Soalan Tutorial Pengenalan Kepada Pendidikan Moral [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Soalan Tutorial Pengenalan Kepada Pendidikan Moral(MPU3102) 1. Peribahasa Melayu berbunyi: Kalau rezeki secupak tak akan menjadi segantang boleh dibahaskan dengan menggunakan pemikiran moral yang tertentu. a. Bincangkan peribahasa tersebut melalui sudut Pemikiran Naturalis dan Pemikiran Emotivis. Maksud peribahasa ini ialah sesuatu yang sudah ditentukan, tidak dapat diubah lagi. Hal ini selars dengan pemikiran Naturalis yang merupakan aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu dalam keadaannya yang sebenar. Masyarakat yang percaya dengan maksud peribahasa rezeki secupak takkan jadi segantang akan menyebabkan mereka terus menerus miskin walau pun negara telah merdeka 47 tahun yang lalu. Sebagai contoh, Pulau Langkawi sebelum ini tidak membangun kerana kebanyakan penduduknya percaya bahawa pulau itu terkena Sumpahan Mahsuri iaitu tujuh keturunan menjadi padang jarak padang tekukur. Dengan kata lain mereka menerima sumpahan Mahsuri hingga menyebabkan kurang daya usaha untuk membangunkan pulau tersebut sebelum tujuh keturunan berakhir. Untuk pemikiran emotivis, aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada perasaan gembira mahupun sedih. Masyarakat yang percaya dengan maksud peribahasa ini akan menyebabkan mereka seseorang berasa sedih atau marah dan seterusnya melakukan perkara yang membelakangkan moral akhlak.Sebagai contoh, seseorang akan bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan. Oleh itu, boleh dikatakan golongan emotivis cuba menganalisis “apa yang salah” dari segi emosi, sikap atau perasaan yang tidak dipersetujui. Tetapi konsep “tidak dipersetujui” mengandaikan terlebih dahulu penanggapan “salah”. Pentafsiran-pentafsiran seperti ini mempunyai unsur emosi atau perasaan. Jelaslah bahawa kelemahan teori emotivis ialah ia tidak mempunyai konsep “emosi” yang lengkap. 2. b. Akal dapat membezakan di antara manusia denga haiwan. Seseorang yang sering mengunakan kekerasan untuk memperoleh keuntungan diri sendiri sering sahaja dikatakan sebagai tidak mempunyai pemikiran rasional. Mengapa manusia perlu mempunyai pemikiran yang rasional sebelum mengambil sebarang tindakan? -Sekiranya seseorang itu mengamalkan nilai rasional, dia boleh berfikir berdasarkan bukti yang nyata dan mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar. Contohnya, dia akan menjauhi diri daripada menghisap dadah kerana mengetahui bahawa penghisapan dadah akan menjejaskan kesihatan dan memusnahkan masa depannya. Sekiranya seseorang tidak mempunyai pemikiran rasional, dia akan menyinggung perasaan orang lain sekali gus menimbulkan konflik, pergaduhan dan perselisihan faham dengan orang lain.



Soalan Tutorial (MPU3102)-Pengenalan Kepada Pendidikan Moral 2 April 2017 1. Perkataan benar boleh dbahagikan kepada tiga iaitu kebenaran yang mutlak, kebenaran secara saintifik dan kebenaran secara relative. a. Berikan perbezaan beserta cotoh di antara kebenaran yang mutlak dengan kebenaran secara saintifik. Kebenaran secara mutlak ialah kebenaran yang berkaitan dengan agama. Kepercayaan kepada tuhan dan menurut ajaran agama merupakan tugas kebenaran yang mutlak. Kebenaran mutlak ini tidak dapat dipertikaikan kerana manusia pastinya ada yang mencipta dan pencipta itu ialah Yang Maha Esa. Perkembangan sains dan amalan sosial pastinya tidak dapat merungkai kebenaran mutlak ini secara ekstrinsik kerana kebenaran ini telah wujud dalam diri dan akal manusia itu sendiri serta telah dinyatakan dalam kitab-kitab suci. Kebenaran mutlak diiringi dengan keimananakan mengukuhkan kekutan moral seseorang dan seterusnya dapat membaiki akhlak seseorang dalam tingkah lakunya. Contohnya ajaran agama merupakan salah satu daripada kebenaran mutlak. Kebenaran secara saintifik iaah sesuatu kebenaran yang dibuktikan dengan fakta-fakta,serta pelbagai maklumat yang telah dikumpul dan dianalisis secara saintifk. Analisis yang diperoleh dapat menentukan kebenaran sesuatu secara terperinci dan tepat. Kebenaran secara saintifik ini tidak bergantung kepada pemikiran seseorang dalam menerima kebenaran tersebut tetapi berdasarkan kenyataan yang sah dan benar. Kebenaran secara saintifik ini diperoleh dan dinyatakan sebagai sesebuah huku atau teori. Namun begitu, tidak semua dapat perkara yang dapat diuji secara fizikal dan diuji berkali-kali mengikut skala yang ditetapkan.Contohnya uji tabung merupakan salah satu daripada kebenaran saintifik. b. Bagaimanakah kebenaran secara relatif berbeza dengan kedua-dua jenis kebenaran di atas? Kebenaran secara relatif ialah kebenaran yang berlaku secara abstrak. Contoh kebenaran secara relatif ialah seperti pantang larang dan peraturan adat. Pantang larang dan peraturan adat mungkin dianggpa benar., namun dengan perubahan masa mungkin pantang larang dan peraturan adat tersebut tidak sesuai lagi digunapakai. Kebenaran ini hanya wujud secara relatif kerana ilmu pengetahuan. kajian, pertimbangan dan kemahuan individu. 2. Terangkan sifat-sifat yang terdapat dalam Pemikiran Intuisionis. Aliran pemikiran intuisionis ini merujuk satu proses ‘melihat’ dan ‘memahami’ secara spontan. Aliran ini ada kaitannya dengan gerak hati. Dengan itu, tindakan seseorang individu yang berfikiran intuisionis adalah berlandaskan apa yang dirasai di dalam hatinya. Orang tua yang bijak telah mengalami 1001 pengalaman hidup oleh itu apabila mereka menghadapi sesuatu masalah atau isu, mereka dapat membaca apa yang tersirat daripada yang tersurat. Dengan kata lain pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang lebih tinggi dan berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Aliran pemikiran ini juga boleh dikaitkan dengan pemikiran spontan celik akal. Kemunculan idea yang



