SGM - Kompetensi Guru (Perbandingan DGN Negara Maju) [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

2.0 KOMPETENSI GURU Sebagai seorang guru, kemampuan belajar dan mengajar adalah merupakan kemampuan semulajadi yang haruslah dimiliki oleh setiap guru. Seperti mana yang diketahui oleh semua, tugas seorang guru yang paling utama adalah mengajar. Guru merupakan tunjang utama dalam sistem pendidikan. Guru bukan sahaja memainkan peranan utama sebagai penyampai ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada



pelajar,



malahan



memperkembangkan



bakat



guru dan



juga



bertanggungjawab



kebolehan



pelajar.



menyuntik



Sejajar



dengan



minat, Pelan



Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 akan memperkenalkan satu pakej kerjaya guru baru dalam memertabatkan keguruan sebagai profesion pilihan termasuk kaedah memberi ganjaran sepanjang tempoh kerjaya sebagai guru. Menurut laporan awal PPPM 2013 – 2025, gelombang yang pertama member focus kepada meningkatkan standart profesionalisme guru. Oleh itu, kemampuan mengajar guru haruslah dinamik kerana tuntutan perkembangan semasa seta cabaran masa kini. Berhasil atau gagalnya seorang pelajar dalam pelajaran bukan sahaja terletak kepada pelajar itu sendiri, tetapi juga terletak pada kemampuan guru dalam mengaplikasikan proses pmbelajaran. Dengan itu, terdapat beberapa jenis kompetensi harus dimiliki oleh guru dalam mengaplikasi dan mendukung perlaksanaan proses pembelajaran.



2.1 DEFINISI, KONSEP DAN TEORI Menurut kamus Dwibahasa Dewan, kompetensi adalah istilah bahasa Inggeris iaitu competence yang bermaksud kelayakan, kemampuan, kesanggupan dan kecekapan ekompetensi bermaksud “competence, proficiency, skilful and skill”.



Kompetensi



ditakrifkan sebagai gabungan aspek pengetahuan, kemahuan dan ciri-ciri peribadi yang perlu dimiliki serta diamalkan bagi melaksanakan sesuatu perkerjaan. Definisi umum bagi kompetensi adalah keupayaan seseorang untuk mencapai matlamat interaktif dalam konteks sosial yang khusus, dengan menggunakan cara yang diterima dan menghasilkan natijah yang positif dengan memberikan signifikan kepada unsur yang lain. Kompetensi atau kecekapan boleh didefinisikan juga sebagai kebolehan seseorang mengeluarkan sesuatu hasil yang



telah dipersetujui bersama melalui terma-terma yang telah ditentukan tahap pengukurannya. Seterusnya, definisi khusus kompetensi pula merupakan satu ukuran yang telah ditetapkan bagi seseorang guru dalam menguasai pelbagai peringkat kompetensi yang diperlukan untuk memenuhi aspirasi pelajar dan masyarakat. Majid (2005) menjelaskan kompetensi yang dimiliki oleh setiap guru akan menunjukkan kualiti guru dalam mengajar. Kompetensi tersebut akan wujud dalam bentuk penguasaan pengetahuan dan profesional dalam menjalankan serta melaksanakan tugas sebagai guru. Disokong oleh Robotham (1996), kompetensi yang diperlukan oleh seseorang tersebut dapat diperoleh baik melalui pendidikan formal maupun tidak formal iaitu melalui pengalaman. Manakala definisi guru dalam konteks ini pula adalah tenaga pengajar yang telah mengikuti sijil perguruan, diploma pendidikan dan ijazah dari maktab-maktab dan universiti yang dilantik oleh KPM untuk berkhidmat di sekolah. Kategori guru meliputi bakal guru, guru permulaan, guru dan pentadbir sekolah termasuk pengetua dan guru penolong kanan. Dengan demikian dapat disimpulkan bahawa kompetensi guru adalah pengetahuan, keterampilan, kemampuan dan kehendak tugas guru dalam melaksanakan profesion keguruan. Mengikut konsep kompetensi guru, standard professional perguruan boleh digunakan sebagai satu set kriteria dari kompetensi minimum yang ditunjukkan dalam perlaksanaan kerja. Terdapat banyak perkara yang berkait dengan profesional kompetensi guru termasuklah profesional dan sosial seperti pengajaran, kepakaran dalam bidang teori dan subjek yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, mengurus proses pembelajaran, adaptasi dalam komoniti dan personaliti yang perlu ada dalam kompetensi guru. Menurut Beara (2003) mengenal pasti kompetensi minimum bagi guru terhadap lima komponen yang sepatutnya kompeten.antara komponen tersebut adalah kurikulum, pedagogi, penilaian, sumbangan terhadap sekolah dan juga sumbangan terhadap profesion. Oleh itu, Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan



pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan akan datang. Semuanya sejajar dengan Pelan PPPM 2013-2025.



2.2 MINI KAJIAN



Menurut kajian yang dijalankan oleh Beare (2001) telah mengenal pasti kompetensi minima guru yang selari dengan lima bidang yang sama atau komponen yang dijangka sebagai kompetensi. Kelima-lima dimensi tersebut ialah kurikulum, pedagogi, penilaian, sumbangan kepada kejayaan di sekolah dan sumbangan kepada profesion. Manakala mengikut kajian Mohammed Sani (2005) pula, beliau mengatakan bahawa dalam dunia moden yang berkembang pesat ini, peranan sekolah telah berubah dan guru perlu meningkatkan domain pengetahuan dan kecekapankecekapan baru untuk membolehkan mereka mengikut peredaran zaman yang serba mencabar ini. Seterusnya Daud Ibrahim (2003) berpendapat bahawa, kompetensi ditakrifkan sebagai gabungan aspek pengetahuan, kemahiran dan cirriciri peribadi yang perlu dimiliki serta diamalkan bagi melaksanakan sesuatu pekerjaan atau jawatan. Agus Darma (2003) menyatakan bahawa kompetensi merupakan kemampuan atau kecekapan yang diperlihatkan oleh seseorang ketika melakukan sesuatu.



2.3 PERBANDINGAN Umum mengetahui bahawa Standard Guru Malaysia yang diperkenalkan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ialah penyataan kompetensi yang patut dicapaioleh guru (Standard) dan juga keperluan dari segi aspek yang perlu dilaksanakan agensi dari institusi latihan perguruan. Pelbagai program yang telah digubal dan dijalankan dalam memastikan kompetensi guru sentiasa ditahap standard yang ditetapkan. Namun begitu adakah pendidik dan bakal pendidik di Malaysia betul-betul ditahap pencapaian yang dinginkan seperti yang telah dicapai oleh Negara maju lain? Bahagian ini akan membawa kita menyolopori secara dasar



perbandingan pencapaian kompetensi pendidik di Negara kita, Malaysia dengan beberapa Negara maju yang lain. Jikad ilihat melalui sudut keperluan iaitu fungsi institusi latihan perguruan di Malaysia itusendiri, banyak revolusi yang telah dilakukan bagi memastikan bakal pendidik betul-betul berkelayakan serta bersedia apabila berhadapan dengan reality dunia pendidikan. Segenap aspek telah melalui penambahbaikan iaitu dari kelayakan pengambilan yang diperketatkan sehingga kepada jaminan kualiti melalui pemastian kod Amalan Jaminan Kualiti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Namunbegitu, jika dibandingkan dengan Negara maju seperti Finland, mereka amat dikenali dengan penghasilan pendidik yang berkualiti tinggi, ianya hasil sokongan dan galas an tanggungjawab yang baik dari semua university tempatan di Finland. Dalam temubual bersama wartawan dari Amerika pada 16 Mac 2011, Henna Virkuneni aitu Menteri Pendidikan Finland mengatakan bahawa : Our educational society based on trust and cooperation, so when we are doing some testing and evaluation, we don’t use it for controlling (teacher) but for development. We trust the teachers. All of the teacher-training is run by universities in Finland, and all students do a five-year master’s degree. Because they are studying at the university, teacher education is research based. Students have a lot of supervised teacher-training during their studies. Melalui temuramah tersebut, boleh kita konklusikan bahawa guru pelatih di Finland telah melalui frasa-frasa penting ketika pembentukan kearah pendidik yang sebenar dengan mengumpul pengalaman dari kajian-kajian yang telah dijalankan. Dengan hasil bimbingan dari pembimbing yang berpengalaman ditambah dengan sikap berkomitmen tinggi, hasilnya profesion keguruan menjadi rebutan di Negara tersebut. Seterusnya, apabila disentuh melalui aspek Standard, ianya meliputi aspek amalan nilai profesion keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran Pengajarandan Pembelajaran. Sebagai seorang pendidik, adalah suatu kemestian mempunyai pegangan nilai profesion, sosial yang sentiasa diperkembangkan kearah penambahbaikan, sentiasa bermatlamat yang jelas dengan berpegang kepada



