logo, initial, akronim boleh dibuat tetapi mengikut spesifikasi pengeluar.  Mana-mana pemain yang didapati bersalah melakukan kesalahan di atas, dibatalkan penyertaannya serta merta dari kejohanan bersama-sama dengan rakan-rakannya sekali. (Artikel 2a)  Bantahan berkaitan dengan perkara di atas boleh dibuat pada bila-bila masa semasa perlawanan tetapi mesti lakukan antara Ends. Jika bantahan dibuat selepas End ketiga, dan kemudian didapati bantahan itu tidak benar, pihak yang membantah dikenakan penalti 3 mata yang akan diberikan kepada pihak lawannya.  Pengadil dan Juri, pada bila-bila masa, jika perlu boleh membuat pemeriksaan ke atas mana-mana boule milik seorang atau lebih pemain. Artikel 3 – Jack Yang Diperaku 1. Diperbuat dari kayu 2. Diperbuat dari barang tiruan lain yang diperaku oleh F.I.P.J.P. dan terdapat logo pengeluar. 3. Berdiameter 30mm (±1mm) 4. Boleh diwarnakan 5. Pada bila-bila masa tidak boleh diambil menggunakan magnet Artikel 4 – Lisen Sebelum bermula sesuatu kejohanan, setiap pemain hendaklah menunjukkan lisen mereka Pemain juga dikehendaki menunjukkan lesennya jika diminta oleh pengadil atau pihak lawan  Lisen adalah kad ahli persatuan / persekutuan petanque seseorang pemain PERMAINAN ArtiKEL 5 – Peraturan Gelanggang 1. Dimainkan di atas sebarang lapangan 2. Penganjur atau pengadil boleh menetapkan supaya sesuatu pertandingan itu dijalankan di gelanggang tertentu 3. Untuk pertandingan peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa gelanggang tersebut hendaklah berukuran sekurang-kurangnya 15m panjang x 4 meter lebar 4. Bagi pertandingan peringkat lain boleh menggunakan saiz gelanggang yang lain tetapi tidak kurang dari ukuran 12 meter panjang x 3 meter lebar. 5. Apabila gelanggang bertemu hujung ke hujung maka garisan sepunya antara kedua-dua gelanggang tersebut dikira sebagai garisan boule mati 6. Apabila gelanggang dikepungi dengan halangan maka ianya hendaklah berada sekurung-kurangnya 1m dari garisan tepi kawasan bermain. Perlawanan tamat pada mata 13, namun boleh juga ditamatkan pada mata 11 dalam corak perlawanan liga atau semasa pusingan saringan. Perlawanan tertentu boleh dijalankan menggunakan penentapan masa. Artikel 6 – Memulakan permainan – Undang-undang berkaitan bulatan Undian mesti dilakukan bagi memulakan sesuatu perlawanan. Pasukan yang menang undian mendapat keistimewaan berikut: 1. Memilih gelanggang* 2. Memilih dan memulakan balingan jack 3. Menentukan hujung gelanggang mana yang hendak dimulakan 4. Melukis / meletak bulatan 5. Memulakan membaling boule yang pertama. #Sekiranya gelanggang telah ditetapkan oleh pengajur, pemain tidak boleh berpindah ke gelanggang lain tanpa kebenaran pengadil.



Penganjur boleh menetapkan supaya pemenang undi juga berhak menentukan jack yang hendak digunakan Melukis bulatan 1. Bulatan yang disediakan harus berdiameter 50cm ± 2mm 2. Dilukis / diletakkan lebih dari 1 meter dari sebarang halangan. 3. Dilukis / diletakkan pada jarak sekurang-kurangnya 2 meter dari mana-mana bulatan yang sedang digunakan, jika bermain di gelanggang terbuka. 4. Semua pemain mestilah boleh memasukkan kakinya ke dalam bulatan tersebut sepenuhnya. 5. Bulatan yang dilukis hendaklah berdiameter antara 35cm hingga 50cm 6. Pasukan yang membaling jack hendaklah memadam bulatan-bulatan lama yang ada di sekitar bulatan yang hendak digunakan  Hanya pihak penganjur sahaja yang menentukan untuk menggunakan bulatan yang disediakan atau tidak. Jika bulatan tersebut hendak diggunakan, pihak penganjur bertanggung jawab menyediakannya.  Bulatan yang disediakan hendaklah ditanda kedudukannya untuk mengelak dari perselisihan jika ia teralih. Mengguna bulatan 1. Keseluruhan kawasan dalam bulatan boleh dibersihkan dan setelah tamat bermain untuk end tersebut hendaklah dimasukkan semula batu-batu yang diketepikan tadi. 2. Bulatan tidak dianggap sebagai kawasan larangan bermain. 3. Keseluruhan kaki mesti berada dalam bulatan tanpa menyentuh garisan bulatan. 4. Kaki pemain tidak boleh terangkat dari tanah atau keluar dari bulatan sebelum boule yang dibaling menyentuh tanah 5. Mana-mana bahagian anggota badan tidak boleh menyentuh bahagian luar bulatan sehingga boule yang dibaling menyentuh tanah 6. Bagi pemain cacat bahagian kaki dibenarkan meletakkan sebelah kakinya dalam bulatan. 7. Bagi pengguna kereta beroda, roda di sebelah tangan yang akan digunakan untuk membaling boule hendaklah diletakkan dalam bulatan.  Pemain yang membaling jack tidak bermakna dia juga yang harus mebaling boule pertama Artikel 7 – Jarak sah bagi balingan jack 1. 6 meter minimum and 10 meter maximum untuk Remaja (Umur 15 – 17 tahun) dan Dewasa (Umur 18 tahun ke atas) 2. Bagi pemain muda (bawah 11 tahun) jarak yang lebih dekat boleh ditentukan oleh penganjur.  Ukuran dibuat dari bahagian dalam garisan bulatan Kedudukan jack yang dikira sah 1. sekurang-kurang 1 meter dari sebarang halangan / gariasan boule mati / kawasan larangan bermain 2. Boleh dilihat oleh pemain yang berdiri tegak dari dalam bulatan yang terkedepan sekali.* 3. Jack dibaling dari gelanggang yang ditetapkan dan hendaklah berada di gelanggang itu juga. # Jika terdapat perselisihan bagi menentukan sama ada jack boleh lihat atau tidak, pengadil hendaklah dipanggil untuk membuat keputusan tanpa sebarang bantahan(Kaedah 2).



Memulakan End baru - Bulatan hendaklah dilukis / diletak di mana jack berada pada end sebelumnya kecuali bagi kes seperti berikut: 1. Bulatan tersebut akan berada kurang daripada 1 meter dari halangan 2. Jack tidak dapat dibaling kepada semua jarak yang dibenarkan ke mana-mana arah. 3. Jack tamat di dalam gelanggang sebelah atau terkeluar daripada garisan mati atau termasuk dalam kawasan larangan bermain.  Bagi kes 1; bulatan dianjak bagi membolehkan peraturan 1 meter dari halangan dipatuhi.  Bagi kes 2; bulatan boleh dianjak ke belakang tetapi tidak melebihi jarak maksimum sah balingan jack kepada mana-mana arah. (Arah anjakan mestilah mengikuti arah bermain pada End sebelumnya)  Bagi kes 3; Bulatan hendaklah dibuat pada kedudukan jack dalam gelanggang asal sebelum ia tergerak ke gelanggang sebelah atau terkeluar garisan mati atau termasuk ke kawasan larangan bermain.



Selepas tiga kali cubaan balingan jack oleh sesuatu pasukan masih gagal untuk memperolehi balingan sah, cubaan tersebut diserahkan kepada pihak lawan yang juga mempunyai tiga kali cubaan. Pihak lawan masih boleh mengalihkan kedudukan bulatan sekiranya pasukan lawannya tidak / belum mengalih bulatan ke jarak maksimum.  Sekiranya pasukan kedua juga gagal membaling jack ke jarak yang sah, pasukan asal akan mencubanya semula tetapi tidak dibenarkan mengalih kedudukan bulatan lagi.  Tiga cubaan membaling jack mesti dilakukan dalam masa 1 minit.  Walaupun balingan jack bertukar tangan namun hak membaling boule pertama masih kepada pasukan yang memenangi undi / end sebelumnya. Artikel 8 – Bagi jack yang dibaling menjadi sah 1. Jack yang dibaling tidak sah apabila ia tertampan oleh Pengadil, Pemain, Penonton, Binatang, Sebarang Objek yang Bergerak 2. Jack yang telah dibaling dan diikuti dengan balingan boule pertama masih boleh dicabar kesahannya oleh pihak lawan 3. Jack yang hendak dibaling semula kerana dikatakan tidak sah, mestilah mendapat persetujuan dari pihak lawan atau pengadil.  Bagi kes 1; hendaklah dibaling semula dan tidak dikira sebagai salah satu dari 3 cubaan yang pasukan tersebut berhak.  Bagi kes 2; Jika bantahan didapati benar, maka jack harus dibaling semula dan boule yang telah dibaling hendaklah dimainkan semula.Sekiranya pihak lawan turut membaling boule berikutnya, maka kedudukan jack hendaklah diterima dan permainan diteruskan.  Bagi kes 3; Jika jack terus diambil kerana dikatakan tidak sah tanpa kebenaran pihak lawan / pengadil, lontaran jack akan diserah kepada pihak lawan. Artikel 9 – Jack Mati semasa end sedang berjalan Jack dikira mati bagi 6 kes berikut: 1. Jack teralih ke kawasan larangan bermain atau melepasi garisan boule mati, walaupun ia kembali semula ke kawasan permainan 2. Jack yang masih dalam gelanggang permainan tidak dapat dilihat dari keadaan pemain berdiri tegak dalam bulatan pada kedudukan terkedepan sekali 3. Jack teralih sejauh 20 meter (untuk remaja dan dewasa) atau 15 meter (untuk permain muda) atau kurang 3 meter daripada bulatan. 4. Jack melepasi lebih daripada satu gelanggang sebelahannya dan garisan sempadan hujung gelanggang tersebut 5. Apabila jack yang teralih tidak dapat dijumpai setalah mencarinya selama 5 minit. 6. Terdapat kawasan larangan bermain di antara jack dan bulatan  Bagi kes 1; Jack dan boule dikatakan melepasi garisan boule mati apabila dilihat dari atas, tidak ada bahagian garisan boule mati terlindung dengan jack atau boule berkenaan.(Kaedah 3)  Lopak air yang boleh menyebabkan jack terapung dikirakan sebagai kawasan larangan bermain.  Bagi kes 2; guna (Kaedah 2) Artikel 7  Bagi kes 2; jack yang terlidung oleh boule tidak dikira mati. Pengadil dibenar untuk mengangkat boule tersebut sementara bagi mengesahkan jack terlindung atau tidak.  Bagi kes 4; Dalam perlawanan bermasa, jack melepasi sempadan gelanggang yang ditetapkan untuknya dikira mati. Artikel 10 – Membuang / mengalih halangan 1. Dilarang sekerasnya ke atas pemain menekan, mengalih atau memecahkan sebarang halangan yang berada di atas gelanggang 2. Pemain yang akan membaling jack dibenarkan untuk menguji kawasan jatuh jack dengan boulenya dengan cara mengetuk ringan ke atas tanah tetapi tidak melebihi 3 kali 3. Pemain yang hendak membaling boule atau seorang daripada rakannya menutup satu lubang yang terjadi disebab oleh boule yang dimainkan sebelumnya.  Gagal mematuhi peraturan di atas boleh di ambil tindakan seperti terdapat di Artikel 34 “Disiplin”



