Refleksi Bina Insan Guru [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

REFLEKSI BINA INSAN GURU (BIG) FASA KE-6 Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, guru dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Program Bina Insan Guru (BIG) semester 6 berfokus kepada memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan serta guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, guru pelatih juga akan didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, akhirnya saya dapat menyiapkan Program Bina Insan Guru ini dengan jayanya mengikut masa yang telah ditetapkan. Tarikh lawatan tersebut pada 20 September 2016 iaitu hari Selasa. Tidak dilupakan kepada mentor kami iaitu Encik Sallehudin bin Talib yang banyak membantu kami menyiapkan rangka program ini serta rakan sekelas. Justeru, kami telah menubuhkan satu organisasi untuk menguruskan program ini. Beberapa siri mesyuarat telah diadakan dalam usaha untuk melicinkan program ini. Jika terdapat kemusykilan, kami akan merujuk kepada penyelaras BIG Fasa 6 iaitu Encik Khazali bin Ismail dan mentor kami iaitu Encik Sallehudin bin Talib. Sebelum itu, seluruh ahli kelas telah beberapa kali bermesyuarat untuk menentukan organisasi untuk menguruskan aktiviti di dalam program BIG ini. Sebelum program itu, pelbagai persiapan telah dilakukan. Antaranya ialah pemilihan tempat, kertas kerja, bajet dan lain-lain yang dirasakan perlu. Setelah mendapat kata putus, kami telah memilih untuk membuat program lawatan penanda aras di Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Kebangsaan Temin, Jerantut. Ahli Jawatankuasa bagi lawatan penanda aras ini telah berbincang serta memohon kebenaran bagi mengadakan lawatan penanda aras ke sekolah tersebut. Pihak SK Temin telah memberi maklum balas yang positif untuk kedatangan kami ke sana. Kami berasa bangga dan terharu dengan penerimaan itu. Berdasarkan program Bina Insan Guru (BIG) yang telah diadakan tempoh hari, ia sedikit sebanyak telah memberi inspirasi dan impak besar terhadap saya dalam



meneruskan pengajian, seterusnya berjaya dalam kerjaya guru ini. Bertemakan penanda aras guru cemerlang, program BIG yang dilangsungkan di SK Temin, Jerantut yang merupakan Sekolah Kluster Kecemerlangan telah berjalan dengan lancar sekali. Program BIG ini telah disertai oleh seramai 99 orang guru pelatih yang terdiri daripada unit Pengajian Melayu, Pengajian Cina, Muzik, Pemulihan dan juga Sains manakala pensyarah yang mengiringi kami adalah tutor unit Sains iaitu Puan Rafidah, dan pensyarah-pensyarah pengiring Unit Kokurikulum Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA). Program ini berlandaskan dengan matlamat Program Bina Insan Guru itu sendiri iaitu berhasrat membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat untuk memenuhi kursus wajib BIG semester 6 serta dapat melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya tahan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan Prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan adalah pembinaan generasi negara. Aktiviti lawatan penanda aras dijalankan untuk memenuhi modul yang terdapat dalam WAJ 3114 iaitu Bina Insan Guru Fasa 6. Aktiviti ini juga memberi peluang kepada guru pelatih IPG Semester 6 menghayati dan mengamati budaya serta amalan sekolah yang dilawati. Guru-guru pelatih diharapkan dapat mempelajari budaya dan amalan yang diamalkan oleh sekolah tersebut agar dapat menjadi guru yang beramal, berakhlak dan berakauntabiliti pada masa hadapan. Aktiviti lawatan penanda aras diadakan bertujuan menghayati dan mempelajari ciri-ciri kepimpinan sekolah serta ilkim dan budaya sekolah. Aktiviti ini juga bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih untuk menghayati visi dan misi sekolah serta infrastruktur dan infostruktur kurikulum sekolah. Terlebih



dahulu,



‘benchmarking’



atau



penanda



aras



merupakan



proses



membandingkan proses sendiri dan metrik prestasi dengan yang terbaik dalam industri dan/atau perlaksanaan terbaik dalam industri lain. Dimensi yang biasanya diukur adalah kualiti, masa, dan kos. Peningkatan daripada apa yang dipelajari bererti melakukan sesuatu dengan lebih baik, lebih pantas dan leih murah. Ia adalah satu proses yang sistematik dan berterusan atau istiqomah untuk mengenalpasti, mempelajari, mengubahsuai, dan melaksanakan amalan-amalan terbaik daripada organisasi yang sama atau organisai yang lain. Penanda aras boleh menggalakkan produk berkualiti dengan cara, pengurusan boleh meningkatkan kualiti dengan cara menganalisis dan kemudian meniru kaedah pemimpin



