Sistem Pendidikan Brunei [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI BRUNEI DAUSSALAM



1.0 PENDAHULUAN Pendidikan adalah salah satu sektor pembangunan yang penting dan utama bagi seluruh Negara di dunia. pendidikan adalah suatu sector yang penting dalam memajukan sesebuah negara. Pendidikan perlu diberi perhatian sewajarnya kerana pendidikan menyediakan sumber pengetahuan manusia yang akan turut terlibat dengan kelancaran pembangunan nasional pada suatu negara. Di ketahui bahawa setiap Negara mempunyai sistem pendidikan yang berbeza. Perbezaan ini berlaku akibat daripada perubahan zaman, politik dan kemajuan sesebuah Negara. Bagi Negara kecil seperti Brunei Darussalam turut tidak ketinggalan dalam memperbaiki sistem pendidikan di Negara tersebut. Bagi mencapai pendidikan yang berkualiti, Negara tersebut merangka penstrukturan pendidikan yang teratur bersesuaian dengan umur pelajar sehinggalah ke menara gading.



2.0 SISTEM PENDIDIKAN BRUNEI DARUSSALAM Sejak tahun 1984 Negara Brunei Darussalam telah memperkenalkan dasar pendidikan dwibahasa bagi menjamin pelajar berkebolehan dalam menguasai kedua-dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Mulai dari peringkat pra-sekolah hingga darjah III, bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran adalah bahasa Melayu kecuali mata pelajaran English Language. Daripada darjah IV dan seterusnya pelajar akan mengikuti pengajaran yang menggunakan dua bahasa. Bahasa Melayu digunakan bagi mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, Pengetahuan Agama Islam, Pendidikan Jasmani, Lukisan dan Pertukangan Tangan, Sivik, dan MIB (Melayu Islam Beraja). Manakala bahasa Inggeris pula digunakan bagi mengajar mata pelajaran seperti Sains, Matematik, Geografi, Sejarah, dan Bahasa Inggeris itu sendiri. Persekolahan di peringkat rendah hinggalah universiti bagi sekolahsekolah kerajaan adalah percuma bagi rakyat dan penduduk tetap Brunei Darussalam. Jumlah keseluruhan hari persekolahan adalah antara 202 dan 210 hari setahun. Terdapat empat (4) penggal persekolahan sepanjang persekolahan antara Januari hingga Disember. Sehingga tahun 2001 kadar kenal huruf di Negara Brunei Darussalam berada pada tahap 92.5%.



Pada tahun 2008 pula, Brunei telah mula melakukan perubahan kepada sistem pendidikan baru yang dikenali sebagai Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21 (SPN21). SPN21 adalah sistem pendidikan yang dirancang untuk memberikan kesempatan dan peluang kepada para pelajar untuk mencapai taraf pendidikan yang tinggi dan bersesuaian dengan kemampuan akademik mereka masing-masing. Perubahan corak pendidikan ini adalah misi MOE (Kementerian Pendidikan) untuk memberikan pendidikan yang menyeluruh untuk mencapai potensi yang optimum bagi seluruh masyarakat. Sistem ini mulai diterapkan kepada pelajar Tahun 7 (Menengah Pertama) pada tahun 2008, iaitu pelajar yang lulus ujian PSR pada tahun 2007. Kemudian, pada tahun 2009, sistem ini diterap kepada pelajar Tahun 1 dan Tahun 4. Menjelang 2011, sistem SPN21 telah diterapkan sepenuhnya sehingga persekolahan peringkat tinggi.



a. Struktur Pendidikan dan Sistem Sekolah Sistem sekolah formal di Brunei Darussalam menggunakan pola 7-3-2-2, yang menggambarkan peringkat rendah, menengah bawah, menengah atas, pra-tertier. Pendidikan dan latihan di peringkat pasca-menengah, baik dalam bidang akademik mahupun profesional, diberikan oleh Universiti Brunei Darussalam, Institut Teknologi Brunei, Maktab Jururawat Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah, dan beberapa institusi dan pusat latihan teknikal dan vokasional. Jabatan Sekolah-sekolah berperanan menyelaras pelaksanaan program pendidikan, projek dan kegiatan Kementerian Pendidikan di peringkat sekolah. Pada masa ini Jabatan Sekolahsekolah mengawal selia 123 sekolah rendah, 26 sekolah menengah, dan 70 sekolah bukan kerajaan.



b. Pra-pendidikan Seawal anak yang berusia 3 dan 5 tahun ibubapa disarankan untuk memasuki anak mereka ke pra-pendidikan. Kurikulum pada peringkat ini meliputi kelas-kelas bahasa serta matematik, kewarganegaraan, pelajaran agama Islam, pendidikan jasmani, dan pengembangan bakat, yang semuanya diajarkan dengan menggunakan unsur-unsur sekitarnya. Pembelajaran pada



pra sekolah diadakan secara informal dimana tidak ada tempoh waktu yang khusus kepada pengajaran dan pembelajaran dan lebih kepada aktiviti yang merangsang pengetahuan kanakkanak.