Artikel 10 a– Menukar jack atau boule Pemain dilarang menukar jack atau boule semasa perlawanan kecuali atas kes berikut: 1. Hilang dan tidak dapat dicari setelah 5 minit. 2. Pecah – Bahagian yang terbesar dikira sebagai kedudukan jack atau boule dan ianya hendaklah ditukar dengan segera jika proses bermain masih berjalan dengan jack atau boule yang serupa dengan sebelumnya seberapa boleh.  Pada end berikutnya pemain tersebut boleh menukar seluruh set boule dengan set yang baru.  Bagi kes 2; Sebelum gantian dibuat, kedudukan jack / boule pecah tadi hendaklah diukur terlebih dahulu. JACK Artikel 11 – Jack yang tertutup atau tergerak 1. Daun atau kertas yang menutup Jack dengan tidak sengaja hendaklah dibuang 2. Jack yang tergerak (dengan tidak sengaja) disebabkan oleh apa sahaja unsur, hendaklah diletakkan di tempat asal sekiranya kedudukan asalnya bertanda. Contoh unsur: angin, keadaan gelanggang, pengadil, pemain, penonton, boule atau jack yang datang dari perlawanan lain, binatang atau sebarang unsur yang bergerak.  Jack atau boule yang kedudukannya tidak bertanda tidak boleh diletakkan di tempat asal tetapi dibiarkan ditempat baru. Tiada apa-apa tuntutan boleh dibuat. Sebarang keputusan selepas itu adalah berdasarkan kedudukan jack dan boule di tempat baru.(Kaedah 4)  Bagi mengelak ketidak puasan hati dan perselisihan, pemain mesti mengamalkan membuat tanda kedudukan jack dan boule.  Jack yang tergerak disebabkan boule yang dimain dalam pertandingannya adalah sah. Artikel 12 – Jack tergerak ke perlawanan lain. 1. Jack yang tergerak ke perlawanan lain adalah sah bergantung kepada syarat seperti di Artikel 9 2. Bagi memulakan end berikutnya, jack hendaklah dibaling daripada gelanggang yang diperuntukan untuk mereka dan bulatan dibuat di kedudukan jack sebelum ia tergerak ke gelanggan lain dan tertakluk kepada syarat-syarat seperti di Artikel 7.  Pemain yang menggunakan jack ini hendak menunggu sehingga perlawanan yang dicerobohi itu tamat perlawanan melainkan arahan lain dibuat oleh pengadil.  Pemain hendaklah menunjukkan kesabaran dan kesopanan. Artikel 13 – Undang-undang yang digunakan apabila jack mati 1. Jika kedua-dua pasukan masih mempunyai boule di tangan (belum dimain), end terbatal (kedua-dua pasukan tidak memperolehi mata) 2. Jika satu pasukan sahaja yang masih ada boule ditangan, maka pasukan tersebut memperolehi mata sebanyak mana bilangan boule yang masih belum dimainkan itu. 3. Jika kedua-dua pasukan sudah kehabisan boule, maka end terbatal Artikel 14 – Meletakkan jack yang terhalang 1. Jika jack yang dipukul terhenti / teralih arah disebabkan oleh penonton atau pengadil, ia kekal di tempat baru. 2. Jika jack yang dipukul terhenti / teralih oleh pemain (jika kejadian berlaku di gelanggang yang dikhaskan) pihak lawan mempunyai 3 pilihan. 3. Jika jack yang dipukul tergerak dan memasuki kawasan larangan bermain dan kemudiannya tergerak semula ke kawasan bermain, dikira mati dan kaedah Artikel 13 diguna.  Bagi kes 2; 3 pilihan meletakkan jack: 1. 1. Membiarkan jack dikedudukan baru 2. 2. Meletakkan semula jack dikedudukan asal. 3. 3. Meletakkan jack di mana-mana di atas garisan lanjutan antara kedudukan asal jack dengan kedudukan baru jack sehingga ke sejauh 20 meter (15 meter untukpemain muda) dari bulatan tetapi ianya masih boleh dilihat. ** Pilihan 2 dan 3 hanya boleh dilakukan sekiranya kedudukan asal jack bertanda, jika tidak hanya pilihan 1 sahaja boleh dilakukan.



BOULES Artikel 15 –Membaling boule pertama dan boule seterusnya 1. Boule pertama dalam satu-satu end hendaklah dibuat oleh pasukan yang memenangi undian / yang memperolehi mata pada end sebelumnya. 2. Balingan seterusnya dibuat oleh pasukan lawannya sehingga kedudukan penguasaan jack bertukar tangan. 3. Semasa membuat balingan boule terakhir untuk pemain itu, pemain dilarang memegang boule di tangan sebelah lagi. 4. Hanya satu boule dibaling dalam satu masa 5. Mana-mana boule yang telah dibaling tidak boleh dimainkan semula. 6. Dilarang membasahkan jack dan boule 7. Sebelum membaling boule, pemain hendaklah membersihkan sebarang kotoran yang terlekat di boulenya. 8. Jika boule pertama dibaling dan terkeluar dari kawasan bermain, balingan dibuat secara bergilir sehingga terdapat boule yang terdekat dengan jack. 9. Jika setelah memukul dan pointing tiada boule yang tinggal dalam gelanggang, kaedah Artikel 28 diguna.  Giliran membaling boule bergantung kepada siapa yang menguasai jack. Pasukan yang menguasai jack akan menunggu pasukan lawannya yang akan cuba mengatasi penguasaan tersebut. Apabila satu-satu pasukan kehabisan boule, maka pihak lawannya akan meneruskan balingan boule bagi tujuan menguasai jack atau menambah bilangan boule yang terdekat dengan jack.  Pemain dilarang membuat penandaan atau meletakkan sesuatu sebagai tanda bagi membantu balingan dibuat (meletak kaki, atau berdiri berhampiran kawasan boule jatuh atau berdiri di hadapan sebagai arah balingan dibenarkan)  Bagi kes 5; Boule dimainkan semula bagi kes-kes berikut: 1. 1. Boule hendaklah dimainkan semula jika semasa ia dibaling ia tertampan dengan tidak sengaja ketika berada di antara bulatan dan jack oleh boule atau jack yang datang dari perlawanan lain, oleh binatang, atau objek yang bergerak seperti bola sepak 2. 2. Seprti yang dijelas dalam Artikel 8 kes .2  Bagi kes 6 & 7; Dendaan mengikut Artikel 34 Artikel 16 –Tingkahlaku pemain dan penonton semasa pertandingan 1. Semua pemain dan penonton harus senyap semasa cubaan membaling hendak dibuat 2. Pihak lawan tidak dibenarkan berjalan, menggunakan memek muka, atau sebarang pergerakan yang boleh menggangu tumpuan pemain. 3. Hanya ahli pasukan pemain yang hendak membuat balingan sahaja dibenarkan berada di kawasan antara bulatan dan jack.  Bagi kes 3; Pihak lawan mesti berada di kawasan di hadapan jack atau di belakang bulatan pada jarak melebihi dua meter dari jack dan bulatan. Juga dilarang berada tepat di hadapan jack atau di belakang pemain mengikut arah balingan.  Kesalahan Artikel 16 boleh menyebabkan pemain dibatalkan penyertaan dalam kejohanan tersebut setelah diberi amaran oleh pengadil. Artikel 17 – Membaling boule dan boule keluar gelanggang 1. Tidak dibenarkan sama sekali membuat latihan semasa pertandingan berjalan. 2. Semasa berjalannya sesuatu end, boule terkeluar dari gelanggang tetap adalah sah  Bagi kes 1; Tindakan disiplin mengikut Artikel 34 boleh diambil bagi yang melanggarnya  Bagi kes 2; Kecuali yang mengikut Artikel 18 Artikel 18 – Boule yang mati 1. Boule mati sebaik sahaja ia memasuki kawasan larangan bermain 2. Boule melepasi lebih dari satu gelanggang sebelahannya dan garisan sempadan hujung gelanggang tersebut 3. Dalam perlawanan bermasa, boule melepasi sempadan gelanggang yang ditetapkan untuknya dikira mati.



4. Boule yang masuk semula ke gelanggang permainan setelah melepasi garisan mati sepenuhnya hendaklah dikeluarkan serta merta 5. Semua boule yang mati hendaklah dikeluarkan dari permainan serta merta dan ianya dikira hidup sebaik sahaja sebutir boule dimainkan oleh pihak lawan.  Bagi kes 1dan 2; Ikut (Kaedah 3) Artikel 9  Bagi kes 4; Semua yang tergerak disebabkan boule yang masuk semula gunakan (kaedah 1)Artikel 1 Artikel 19 – Boule yang dihentikan 1. Mana-mana boule yang dimainkan terhenti / terarah kelain disebabkan oleh penonton atau pengadil akan kekal ditempat ia berhenti 2. Mana-mana boule yang dimainkan terhenti / terarah kelain disebabkan oleh pemain sendiri dengan tidak sengaja adalah mati 3. Mana-mana boule yang dipoint terhenti / terarah kelain disebabkan oleh pemain lawan dengan tidak sengaja, pemain boleh menentukan sama ada hendak baling semula atau dibiarkan di mana boule itu berhenti 4. Apabila boule yang ditembak terhenti / terarah kelain disebabkan oleh pemain dengan tidak sengaja, pihak lawannya kepada pemain tersebut boleh membuat 2 pilihan  Bagi kes 4; 1. Membiarkan di mana boule itu terhenti atau 2. Meletakan di mana-mana di atas garisan lanjutan antara kedudukan asal dengan kedudukan baru tetapi mesti berada dalam kawasa permainan. Ini boleh dilakukan hanya sekiranya kedudukan asal bertanda.  Pemain yang dengan sengaja menahan boule yang bergerak akan dibatalkan penyertaannya bersama-sama pasukannya sekali bagi perlawanan tersebut. Artikel 20 – Masa yang diperuntukan untuk bermain Peruntukan masa 1 minit maksimum diberi untuk jack atau boule dimainkan: 1. Selepas jack dan boule yang dibaling, berhenti. 2. Selepas keputusan diperolehi melalui kerja mengukur atau penetapan skor. 3. Ketiga-tiga cubaan balingan jack  Gagal menuruti peraturan di atas dendaan yang diperuntukan dalam Artikel 34 akan dikenakan. Artikel 21 – Boule yang tergerak 1. Boule yang tergerak (dengan tidak sengaja) disebabkan oleh apa sahaja unsur, hendaklah diletakkan di tempat asal sekiranya kedudukan asalnya bertanda. Contoh unsur: angin, keadaan gelanggang, pengadil, pemain, penonton, boule atau jack yang datang dari perlawanan lain, binatang atau sebarang unsur yang bergerak. 2. Boule yang tergerak disebabkan oleh boule yang dimainkan adalah sah. Artikel 22 – Pemain membaling boule selain daripada boulenya 1. Pemain yang bermain menggunakan boule orang lain akan diberi amaran. Balingannya sah tetapi boule tersebut hendaklah ditukar dengan segera. Jika perlu pengukuran mesti dibuat. 2. Jika berlaku lagi dalam pertandingan yang sama, boule tersebut dibatalkan dan segala yang tergerak akibat dari balingan tersebut diletakkan semula ke kedudukan asal sekiranya bertanda.  Mengguna boule orang lain termasuk juga mengguna boule rakan sendiri.  Tindakan dendaan bagi kesalahan ini akan mengikut kaedah Artikel 34 “Disiplin” Artikel 23 – Boule yang dimainkan bertentangan dengan undang-undang. 1. Boule yang dibaling bertentangan dengan undang-undang adalah mati. Mana-mana yang tergerak kerananya diletakkan semula ke kedudukan asal hanya sekiranya bertanda.  Pihak lawan boleh menggunakan “Advantage Rule” dengan menerima balingan tersebut sebagai sah. Semua yang tergerak juga adalah sah



Penetapan Skor dan Pengukuran Artikel 24 – Mengalih sementara boule 1. Dibenarkan untuk mengalih sementara boule atau / dan sebarang halangan untuk membolehkan pengukuran dilakukan. Boule atau / dan halangan tadi hendaklah ditanda kedudukan asalnya yang mana semuanya hendaklah diletak semula ditempat asalnya.  Apabila objek tidak boleh dialih, pengukuran hendaklah dibuat dengan mengguna angkup (calipers). Artikel 25 – Mengukur kedudukan 1. Mengukur kedudukan adalah tugas pemain dari pasukan yang terakhir bermain. 2. Pihak lawan masih ada hak untuk mengukur selepas itu. 3. Pengadil boleh dipanggil untuk membuat pengukuran pada bila-bila masa. Keputusan pengadil adalah muktamad. 4. Pengukuran mesti dibuat dengan menggunakan alat yang bersesuaian.  Setiap pasukan mesti menyediakan alat mengukur.  Adalah dilarang membuat ukuran menggunakan kaki atau tangan. Kegagalan mematuhi peraturan ini boleh didenda mengikut Artikel 34 “Disiplin” Artikel 25 – Mengalih boules 1. Pemain adalah dilarang mengangkat boule yang sudah dimainkan sebelum tamat sesuatu end. 2. Pada penghujung end, mana-mana boule yang diangkat sebelum persetujuan dibuat adalah mati dan tidak boleh dibuat sebarang tuntutan Artikel 27 – Boule dan jack yang teralih 1. Pasukan yang teralih jack atau boule yang terlibat dalam pengukuran kehilangan kedudukan. Pihak lawan dianggap menguasai kedudukan. 2. Jika semasa pengukuran, pengadil tersentuh atau terganggu jack atau boule, ia akan membuat keputusan yang dianggap benar / patut.  Jack atau boule yang teralih hendaklahdiletakkan semula ke tempat asal sekiranya bertanda. Artikel 28 – Boule yang mempunyai jarak sama dari jack Apabila dua boule kepunyaan pasukan yang berlawan berada pada jarak yang sama dengan jack salah satu dari 3 kes ini digunakan: 1. Jika kedua-dua pasukan telah kehabisan boule untuk dimain, end tersebut dikira mati. 2. Jika hanya satu pasukan yang masih ada boule, pasukan tersebut akan terus bermain 3. Jika kedua-dua pasukan masih mempunyai boule, pasukan yang menyebabkan kesamaan tersebut akan membaling boule berikutnya dan kemudian berselang seli sehingga kedudukan berubah. 4. Jika sehingga tamat end, tiada boule yang tinggal dalam kawasan bermain, end tersebut terbatal.  Bagi kes 1; Pasukan yang baling jack sebelum end tersebut akan membaling jack.  Bagi kes 2; Pasukan tersebut boleh terus bermain untuk menguasai kedudukan dan seterusnya menambah skor Artikel 29 – Sesuatu melekat di boule atau jack 1. Sebarang benda yang terlekat di boule atau jack hendaklah dibersihkan dahulu sebelum pengukuran dibuat. DISIPLIN Artikel 30 - Bantahan 1. Semua bantahan hendaklah dibuat kepada pengadil semasa perlawanan masih berjalan 2. Bantahan tidak diterima sebaik sahaja pertandingan tamat. 3. Adalah tanggungjawab setiap pasukan membuat pemeriksaan ke atas pasukan lawannya (lisen, kategori, gelanggang, boule dll)



