Faktor2 Pelajar Tidak Buat Keja Rumah [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Murid Di Sekolah Tidak Menyiapkan Kerja Sekolah Yang Diberikan Oleh Guru Mata Pelajaran. SK Dato Onn Jaafar Simpang Renggam Kluang Johor



1. ABSTRAK Latihan atau kerja rumah sering diberikan kepada murid-murid untuk mengukur tahap pemahaman murid terhadap sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan, selain itu latihan atau kerja rumah juga adalah sebagai salah satu pengukuhan dan pengayaan kepada murid. Namun apa yang menyedihkan, terdapat sebilangan murid tidak menyiapkan dan seterusnya menghantar kerja rumah yang diberi kepada guru pada masa yang dijanjikan. Ini bukan saja telah mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran, tapi secara tidak langsung masalah ini akan membuatkan guru menjadi bosan dan menganggap atau melabel murid tersebut sebagai murid malas. Justeru, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti punca masalah ini berlaku tanpa sewenang- wenangnya menuding jari kepada mana-mana pihak sama ada guru, murid ataupun ibu bapa. Kajian Tindakan ini dijalankan ke atas 10 orang pelajar Tahun 4 di SK Dato Onn Jaafar, Simpang Renggam Kluang Johor. Secara umumnya murid-murid yang dikenal pasti menghadapi masalah tidak menyiapkan kerja rumah Bahasa Melayu yang diberi. Selalunya pelajar menghadapi masalah tidak menyiapkan kerja rumah semasa membuat soalan-soalan berbentuk kefahaman. Guru telah mengenal pasti masalah ini semasa mengumpul buku latihan murid, mereka yang tidak menyiapkan kerja rumah enggan menghantar buku mereka. Faktor yang menyebabkan berlakunya masalah ini ialah ketiadaan bantuan di rumah, pengaruh rakan sebaya dan sosio ekonomi. Seterusnya guru telah mengambil kaedah berstruktur untuk mengatasi masalah ini. Tindakan- tindakan yang diambil menghasilkan keputusan yang memuaskan.



2. LATAR BELAKANG KAJIAN Sekolah Kebangsaan Dato Onn Jaafar (SK Dato' Onn Jaafar) pada asalnya dikenali sebagai SK Simpang Renggam 2. Ianya mula ditubuhkan pada 1 Disember 1995 untuk menampung keperluan pendidikan yang semakin meningkat pada waktu tersebut. Di awal penubuhannya, sekolah ini terpaksa beropersi dengan menumpang bangunan SK Simpang Renggam sehingga



31 Disember 1996 sementara menunggu bangunannya siap dibina.



Tanggal 1 Januari 1997 Sekolah ini telah mula beroperasi dibangunannya sendiri yang terletak di KM. 72 Jalan Johor iaitu jalan lama yang menghubungkan antara Bandar Kulai dan Pekan Air Hitam. Pada waktu tersebut proses pengajaran dan pembelajaran telah digerakan oleh warga pendidik yang berjumlah 16 orang dibantu oleh seorang kakitangan sokongan. Manakala seramai 352 orang murid telah ditempatkan sekolah ini.



Pertumbuhan dan pembangunan sosial dan ekonomi yang semakin pesat di daerah Simpang Renggam terutamanya pembinaan taman-taman perumahan yang semakin banyak menyebabkan berlakunya peningkatan jumlah murid yang belajar di sekolah ini. Pada tahun 2001, sekolah ini terpaksa beroperasi secara 2 sesi kerana kekurangan bilik darjah.. Masalah yang sering kali dihadapi oleh guru-guru sekolah ini ialah segelintir murid tidak akan menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru. Guru–guru sekolah selalu berbincang tentang faktor-faktor dan cara untuk menyelesaikan masalah pelajar yang tidak dapat menyiapkan kerja rumah yang diberikan.. Masalah ini selalu berlaku bagi tahun empat. Terdapat pelbagai faktor kepada permasalahan ini yang menjadi punca utama bertambahnya kerunsingan para guru sekolah. Antara factor tersebut ialah malas, Pengaruh rakan sebaya, Sosioekonomi keluarga, Pengaruh media massa, dan sikap pelajar itu sendiri. Bukan sekolah ini sahaja malah majority setiap sekolah mengalami masalah yang sama iaitu masalah murid tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan di rumah pada tempoh yang telah ditetapkan.



