Selawat Ummi [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Selawat Ummi



Rasulullah SAW telah bersabda bahawa, Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku. Berkata Jibril A.S.: “Wahai Rasulullah! Sesiapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.” Fadhilat: Bacalah Selawat Ummi sebanyak 80x pada malam Jumaat dan 10x setiap lepas solat fardhu – Ins shaa Allah diampuni segala dosa.



Amalan Selawat Ummi Amalan selawat ummi ini sebaik-baiknya dilakukan setelah kita khatam amalan Lailahaillah. Amalan Lailahaillallah itu kita lakukan bagi menyucikan diri kita untuk benarbenar menafikan tuhan selain Allah swt dan mengisbatkan hanya Allah swt sahaja tuhan yang layak diimani. Amalan selawat ummi ini pula untuk menyatakan bahawa kita yakin dengan seyakinyakinnya bahawa Rasulullah s.a.w adalah nabi & rasul utusan Allah swt serta menerima bahawa Al-Quran itu adalah mukjizat dan wahyu daripada Allah swt. Sesungguhnya Al-Quran itu adalah wahyu daripada Allah swt dan bukanlah tulisan & karangan rekaan Rasulullah saw seperti mana yang kita yakini dalam selawat ini bahawa Rasulullah saw itu Rasul & Nabi yang ummi (buta huruf). Selawat ini bukan bertujuan untuk menghina atau merendahkan martabat Rasulullah saw., sebaliknya adalah tanda membenarkan Rasulullah saw dan Al-Quran itu sendiri. Amalan ini perlu dikhatam dengan membacanya sebanyak 100,000x. Paling baik dihabiskan dalam masa sehari. Jika tidak mampu, boleh dipecahkan dalam tujuh (7) hari. Antara kelebihan yang akan diperolehi ialah seseorang yang telah khatam amalan ini dengan jayanya, ins sha Allah akan dipertemukan Allah swt akan Rasulullah saw dalam mimpi kita. Semoga kita diberikan kekuatan untuk khatam amalan ini. Amin ya rabbal alamin



1



Qalbu Insani