Sebab Pelajar Tidak Diberi Motivasi [PDF]

  • Author / Uploaded
  • lee
  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

sebab pelajar tidak diberi motivasi: Dalam dunia pendidikan, masalah motivasi selalu menjadi hal yang menarik perhatian. Hal ini kerana motivasi dipandang sebagai salah satu faktor yang sangat dominan dalam ikut menentukan tercapai atau tidaknya tujuan pendidikan. Walaupun diakui bahawa kemampuan intelektual yang bersifat umum (Kebijaksanaan) dan kemampuan yang bersifat khusus (bakat) merupakan modal asas utama dalam usaha mencapai prestasi pendidikan, namun kedua-duanya tidak akan banyak bermakna apabila pelajar sebagai individu tidak mempunyai motivasi untuk berprestasi sebaik-baiknya. Kemampuan intelektual yang tinggi hanya akan terbuang sia-sia apabila individu yang memilikinya tidak mempunyai keinginan untuk berbuat dan memanfaatkan keunggulannya itu. Apalagi bila individu yang bersangkutan memang mempunyai kemampuan yang tidak begitu menggembirakan, maka tanpa adanya motivasi sulitlah rasanya untuk mengharapkan sesuatu yang prestatif. Dalam penjelasan mengenai masalah motivasi, kita selalu berpegang pada andaian umum bahawa bila faktor-faktor lain yang mempengaruhi hasil belajar adalah sama, maka individu yang mempunyai motivasi lebih tinggi akan mencapai hasil belajar yang lebih tinggi pula. Berdasarkan kurikulum ini juga, penegasan diberikan kepada faktor minat yang merupakan perkara penting dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar. Seseorang guru itu hendaklah berusaha menjadikan pembelajaran pelajar itu menarik serta menyeronokkan. Apabila pelajar meminati sesuatu pembelajaran, mereka cenderung memberikan perhatian yang penuh serta sedia menyertai aktivitiaktivitinya (Dr. Shahizan et al. 2003). Zurida et al. (2006) mendapati tujuan pelajar-pelajar bekerja bersama rakan sebaya atau secara berkumpulan adalah meningkatkan keyakinan, menambahkan minat dan motivasi pelajar dalam pembelajaran. Melalui kerja bersama rakan sebaya atau kumpulan, kebanyakan pelajar tidak berasa malu bertanya soalan, lebih bersedia menjelaskan kefahaman mereka pada satu konsep dengan ahli kumpulan yang lain ataupun lebih bersedia memberi cadangan berkenaaan pendekatan yang sesuai diambil bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti tertentu. Sikap keluarga terhadap pelajaran dan jangkaan pekerjaan serta darjah galakan terhadap kerja-kerja sekolah anak berkait rapat dengan darjah kecerdasan dan pencapaian anak-anak. Dorongan, minat serta bimbingan dan sikap ibu bapa yang positif terhadap pendidikan serta galakan yang diberikan terhadap pelajaran anak-anak akan meningkatkan lagi prestasi akademik, minat dan seterusnya meningkatkan prestasi pelajar berkenaan (Sherri et al. 2004). Abu Zahari (1998) (dalam Burhanuddin, 2002) menyatakan dalam kajiannya, faktor persekitaran iaitu bilik darjah berkait rapat dengan gaya pembelajaran seseorang. Bilik darjah yang mempunyai suasana yang baik, peralatan yang mencukupi akan meningkatkan keberkesanan pembelajaran serta minat pelajar. Pakar-pakar pendidikan telah menjalankan berbagai-bagai penyelidikan dan telah merumuskan bahawa suasana fizikal yang baik akan menjamin kelicinan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam hidup pelajar, minat merupakan satu aspek yang amat penting sebelum memperoleh kejayaan dalam peperiksaan. Pelajar yang berminat untuk belajar akan mendapati bahawa proses pembelajaran begitu menarik dan mudah walaupun mereka sedang mempelajari



bahagian yang paling sukar dalam pelajaran itu. Minat memberikan satu kesungguhan untuk memahami perkara yang sedang diterangkan oleh guru dalam subjek tertentu itu (Noor Azman, 2008).



Pelbagai masalah timbul akibat daripada transformasi pelajar dari Sekolah ke Institusi Pengajian Tinggi. Pelajar berhadapan dengan masalah menyesuaikan diri kerana peralihan budaya, persekitaran belajar dan kaedah pembelajaran. Hal ini, merupakan salah satu punca yang menyebabkan prestasi pelajar kurang memuaskan. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif pada masa kini sudah menjadi kaedah pembelajaran utama dalam sistem pendidikan. Di mana setiap institusi tinggi sudah mengaplikasikan kaedah kolaboratif namun pelaksanaannya di lihat kurang berkesan. Seperti mana kajian dijalankan oleh (Khoo Yin Yin 2008), kaedah pembelajaran kolaboratif yang diamalkan



