HDSE 3103 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Bahagian A Soalan 1a 1.0 PENGENALAN Bahasa adalah satu sistem yang di gunakan oleh sekumpulan manusia untuk memberi makna kepada bunyi perkataan, gerak badan dan lain-lain simbol untuk membolehkan mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Perkembangan bahasa adalah bahagian penting daripada sifat kognitif manusia. Memahami perkembangan bahasa merupakan aspek penting untuk memahami dasar dan mengingati pelbagai komponen linguistik. Aspek kognitif komunikasi dalam bahasa difahami sebagai sama di antara primat, non-primat, dan manusia dalam beberapa aspek dan berbeza dalam aspek-aspek lain iaitu cenderung komunikasi, decorative ucapan, bahasa pengambilalihan, ucapan telegraphic, komponen morphosyntactic, komponen pragmatis. Bahasa merupakan anugerah istimewa yang ada pada setiap individu. Bahasa adalah suatu saluran yang membolehkan kanak–kanak menyusun dan mengutarakan idea serta pengalamannya. Perkembangan dan penggunaan bahasa sangat penting bagi membolehkan kanak-kanak berhubung antara satu sama lain. Dengan bahasa manusia dapat berhubung dan berinteraksi.Melalui bahasa juga setiap individu dapat menyatakan perasaannya, memberi pendapat atau pendangannya. Kebolehan bertutur dan menggunakan bahasa ini bukan sahaja dapat merapatkan perhubungan kanak – kanak dengan orang lain, malah ia membolehkan kanak–kanak membina konsep berkenaan alam dan manusia di persekitarannya. 2.0 PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK Bahasa merupakan satu media komunikasi sama ada verbal atau bukan verbal. Berkomunikasi menggunakan bahasa bermaksud membunyikan suara atau perkataan untuk menyampaikan sesuatu maksud. Melalui bahasa manusia dapat bertutur untuk melahirkan apa yang dirasai atau yang difikir. Perasaan atau fikiran ini boleh melahirkan sama ada melalui tulisan, bahasa isyarat, air muka atau melalui lukisan. Pendek kata bahasa membolehkan manusia behubung antara satu sama lain. Bahasa sebagai pemangkin perkembangan kanak-kanak. Semasa mereka berinteraksi dengan orang dewasa da rakan sebaya. Mereka membina kefahaman dan idea-idea tentang perkara-perkara yang berlaku di persekitaran mereka. Bayi yang baru dilahirkan dapat berinteraksi dengan orang lain pada kadar yang paling minimum dengan menggunakan pancainderanya. Ia merasa, menghidu, mendengar, melihat dan mengeluarkan bunyi tertentu semata-mata untuk melahirkan perasaan dan kehendaknya. Sehinggalah usianya sebulan bunyi yang keluar dari mulut bayi yang boleh dianggap sebagai pertuturannya cuma terhad dalam bentuk tangisan. Bunyi tangisan da nada suara itu pula berbeza dari segi nyaring, kuat dan perlahan. Perbezaan bunyi tangisan menggambarkan perasaan dan kehendak yang tertentu. Ini menunjukkan bahawa bayi sudah mula untuk memperkatakan pada orang lain akan perasaan dan emosinya ketika itu.