3. ISU KAJIAN Kejayaan adalah milik sesiapa sahaja yang berusaha untuk mendapatkannya. Kejayaan yang dimiliki tidak datang dengan sendiri atau secara kebetulan sahaja. Menurut Dato’ Dr Mohd Fadhilah Kamsah, Kejayaan seseorang murid terletak pada cara mereka memahami diri, mengetahui arah tujuan hidup dan teguh serta bersungguh-sungguh mencapai matlamat yang diimpikan dan akhirnya dengan berkat usaha yang dilakukan, hasil yang benar-benar berkualiti diperoleh. Kejayaan bukan bergantung kepada nasib semata-mata. Kita perlu berusaha untuk mencapai kejayaan yang diimpikan agar mencapai matlamat dalam melayari bahtera kehidupan. begitulah harapan seorang guru yang ingin melihat anak didik kecilnya



berjaya didalam hidup. Namun pelbagai masalah yang perlu di tempuh bagi mewujudkan anak bangsa yang Berjaya. Kerja rumah atau tugasan selalunya diberikan kepada murid oleh guru untuk menilai tahap kefahaman dan dapatan seseorang murid. Secara tidak langsung kerja rumah dapat menilai tahap keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.Namun masalah murid tidak menghantar kerja rumah sering kali menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran terganggu.Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah amat penting bagi muridmurid . Dengan ini, guru dapat mengetahui keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dan tahap pencapaian pelajar. Ekoran daripada itu juga, guru dapat mengenal golongan murid yang pandai dan yang kurang upaya menguasai sesuatu mata pelajaran yang diajar. Apabila diambil kira kepentingan pengajaran dan pembelajaran dalam kehidupan seorang kanakkanak, adalah kritikal untuk seorang guru memberi pertimbangan terhadap kerja rumah yang diberi kepada murid–muridnya. Kejayaan seorang murid menguasai sesuatu pelajaran juga bergantung kepada keberkesanan kerja rumah yang diberikan.



4. OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk melihat : 1) Mengenal pasti sama ada faktor latar belakang keluarga mendorong Pelajar tidak menyiapkan kerja rumah 2) Mengenal pasti samada factor media massa mendorong pelajar tidak menyiapkan kerja rumah 3) Mengenal pasti samada factor rakan sebaya mendorong pelajar tidak menyiapkan kerja rumah 4) Mengenal pasti samada faktor sikap mendorong pelajar tidak menyiapkan kerja rumah 5. PERSOALAN KAJIAN Berdasarkan objektif kajian, persoalan yang hendak dikaji sepanjang menjalankan kajian lapangan ini: 1. Apakah faktor latar belakang keluarga mendorong pelajar tidak menyiapkan kerja rumah 2. Apakah faktor media massa mendorong pelajar tidak menyiapkan kerja rumah



3. Apakah faktor lrakan sebaya mendorong pelajar tidak menyiapkan kerja rumah 4. Apakah faktor sikap mendorong pelajar tidak menyiapkan kerja rumah 6. KAEDAH KAJIAN Kaedah tinjauan telah dilakukan dalam mengenal pasti sampel dan langkah membuat kajian. Langkah- langkah yang telah dibuat seperti berikut: 5.1 Kaedah Tinjauan a) Mentakrif populasi -



pelajar sekolah SK Dato Onn Jaafar Simpang Renggam Kluang Johor dijadikan sebagai kawasan kajian malahan populasi pelajar yang bermasalah agak mudah didapati kerana kebanyakan pelajar tersebut tinggal di sekitar kawasan sekolah.



b) Memilih sampel yang bersesuaian -



Menurut Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sk Dato Onn Jaafar, Pn Saidah, pelajar dari Tahun 4 menunjukkan peningkatan yang amat ketara. Jadi saya memilih Tahun 4 sebagai sampel.