Falsafah Pendidikan Negara, memahami setiap isi kandungan sukatan pelajaran, dan sentiasa bersedia menyediakan Pengajaran dan Pembelajaran yang efektif dengan mengambilkira kemahiran penilaian dan pemantauan untuk memperbaiki PdP dari masa ke semasa. Walaubagaimanapun, masih timbul isu-isu yang mempertikaikan kompetensi guru di Malaysia. Sebagai contoh, menurut laporan Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMMS) dalam pentaksiran 2012, prestasi Malaysia berada sekurang-kurangnya 100 mata dibawah Negara serantau seperti Singapura,



Jepun, Korea dan Hong KONG. Kedua-dua subjek



tersebut masing-masing di kedudukan ke-57 (matematik) dan ke-52 (Sains) iaitu puratanya jauh lebih rendah daripada purata antarabangsa dan Negara pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD). Adakah ini petunjuk bahawa guru di Malaysia belum mencapai standard kompetensi yang diperlukan? Berbanding di Singapura, guru digalakkan untuk membuat inovasi didalam PdP. Menurut Menteri Pendidikan Singapura, Ho Peng, 3 elemen penting yang perlu ada dalam diri seorang guru iaitu, mengetuai, mengambil berat dan berinspirasi. Kesannya dapat dilihat apabila guru-guru di Singapura sentiasa memperbaiki dan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang mereka. Selai nitu, apa yang dilalui guru di Finland memangcukup menggambarkan bahawa guru adalah profesion yang berstandrad tinggi. Hal ini kerana guru di Negara tersebut boleh memilih kaedah pengajaran dan bahan pembelajaran mereka sendiri. Mereka dikatakan amat pakar dan berkemahiran tinggi dan mampu memberikan ujian yang sesuai kepada pelajar mereka. Melalui perbandingan yang telah diutarakan di atas, masih banyak penambahbaikan yang perlu dibuat bagi memastikan bidang pendidikan Malaysia dapat didokong oleh pendidik yang berkomitmen tinggi iaitu dalam erti kata lain berkompetensi tinggi seperti Negara maju lain. Oleh itu, pelbagai pihak termasuk warga pendidik sendiri perlu bersedia dengan apa jua cabaran dan revolusi yang berlaku bagi memastikan aspek-aspek penting dalam pendidikan tidak diabaikan dan misi untuk mencapai Negara maju yang mempunyai kualiti pendidikan yang disegani dunia tercapai.



2.4 ISU KOMPETENSI GURU Isu utama berkaitan kompetensi guru ialah skop tugasan dan peranan yang semakin mencabar. Pada asasnya, guru adalah sebagai penyampai ilmu pengetahuan dan kemahiran, tetapi ianya semakin perlu diperkembangkan kepada pembina daya pemikiran anatikal, kritikal dan kreatif. Sebagai contoh, murid pada zaman ini terlalu didedahkan dengan kepelbagaian teknologi maklumat yang mendorong mereka lebih berfikiran terbuka. Oleh itu, selaku guru yang bersedia dengan apa jua cabaran perlu bijak dalam mengimplementasikan elemen-elemen teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembelajaran dan pengajaran supaya ia tampak terbuka seiring dengan kebiasaan murid terhadap teknologi semasa Kredebiliti seorang guru sentiasa menjadi isu apabila ianya dikaitkan dengan penguasaan ilmu dan kemahiran terutama dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Isu yang paling terksesan dan mendapat perhatian umum ialah berkaitan pencapaian murid Malaysia dalam matapelajaran Matematik dan Sains. Menurut laporan TIMSS, pelajar Malaysia berada di kedudukan .......