yang lain di dalam pelbagai bidang. Penanda aras membabitkan pengurusan mengenal pasti firma terbaik dalam industri mereka, atau sebarang industri yang memiliki proses yang sama, dan membandingkan keputusan dan proses dengan yang dikaji ("sasaran") dengan keputusan dan proses sendiri bagi mengetahui berapa baik prestasi sasaran dan lebih penting lagi, bagaimana mereka melakukannya. Berdasarkan taklimat yang telah disampaikan oleh guru besar sekolah SK Temin, Jerantut di bilik seminar sekolah, sekolah ini dibuka pada 4 Disember 1995 dan terletak di kira-kira 4 kmdari Bandar Jerantut menghala ke Temerloh. Sekolah ini mempunyai keluasan 4.19 Hektar (10 ekar) serta dibina di bawah Projek Pembangunan Pendidikan Rancangan Malaysia ke-Enam (1991-1997). Jumlah murid pada tahun 2009 adalah seramai 741 orang bersama 60 orang guru dan juga kakitangan sekolah. Taburan murid yang bersekolah di SK Temin adalah daripada 20 kawasan penempatan yang ada di sekitar sekolah. Beliau turut menegaskan bahawa untuk kemudahan guru pula, Pusat Sumber Pendidikan Pahang (PSSN), di atas daya usaha Ketua Penolong Pengarah, Haji Ismail B. Haji Othman telah menubuhkan Pusat Kegiatan Guru(PKG) Temin yang menumpang bangunan di sekolah ini mulai 25 Januari 2000. Kegigihan seluruh warganya telah mampu meletakkan sekolah ini dalam kelompok sekolah yang disegani di daerah Jerantut dan negeri Pahang dalam aspek kurikulum, kokurikulum dan pembangunan insan mengikut Falsafah Pendidikan Negara. Sekolah ini dipilih sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2015 iaitu fasa ke-9 disebabkan kebitaraan matapelajaran Sains dalam bidang kurikulum dan kebitaraan



Kelab



Alam



Sekitar



dalam



bidang



kokurikulum.



Sebelum



kebitaraan



matapelajaran Sains, sekolah ini dinobatkan sebagai kebitaraan bahasa Inggeris dan seterusnya kebitaraan agama Islam. SK Temin memilih kebitaraan Sains kerana ruang untuk ke peringkat antarabangsa adalah sangat luas. Sekolah ini terdiri daripada 23 orang guru, 18 orang staf sokongan dan 642 orang murid termasuklah murid tahap 1 dan tahap 2. Visi SK Temin merupakan “SK Temin Ke Arah Sekolah Berprestasi Tinggi” manakala misinya pula adalah “Melaksanakan proses transformasi untuk meningkatkan akses, kualiti, ekuiti, perpaduan serta keberkesanan sistem pendidikan negara bagi melehirkan generasi mendatang. Selain itu, sekolah ini mempunyai moto sekolah tersendiri iaitu ‘Temin Hebat’ dan etosnya merupakan “Senyum, Salam, Sapa”. Terdapat tiga objektif Program Etos Sekolah. Antaranya ialah menerapkan konsep memaafkan dalam kehidupan warga temin, mendidik murid menghormati dan menghargai guru serta mendidik guru supaya sentiasa memaafkan murid dan redha dengan ilmu yang dicurahkan.