2.1 Umur 0 hingga 2 tahun Bayi tidak dapat dapat berinteraksi secara jelas dengan orang lain. Bayi hanya boleh menangis semata-mata meluahkan perasaan dan kehendaknya. Sehingga usia sebulan, bunyi yang terkeluar daripada mulut bayi(boleh dianggap pertuturan) Cuma terhad dalam bentuk tangisan. Nadanya menangis juga berbeza dari segi kenyaringan, kuat dan perlahan. Meningkat umur satu setengah bulan sehingga tiga setengah bulan, ia mengelurakan satu bunyi ‘kukur’. Bunyi tersebut seperti konsonan c,k dab g. Pada waktu ini, mereka boleh bertindak terhadap sesuatu bunyi. Sebagai contoh, dia akan kepalanya akan menoleh dan matanya akan melihat ke arah bunyi ibunya memanggilnya. Umur enam bulan, bayi kurang berkukur tetapi mula menyebut perkataan yang bunyinya mambawa maksud tertentu. Seperti ‘ma-ma’, ‘ba-ba-, dan ‘da-da’. Perkembangan pada perigkat ini merupakan peringhkat asas untuk bercakap ke peringkat seterusnya. Latihan ini akan menolong mempercepatkan proses pembelajaran dengan melengkapkan kemahiran asas yang perlu bagi mengawal mekanisme percakapan yang lebih rumit.Usia 12 bulan hingga 18 bulan, pada peringkat ini kanak-kanak sudah dapat menuturkan perkataan. Oleh itu, bayi hendaklah diberi peluang untuk bercakap agar emosinya. 2.2 Umur 2 hingga 3 tahun Pada peringkat usia ini, mereka akan megurangkan penggunaan perkataan yang kurang difahami. Ayat yang rinhkas jarang digunakan tetapi masih boleh didengar pada usia awal 2 tahun. Dia akan bercerita tentang apa yang dialaminya kepada orang dewasa. Pada masa inlah mereka belajar bercakap dan orang dewasa khususnya ibu bapa harus mengawasi anak agar menggunakan ayat yang betul dan baik. Pada peringkat 2 tahun ke atas, perkembangan bahasa kanak-kanak akan memainkan peranan lebih besar kerana aspek ini berhubung dengan kelakuan, kejadian, penyesuaian dan reaksi sosial setiap kanak-kanak. Kelakukan dan emosinya amat nyata. Susunan bahasa masih belum sempurna.Apabila umur kanak-kanak 3 tahun, berlaku perubahan dari segi penerimaan bahasa , perbendaharaan kata yang lebih banyak dan kompleks. Pada peringkat ini juga kanak-kanak mulai belajar menyusun ayat sewaktu hendak menyatakan sesuatu.Pengaruh sosial juga mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak. Kanak-kanak yang bersosial taraf tinggi petah menjawab soalan berbanding taraf rendah. Ini mungkin ibu bapanya yang menggalakkan anak mereka berkomunikasi dengan masyarakat luas. 2.3 Umur 4 hingga 5 tahun Pada peringkat ini perkembangan bahasa amat pesat berbeza dengan kanak-kanak yang berumur 3 tahun. Ini kerana kanak-kanak sudah tahu menggunakan bahasa pada keadaan dan suasana tertentu. Mereka banyak bercakap, suka tanya dan suka bermain ayat. Cara mereka menjawab pertanyaan meleret dan pandai memberi komen pada seseorang. Pada umur 5 tahun, penerimaan bahasa lebih berkesan. Kanak-kanak



menggunakan bahasa dengan lebih kritis dan khusus tetapi kurang yakin pada diri sendiri. Oleh itu, ibu bapa harus menggalakkan pergaulan anak mereka dengan masyarakat luar seperti bermain bersama-sama rakan sebaya di luar. Mereka sudah dapat menyebut umur mereka dengan betul. kanak-kanak mula belajar membaca. 3.0 KESIMPULAN Secara konklusi, bahasa merupakan medium penting bagi kanak-kanak untuk berhubung dan menyatakan kehendaknya . Adalah amat penting bagi orang dewasa untuk memahami isyarat mereka. Proses perkembangan bahasa bagi kanak-kanak berlaku secara berperingkat dan dipengaruhi oleh persekitaran. Hal ini demikian kerana, proses perkembangan bahasa diperingkat kanak-kanak bergantung kepada quantiti perbendaharaan kata yang berjaya diperoleh dan dikuasai. Perkembangan bahasa juga mempengaruhi perkembangan daya pemikiran. Jadi bagi melahirkan kanak-yang bijak dan petah berkata-kata persekitaran memainkan peranan yang penting. Oleh itu, amat mustahak bagi pihak ibu bapa,keluarga dan masyarakat termasuk golongan pendidik seperti guru prasekolah memahami keadaan ini. Mereka perlu menyediakan persekitaran yang meransangkan bagi menggalakkan minat membaca. Contohnya, di prasekolah guru perlulah menyediakan sudut bacaan yang diisi dengan bahan-bahan bacaan yang menarik dan pelbagai jenis dan pihak keluarga pula perlu bertutur dengan perkataan yang sopan, bijak serta matang di rumah bagi melahirkan golongan kanak-kanak yang pintar.