c. Pendidikan peringkat rendah Pendidikan peringkat rendah menggunakan sistem Pendidikan Negara Abad ke-21 (SPN21) bermula pada tahap 1 (Tahun 1 hingga Tahun 3) dan tahap 2 (Tahun 4 hingga Tahun 6). Pada Tahun 1 hingga Tahun 3 pelajar akan mengambil mata pelajaran utama iaitu bahasa melayu, sains, matematik, dan bahasa inggeris. Manakala matapelajaran elektif adalah seperti pengetahuan Agama Islam, pendidikan jasmani, kokurikulum dan seni kreatif dan teknologi. Bagi tahun 4 hingga tahun 6, matapelajaran yang diambil termasuk matapelajaran teras (bahasa melayu, bahasa inggeris, matematik dan sains) dan matapelajaran elektif (pengetahuan Agama Islam, pendidikan jasmani, kokurikulum, ilmu social, dan seni kreatif dan teknologi). Bagi pelajar yang ingin memasuki aliran kelas Arab, mereka perlu menduduki ujian untuk masuk ke aliran kelas Arab pada Tahun 4. Pada tahun 6,semua pelajar termasuk yang mengikuti aliran kelas Arab perlu menjalani ujian Penilaian Sekolah Rendah (PSR) sebelum memasuki sekolah menengah. Pelajar yang gagal dalam ujian PSR akan mengikuti Ujian Pengulangan.



d. Pendidikan Peringkat Menengah I.



Menengah Bawah



Jumlah jangka masa persekolahan di peringkat menengah adalah tiga tahun. Pada tahun ketiga, pelajar akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Bawah (PMB). Pelajar yang berjaya menamatkan pelajaran di peringkat PMB mempunyai beberapa pilihan: Melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah atas yang membawa kepada peperiksaan Brunei-Cambridge General Certificate of Education (GCE 'O' Level) examination atau GCE 'N'; atau, - Melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran pertukangan dan teknikal atau institusi vokasional atau bekerja.



II.



Menengah Atas



Berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan PMB, pelajar akan disalurkan ke dalam aliran Sains, Sastera atau teknikal. Jangka masa persekolahan pada peringkat ini adalah sama ada dua atau tiga tahun. Pendidikan di peringkat menengah atas adalah bersifat umum dengan beberapa peruntukan yang khusus dalam bidang sains, sastera dan teknikal. Pada akhir tahun kedua, pelajar yang berkelayakan akan menduduki peperiksaan Brunei-Cambridge GCE Ordinary level (GCE ‘O’ Level). Manakala pelajar yang belum layak secara akademik untuk mengambil peperiksaan GCE ‘O’ Level akan menduduki peperiksaan GCE ‘N’’ Level terlebih dahulu. Pelajar yang memperoleh kelulusan yang baik pada peringkat ‘N’ akan diberi peluang untuk menduduki peperiksaan GCE ‘O’ Level selepas mereka tamat satu tahun akademik. Bagi pelajar-pelajar yang mempunyai kelulusan peringkat ‘O’ yang mencukupi dan relevan boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat pra-universiti yang akan membawa kepada peperiksaan Brunei-Cambridge Advanced Level Certificate of Education (GCE 'A' Level). Sementara yang lain sama ada mahu memasuki alam pekerjaan atau mengikuti program pendidikan dan latihan di Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam, maktab teknik, sekolah vokasional, maktab jururawat atau meneruskan pelajaran di luar negara.



e. Pasca Pendidikan Menengah I.



Kolej Teknikal



Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal ditubuhkan pada tahun 1985 sebagai hasil penggabungan antara Bangunan Sekolah Sultan Saiful Rijal (1970) dan Pusat Teknikal Latehan Brunei (1977). Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah didirikan pada tahun 1969. Sekolah itu kemudian disebut " Government Engineering Trade School ". Pada tanggal 1 April 1987, sekolah itu berubah menjadi Collage. Kedua perguruan tinggi adalah lembaga-lembaga teknis yang menawarkan berbagai kursus di bidang kejuruan dan teknik.



II.



Sekolah Vokasional



Sekolah Vokasional Ragam Nakhoda, Pusat Latihan Mekanik (Mechanical Training Centre), Sultan Bolkiah Sekolah Vokasional, didirikan untuk menyediakan berbagai latihan pertukangan untuk pelajar yang telah selesai menduduki ujian PMB dan menunjukkan potensi dan kemampuan dalam pertukangan dan vokasional. Tujuan utama sekolah ini adalah untuk menghasilkan tenaga kerja yang bermutu untuk memenuhi keperluan tenaga manusia sesuai dengan perkembangan teknologi. Kursus yang ditawarkan meliputi Elektronik, Pembelajaran Islam, Membuat perabot, Perpaipan, dandanan rambut, Pertukangan, Lukisan dan Dekorasi, pertanian dan Peternakan Ikan.



3.0 KESIMPULAN