c) Mengumpul maklumat dengan menggunakan kaedah kaji selidik -



Setelah mendapat kebenaran daripada pihak pentadbir sekolah, pelajar tahun 4 yang dipilih di kumpulkan di suatu kelas. Seterusnya kesemua pelajar dikehendaki menjawab soalan kaji selidik yang berkaitan dengan skop kajian saya iaitu masalah pelajar tidak menghantar kerja rumah yang diberikan bagi sesuatu mata pelajaran.



d) Menganalisis data -



Data yang diperolehi di kumpulkan untuk dianalisis. Saya juga membuat perbandingan serta menterjemahkanya dalam bentuk grafik.



6. KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti punca utama yang mendorong para pelajar sekolah rendah yang selalu tidak menhantar kerja rumah yang diberikan oleh guru. Kajian ini juga di jalankan untuk mengenalpasti punca dan kesan ponteng terhadap pelajar. Harapan saya



semoga hasil daripada kajian ini, pelbagai tindakan dan inisiatif dapat diambil oleh pihak berkenaan untuk mengatasi masalah ini. Latar belakang responden Pelajar Tahun 4 yang telah di kenal pasti oleh guru sebagai pelajar yang mempunyai rekod masalah kehadiran ini mempunyai latar belakang yang berlainan. Seramai 10 orang responden telah memberi kerjasama dengn menjawab soalan soal selidik yang diberikan serta memberi beberapa maklumat peribadi.



Jantina



Bilangan



peratus%



Lelaki



5



50



perempuan



5



50



jumlah



10



100%



Berikut adalah mengikut jantina responden



pekerjaan bapa responden 20 10



Series 1



0 petani



buruh p.getah swasta



Berikut merupakan maklumat latar belakang keluarga respoden



Anggaran pendapatan keluarga 8%



4%



3%



rm501-rm1000 rm1001-rm1500



85%



rm1500keatas rm1-rm500



Graf menunjukkan bahawa seramai 85% orang penjaga bekerja sebagai buruh, 8% orang penjaga bekerja sebagai petani, 4% orang penjaga bekerja sebagai penoreh getah dan 3% penjaga bekerja disektor swasta.



Adakah latar belakang responden ini menjadi faktor utama kes murid tidak menyiapkankerja rumah atau ada faktor lain yang menyebabkan berlakunya masalah ini? Dapatan kajian ini akan menjelaskan punca sebenar pelajar yang kerap tidak menyelesaikan kerja sekolah digolongan pelajar Sekolah. 7. DAPATAN KAJIAN - Persoalan kajian 1 Apakah faktor latar belakang keluarga yang mendorong pelajar tidak menyiapkan kerja rumah? Sangat Tidak



Kurang setuju Sangat



tidak



setuju



pasti



0



1



0



Ibu bapa tidak mengambil berat tentang 1



9



0



3.08



8



2



3.12



1



1



Faktor latar belakang keluarga



minimum



setuju



setuju Saya berasal dari keluarga miskin



9



3.80



pelajaran saya Saya ke sekolah kerana dipaksa oleh ibu bapa Saya berasal dari keluarga yang ramai



0



Purata keseluruhan



8



3.40 3.35



jadual 1 Jadual 1 di atas menunujukkan dapatan min dan kekerapan bagi faktor latar belakang keluarga yang mendorong pelajar untuk tidak menyiapkan kerja rumah. Dapatan min tertinggi sekali iaitu sebanyak 3.80 iaitu dengan pernyataan ‘saya berasal dari keluarga miskin´. Seramai 9 orang yang setuju, 1 orang yang tidak setuju. Dapatan min terendah sekali ialah sebanyak 3.08 dengan pernyataan ³ ibu bapa tidak mengambil berat tentang pelajaran saya´. Seramai 1 orang yang sangat tidak setuju, 9 orang yang tidak setuju. Dapatan min bagi faktor lain ialah 3.12 bagi pernyataan ³saya ke sekolah kerana di paksa oleh ibu bapa´ dan 3.40 bagi pernyataan ³ saya berasal dari keluarga ramai´. 3.35