kurang berkesan,



kekurangan



kemahiran



pemikiran



kritis



pelajar



dan



menyebabkan prestasi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang kurang memuaskan. Begitu juga keadaannya di sekolah, pelbagai kaedah telah diamalkan dalam pembelajaran, kebanyakan pelajar menghabiskan masa untuk menghafal cara menyelesaikan sesuatu masalah kira-kira dalam mata pelajaran ini yang telah dibuat oleh orang lain daripada menyelesaikannya sendiri. Hal ini yang berlaku kepada sebilangan besar pelajar yang belajar secara menghafal formula dan cara penyelesaian tetapi tidak dapat mengaplikasikan formula dan cara penyelesaian itu dalam situasi yang berbeza. Menurut (Azizi Yahya et. al 2008), selain pelajar guru juga cenderung kepada budaya menghafal iaitu meminta pelajar mengingat kemahiran rutin untuk menyelesaikan sesuatu masalah tanpa memberi peluang pelajar berfikir. Keadaan ini telah mendorong kepada motivasi yang semakin kurang untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Salah satu punca kekurangan motivasi belajar adalah disebabkan oleh penguasaan Bahasa Inggeris sesetengah mahasiswa adalah lemah, menurut Azizi HJ. Yahaya et. al (2008) majoriti responden bersetuju bahawa masalah utama yang dihadapi oleh pelajar terhadap kursus yang diambil adalah masalah dalam penguasaan Bahasa Inggeris, Menurutnya lagi, masalah ini adalah disebabkan oleh sikap, minat dan persekitaran dalam mempengaruhi penguasaan Bahasa Inggeris pelajar. Hal ini menyebabkan sumber rujukan seperti buku dan artikel tidak dapat difahami dan tidak menjadi sumber rujukan. Menurut Faridah Karim & Rahman Ismail



(1992), mahasiswa universiti mengalami masalah mendapat bahan rujukan daripada perpustakaan serta masalah tidak memahami bahan rujukan yang dibaca yang kebanyakannya dalam Bahasa Inggeris dan latar belakang matematik yang lemah. Berdasarkan isu yang dikaitkan dengan masalah pelajar dalam subjek ekonomi disebabkan transformasi pelajar ke universiti yang bermula dengan pelbagai latar belakang pendidikan antaranya luar bandar, daripada diploma, matrikulasi, Sijil Pelajaran Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) serta pengalaman yang berbeza menyebabkan berlaku masalah dari aspek transformasi pelajar ini. Isu yang kedua adalah isu penggunaan gaya pembelajaran di dalam kelas yang tidak bersesuaian kepada pelajar antara yang dikaitkan adalah gaya perbincangan secara kolaboratif, yang menekankan kepada kaedah yang kurang berkesan terhadap situasi tertentu kepada pelajar dan jurang yang ketiga dapat dilihat adalah penguasaan Bahasan Inggeris yang lemah turut menyumbang kepada tahap motivasi pelajar adalah rendah.



Malangnya orang yang motivasi belajarnya kurang seperti ini jumlahnya cukup banyak. Ada beberapa faktor penyebab kurangnya motivasi belajar diantaranya yaitu: 1. Faktor diri sendiri - Tidak punya cita-cita yang jelas. Tanpa cita-cita, tak akan ada mimpi yang ingin diwujudkan. Cita-cita adalah sasaran yang perlu dicapai dan arah yang harus dituju. Untuk apa belajar jika tak ada cita yang didamba. Itulah yang sering dialami sebahagian orang. - Tidak percaya diri. Orang yang merasa dirinya tidak pintar, telat mikir, dan sebagainya akan segan apabila perlu belajar. Mereka tidak percaya diri dengan potensi yang dimiliki. Apalagi ketika mereka membanding-bandingkan dengan kemampuan rakan-rakannya yang dianggap lebih pintar. Perasaan rendah diri itu akan semakin berkembang dan membuat mereka semakin malas belajar. 2. Faktor persekitaran - Pergaulan yang tidak menyokong. Dengan siapa kita bergaul menentukan akan menjadi apa diri kita nanti. Jika kita bergaul dengan orang yang lebih suka menghabiskan masa untuk melepak, bermain-main, hura-hura dan sebagainya maka kita akan terbawa-bawa. Belajar akan menjadi perkara terakhir yang akan dilakukan. 3. Faktor keluarga - Keluarga yang tidak harmoni akan mengganggu konsentrasi belajar. Permasalahan keluarga akan "merosakkan suasana" dan membuat keadaan tidak selesa. Sokongan dan bimbingan



yang diharapkan daripada keluarga pun tak ada. Mereka lebih sibuk memikirikan permasalahannya sendiri. - Harapan orang tua yang terlalu tinggi atau rendah. Setiap orang tua pasti punya harapan kepada anak-anaknya. Bila harapan orang tua terlalu tinggi maka akan menjadi beban berat untuk anaknya. Akhirnya si anak akan merasa terbeban dengan sasaran dari orang tuanya. Ada juga orang tua yang terlalu rendah membuat harapan untuk anaknya. Hal ini akan menyebabkan si anak kurang bermotivasi untuk belajar giat kerana tak punya target yang tinggi. Mungkin sasarannya hanya sekadar lulus sekolah saja, entah nilainya berapa atau dengan cara apa dia lulus tak begitu diperhatikan. Motivasi akan menentukan prestasi. Tanpa motivasi, jiwa dan raga anda tak akan bergerak untuk berbuat. Belajar akan menjadi beban dan hanya sekadar menggugurkan kewajiban. Jadikan belajar sebagai aktiviti menyeronokkan, ayo belajar terus dan terus belajar ...



MASHITHAH BINTI KHALID. 2012. FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI MOTIVASI PEMBELAJARAN TERHADAP SUBJEK EKONOMI MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA http://mashithah87.blogspot.my/2012/05/faktor-mempengaruhi-motivasi-pelajar.html