Menurut beliau, sekolah ini masih berada dalam band 1 iaitu lebih kurang 1.73 pada tahun 2015 dari segi aspek kurikulum. Terdapat 31 orang daripada 135 orang calon yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR tahun lepas dan tiada calon yang gagal semua matapelajaran. Sekolah ini turut mempunyai taman mini tanaman hidroponik tersendiri. Kami difahamkan bahawa taman ini telah diusahakan oleh murid tahun 5 SK Temin bersamasama beberapa orang guru di bawah Kelab Alam Sekitar. Taman ini terletak di hadapan blok 3 sekolah ini. Antara sayur-sayuran yang ditanam oleh mereka ialah sawi, salad, tomato dan sebagainya. Mereka juga menjual sayur-sayuran tersebut kepada guru-guru atau ibu bapa murid-murid SK Temin dan duit tersebut akan dimasukkan ke dalam dana kelab tersebut. Mereka telah menyediakan sistem aliran air baja atau air nutrien kepada sayur-sayuran tersebut dengan begitu baik dan sistematik. Hal ini membantu pertumbuhan sayur-sayuran dengan segar dan baik. Di samping itu, sekolah ini juga terdiri daripada Taman Lalulintas Jalan Raya, Taman Kaktus, Kolam Sains Akuatik, Temin Gateway, Kebun Buah-buahan, Taman Herba Laluan Asean, Bilik Daurah, dan Bilik Kelab Doktor Muda. Perpustakaan sekolah ini telah menarik perhatian saya. Perpustakaan tersebut dibahagikan kepada empat bahagian iaitu galeri, sudut bacaan, bilik bahan bantu mengajar dan bilik tayangan. Saya difahamkan bahawa terdapat lebih kurang 22, 000 buah buku sama ada fiksyen atau bukan fiksyen di perpustakaan ini. Rak-rak buku telah dilabelkan dari 001 hingga 900. Keistimewaan perpustakaan SK Temin ialah telah menerima anugerah PERPUSPA 5 bintang selama 10 tahun iaitu dari tahun 2006 sehinggalah sekarang. Tujuan utama Kerajaan memperkenalkan laluan kenaikan pangkat sebagai guru Cemerlang adalah untuk memberi peluang kepada guru-guru yang benar-benar cemerlang dan menyerlah dalam mata pelajaran yang diajar ataupun di dalam bidang pengkhususan tanpa perlu menukarkan ke jawatan pentadbiran. Dengan cara ini, guru-guru yang bermotivasi tinggi, mahir, berpengalaman dan pakar dalam sesuatu bidang tertentu dapat terus dikekalkan untuk mengajar di sekolah bagi memperkasakan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pelaksanaan konsep Guru Cemerlang juga bertujuan untuk menjadikan guru-guru yang dilantik sebagai role model yang akan menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada guru lain untuk sama-sama bersaing meningkatkan lagi tahap pencapaian kualiti P&P di sekolah masing-masing. Kewujudan Guru Cemerlang diharapkan dapat menjadi pemangkin bagi sesebuah sekolah untuk meningkatkan prestasi akademik yang lebih cemerlang dan gemilang.



Melalui sesi bersama guru cemerlang bahasa Inggeris SK Temin, Puan Zalina binti Putih yang mengajar di SK Temin selama 30 tahun saya mendapat banyak input baru mengenai proses-proses untuk mendapatkan gelaran guru cemerlang. Antara proses yang perlu dipelajari ialah seseorang guru tersebut mestilah berkhidmat sekurang-kurangnya lima tahun dan telah disahkan jawatan sebagai guru. Kemudian, guru boleh memohon kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengisi borang guru cemerlang dalam talian. Beliau mendefinisikan cemerlang sebagai cekap, efektif & efisien, memotivasi, elegan, rasional, lemah, lembut & lincah, amanah, niat ikhlas dan juga gembira & gurau. Antara aktiviti yang beliau menjalankan sepanjang perkhidmatan beliau ialah, kelas tambahan untuk murid tahun enam setelah sesi persekolahan tamat. Terdapat juga kelas yang dinamakan “Booster Classes”, sebagai pengukuhan kepada murid-murid yang lemah dalam bahasa inggeris. Kelas ini dijalankan pada setiap hari jumaat, iaitu pada jam 3.005.00 petang. Beliau juga ada menjalankan kelas malam, pada malam Jumaat, iaitu pada jam 8.00-10.00 malam. Semua kelas tambahan ini bertujuan untuk membantu murid-murid untuk mendapat pengukuhan dan pendedahan yang maksimum terhadap matapelajaran bahasa Inggeris memandangkan kebanyakan ibu bapa murid di sekolah ini tidak menggunakan bahasa Inggeris apabila berada di rumah. Selain itu, beliau juga berkolaborasi dengan pihak sekolah dalam menjalankan minggu Bahasa Inggeris, “English Week” pada setiap hujung bulan dan “English Camp”. Menurut beliau, beliau juga dijemput oleh pihak luar bagi menjayakan program bahasa Inggeris di sekolah mereka. Sebagai contoh, setiap Sabtu, beliau menjalankan sesi kelas pengukuhan bahasa Inggeris di sekolah-sekolah tertentu. Ada juga beberapa sekolah menjemput beliau untuk memberi ceramah mengenai teknik menjawab soalan kepada murid-murid tahun enam. beliau juga dijemput untuk memberi ceramah motivasi dan kursus kepada guru baru dalam bahasa Inggeris. Beliau turut menjelaskan proses untuk mengadakan sesuatu aktiviti bahasa Inggeris di sekolah. Sebagai contoh aktiviti Minggu Bahasa Inggeris. Prosedur yang pertama ialah dengan menyediakan kertas kerja. Setelah kertas kerja diluluskan oleh guru besar, beliau teruskan kepada penyediaan tentatif program. Apabila sudah ada tentatif program, maka aktiviti yang dirancang bolehlah dilaksanakan. Akhir sekali, sebagai bukti untuk tujuan dokumentasi, jalankan sesi fotografi bersama peserta aktiviti. Beliau menggalakkan murid untuk menguasai bahasa Inggeris dengan memastikan mereka menulis semula melalui aktiviti “dictation”. Sebagai contoh, apabila murid melakukan kesalahan tatabahasa atau ejaan Bahasa Inggeris, beliau akan menyuruh murid tersebut menulis perkataan yang betul sehingga 50 kali. Ini secara tidak langsung membantu proses