Soalan 1b



1.0 PENGENALAN



Perkembangan kanak-kanak adalah merangkumi beberapa aspek seperti kognitif, psikomotor,bahasa, persepsi, spatial, fizikal, sensori dan emosi . Kesemua perkara ini perlu diperhatikan agar penilaian yang dibuat dapat menggambarkan keadaan sebenar tentang kekuatan



dan kelemahan seseorang



Pengetahuan tentang



perkembangan seseorang kanak-kanak adalah merupakan suatu perkara yang amat penting untuk didalami. lni adalah kerana penelitian keatas ciri-ciri perkembangan tersebut akan



membawa



kepada pembentukan



kanak -kanak



yang



sempurna disamping pemerhatian dapat dibuat sejajar dengan tahap perkembangan yang agar permasalahan yang timbul dapat diatasi dengan rancangan yang si stematik, spesifik dan efektif.



Gangguan pertuturan adalah ketidakupayaan untuk membentuk suara pertuturan dengan betul dan lancar. Perbezaan yang jelas mesti dibuat antara gangguan pertuturan pembentukan



dan



gangguan



motor



bunyi



pertuturan.Gangguan atau



perkataan.



pertuturan



Kelainan



mempengaruhi



bahasa,



sebaliknya,



mempengaruhi tahap neurologi pembentukan bahasa. Jadi masalahnya terletak pada pembentukan intelektual bahasa. Gangguan bahasa pada kanak-kanak boleh mempunyai ciri dan penyebab yang paling berbeza.



2.0 LIMA KOMPONEN BAHASA



Lima komponen bahasa didefinisikan seperti berikut: a.Fonologi adalah sistem bunyi bahasa dan peraturan linguistik yang menentukan kombinasi bunyi. b. Morfologi adalah peraturan linguistik yang menentukan struktur perkataan dan pembentukan perkataan daripada unsur makna yang asas (morfem). c. Sintaksis adalah peraturan linguistik yang menentukan susunan dan gabungan perkataan-perkataan bagi membentuk ayat dan hubungan di antara unsur dalam lingkungan ayat tersebut. d. Semantik merupakan sistem aturan yang mengatur makna dari kata dan perpaduan kata . e.Pragmatik mengarah pada aspek sosial bahasa. Pragmatik mengatur sejumlah interaksi percakapan .



Berdasarkan definisi masalah bahasa di atas, masalah-masalah yang dihadapi adalah seperti berikut;



i. Fonologi Kanak-kanak dengan masalah fonologi berkemungkinan menghadapi masalah dalam bahasa lisan. Mereka kerap membuat kesalahan menggantikan bunyi dalam perkataan seperti “nama” untuk “mama”, “blink” untuk drink”.



ii. Morfologi Kecelaruan yang melibatkan morfologi termasuklah penggunaan imbuhan yang luar biasa, struktur ayat yang salah, dan penggunaan “tenses” yang salah (bahasa Inggeris). iii. Sintaksis Masalah yang berkaitan sintaksis (ayat) pula melibatkan kesalahan tatabahasa yang boleh memberi kesan dalam menyusun dan menyampaikan pendapat yang kompleks.



iv. Semantik Masalah semantik dapat dilihat melalui perkembangan perbendaharaan kata yang lemah, menggunakan makna perkataan yang tidak sesuai. v. Pragmatik Masalah berkaitan pragmatik melibatkan ketidakupayaan kanak-kanak memahami atau menggunakan bahasa dalam konteks atau perbualan dalam situasi yang berbeza.



