Pendidikan Di Negara Brunei [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PENDIDIKAN DI NEGARA BRUNEI Sistem Pendidikan dan Kurikulum Matematik Negara Brunei Sistem Pendidikan Brunei Sejak tahun 1984 Negara Brunei Darussalam telah memperkenalkan dasar pendidikan dwibahasa bagi menjamin pelajar berkebolehan dalam menguasai kedua-dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Mulai dari peringkat pra-sekolah hingga darjah III, bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran adalah bahasa Melayu kecuali mata pelajaran English Language. Daripada darjah IV dan seterusnya pelajar akan mengikuti pengajaran yang menggunakan dua bahasa. Bahasa Melayu digunakan bagi mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, Pengetahuan Agama Islam, Pendidikan Jasmani, Lukisan dan Pertukangan Tangan, Sivik, dan MIB (Melayu Islam Beraja). Manakala bahasa Inggeris pula digunakan bagi mengajar mata pelajaran seperti Sains, Matematik, Geografi, Sejarah, dan Bahasa Inggeris itu sendiri. Persekolahan di peringkat rendah hinggalah universiti bagi sekolah-sekolah kerajaan adalah percuma bagi rakyat dan penduduk tetap Brunei Darussalam. Jumlah keseluruhan hari persekolahan adalah antara 202 dan 210 hari setahun. Terdapat empat (4) penggal persekolahan sepanjang persekolahan antara Januari hingga Disember. Sehingga tahun 2001 kadar kenal huruf di Negara Brunei Darussalam berada pada tahap 92.5%. Struktur Pendidikan dan Sistem Sekolah Sistem sekolah formal di Brunei Darussalam menggunakan pola 7-3-2-2, yang menggambarkan peringkat rendah, menengah bawah, menengah atas, pra-tertier. Pendidikan dan latihan di peringkat pasca-menengah, baik dalam bidang akademik mahupun profesional, diberikan oleh Universiti Brunei Darussalam, Institut Teknologi Brunei, Maktab Jururawat Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah, dan beberapa institusi dan pusat latihan teknikal dan vokasional. Jabatan Sekolah-sekolah berperanan menyelaras pelaksanaan program pendidikan, projek dan kegiatan Kementerian Pendidikan di peringkat sekolah. Pada masa ini Jabatan Sekolah-sekolah mengawal selia 123 sekolah rendah, 26 sekolah menengah, dan 70 sekolah bukan kerajaan. PERINGKAT MENENGAH



(a) Menengah Bawah Jumlah jangka masa persekolahan di peringkat menengah adalah tiga tahun. Pada tahun ketiga, pelajar akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Bawah (PMB). Pelajar yang berjaya menamatkan pelajaran di peringkat PMB mempunyai beberapa pilihan: Melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah atas yang membawa kepada peperiksaan Brunei-Cambridge General Certificate of Education (GCE 'O' Level) examination atau GCE 'N'; atau, - Melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran pertukangan dan teknikal atau institusi vokasional atau bekerja. (b) Menengah Atas Berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan PMB, pelajar akan disalurkan ke dalam aliran Sains, Sastera atau teknikal. Jangka masa persekolahan pada peringkat ini adalah sama ada dua atau tiga tahun. Pendidikan di peringkat menengah atas adalah bersifat umum dengan beberapa peruntukan yang khusus dalam bidang sains, sastera dan teknikal. Pada akhir tahun kedua, pelajar yang berkelayakan akan menduduki peperiksaan Brunei-Cambridge GCE Ordinary level (GCE ‘O’ Level). Manakala pelajar yang belum layak secara akademik untuk mengambil peperiksaan GCE ‘O’ Level akan menduduki peperiksaan GCE ‘N’’ Level terlebih dahulu. Pelajar yang memperoleh kelulusan yang baik pada peringkat ‘N’ akan diberi peluang untuk menduduki peperiksaan GCE ‘O’ Level selepas mereka tamat satu tahun akademik. Bagi pelajar-pelajar yang mempunyai kelulusan peringkat ‘O’ yang mencukupi dan relevan boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat pra-universiti yang akan membawa kepada peperiksaan Brunei-Cambridge Advanced Level Certificate of Education (GCE 'A' Level). Sementara yang lain sama ada mahu memasuki alam pekerjaan atau mengikuti program pendidikan dan latihan di Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam, maktab teknik, sekolah vokasional, maktab jururawat atau meneruskan pelajaran di luar negara