-Persoalan kajian 2 Apakah faktor media massa mendorong murid tidak menyiapkan kerja sekolah? Factor media massa



Sangat Tidak



Kurang setuju Sangat



tidak



setuju



pasti



minimum



setuju



setuju Sayasuka menonton televisyen



0



0



0



9



1



3.80



Saya suka menonton rancangan hiburan



0



0



0



6



4



3.17



Saya suka meniru aksi dalam filem di 0



2



0



1



7



3.08



1



3



6



3.40



televisyen Artis adalah idola saya



0



Purata keluruhan



3.39



Jadual 2 Dapatan min dalam jadual 3 menunjukkan pernyataan ³saya suka menonton televisyen´ merupakan min tertinggi sekali iaitu sebanyak 3.80. Seramai 9 orang setuju dan seorang sangat setuju. Dapatan min terendah sebanyak 3.08 bagi pernyataan ³saya suka meniru aksi dalam program televisyen´. Seramai 2 orang yang tidak setuju, 1 orang yang setuju dan 7 orang sangat setuju. Manakala dapatan min bagi pernyataan lain ialah sebanyak 3.17 bagi pernyataan ³saya suka menonton program hiburan´. Akhir sekali min 3.40 bagi pernyataan ³artis adalah idola saya.



-Persolan kajian 3 Persoalan Kajian 4 Apakah faktor pengaruh rakan sebaya yang mendorong murid tidak menyiapkan kerja rumah.?



Factor rakan sebaya



Sangat Tidak



Kurang setuju Sangat



minimum



tidak



setuju



pasti



0



0



0



0



2.20



setuju



setuju Saya berkawan dengan budak yang tidak 10 sekolah Saya sering berkunjung ke siber cafe



0



5



2



3



0



4.12



Saya suka lepak di pasar minggu



0



1



4



5



0



1.156



Rakan saya merupakan pelajar bermasalah



1



9



0



0



0



2.00



Purata keluruhan



2.47



Jadual 3 Jadual 4 menunjukkan dapatan min pengaruh rakan sebaya terhadap budaya murid yang malas menyiapkan kerja rumah. Dapatan min tertinggi sekali ialah pernyataan ³saya sering berkunjung ke siber kafe´ sebanyak 4.12. Seramai 5 orang yang tidak setuju, 2 orang yang kurang pasti. Manakala 3 orang yang setuju. Dapatan min terendah pula 1.56 bagi pernyataan ³saya suka lepak di pasar minggu bersama rakan´. Seramai 1 orang yang tidak setuju 4 orang kurang pasti dan 5 orang setuju dengan pernyataan ini. Manakala dapatan min bagi pernyataan lain ialah 2.20 bagi pernyataan ³saya berkawan dengan orang yang tidak bersekolah´. Dapatan min 2.00 pula bagi pernyataan ³rakan saya merupakan pelajar bermasalah´. -Persoalan kajian 4 Apakah faktor sikap menyebabkan pelajar tidak menyiapkan kerja rumah? Factor sikap



Sangat Tidak



Kurang setuju Sangat



tidak



pasti



setuju



minimum



setuju



setuju Saya malas bangun pagi



1



9



3.44



0



10



4.24



Saya malas membuat kerja sekolah



1



1



Saya tidak mempunyai cita-cita



3



7



Saya tidak dapat memberi tumpuan



0



didalam kelas



Purata keluruhan



8



3.64 3.20 3.63



Jadual 4 Jadual 5 menunjukkan dapatan min dan taburan kekerapan bagi faktor sikap pelajar yang tidak menyiapkan kerja rumah. Dapatan min tertinggi sekali ialah 4.24 dengan pernyataan ³ saya tidak dapat memberi tumpuan dalam kelas´. Seramai 10 orang setuju. ³Saya tidak dapat mempunyai cita- cita´ menunjukkan dapatan min yang terendah sekali iaitu sebanyak 3.20. Seramai 3 orang kurang pasti, 7 orang setuju. Manakala dapatan min bagi faktor lain pula seperti saya malas bangun pagi ialah 3.44 dan saya malas membuat kerja sekolah ialah sebanyak 3.64.