3.0 CARA-CARA MENGUJI GANGGUAN BAHASA KANAK-KANAK Proses penilaian melibatkan pengesanan, diagnosis, rancangan intervensi, laporan dan penilaian susulan. Proses penilaian pengesanan adalah pertama yang mana ia bertujuan untuk menentukan sama ada kanak-kanak itu perlu dirujuk untuk penilaian tambahan bagi mengenalpasti perkembangannya lambat atau hilang upaya. Ia biasanya dilakukan dalam masa yang singkat dan menilai kemahiran kanak-kanak itu secara keseluruhan. Proses penilaian kedua ialah diagnosis. Diagnosis dibentuk untuk menentukan wujudnya kecacatan pada kanak-kanak. Jika ada, soalan-soalan akan menentukan masalah dan kesan kecacatan itu pada perkembangan kanak-kanak. Proses penilaian perkembangan yang ketiga ialah rancangan intervensi. Intervensi awal yang efektif. Ia berfaedah kepada kanak-kanak berkeperluan khas dan keluarganya. Bayi dan kanak-kanak yang betatih, kanak-kanak mana yang terdedah kepada persekitaran berisiko, kanak-kanak dengan jangkaan perkembangan lambat atau kanak-kanak prasekolah yang dibuktikan tidak berkeupayaan seperti sindrom down. Dalam proses penilaian perkembangan keempat pula ialah laporan atau penulisan laporan selepas rancangan intervensi. Terdapat banyak keadaan bias dalam mendata yang dilaporkan bukan dalam penilaian betul-betul. Penilai harus melaporkan bukan hanya apa yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tetapi juga bagaimana hasil itu diperolehi dan diukur. Seterusnya ialah proses penilaian perkembangan iaitu penilaian susulan selepas tiga hingga enam bulan yang mana ia mengumpul kembali maklumat yang telah dinilai sebelum ini untuk melihat kembali tahap kemajuan yang telah dicapai oleh



kanak-kanak tersebut. Penilaian ini biasanya dilakukan oleh pakar atau penilai yang sama menilainya sebelum ini.



4.0 INTERVENSI PENGAJARAN BAHASA Kanak-kanak yang dikenal pasti menghadapi masalah bahasa hendaklahlah diberi perhatian untuk dipulihkan dengan segera. Tindakan awal untk membantu memulihkan atau mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini dikenali sebagai intervensi. Apabila mengajar bahasa kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak masalah pembelajaran, guru hendaklah menggunakan beberapa teknik pengajaran yang khusus bagi memenuhi keperluan bahasa kanakkanak tersebut. Di antara intervensi pengajaran bahasa yang mungkin dapat membantu kanak-kanak mengatasi masalah penguasaan bahasa mereka adalah seperti berikut:



i. Ajar bahasa di dalam situasi Mengajar bahasa di dalam situasi yang diadakan akan membantu kanak-kanak memahami isi pelajaran dan seterusnya menguasai kemahiran bahasa yang diajar. Contoh: membantu ayah di kebun.



ii. Ikut urutan perkembangan bahasa normal Pengajaran bahasa hendaklah berdasarkan kemampuan berbahasa kanak-kanak mengikut peringkat umur mereka.



iii. Guna strategi pengajaran yang khusus dan berkesan ketika memperkenalkan konsep baru Pelbagai strategi pengajaran khusus boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak masalah pembelajaran seperti teknik REBUS, kaedah VAKT, kaedah fonik dan sebagainya.



iv. Gunakan contoh yang betul untuk memberikan latihan bagi kemahiran bahasa yang khususMenunjukkan contoh yang betul atau modeling digunakan supaya kanak-



kanak dapat meniru kemahiran bahasa yang betul. Kemahiran bacaan mekanis misalnya boleh dajar dengan cara guru menunjukkan cara bacaan yang betul atau menayangkan rakaman pembaca berita TV membaca berita.



v. Gunakan aktiviti harian dalam menyediakan latihan kemahiran-kemahiran bahasa dalam lingkungan konteksnya.