Artikel 31 – Dendaan kepada pasukan atau pemain yang tidak hadir 1. Pemain mesti berada di meja kawalan (urusetia) semasa undian dan pengumuman mengenainya dibuat. 2. Pasukan yang tidak hadir selepas 1 jam dari waktu pengumuman dibuat digugurkan daripada kejohanan. 3. Pasukan yang tidak mencukupi bilangan pemainnya masih boleh meneruskan perlawanan tetapi hanya menggunakan bilangan boule yang diperuntukan baginya sahaja. 4. Pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggan pada bila-bila masa perlawanan tanpa kebenaran pengadil. Dalam perlawanan bermasa, pemain yang hendak meninggalkan gelanggang hendaklah bermain kesemua boulenya terlebih dahulu.  Bagi kes 1; 15 minit (5 minit bagi perlawanan menggunakan kawalan masa) selepas pengumuman mengenai perlawanan dibuat, pasukan yang tidak hadir akan didenda 1 mata yang akan diberi kepada pasukan lawan dan seterus 1 mata bagi setiap 5 minit berikutnya.  Dendaan ini digunapakai sepanjang masa kejohanan.  Bagi kes 4; Peraturan yang ditetapkan dalam Artikel 31 ini dan Artikel 32 di bawah akan diguna pakai. Artikel 32 – Pemain yang datang lewat 1. Pemain yang datang setelah sesuatu end bermula tidak dibenarkan bermain bagi end tersebut. 2. Pemain yang datang lewat selepas satu jam setelah game bermula tidak dibenarkan bermain untuk pertandingan tersebut. 3. Sesuatu end dikira telah mula apabila jack telah dibaling di gelanggang mengikut undang-undang.  Bagi kes 1; Pemain tersebut dibenarkan bermain di end berikutnya.  Bagi kes 2; Jika terdapat perlawanan seterus yang melibatkan pasukannya bermain pemain tersebut dibenarkan ambil bahagian.Dengan syarat namanya telah didaftar sebagai ahli pasukan tersebut pada awalnya. Artikel 33 – Menukar pemain 1. Menukar pemain dalam perlawanan doubles atau triples dibenarkan sebelum permulaan kejohanan diumum dengan syarat pemain tersebut tidak didaftar dalam pasukan lain. Artikel 34 – Dendaan Mereka yang melanggar undang-undang permainan boleh dikenakan dendaan mengikut turutan seperti berikut (kecuali yang ada penentapan dendaan khusus): 1. Amaran (kad kuning) 2. Dibatalkan sebiji boule yang dimain atau yang akan dimain (kad Jingga) 3. Dibatalkan boule yang dimain atau yang akan dimain dan boule berikutnya (kad Jingga) 4. Dikeluarkan pemain berkenaan dari pertandingan (kad merah) 5. Pembatalan penyetaan pasukan yang berkenaan (kad merah) 6. Pembatalan penyertaan kedua-dua pasukan jika terdapat perselihan Artikel 35 – Cuaca buruk 1. Jika hujan, mana-mana end yang telah dimulakan hendak terus berjalan melainkan arahan sebaliknya dibuat oleh pengadil sahaja atau bersama juri yang bertanggung jawab membuat keputusan sama ada ditangguh atau dibatalkan perlawanan. Artikel 36 – Fasa baru permainan 1. Jika pengumuman telah dibuat bagi memulakan fasa baru (pusingan kedua atau lain-lain) sedangkan terdapat perlawanan yang belum tamat bagi fasa sebelumnya, pengadil setelah dinasihat oleh pihak penganjur boleh menentu apa yang sepatutnya dilakukan bagi memastikan perjalanan kejohanan licin. Artikel 37 – Tidak menunjukkan sikap kesukanan 1. Pasukan yang bertengkar semasa pertandingan, sesiapa yang tidak menunjukkan sikap kesukanan, tidak menghormati orang ramai, penganjur atau pengadil, akan dikeluarkan dari kejohanan.  Semua keputusan yang melibatkan pasukan ini ditarik balik.  Mereka juga boleh dikenakan tindak seperti diperuntukan di Artikel 38



Artikel 38 – Berkelakuan Buruk Pemain yang didapati bersalah kerana berkelakuan buruk atau lebih dari itu, berkasar / ganas terhadap pegawai sukan, pengadil, pemain lain atau penonton boleh dikenakan satu atau lebih hukuman di bawah: 1. Dikeluarkan dari kejohanan – dikenakan oleh pengadil 2. Penarikan lisennya – dikenakan oleh juri 3. Dirampas semula hadiah, imbuhan atau diminta bayaran ganti rugi perbelanjaan yang telah dibuat atau akan dibuat.  Bagi kes 3; Dikenakan oleh JK Penganjur yang mana dalam masa 48 jam menghantar laporan dengan perbelanjaan dan hadiah yang dirampas diserah kepada Badan Petanque Kebangsaan (PPM). PPM akan menentukan apa yang dibuat terhadap rampasan tersebut.  Denda yang dikenakan kepada pemain yang bersalah boleh juga dikenakan kepada rakan pasukannya sekali.  Dalam semua kes di atas, Pengerusi Badan Kebangsaan akan membuat keputusan akhir.  Pemain yang tidak mengenakan pakaian sopan akan dibatalkan penyertaannya dari kejohanan setelah diberi amaran oleh pengadil. Artikel 39 – Tugas pengadil 1. Mengawal perjalanan kejohanan 2. Melaksana tugas dengan ketegasan terhadap pelaksanaan undang-undang dan peraturan pertandingan 3. Berkuasa untuk membatalkan mana-mana pemain / pasukan dari kejohanan yang tidak menerima keputusan yang dibuat oleh pengadil. 4. Mengeluarkan laporan terhadap penonton (yang memegang lisen sah / digantung) yang menjadi penyebab perkara negative, kepada pegawai persekutuan.  Bagi kes 4; Pegawai persekutuan tersebut kemudiannya akan memanggil penonton terbabit menghadap JK Disiplin yang mana kemudianyan membuat keputusan disiplin sewajarnya Artikel 40 – Komposisi dan keputusan Juri 1. Sebarang kes yang tidak terdapat dalam undang-undang diajukan kepada pengadil yang seterusnya merujuk kepada Juri Kejohanan. 2. Juri terdiri daripada sekurang-kurangnya 3 orang dan tidak lebih 5 orang. 3. Keputusan Juri dalam kes 1 adalah muktamad. Jika terdapat pecah undian, pengerusi Juri akan membuat undiannya. UNDANG-UNDANG RASMI PERMAINAN PETANQUE



Undang-undang Rasmi Permainan Petanque Digunapakai oleh semua Persekutuan Petanque yang menjadi ahli kepada FIPJP (Terjemahan Bahasa Melayu)



PERATURAN AM ARTIKEL 1 ARTIKEL 2a ARTIKEL 2b ARTIKEL 3 ARTIKEL 4



-



Komposisi Pasukan Syarat-syarat Bola yang diluluskan Denda jika Bola tidak memanuhi Syarat Jek yang diluluskan Lesen



TATACARA PERMAINAN ARTIKEL 5 Peraturan Gelanggang ARTIKEL 6 Memulakan Permainan - Peraturan Berkaitan Bulatan ARTIKEL 7 Jarak Sah untuk Lontaran Jek ARTIKEL 8 Lontaran Jek yang Sah ARTIKEL 9 Jek Mati ARTIKEL 10 Menyingkirkan Halangan – Denda ARTIKEL 10aMenukar Jek atau Bola ARTIKEL 11 Jek Terlindung atau Bergerak ARTIKEL 12 Jek Bergerak ke Gelanggang lain ARTIKEL 13 Tindakan-tindakan jika Jek Terbatal ARTIKEL 14 Menempatkan semula Jek yang Tertampan ARTIKEL 15 Lontaran Jek yang Terkeluar dari Gelanggang yang ditetapkan PERGERAKAN BOLA ARTIKEL 16 Lontaran Bola Pertama dan Bola Berikutnya ARTIKEL 17 Tingkahlaku Pemain dan Penonton Semasa Permainan ARTIKEL 18 Melontar Bola dan Bola Keluar Gelanggang ARTIKEL 19 Bola Mati ARTIKEL 20 Bola yang dihentikan ARTIKEL 21 Had Masa untuk bermain ARTIKEL 22 Bola Bergerak ARTIKEL 23 Melontar Bola selain daripada bola sendiri ARTIKEL 24 Melontar Bola yang Melanggar Peraturan MATA DAN PENGUKURAN ARTIKEL 25 Mengalih Bola untuk Sementara ARTIKEL 26 Mengukur untuk Mata ARTIKEL 27 Mengambil Bola Sebelum Pengesahan Mata dibuat ARTIKEL 28 Menggerakkan Bola atau Jek ARTIKEL 29 Bola yang Sama Jarak dengan Jek ARTIKEL 30 Bahan Asing yang Melekat pada Bola dan Jek ARTIKEL 31 Tuntutan-tuntutan DISIPLIN ARTIKEL 32 ARTIKEL 33 ARTIKEL 34 ARTIKEL 35 ARTIKEL 36 ARTIKEL 37 ARTIKEL 38 ARTIKEL 39 ARTIKEL 40 ARTIKEL 41



-



Denda untuk Pasukan atau Pemain yang Tidak Hadir Kehadiran Pemain yang Lewat Penggantian Pemain Denda-denda Dalam Permainan Cuaca Buruk Fasa Baru Permainan Perkongsian Hadiah Berkelakuan Kurang Sopan Tugas-tugas Pengadil Keanggotaan dan Keputusan Lembaga Juri



KOD TATAADAB PEMAIN-PEMAIN PERATURAN AM Artikel 1 : Komposisi Pasukan Permainan Petenque ini adalah untuk: 3 pemain melawan 3 pemain (Bertiga) Sukan ini juga boleh dimainkan secara: 2 pemain melawan 2 pemain (Bergu)



1 pemain melawan 1 pemain (Perseorangan) Untuk ‘bertiga’, tiap-tiap pemain akan menggunakan dua biji bola. Untuk ‘bergu’ dan ‘perseorangan’, setiap pemain akan menggunakan tiga biji bola. Tiada versi lain selain daripada tiga kategori di atas dibenarkan untuk membentuk satu pasukan. Artikel 2a : Kreteria-kreteria Bola yang diluluskan Permainan ini perlu menggunakan bola yang diluluskan oleh FIPJP dan memenuhi kreteria-kreteria berikut ; (i)



Bola mestilah diperbuat daripada logam.



(ii)



Garis pusat bola mestilah antara 7.05cm (minimum) hingga 8.0cm (maksimum).



(iii)



Berat bola mestilah antara 650 gram (minimum) hingga 800 gram (maksimum). Tanda pengeluar dan berat hendaklah tertera di atas bola dan sentiasa dapat dilihat dengan jelas.