Melalui



keputusan TIMSS ini, banyak persoalan melibatkan penguasaan ilmu dan kemahiran guru di Malaysia dalam penyampaian subjek ‘killer’ ini secara berkesan. Adakah guru di Malaysia kurang kompetensi dalam mengajar subjek-subjek tersebut? Program LINUS, KBAT, PT3 antara dasar dan program tranformasi yang telah diperkenalkan dalam merealisasikan perubahan holistik dunia pendidikan yang dihasratkan rakyat. Setelah melalui beberapa tahun percubaan dalam perlaksanaan program-program transformasi tersebut, terdapat banyak keluhan, kritikan dan kegelisahan yang ditimbulkan oleh warga pendidik. Maka timbulah isu yang mempertikaikan



pegangan



nilai



seseorang



guru



terhadap



profesionnya.



Kebarangkalian ianya perkaitan rapat dengan kurangnya amalan nilai profesion keguruan dalam domain diri, profesion dan sosial. Tetapi dalam hal ini, guru tidak boleh di salahkan seratus peratus kerana dalam mendukung program-program tersebut, batasan dan halangan perlu diambil kira agar kebajikan guru masih terpelihara. Isu-isu yang telah dinyatakan hanyalah sebahagian sahaja dari yang timbul. Isu berkaitan dengan kompetensi guru ini perlu ditangani sekiranya matlamat Pelan



Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang mensasarkan Malaysia di dalam kelompok satu pertiga teratas system pendidikan terbaik dunia ingin dicapai.



2.5 IMPLIKASI Pelan PPPM 2013-2025 banyak memberi impak yang besar kepada kompetensi guru umumnya dan memartabatkan keguruan sebagai profesion pilihan khasnya. Gelombang pertama (2013-2015) itu sendiri memberi fokus kepada peningkatan standard profesionalisme guru. Sebagai guru dan bakal guru, dasar transformasi kerajaan dalam bidang pendidikan ini perlulah dipandang dari sudut positif dan digalas bersama-sama agar ianya tercapai dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Implikasi terhadap kompetensi guru dari program-program yang sedang dilaksanakan ini, ianya amat memberi kesan terhadap persiapan guru itu sendiri yang perlu bersedia dalam pelbagai aspek kemahiran dan pengetahun yang berasaskan ‘workplace’ dan ‘job based’. Ianya amat memerlukan guru yang berkompetensi tinggi dalam menjalankan tugas atau situasi secara efektif. Secara tidak langsung, guru-guru sedar bahawa program-program tersebut bukan diajalankan sekadar untuk tujuan penialian sahaja, bahkan ia meniupkan semangat kepada gurudalam memastikan kredebiliti perguruan dapat diangkat ke tahap yang maksimum. “... 21st century competencies required teachers to move beyond simple content area or knowledge and skills to meet complex demands..” pernyataan di atas telah dikeluarkan oleh isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor ketika pembentangan kertas kerja bertajuk Teacher’s Competency di Riyadh, Arab Saudi pada.... Beliau menekankan bahawa seorang guru yang berkompetensi tinggi sedia menghadapai apa jua cabaran dan rintangan dalam dunia yang serba moden ini. Penyataan beliau itu turut menyentuh domain dan elemen yang diterapkan di dalam Standard Guru Malaysia di bawah pelan PPPM 2013-2025. Jika seorang guru memberi perhatian yang mendalam terhadap domain pengetahuan, kemahiran dan sahsiah maka guru tersebut sedang berusaha dalam memantapkan kompetensi keguruan mereka. Dalam mengukuhkan lagi kompetensi tersebut, elemen-elemen



yang



merangkumi



aspek



proses



perlaksanaan



PdP



serta



kokurikulum,



pengaplikasian dan pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), penyelidikan, penerbitan, dan penghasilan bahan inovasi serta penglibatan dan sumbangan kepakaran kepada warga dalam dan luar organisasi perlu di praktikkan. Implikasinya akan membuahkan hasil yang sangat membanggakan apabila guru mampu menempuh apa-apa cabaran dengan hati dan minda terbuka.