Faktor pelajar tidak menyiapkan kerja rumah 4 3 2 1 0 latar belakang keluarga



media massa



rakan sebaya



sikap pelajar



Berdasarkan graf diatas, menunjukkan faktor sikap pelajar menjadi punca utama mengapa ramai pelajar Tahun 4 SK Onn Jaafar terlibat dengan masalah pelajar yang tidak siapkan kerja rumah. Min sikap pelajar jelas menunjukkan bahawa sikap pelajar merupakan faktor utama masalah ini berlaku. Min sebanyak 3.63 merupakan tertinggi sekali berbanding faktor rakan sebaya iaitu 2.47 sahaja. Perbezaan min sebanyak 1.16, ini menunjukkan bahawa faktor rakan sebaya tidak member kesan yang besar kepada pemasalahan yang dibincangkan. Faktor pengaruh media massa menunjukkan jumlah min kedua tertinggi. Dengan min sebanyak 3.39, min ini tidak jauh bezanya dengan min latar belakang keluarga iaitu 3.35. Bolehlah dirumuskan bahawa sikap pelajar itu sendiri menjadi punca utama murid malas membuat kerja rumah yang diberikan.



8.RUMUSAN HASIL KAJIAN FAKTOR DOMINAN (sikap pelajar) Berdasarkan dapatan kajian dan graf, punca dominan mengapa pelajar SK Dato Onn Jaafar tidak menyiapkan kerja rumah dikenalpasti. Sikap pelajar itu sendiri yang menjadi faktor dominan sehingga berlakunya fenomena ini. Dapatan min bagi sikap pelajar ialah 3.63 berbanding faktor lain. Mengapa sikap pelajar menyebabkan mereka tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan? Berdasarkan soalan kaji selidik, paling ramai responden bersetuju dengan pernyataan bahawa mereka tidak dapat memberi tumpuan dalam kelas. Mengapa mereka tidak memberi tumpuan? Temubual bersama responden menunjukkan bahawa mereka tidak bersedia untuk menghadapi pelajaran, tidak faham apa yang diajar oleh guru, pelajaran terlalu sukar dan tidak berminat untuk belajar. Hasil dari temu bual dengan responden, mereka menyatakan lebih suka menghabiskan masa dengan bermain, merokok dan melepak. Hasil dapatan kajian juga, saya dapati pelajar tidak dapat menyiapkan kerja



rumah kerana Setengah pelajar keletihan kerana sebelah petang mereka menolong ibu bapa membuat kerja kampung. Kesemua responden yang dipilih adalah dari kalangan murid yang rendah tahap pencapaian akademik. Dalam diri responden juga tidak timbul minat untuk belajar. Akhir sekali, dapatan kajian mendapati kesemua responden tidak mempunyai citacita. Mereka hadir ke sekolah kerana rakan- rakan bersekolah dan ibubapa mereka yang memaksa ke sekolah. Hampir kesemua responden menyatakan tidak ada seorang pun ahli keluarga yang melanjutkan pelajaran ke peringakat universiti atau menjawat- jawatan yang baik. Ahli keluarga semunya bekerja kampung. Mereka tidak ada idola/ role model yang boleh dijadikan pembakar semangat untuk mereka belajar. Saya berpendapat sekiranya masalah ini berlarutan dan pelajar tidak ubah sikap, pelajar akan rugi kerana mensia-siakan peluang yang ada. Guru- guru juga akan sentiasa dipersalahkan oleh pihak luar. Konflik akan sentiasa wujud antara guru dan pelajar tanpa kesudahan. 9. CADANGAN BAGI MENGATASI MASALAH A) guru kaunseling di sekolah haruslah memainkan peranan agar dapat menimbulkan kesedaran dan motivasi tentang kepentingan pendidikan di sekolah pada setiap murid bagi menggapai masa depan yang cemerlang kelak B) setiap guru harusla juga memahami beban kerja rumah yang diberikan dengan tahap kemampuan pelajar itu sendiri.pembahagian kerja secara bergilir adalah satu cara yang terbaik agar pelajar dapat menyiapkan tugsan dengan lebih baik. 10.PENUTUP Berdasarkan dapatan kajian ini, jelas menunjukkan bahawa masalah pelajar tidak menyiapkan kerja rumah adalah punca dari sikap pelajar itu sendiri. Pelbagai pihak perlu sedar tentang keadaan ini dan jangan hanya menunding jari kepada pihak lain. Kita perlu bergabung tenaga untuk mencari kata putus bagaimana untuk mengubah sikap pelajar. Pelbagai program yang dibuat tidak akan berkesan sekiranya tidak mengetahui punca utamanya. Masalah ini telah mengundang banyak masalah sampingan yang lain, masalah ini perlu diambil berat oleh semua pihak sebelum ³nasi menjadi bubur´. Demi mewujudkan generasi yang lebih berguna pada masa hadapan. Langkah drastik daripada semua pihak patut dilaksanakan. Tindakan daripada satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil. Jadi samasamalah kita berganding bahu untuk mengatasi masalah ini.