(iv)



Bola sama sekali tidak boleh dibuat sebarang bentuk pengubahsuaian ke atasnya selepas pengeluarannya disahkan oleh pengeluar yang diberi kelulusan. walau bagaimanapun nama pemain, logo, akronim atau ‘initial’ boleh diukir (engrave) di atasnya.



Artikel 2b : Denda jika bola tidak memenuhi syarat



Pemain yang didapati bersalah kerana tidak mematuhi peraturan dipara (iv) akan dibatalkan daripada menyertai pertandingan dengan sertamerta, bersekali dengan rakan atau rakan-rakan pasukannya.



Jika didapati bola telah diubahsuai atau ditempa semula, permit / lesen pemain boleh digantung sehingga satu tempoh yang telah ditetapkan dalam Kod Disiplin, bersekali dengan denda yang akan dikenakan oleh Jawatankuasa Disiplin Persatuan Petanquenya.



Jika bola yang diubahsuai itu adalah bola pinjaman dan pemiliknya telah dikenalpasti, pemilik bola itu juga boleh dikenakan tindakan yang serupa.



Jika bola itu tidak diubahsuai, tetapi berubah dari bentuk asalnya kerana terlalu lama usianya, atau berubah bentuk asalnya akibat proses pengeluaran, tidak lulus pemeriksaan atau tidak mematuhi manamana syarat seperti di para (i), (ii) dan (iii) di atas, pemain boleh menukarkan bola tersebut. Pemain perlu menukarkan keseluruhan set bola.



Sebarang bantahan mengenai peraturan (i), (ii) dan (iii) di atas hanya boleh diterima sebelum permainan / perlawanan bermula. Oleh itu, setiap pemain perlu memastikan bola mereka dan bola pihak lawan mematuhi syarat-syarat berkenaan sebelum perlawanan bermula.



Bantahan berkaitan peraturan (iv) pula boleh dibuat bila-bila masa ketika perlawanan sehingga ‘END’ yang kedua. Namun pada atau selepas ‘END’ ketiga, jika didapati bantahan terhadap bola pihak lawan adalah tidak berasas, pemain berkenaan atau pasukannya akan dikenakan denda 3 mata dan mata tersebut akan ditambah kepada jumlah pungutan mata pihak lawan.



Pengadil atau juri boleh pada bila-bila masa ketika perlawanan memeriksa bola mana-mana pemain.



Artikel 3 : Jek yang diluluskan



Jek (COCHONNETS) adalah sejenis bola yang diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik, mempunyai tanda pengeluar dan diperakui oleh F.I.P.J.P. bahawa bahan itu boleh dan selamat digunakan serta sesuai dan memenuhi segala spesifikasi.



Garis pusatnya mestilah antara 25mm (minimum) hingga 35mm (maksimum). Jek boleh diwarnakan dengan apa-apa warna yang memudahkannya dilihat. Artikel 4 : Lesen Lesen hendaklah mematuhi Peraturan Pentadbiran FIPJP, khasnya hendaklah menunjukkan gambar ahli yang terbaru, dicop dan ditandatangani oleh ahli berkenaan. Sebelum perlawanan dimulakan tiap-tiap pemain perlu menunjukkan permitnya. Pengadil dan pihak lawan juga boleh meminta pemain menunjukkan lesen masing-masing kecuali jika lesen-lesen tersebut disimpan oleh pihak penganjur. TATACARA PERMAINAN



Artikel 5 : Peraturan gelanggang



Permainan Petanque boleh dimainkan di atas gelanggang pelbagai permukaan. Namun Jawatankuasa Penganjur pertandingan atau pengadil boleh menentukan gelanggang permainan. Dalam kes Kejohanan peringkat Kebangsaan dan antarabangsa, gelanggang permainan hendaklah mempunyai ukuran minima 4 meter lebar dan 15 meter panjang.



Untuk lain-lain kejohanan, Persatuan boleh mempelbagaikan ukuran seperti 12 meter panjang dan 3 meter leber.



Apabila satu gelanggang tetap ditemukan dengan satu gelanggang lain pada hujungnya, garisan hujung gelanggang adalah Garisan Bola Mati.



Jika gelanggang dikelilingi oleh satu sempadan kekal, sempadan itu mestilah mempunyai jarak minimum 30cm daripada garisan bola mati. Garisan bola mati akan mengelilingi bahagian luar gelanggang tetap dalam jarak maksimum 4 meter atau minimum 1 meter.



Kaedah ini juga digunapakai untuk kawasan di mana pertandingan peringkat akhir diadakan.



Permainan ini dimainkan sehingga 13 mata, Walau bagaimanapun dalam acara liga dan pusingan kelayakan, mata penamat boleh ditetapkan kepada 11 mata.



Artikel 6 : Memulakan permainan dan Peraturan berkaitan bulatan membaling



Pemain-pemain mesti melakukan undian untuk menentukan pasukan mana yang akan memilih gelanggang dan membaling Jek.



Sekiranya gelanggang telah ditentukan oleh pihak penganjur, Jek hendaklah dilontar digelanggang yang berkenaan. Pasukan tidak boleh bermain di gelanggang berlainan tanpa kebenaran Pengadil.



Mana-mana ahli pasukan yang memenangi undian akan memilih tapak mula dan melakar satu bulatan membaling yang saiznya cukup untuk seorang pemain berdiri dengan kedua-dua belah kaki di dalamnya. Walau bagaimanapun diameter bulatan tidak boleh kurang daripada 35 sentimeter dan tidak lebih 50 sentimeter.



Apabila gelung disediakan (prefabricated circle), ia hendaklah mempunyai diameter 50 sentimeter.



Bulatan membaling hendaklah dilakar sekurang-kurangnya 1 meter daripada apa-apa halangan (obstacles) dan 1 meter daripada kawasan larangan bermain (out-of bound area). Untuk pertandingan di gelanggang terbuka, bulatan mestilah sekurang-kurangnya 2 meter daripada bulatan lain yang sedang digunakan.



Pasukan yang membaling Jek mestilah memadam semua bulatan lama yang berdekatan dengan bulatan baru yang hendak digunakan.



Kawasan dalam bulatan boleh dibersihkan sepenuhnya daripada batu-batu dan sebagainya semasa End berjalan tetapi perlu dikembalikan kepada keadaan asalnya selepas End tamat atau seawal-awalnya, sebelum melontar Jek untuk End yang seterusnya.



Bulatan membaling tidak dikira sebagai kawasan larangan bermain (out of bound area).



Kedua-dua belah kaki perlu berada didalam bulatan tersebut tanpa menyentuh garisan dan tidak boleh dikeluarkan atau diangkat sehinggalah bola yang dilontar tadi mencecah gelanggang. Anggota badan lain juga tidak dibenarkan menyentuh permukaan gelanggang di luar bulatan tersebut. Pemain yang cacat anggota adalah dibenarkan memasukkan hanya sebelah kakinya sahaja ke dalam bulatan tersebut. Pemain OKU yang menggunakan kerusi roda, mestilah memastikan salah satu rodanya (bahagian tangan yang membaling) berada di dalam bulatan . Tidak semestinya pemain yang melempar Jek yang akan melemparkan bola pertama.



(ii)



(iv)



Artikel 7 : Jarak sah untuk lontaran Jek



Jek yang dilempar dikira sah jika; (i)



Jarak antara kedudukan Jek dan garis hadapan bulatan:







4 meter hingga 8 meter bagi kanak-kanak (Minors)







5 meter hingga 9 meter bagi remaja (Cadets)







6 meter hingga 10 meter bagi dewasa (Senior & Juniors)



Jarak bulatan adalah sekurang-kurangnya 1 meter daripada apa-apa halangan dan juga daripada had kawasan larangan (out-of-bound area).



(iii) Jarak Jek juga hendaklah berada 1 meter daripada apa-apa halangan atau had kawasan larangan (out-of-bound area).



Jek boleh dilihat oleh pemain yang berdiri dengan kedua-dua kakinya berada di dalam bulatan. Jika ada pertikaian, pengadil akan menentukan sama ada Jek boleh dilihat atau sebaliknya dan sebarang bantahan tidak akan dilayan selepas itu



Untuk ‘END’ yang seterusnya Jek akan dilempar daripada bulatan baru yang dibuat di tempat Jek berada diakhir ‘END’ tadi oleh pasukan yang memenangi ‘END’ tersebut, kecuali dalam keadaan berikut; 1.



Bulatan terletak kurang 1 meter daripada halangan had kawasan larangan (out-of-bound area).



2.



Jek tidak dapat dilempar ke jarak-jarak yang telah ditentukan dalam peraturan jarak.



Dalam kes pertama, pemain boleh membuat bulatan baru ditempat yang tiada apa-apa halangan dalam kawasan permainan. Sementara dalam kes kedua, pemain boleh bergerak ke belakang tetapi mesti di garisan lurus dengan kedudukan Jek sehingga jarak maksima yang dibenarkan dapat diperolehi. Ini hanya boleh dilakukan jika jarak maksimum tidak dapat diperolehi di mana-mana bahagian dalam kawasan permainan.



Jika Jek yang dilempar tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan selepas tiga kali lontaran oleh seseorang pemain / pasukan, giliran lontaran akan diberikan kepada pihak lawan juga sebanyak tiga kali lontaran. Pihak lawan juga boleh mengalihkan bulatan ke belakang tetapi mesti mematuhi “Syaratsyarat yang telah ditetapkan di perenggan di atas”. Dalam keadaan ini, bulatan mungkin tidak boleh diubah-ubah lagi jika pasukan tersebut gagal menempatkan Jek tersebut dalam tiga kali lontaran.



Pasukan yang telah gagal membuat lontaran Jek selepas tiga kali percubaan masih mempunyai hak untuk melontar bola pertama.



Artikel 8 : Syarat lontaran Jek yang sah



Jika Jek yang dilontar ditahan oleh pengadil, pemain, penonton, binatang atau apa-apa objek bergerak, ianya adalah tidak sah dan tidak dikira sebagai satu lontaran. Jadi pemain berkenaan masih mempunyai tiga kali lontaran lagi.



Selepas Jek dilontar dan bola pertama juga telah dilontar, pemain pasukan lawan masih boleh membuat bantahan tentang kedudukan Jek. Jika bantahan ini diterima, Jek dan bola pertama tadi perlu dilontar semula.



Jika pemain / pasukan lawan juga telah membuat balingan bola, Jek akan dikira sah dan tiada bantahan akan dibenarkan selepasnya.



Setiapkali Jek dilontar, kedua-dua pasukan hendaklah menerimanya sebagai sah dahulu atau pengadil membenarkannya barulah memulakan permainan.



Artikel 9 : Jek mati



Jek dikira tidak sah (mati) berdasarkan enam kes berikut;



(i)



Selepas dilontar, kedudukan Jek berada diluar daripada kawasan seperti yang dinyatakan dalam Artikel 7.



(ii)



Semasa permainan, Jek telah bergerak keluar daripada had kawasan permainan dan masuk semula ke dalam kawasan permainan. Jek yang berada di atas garisan masih dikira sah. Lopak / kawasan berair di mana Jek boleh terapung dan bergerak dengan bebas adalah kawasan larangan dan dikira terkeluar daripada kawasan permainan.



(iii)



Kedudukan Jek telah tidak dapat dilihat atau terhalang walaupun masih dalam kawasan permainan. Jek yang terhalang / dilindungi oleh bola adalah dikira sah. Pengadil boleh mengalihkan bola / halangan tersebut sementara waktu untuk menentukan sama ada Jek tersebut dapat dilihat atau tidak.



(iv)



Jek telah digerakkan (displaced) kepada kedudukan lebih daripada 20 meter untuk ketegori dewasa, atau 15 meter untuk ketegori kanak-kanak daripada bulatan.



(v)



Apabila Jek yang beralih tempat tidak dapat dijumpai selepas mencarinya selama 5 minit.



(vi)



Apabila ada kawasan larangan (out of bound area) antara Jek dengan bulatan.



Artikel 10 : Denda jika mengalihkan halangan



Setelah Jek dilempar, pemain dilarang sama sekali daripada meratakan, mengalih atau memijak apa-apa halangan (batu, pasir, daun dan sebagainya) yang berada di kawasan permainan. Walau bagaimanapun, pemain boleh menutup lubang yang terjadi kesan lontaran bola yang terakhir sahaja.



Pemain yang gagal mematuhi peraturan ini boleh menyebabkannya dikenakan denda berikut;



(i)



Amaran.



(ii)



Dibatalkan bola yang telah dilontar atau bola yang akan dilontar.



(iii)



Pemain bersalah akan digantung satu ‘END’.