murid untuk lebih mengingati dan mendapat kefahaman tentang tatabahasa atau ejaan yang betul pada masa akan datang. Sebagai bukti murid di sekolah ini, 51 orang murid UPSR beliau telah mendapat ‘A’ dalam subjek bahasa Inggeris dan ini satu pencapaian yang membanggakan. Tambahan pula, beliau menjelaskan bahawa antara kriteria untuk menjadi guru cemerlang ialah pada mulanya, untuk tiga tahun berturut-turut, pencapaian seorang guru tersebut mestilah melebihi 92 peratus dan ke atas. Hal ini akan ditentukan oleh guru besar sebelum pihak Jemaah Nazir datang untuk mengesahkannya. Dalam proses untuk mencapai 92 peratus, paling penting, sekolah yang diduduki oleh guru tersebut mestilah tersenarai dalam senarai sekolah berprestasi tinggi. Ia juga bergantung kepada bilangan murid yang terdapat di sesebuah sekolah itu. Bagi guru muda yang ingin memohon untuk mendapat jawatan sebagai guru cemerlang, mereka haruslah menunggu sehingga lima tahun perkhidmatan sebagai seorang guru. Seterusnya, antara kriteria seorang guru cemerlang juga, seorang guru tersebut perlulah melibatkan diri dalam aktiviti di peringkat kebangsaan atau negeri. Ini sebagai bukti yang guru tersebut betul-betul komited terhadap kerjaya mereka. Tambahan, seorang guru cemerlang, mestilah berada di sekolah paling lewat pada jam 4 petang. Guru cemerlang juga harus membina hubungan yang baik dengan murid. Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah juga haruslah bersifat “Activity based” bagi menarik minat murid untuk belajar dalam suasana yang ceria. Seterusnya, guru mestilah mendokumentasikan kajian tindakan, lembaran kerja, refleksi pembelajaran, senarai pelajar, markah dan pencapaian pelajar (akademik ataupun kokurikulum) untuk memudahkan proses apabila dinilai oleh jemaah nazir nanti. Seorang guru cemerlang mestilah menyumbang kepada pihak sekolah dalam bidang yang ingin dimohon dan juga memberi sumbangan kepada pihak luar sekolah bagi kecemerlangan subjek tersebut. Sepanjang mengikuti program ini, saya mempelajari bahawa guru yang cemerlang memerlukan komitmen yang tinggi terhadap tugasan yang diberikan. Berdasarkan maklumat sepanjang program tersebut, saya dapati bahawa guru-guru di sekolah tersebut banyak menghabiskan masa di sekolah walaupun sudah tamat waktu persekolahan. Mereka sibuk menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada mereka. Selain daripada itu, guru-guru di sekolah iu juga banyak membuat aktiivti selepas waktu persekolahan bersama murid-murid bagi memastikan pencapaian yang meningkat dari tahun-tahun sebelumnya. Tambahan lagi, program ini juga sedikit sebanyak mengajar saya menjadi seorang guru yang prihatin terhadap anak-anak murid terutamanya murid dari kelas pemulihan atas kelas akhir. Saya dapati bahawa seorang guru perlulah banyak bersabar dalam mendidik