2.6 CABARAN



Peranan guru masa kini semakin mencabar dalam pelbagai sudut seiring dengan hala tuju pendidikan negara yang menggariskan satu matlamat iaitu menjadikan pendidikan di Malaysia sebagai pendidikan bertaraf dunia. Dalam bidang pendidikan cabaran yang perlu dihadapi oleh para guru merangkumi usaha melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, pengurusan sekolah yang berkesan, menangani masalah disiplin dan gejala sosial, harapan tinggi masyarakat dan banyak lagi.



Disebabkan itu, semua guru hendaklah terdiri dari golongan yang kuat semangat perjuangannya. Mereka mestilah sentiasa bersedia untuk melengkapkan diri serta dapat mengadaptasi diri dengan perubahan yang begitu drastik masa kini. Apa yang menjadi persoalannya, adakah tahap guru Malaysia cukup kompeten serta bersedia dalam menangani cabaran-cabaran tersebut? Seterusnya, adakah apabila berlaku beberapa perubahan dalam skim perkhidmatan dan kejayaan yang dicapai dalam dunia pendidikan maupun kekurangan yang sering menjadi isu dapat membuka petunjuk kepada tahap kompetensi guru Malaysia?



Oleh itu, apabila menyentuh tentang kualiti pendidikan maka hubunhgn dengan kualiti guru juga tidak dapat dipisahkan. Sebahgai warga pendidik pada abad ke-21 bukan sahaja memerlukan kita melahirkan insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang industri dan teknologi, pengurusan dan perdagangan tetapi juga harus dapat melahirkan serta menghasilkan insan yang mempunyai sistem nilai dan etika serta akhlak yang baik, berperibadi mulia, bertanggungjawab, patuh kepada tuhan serta berkemampuan untuk membangunkan



masyarakat dan Negara, menurut Sulaiman Daud (1995) (dalam Shahril dan Habib 2001).



Kesimpulannya, dalam menghadapi cabaran dunia moden yang berkembang pesat ini, peranan sekolah sudah berubah dan para guru perlu meningkatkan domain pengetahuan serta kecekapan-kecekapan baru untuk membolehkan mereka dapat mengikut peredaran zaman dan mampu menharungi serta menghadapi cabaran yang mendatang (Mohammed Sani 2005).



2.7 PENYELESAIAN Sejajar dengan matlamat perlaksanaan Pelan PPPM



2013-2025, pelbgai cara



penyelesaian untuk memastikan profesian perguruan mempunyai status yang tinggi di kacamata masyarakat dunia. Selain daripada nilai dan etika perguruan, guru-guru wajib mematuhi dan mengamalkan standard profesional guru (Teacher Professional Standards) di Malaysia. Ekoran daripada itu, pendidikan bertaraf dunia dalam proses pembangunan insan adalah diiktiraf oleh semua Negara. Terdapat dua dimensi keprofesionalan



guru



yang



berkaitan



dengabn



kelayakan



dan



kompetensi



profesional mereka. Seperti mana yang diketahui semua kualiti guru menyerlah melalui kualiti pengajaran mereka. Untuk memastikan kualiti dalam pembelajaran standard yang digunakan sebagai kriteria untuk pensijilan, pengambilan dan perancangan serta pembangunan kerjaya guru. Menurut Professor Saedah Siraj dan Muhammed Sani Ibrahim (2012) proses membangunkan Standard Kompetensi Guru di Malaysia, terdapat 10 prinsip asas dimana guru perlu tahu dan berupaya untuk melakukannya bergantung kepada kandungan mata pelajaran yang spesifik. Standard tersebut berhubung kait dengan prinsip-prinsip seperti: a. Pengetahuan tentang mata pelajaran. b. Pengetahuan tentang perkembangan dan pembelajaran individu. c. Menyesuaikan pengajaran untuk keperluan individu. d. Kepelbagaian strategi pengajaran. e. Kemahiran memotivasi dan menguruskan kelas. f. Kemahiran komunikasi.



g. Kemahiran merancang pengajaran. h. Penaksiran pembelajaran pelajar. i.



Komitmen dan tanggungjawab professional.



j.



Perkongsian.