(iv)



Pemain bersalah akan digantung satu perlawanan.



(v)



Dibatalkan penyertaan pasukan.



(vi)



Dibatalkan penyertaan kedua-dua pasukan jika berlaku pergaduhan.



1.



2.



Artikel 10a : Menukar Jek atau bola



Pemain sama sekali tidak dibenarkan menukar bola atau ‘Jack’ semasa permainan kecuali;



Bola atau Jek hilang dan tidak dijumpai setelah dicari selama 5 minit.



Bola atau Jek pecah, dalam kes ini, bahagian terbesar daripada pecahan tersebut akan digunakan untuk menentukan kedudukan. Jika ‘END’ masih belum berakhir bahagian terbesar pecahan tadi akan digantikan dengan serta merta dengan bola yang mempunyai garis pusat yang sama dengan bola atau Jek yang pecah tadi. Untuk ‘END’ seterusnya, pemain boleh menggunakan set bola atau Jek yang baru.



Artikel 11 : Jek terlindung atau beralih Semasa di dalam proses ‘END’ jika Jek telah terlindung secara tidak sengaja oleh daun atau kertas, halangan tersebut bolehlah dialihkan. Jika Jek bergerak akibat tiupan angin atau sebab tanah tidak rata, Jek tersebut mestilah ditempatkan dikedudukan asalnya yang telah ditandakan.



(i)



Peraturan yang sama akan diguna pakai jika Jek dialihkan secara tidak sengaja oleh pengadil, pemain, penonton, bola atau Jek dari gelanggang bersebelahan, binatang atau apa-apa objek bergerak yang lain.



Jika Jek beralih kerana bola yang sedang dimainkan, ianya dikira sah.



Untuk mengelakkan pertikaian, pemain-pemain adalah dinasihatkan menandakan kedudukan Jek dan bola. Tidak ada bantahan yang akan dilayan jika kedudukan Jek dan bola tersebut tidak ditanda.



Artikel 12 : Jek beralih ke gelanggang bersebelahan



Dalam proses ‘END’ jika Jek telah bergerak dan memasuki gelanggang bersebelahan yang mana perlawanan lain sedang berjalan, sama ada kedudukannya ditanda atau tidak, permainan masih boleh diteruskan sekiranya ianya tidak melanggar syarat-syarat seperti yang ditetapkan di dalam Artikel 9.



Jika perlu pemain yang menggunakan Jek tersebut hendaklah menunggu permainan di gelanggang bersebelahan menamatkan ‘END’ mereka sebelum boleh meneruskan ‘END’ nya.



Pemain perlu menunjukkan kesabaran dan semangat kesukanan mereka.



‘END’ seterusnya hendaklah dimulakan di gelanggang yang telah ditetapkan untuk mereka.



Artikel 13 : Tindakan diambil jika Jek mati Jika Jek mati dalam proses ‘END’, satu daripada tiga perkara berikut boleh berlaku; Jika kedua-dua pasukan masih mempunyai bola untuk dimainkan, ‘END’ tersebut dikira tidak sah.



(ii)



Jika hanya satu pasukan sahaja masih lagi mempunyai bola untuk dimainkan, pasukan tersebut akan mendapat mata percuma sebanyak bilangan bola yang dimilikinya untuk dimainkan.



(iii)



Jika kedua-dua pasukan sudah tidak mempunyai bola lagi untuk dimainkan ‘END’ tersebut dikira tidak sah.



(a)



Artikel 14 : Meletakkan semula Jek yang diberhentikan Jek yang diberhentikan oleh pengadil atau oleh penonton, kedudukannya hendaklah dikekalkan di tempat ia diberhentikan.



(b)



Jek yang berhenti akibat sekatan oleh pemain sendiri, pemain pasukan lawan mempunyai pilihan berikut;



(i)



Biarkan Jek di tempat ia diberhentikan.



(ii)



Tempatkan di kedudukan asalnya.



(iii)



(a)



(b)



Tempatkan di mana-mana tempat di atas sepanjang arah perjalanan Jek daripada tempat asal ke tempat Jek diberhentikan pada jarak maksimum 20 meter (15 meter untuk kanak-kanak) dan masih boleh dilihat.



Perenggan (ii) dan (iii) hanya boleh digunakan jika kedudukan Jek ditanda sebelumnya. Jika tidak Jek mestilah dikekalkan di tempat ianya diberhentikan.



Jika selepas terkena balingan, Jek terkeluar daripada kawasan permainan (out-of bound area) dan kemudian melantun semula ke kawasan permainan, ianya dikira Jek mati dan tindakan yang perlu diambil diterangkan dalam Artikel 13.



Artikel 15 : Lontaran Jek yang terkeluar dari Gelanggang Permainan yang ditetapkan



Sekiranya dalam satu end, Jek terkeluar dari gelanggang yang telah di peruntukkan, end berikutnya akan dimulakan dari kedudukan Jek berkenaan sebelum ia terkeluar tertakluk kepada Artikel 7:



Bulatan lontaran boleh dibuat 1 meter daripada halangan atau had kawasan permainan (out-of bound area).



Jek boleh dilontarkan ke kawasan yang boleh mencapai jarak yang diperlukan.



BOLA Artikel 16 : Melontar bola pertama dan seterusnya



Bola pertama bagi tiap-tiap satu ‘END’ akan dilontar oleh pemain bagi pasukan yang memenangi lambungan syiling atau pasukan yang memenangi ‘END’ sebelumnya.



Pemain dilarang menggunakan apa-apa objek yang boleh membantunya melemparkan bolanya atau membuat tanda atau garisan di atas gelanggang yang membantunya menempatkan bola yang dibalingnya. Setelah pemain melontarkan ke semua bolanya, dia tidak dibenarkan lagi memegang mana-mana bola.



Hanya satu biji bola sahaja yang boleh dibaling dalam satu-satu masa.



Apabila bola telah dibaling, ianya tidak boleh dibaling semula. Walau bagaimanapun, ianya boleh dibaling semula jika bola tersebut dihentikan secara tidak sengaja oleh bola atau Jek dari gelanggang bersebelahan, binatang atau apa-apa objek bergerak yang lain. Perkara ini diterangkan dalam Artikel 8.



Bola dan juga Jek tidak bolah dilicinkan atau diminyakkan.



Jika bola pertama telah dilontar keluar daripada kawasan permainan, pemain pasukan lawan akan diberi giliran melontar bolanya. Bola akan dilontar secara bergilir-gilir.



Jika semua bola telah dibaling dan didapati tiada bola yang berada dalam had kawasan permainan, peraturan berkaitan Artikel 29 akan digunapakai.



Artikel 17 : Tingkah laku Pemain dan Penonton semasa permainan berlangsung Semasa pemain hendak membuat lontaran, pemain dan penonton perlu senyap. Pasukan lawan tidak boleh berjalan atau membuat sesuatu yang boleh menggangu pemain. Hanya ahli pasukannya sahaja yang boleh berdiri di antara kedudukan Jack dan bulatan untuk memberitahu (indicate) arah yang perlu dituju (aiming point).



Pasukan lawan mestilah sentiasa berada di sebelah luar kedudukan Jek atau di belakang pemain dengan jarak yang melebihi 2 meter.



Pemain yang gagal mematuhi peraturan tersebut setelah diberi amaran oleh pengadil boleh digantung daripada pertandingan.



Artikel 18 : Bola yang dilontar keluar gelanggang Tiada siapa yang dibenarkan melontar bola untuk percubaan semasa pertandingan. Pemain yang gagal mematuhi peraturan ini akan dikenakan denda seperti yang diterangkan dalam Artikel 10.



Semasa permainan berlangsung, bola yang bergerak keluar dari gelanggang tapi masih belum melepasi kawasan larangan (out-of bound area) adalah masih sah (kecuali seperti yang diterangkan dalam Artikel 19).



Artikel 19 : Bola mati



(a)



(b)



Mana-mana bola yang dilontar melepasi kawasan larangan (out-of bound area) atau garisan bola mati (dead ball line) dikira batal (Bola mati).



Jika bola tersebut bergolek dan memasuki semula kawasan permainan, sama ada disebabkan oleh gelanggang yang tidak rata, digerakkan oleh objek bergerak dan sebagainya, bola tersebut hendaklah dikeluarkan dengan serta merta daripada kawasan permainan dan apa-apa benda yang telah berubah akibat pergerakan bola tersebut perlu diletakkan di tempat asalnya.



Bola yang telah mati hendaklah dengan serta merta dikeluarkan daripada kawasan permainan, bola tersebut dikira sah sekiranya bola berikutnya telah dilontar oleh pihak lawan.



Artikel 20 : Bola yang diberhentikan Mana-mana bola yang berhenti akibat disekat oleh penonton atau pengadil hendaklah dibiarkan berada di tempat ianya berhenti.



Mana-mana bola yang berhenti akibat sekatan pemain pasukannya adalah dikira bola mati.



Mana-mana bola dibaling (pointed) yang diberhentikan oleh pihak lawan boleh memilih sama ada bola tersebut dimainkan semula atau dibiarkan di mana ia berhenti.



Jika bola dibaling (shot) diberhentikan oleh pemain pasukannya, pihak lawan mempunyai peluang untuk:



Membiarkan bola tersebut berada di tempat ianya diberhentikan.



Meletakkannya di mana-mana tempat di sepanjang garisan pergerakan daripada kedudukan asal bola hingga ke tempat ia diberhentikan, tetapi dengan syarat kedudukan asal bola berkenaan telah ditandakan.



Pemain yang dengan sengaja menghalang atau menyekat bola yang sedang bergerak akan menyebabkan penyertaannya dan pasukannya dibatalkan serta merta.



Artikel 21 : Tempoh masa melontar bola



Bila Jek telah dilontar, pemain mempunyai satu minit untuk membaling bolanya. Masa dikira sebaik sahaja bola sebelumnya atau Jek berhenti. Jika mata (point) terpaksa diukur, masa satu minit dikira bermula sebaik sahaja pengukuran tamat.



Peraturan yang sama juga adalah dipakai bagi balingan Jek selepas tiap-tiap ‘END’.



Pemain yang tidak mematuhi peraturan ini boleh dikenakan denda seperti di bawah Artikel 10.



Artikel 22 : Bola beralih tempat Jika bola telah berhenti, tetapi bergerak semula akibat tiupan angin atau akibat tanah tidak rata, bola tersebut bolehlah ditempatkan di kedudukan asal tempat ia mula-mula berhenti tadi. Peraturan yang sama perlu diikuti bagi bola yang berubah kedudukannya secara tidak sengaja akibat perbuatan pemain, penonton, binatang atau apa-apa objek bergerak.



Untuk mengelakkan apa-apa pertelingkahan, pemain hendaklah menandakan kedudukan asal bola dan Jek. Bantahan tidak akan dilayan jika bola dan Jek tersebut tidak ditandakan kedudukan asalnya. Pengadil hanya akan membuat keputusan berpandukan kedudukan bola dan Jek di atas gelanggang.



Walau bagaimanapun, jika bola beralih akibat bola lain dalam permainan, ianya dikira sah.



Artikel 23 : Melontar bola bukan milik sendiri



Pemain yang melontar bola selain daripada bola kepunyaannya akan diberi amaran. Walau bagaimanapun, bola tersebut dikira sah tetapi perlu digantikan serta merta dengan bolanya yang sebenar selepas diukur.



Jika kesalahan yang sama berulang dalam satu-satu permainan, bola pemain tersebut akan dikira batal. Sementara apa-apa yang berubah kedudukannya akibat balingan bola yang dibatalkan tersebut perlu ditempatkan kedudukan asalnya.



Sebelum melontar, pemain perlu membuang apa-apa kotoran / tanah yang melekat pada bola. Kegagalan berbuat demakian boleh menyebabkan pemain dikenakan denda seperti di bawah Artikel 10.



Pemain tidak boleh memungut bola yang dimainkan sebelum permainan (END) tamat.



Artikel 24 : Membaling bola yang tidak mengikut peraturan



Mana-mana bola yang dibaling dengan tidak mengikuti syarat-syarat sebagaimana yang telah dinyatakan sebelumnya akan dibatalkan. Peraturan yang sama diguna pakai untuk balingan Jek.



Walau bagaimanapun, pasukan lawan berhak membuat pilihan dan atas kelebihan (advantage) pasukannya, mengira bola tersebut sebagai sah. Dalam kes ini, bola yang dibaling tersebut perlu dibiarkan pada kedudukan barunya. Begitu juga dengan apa-apa perubahan akibat balingan tersebut.