3( a ) Masalah berbahasa dalam perbualan yang dialami oleh kanak-kanak memberi kesan terhadap bunyi yang dikeluarkan. Perbezaan cara kanak-kanak bercakap menjadi suatu masalah apabila pertuturannya tidak dapat difahami oleh orang lain yang mendengar. Kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan ini juga mengalami masalah lain seperti sumbing, palsi serebrum, dyspraxia dan masalah pendengaran. Kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan tidak mampu menyatakan keperluan, kehendak dan perassan mereka kepada orang lain. Hal ini seterusnya menjejaskan pembelajaran dan interaksi mereka dengan orang lain. Apabila orang sekeliling tidak tidak memahami apa yang mereka sampaikan, mereka akan merasa kecewa seterusnya menunjukkan tingkah laku yang agresif. Biasanya kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan mengalami masalah dalam bersosial kerana diabaikan rakan-rakan yang lain kerana tidak faham apa yang mereka tuturkan. Keadaan ini seterusnya membuatkan perkembangan bahasa kanak-kanak lambat terutamanya dalam kemahiran interaksi sosial kerana peluang untuk mereka berinteraksi terhad. Dari segi fonologi, kanak-kanak bermasalah bahasa ini mengalami masalah untuk mengeluarkan kata. Menghadapi masalah dari aspek pendengaran dan sistem saraf mulut yang tidak normal. Juga mengalami masalah untuk menyebut perkataan dengan jelas dan bunyi yang betul. Menggunakan bacaan bibir untuk memahami pertuturan . Bagi morfologi, mereka tidak boleh menggunakan bahasa atau penggunaan perkataan yang betul dalam pertuturan seharian mereka. Mereka mengambil masa yang lama untuk menguasai kemahiran menyebut kata-kata. Selain itu, menghadapi masalah untuk menggunakan ayat yang panjang kerana penambahan purata panjang ujarannya amat lemah. Mereka juga mengalami masalah kelewatan di dalam pemerolehan bentuk kata kerja yang betul.



Dalam sintaksis, kanak-kanak bermasalah pembelajaran gagal memberitahu maklumat yang dikehendaki. Mereka jarang sekali bertanya atau meminta penjelasan yang lebih lanjut sekiranya tidak memhami sesuatu. Mereka lebih suka mendiamkan diri daripada melibatkan diri di dalam perbualan. Dari segi sematik, kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk memahami makna perkataan mengikut kategori, kuantiti, ruang, dan masa yang diajarkan kepada ereka. Oleh sebab itu mereka mengambll masa yang panjang untuk memahami sesuatu makna. Mreka juga mempunyai masalah kekurangan perbendaharaan kata secara kualitatif dan kuantitatif. Dalam bidang pragmatik pula, mereka menghadapi kesukaran dalam menentukan giliran di dalam perbualan mereka. Oleh sebab itu, mereka akan bercakap bila-bila masa sahaja tanpa menunggu giliran mereka untuk bercakap.



3( b ) Kanak-kanak yang mengalami masalah berbahasa dalam perbualan memerlukan pengesanan pada peringkat awal lagi bagi membolehkan mereka mengikuti suatu sistem persekolahan yang terancang bagi mengembangkan potensi diri mereka. Intervensi awal ini juga memberi kesan positif pada perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas . Guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas supaya dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Selain itu, kemahiran mengurus tingkah laku akan dapat membantu guru mengawal dan membentuk tingkah laku muridnya. Oleh itu guru perlu bijak menyusun teknik dan strategi untuk membentuk tingkah laku positif dari murid-murid berkeperluan khas ini. Dari aspek bahasa pula, cadangan kaedah intervensi adalah dari segi fonologi, langkah intervensi yang boleh diambil ialah dengan menjalankan terapi pertuturan seperti meniup belon, meniup ke dalam air dengan menggunakan straw, menjilat