Standard Kompetensi Guru dibahagikan seharusnya mengikut tahap-tahap tertentu sebagai tindakan kepada kepakaran dan pengetahuan yang perlu ditunjukkan. Standard Kompetensi Guru Malaysia ini dibahagi kepada dua iaitu pertama adalah Bakal Guru, kedua pula ialah Guru Malaysia yang terdiri dari Guru Permulaan, Guru dan Pentadbir (Guru Penolong Kanan, Pengetua, Guru Cemerlang dan Pengetua Cemerlang). Standard Kompetensi Bakal Guru dilakukan dengan membuat saringan diperingkat awal pemilihan bakal guru. Antara kriteria yang ditentukan semasa pemilihan adalah memastikan calon terpilih benar-benar iklas ingin menjadi guru dan calon-calon tersebut hendaklah telah melepasi beberapa peringkat penapisan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh KPM sendiri. Terdapat tiga standard yang perlu ada pada Bakal Guru iaitu standard pertama adalah kelayakan akademik, standard kedua pula kepelbagaian kemahiran dan standard ketiga adalah sahsiah dan keterampilan. Seterusnya, Standard Kompetensi Guru Malaysia merangkumi tiga standard profesional dalam tugas guru iaitu sikap profesional, pengetahuan profesional dan amalan profesional. Dalam rangka kerja Standard Kompetensi Guru Malaysia dibahagi kepada tiga fasa utama yang merujuk kepada bidang kerja guru. Seperti mana yang ditetapkan semua guru-guru di setiap fasa perlu menguasai standard sikap profesional dan standard pengetahuan profesional. Rangka kerja dibrntuk sebegini supaya guru-guru lebih terarah dan terbimbing dalam menentukan tahap kompetensi masing-masing sama ada di tahap asas, sederhana atau cemerlang. Rangka kerja ini digambarkan seperti Rajah 1.



Rajah 1 : Rangka Kerja Standard Kompetensi Guru Malaysia Strategi perlaksanaan standard kompetensi guru merupakan misi KPM untuk membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu dan memenuhi aspirasi negara. Namun, untuk merealisaikan satu standard yang akan mengukur darjah kompetensi seseorang guru adalah sukar dan memakan masa. Kajian yang terliti haruslah dibuat agar Standard Kompetensi Guru Malaysia yang bakal digubal boleh diterima pakai mengikut acuan kita sendiri. Antaranya adalah memantapkan lagi pemilihan bakal guru bagi memastikan guru-guru yang dilahirkan berkualiti seperti apa yang dinyatakan dalam Lapron Awal PPPM (2013-2025) akan mengambil calon guru daripada 30% pelajar yang cemerlang di peringkat SPM dan STPM. Semua ini adalah untuk memastikan calon guru yang diambil adalah berkualiti. Seterusnya, program induksi untuk guru permulaan merupakan satu program khas bagi melatih dan membimbing guru-guru permulaan sama ada di sekolah rendah maupun di sekolah menengah. Latihan dan kursus yang berterusan adalah antara strategi untuk memastikan guru Malaysia sentiasa dapat pendedahan yang terkini dari aspek pengetahuan, kemahiran, kebolehan dan kerjaya yang dapat dicapai dengan mempraktikkan pengetahuan, pendedahan kepada idea dan pengalaman serta melalui latihan dan sistem mentor. Menurut Timbalan Perdana



Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika itu bersempena pelancaran Laporan Awal PPPM (2013-2025) menyatakan bahawa kerajaan akan terus komited menjalankan transformasi pendidikan Negara bagi tempoh 15 tahun akan datang bermatlamat melengkapkan setiap murid dengan kemahiran baru untuk merebut peluang disamping menangani cabaran abad ke-21. Selain itu, program ‘on – line’ dalam pendidikan boleh meningkatkan lagi kemahiran