MATA DAN PENGUKURAN



Artikel 25 : Mengalihkan bola untuk sementara Untuk maksud pengukuran mata, bola atau apa-apa halangan yang berada di antara kedudukan Jek dan bola, bolehlah dialihkan sementara waktu setelah kedudukannya ditandakan. Selepas pengukuran, bola dan apa-apa halangan hendaklah diletakkan kembali di tempat asalnya. Jika halangan tersebut tidak boleh dialihkan, pengukuran perlu dibuat secara ‘calipers’.



Artikel 26 : Mengukur untuk Kiraan mata



Pengukuran adalah menjadi tanggungjawab pemain terakhir atau salah seorang pemain dalam pasukannya. Pemain pihak lawan boleh mengukur semula kedudukan tersebut setelah pengukuran dibuat. Pendapat dan keputusan pengadil mengenai jarak pengukuran baru tersebut adalah muktamad. Pengukuran mestilah dibuat dengan menggunakan peralatan yang sesuai, yang mana kedua-dua pasukan memilikinya. Mengukur menggunkan tapak kaki adalah dilarang sama sekali. Pemain yang tidak mengendahkan peraturan ini setelah diberi amaran oleh pengadil, boleh dikenakan salah satu denda seperti yang dinyatakan dalam Artikel 10.



Artikel 27 : Bola dialih sebelum kiraan mata diperolehi



Setelah tamat satu-satu ‘END’, mana-mana bola yang telah diubah / dialih kedudukannya sebelum pengiraan dibuat dan kedudukan bola tersebut tidak ditanda, markahnya akan dikira batal. Bantahan terhadap kesalahan ini tidak akan dilayan.



Artikel 28 : Menggerakkan Bola atau Jack



Pemain / pasukan akan kehilangan mata jika pemain menggerakkan atau mengubah kedudukan bola atau Jek semasa pengukuran sedang dijalankan.



Jika semasa pengukuran, Pengadil mengubah atau menggerakkan Jack atau Bola……..



Artikel 29 : Bola yang sama jarak dengan Jek



Jika dua bola yang terdekat dengan Jek milik pemain / pasukan yang berbeza mempunyai jarak yang sama, 3 keadaan berikut boleh di aplikasikan;



(a)



Jika kedua-dua pemain / pasukan sudah tiada bola untuk dimainkan, maka ‘END’ tersebut diisytiharkan sebagai tidak sah dan pasukan yang memenangi ‘END’ sebelumnya akan melontarkan Jek.



(b)



Jika hanya tinggal satu pasukan / pemain sahaja yang ada bola untuk dimainkan, pasukan tersebut hendaklah membaling bolanya. Jumlah markah akan dikira melalui berapa banyak bola yang ada berhampiran dengan Jack.



(c)



Jika kedua-dua pemain / pasukan masih ada bola untuk dimainkan, permainan akan disambung oleh pemain / pasukan yang terakhir membaling bola sebelumnya, diikuti oleh pemain / pasukan lawan secara berselang seli sehinggalah markah akhir dimenangi olah salah satu pasukan / pemain. Bila hanya satu pasukan sahaja yang ada bola untuk dimainkan, syarat / peraturan dipara di atas adalah digunapakai.



Jika dalam proses menamatkan ‘END’, tiada bola berada di kawasan ‘pitch’ yang dibenarkan, ‘END’ tersebut dikira batal.



Artikel 30 : Benda asing yang melekat pada bola dan Jek



Apa-apa benda asing yang melekat kepada mana-mana bola dan Jek hendaklah dibersihkan terlebih dahulu sebelum pengukuran dibuat.



Artikel 31 : Tuntutan-tuntutan



Hanya bantahan atau protes yang dibuat melalui pengadil (Umpire) akan diterima. Bantahan yang dikemukakan selepas keputusan penuh perlawanan diperolehi tidak akan dilayan.



Tiap-tiap pasukan adalah bertanggungjawab untuk meneliti dan mempastikan syarat-syarat asas pasukan lawan dipenuhi (permit, kategori, ‘pitch’, bola dan sebagainya).



DISIPLIN



Artikel 32 : Denda kegagalan berada di kawasan permainan Semua pemain / pasukan dikehendaki hadir semasa pengundian dan semasa pengumuman keputusan pengundian dibuat. Mana-mana pemain / pasukan yang gagal hadir dikawasan permainan dalam masa 15 minit selepas pengumuman pertandingan akan didenda potongan satu mata dan mata tersebut akan diberikan kepada pihak lawan.



Selepas 15 minit pertama dan pemain berkenaan masih lagi gagal hadir di tempat pertandingan, denda satu mata lagi dikenakan untuk tiap-tiap 5 minit berikutnya.



Denda seumpamanya juga akan digunapakai di sepanjang masa pertandingan, selepas tiap-tiap pengundian seterusnya dan permulaan semula pertandingan selepas masa rehat yang diberikan.



Pasukan yang gagal hadir di kawasan permainan selepas satu jam daripada pengumuman pertandingan dibuat akan dikira kalah.



Pasukan yang tidak cukup bilangan pemain boleh membuat pilihan untuk memulakan permainan tanpa menunggu pemain berkenaan tetapi mereka tidak boleh menggunakan bola pemain yang tidak hadir itu.



Artikel 33 : Kehadiran pemain yang lewat



Pemain yang tiba selepas satu-satu ‘END’ dimulakan, tidak akan dibenarkan mengambil bahagian dalam ‘END’ tersebut. Dia hanya akan dibenarkan mengambil bahagian di dalam ‘END’ yang seterusnya.



Pemain yang tiba lewat satu jam atau lebih selepas permulaan perlawanan akan dikira batal dan tidak boleh mengambil bahagian lagi dalam perlawanan tersebut.



Jika ahli pasukannya berjaya memenangi perlawanan tersebut, dia boleh dibenarkan mengambil bahagian di dalam perlawanan seterusnya dengan syarat beliau adalah ahli pasukan asal yang didaftarkan.



Jika pertandingan dibuat secara liga, dia boleh mengambil bahagian dalam perlawanan kedua tanpa mengambil kira keputusan perlawanan pertama.



‘END’ dikira bermula sebaik sahaja Jek telah dilontar dan telah memenuhi syarat-syarat sebagaimana yang telah dimaklumkan dalam peraturan-peraturan ini.



Artikel 34 : Penggantian pemain



Penggantian atau penukaran pemain dalam ketegori berdua (double) dan satu atau dua pemain dalam ketegori bertiga (triples) hanya dibenarkan jika ada pengumuman secara rasmi sebelum pertandingan (pengumuman dibuat secara lisan, menggunakan wisel, pistol dan sebagainya), dan pemain pengganti tadi mestilah tidak pernah sebelumnya berdaftar dengan pasukan lain dalam pertandingan tersebut.



Artikel 35 : Denda-denda dalam permainan



Artikel 36 : Cuaca buruk Jika hujan, mana-mana ‘END’ yang telah dimulakan mestilah dihabiskan, kecuali diputuskan oleh pengadil atas nasihat para juri untuk menangguhkan ‘END’ tersebut atau membatalkannya atas sebab-sebab yang tidak dijangkakan (force majeure).



Jika selepas pengumuman peringkat seterusnya pertandingan (pusingan kedua, ketiga dan sebagainya), dan pertandingan tidak dapat diteruskan, pengadil atas nasihat penganjur pertandingan boleh membuat keputusan yang diperlukan untuk melicinkan proses pertandingan seterusnya.



Pemain tidak dibenarkan untuk meninggalkan pertandingan atau kawasan permainan tanpa kebenaran pengadil. Jika dilakukan, pemain berkenaan akan dikenakan tindakan di bawah Artikel 32 dan 33.



Artikel 37 : Fasa baru permainan



Artikel 38 : Berkongsi hadiah Apa-apa pakatan sama ada untuk berkongsi hadiah atau untuk menentukan keputusan pertandingan adalah dilarang sama sekali. Mana-mana pasukan yang tidak menunjukkan semangat kesukanan atau tidak menghormati penonton, pegawai pertandingan dan pengadil akan dikeluarkan daripada pertandingan atau boleh didenda seperti dinyatakan dalam Artikel 37.



Artikel 39 : Berkelakuan tidak sopan Pemain yang didapati bersalah kerana berkelakuan tidak sopan atau lebih buruk lagi menunjukkan tingkahlaku ganas kepada pegawai pertandingan, pengadil, pemain pihak lawan atau penonton, boleh dikenakan satu atau lebih denda berikut bergantung kepada seriusnya kesalahan yang telah dilakukannya;



(1)



Dibatalkan daripada pertandingan.



(2)



Ditarik permitnya.



(3)



Diambil balik hadiah kemenangannya.



Denda ke atas mana-mana pemain dalam pasukan boleh juga dikenakan kepada pasukannya.



Denda (1) dan (2) boleh dikuatkuasakan oleh pengadil sahaja. Sementara denda (3) akan diputuskan oleh Jawatankuasa Penganjur yang akan membuat keputusan bertulis dalam masa 48 jam dari masa kejadian berlaku, kepada badan induk yang akan menentukan keputusannya.



Dalam kebanyakan kes, Pengerusi Jawatankuasa kepada badan induk itu akan membuat keputusan akhir.



Artikel 40 : Tugas seorang Pengadil Pengadil yang telah dilantik untuk mengadili satu-satu pertandingan hendaklah mengadili pertandingan tersebut berpandukan peraturan-peraturan pertandingan. Pengadil adalah mempunyai kuasa untuk menggantung / menghalang mana-mana pemain / pasukan daripada meneruskan permainan jika tidak mahu mengikuti / mematuhi keputusannya.



Penonton berlesen / permit yang boleh menyebabkan berlakunya insiden buruk akibat salah lakunya akan dilaporkan oleh pengadil kepada badan induk Petanque. Mereka kemudiannya boleh disaman untuk hadir di Mesyuarat Disiplin yang akan memutuskan denda yang akan dikenakan kepadanya.



Artikel 41 : Komposisi dan keputusan Juri Mana-mana kes yang tidak dinyatakan di dalam peraturan ini boleh dikemukakan kepada pengadil dan pengadil akan merujuk kes tersebut kepada Jemaah Juri. Juri pertandingan hendaklah terdiri daripada 3 orang hingga 5 orang. Keputusan Juri untuk kes-kes sedemakian adalah muktamad. Dalam kes Juri yang tidak dapat membuat kata sepakat, keputusan Ketua Juri adalah muktamad.



Pemain-pemain perlu berpakaian yang sesuai. Pakaian yang menjolok mata dan tidak memakai kasut adalah ditegah sama sekali. Mana-mana pemain yang gagal mematuhi peraturan ini boleh ditahan daripada terus bermain setelah diberi amaran oleh pengadil.



Note:



Peraturan terbaru ini diluluskan oleh kongres antarabangsa “The Federation Internationale de Petanque et Jeu Provebcal” di Grenoble pada 3rd Oktober 2002.



PANDUAN PEMBINAAN GELANGGANG PETANQUE Pengenalan



Petanque adalah sejenis permainan yang mudah dipelajari dan dimainkan. Selain daripada kos yang murah untuk mula memainkan permainan ini, ia juga boleh dimainkan pada semua jenis permukaan kecuali simen dan tar serta tidak terikat dengan gangguan angin. Permainan petanque ini mempunyai banyak persamaan dengan permainan bowling padang, namun permainan bowling padang hanya dapat dimainkan di atas permukaan gelanggang khas sahaja. Manakala petanque boleh dimainkan di permukaan gelanggang tanah, pasir, rumput dan sebagainya. Peralatan permainan petanque juga sangat mudah iaitu hanya memerlukan beberapa biji bola besi (Boules) dan sebiji bola kayu (Jack). Walaupun harga bola petanque agak mahal (bergantung kepada jenis dan jenama), namun ia adalah berbaloi untuk dibeli kerana



bola petanque boleh tahan bertahun-tahun lamanya. Dari segi bilangan pemain pula sukan petanque boleh dimainkan secara perseorangan, bergu dan bertiga. Tujuan saya berkongsi ilmu untuk membina gelanggang petanque ini tentunya dengan harapan supaya permainan petanque menjadi sukan yang paling digemari dalam kalangan masyarakat seluruhnya.



Rajah 1: Lapisan Permukaan Gelanggang 3 lapisan



Menentukan arah dan lokasi



Pembinaan gelanggang petanque hendaklah di atas permukaan yang mendatar dan lebih tinggi dari aras laut. Selain daripada dapat menjimatkan kos pembinaan, kawasan yang tinggi dan keras memudahkan kita membina gelanggang. Untuk menentukan arah jalur gelanggang hendaklah dalam anggaran 90 darjah dari arah matahari naik dan turun.