FALSAFAH PENDIDIKAN Pendidikan Negara Brunei Darussalam adalah usaha yang berterusan bersumberkan naqli dan aqli ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insane yang berilmu dan berkepandaian, beriman, bertaqwa dan beramal serta berakhlak Mulia yang akan menimbulkan suatu identiti kebangsaan berdasarkan falsafah negara iaitu Melayu Islam Beraja bersendikan kepada ajaran-ajaran Agama Islam menurut Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai tapak pertumbuhan ketaatan kepada Agama, Raja dan Negara Brunei Darussalam.



VISI Pendidikan berkualiti ke arah kemajuan dan kemakmuran negara MISI Menyediakan pendidikan menyeluruh untuk semua bagi mencapai potensi maksimum



DASAR PENDIDIKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM •



Melaksanakan sistem pendidikan negara yang mengutamakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan menggunakan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Inggeris dan/atau Bahasa







Arab



sebagai



bahasa



pengantar.



Menyediakan pendidikan selama 12 tahun bagi setiap pelajar iaitu 7 tahun pendidikan rendah, 3 tahun menengah bawah dan 2 tahun menengah atas atau sekolah vokasional atau,teknikal.







Menyediakan peperiksaan awam yang sesuai dan seragam mengikuti peringkat termasuk bagi







yang



berkeperluan



khas



di



semua



sekolah



seluruh



Memberikan pendidikan agama Islam menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah melalui kurikulum







negara.



sekolah.



Menyediakan kemudahan dan keperluan pendidikan Matematik, Sains, Teknikal dan Teknologi



Maklumat



dan



kemahiran



hidup



bagi



membolehkan



pelajar-pelajar



memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam alam pekerjaan yang sentiasa •



Menyediakan program perkembangan dan pembangunan diri melalui kegiatan-kegiatan kokurikulum







berubah.



yang



sesuai



dengan



falsafah



negara.



Menyediakan pendidikan tinggi bagi mereka yang berkebolehan dan berkelayakan, berdasarkan kepada keperluan negara dari semasa ke semasa, melalui skim biasiswa kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan biasiswa Syarikat Minyak Brunei Shell.







Menyediakan infrastruktur pendidikan yang sebaik mungkin bagi memenuhi keperluan negara dari semasa ke semasa.



MATLAMAT DAN OBJEKTIF KURIKULUM MATEMATIK Unit Matematik di Jabatan Perkembangan Kurikulum ini terbahagi kepada empat bahagian. Bahagian Pertama ialah Bahagian Rendah Bawah. Bahagian berkenaan di amanahkan untuk menangani perkembangan kurikulum bermula Darjah I hingga Darjah III bagi seluruh sekolah-sekolah kerajaan dan bukan kerajaan di negara ini. Bahan-bahan yang disediakan oleh bahagian ini ditulis di dalam bahasa Melayu, selaras dengan akta pendidikan dimana pembelajaran bagi murid-murid rendah bawah adalah di dalam bahasa melayu. Bahagian Kedua ialah Bahagian Rendah Atas. Bahagian ini menangani perkembangan kurikulum dari Darjah IV hingga Darjah VI. Bahasa yang digunakan bagi rendah atas ialah bahasa Inggeris. Bahan-bahan yang disediakan bagi rendah bawah di tulis dalam bahasa Inggeris. Bahagian Ketiga ialah bahagian Menengah Bawah. Bahagian ini mengembangkan kurikulum untuk kegunaan sekolah-sekolah menengah bawah bermula Menengah I hingga Menengah III dan Menengah I hingga III bagi penuntut level II. Disamping pembahagian berkenaan Unit Matematik juga dipertanggung jawabkan untuk menangani matapelajaran Additional Mathematics dan Statistics bagi menengah atas.



TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UNIT MATEMATIK







Mengkaji, merancang dan menyediakan rancangan-rancangan kurikulum sekolah bagi mata pelajaran matematik mengikut dasar dan matlamat pendidikan negara.







Menyediakan dan menerbitkan bahan-bahan kurikulum matematik seperti sukatan pelajaran, panduan guru, buku teks, buku kerja dan bahan-bahan mengajar sama ada dalam bentuk media cetak atau media elektronik.







Mencuba dan menguji berbagai rancangan dan bahan-bahan kurikulum matematik secara terkawal di bilik darjah.







Menilai dan memperbaiki rancangan-rancangan kurikulum matematik dan bahanbahan yang disediakan dari masa kesemasa untuk memastikan kesesuaian penggunaannya dan ketinggian mutunya.







Memberikan bimbingan kepada guru-guru di dalam penggunaan rancangan dan bahan-bahan yang berkaitan dengan kurikulum matematik yang disediakan supaya mereka mendapat orientasi yang betul dalam penggunaannya.







Menyebarkan maklumat mengenai pembaharuan dan amalan-amalan yang baru dalam perkembangan kurikulum matematik.







Menyemak menilai dan menentukan buku-buku teks asas, tambahan dan bukubuku rujukan serta bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang lain yang berkaitan dengan kurikulum matematik untuk digunakan di sekolah-sekolah.







Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai-pegawai dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan kurikulum matematik.







Membuat liputan dan dokumentasi pendidikan yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran matematik untuk kegunaan sekolah-sekolah dan pihak-pihak yang memerlukan.



Perbandingan Pendidikan Brunei Darussalam merupakan salah satu negara di kawasan Asia Tenggara yang terkenal sangat makmur. Brunei Darussalam yang merupakan anggota ke-6 ASEAN ini mendapatkan kemerdekaannya dari Inggris pada tanggal 1 Januari 1984 I. Potret Sistem Pemerintahan Brunei Darussalam merupakan salah satu negara di kawasan Asia Tenggara yang terkenal sangat makmur. Brunei Darussalam yang merupakan anggota ke-6 ASEAN ini mendapatkan kemerdekaannya dari Inggris pada tanggal 1 Januari 1984. Kepala negara Brunei Darussalam adalah seorang Sultan yang sekaligus sebagai Kepala Pemerintahan (Perdana Menteri). Kendatipun wewenang serta kekuasaan Sultan yang diberikan Konstitusi begitu besar, namun sistem pemerintahan Brunei Darussalam bersifat demokratis. Tetapi dalam hal cara pemilihan para birokrat di Brunei cenderung dengan sistem rekruitmen tertutup. Sistem ini tidak menyerap personil dari seluruh lapisan masyarakat. Jadi, Brunei merupakan negara kerajaan dengan kepala pemerintahan berada di tangan sultan. II. Kondisi Demografi dan Potensi Income Kira-kira dua pertiga jumlah penduduk Brunei adalah orang Melayu. Kelompok etnik minoritas yang paling penting dan yang menguasai ekonomi negara ialah orang Tionghoa (Han) yang menyusun lebih kurang 15% jumlah penduduknya. Etnis-etnis ini juga menggambarkan bahasa-bahasa yang paling penting: bahasa Melayu yang merupakan bahasa resmi, serta bahasa Tionghoa. Bahasa Inggris juga dituturkan secara meluas, dan terdapat sebuah komunitas ekspatriat yang agak besar dengan sejumlah besar warganegara Britania dan Australia. Islam ialah agama resmi Brunei, dan Sultan Brunei merupakan kepala agama negara itu. Agama-agama lain yang dianut termasuk agama Buddha (terutamanya oleh orang Tiong Hoa), agama Kristen, serta agama-agama orang asli (dalam komunitaskomunitas yang amat kecil). Ekonomi kecil yang kaya ini adalah suatu campuran keusahawanan dalam negeri dan asing, pengawalan kerajaan, kebajikan, serta tradisi kampung. Pengeluran minyak mentah dan gas alam terdiri dari hampir setengah PDB.