anak bangsa kita. Saya juga pelajari bahawa gedung ilmu adalah bermula dari minat membaca yang perlu diterapkan sejak kecil lagi. Oleh yang demikian, saya sangat bersetuju dengan konsep yang telah diperkenalkan oleh sekolah itu iaitu “sekolah di dalam pusat sumber”. Selain daripada itu, program di SK Temin ini juga telah banyak memberikan inputinput yang baru kepada saya. Salah satu input yang telah diterangkan adalah mengenai kokurikulum dan teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan bahasa Inggeris dengan betul. Menerusi taklimat yang telah disampaikan oleh Guru Besar sekolah berkenaan iaitu Tn Hj Mohd Sabri bin Yakob yang berkhidmat di SK Temin dari tahun 2014 sehingga kini, banyak aktiviti menarik yang telah dijalankan di sekolah bagi memupuk insan yang seimbang dari segi akademik mahupun kokurikulum. Murid-murid ditekankan untuk mengikuti program “1 murid 1 sukan” agar mereka dapat mempunyai fizikal, emosi dan juga intelek yang seimbang. Menerusi program BIG Fasa 6 pada kali ini, saya juga telah pelajari bahawa kawalan kelas adalah amat penting bagi menjayakan sesuatu aktiviti di dalam bilik darjah. Saya juga dapati bahawa persediaan awal dalam menjalankan aktiviti adalah sangat diperlukan. Ini adalah kerana, persediaan awal akan mebolehkan aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan teratur. Ini dapat dilihat semasa Puan Zalina, guru cemerlang bahasa Inggeris SK Temin memberi sedikit sebanyak pendedahan kepada kami. Menerusi pandangan saya, sifat penyayang dan prihatian terhadap murid dan persekitaran amatlah penting, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Puan Zalina tersebut. Dengan adanya ciri-ciri seorang guru yang prihatin dan penyayang, ini secara tidak langsung dapat menarik minat murid dalam mempelajari mata pelajaran bahasa Inggeris di dalam mahupun di luar kawasan kelas. Berikutnya, kelemahan yang dilihat sepanjang Bina Insan Guru adalah semua guru pelatih pada awalnya kelihatan segan dengan Puan Zalina binti Putih. Semua guru pelatih kelihatan malu-malu untuk bertanya soalan semasa sesi soal jawab dijalankan. Namun, selepas itu, semua guru pelatih bersemangat untuk bertanyakan soalan. Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan tips dan info berkenaan dengan guru cemerlang ini. Kelemahan lain yang dilihat adalah terdapat segelintir guru pelatih yang datang lambat sebelum melawat Sekolah Kebangsaan Temin. Kelewatan yang dialami sedikit sebanyak telah melambatkan perjalanan program kami pada hari tersebut. Namun begitu, pada masa akan datang semua guru pelatih perlu menepati masa kerana ini sedikit sebanyak memberi persepsi negatif kepada bakal guru yang tidak prihatin dengan ketepatan



masa mereka. Kemudian, kelemahan lain ialah guru pelatih dilihat kurang memberikan perhatian semasa guru cemerlang sedang menyampaikan ucapan. Masing-masing asyik bersembang sehingga kadangn kala menyebabkan bunyi bising. Namun begitu, mereka mula fokus dan komited dengan pengajaran guru cemerlang selepas sedar akan keadaan tersebut. Di samping itu, kelemahan yang boleh dikenalpasti sepanjang melakukan tugasan ini ialah dari segi masa, tenaga dan komitmen sesama unit. Ini telah menyukarkan kami untuk menjayakan program tersebut. Bagi mengatasi semua kekangan di atas, terdapat beberapa penambahbaikkan dan cadangan. Antaranya ialah kami telah cuba menyiapkan segala kertas kerja serta surat menyurat yang diperlukan seawal mungkin. Selain itu, masalah kekeliruan dan keraguan yang timbul telah diatasi dengan kedua-dua unit telah berganding bahu serta bergilir-gilir untuk menjalankan tugas supaya tidak berlaku pertelingkahan antara satu sama lain. Bagi penambahbaikkan dari segi masa yang diperuntukkan pula, carilah waktu dan masa yang sesuai untuk mengadakan program tersebut serta semua maklumat yang ingin disampaikan dapat disalurkan dengan mudah dan tidak tegesa-gesa. Tugasan yang diberikan dapat dijalankan dengan jayanya tanpa ada yang tertinggal dan dapat diserahkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.Terima kasih saya ucapkan pada semua pihak terutama yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung. Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan oleh guru-guru pelatih kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada kami untuk bersungguhsungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin sebelum bergelar guru agar kami lebih bersedia untuk membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang. Pendedahan pada program ini banyak memberikan maklumat yang berguna dan akan saya jadikan panduan apabila sampai di sekolah nanti. Melalui lawatan penanda aras ini guru akan jadikan panduan apabila sampai di sekolah nanti. Selain itu guru akan lebih mempunyai ilmu dan idea dari aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah nanti. Program Bina Insan Guru (BIG) dan 6 berfokus kepada memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang,hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan serta guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, saya telah didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan. Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan oleh guruguru pelatih kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada saya untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin walaupun sudah



bergelar guru agar saya lebih bersedia untuk membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang. Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah-sekolah ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah masing-masing supaya terus cemerlang.