Sajak [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Sajak



• Sajak merupakan puisi Melayu moden yang berbentuk bebas dan tidak terikat pada jumlah baris, perkataan sebaris, rangkap, rima dan sebagainya.



• Sifat bebas yang dimiliki oleh sajak ini bermaksud keupayaan dan kesediaan sajak dalam menerima bentuk-bentuk yang terdapat daripada puisi tradisional mahupun kemunculan bentuk-bentuk baru yang dihasilkan berdasarkan kreativiti dan sensitiviti penyair mahupun penggabungan daripada bentuk -bentuk yang sedia ada.



• Sajak adalah suara hati atau luahan perasaan penyairnya.



• Sajak lahir daripada jiwa dan perasaan tetapi sajak yang baik bukan mainan kata semata-mata. Sajak yang baik membawa gagasan serta pemikiran yang dapat menjadi renungan masyarakat. • Sajak terbentuk daripada kata-kata yang terbaik dalam susunan terbaik. Kata-kata terbaik bermaksud wujudnya nilai rasa dan nilai erti yang seimbang dan bersifat harmonis antara kata dan maksud.



SIFAT-SIFAT SAJAK • • • •



Tidak mempunyai imbangan bunyi yang tetap, Sajak tidak semestinya mengemukakan pertentangan bunyi atau rima akhir di ujung tiaptiap baris ayat atau dimana pun juga. Mempunyai rangkap, tetapi bilangan baris ayat pada serangkap tidaklah tetap. Mempunyai baris-baris ayat yang membangunkan rangkap. Mempunyai keharmonian atau penyesuaian yang baik antara isi dengan bahasa.



JENIS-JENIS SAJAK • Sajak Penuh- Sajak yang suku kata akhirnya mempunyai bunyi bunyi yang sama seperti syair tetapi aspek yang lain tidak. • Sajak Paruh (Asonansi)-Sajak ini memperlihatkan pengulangan bunyi dengan bunyi huruf vokal yang sama dalam hampir seluruh baris.



• Sajak Pangkal (Aliterasi) -Sajak ini memperlihatkan pengulangan konsonan yang sama pada kata awal.



• Sajak Rangka -Satu rangka menunjukkan bunyi di hujung baris yang sama tetapi tidak tersusun seakan-akan terdapat pada gandaan tidak serupa.



• Sajak Lompang (Blank verse) atau sajak bebas (Free verse) - Sajak ini tidak mempunyai bentuk yang sama, rupa, nahu, bunyi dan tatabahasanya. • Sajak Enjambermen - Sajak ini tidak mempunyai keselarasan bentuk tetapi susunan ayat panjang yang patah-patah atau dikerat-kerat serta bersambung pada baris-baris berikutnya. • Sajak Eksperimen - Sajak ini disebut juga sajak percubaan yang dihasilkan dalam bentuk yang tidak menentu.



TEMA SAJAK Tema merupakan persoalan pokok yang hendak disampaikan oleh si penyair. Tema terdiri dari: • Tema diri iaitu tema yang berdasarkan pengalaman diri.



• Tema cinta yaitu tema yang berdasarkan cinta pada kekasih, ibu bapa, tanah air, bangsa dan negara. • Tema masyarakat yaitu tema yang memaparkan rasa simpati akan nasib masyarakat di samping saran dari penyajak tentang langkah-langkah mengatasinya.



• Tema alam yaitu gambaran alam seperti keindahan dan pencemaran alam.



• Tema semangat perjuangan / nasionalisme menggambarkan semangat pahlawan negara • Tema ketuhanan & keagamaan, yaitu tentang kesedihan, kematian, kesadaran dan sebagainya.



BENTUK SAJAK • Bentuk dalaman: membawa sifat yang lebih abstrak, iaitu cara persembahan perasaan dan pemikiran. • Bentuk luaran: sifat-sifat binaan yang dapat dilihat dengan jelas termasuk susunan baris dalam rangkap, susunan atau jumlah perkataan dalam baris dan susunan rima di hujung baris dalam rangkap. • Bagi puisi Melayu tradisional, sifat-sifat tersebut terbina dengan susunan yang tetap tetapi puisi Melayu moden sebaliknya.



• Sajak terikat: bercirikan puisi Melayu tradisional seperti pantun dan syair • Sajak bebas: tidak lagi menepati ciri-ciri puisi Melayu tradisional daripada segi pembinaan aspek bentuk.



• Sajak separuh bebas: ada antara rangkapnya yang terikat dan ada yang bebas daripada ikatan puisi Melayu tradisional.