Rajah 2: Permukaan Gelanggang 2 lapisan



Spasifikasi lapisan permukaan



Untuk mendapat sebuah gelanggang yang berkualiti tinggi lapisan gelanggang adalah seperti rajah 1. Ketebalan quary dust tidak melebihi 2”. Ketebalan batu ¾” bergantung kepada permukaan, untuk mendapatkan level permukaan (ketebalan cadangan 2 – 3 inci). Ketebalan kasaran bergantung kepada permukaan untuk mendapatkan level permukaan. Untuk menjadikan gelanggang yang kita bina lebih mencabar pemain, dicadangkan agar kita menaburkan batu kasar di permukaan gelanggang (chipping). walau bagaimanapun chipping ini jangan diletakkan terlalu banyak kerana ini akan merosakkan bola petanque.



Rajah 3: Gelanggang Tunggal



Keluasan kawasan permainan gelanggang tunggal (1 gelanggang) Keluasan minima satu gelanggang adalah 4m x 15m, walau bagaimana pun tembok sekitar gelanggang biasanya diperlukan untuk mengelak bola tersasar jauh, rajah 2 menunjukkan 1 gelanggang permainan berserta tembok.



Rajah 4: Gelanggang Berkembar 4.



Cadangan Bilangan Gelanggang Paling Optimum (Berkembar) Bilangan gelanggang berkembar paling sesuai adalah dengan gandaan 4 seperti 4, 8, 16, 32, 64 gelanggang dan seterusnya. (rujuk rajah 4), kesesuaian adalah berdasarkan pekara-pekara berikut; 1.



Sesuai dengan sistem pertandingan



2.



Bilangan yang mencukupi dengan lampu limpah dengan ketinggian 30’ dapat menerangi keseluruh kawasan mengikut pandangan biasa.



3.



Menepati peraturan keluasan minima gelanggang.



4.



Gelanggang berkembar paling menjimatkan.



Spasifikasi tambahan



1.



Outlet air keluar (Sistem paiping bawah tanah - kos lebih mahal)



2. Tambahan ketinggian 2” di bahagian tengah setiap gelanggang



Rajah 5: Kos Membina Gelanggang Tunggal



Anggaran Kos Pembinaan Gelanggang Tunggal Anggaran Kos pembinaan bagi satu gelanggang (Negeri Sarawak) 1. Quary dust (5 tan x RM65)



RM 325.00



2. Batu¾ (7 tan x RM50)



RM 350.00



3. Kasaran (10 tan x RM50)



RM 500.00



4. Tembok (Bata @ Kayu)



RM 600.00



JUMLAH



RM1,775.00



** Harga di atas adalah harga pembelian secara terus dari Quary dengan kadar sekurang-kurangnya 5 tan.



Penyesuaian Pembinaan Berdasarkan Permukaan asas 1. Rumput Sekiranya permukaan asas berumput, pembinaan hendaklah mengikut spesifikasi lapisan permukaan di atas, (belanja agak besar). Untuk penjimatan, buang rumput sehingga tinggal lapisan tanah, kemudian letak batu ¾ dan diikuti quary dust, atau boleh terus letak quary dust. 2. Tanah Sekiranya permukaan tanah keras, letak batu ¾ dan diikuti quary dust atau boleh terus letak quary dust mana yang lebih sesuai 3. Batu Sekiranya permukaan asas berbatu, boleh terus letak quary dust.



Semua lapisan yang dimaksudkan hendaklah mengikut ketebalan yang telah ditetapkan.



Rajah 6: Kos Membina Gelanggang Kembar 4 Anggaran Kos Perbelanjaan Gelanggang Berkembar 4. 1. Quary dust (20 tan x RM65)



RM1 300.00



2. Batu ¾ (30 tan x RM50)



RM1 500.00



3. Kasaran (40 tan x RM50)



RM2 000.00



4. Tembok (batu curve 2’)



RM 600.00 JUMLAH



RM5 400.00



** Kos boleh dijimatkan berdasarkan permukaan asas lokasi pembinaan gelanggang. Contohnya, jika permukaan gelanggang telah sediakala keras, anda tidak perlu meletakkan batu kasar, sebaliknya boleh terus meletakkan batu halus dan quary dust.



Rajah 7: Anggaran Kos Bola Petanque (Sila dail 019-8884070 untuk rundingan)



Rajah 8: Contoh Gelanggang Petanque Kampung Santubung.



Rajah 9: Contoh Gelanggang Petanque Petronas Telaga 3.



Rajah 10: Contoh Gelanggang Petanque SMK Santubung.



Rajah 11: Contoh Gelanggang Petanque Balok, Kuantan.



Penutup Semoga dengan penerbitan artikel ini dapat membantu teman-teman penggiat sukan petanque untuk membina padang petanque sendiri sama ada di halaman rumah, di kawasan pejabat, di sekolah, di kompleks sukan atau di mana-mana sahaja tempat yang ada peminat sukan petanque ini. Diharap juga artikel ini dapat membantu para kontraktor yang dilantik untuk membina gelanggang petanque, tetapi kurang pengatahuan tentang sukan ini. Wallahuallam.... PANDUAN MEMILIH BOLA PETANQUE Oleh: George Aiman Milin



Tiga (3) perkara penting yang perlu diambilkira dan dipertimbangkan ketika memilih dan membeli bola petanque untuk kegunaan sendiri (peribadi) ialah seperti; 1. Adakah bola tersebut mematuhi Peraturan pertandingan; 2. Adakah bola tersebut sesuai untuk kita; 3. Berapa bajet kita untuk memiliki satu-satu jenis bola petanque.



Gambarajah 1: Bola Untuk Pertandingan



1.



ADAKAH BOLA TERSEBUT MEMATUHI PERATURAN PERTANDINGAN



Ini merupakan perkara yang sangat penting dalam memilih/membeli bola petanque. Ini kerana bola petanque yang dijual dalam pasaran ada 2 jenis dan pelbagai jenama. Jenis pertama ialah Bola Latihan (Training Ball) dan jenis kedua ialah Bola Pertandingan (Competition Ball). Bola Latihan (training ball) boleh dikenali dengan ciri-ciri seperti; harga yang lebih murah dan bola besi yang kosong/plain (tiada engrave jenama, kod, berat, saiz pada bola) dan ada juga bola latihan dibuat daripada bukan logam (getah sentetik, kayu, dsb). Sementara Bola Pertandingan (Competition Ball) mestilah bola diperbuat dari logam, harganya lebih mahal dan ada tertera / engrave jenama pengeluar, berat bola dan kod atau saiz pada bola. Nama atau singkatan nama pemilik boleh juga diengrave pada bola tetapi ianya tidak wajib.



Gambarajah 2: Syarat Bola Pertandingan Hanya bola pertandingan (Competition Ball) sahaja dibenarkan untuk sebarang pertandingan rasmi. Dan bola tersebut mestilah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dalam Artikel 2a. Sekiranya melanggar peraturan dalam Artikel 2a, pemain boleh dikenakan denda seperti dalam Artikel 2b. Oleh itu, pesanan saya kepada pemain petanque, janganlah memilih bola berdasarkan harganya yang murah (Training Ball) kerana ianya tidak diterima dalam kejohanan rasmi. Artikel 2a : Kreteria-kreteria Bola yang diluluskan Permainan ini perlu menggunakan bola yang diluluskan oleh FIPJP dan memenuhi kreteria-kreteria berikut ; (i)



Bola mestilah diperbuat daripada logam.



(ii) Garis pusat bola mestilah antara 7.05cm (minimum) hingga 8.0cm (maksimum). (iii) Berat bola mestilah antara 650 gram (minimum) hingga 800 gram (maksimum). Tanda pengeluar dan berat hendaklah tertera di atas bola dan sentiasa dapat dilihat dengan jelas. (iv) Bola sama sekali tidak boleh dibuat sebarang bentuk pengubahsuaian ke atasnya selepas pengeluarannya disahkan oleh pengeluar yang diberi kelulusan. Walau bagaimanapun nama pemain, logo, akronim atau ‘initial’ boleh diukir (engrave) di atasnya. Artikel 2b : Denda jika bola tidak memenuhi syarat



(i)



 



 















Pemain yang didapati bersalah kerana tidak mematuhi peraturan dipara (iv) akan dibatalkan daripada menyertai pertandingan dengan sertamerta, bersekali dengan rakan atau rakan-rakan pasukannya. Jika didapati bola telah diubahsuai atau ditempa semula, permit / essen pemain boleh digantung sehingga satu tempoh yang telah ditetapkan dalam Kod Disiplin, bersekali dengan denda yang akan dikenakan oleh Jawatankuasa Disiplin Persatuan Petanquenya. Jika bola yang diubahsuai itu adalah bola pinjaman dan pemiliknya telah dikenalpasti, pemilik bola itu juga boleh dikenakan tindakan yang serupa. Jika bola itu tidak diubahsuai, tetapi berubah dari bentuk asalnya kerana terlalu lama usianya, atau berubah bentuk asalnya akibat proses pengeluaran, tidak lulus pemeriksaan atau tidak mematuhi mana-mana syarat seperti di para (i), (ii) dan (iii) di atas, pemain boleh menukarkan bola tersebut. Pemain perlu menukarkan keseluruhan set bola. Sebarang bantahan mengenai peraturan (i), (ii) dan (iii) di atas hanya boleh diterima sebelum permainan / perlawanan bermula. Oleh itu, setiap pemain perlu memastikan bola mereka dan bola pihak lawan mematuhi syarat-syarat berkenaan sebelum perlawanan bermula. Bantahan berkaitan peraturan (iv) pula boleh dibuat bila-bila masa ketika perlawanan sehingga ‘END’ yang kedua. Namun pada atau selepas ‘END’ ketiga, jika didapati bantahan terhadap bola pihak lawan adalah tidak berasas, pemain berkenaan atau pasukannya akan dikenakan denda 3 mata dan mata tersebut akan ditambah kepada jumlah pungutan mata pihak lawan. Pengadil atau juri boleh pada bila-bila masa ketika perlawanan memeriksa bola mana-mana pemain.



2.



ADAKAH BOLA TERSEBUT SESUAI UNTUK ANDA



Perkara seterusnya yang perlu diambil perhatian adalah kesesuaian bola tersebut dengan pemiliknya. Ada beberapa aspik yang harus dipertimbangkan dalam memilih bola yang sesuai untuk anda; 1. Saiz bola yang sesuai (Kecil, Sederhana, Besar); 2. Anda jenis pemain apa (Pointer, Medium, Shooter); 3. Bola dibuat dari logam/metal apa (keras, sederhana, lembut). Saiz bola yang sesuai (Kecil, Sederhana, Besar) Asas dalam pemilihan bola yang sesuai ialah adakah anda mempunyai genggaman (grip) yang mantap kepada bola anda. Untuk itu anda perlu mengukur saiz tapak tangan anda. Pemain wanita biasanya menggunakan bola yang lebih kecil (71, 72, 73) kerana tapak tangan mereka lebih kecil. Sementara pemain lelaki menggunakan bola yang lebih besar. Ada beberapa alat pengukur untuk memastikan saiz bola yang sesuai dengan tapak tangan anda. Antaranya adalah seperti alat pengukur di bawah. Letakkan ibu jari di sebelah kiri dan jari tengah (jari hantu) di sebelah kanan (Seperti Gambarajah).



Gambarajah 3: Pengukur Saiz Tangan untuk Bola Selain itu anda juga boleh memilih bola berdasarkan jadual 1 seperti di bawah; Saiz tangan adalah ukuran bukaan tapak tangan dari hujung ibu jari sehingga hujung jari telunjuk. SAIZ TANGAN



16cm



17cm



18cm



19cm



20cm



21cm



22cm



23cm



24cm



25cm



(ii)



SAIZ BOLA



71



72



73



74



75



76



77



78



79



80



Jadual 1: Ukuran Saiz Tangan dan Saiz Bola Saiz yang tepat akan memastikan cengkaman dan genggaman anda pada bola adalah selesa, ini akan membuatkan anda mudah untuk mengendalikan bola anda ketika membuat lontaran. Keselesaan ini juga akan membuat anda mudah menyelaraskan kekuatan lontaran (tenaga yang digunakan) dengan jarak lontaran dan target. Konsep ini disebut oleh Professor Diraja Ungku A.Aziz sebagai “Acundali”.



