4 0 52 KB
Rancangan Pelajaran Harian Masa : 25 minit Umur : 5 tahun Standard Kandungan : SA 2.1 Membuat pemerhatian menggunakan kelimalima deria Standard Pembelajaran : SA 2.1.2 Memerhati persekitaran menggunakan gabungan dua deria KM 5.1.1 Bercerita tentang keindahan alam sekitar
Tunjang yang disepadukan : Tunjang kemanusiaan Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat : 1) Mengetahui kepentingan menjaga alam sekitar 2) Memerhati persekitaran menggunakan deria penglihatan 3) Menyentuh persekitaran menggunakan deria sentuh Standard prestasi : Murid dapat memerhatikan alam sekitar menggunakan deria melihat dan dan menyentuh menggunakan deria menyentuh Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) : Menganalisa, menilai , aplikasi Langkah Aktiviti Pelajaran: 1) Guru menayangkan video lagu “ Kebersihan Alam “ kepada kanakkanak. Kanak-kanak menonton video yang ditayangkan. (Menganalisa) (https://www.youtube.com/watch?v=F0V0yanKbr8) 2) Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Kanak-kanak memberikan jawapan tentang kepentingan menjaga alam sekitar. (Menganalisa, Menilai) 3) Guru meminta kanak-kanak untuk beratur dan berjalan ke luar kelas. Kanak-kanak beratur dan berjalan keluar kelas.
4) Guru meminta kanak-kanak untuk memerhatikan persekitaran alam sekitar di luar kelas. Kanak-kanak memerhati persekitaran alam sekitar di luar kelas. (Menganalisa) 5) Guru memberi arahan kepada kanak-kanak untuk menyentuh tumbuh-tumbuhan (daun, bunga, batang), tanah , batu yang terdapat di luar kelas. (Menganalisa) 6) Guru meminta kanak-kanak masuk semula ke dalam kelas. Kanakkanak masuk semula ke dalam kelas. 7) Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak tentang apa yang dilihat di luar kelas. Kanak-kanak memberikan jawapan apa yang dilihat di luar kelas. (Menganalisa, Menilai) 8) Guru seterusnya membahagikan kanak-kanak kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan diberikan kad manila yang bertulis keras, lembut, kasar dan gambar (daun, batang pokok, tanah, batu). 9) Guru memberikan arahan kepada kanak-kanak supaya menampal gambar (daun, batang pokok, tanah, batu) dengan tekstur yang betul. Kanak-kanak menampal gambar mengikut arahan guru. (Menganalisa, Menilai, Aplikasi) 10)Guru menayangkan semula video “ Kebersihan Alam “ kepada kanakkanak dan meminta kanak-kanak menyanyi bersama-sama. Kanakkanak menyanyikan lagu bersama-sama.