lolipop menggunakan lidah, menjilat ais krim serta pernafasan iaitu dengan menahan nafas di dalam air. Teknik ini secara tidak langsung sebagai senaman untuk menguatkan otot mulut. Bagi morfologi pula, intervensi yang hendak dilakukan perlu mengambil kira kecerdasan dan masalah tingkah laku. Tujuan utama adalah untuk membantu perkembangan bahasa kanak-kanak yang lambat adalah dengan mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai. Antara kaedah intervensi untuk morfologi adalah: Kaedah skills pembinaan komunikasi iaitu satu contoh bahan komersil yang digunakan untuk memperkayakan perkembangan pembentukan kata. 2. Kaedah ‘reformulate’. Contohnya, guru memperkenalkan murid dengan perkataan kadang-kadang, semalam, esok dan sekarang mengikut situasi dan konteks yang betul supaya murid boleh menceritakan sesuatu berdasarkanmasa. 3. Latihan penggunaaan imbuhan awalan dan akhiran juga diberi penekanan agar murid dapat menggunakan penambahan imbuhan tersebut mengikut konteks ayat yang betul. Contoh: imbuhan ‘mem’ dan ‘an’. Saya membeli makanan ... Saya membeli makanan di kantin. Dari segi sintaksis pula intervensi yang boleh dijalankan ialah dengan melakukan perubahan daripada belajar secara individu kepada pembelajaran kumpulan. Fokus pengajaran di sini guru perlulah melebihkan tumpuan kepada aspek pembinaan perkataan, membaca dan menulis ayat yang mudah. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru kepada murid-murid ini adalah dengan penggunaan perkataan di dalam permainan bahasa. Pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas ini bukanlah untuk menjadikan mereka bijak cemerlang dan dipandang tinggi oleh masyarakat tetapi pendidikan yang diberikan adalah untuk memastikan kanak-kanak ini boleh menguruskan diri sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada orang lain. Pendidikan



ini bukan hanya terletak di bahu guru-guru pendidikan khas malah sepatut semua pihak perlu memberi sumbangan dan galakan kepada kanak-kanak istimewa ini.



Bahagian B 1. Pengenalan Menurut Akta Pendidikan Kurang Upaya (IDEA- Individuals with Disabilities Education Act), masalah fizikal juga dikenali sebagai masalah ortopetik. Ia juga merupakan masalah berkaitan dengan sistem tulang rangka manusia. Masalah ini tidak akan melibatkan masalah kepada sensori yang mempengaruhi pencapaian akademik individu. Masalah fizikal juga merujuk masalah ortopedik yang merangkumi masalah struktur dan kefungsian sistem rangka manusia. Masalah sistem rangka manusia adalah patah tulang, radang buah pinggang, asma, dan lain lain lagi.



Terdapat tiga punca masalah fizikal iaitu : a) Penyakit (poliomielitis dan tuberkulosis tulang) Poliomielitis adalah penyakit akibat jangkitan virus yang menyebabkan kelumpuhan. Poliovirus (PV) yang menjadi ejen pembawa penyakit ini masuk ke dalam badan manusia melalui mulut dan merosakkan usus. Ia mampu memasuki saliran darah dan ke saraf pusat menyebabkan kelemahan otot dan kelumpuhan. Contohnya: Kebanyakan orang yang dijangkiti virus polio tidak menunjukkan sebarang gejala. Hanya 1 daripada 4 orang dengan jangkitan virus polio akan mengalami gejala demam selesema. Gejala ini biasanya dialami selama dua (2) hingga lima (5) hari dan kemudian sembuh dengan sendiri tanpa sebarang komplikasi. Walau bagaimanapun, sebilangan kecil kes akan mengalami gejala lebih serius akibat jangkitan pada otak dan saraf tunjang seperti:



