Sejarah Tali [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

SEJARAH TALI



Mengikut pendapat ada mengatakan orang Mesir adalah orang pertama menggunakan tali. Tali yang mereka gunakan diperbuat daripada rami yang halus, dahan kurma, bulu unta dan akar kayu. Penemuan ini hasil kajian dan kesan semasa menggali makam lama Mesir. Penduduk Mesir menggunakkan tali lebih kurang 5000 tahun lepas (Syed Hasyim, 1983). Setengah-setengah pendapat mengatakan bahawa bangsa Yunani prasejarah, iaitu seorang dewa Og adalah pembuat tali yang pertama (Tak-joeddin, 1981). Tali dan simpulan mempunyai lagenda yang tersendiri dan berlaku dari zaman ke zaman. Contohnya lagenda tali dan simpulan dihubung kait dengan Raja Iskandar Zulkarnain dari Mekadonia. Beliau telah diuji kepintarannya dengan memberikan satu longgokan tali. Beliau disuruh mencari hujung tali tersebut. Setelah mencuba mencari hujung tali beberapa lama dan menggunakan berbagai-bagai ikhtiar, namun ia tidak berjaya. Akhirnya beliau tersangat marah dan hilang kesabaran, lalu beliau menghunus pedangnya dan memotong longgokan tali itu sehingga terdapat beberapa hujung tali. pada abad-abad pertengahan, tukang tilik dan tukang shir menerapkan jampi serapah pada simpulan untuk digunakan sabagai azimat. Pengaruh kepercayaan ini masih lagi terdapat dalam beberapa masyarakat di masa kini. Setengah-setengah tempat masyarakat Melayu masih mengamalkan kepercayaan ini. Pada asalnya tali diperbuat daripada kulit dan bulu binatang tertentu. Kemudian rotan akar-akar kayu digunakan, setelah itu tali diperbuat pula daripada sabut, dawai, kapas, rami, hemp dan bahan-bahan campuran (synthetic). Tali terdapat dalam pelbagai saiz lilitannya dan digunakan untuk berbagai-bagai kegunaan. Contohnya tali digunakan untuk mengangkut, manarik, mengikat dan menyelamat. Ini menunjukkan ketahanan sesuatu jenis tali berbeza di antara satu sama lain. Umpamanya, tali yang digunakan untuk mengikat binatang tidak sesuai digunakan untuk menarik. Contoh aktiviti rekreasi yang melibatkan penggunaan tali ialah :



1) Aktiviti panjat-mamanjat 2) Aktiviti perkhemahan yang melibatkan pembinaan gadget dan permainan. 3) Aktiviti menyelamat seperti menurunkan atau menaikan mangsa dari tebing yang tinggi. 4) Aktiviti ikhtiar hidup seperti memasang jerat. 5) Aktiviti memancing.



DEFINISI SIMPULAN DAN IKATAN Dianggarkan terdapat lebih kurang 3000 jenis simpulan dan ikatan. Tali yang digunakan pada sepanjang masa, tempat dan keadaan, seperti oleh pengembara, penyelamat, pendaki gunung, mengikat kapal di pelabuhan, penggunaan khas, perhiasan dan kegiatan luar. Kita juga selalu menggunakan berbagai-bagai jenis ikatan dan simpulan pada setiap masa. Empat definisi yang perlu diketahui tentang simpulan dan ikatan, iaitu simpulan (knotting), ikatan (lashing), sambat (splicing) dan mematikan hujung tali (whipping) Simpulan Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Ia digunakan pada benda-benda yang kecil dan sederhana. Contoh-contoh simpulan ialah seperti buku sila, tindih kasih, simpul himpit, lilit dua simpul, simpul pemukat dan sebagainya. Simpulan digunakan pada setiap tempat dan masa seperti di rumah, di hospital, mengikat kasut, bungkusan dan memulakan jahitan. Ikatan Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Kebiasaannya dalam kegiatan berpengakap dan kepanduan beberapa ikatan digunakan seperti ikat seraya, ikat serong, ikat silang gunting dan lilit balak. Sambat Sambat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu peralatan. Meyambugkan dua tali dengan menggunakan kaedah sambat sangat baik san selamat semasa digunakan. sambat yang biasa digunakan seperti sambat balik, sambat pendek dan sambat mata.