Gambarajah 4: Panduan Asas memilih Bola Anda jenis pemain apa (Pointer, All Rounder, Shooter) Kesesuaian bola juga bergantung kepada anda jenis pemain apa. Jika anda adalah pemain Pointer (Peranan mendekatkan bola dengan jeck), anda memerlukan bola yang lebih kecil (71-73 mm) tetapi lebih berat (710-800g). Tujuan penggunaan bola kecil dan berat ialah supaya dapat menyukarkan pihak lawan memukul (shooting) bola anda, sekiranya shooting lawan tidak tepat, maka bola yang berat tidak akan beralih jauh. Dari segi Pattern pula, pemain “Pointer” biasanya akan menggunakan bola yang bercorak banyak seperti corak no.2, no.3 dan no.6 (Lihat Gambarajah 5). Tujuannya ialah untuk menambah grip/genggaman ketika hendak membaling bola agar mudah untuk membuat teknik inswing dan outswing.



Gambarajah 5: Pelbagai Corak Bola Sementara jika anda pemain All Rounder atau Medium atau Anchor, anda memerlukan bola yang sederhana iaitu saiz 73-75 mm dan berat 690-720g. All Rounder Player adalah pemain yang berperanan mendapatkan mata samaada dengan mendekatkan bola dengan jeck atau dengan memukul (shooting) bola lawan atau jeck. Untuk permainan bertiga (triple), biasanya pemain All Rounder adalah pemain ketiga. Pettern atau corak yang sesuai untuk pemain All Rounder ialah corak sederhana banyak seperti corak no.1 dan no.4 (Lihat Gambarajah 5). Namun ianya bergantung kepada keselesaan pemain tersebut. Kebanyakan pemain All Rounder juga suka manggunakan bola tanpa corak iaitu No.0 sahaja. Pemain Shooter atau Gunner atau Killer adalah pemain yang berperanan memukul (shooting) bola lawan. Pemain Shooter biasanya menggunakan bola yang lebih besar (75-78 mm) dan lebih ringan (670-710g). Tujuan penggunaan bola yang lebih besar adalah untuk meningkatkan kebarangkalian untuk shooting yang mengena. Bola yang lebih ringan digunakan oleh pemain shooter kerana pemain jenis ini perlu menggunakan tenaga yang lebih banyak kerana perlu membuat hayunan yang lebih bertenaga, penggunaan bola yang berat akan menyebabkan pemain akan cepat kepenatan (kehilangan tenaga) yang seterusnya akan menjejaskan pristasi permainannya. Bola tanpa corak (botak) iaitu bola No.0 adalah bola yang popular untuk pemain Shooter. Bola tanpa corak digunakan oleh pemain Shooter kerana pemain Shooter tidak memerlukan teknik inswing dan outswing. Pemain Shooter cuma memerlukan balingan lurus (Rolling, Half Lop dan Full Lop) yang tepat sahaja. Sebelum ini (Topik Ukuran Saiz Bola) saya menasihatkan anda memilih ukuran bola yang sesuai dengan saiz tangan anda. Walau bagaimanapun, dalam bab ini pula saya mencadangkan supaya, jika anda pemain “Pointer” anda patut menggunakan bola yang lebih kecil, semantara jika anda pemain “Shooter” anda patut menggunakan bola yang lebih besar. Persoalannya sekecil dan sebesar mana bola yang sesuai untuk pointer dan shooter ini? Gambarajah di bawah menerangkan saiz yang sesuai untuk pemain “Pointer” dan pemain “Shooter”.



Gambarajah 6: Ukuran bola Pointer Bagi pemain “Pointer”, apabila anda menggenggam bola anda menggunakan kedua-dua tapak tangan anda seperti rajah di atas, jari tengah (jari hantu) anda akan bertemu satu sama lain.



Gambarajah 7: Ukuran bola Shooter Bagi pemain “Shooter”, apabila anda menggenggam bola anda menggunakan kedua-dua tapak tangan anda seperti rajah di atas, jari tengah (jari hantu) anda akan terpisah satu sama lain dengan jarak tidak melebihi 1cm.



(iii)



Bola dibuat dari logam/metal apa (keras, sederhana, lembut). Jenis logam yang digunakan untuk membuat bola yang anda hendak gunakan juga perlu anda ketahui, kerana jenis logam ini juga mempengaruhi harga bola, pristasi ketika dalam gelanggang dan jangka hayat bola anda. Kebanyakan bola pertandingan yang dijual dalam pasaran diperbuat daripada logam khas iaitu; keluli, keluli karbon, keluli tahan karat, kromium, nikel, tembaga, titanium dan gangsa.



Gambarajah 8: Bola Keras (Hard Boules) Bola yang diperbuat daripada keluli dan keluli karbon (Carbon Steel) adalah bola yang keras (hard boules). Bola keras sesuai digunakan oleh pemain “Pointer”. Bola keras sesuai dalam mana-mana permukaan gelanggan, tahan lama dan sukar calar. Walau bagaimanpun, bola jenis ini tidak boleh dibiarkan terdedah dengan udara dan kelembapan kerana ia akan berkarat. Pemiliknya perlu memastikan bola jenis ini sentiasa kering selepas digunakan dan sebaiknya menyapu sedikit minyak ketika hendak menyimpannya. Contoh bola jenis ini yang ada dalam pasaran ialah seperti bola Lafranc SM dan Obut Match (Gambarajah 8).



Gambarajah 9: Sederhana Keras (Semi Soft Boules) Sementara bola yang diperbuat daripada keluli tahan karat (Stanless Still) pula adalah bola yang sederhana keras (Semi Soft). Bola sederhana keras ini sesuai digunakan oleh pemain All Rounder atau Medium. Kebaikan bola ini ialah, ianya tidak perlu penjagaan yang rapi kerana ianya adalah tidak berkarat walaupun terdedah dengan air dan udara. Bola jenis ini paling selesa digunakan dalam permainan dan paling popular dalam kalangan pemain petanque. Walau bagaimanapun bola ini lebih mahal harganya dan kadang-kala lebih cepat pecah jika dihentak atau dibaling dengan bola keras yang lain. Contoh bola jenis ini ialah seperti bola Lafranc SS dan Obut Match 115 IT (Gambarajah 9).



Gambarajah 10: Bola Lembut (Soft Boules) Seterusnya ada juga bola yang diperbuat daripada logam istimewa seperti kromium, nikel, tembaga dan gangsa. Bola jenis ini biasanya ditawarkan dengan harga yang sangat mahal, dan sifat bola adalah bola lembut (Soft boules). Kerana sifatnya yang lembut, bola ini tidak sesuai digunakan dalam gelanggang yang berbatu kasar kerana ia akan rosak dan calar balar. Walau bagaimanpun, keistimewaan bola jenis ini ialah ia paling selesa digunakan, menyerap hentakan bola keras dan gelanggang keras. Oleh itu pemain yang menggunakan bola jenis ini sentiasa dapat mengawal lontaran bolanya dengan sempurna dan pemainnya sering memenangi kejohanan. Pengeluar bola jenis ini kadang-kala memberikan promosi “Monay Back Guarantee” jika pemain yang menggunakan bola jenis ini kalah dalam pertandingan. Contoh bola jenis ini yang ada dalam pasaran adalah seperti Bola Nexius dan Obut ATX (Gambarajah 10). 3.



BERAPA BAJET KITA UNTUK MEMILIKI BOLA PETANQUE



Perkara seterusnya yang perlu dipertimbangkan dalam membeli bola petanque ialah bajet kita. Soal bajet dalam membeli bola petanque, bergantung kepada kemampuan masing-masing. Pastinya bola yang lebih mahal mempunyai kualiti yang lebih baik dan seterusnya memberikan kesan psikologi positif kepada pemiliknya (pemain) seperti yang kita bincangkan sebelum ini. Antara jenama-jenama popular bola petanque yang ada dalam pasaran sekarang ialah bola keluaran FBT Thailand seperti Lafranc dan Plustong dan bola keluaran syarikat dari luar Negara seperti Perancis dan Itali seperti; Obut, JB, MS, La Boule Blaue, La Boule Noire dan Unibloc. Apa yang penting ialah syarikat pengeluar dan jenama-jenama ini mendapat pengiktirafan daripada Persekutuan Petanque Antarabangsa (F.I.P.J.P).



Gambarajah 11: Logo Syarikat dan Jenama Pengeluar Bagi mereka yang mempunyai bajet yang kecil untuk membeli bola petanque, anda bolehlah membeli bola



Lafranc sahaja yang juga merupakan bola pertandingan walaupun harganya hanya RM230 satu set (3 biji Bola) yang biasanya disertakan sekali dengan beg, jeck dan pita pengukur mini. Bagi mereka yang mempunyai bajet yang besar dan minat yang tinggi kepada sukan ini pula boleh membeli bola yang lebih mahal seperti bola jenama Obut yang mempunyai 10 jenis bola, daripada jenis Obut Match sehinggalah kepada Obut ATX.



Gambarajah 12: Senarai Harga Bola Petanque yang popular dalam pasaran Kesimpulannya, apabila anda berhajat untuk membeli bola petanque untuk kegunaan peribadi, bola yang hendak anda beli haruslah mematuhi Peraturan, Sesuai untuk anda dan anda bersedia untuk membeli bola yang lebih mahal. Walau bagaimanapun adalah menjadi satu kerugian sekiranya anda membeli bola petanque tetapi tidak menggunakan bola tersebut. Bola petanque yang anda miliki untuk anda gunakan dalam latihan dan pertandingan hendaklah sebati dengan anda. Ini bermakna anda memahami bola anda, tahu apakah keistemawaannya, mahir mengendalikan bola apabila anda hendak membuat balingan. Menurut Professor Diraja Ungku Abdul Aziz, konsep ini dikenali sebagai “Acundali”. Konsep ini merupakan kemahiran pemain dalam menyelaras dan mengendalikan tenaga ketika membuat balingan bola dengan jarak balingan hendak dibuat dan teknik balingan yang hendak digunakan. Apa yang penting anda haruslah tidak jauh daripada bola anda, atau bola petanque anda sentiasa di tangan anda apabila ada kesempatan. Bak kata orang sekarang, main bola, rehat bola, makan bola, minum bola tidur bola. BOLA PETANQUE.



TEKNIK ASAS KEMAHIRAN PETANQUE 1. TEKNIK ASAS MEMEGANG BOLA



1. Menggunakan 4 jari rapat tanpa menggunakan ibu jari.



2. Menggunakan kelima-lima jari dengan sokongan ibu jari pada sisi tepi



3. Menggunakan kelima-lima jari dengan sokongan ibu jari pada sisi depan



4. Menggunakan kelima-lima jari dengan sokongan ibu jari pada sisi belakang



2. TEKNIK ASAS POSISI KAKI



1. Kedudukan kaki separuh ke depan dan separuh ke belakang.



2. Kedudukan kaki sama / selari



3. Kedudukan kaki setengah di hadapan dan setengah di belakang dan sedikit terbuka di bahagian belakang



3. TEKNIK ASAS POSISI POINTING



1 (a). Paras kedua-dua lutut sama tinggi



1 (b). Paras lutut kanan lebih tinggi



2 (a). Hayunan bola dari paras bahu



2 (b). Hayunan bola dari aras bawah



TIP POINTING



• Kedudukan badan/ kaki mestilah seimbang. • Tumpuan mata ke arah jatuhan bola (landing point). • Ketika bola dilepaskan jari rapat dan tangan lurus serta pergelangan tangan bengkok ke atas.



TEKNIK POINTING 1. Lontaran Rendah (Rolling) 2. Lontaran Sederhana (Half Lob) 3. Lontaran Tinggi (Full Lob / High Lob)  Kaedah yang sama untuk pointing berdiri  Pastikan lontaran anda menepati kawasan jatuhan bola (landing point) dan menyeimbangkan kekuatan lontaran dan ketinggian lontaran bola.



4. TEKNIK ASAS POSISI SHOOTING



 Pastikan posisi kaki, lutut, badan, jari dan tangan dalam keadaan betul dan selesa.  Tumpukan perhatian kepada target (bola atau jack)



 Hayunkan tangan ke belakang dengan pergerakan seluruh badan dengan lembut.  Bongkokkan sedikit badan untuk menambah kekuatan kepada teknik “Back swing”.



Ketika melepaskan bola, pastikan:



 Tangan lurus



 Pergelangan tangan bengkok ke atas



 Kelima-lima jari rapat



 Lutut dan pinggang terkunci



 Setkan minda – bukan “Shoot” tapi “put”.



TEKNIK SHOOTING 1. Shooting Golek (Rooling Shooting) 2. Shooting Jatuh Sebelum 3. Shooting Tepat 4. Shooting Tepat Gantian (Carreau)