III. Filsafat Pendidikan yang Dijadikan Dasar Pengembangan Pendidikan Program pendidikan diarahkan untuk menciptakan manusia yang berakhlak dan beragama dan menguasi teknologi. Pemerintah telah menetapkan tiga bidang utama dalam pendidikan, yaitu : • Sistem dwibahasa di semua sekolah • Konsep Melayu Islam Beraja (MIB) dalam kurikulum sekolah • Peningkatan serta perkembangan sumber daya manusia termasuk pendidikan vokasional (kejuruan) dan teknik. IV. Kebijakan Strategis Bidang Pendidikan Dalam bidang pendidikan, Pemerintah Brunei Darussalam lebih mengutamakan pada penciptaan SDM yang berahlak, beragama, dan menguasai teknologi. Sistim pendidikan umum di Brunei Darussalam memiliki banyak kesamaan dengan negaranegara “commonwealth” seperti Inggris, Malaysia, Singapura, dan lain-lain. Salah satu target yang akan dicapai di bidang Pendidikan adalah meningkatkan angka lulusan Pendidikan sekolah tinggi di Brunei Darussalam. Upaya yang telah dilakukan antara lain sejak tahun 2003, UBD telah membuka peluang bagi keterlibatan sektor swasta di bidang penelitian. Peluang keterlibatan pihak swasta dimaksudkan agar Pemerintah dan pihak swasta dapat bekerjasama dalam pembangunan nasional di bidang Pendidikan. V. Kebijakan Pemerintah di Bidang Pendidikan Agama Baginda merumuskan, semua objektif di dalam pendidikan ialah bagi melahirkan rakyat yang taat beragama di mana mereka akan menjadi pelita ummah yang mempunyai fahaman dan pegangan yang betul. Ke arah itu, baginda turut berharap supaya dikemaskinikan mata pelajaran Pengetahuan Agama Islam atau Islamic Religious Knowledge (IRK) dalam persekolahan umum. Yakni, titah baginda, manusia yang dirancang dan akan lahir daripada program tersebut ialah manusia Brunei yang berilmu, mahir dan beramal salih. Baginda menambah titah, semenjak kerajaan memperkenalkan sistem persekolahan agama hampir setengah abad yang lalu, rakyat negara ini telah dapat mempelajari ilmu-ilmu agama khasnya Ibadat dan Al-Quran dan seterusnya perlaksanaan Pelajaran Dewasa Agama.



Semenjak itulah juga, titah baginda, persekolahan agama telah berjaya mencorakkan hidup kita selaku orang-orang Islam di mana daripadanya terpancar sinar agama menyinari kehidupan ini. VI. Sistem Perjenjangan Pendidikan yang Dikembangkan Sistem pendidikan umum Brunei memiliki banyak kesamaan dengan negara Commonwealth lainnya seperti Inggris, Malaysia, Singapura dan lain-lain. Sistem ini dikenal dengan pola A7-3-2-2" yang melambangkan lamanya masa studi untuk masingmasing tingkatan pendidikan seperti: 7 tahun tingkat dasar, 3 tahun tingkat menengah pertama, 2 tahun tingkat menengah atas dan 2 tahun pra-universitas. Untuk tingkat dasar dan menengah pertama, sistem pendidikan Brunei tidak jauh berbeda dengan Indonesia. Pendidikan dasar bertujuan memberikan kemampuan dasar bagi murid-murid dalam menulis, membaca, dan berhitung disamping membina dan mengembangkan karakter pribadi. Pendidikan TK yang merupakan bagian tingkat dasar mulai diterapkan di Brunei tahun 1979 dan sejak itu setiap anak berumur 5 tahun diwajibkan memasuki TK selama setahun sebelum diterima di SD kelas 1. Kenaikan tingkat dari TK ke SD dilakukan secara otomatis. Di tingkat SD, mulai dari kelas 1 dan seterusnya setiap murid akan mengikuti ujian akhir tahun dan hanya murid yang berprestasi saja yang dapat melanjutkan ke kelas berikutnya. Sementara yang gagal harus tinggal kelas dan sesudah itu baru mendapat kenaikan kelas otomatis. Setelah mengikuti pendidikan dasar 7 tahun, murid yang lulus ujian akhir dapat melanjutkan pendidikannya ke SLTP selama 3 tahun. Bagi siswa yang lulus ujian akhir SLTP akan memiliki pilihan yaitu: • Dapat meneruskan pelajaran ke tingkat SLTA . Di tahun ke-2, siswa akan menjalani ujian penentuan tingkat yang dikenal BCGCE (Brunei Cambridge General Certificate of Education) yang terdiri dari 2 tingkat yaitu tingkat AO dan AN. Bagi siswa yang berprestasi baik akan mendapat ijazah tingkat AO artinya siswa dapat meneruskan pelajaran langsung ke pra-universitas selama 2 tahun untuk mendapatkan ijazah Brunei Cambridge Advanced Level Certificate tingkat AA. Sementara itu, siswa tingkat AN harus melanjutkan studinya selama setahun lagi dan kemudian baru dapat mengikuti ujian bagi mendapatkan ijazah tingkat AO.



