Puteri Beradu [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Pada masa dahulu, tinggal



seorang raja dan permaisuri di sebuah negeri yang jauh. Raja dan permaisuri sangat ingin akan seorang anak. Akhirnya setelah menunggu selama sepuluh tahun, mereka dikurniakan dengan seorang puteri.



Raja dan permaisuri mengadakan



pesta untuk meraikan kelahiran anak mereka. Mereka mengundang semua rakyat serta 12 pari-pari.



2







Setiap pari-pari memberi hadiah



kepada bayi itu. Pari-pari yang pertama menghadiahkan kecantikan, pari-pari kedua menghadiahkan sifat baik hati, dan seterusnya. Sebelum pari-pari yang kedua belas sempat memberikan hadiahnya, tiba-tiba muncul pari-pari yang ketiga belas. Pari-pari itu sangat marah kerana tidak diundang oleh raja.



“Saya juga akan memberi hadiah



kepada puteri!” kata pari-pari ketiga belas.



4







“Pada ulang tahun puteri yang







kelapan belas tahun, jari puteri akan



tertusuk jarum tenun dan puteri akan mati!” Pari-pari itu kemudian ghaib!



Semua yang hadir sangat terkejut.







“Apa yang harus kita lakukan?”



tanya raja dengan cemas dan sedih.



“Saya mungkin dapat membantu,”



kata pari-pari yang kedua belas. “Puteri mungkin tercucuk jarum tenun, tetapi puteri tidak akan mati. Puteri akan tertidur sehinggalah datang cinta sejati.”



6







Raja dan permaisuri sangat bimbang



akan keselamatan puteri. Oleh itu, semua alat tenun di negeri itu dimusnahkan.



Tahun demi tahun berlalu. Puteri itu



dewasa dan menjadi seorang gadis yang sangat cantik, baik hati, dan lemah lembut. Semua orang di istana sayang akan puteri.



Tidak lama kemudian, genaplah usia



puteri lapan belas tahun.



8







Raja dan permaisuri mengadakan



pesta besar-besaran untuk meraikan hari ulang tahun puteri mereka. Ketika sedang bersiar-siar di taman, puteri mendapati pintu menara yang biasanya tertutup, terbuka. Puteri pun menaiki tangga ke menara itu.



Puteri melihat seorang perempuan







tua sedang menenun di sebuah bilik



kecil



di puncak menara.



“Selamat pagi, nenek. Apa yang



nenek buat?” sapa puteri.



10







Perempuan tua



itu memandang



puteri. “Masuklah,” katanya.“Nenek sedang menenun. Marilah cuba,” kata perempuan tua itu lagi.



Puteri yang tidak pernah melihat



alat tenun menyentuh alat itu dengan kagu. Ketika itu juga, jari puteri tertusuk jarum tenun. Dengan serta-merta, puteri rebah ke lantai dan tidak sedarkan diri.



12



Perempuan tua itu kemudian ghaib!







Bukan puteri seorang sahaja



yang tertidur. Semua penghuni istana juga turut tertidur. Raja dan permaisuri tertidur di singgahsana, askar-askar tertidur di atas kuda, dan tukang masak tertidur di dapur. Istana itu menjadi sunyi sepi.



14



Beberapa tahun berlalu. Istana itu diliputi lalang dan tumbuhan berduri sehingga tidak kelihatan dari luar.



Cerita tentang puteri yang



beradu itu tersebar ke negeri-negeri lain. Ramai putera raja datang untuk menyelamatkan puteri. Namun, apabila melihat tumbuhan berduri yang tebal dan menakutkan, mereka membatalkan niat mereka.



16







Seratus tahun kemudian, seorang



putera raja datang ke tempat itu. Putera itu juga telah mendengar cerita tentang puteri beradu.



“Saya akan bangunkan puteri itu,”







kata putera.







Putera itu sangat gagah dan berani.



Selama berhari-hari putera itu mencantas tumbuhan berduri yang meliputi istana. Akhirnya putera itu berjaya masuk ke istana.



18







Putera mendapati keadaan di istana



itu senyap sunyi. Dia melihat semua orang sedang tidur. Kucing dan anjing pun tertidur dengan lena.



Ketika melihat-lihat istana itu, putera



tiba di menara. Dia pun menaiki anak tangga sehingga tiba di puncak menara.



20



Putera sampai di sebuah bilik kecil.



Putera memasuki bilik itu dan melihat puteri terbaring di lantai bilik.



“Tentu inilah puteri yang



diceritakan,” fikir putera. Putera jatuh hati kepada puteri itu.



Tiba-tiba puteri membuka matanya.



Pada masa yang sama, semua orang di istana turut terjaga. Mereka berasa sangat gembira. Sumpahan pari-pari ketiga belas telah berakhir.



22



Puteri pun berkahwin dengan putera.



A Imbas kembali.



1. Siapakah yang tidak diundang oleh raja ke pesta meraikan kelahiran puteri? 2. Pada pendapat kamu, siapakah perempuan tua yang menenun kain di menara? 3. Berapakah umur puteri ketika tercucuk jarum tenun? 4. Mengapakah putera-putera raja tidak dapat menyelamatkan puteri beradu? 5. Bagaimanakah sumpahan pari-pari ketiga belas berakhir? B Bagaimanakah manusia dan haiwan ini tidur? Tandakan () petak yang betul.