Research Progress Report Sem3 [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

RESEARCH PROGRESS REPORT NAMA



:



TG SUSYANTI HIRWANY BT TG MAHASSAN



NO MATRIK



:



M20142001989



FAKULTI



:



FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA



TAJUK KAJIAN



:



MODIFIKASI BERMASALAH



KEMAHIRAN



PSIKOMOTOR



PEMBELAJARAN



MELALUI



MURID TERAPI



CARA KERJA



1.0



Maklumat terperinci kemajuan dan kerja-kerja yang telah disempurnakan (work completed) Kajian ini dimulakan pada akhir semester lepas. Pada peringkat awal kemajuan kajian agak perlahan memandang masih diperingkat permulaan untuk mendalami ilmu membuat kajian. Pada fasa awal ini bahan-bahan rujukan berkaitan bidang kajian mula dikumpulkan termasuk buku-buku dan jurnal-jurnal berkaitan. Selain daripada itu, rujukan internet juga dibuat untuk membantu pemahaman terhadap bidang kajian. Bidang kajian iaitu Terapi Carakerja telah ditetapkan oleh pihak penaja iaitu Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Berdasarkan pembacaan berkaitan bidang ini, satu isu yang relevan untuk dikaji telah dipilih. Sesi perjumpaan bersama penyelia buat pertama kali diadakan pada bulan November 2015. Pembacaan jurnal-jurnal dan kajian lepas diteruskan. Ini disusuli dengan menghasilkan satu kerangka kajian. Kerangka tersebut telah dibuat semakan dan ditambahbaik oleh oleh penyelia. Penulisan Bab 1 dimulakan selepas itu. Rundingan seterusnya dibuat dan segala kekurangan diperbetulkan. Kajian pustaka diteruskan dan diikuti dengan penulisan Bab 2 dan 3. Untuk mendapatkan input yang lebih bagi membantu melancarkan penulisan, pelbagai cara diusahakan seperti saya menyertai bengkel terapi yang diadakan di UPSI, saya juga diberi kepercayaan dan tanggungjawab oleh penyelia untuk menjadi fasilitator bengkel Educational Therapy kepada pelajar Masters yang juga diadakan di UPSI, serta menyertai Bengkel Educational Therapy yang diadakan di Banda Aceh khas untuk guru-guru di sana.



Selain dari itu, saya juga mengunjungi perpustakaan Kementerian Pendidikan Malaysia (EPRD) dan juga universiti awam yang lain untuk merujuk jurnal dan kajian lepas yang berkaitan dengan bidang saya. Terkini, masih lagi proses menulis, mengemaskini dan menambahbaik kertas cadangan (proposal) sedang dijalankan. 2.0



Kerja-kerja yang akan dilaksanakan selepas ini (future works) Selepas propoposal diluluskan nanti dan telah mendapat kelulusan menjalankan kajian oleh EPRD, proses mengumpul data akan dimulakan. Kerja lapangan ini akan melibatkan pengumpulan data dan memulakan sesi terapi carakerja yang dijalankan oleh terapis carakerja kepada



4 orang murid bermasalah



pembelajaran di sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Serdang, Selangor. Data yang dikutip akan dianalisis dan seterusnya dicatatkan dalam penulisan bab yang seterusnya dibawah tunjuk ajar penyelia. 3.0



Masalah-masalah yang dihadapi Sepanjang menjalankan kajian dalam semester ini wujud juga masalahmasalah kecil yang akhirnya boleh di atasi dengan bantuan penyelia khasnya dan juga pelbagai pihak. Namun tempoh masa tersebut diisi dengan pelbagai aktiviti menambahbaik penulisan proposal kajian di mana saya sentiasa merujuk pakar berkenaan terapi carakerja di Pusat 3PK Putrajaya dan juga berjumpa dengan pegawai-pegawai yang berkaitan dengan terapi carakerja . Penyelia juga dihubungi dan dimaklumkan berkaitan status penulisan proposal.