Kebas Meningitis iaitu keradangan pada selaput otak Lumpuh Kematian Post-Polio Syndrome



Penyakit Tuberkulosis atau TB (Tibi) lebih dikenali di Malaysia sebagai Batuk Kering dan dikaitkan dengan masalah paru-paru. Namun, di luar pengetahuan masyarakat, Tibi bukan sahaja terhad kepada paru-paru tetapi sebenarnya boleh menjangkiti tisu dan organ di luar paru-paru termasuk selaput otak (meninges), kelenjar, darah dan sendi. Keadaan ini dikenali sebagai “extra-pulmonary tuberculosis”. Pesakit juga boleh mengalami semua atau sebahagian daripada simptom-simptom lain yang dikaitkan dengan Tuberkulosis seperti di bawah. Simptom Tuberkulosis Tulang Belakang 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.



Sakit atau tidak selesa pada mana-mana bahagian tulang belakang Demam Berpeluh-peluh pada waktu malam Susut berat badan secara mendadak Hilang selera makan Kebas tangan atau kaki atau kedua-duanya Lemah atau hilang kekuatan tangan atau kaki atau kedua-duanya



b) Keganjilan sejak lahir (kaki belantan dan ketidakhadiran anggota) Kaki belantan dapat dikesankan sebaik bayi dilahirkan ataupun semasa bayi masih dalam kandungan melaui proses ultra bunyi. Kaki kelihatan beralih ke tepi tau kedudukan kai depan bertukar arah ke belakang. Kaki termasuk betis dan paha yang terlibat akan menjadi lebih kecil dan pendek berbanding yang normal. Contohnya



c) Disebabkan masalah lain (palsi serebrum, kudang, retakan dan terbakar). Palsi serebrum ialah sekumpulan gangguan pergerakan kekal yang muncul pada peringkat awal kanak-kanak. Tanda dan gejala berbeza-beza antara orang dan dari masa ke masa. Selalunya, gejala termasuk koordinasi yang lemah, otot yang kaku, otot lemah, dan gegaran. Mungkin ada masalah dengan deria, melihat, mendengar, menelan, dan bercakap. Selalunya, bayi dengan palsi serebrum tidak bergolek, duduk, merangkak atau berjalan seawal kanak-kanak lain yang sebaya. Gejala-gejala lain termasuk sawan dan masalah dengan pemikiran atau penaakulan, yang masing-masing



berlaku pada kira-kira satu pertiga orang dengan CP. Contoh tanda-tanda biasa dan gejala palsi serebrum adalah pergerakan tidak normal pada lengan dan kaki, bayi sukar disuap makan, nada otot yang lemah pada awal kehidupan, perkembangan yang perlahan dari segi berjalan dan bercakap, postur badan yang tidak normal, kejang otot, badan kaku, penyelarasan yang lemah, dan mata silang. CP boleh jadi ringan, sederhana, atau teruk.



Kesimpulan Kesimpulannya, masalah fizikal selalunya dapat dilihat dengan mata kasar. Namun, ada yang tidak dapat dikenal pasti seperti patah terutamanya kecerderaan tidak melibatkan tisu pada setiap bahagian kulit. Rawatan awal amat diperlukan untuk mengelakkan penyakit seperti ini dan kecederaan daripada melarat.



2. Pengenalan Kanak - kanak berbakat cemerlang ialah kanak - kanak yang mempamerkan potensi yang tinggi terhadap seorang kanak - kanak dalam menyelesaikan sesuatu, jika dibandingkan dengan umur,pengalaman dan pesekitaran mereka. Selain itu, kanak - kanak pintar cerdas dan berbakat adalah kanak - kanak yang dikenal pasti secara semula jadi yang mempunyai keupayaan luar biasa dan kebolehan tinggi dalam melakukan sesuatu.