sejajar



dengan



perkembangan



pesat



dalam



teknologi



dan



komunikasimasa kini. Dengan adanya sesi perbincangan atau mesyuarat antara guru mata pelajaran untuk bertemu dan berbincang mengenai kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terkidalam ni. Program latihan kepada tenaga pengajar juga antara strategi perlaksanaan standard kompetensi guru. Sistem mentoran mempunyi asas professional dalam dunia perniagaan dan setelah 2 dekad ia menjadi satu ciri penting dalam profesion termasuk dalam profesion perguruan. Dalam program bersepadadu pentadbiran pendidikan guru berbagai agensi terlibat dalam pendidikan guru. Adalah wajar atau perlu agensi ini bergabung tenaga dalam program bersepadu pentadbiran pendidikan guru. Dan strategi seterusnya adalah penilai, penanbahbaikan dan peningkatan adalah komponen penting dalam aspek jaminan kualiti standard kompetensi. Sesungguhnya dalam melaksanakan strategi-strategi ini perkara yang patut diberi perhatian adalah mengenal pasti masalah dan cabaran yang hendak diatasi seterusnya



mengatur strategi, membuat



melaksanakan



pelan



tindakan



tersebut.



perancangan Membuat



pelan



analisa



tindakan



bertujuan



dan untuk



memudahkan penggubalan strategi-strategi susulan yang perlu dilakukan dan ianya akan dituruti dengan pemilihan strategi dan pelan tindakan.



2.8 KESIMPULAN Sejajar dengan aspirasi dan misi KPM untuk membangunkan sistem pendidikan yang



berkualiti



dan



bertaraf



dunia,



seharusnya



tumpuan



kepada



usaha



meningkatkan mutu profesion perguruan amatlah relevan sekali. Terdapat pelbagai kekangan dalam melaksanakan serta mewujudkan satu sistem standard kompetensi guru yang boleh diguna pakai oleh semua pihak.



Sepertimana yang diketahui, kebanyakkan Negara-negara maju seperti Australia, United Kingdom, Jepun dan banyak lagi telahpun memperkenalkan serta melaksanakan standard kompetensi guru. Banyak manfaat yang dapat diraih dengan adanya satu standard kompetensi guru. Standard kompetensi guru seperti yang



dicadangkan



adalah



bersifat



dinamik



tanpa



mengambilkira



tempoh



perkhidmatan. Standard kompetensi tersebut perlu mengambilkira cabaran masa kini untuk membangunkan generasi pelajar bagi menghadapi dan menangani cabaran-cabaran baru terutama tuntutan sebagai “knowledge worker” dalam era revolusi imformasi abad ke-21. Kesimpulannya, adalah wajar pembentukan dan implementasi standard kompetensi guru diberi perhatian yang sepatutnya oleh semua pihak yang terlibat secara lansung atau tidak lansung. Semua pihak yang terlibat termasuk para guru harus sedar dan tahu bahawa aspek kompetensi mampu menjadi pemangkin untuk memertabatkan profesion perguruan sebaris dengan profesion-profesion lain. Harapan yang tinggi untuk perlaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Transformasi Keguruan Sebagai Profesion pilihan dengan mengamalkan Standard Guru Malaysia menjadi realiti abad ke-21.



RUJUKAN Abd. Rahim Abd. Rashid (2000) Wawasan dan agenda pendidikan. Kuala Lumpur : Utusan Publications. Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Rahim Abd. Latif (2001). Mengenalpasti Masalah-masalah dalam melaksanakan Standard ISO 9000. Tesis Sarjana Bangi : UKM Muhammed Sani Ibrahim (2005). Teacher Education Reforms and Teacher Professional Standards: How can we help teachers to cope with the changes and challenges in education ? Kertas Kerja Persidangan Antarabangsa ke-12 Rangkaian Penyelidikan Literasi dan pendidikan dalam Pembelajaran di Fakulti Pendidikan Universiti Granada, Sepanyol, 11-14 JULAI 2005. Robiah Sidin (2001). Isu Pembangunan dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Longman. Saedah



Siraj dan Mohammed Sani Ibrahim (2012). Standard Kompetensi Guru



Malaysia. Kuala Lumpur :Universiti Malaya Model Peramal Kepuasan Kerja Pegawai Perkhidmaatan Pendidikan Di Komuniti Pesisir Terengganu, 2006, Mohd Shaladdin Muda dan Nik Wan Omar http;//repo.uum.edu.my/605/1Mohd_Shaladdin_Muda.pdf sepinggang.wordpress.com