Hasil dapatan kajian ini mungkin merupakan langkah awal dalam membanteras fenomena malas dan tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru mata pelajaran. Tindakan perlu dilakukan disekolah rendah lagi. RUJUKAN



Alimuddin b. Mohd. Dom (2006). Membina Sekolah Cemerlang: Peranan Pengetua dan Guru Besar bagi Meningkatkan Kecemerlangan Sekolah. Putrajaya : Jemaah Nazir Sekolah



Mohd. Fadzilah Kamsah, Ahmad Zabidi Abdul Razak & Noor Shamsinar Zakaria (2004). Merancang Kejayaan. Bentong : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.



Tajul Ariffin Noordin, Roslee Ahmad, Rahimawati Abdul Rahim, (2007). Membina pelajar cemerlang: evolusi pembelajaran sepanjang hayat. Penerbit UTM.



Sumber rujukan internet http://cikguhaidi.wordpress.com/



apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article45.pd



LAMPIRAN BORANG KAJI SELIDIK Tajuk: Masalah murid yang tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru mata pelajaran Sila jawab soalan dengan penuh jujur dan rasa bertanggungjawab,soalan yang diberi hanyalah satu bentuk kajian ilmiah Maklumat Sampel Sekolah : ____________________________________________________________ Tahun :________ Bangsa :_______________ Alamat : : __________________________________________________ Jantina : _______ Agama :_________ Umur: ____



Bilangan adik beradik : _______________ Anak ke : __________ Maklumat Penjaga Sampel Pekerjaan Bapa /Penjaga :__________________________________________ Pekerjaan Ibu / Penjaga:____________________________________________ Status perkahwinan : Bersama ( Bercerai (



) Meninggal dunia ( ) )



Anggaran gaji RM1- RM 500 ( ) RM 501-1000 ( ) RM 1001 - RM 1500 ( ) RM1501 KEATAS



(



)



Sila tandakan ( / ) pada kotak jawapan pilihan anda 1) Sangat tidak setuju( ) 2) Tidak setuju( ) 3) Kurang Pasti ( ) 4) Setuju ( ) 5) Sangat setuju( )



soalan 1



Saya berasal dari keluarga miskin



2



Ibu bapa tidak mengambil berat tentang pelajaran saya



3



Saya kesekolah kerana dipaksa oleh ibu bapa



4



Saya berasal dari keluarga yang besar



5



Guru sangat garang



6



Guru memberi banyak kerja rumah



7



Saya suka menonton televesyen



8



Saya suka menonton rancangan hiburan



9



Saya suka meniru aksi dalam



1



2



3



4



5



rancangan tv 10 Artis idola saya 11 Saya berkawan dengan orang yang tidak bersekolah 12



Saya suka berkunjung ke cyber cafe



13



Saya suka melepak



14



Rakan saya merupakan pelajar bermasalah



15



Saya malas bangun pagi



16



Saya tidak dapat member tumpuan dalam kelas



17



Saya malas membuat kerja sekolah



18



Saya tidak mempunyai cita-cita



19 20