Terdapat tiga kategori kanak – kanak pintar cerdas, iaitu: a) Berbakat (pintar cerdas) yang tidak ketara Mencabar cara tradisi yang digunakan untuk mengenal pasti ciri - ciri unik dan bakat seseorang individu. Hal ini demikian kerana ia tidak dijalankan dengan sempurna kepada minority. Oleh itu, untuk mengenali kumpulan yang tidak dikenal pasti ini, maka kumpulan ini dikategorikan dalam kumpulan berbakat yang tidak ketara.



(i) Minoriti Pelajar yang berlainan budaya dan Bahasa. Mereka tidak diserapkan di dalam program pintar cerdas. (ii) ketidakmampuaan Pelajar yang tidak mampu dari segi fizikal dan mempunyai masalah pembelajaran. (iii) Perempuan Terdapat jurang antara bilangan lelaki dan perempuan dalam program berbakat. dalam penilaian atau pentaksiran matematik, pelajar perempuan mendapat skor yanglebih rendah daripada pelajar lelaki. b) Berbakat (pintar cerdas) dari segi intelek Adalah pelajar yang istimewa, cemerlang di dalam bilik darjah dan peperiksaan Bentuk pemikiran: i. Pemusatan (konvergen) – Berfikir secara berturutan ii. Pencapahan (divergen) – Seorang yang kreatif dan inovatif dalam melahirkan idea - idea. iii. Konkrit – Mempamerkan kekayaan informasi ataupun maklumat yang tertentu. iv. abstrak – Pemikir mempunyai kemampuan untuk memahami idea yang kompleks dan boleh menghasilkan konsep struktur pemikiran yang tidak jelas atau Kabir pada apa - apa yang mereka fahami. c) Berbakat (pintar cerdas) dari segi kreativiti Pelajar berbakat dari segi kreativiti adalah mereka yang mempamerkan kemampuan atau kebolehan yang unik dalam bidang lukisan dan seni. Mereka juga melahirakan kebolehan semula jadi itu melalui pelbagai cara komunikasi seperti menyanyi, melukis, bermain pelbagai alat muzik dan berlakon di atas pentas. Contohnya: (i) Bakat seni Mereka mempamerkan diri sendiri dan bergembira apabila menyertai aktiviti yang membenarkan penggunaan pelbagai media.



(ii) Bakat berdrama Mereka berkebolehan dalam menggunakan badannya untuk menyatakan sesuatu yang ingin diberitahu. Ada riak wajah dan bahasa badan yang terdiri serta suara untuk menyatakan perasaan dan melahirkan makna. (iii) Keupayaan muzik Menunjukkan minat yang berterusan terhadap muzik dan berpotensi untuk lirik lagu baru dan mengubah muzik. (iv) Bakat mengarang Mampu menyatakan isi dengan jelas tanpa menghilangkan keunikan idea itu.



Kesimpulan Kesimpulannya, pelajar yang berbakat dalam ketiga - tiga kategori kanak - kanak pintar cerdas adalah berbakat dari segi intelek, berbakat yang tidak ketara dan berbakat dalam seni. Ini dapat dirumuskan bahawa kanak - kanak pintar cerdas dan berbakat segi intelek ialah seseorang yang bijak dalam sesuatu bidang akademik. Pelajar pintar cerdas lebih memahami pengetahuan asas ataupun umum dan mereka menjadi tidak sabar apabila guru menerangkan bahagian dengan lebih terperinci. Pelajar yang berbakat dari segi kreaktiviti pula adalah mereka yang menunjukkan keupayaan dalm bidang kesenian seperti dalam bidang lakonan, nyanyian atau dalam bidang seni lukis. Oleh itu, dapat kita faham bahawa pelajar pintar cerdas ini tidak semestinya terdiri daripada mereka yang berpencapaian tinggi dalam akademik sahaja, malah berbakat dalam bidang lain juga seperti seni tampak, seni persembahan dan keupayaan memimpin.