• Bagi siswa tamatan SLTP yang tidak ingin melanjutkan pelajarannya ke universitas dapat memilih sekolah kejuruan seperti perawat kesehatan, kejuruan teknik dan seni, kursus-kursus atau dapat terjun langsung ke dunia kerja. VII. Perbandingan Dengan Sistem Pendidikan Indonesia Dari paparan di atas kita dapat melihat adanya perbedaan sistem yang digunakan Brunei dan Indonesia antara lain pendidikan dasar Brunei dimulai sejak Taman Kanak Kanak ketika anak berumur 5 tahun sementara di Indonesia baru dimulai pada tingkat sekolah dasar ketika anak berumur 6 tahun. Pendidikan menengah pertama antara Brunei dan Indonesia memiliki banyak kesamaan sedangkan pada tingkat menengah atas, sistem pendidikan Brunei memberikan peluang bagi siswa berprestasi memuaskan untuk dapat menyelesaikan pendidikannya setahun lebih cepat dibandingkan dengan siswa berprestasi kurang. Dengan menghemat waktu setahun memungkinkan pula siswa berprestasi tersebut menyiapkan diri lebih cepat ke jenjang perguruan tinggi. Dengan sistem di Indonesia sekarang ini dapat disamakan dengan siswa unggul yang lompat kelas. Dalam kemampuan penyerapan bahasa asing, di Brunei Darussalam sejak kelas 3 SD, murid-murid sudah diarahkan menguasai bahasa Inggris sebagai bahasa pengantar resmi di sekolah disamping bahasa Melayu. Beberapa mata pelajaran seperti matematika, geografi diajarkan guru dengan menggunakan bahasa Inggris. Berbeda dengan di Indonesia dimana bahasa Inggris hanyalah merupakan salah satu mata pelajaran, sedangkan bidang studi lainnya diajarkan dalam bahasa Melayu. Bagi siswa yang ingin terjun ke dunia kerja dengan sistem pendidikan di Indonesia, sejak pendidikan menengah pertama (SLTP) sudah mulai mengarahkan siswanya untuk mengambil jalur kejuruan sementara di Brunei Darussalam sekolah kejuruan tersebut baru diperkenalkan setelah siswa tamat SLTP. Seperti negara Persemakmuran lainnya, Brunei mengenal adanya pendidikan pra-universitas yang berlangsung selama 2 tahun, sedangkan di Indonesia para tamatan sekolah menengah atas (SMU) dapat langsung mengikuti Ujian Masuk Perguruan Tinggi Negeri (UMPTN). Bagi siswa yang tidak diterima di PTN, siswa dapat melamar di berbagai perguruan tinggi swasta dalam negeri.