14 0 152 KB
SIANG DAN MALAM
Bumi kita mengalami siang dan malam kerana putaran Bumi pada paksinya. Kelajuan putaran bumi adalah 1670 km/jam
Bahagian Bumi yang menghadap Matahari akan mengalami waktu siang. Waktu siang mempunyai pancaran cahaya Matahari
Bahagian Bumi yang terlindung daripada Matahari akan mengalami waktu malam. Waktu malam tidak mempunyai cahaya Matahari.
Apabila Bumi berputar, semua orang akan mengalami siang dan malam. Bumi mengambil masa selama 24 jam untuk melengkapkan satu putaran
Bumi tidak mempunyai paksi yang tegak. Paksi Bumi condong 23.5° ke kanan
Bumi beredar mengelilingi Matahari dalam masa 365 hari(setahun)