Standard Guru Malaysia SGM [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Standard Guru Malaysia (SGM) Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Standard Guru Malaysia juga digubal berdasarkan rujukan dan penandaarasan standard pendidikan di Malaysia dan standard pendidikan guru di beberapa negara maju.



Tujuan Standard Guru Malaysia digubal bagi tujuan yang berikut:  mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran,  mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai. Standard Guru Malaysia akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang patut ditambah baik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan.



Standard Guru Malaysia mempunyai dua komponen utama yang saling berkait iaitu Standard (S) dan Keperluan (K).



Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan S1.1 Domain Diri Merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan dikembangkan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara. Fokus nilai ialah kepercayaan kepada Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan, daya saing, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran interpersonal dan intrapersonal, semangat sukarela, dan efisen.



Standard 2 : Pengetahuan dan Kefahaman S2.1 Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. S2.2 Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran, dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan. S2.3 Kandungan mata pelajaran yang diajarkan. S2.4 Kandungan Ilmu Pendidikan. S2.5 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum. S.2.6 Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. S.2.7 Kaedah pentaksiran dan penilaian dan penyelidikan tindakan untuk menambah baik amalan pengajaran dan pengajaran. S.2.8 Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu.



Standard 3 : Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran S3.1 Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran dan takwim dengan mengambil kira perbezaan kebolehan, pengetahuan sedia ada, serta jangkaan pencapaian murid. S3.2 Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta mengintegrasikan kemahiran berfikir, berkemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pemudah cara dan kemahiran mentaksir dan menilai. S3.3 Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bertujuan menambah baik pengajaran guru dan mempertingkatkan pencapaian murid. S3.4 Kemahiran mengurus bilik darjah: melibatkan pengurusan hubungan kemanusiaan, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna dan berkesan.



STRUKTUR ORGANISASI SGM IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2012 PENASIHAT PENGARAH TUAN HJ OSMAN BIN HUSAIN PENGERUSI TIMBALAN PENGARAH TUAN HJ ANWAR BIN AHMAD SETIAUSAHA PUAN HJH ROSNAH BINTI AHMAD ZAIN PEGAWAI TEKNIKAL PN FIRDA NOORHAILI BINTI SAPARI AHLI JAWATANKUASA SEMUA NAQIB/NAQIBAH



ANALISIS SGM MENGIKUT OPSYEN 1.00 hingga 1.99 = Lemah (L)  2.00 hingga 2.99 = Kurang Baik (KB)  3.00 hingga 3.49 = Baik (B)  3.50 hingga 4.00 = Cemerlang (C) 



KPLI Ambilan Jun 2009



KPLI Ambilan Jun 2010



PISMP Ambilan Jan 2007



PISMP Ambilan Jan 2008



Untuk keseluruhan Standard sebagaimana Jadual 4, S2 merupakan standard paling rendah nilai minnya bagi semua opsyen, kecuali PISMP PA, di mana nilai min antara 2.94 hingga 3.21, iaitu berada pada tahap Kurang Baik dan Baik sahaja. Manakala bagi S1, hanya KPLI PA menunjukkan nilai min agak remdah, iaitu 3.49 dan berada pada tahap Baik. Bagi S3, semua opsyen mempunyai nilai min melebihi 3.50 dan berada pada tahap Cemerlang.



  











PISMP PA: Semua Cemerlang kecuali S2.3 iaitu Lemah PISMP BA: Semua Cemerlang kecuali S2.1, S2.1, S2.7 dan S2.8 (Baik), S2.3 (Lemah) PISMP SS: Semua Cemerlang kecuali S1.1, S2.2, S2.4, S2.5, S2.6, S2.7 dan S3.2 (Baik), S2.1, S2.8 (Kurang Baik), S2.3 (Lemah) KPLI PA: Cemerlang (S1.3, S3.1, S3.2 dan S3.4), Baik (S1.1, S1.2, S2.1, S2.2, S2.4, S2.5, S2.6 dan S3.3) Kurang Baik: (S2.7 dan S2.8), Lemah (S2.3) KPLI PJK: Semua Cemerlang kecuali S2.1, S2.2, S2.4, S2.5, S2.7 dan S2.8 iaitu Baik dan S2.3 adalah Lemah



Jadual 4 Kedudukan nilai min dan sisihan piawai bagi keseluruhan SGM mengikut Opsyen Opsyen PISMP PA PISMP BA PISMP SS KPLI PA KPLI PJK



S1 3.83 0.18 3.59 0.33 3.57 0.24 3.49 0.70 3.69 0.31



S2 3.54 0.23 3.21 0.42 2.94 0.36 2.96 0.51 3.19 0.40



S3 3.80 0.20 3.62 0.35 3.60 0.32 3.60 0.31 3.64 0.27