meledak secara tiba-tiba dalam memberikan tafsiran terhadap sesuatu perkara boleh dikaitkan dengan aliran pemikiran ini. Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah: 1. Gerak hati orang tua ketika menilai bakal menantu pada kali pertama berdasarkan timbunan pengalaman lalu serta kematangan fikiran lantaran faktor usia. 2. Gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki ‘don juan’ atau ‘kasanova’ lantaran pengalaman hidupnya yang masih hijau kerana mereka mudah diperkotak-katik dengan janji-janji manis lelaki hidung belang. 3. Sekiranya Vinod, seorang pelatih, berfikiran intuisionis, mungkin akan berkata sedemikian mengenai markah yang rendah diperoleh bagi kerja kursusnya, ‘Cis! Pensyarah itu memang tidak suka pada saya, sebab itulah markah saya rendah. Lain kali, saya tak akan bekerjasama dengannya.’



MPU 3102(Pengenalan Kepada Pendidikan Moral)



Soalan Tutorial (9.4.2017) 1. Huraikan kekuatan dan kelemahan diri anda dari segi amalan nilai-nilai murni dan agama. Cadangkan cara-cara anda meningkatkan amalan tersebut. Dari segi amalan nilai-nilai murni, saya telah menerapkan nilai hormatmenghormati antara satu sama lain kerana saya sedar bahawa nilai hormatmenghormati ini amat penting dan merupakan satu perkara yang patut diteladani oleh masyarakat Malaysia, sekiranya masyarakat Malaysia saling bertegur sapa tanpa mengira usia, jantina mahupun warna kulit malah mempraktikkan lirik lagu “senyum tak perlu kata apa-apa”, maka secara automatik mereka dapat menzahirkan rasa hormat dalam diri masing-masing. Dalam konteks ini, jelaslah bahawa apa yang dinyatakan dalam peribahasa Melayu adalah tepat, bak kata pepatah ” yang tua dihormati, yang muda disayangi”. Seterusnya, saya juga sedar bahawa penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan wajar diamalkan oleh setiap insan bagi membentuk masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Kepatuhan kepada agama dapat membentuk insan mulia dalam diri seseorang di samping memberi kebaikan kepada negara. Oleh hal yang demikian, saya perlu senantisa menerapkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam doktrin agama saya selaras dengan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan saya kerana nilai-nilai murni yang berasaskan agama yang amat penting untuk menjana mentaliti tahap pertama dalam jiwa masyarakat. Sebaliknya, saya kurang menerapkan nilai kerajinan. Hal ini boleh dilihat apabila saya kurang produktif dalam menuntut ilmu pengetahuan saya dan hanya akan bergerak seperti kata pepatah bagai pahat dengan penukul. Jadi, saya perlu mempraktikkan nilai kerajinan dengan berusaha meningkatkan diri dan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui membaca supaya mampu menyampaikan ilmu yang diperoleh kepada murid-murid pada masa yang kan datang. 2. Pilih tiga artikel daripada keratan akhbar atau majalah. Kenal pasti jenis-jenis nilai yang terdapat dalam artikel-artikel tersebut.



Nilai-nilai yang terdapat dalam keratan akhbar ini ialah: a. b. c. d.



Nilai cinta akan alam sekitar Nilai keharmonian antara manusia dengan alam sekitar Nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar Nilai bertanggungjawab



Nilai-nilai yang terdapat dalam keratan akhbar ini ialah: a. b. c. d.



Nilai kasih sayang Nilai penglibatan diri dalam pembangunan Negara Nilai sikap keterbukaan Nilai prihatin



Nilai-nilai yang terdapat dalam keratan akhbar ini ialah: a. b. c. d.



Nilai Melindungi Hak Pengguna Nilai Prihatin Nilai Bertanggungjawab Nilai Menjaga Kesihatan Diri



3. Berdasarkan refleksi dari pengalaman anda semasa di peringkat sekolah dahulu, berikan tiga contoh perlakuan bagi setiap prinsip moral di atas, iaitu keadilan, altruism dan autonomi. Lakarkan dalam bentuk grafik. Sifat-Sifat Insan Moral



Contoh Perlakuan



Prinsip Autonomi



1. Bebas untuk memilih kelas-kelas yang diajar 2. Bebas untuk mentadbir kelas. 3. Bebas untuk memilih topik-topik yang hendak diajar kepada murid pada setiap hari.



Prinsip Keadilan



1. Memberi layanan kepada setiap murid dengan adil dan saksama 2. Bergaul mesra dengan semua murid dalam kelas 3. Menghormati keputusan setiap murid.



Prinsip Altruisme



1. Bersifat empati terhadap murid-murid kurang berupaya 2. Memberi kasih sayang kepada murid-murid dalam kelas. 3. Bersikap keterbukaan dengan menerima setiap idea yang diberi oleh murid.