Sponsor Milo. [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

IPBA/T/14/100/122 Jld 10 (19) 21 Mac 2008



Encik Ng Ping Loong Pengurus Pemasaran Dan Sukan Syarikat Nestle House No. 4, Lorong Persiaran Barat P.O. Box 385, Jalan Sultan 46918 Petaling Jaya Selangor Tuan, PERMOHONAN SUMBANGAN UNTUK KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2008 INSTITUT PERGURUAN BAHASA-BAHASA ANTARABANGSA (IPBA) KUALA LUMPUR Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 2.



Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa (IPBA) Kuala Lumpur akan menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan 2008 melibatkan guru-guru pelatih IPBA bagi tahun 2008 seperti ketetapan berikut : Tarikh Hari Masa Tempat



: 10 April 2008 : Khamis : 8.00 pagi – 1.00 petang : Padang Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa (IPBA)



3. Sehubungan itu, sukacita pihak Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa (IPBA) memohon sumbangan seperti berikut : i. Minuman MILO 500 cawan x 2 kali x 1 hari = 1000 cawan



ii. Baju T untuk AJK Pengelola, Panel, dan Pembantu Program Baju T berkolar untuk AJK Pengelola, Panel, dan Pembantu Program = 60 helai



Diatas kerjasama dan sumbangan tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.



Sekian. “MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah,



(SATINAH BINTI SYED SALEH) Timbalan Pengarah, Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur