Sumayyah - Budaya Hedonisme Menurut Al-Quran PDF [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

USN6093 TAFSIR TEMATIK



MINI TESIS: BUDAYA HEDONISME MENURUT AL-QURAN



DISEDIAKAN UNTUK: USTAZ MOHD ZULFAHMI BIN MOHAMAD



DISEDIAKAN OLEH: BISMILLAH BINTI ZA’BAH



I18102718



NUR AIN KHAUTSAR BINTI RUSLAN



I18102630



NURUL NADHIRAH BINTI MOHAMAD



I18102576



NURUL HUDA FATIHAH BINTI NOORDIN



I18102629



MOHD SHAFIQ HAIQAL BIN MOHD ARIS



I18102722



ABSTRAK



Dalam meniti arus kemodenan, terdapat banyak unsur budaya Barat yang telah meresap ke dalam jiwa umat Islam dan memberikan pengaruh yang cukup besar. Antaranya ialah budaya hedonism yang merupakan satu budaya yang berasaskan kepada fitrah manusia iaitu mencari keseronokan, kelazatan dan kebahgiaan. Penularan budaya atau ideologi hedonisme yang mementingkan hiburan dan keseronokan semata-mata ini telah membimbangkan pelbagai pihak disebabkan masyarakat masa kini telah menjadikannya sebagai tujuan hidup mereka. Justeru, kajian dijalankan bagi menghayati berkenaan dengan budaya hedonisme yang dinyatakan di dalam al-Quran. Juga mengenai konsep sebenar kebahgiaan dan keseronokan pada sudut pandang Islam menerusi sumber ilmu utama dan pertama menurut Islam iaitu alQuran.



1



SENARAI LAMPIRAN



Lampiran 1



: Keratan Akbar Berkaitan Isu Rogol



Lampiran 2



: Keratan Akbar Pandangan Mufti Perak



2



ISI KANDUNGAN HALAMAN .....................................................................................................MUKA SURAT



ABSTRAK.................................................................................................................................1 SENARAI LAMPIRAN...........................................................................................................2 ISI KANDUNGAN...................................................................................................................3



BAB 1: PENGENALAN 1.1 PENGENALAN..................................................................................................................5 1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN........................................................................................5 1.3 PERMASALAHAN KAJIAN ...........................................................................................5 1.4 OBJEKTIF KAJIAN…………..........................................................................................6 1.5 PERSOALAN KAJIAN.....................................................................................................6 1.6 KEPENTINGAN KAJIAN ...............................................................................................6



BAB 2: TINJAUAN LITERATUR 2.1 PENDAHULUAN...............................................................................................................7 2.2 TINJAUAN LITERATUR …………………………………………................................7



BAB 3: (LANDASAN TEORI) BUDAYA HEDONIMSE MENURUT AL-QURAN 3.1 PENDAHULUAN...............................................................................................................9 3.2 DEFINISI BUDAYA ..........................................................................................................9 3.3 DEFINISI HEDONISME.................................................................................................11 3.4 SEJARAH KEWUJUDAN FAHAMAN HEDONISME...............................................13 3



3.5 PRINSIP FAHAMAN HEDONISME.............................................................................15 3.6 BENTUK BUDAYA HEDONISME DI MALAYSIA....................................................17 3.6.1 KETAGIHAN SEKS BAWAH UMUR………………………………………….17 3.6.2 PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRONIK (VAPE)…………………………...19 3.6.3 ISU KONSERT ANUGERAH JUARA LAGU KE 34………………………….21 3.6.4 ISU PEMINAT MUSLIM BERKABUNG DENGAN KEMATIAN JONGHYUN (ARTIS K-POP)………………………………………………………….23 3.7 FAKTOR PENULARAN HEDONISME DI MALAYSIA............................................24 3.7.1 GLOBALISASI…………………………………………………………………...25 3.7.2 MEDIA MASSA…………………………………………………………………..26 3.7.3 PENGARUH RAKAN SEBAYA………………………………………………...28 3.8 PANDANGAN AL-QURAN MENGENAI HEDONISME...........................................29 3.9 KESIMPULAN.................................................................................................................39



BAB 4: PENUTUP 4.1 PENDAHULUAN.............................................................................................................40 4.2 RUMUSAN KAJIAN........................................................................................................40 4.3 SARANAN ........................................................................................................................42 4.3.1 DAKWAH BERSEPADU…………………………….………………………….42 4.3.2 PENAPISAN DRAMA DAN FILEM…………………………………………...42 4.3.3 PENERAPAN SIRAH ANBIYA DALAM ANIMASI BERSIRI……………...43 4.3.4 APLIKASI PERMAINAN VIDEO YANG MEMATUHI SYARIAT………...44 4.4 PENUTUP.........................................................................................................................45 RUJUKAN…………………………………………………………………………………..46



4



BAB 1 PENGENALAN



1.1 Pengenalan Kajian ini disediakan bagi tujuan mengkaji perbahasan al-Quran mengenai budaya hedonisme menurut al-Quran. Kajian tersebut telah dibahagikan oleh para penyelidik kepada beberapa bahagian iaitu definisi budaya dan hedonisme, sejarah dan prinsip hedonisme, bentuk budaya dan faktor penularan hedonisme serta pandangan al-Quran mengenai hedonisme.



1.2 Latar Belakang Kajian Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pengkaji sendiri mengenai budaya hedonisme apakah perbahasannya terdapat didalam al-Quran, hal ini demikian kerana secara sepintas lalu para pengkaji mendapati terdapat beberapa ayat al-Quran yang menyentuh mengenai hedonisme, namun wujud persoalan apakah skop perbincangan mengenai hedonisme didalam al-Quran itu dibincangkan secara holistik ataupun adakah perbahasan itu disebabkan beberapa faktor seperti masa dan zaman. Justeru itu kajian ini dijalankan bagi tujuan mengenal pasti apakah wujud perbahasan tentang budaya hedonisme didalam al-Quran.



1.3 Pernyataan Masalah Budaya hedonisme menurut al-Quran menjadi pilihan pengkaji kerana terdapat permasalahan yang perlu dirungkaikan, antaranya adalah apakah dimaksudkan dengan budaya hedonisme? apakah bentuk budaya hedonisme? Adakah budaya hedonisme berkembang di Malaysia dan bagaimanakah al-Quran memberi pandangan mengenai hedonisme.



5



1.4 Objektif Kajian i.



Memahami dengan lebih mendalam maksud dan konsep sebenar budaya hedonisme.



ii.



Mengenal pasti bentuk hedonisme yang berlaku di Malaysia.



iii.



Mengkaji pandangan al-Quran mengenai budaya hedonisme.



1.5 Persoalan Kajian i.



Apakah definisi sebenar budaya hedonisme?



ii.



Bagaimanakah bentuk budaya hedonisme yang berlaku di Malaysia?



iii.



Apakah pandangan al-Quran mengenai budaya hedonsime?



1.6 Kepentingan Kajian Kajian terhadap budaya hedonisme menurut al-Quran ini bertujuan untuk memberi penjelasan tentang budaya hedonisme dan impak negatif yang diberikan terhadap pembangunan masyarakat di Malaysia. Kajian yang menjadikan al-Quran sebagai sisi pandang utama bakal mendedahkan bahawa keburukan budaya hedonisme ini bukanlah rekaan individu atau kumpulan akan tetapi adalah berdasarkan kebenaran daripada al-Quran.



6



BAB 2 TINJAUAN LITERATUR



2.1 Pengenalan Bab ini membincangkan tentang kajian literatur yang berkaitan tentang tajuk kajian iaitu menguji tahap kefahaman pelajar terhadap budaya hedonisme. Bab ini adalah amat penting untuk pengkaji mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan tentang tajuk yang dikaji agar ianya dapat menyokong hasil dapatan kelak.



2.2 Tinjauan literatur Menurut pengamatan pengkaji, kajian yang telah dibuat berkaitan kefahaman tajuk hedonisme telah banyak diperolehi daripada kajian-kajian lepas di mana kefahaman bagi budaya hedonisme dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi amatlah memuaskan. Pengkaji juga mendapati bahawa hubungan yang berkaitan tingkah laku hedonisme yang berkaitan dengan akhlak telah banyak diperolehi daripada kajian-kajian lepas. Ini dibuktikan dengan kajian dapatan kajian oleh Hamzah Bin Omar, Muhammad Faiz Mukmin Bin Abd Mutalib et al dalam kajian yang bertajuk “1042 Pengamalan Budaya Berhibur Dalam Kalangan Mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor”.1 Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman terhadap budaya hedonisme sekaligus menganalisis bentuk-bentuk dan amalan hedonisme mahasiswa terhadap budaya hedonisme mahasiswa dan mahasiswi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Metodologi



1



1042 Pengamalan Budaya Berhibur Dalam Kalangan Mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Hamzah Bin Omar, Muhammad Faiz Mukmin Bin Abd Mutalib et al (2019), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.



7



kajian mereka adalah menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengedarkan borang soal selidik kepada semua mahasiswa di KUIS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemahaman hedonisme oleh para mahasiswa dan mahasiswi di KUIS sangat tinggi. Antara bentuk amalan hedonisme yang diamalkan oleh mahasiswa dan mahasiswi di KUIS kebanyakkannya suka berhibur dengan rakan-rakan pada masa lapang. Disokong lagi oleh dapatan kajian yang diperoleh oleh Syarul Azman bin Shaharuddin dan Nurul Fathihah Binti Izahar di dalam kajian bertajuk “Tahap Kefahaman Pelajar Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) Terhadap Budaya Hedonisme”. 2 Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman pelajar UNIRAZAK terhadap budaya hedonisme. Metodologi kajian yang digunakan oleh penulis ialah menggunakan kaedah kuantitatif yang bersifat diskriptif. Instrumen telah digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik Dapatan kajian secara keseluruhan mendapati bahawa tahap kefahaman dan pengetahuan mahasiswa UNIRAZAK berkaitan budaya hedonisme berada pada tahap yang baik dan memuaskan.



2



Tahap Kefahaman Pelajar Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak) Terhadap Budaya Hedonisme, Syarul Azman bin Shaharuddin dan Nurul Fathihah Binti Izahar (2019), Kolej universiti Islam Antarabangsa Selangor.



8



BAB 3 BUDAYA HEDONIMSE MENURUT AL-QURAN



3.1 Pendahuluan Secara umumya, hedonisme adalah budaya di mana ia sangat mementingkan kehidupan yang berunsurkan keseronokan. Bermakna, kehidupan yang dilalui adalah hanya untuk berseronok dan bersuka ria serta tiada matlamat yang jelas mengikut dalam kehidupan, serta tiada peraturan atau hukum hakam yang mereka pelu turuti. Sedangkan dalam Agama Islam, terdapat larangan dan suruhan yang mewajibkan semua umat Islam untuk patuh.Kehidupan aliran pemikiran ini, sangat mementingkan kepada kebebasan dalam setiap perkara yang dilakukan serta akal fikiran yang menjadi tunjang utama dan rujukan dalam kehidupan. Dengan ini, mereka merasakan bahawa segala gerak geri dan aturan kehidupan mereka adalah percaturan dan hak individu, dan tidak perlu pihak lain untuk campur tangan atau menghalangi perbuatan dan urusan kehidupan mereka. Bagi mereka, larangan yang dilakukan oleh individu terhadap individu yang lain adalah tidak wajar dilakukan kerana ia adalah bersifat hak mutlak individu. Justeru, aliran pemikiran hendonisme ini mampu memberikan kesan yang besar terhadap umat Islam dalam pelbagai aspek. Golongan ini tidak memerangi umat Islam secara fizikal, tetapi mengambil pendekatan yang paling berkesan iaitu secara mental.



3.2 Definisi Budaya Budaya dari segi bahasa berasal dari bahasa Sanskit iaitu Buddhayah kata dasarnya budhi yang bermaksud budi atau akal3. Dalam Bahasa Inggeris pula disebut sebagai culture yang berasal



3



Taufiq H. Idris (1983), Mengenal Kebudayaan Islam. Surabaya: PT Bina Ilmu, h. 11.



9



dari Bahasa Latin, colere yang bermaksud mengolah atau mengerjakan.4 Mengikut Kamus Dewan budaya ini dimaksudkan sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi (cara berfikir dan berkelakuan). Dengan itu, budaya ini dikaitkan dengan kebolehan seseorang individu menggunakan kekuatan, tenaga dan akal bagi menangani sesuatu permasalahan dan seterusnya menyelesaikannnya iaitu keseluruhan cara hidup manusia bertindak, berkelakuan dan berfikir. Sifat budaya adalah universal tetap dari segi paradoksnya yang terdapat perbezaan antara masyarakat dengan masyarakat lain (A.Aziz Deraman. 1994). Ciri-ciri budaya iaitu budaya perlu diperlajari, dikongsi dan bersifat sejagat, boleh diwarisi, berubah-ubah, mempunyai unsur simbolik dan adanya pandangan semesta. Menurut (Koentjaraningrat. 2002) budaya mengandungi 7 unsur iaitu: 1) Agama dan upacara keagamaan 2) Sistem dan organisasi kemasyarakatan 3) Sistem pengetahuan 4) Bahasa 5) Kesenian 6) Sistem ekonomi 7) Sistem teknologi dan peralatan Pandangan tokoh-tokoh berkenaan dengan budaya ini ialah tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa yang membolehkan perlaksanaan sesuatu kerja yang diertikan cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu yang merangkumi aspek politik, agama, sosial, ekonomi, kepercayaan, sikap dan nilai. Menurut E.B Taylor budaya ini merupakan



4



J.A Simpson and E.S.C Weiner, The Oxford English Dictionary, Clarendon Press, Oxford, 1989, hlmn 98



10



keseluruhan kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, adat dan sebarang kebiasaan. Budaya ini berlaku interaksi antara budaya dan struktur sosial yang mampu kembangkan budaya dalam sesebuah masyarakat. Budaya ini dianggap alat penghasilan karya seni, rasa dan penciptaan dalam sesebuah masyarakat yang disembahkan dalam pelbagai bentuk yang menjadi asas kebudayaan masyarakat. Budaya ini dianggap satu tindak balas terhadap keperluan manusia yang meliputi keseluruhan aspek kemanusiaan dalam semua aktiviti harian manusia yang berperanan membezakan bangsa. Perkataan budaya ini menurut Menurut Kamus Am bermaksud peradaban, fikiran, akal budi.5 Manakala, berdasarkan Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan bermaksud kemajuan rohani, jasmani dan sudah maju akal budi.6 Menurut Kamus Bahasa Melayu budaya ialah fikiran manusia melalui latihan.7 Kamus Malaysiana pula mendefinisikan budaya sebagai cara berkelakuan seperti berfikir dan lain-lain, kemajuan akal budi, kebudayaan.8



3.3 Definisi Hedonisme Hedonisme hasil cantuman daripada dua perkataan iaitu ‘hedone’ dan ‘isme’. Perkataan hedone berasal dari istilah Greek iaitu Yunani bererti kesenangan dan keseronokan. Malah Kamus Dewan menjelaskan sebagai akhiran asing kepercayaan, gerakan politik atau keagamaan, sikap serta perlakuan seseorang. Perkataan hedonisme dimaksudkan satu pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronakan atau kesenangan dalam kehidupan. Oxford English Dictonary mendefinisikan hedonisme sebagai satu doktrin atau teori etika yang menyatakan bahawa keseronokan merupakan tahap kebaikan tertinggi atau matlamat akhir sesuatu



5



Kamus Am, Crescent News (KL) Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 2001, hlmn 140 Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 2002, hlmn 305 7 Kamus Bahasa Melayu, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 1994 hlmn 62 8 Kamus Malaysiana, Ensimal (M) Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 1994, hlm. 81 6



11



tindakan.9 Menilai hedonisme sebagai satu kebaikkan berdasarkan keseronokkan semata-mata iaitu nilai moral dianngap mempunyai persamaan dengan nilai kebaikkan yang diperoleh dalam budaya hedonisme. Mereka ini dikenali sebagai hedonis yang memetingkan keseronokan disebut sebagai hedonistik. Meskipun, para hedonis Yunani mendefinisikan hedonism ini kepada dua pengertian. Yang pertama, hedonisme ini merupakan satu tindakan bagi memperoleh keseronokkan dan kebahagian. Yang kedua, hedonisme ialah suatu falsafah keseronokkan iaitu suatu doktrin falsafah yang menjelaskan bahawa sumber nilai moral adalah keseronokkan yang berada pada tahap kebaikkan paling tertinggi. Menurut pandangan John David Garcia menyatakan bahawa budaya hedonisme ini adalah keseronokan dan kegembiraan menerima kredit tertinggi.10 Malah beliau juga berpendapa bahawa hedonisme adalah nilai yang tertinggi kepada kebahagian dan kenikmatan kehidupan yang mengecualikan kesedaran. Hedons berusaha memaksimumkan kebahagian di atas segala sesuatu. Malah ahli falsafah juga berpendapat mengenai hedonisme ini terbahagi kepada dua bentuk. Yang pertama, psikologi hedonisme iaitu suatu doktrin manusia bertindak melalui pemikirannya yang dapat memberi satu kenikmatan terbesar pada kehidupan mereka yang dipanggil psikologi egoistik.11 Psikologi ini menyatakan bahawa manusia ini secara fitrahnya memilih sesuatu yang memikirkan boleh membahagiakan dan mengurangkan kesakitan kepada mereka. Yang kedua pula hedonism etika ialah satu doktrin manusia ini sesuatu tindakan yang dapat hasilkan kenikmatan dan kebahagian terbesar kepada diri mereka yang dikenali sebagai hedonisme etika universal.12 Kehidupan yang menjauhi dari kesakitan ialah satu kaedah yang paling terbaik dalam kehidupan. Selain itu, hedonism ini termasuk dalam sekularisme, kata dasarnya sekular ertinya dunia. Suatu fahaman yang memisahkan antara dunia dengan agama yang berbentuk doktrin, pendirian dan sebagainya yang menolak nilai keagamaan dalam 9



J.A Simpson and E.S.C Weiner, The Oxford English Dictionary, Clarendon Press, Oxford, 1989, hlmn 98 John David Garcia, The Moral Society, 1971, hlm. 330 11 Adam Morton, Philosophy in Practice: An Introduction to the Main Questions, hlm. 178 12 Adam Morton, Philosophy in Practice: An Introduction to the Main Questions hlm. 179 10



12



kehidupan manusia. Sekularisme dan hedonisme ini sebenarnya berkait iaitu ia lebih cenderung kepada keseronokan dan kebahagian, kebebasan daripada sudut sains, ilmu pengetahuan, kecekapan kepada duniawi, manusia berkuasa terhadap alam dan masyarakat serta memisahkan dari agama terhadap kehidupan manusia dari politik mahupun kerajaan. Hedonisme ini mengutamakan keseronokkan yang diasaskan dan ditentukan oleh akal fikiran yang mengikut kehendak sekularisme yang ingin bebaskan dari unsur keagamaan dan kerohanian. Manakala menurut Kamus Munawwir menjelaskan hedonisme ini adalah sebuah aliran yang yang mempunyai kelazatan dan kebahagian dengan mencapai tujuan utama aliran dalam sepanjang kehidupan mereka. Hedonisme ini mendefiniskan pandangan kehidupan yang menganggap individu ini merasa bahagia dan mencari kebahagian sepenuhnya serta terhindar dari perasaan atau perbuatan yang menyakitkan. Hedonisme ini suatu konsep diri yang mengikut gaya hidup seseorang dilakukan yang sesuai dengan gambaran dalam fikirannya. Hedonisme ini adalah sesuatu yang mendatangkan kesenangan namun tidak akan merasai penderitaan, kesusahan dan tidak menyenangkan adalah hal yang tidak baik.



3.4 Sejarah Kewujudan Fahaman Hedonisme Pemikiran hedonisme ini telah wujud sejak dari zaman Yunani lagi iaitu pada abad ke 4 sebelum masihi. Pada ketika itu, tokoh-tokoh falsafah telah mempelopori kajian tentang konsep keseronokan dan kesengsaraan. Antara ahli falsafah yang terlibat dalam proses penyelidikan ini ialah Democritus, Plato, Aristotle, Socrates dan beberapa orang lagi. Setiap daripada mereka mempunyai pendapat dan teori yang berbeza-beza dan tersendiri. Bagi Socrates, manusia mempunyai tujuannya dan matlamat untuk hidup iaitu mencari kebahagiaan diri dan kebahagiaan jiwa perlu dicapai didalam kehidupan. Individu yang mengenali dirinya sendiri akan mengetahui cara yang terbaik untuk mencapai matlamat hidup. Kemunculan hedonisme 13



ini telah dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu sebelum Masihi pada zaman Yunani, zaman Renainsanse sehingga ke zaman Barat Moden. Ketika kehadiran ahli falsafah pada zaman Yunani, mereka lebih berfokuskan kepada kajian yang berkaitan dengan kejadian alam. Ianya bermula ketika kemunculan Thales pada 625 hingga 545 sebelum Masihi sehinggalah kepada zaman Pythagoras.13 Kajian tentang kejadian alam merupakan fokus mereka dalam bidang falsafah. Mereka memikirkan tentang bagaimanakah wujudnya alam ini. Namun, ketika kemunculan Democritus pada tahun 460 sebelum Masihi, beliau telah membawa kepada beberapa perubahan tentang pemikiran kejadian alam tetapi pandangan dan perubahan tersebut masih berkaitan dengan alam.14 Di mana setiap manusia yang ingin mencapai kesenangan hidup perlu untuk mampu melakukannya dan bukannya dengan memudaratkan diri sendiri. Kesemua ini diserahkan kepada akal untuk menentukan apakah yang sepatutnya mereka lakukan kerana akal adalah penentu kepada kehidupan yang selamat. Kemudian pemikiran ini terus bergerak seiring dengan peredaran zaman. Pada zaman kebangkitan eropah sekitar abad 14 masihi sehingga 17 masihi yang juga dikenali sebagai zaman Renainsanse, hedonisme ini wujud apabila berlakunya kongkongan daripada pihak gereja. Mereka mendakwa bahawa paderi adalah orang yang mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t.15 Oleh itu, mereka boleh melakukan apa sahaja pada manusia. Disebabkan perkara ini, masyarakat Eropah mula bangkit untuk menghapuskan gereja yang sesuka hati menyelewengkan agama. Kebangkitan eropah ini atau dikenali dengan renaisans telah memberi peluang kebebasan individu dari segi kesedaran, penulisan, agama dan kebudayaan dan pencapaian yang cemerlang dalam sains dan sastera. Disebabkan atas dasar kebebasan ini



13



Mohammad Hatta (1982), Alam Fikiran Yunani, Edisi Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 4. 14 Ibid,. h. 39. 15 The Basics of Philosopher



14



golongan ini telah memisahkan antara dunia dengan agama. Sebagaimana Barat menentang terhadap institusi gereja, nilai moral yang memiliki, aliran hedonisme mula muncul selepas gerakan liberalisme berkembang di Barat oleh Martin Luther. Kebebasan berfikir ini menyebabkan puncak kenikmatan dan kebahagian iaitu hedonisme yang ditentukan oleh rasional akal. Apabila seseorang telah mencapai keinginannya yang sesuai dengan kehendak akal maka ia adalah satu kepuasan bagi dirinya. Pada zaman Barat Moden pula pemikiran hedonisme masih dibahaskan oleh beberapa orang tokoh. Sehinggalah dikatakan terdapatnya mazhab bagi pemikiran hedonisme pada ketika itu atau juga dikenali sebagai hedonisme dalam versi yang baru. Namun, dalam sesetengah pandangan yang lain pula tidak dikatakan sebagai mazhab tetapi sebgai satu pemikiran yang lain iaitu Utilitarianisme.16 Zaman Barat Moden ini dikatakan telah wujud sekitar abad pertengahan 17 masihi.



3.5 Prinsip Fahaman Hedonisme Hedonisme ini telah mempengaruhi pelbagai pihak untuk terus lalai dalam kehidupan. Prinsip atau dasar yang dipegang oleh golongan yang terlibat dengan hedonisme antaranya bersifat materialistik dan kebendaan.17 Menurut Kamus Dewan Bahasa, materialistik ialah mementingkan kepada kebendaan. Hal ini adalah untuk memberikan kesenangan dan keseronokan kepada golongan yang mencari kebahagian. Bagi mereka, kebahagian akan dapat dicapai dengan adanya hiburan atau kesenangan. Kesenangan dan keseronokan diletakan pada tempat yang teratas sekali dalam kehidupan meraka.



16



Utilitarianism. Moore & Bruder. 2004 Abdul Ghafar Don & Zaleha Mohd Ali, Dakwah dan Cabaran De-Islamisasi di Malaysia, Selangor: Karisma Publications Sdn. Bhd., 2008, hlm. 65-67 17



15



Pada zaman sebelum era globalisasi, televisyen lebih menyiarkan kepada perkaraperkara yang mendidik melalui filem, drama, iklan dan sebagainya. Namun kini, lebih menyiarkan kepada perkara-perkara yang tidak mendidik masyarakat seperti drama-drama percintaan, drama yang mementingkan kepada kekuasaan dan kekayaan yang melampau. Media sosial juga dilihat lebih memaparkan pelbagai keseronokan yang terkini. Ianya akan mudah mempengaruhi manusia untuk terjerumus kepada hedonisme. Hedonisme juga didasarkan dengan akal fikiran semata-mata.18 Apa sahaja yang difikirkan baik dan menyeronokan maka perkara itu akan jadi baik, jika apa yang difikirkan itu buruk dan menyakitkan maka buruklah ia. Keseronokan adalah keutamaan baginya. Ini juga sebenarnya adalah bagi memuaskan nafsu mereka. Akal telah menjadi tunjang utama dalam pemikiran hedonisme. Manusia akan dapat menilai sesuatu itu baik atau buruk adalah dengan menyeimbangkan antara nafsu dan akal. Misalnya, bagi yang meyakini bahawa adanya neraka, maka ia akan berhati-hati daripada melakukan dosa atau perbuatan yang keji. Bagi yang tidak mempercayai atau meyakininya, maka perkara tersebut akan dibiarkan begitu sahaja dan akan terus mengikut hawa nafsu dan akal fikiran semata-mata. Prinsip ketiga yang dipegang oleh golongan hedonisme ini ialah memaksimumkan keseronokan dan meminimumkan kesakitan.19 Hal ini terbukti sebagai satu prinsip apabila kebanyakan tokoh hedonisme bersetuju bahawa sekiranya terdapat nilai dalam masyarakat yang bertentangan dengan prinsip ini maka nilai yang lain itu perlu dilanggar. Oleh itu, dapat dilihat bahawa hedonisme adalah sesuatu keseronokan yang melampau dan hanya didasarkan dengan perkara yang buruk sahaja.



18



Halipah Hamzah, Budaya Hedonisme dan Cabarannya Terhadap Pembangunan Tamadun Ummah, Pulau Pinang: Universiti Teknologi Mara, 2010, hlm 86 19 Ethics Unwrapped. Moore & Bruder. 2004



16



3.6 Bentuk budaya Hedonisme Budaya hedonisme atau hiburan yang diterapkan dalam aliran ini, sinonim dan seringkali didengari serta sangat berkait rapat dengan golongan peringkat umur remaja atau pada peringkat sekolah menengah. Sebaliknya, pengaruh hiburan yang melampau ini telah mempengaruhi bukan hanya tertumpu pada golongan remaja sahaja malah, ia telah meliputi seluruh peringkat umur sehingga peringkat kanak-kanak. Berkaitan dengan isu semasa, yang boleh dikaitkan dengan aliran atau budaya hedonisme pada masa kini, dapat lihat dalam pelbagai aspek.



3.6.1 Ketagihan Seks Bawah Umur Isu yang berkait rapat dengan budaya hedonisme antaranya adalah peningkatan masalah moral, akhlak dan sosial dalam kalangan remaja dan kanak-kanak. Perkara ini dapat dibuktikan dengan isu atau kes yang dilaporkan oleh akhbar Harian Metro, pada 8 Ogos 2019 yang berlaku di Batu Gajah, Perak. Isu ini adalah berkaitan kes di mana, kanak-kanak yang berusia 12 tahun iaitu tahun enam telah merogol kanak-kanak yang berusia empat tahun.20 Suspek yang merupakan anak kepada pengasuh dan melakukan perbuatan ini, adalah dengan asbab ketagihan video lucah yang ditontonnya. Perbuatan terkutuk ini berlaku di rumah pengasuh tersebut, dan mustahil pengasuh tersebut tidak mengetahui dan tidak mendengar sebarang keraguan yang berlaku. Di sini sudah menjelaskan berkaitan aspek pengabaian terhadap kanakkanak tersebut. Perkara ini berlaku adalah disebabkan ketagihan video lucah yang telah ditonton oleh suspek tersebut.



20



https://www.hmetro.com.my/utama/2019/07/471316/budak-12-tahun-merogol-anak-asuhan



17



Keratan akhbar 1



Pada era globalisasi ini, masalah keruntuhan akhlak, moral serta permasalahan seks bukan hanya berlaku dalam kalangan remaja malah ia telah turut menular secara efektif dalam golongan kanan-kanak di bawah umur. Perkara ini tidak hairan sekiranya berlaku peratusan yang sangat tinggi terhadap permasalahan sosial dalam pelbagai peringkat umur di Malaysia. Perkara dan masalah ini berlaku adalah disebabkan gajet yang digunakan tanpa terkawal dan tiada had atau sekatan daripada pihak yang bertanggungjawab terhadap laman sesawang atau website yang yang berbentuk lucah. Kebanjiran laman sesawang yang berbentuk lucah tidak dapat dibendung dengan sebaiknya kepada para pengguna. Akibat penggunaan gajet, yang berlebihan dan berleluasa tanpa ada sekatan dan pemerhatian daripada ibu bapa atau penjaga, maka mereka secara berleluasa mampu mengakses maklumat yang tidak berfaedah hanya di hujung jari. Pada zaman ini, perkara lucah bukan hanya dapat dilihat di buku, cakera padat atau majalah, tetapi hanya mampu di akses menerusi laman-laman atau website yang berdaftar. Apabila mereka menonton video, rakaman dan aksi yang dilakukan, perasaan mereka menjadi terangsang. Bagi kanak-kanak, pada permulaannya mereka mungkin tidak ketahui tetapi 18



mempunyai perasaan ingin memcuba kelakuan tersebut sebagaimana mereka berminat mencuba aksi aksi kartun yang berbentuk superhero. Sekiranya perkara ini tidak dibendung dengan baik, maka permasalahan seksual serta peningkatan kes jenayah yang berlaku di Malaysia akan semakin meningkat. Kesannya jelas di sini, mereka sudah hilang maruah diri dan agama dan menganggap ia adalah perkara yang normal seperti budaya barat yang bebas melakukan seksual dengan sesiapa sahaja. Ini adalah kesan daripada budaya hedonisme yang mampu merosakkan akidah serta akhlak umat Islam sehingga mereka merasakan perbuatan itu adalah bukan suatu kesalahan yang besar.



3.6.2 Ketagihan Rokok Elektronik (vape) Pada asasnya rokok adalah tembakau yang digulung di dalam kertas mahupun daun nipah. Boleh jadi tembakau itu dicampur dengan cengkih dan lain-lain.21 Namun, sejak beberapa puluh tahun yang lalu, rokok telah diubahsuai. Di mana kandungan bahan di dalam rokok itu tadi bukanlah hanya tembakau tetapi juga dimasukkan tar, nikotin, sianida, benzene, kadmium, amonia, metanol dan lain-lain yang hasilnya hanyalah berbentuk satu silinder. Rokok kini telah diubah suai dengan lebih canggih dan terkini sehingga menghasilkan antara versi baru iaitu rokok elektronik atau dikenali juga sebagai vape. Rokok elektronik atau vape ini adalah alat yang menggunakan kuasa elektronik untuk menyalurkan aerosol atau wap hasil dari pemanasan satu cecair untuk dihisap oleh pengguna. Dapat diperincikan kandungan di dalam vape ini ialah nikotin, propilin glikol, gliserin sayuran, bahan perasa dan pewarna. Vape pada masa kini dikatakan sebagai salah satu bentuk hiburan yang mampu memberi ketenangan jiwa serta ketenteraman pada individu. Walaupun jelas diberitahu bahawa rokok



21



Kamus atas talian, Kamus Pelajar Edisi Kedua



19



mampu memberi kesan yang negatif serta mampu memudaratka diri. Hukumnya telah pun di jelaskan oleh mufti wilayah persekutuan dan beberapa lagi mufti negeri. Malah menurut majalah MyHealth edisi ke2 keluaran April 2019, 50% rakyat Malaysia adalah perokok.22 Manakala menurut Menteri Kesihatan Malaysia Dr. Dzulkefly Ahmad 9.1% bersamaan dengan 300 000 pelajar sekolah terjebak dengan penggunaan rokok elektronik ini. Daripada jumlah tersebut 50 000 daripadanya telah melibatkan pelajar perempuan. Vape ini menjadi ketagihan dan amalan gaya hidup disebabkan mereka menganggap bahawa amalan ini mampu memgurangkan tekanan pada individu serta menganggap, amalan ini adalah seperti seorang yang telah dewasa dan matang. Malah vape ini didatangkan dengan asap yang dikeluarkan dalam pelbagai perisa dan ia telah dikomersialkan di seluruh negara termasuk negara Islam. Pada pandangan umat Islam yang kurang memahami dengan ilmu agama, ia menganggap ini adalah satu keluaran produk yang inovatif, kreatif dan menguntungkan. Hal ini kerana, mereka dengan jayanya menjual vape ini secara berleluasa serta melakukan amalan ini tanpa merasa risau mahupun berdosa disebabkan bau yang dikeluarkan oleh alat ini hanyalah bau dari buah buahan. Mereka tidak memikirkan tentang perkara yang memudaratkan kepada kesihatan orang sekeliling yang mampu membahayakan diri sehingga mampu membawa kepada kematian. Menurut Akhbar Metro, yang bertarikh tarikh 20 Julai 2019 telah dilaporkan bahawa kanak-kanak seawal usia 10 tahun ketagihan serta terjebak dengan rokok elektronik atau “vape” dan kes ini berlaku di Johor di salah sebuah sekolah rendah di sana.23 Rokok elektronik ini juga dijumpai dalam pelbagai bentuk yang sangat unik serta mampu mengelirukan semua pihak yang bertanggungjawab. Di antara bentuk yang dikeluarkan adalah berbentuk pen, jam tangan, pemetik api, pemacu pena dan bersaiz kotak mancis. Malah cecair nikotin yang



22 23



MyHealth. Speak Out. 2019 Akhbar atas talian-Metro



20



digunakan dalam rokok elektronik ini juga mampu dibeli dan didapati dengan harga serendah dua ringgit. Jelasnya di sini bahawa, penggunaan rokok elektronik ini mampu didapati dengan mudah. Kesimpulannya, jelaslah disini bahawa budaya hiburan dalam bentuk ini, mampu memberikan ketagihan yang melampau sehingga mempengaruhi manusia pada peringkat kanak-kanak. Amalan ini juga adalah amalan yang diterapkan dalam budaya hedonisme sehingga mampu menyebabkan pelbagai kesan negatif terutamanya dalam permasalahan akidah. Hal ini kerana, amalan ini akan memupuk individu supaya ingkar kepada hukum hakam agama dan larangan yang telah ditetapkan.



3.6.3 Isu Konsert Anugerah Juara Lagu ke 34 Anugerah Juara Lagu merupakan sebuah rancangan pertandingan yang diterbitkan oleh TV3 yang membariskan lagu-lagu terbaik berdasarkan undian penonton secara mingguan dan dipilih secara tahunan oleh juri professional sebagai lagu terbaik tahunan. Berkaitan dengan isu ini, kenyataan telah dikeluarkan pada akhbar Berita Harian Online pada 10 Februari 2020. 24 Konsert Anugerah Juara Lagu kali ke-34 ini telah diadakan di Kuala Lumpur. Isu tersebut adalah berkaitan dengan persembahan yang telah dipersembahkan oleh sebuah kumpulan yang dikenali sebagai “Drama Band”. Intpati persembahan tersebut adalah berunsur sindiran dan perlian terhadap isu yang pernah menjadi kontroversi kepada artis serta orang yang ternama dalam dunia hiburan. Persembahan tersebut menjadi sebuah isu kontroversi dan hangat pada ketika itu. Salah seorang wakil daripada kumpulan Drama Band telah memohon maaf serta menyatakan akan lebih berhati-hati dalam mempersembahkan lagu mereka. Jelas dinyatakan di sini, bahawa hiburan yang melampaui batas mampu memecah belahkan umat Islam serta



24



Akhbar atas talian- Berita Harian



21



memberi keburukan kepada semua. Persembahan itu juga mengaibkan individu yang pernah melakukan kesalahan, sedangkan dalam Islam tidak menganjurkan perbuatan tersebut. Kejadian ini juga menimbulkan prasangka serta sifat dendam pada seseorang individu. Pesembahan yang dilakukan itu juga adalah melampaui batas serta tidak mengikut garis panduan yang Islam telah tetapkan dalam berhibur. Hal ini kerana, konsert tersebut telah mempaparkan persembahan serta aksi yang melampaui batasan dalam Islam, seperti alunan muzik yang melalaikan, serta tarian yang dilakukan dengan sangat agresif. Juga berlebihan bagi wanita dengan mendedahkan anggota aurat, berpakaian ketat, jarang dan tidak sopan bagi wanita. Malah dalam kalangan mereka yang bertudung, tetapi tidak menepati syariat Islam yang sebenar. Unsur muzik yang dipersembahkan dalam konsert tersebut adalah mendorong kepada aura dan suasana yang negatif serta tidak menimbulkan ketenangan dalam diri. Dari sudut pergaulan, ia adalah secara bebas dan tiada batasan, secara terang terangan dilakukan dalam konsert yang dianjurkan tanpa ada sifat malu. Malah, kedudukan bagi penonton adalah secara bebas dan bercampur dalam kalangan lelaki dan wanita. Program-program yang berbentuk hiburan kebanyakannya tidak memenuhi piawaian atau garis panduan yang telah ditetapkan dalam Islam. Mereka telah mengenepikan unsur keagamaan dan garis panduan Islam, kerana sekiranya unsur ini dimasukkan maka, anjuran atau program realiti hiburan di televisyen tidak mendapat sokongan yang padu dari penonton yang menonton. Malah mereka juga memikirkan kualiti hiburan yang diadakan haruslah mencapai “standard” seperti negara Barat. Mereka hanya mementingkan keuntungan sematamata tanpa melihat kepada status negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Bukan Anugerah Juara Lagu sahaja, malah terdapat pelbagai rancangan hiburan yang berunsurkan elemen hedonisme antaranya ialah Idola kecil, Tom-Tom Bak, “I can see your voice”, Gegarvaganza, Ceria Allstars dan pelbagai rancangan hiburan yang lain yang telah dipopularkan. Pandangan masyarakat sekarang bahawa, dengan mengejar populariti mampu



22



menjadikan serta menjamin kehidupan yang lebih baik dan menguntungkan walaupun tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang baik.



3.6.4 Isu Peminat Muslim Berkabung Dengan Kematian Jong-Hyun (artis K-pop) Isu ini berlaku pada 18 Ogos 2017, iaitu berkaitan dengan kematian seorang ahli kumpulan (Shinee), mendiang Jong Hyun. Kematian tersebut berlaku kerana Jong-Hyun telah membunuh diri akibat mengalami tekanan hidup. Isu ini sangat sensitif dan menggemparkan para peminat K-pop atau nama panjangnya Korea pop di seluruh dunia. Artis ini menjadi kegilaan ramai juga dalam kalangan umat Islam. Di mana mereka terlalu taksub dengan artis ini. Justeru tindakan yang memalukan umat Islam ini, telah dilakukan oleh sebilangan besar peminat beliau yang beragama Islam untuk meraikan pemergian artis ini. Kira-kira seramai 100 peminat tegar dan fanatik ahli kumpulan ini, yang turut dihadiri oleh pelbagai bangsa lain. Mereka telah mengadakan upacara perkabungan dengan berhimpun secara beramai-ramai dan ada yang menangis teresak-esak di tepi Sungai Klang, iaitu berhampiran dengan Masjid Jamek, Kuala Lumpur untuk memperingati artis kesayangan mereka pada hari kematian beliau. Perbuatan yang dilakukan ini, sangat memalukan serta mencetuskan satu fenomena yang besar sehingga mampu menjatuhkan maruah semua umat Islam di dunia. Upacara yang mereka lakukan adalah dengan membawa belon, bunga, gambar serta lilin utuk meratapi kematian artis tersebut yang mana juga sebenarnya simbolik kepada upacara perkabungan mereka.



23



Keratan Akhbar 2



Perbuatan dan sikap yang dilakukan oleh sebilangan umat Islam, berkaitan isu ini sangat sensitif kerana berkait rapat dengan soal akidah seseorang. Dalam Agama Islam sudah jelas dan terang berkaitan pengharaman dan berdosa melakukan amalan perkabungan dan meratapi apatah lagi sekiranya amalan ini dilakukan kepada golongan bukan Islam. Dalam isu ini, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang merupakan Mufti Perak menyatakan bahawa budaya tersebut sudah jelas diamalkan oleh orang kafir dan tidak perlu diikuti oleh remaja Islam. Kesimpulannya, sikap yang terlampau taksub dengan hiburan mampu menjatuhkan akidah umat Islam secara jelas dan terang-terangan dan boleh jadi ia berlaku secara tidak langsung dalam perbuatan seharian yang kita lakukan



3.7 Faktor Penularan Hedonisme Di Malaysia Jika ingin membicarakan berkenaan dengan kesan budaya hedonisme di kalangan masyarakat dalam pembentukan nilai dan moral masa kini dalam kehidupan mereka. Kesannya agak mencirikan persamaan dengan budaya luar atau budaya yang popular itu unsurnya disifatkan 24



negetif yang cepat memperngaruhi sistem nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat. Secara tidak langsung dapat kita lihat dan ketahui bahawasanya pengaruh budaya barat ini lebih cenderung kepada keseronokkan telah mempengaruhi masyarakat khususnya pada remaja yang menyukai buat benda yang baru. Maka dengan itu perlulah kita lihat di mana faktor-faktor penularan budaya hedonisme ini yang berlaku pada masyarakat kita sekarang adalah seperti:



3.7.1 Globalisasi Globalisasi yang popular dengan gelaran dunia tanpa sempadan telah menyebabkan dunia ini semakin mengecil sehingga menyebabkan masyarakat dunia bergantung hidup padanya. Apa yang berlaku di rantau akan mempunyai kesan di sempadannya begitulah yang ditakrifkan dunia ini tanpa sempadan seperti perkampungan dunia ini diibaratkan terbuka. Faktor globalisasi ini ialah sistem teknologi maklumat dan telekomunikasi yang tinggi tahapnya dan lebh canggih. Globalisasi ini boleh meninggalkan kesan terhadap pemikiran dan gaya hidup seharian serta membolehkan permindahan nilai-nilai dan cara berfikir yang bertindak dari satu daerah kepada satu daerah yang lain. Barat ini ingin memindahkan nilai pada mereka kepada kita dalam bidang falsafah, pemikiran, ekonomi kapitalis dan kebudayaan hedonisme secara serentak. Menurut Martin Khor pengarah dalam Third World Network terdapat perlbagai pengertian globalisasi ini yang berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Kuasa globalisasi paling asas adalah dari segi ekonomi kerana ekonomi ini bagaimana ial boleh mempengaruhi budaya, politik dan sebagainya. Secara kasarnya globalisasi ini melihat seolah tiada yang membawa satu kesan pada keluarga dan kehidupan yang normal pada banyak hal. Bahayanya globalisasi ini kepada seseorang yang jahil mengenainya sehingga ia tidak sedar bahawasanya fenomena ini telah berlaku terhadap mereka yang telah mempengaruhi kita hari ini. Pada sesetengah individu yang sangat kagum berkenaan dengan sesuatu yang baharu dalam kehidupan ini, malah dalam hal ini tanpa kita sedar bahawanya ia telah mengubah nilai-nilai 25



dalam kehidupan kita. Contohnya dari segi kekeluargaan semakin longgar kerana telah banyak terputus akibat ini dan menyemai berdasarkan nilai yang baru. Namun nilai hidup yang baru ini sering bercanggah antara satu sama lain dengan yang lama dan tumpuannya diberi kepada pembangunan luar daripada perkembangan sahsiah setiap orang itu sendiri. Hal ini yang menyebabkan keadaan masyarakat khususnya remaja yang telah terjerumus kepada budaya negetif daripada barat yang dianggap itu adalah moden yang terkini. Seperti budaya pakaian, muzik, makanan, adat ketimuran semakin lemah kerana kesan globalisasi dari barat. Globalisasi ini juga mudah berlaku kes penjenayah yang sukar dikawal oleh undang-undang yang telah ditetapkan seperti jenayah siber yang beroperasi secara haram tanpa permit dari pihak yang berkuasa, penyebaran dadah dan menganiayakan kaum wanita dalam kegiatan yang tidak bermoral dan sebagainya.



3.7.2 Media Massa Media masa ini adalah salah satu alat perantaraan yang dapt menghubungkan antara satu sama lain untuk mendapatkan maklumat tanpa sempadan dan juga seseorang itu akan mendapat atau memperolrhi maklumat terkini sama ada ianya positif atau negetif. Media masa ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu media masa cetak seperti surat khabar, majalah dan media masa elektronik seperti radio, televisyen dan internet. Media masa ini adalah salah satu pengaruh pada tahap yang paling tinggi kepada masyarakat terutama media masa elektronik kerana faktor visual dan audio amat mudah menerima maklumat oleh masyarakat daripada media masa cetak seperti pembacaan. Menurut Meluhan, media masa ini merupakan setiap media berkomunikasi menghasilkan pengaruh sosial kepada pembaca atau pendengar yang sangat bebas menerima maklumat yang diterimanya. Media masa elektronik seperti radio dan televisyen adalah lebih mudah mempengaruhi masyarakat yang mendengar dan menonton berbanding dengan media cetak yang memerlukan pembacaan dan penelitian yang cekap. Menurut Mustaffa Kamil Ayub 26



media masa mampu melakukan perkara yang luar biasa boleh berkomunikasi dan bersemuka tanpa had dengan pelbagai bangsa dan agama. Kadar penontonnya ramai jika sesuai dengan kehendak nafsu dan tidak ada kawalan. Kemajuan media masa ini melibatkan akibat daripada kurang kawalan yang boleh membawa kepada kerendahan adab dan budi pekerti. Selain itu, akibat berlakunya penularan budaya hedonisme ini secara meluas dalam media masa atas menggunakan alasan ingin tahu mahupun up to date dan darah muda, apatah lagi seseorang yang kurang didikan agama yang mudah terlibat dengan kes-kes keruntuhan akhlak. Alam remaja yang merupakan perkembangan fasa kepada semua manusia yang mempunyai perasaan ingin mencuba dan ingin merasakan sesuatu membuak-buak. Contohnya, ingin meniru atau mencuba pelbagai aksi yang ditayangkan di televisyen dan yang diapaparkan di media cetak. Seperti aplikasi tiktok, youtube, gaming, cerita-cerita yang menunjukkan keseronokan serta menunjukkan kesenangan dan lain-lain. Pengaruh ini kepada sosial remaja sangat ketara melalui majalah, surat khabar, radio, televisyen, internet dan video lucah yang diamati oleh sebahagian remaja. Begitu juga media masa yang dipengaruhi media luar Negara sehingga terhakis buadaya dan akhlak kesopanan orang melayu. Pada awalnya media masa cetak dan elektronik ini format memberi focus pada segi pendidikan yang memberi ilmu dan pengajaran kepada masyarakat. Terbukti ini adalah objektif dan memberi kesan yang baik kepada seseorang yang dahagakan ilmu. Tetapi ada yang mementingkan dalam aspek perniagaan untuk menarik perhatian orang ramai, akibatnya terjadi pengaruh yang ramai lebih kepada keseronokkan yang mejadi utama berbanding aspek keagamaan dan wacana ilmu pengetahuan yang boleh menambahkan ilmu seperti tazkirah malam jumaat, tanah kubur, ceramah ustaz dan lain-lain. Unsur ini adalah unsur hedonistic atau nilai gaya kebendaan yang menarik perhatian seseorang. Oleh yang demikian, media masa ini membawa kepada budaya baru kepada masyarakat khususnya para remaja.



27



3.7.3 Pengaruh Rakan Sebaya Rakan adalah kawan yang paling dekat dan akrab dalam kehidupan kita yang sering berkongsi masalah, meminta nasihat malah menggangap rakan dalah segala-galanya yang boleh menyebabkan terpengaruh dengannya sama ada baik atau sebaliknya. Rakan sebaya adalah satu kumpulan yang ramai yang hidupnya lebih kepada bersuka-ria dengan keseronokkan, kesenangan, bertukar fikiran dan berbincang untuk membentuk samada positif atau negatif. Bagi mereka rakan sebaya ini sangat memerlukan kerana lebih memahami jiwa remajanya dan apabila menghadapi masalah mereka dapat meluahkan perasaannya antara satu sama lain. Penyebaran budaya hedonisme dalam kalangan rakan sebaya ini sangat ketara terutamanya golongan remaja yang mudah terjebak dengan gejala sosial yang lebih mementingkan keseronokkan yang berasaskan happy go lucky. Maka muncullah budaya melepak, mencuri merokok, mengunjungi pesta hiburan, seks bebas dan sebagainya. Gejala ini terjadi akibat golongan remaja ini inginkan kebebasan dan seronok dalam apa jua aktiviti yang boleh menghilangkan kesedihan dan rasa bosan. Mereka ini ingin keluar dari kehendak adat dan warisan yang sering dikatakan sudah lama dan tidak sesuai dengan peredaran zaman semasa. Malah sifat ini akan menjuruskan kepada masalah kekeluargaan serta disiplin sekolah yang memberi kesan semata mata ingin keseronokan hiburan semata-mata. Hal ini mereka akan dijadikan tempat bertemu rakan rakan untuk pergi ke pusat-pusat hiburan seperti video game, siber café dan kompleks membeli belah. Aktiviti adalah cukup sekadar melepak, membuang masa dan bermain game bersama rakan-rakannya. Budaya hiburan ini menjadikan cara untuk berseronok sekaligus menimbulkan masalah disiplin jika sebahagiannya sanggup memonteng sekolah harian untuk melepak di siber café untuk bermainan video.



28



3.8 Pandangan Islam Terhadap Hedonisme Pada sejarah zaman silam tidak lengkang dari nasihat para Nabi dan Rasul pada umatnya mereka berkenaan dengan kepentingan akhlak dalam kehidupan manusia (Mustafa Kamal Alias, 2001). Tambahan pula, pada zaman Nabi Muhammad s.a.w persoalan mengenai akhlak juga sering menjadi satu tema utama dalam ajarannya. Seperti padda saat kelahiran agama Islam di bumi Arab, pada ketika itu masyarakat jahiliah berada pada jurang kesesatan yang mengamalkan luar batasan normal manusia lakukan. Oleh itu, cerota hati budi arab jahiliah banyak disentuh dalam al-quran supaya perkara ini menjadi pengajaran kepada asas pembentukan akhlak dan adab-adab seseorang manusia. Malah, pada zaman moden ini dunia Islam menghadapi cabaran yang tinggi boleh menghancurkan nilai-nilai kerohanian yang terdapat dalam ajaran Islam itu sendiri. Tanpa banteng atau pegangan ajaran Islam yang kuat sebagai pendamping, nescaya umat Islam tidak mampu bertahan atau menghadapi serangan musuh dari pelbagai sudut. Terdapat pelbagai serangan dari musuh Islam dengan lahirnya ideologi-ideologi dan berselindung pada zaman modenisasi ini. Dalam membincangkan mengenai hedonisme ini, sudah pastilah ianya keseronokan dan kebahagian merupakan intipati yang penting dalam aliran ini. Manusia yang mendapat kebahagian sepenuhnya mereka yang mencapai tahap kegembiraan yang tertinggi dan cuba mengelakkan dari perkara yang mendatangakan kesukaran atau menyedihkan. Itu adalah salah satu objektif aliran ini yang matlamatnya dapat mencapai kebahagian tanpa menghiraukan orang sekeliling seperti masyarakat barat bebas melakukan homeseksual. Disamping itu, dalam Islam tidak melarang untuk mendapat kebahagian dalam kehidupan, kerana kini ia lebih cenderung kepada kesenangan dan keseronokkan yang manjadikan manusia ini semakin hari kian merasa alpa dan lalai dengan tipu daya masyarakat barat. Keseronokkan ini hanya bersifat sementara bukanlah hakikat kerana hedonisme ini lebih jauh terpesong dengan syariat Islam yang kaya dengan nilai-nilai kerohanian yang terpuji. Jelaslah bahawa aliran ini bertentangan dengan syariat islan yang bertuhankan nafsu sepenuhnya seperti jasad yang hidup tetapi mematikan 29



ruh. Tunjang akidah ini ialah Allah adalah segalanya tujuan dalam hidup pada setiap individu muslim. Namun, dibuktikan dengan sejarah faktor Kerajaan Abbasiah ketika dahulu adalah berpunca daripada sikap pemimpin dan rakyat yang utamakan kemewahan, kesenangan dan bentuk-bentuk hiburan. Malah mereka ini gagal dalam aspek membangunkan insan dan Negara akhirnya kelemahan ini dalam dikesan oleh musuh yang menyebabkan empayar yang gemilang ini dijatuhkan oleh pihak lawan. Contoh, perbuatan perbuatan hedonism ini dipengaruh oleh nafsu yang mendorong kepada perlakuan negatif. Islam ini adalah agama yang memiliki keunikan pada ajarannya yang bersifat fleksibel pada nilai realiti dan keperluan masyarakatnya. Akidah ini perlu berasaskan wahyu Allah sebagai kerangka dalam kehidupan peradaban manusia itu sendiri. Oleh yang demikian, garis panduan dan petunjuk yang ditetapkan oleh syariat Islam perlu dijadikan pedoman yang perlu dipatuhi oleh manusia. Syaitan dan iblis adalah sentiasa menjadi jalan untuk menyesatkan manusia seperti digambarkan dalam al-quran dalam Firman Allah s.w.t:



ِ ‫وما حٱۡلي ٰوةُ ٱلد حُّن يآ إِاَّل لَعِب وَ حَلو ولَلداار حٱۡلٓ ِخرةُ خ حي لِلا‬ ‫ين يَتا ُقو َن أَفَ َل تَ حع ِقلُو َن‬ ‫ذ‬ َ َ َ ََ َ َ ُ َ َ َ Maksudnya: Dan tidak dinamakan dunia melainkan permainan yang sia-sia dalam hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik orang yang bertakwa, Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir. (Surah al-An’am: 32)



30



Dalam surah lain pula Allah memberi peringatan kepada manusia mengenai kecenderungan manusia ini kepada perbuatan-perbuatan yang tidak merugikan dalam kehidupan seperti mana Firman Allah s.w.t:



‫ح‬ ِ ‫َك ال َ حۡ ُُُِّو َن حٱلع‬ ‫ َوتَ َذ ُرو َن ٱۡلٓ ِخَرَة‬. َ َ َ‫اِل‬ َ َ Maksudnya: Sedarlah wahai orang yang lalai. (sebenarnya kamu tidak ingatkah kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) akhirat (yang kekal abadi kehidupannya). (Surah al-Qiyamah: 20-21)



Oleh yang demikian, aliran hedonisme ini tidak mempercayai adanya hari pembalasan pada kemudian hari, kerana aliran ini menggangap sudah menikmati keseronokan tidak perlu lagi menunggu kehidupan seterunya yang belum jelas dan tidak diketahui. Bagi mereka Islam telah memberi peluang hidup di dunia ini dengan kemampanan meterinya, tetapi perlulah ingat bahawa dunia ini bukanlah tujuan akhir, Dunia ini adalah ladang atau tempat membuat amal kebajikan untuk menentukan masa hadapan manusia di akhirat yang kelak syurga atau neraka adlah pilihannya. Seperti dalam Firman Allah s.w.t:



‫ِ ِ ح‬ ‫ح‬ ‫ح‬ ‫ا‬ ‫ور‬ ‫ر‬ ‫غ‬ ‫ٱل‬ ‫ٱَّلل‬ َ ‫م‬ ‫ك‬ ‫ن‬ ‫ر‬ ‫غ‬ ‫ي‬ ‫َّل‬ ‫و‬ ‫ا‬ ‫ي‬ ‫ُّن‬ ‫ٱلد‬ ‫ة‬ ‫و‬ ‫ي‬ ‫ٱۡل‬ ُ ‫ا‬ َ ُ ٰ ‫ا‬ َُ َ َ ََ ‫فَ َل تَغُارنا ُك ُم‬ ُ َُ



31



Maksudnya: Maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdaya kamu (Surah Luqman: 33)



Ternyata hedonisme ini tidak menghalalkan semua cara untuk mencapai kenikmatan yang tidak mengakibatkan penderitaan atau kesulitan kepada seseorang itu selagi tidak melanggar syariat, Namun, di dalam al-qauran banyak perbahasan tentang kebahagian atau kesronokkan dalam hidup manusia baik didunia mahupun di akhirat kelak seperti. Penjelasannya seperti berikut: a) Kebahagian akhirat lebih utama iaitu di dunia ini bukanlah kebahagian yang paling puncak atau tertinggi dalam kehidupan daripada hasil yang diperoleh. Oleh itu, Allah sudah jelaskan di dalam al-quran berkenaan dengan kebahagian di akhirat adalah berlipat ganda kebahagian itu daripada dunia ini.



ِ ‫ال فَع حلت هآ إِذا وأ اَن ِمن ٱل ا‬ ‫ي‬ َ ‫ضآل‬ َ َ َ َ ُ َ َ َ‫ق‬ Maksudnya: Barangsiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan kami tambah untung dan barang siapa yang menghindarkan untung di dunia kami menerima untung dari untung dunia dan tidak ada yang membuntuhkan bahagianpun di akhirat. (Surah as-Syura: 20)



32



b) Segala bentuk kebahagian adalah si syurga sering kali diperhalusi atau dinikmati kenikmatan syurga itu oleh manusia. Bukan kita mengharapkan sepenuhnya dengan syurga, kerana Allah yang berhak meletakkan kita di syurga atau sebaliknya. Namun kita perlu tahu kebahagian dunia ini jauh beza dengan syurga. Oleh kerana itu, kebahagian syurga ini tidak sebanding dengan dunia sepenuhnya dengan keseronokkan yang dibaratkan. Bentuk kebahgaian di syurga telah dijelaskan dalam al-quran seperti makanan, minuman, tempat tingal seperti istana, perhiasan pakaian, dan sebagainya.



‫ح‬ ‫ح‬ ‫ح‬ ٓ‫ُكلا َما ُرِزقُواْ ِمن َها ِمن ََثََرة ِرزقا قَالُواْ َٰه َذا ٱلا ِذي ُرِزق نَا ِمن قَ حُّ ُۡ َوأُتُواْ َِِهۦ ُمتَ َٰشُِّها َوََلُ حم فِ َيها‬ ‫ح‬ ‫أَزَٰوج ُّمطَ اهَرة َوُه حم فِ َيها َٰخلِ ُدو َن‬ Maksudnya: “Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam syurga mereka mengatakan inilah yang pernah diberikan kami dahulu. Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka didalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal didalamnya. (Surah al-Baqarah: 25)



Tambahan pula, Islam sangat menitikberatkan berkaitan pemikiran yang cuba menggangu umat islam dengan ideologi-ideoliginya yang tidak terkawal mampu merosakkan aqidah umat islam secara tidak langsung. Aqidah Islam ini berfungsi dan menjadi tonggak kepada seluruh kehidupan manusia khususnya menegakkan persatuan ummah itu sendiri. Lazimnya, perbincangan mengenai aqidah turut berkait dengan konsep keimanan individu tersendiri punyai tiga elemen penting yang berpegang kuat berasaskan keyakinan, ketundukkan 33



yang ikhlas dalam hati manusia dan rangsangan dalaman ini menterjemahkan seluruh kenyataan dalam aktiviti harian dengan nilai keimanan. Tegasnya budaya hedonisme ini bertentangan dengan aqidah umat Islam kerana budaya ini sangat mementingkan kebebasan fikiran sedangkan islam meletakkan al-quran dan sunnah sebagai paksi pemikiran sejagat. Hedonisme ini tidak selari sebab kebanyakan perkara hak itu ialah keseronokkan dan perkara batil tidak semestinya nampak kotor.



‫خفت اجلن َ ابملكاره وخفت النار ابلشهوات‬ “Syurga itu diliputi perkara-perkara yang dibenci (oleh jiwa) dan neraka



itu



diliputi



perkara-perkara



yang



disukai



syahwat”



(Hadith Riwayat Muslim)



Sudah jelas neraka hak dan batil itu mestilah diukur dengan al-quran dan sunnah yang bertepatan dengan sifat sebagai pemisah antara hak dan batil itu sendiri di dalam al-quran iaitu:



ِ‫ش حهر رمضا َن ٱلا ِذي أُن ِزَل فِ ِيه حٱل ُق حرءا ُن هدى ل‬ ِ َ‫ااس وَ يِٰنَت ِمن حٱَل َد ٰى و حٱل ُف حرق‬ ِ ‫ان‬ ‫ن‬ ‫ل‬ َ ََ ُ َ ٓ ُ َ ََ َ ُ َ Maksudnya: Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan al-quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasanpenjelasan mengenai petunjuk itu dan pembedaan antara benar dan yang batil (Surah al-Baqarah: 185) 34



Perkara yang paling menyeronokkan kaum muda kini yang menjadikan santapan jiwa sudah pasti iaitu hiburan yang berbabitkan muzik. Islam melarang konsep hiburan yang bukan untuk mengenal Allah, malah Islam bukan melarang dalam berhibur tetapi tidak melampui batas sehingga melupakan Allah itu adalah dilarang sama sekali. Hal ini membimbangkan kerana pada hari ini muncul untuk mempopularkan penyanyi bukan untuk menyampai mesej islam yang dilarang dalam wahyu Allah yang dijelaskan lebih lanjut dalam al-Quran:



‫ِ ِ ح ِح‬ ‫ح ح‬ ‫ح‬ َٓ‫اخ َذها هزوا أُوٰل‬ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ‫َوِم َن ٱلن‬ ِ ‫ك‬ ‫ئ‬ ‫ت‬ ‫ي‬ ‫و‬ ‫م‬ ‫ل‬ ‫ع‬ ‫ي‬ ‫غ‬ َ ‫ٱَّلل‬ ۡ‫ي‬ ُّ ‫س‬ ‫ن‬ ‫ع‬ ۡ ‫ض‬ ‫ي‬ ‫ل‬ ‫يث‬ ‫د‬ ‫ٱۡل‬ ‫ا‬ َ َ ْ ًُ ُ َ َ َ َ ‫ااس َمن يَش ََِتي ََل َو‬ َ َ‫ُ ا‬ ‫ََلُ حم َع َذاب ُّم ِهي‬ Maksudnya: Dan ada diantara manusia orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan yang berakibat menyesatkan dirinya dan orang ramai dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan da nada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan , merekalah orang-orang yan akan beroleh azab yang menghinakan. (Surah Luqman: 6)



Hedonisme ini jika berlarutan dalam keseronokkan duniawi akan membawa kepada kekufuran yang menolak ayat-ayat al-quran yang tidak selari dengan keseronokkan mereka ini.



35



Sikap sombong yang tidak ingin menerima wahyu Allah ini seperti sikap yang diwarisi oleh iblis.



‫ح‬ ‫وإِذا ت حت لى عل حي ِه ءايٰت نا واَّل م حست حكِبا كأَن حاّل ي حسم ح‬ ِ ‫ا‬ َ ‫ف أُذُنَ حي ِه َوقرا فََُّ ِش حرهُ َِ َع َذاب‬ ‫ن‬ ‫أ‬ ‫ك‬ ‫ا‬ ‫ه‬ ‫ع‬ َ َ َ ُ ٰ َ ََُ َ ََ ٰ َ ُ َ َ ٓ َ َ َ ‫أَلِيم‬ Maksudnya: Dan apabila dibacakan kepada ayat-ayat kami, berpaling dia dengan angkuhnya, seolah-olah ada penyumbat pada kedua telinganya, maka gembiralah dia dengan balasan azab yang tidak terperi sakitnya. (Surah Luqman: 7)



Maka diwajibkan semua kaum muslimin berdampinglah dengan al-quran dan sunnah kerana akan hidup sejahtera. Jika kita meneliti keadaan kaum muda yang sudah terpengaruh dengan hedonism ini mereka sudah jauh dengan aktiviti keislaman seperti usrah, kuliah agama kerana ini tidak bertepatan dengan keseronokkan nafsu mereka. Maka untuk mengelakkan diri dari terpengaruh dengan hedonism ini, hendaklah berpegang dengan al-quran dan sunnah supaya tidak terpesong dengan ajaran islam yang sebenar.



‫قد تركت فيكم ما ان اعتصمتم َه فلن تضلوا اَداو كتاب هللا وسن َ نُّيه‬



36



“Sesungguhnya aku telah meninggalkan untuk kamu sekalian apaapa yang jika kame sekalian berpegang teguh kepadanya, nescaya kalian tidak akan sesat selama-lamanya iaitu kitab Allah dan Sunnahnya” (Riwayat Hakim)



Seorang ulama’ yang terkemuka di timur tengah iaitu Ali Syariati berpendapat bahawa para remaja zaman kini mempunyai tantangan yang amat besar dalam budaya hedonisme (kesenangan adalah penting dalam hidup). Budaya ini dijadikan sebagai gaya hidup seharian dalam remaja kini yang sangat bertentangan dengan ajaranh islam tidak kira kaya atau miskin, sarjana atau kaum proletar, luar bandar atau Bandar, dan sebagainya yang sepakat membawa budaya hedonism seperti kehidupan orang barat. Sepertimana dalam firman Allah s.w.t:



ِ‫ا‬ ِ‫ح‬ ِِ ‫ح‬ ‫ي‬ َ ‫ين ظَلَ ُمواْ َمآ أُت ِرفُواْ فيه َوَكانُواْ ُُم ِرم‬ َ ‫َوٱتاَُّ َع ٱلذ‬ Maksudnya: …. Dan orang orang yang zalim hanya mementingkan kenikmatan yang mewah yang ada pada mereka, dan mereka adalah orang-orang yang berdosa (Surah Hud: 116)



Bahkan, pada tahap merisaukan budaya hedonisme ini menjadikan satu tabiat atau ideologi pada kaum muda yang boleh bersifat seperti hedonis, iaitu manusia yang bernafsu 37



lebih mementingkan kepentingan dunia dan kesenangan biologis. Kaum muda saat ini sangat terpengaruh dengan gaya hidup liberal dan hedonis. Ini dapat menjauhkan mereka dari gaya hidup syariat iaitu dari hukum Allah yang sebenar. Sesungguhnya hedonism ini jauh menyimpang dari ajaran Islam dengan sifat dan nilai-nilai murni. Keseronokkan ini hanya sementara dan bukan ketenangan yang bersifat hakiki. Menurut K.H Tarmizi Taher pada tahun 2003 ialah apa yang jelas budaya ini bertentangan dengan aqidah islam kerana aliran ini bertuhankan nafsu semata-mata. Tunjang keimanan adalah aqidah tauhidnya. Allah adalah tunjang dalam segala tujuan kehidupan setiap individu muslim.Ternyata tujuan aliran ini adalah salah satu kenikmatan untuk menghindari dari kepedihan hidupnya. Namun, dalam islam juga memberi kebebasan dalam menikmati selamanya malah tidak melanggar syariat. Dalam alquran perbahsan tentang kebahagian baik di dunia yang bersifat sementara selebihnya di akhirat nanti.



‫ح‬ ‫ح‬ ِ‫وما َٰه ِذ ِه حٱۡلي ٰوةُ ٱلد حُّن يآ إِاَّل َ حَلو ولَعِب وإ‬ ‫ا‬ ‫اار ٱۡلٓ ِخَرَة ََلِ َي ٱۡلَيَ َوا ُن لَ حو َكانُواْ يَ حعلَ ُمو َن‬ ‫د‬ ‫ٱل‬ ‫ن‬ َ ََ ََ َ َ َ Maksudnya: Dan ingatlah bahawa kehidupan dunia ini meliputi segala kesenangan dan kemewahan, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya. Kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat. (Surah al-Ankabut: 64)



38



3.9 Kesimpulan Kesimpulannya, manusia sememangnya cenderung untuk melakukan apa yang difikirkan baik dan seronok bagi mereka. Namun, kebaikan dan keseronokan yang difikirkan oleh manusia itu adalah berlandaskan akal yang terhad dan dipengaruhi oleh nafsu dan perasaan. Sifat akal yang terbatas dan terhad tidak membantu sepenuhnya dalam membuat sebuah tindakan dan keputusan yang terbaik. Disebabkan setiap manusia mempunyai fitrah untuk bahagia dan tidak pula ingin merasakan sesuatu yang menyedih atau menyakitkan. Sedangkan, hakikat kehidupan tidaklah semuanya akan menyeronokan. Kesakitan dan kesedihan lebih mengajar dan mendidik manusia untuk bersyukur, redha, tidak mengaku kalah dan berusaha untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik. Malah, dalam salah satu prinsip asas hedonisme iaitu memaksimumkan keseronokan dan meminimumkan kesakitan menunjukkan kepada sebuah kehidupan yang tidak seimbang. Slogan atau kata kata You only live once atau singkatannya YOLO yang selalu digunapakai oleh golongan muda yang jelas berbaur hedonisme secara terang-terangan menunjukkan bahawa kehidupan ini harus dinikmati dengan bahagia semaksimumnya sebelum ajal menjemput. Malah, hiburan, keseronokan dan kesenangan hidup pada zaman ini amat mudah untuk di miliki di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa yang dikehendaki.



39



BAB 4 BAHAGIAN PENUTUP (RUMUSAN DAN SARANAN)



4.1 PENDAHULUAN Hedonisme ini menyebarkan fahaman keseronokan. Dimana, keseronokan yang dicari oleh manusia dan ianya bersifat duniawi semata-mata. Pada mulanya fahaman ini menjadi kajian ahli falsafah yang terkenal dan terus berkembang dari zaman Yunani sehinggalah zaman Eropah dan terus menular sehingga kini. Penyebaran fahaman ini sangat merbahaya terutamanya bagi golongan muda. Pelbagai pendapat yang mengatakan bahawa hedonisme mementingkan kepada keseronokan dan hawa nafsu sahaja. Namun begitu, fahaman ini bukan sahaja ditolak oleh agama Islam, malah, ianya juga ditolak oleh agama-agama yang lain. Kehidupan yang bersifat materialistik atau kebendaan ini telah mempengaruhi manusia untuk melakukan pelbagai kerosakan. Hal ini adalah bertujuan untuk mencapai matlamat iaitu keseronokan dan kenikmatan di dunia. Pelbagai perkara yang dibincangkan di dalam kajian ini. Oleh itu, dalam bab ini, akan dirumuskan kajian dengan lebih ringkas, cadangan bagi mengatasi penularan fahaman hedonisme kepada masyarakat dan kesimpulannya. Penjelasan ini adalah berpandukan kepada dapatan kajian yang diperolehi.



4.2 RUMUSAN KAJIAN Kajian ini dijalankan bagi memahami dengan lebih mendalam tentang maksud dan konsep yang sebenarnya bagi budaya hedonisme ini. Selain itu, kajian ini juga untuk mengenalpasti tentang bentuk-bentuk budaya hedonisme yang berlaku di Malaysia dan juga mengkaji pandangan al-Quran mengenai budaya hedonisme ini. Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan, dapat dirumuskan bahawa:



40



i.



Maksud sebenar bagi hedonisme ini ialah keseronokan dan kesenangan. Pengikut hedonisme Yunani telah membahagikan maksud sebenar kepada 2 iaitu hedonisme merupakan satu tindakan untuk memperoleh keseronokan dan kebahagiaan. Keduanya, dikatakan bahawa ianya adalah satu doktrin falsafah yang menjelaskan tentang nilai keseronokan yang baik.



ii.



Bentuk-bentuk hedonisme yang melampau ini bukan sahaja tertumpu kepada golongan muda malah, ianya juga telah mempengaruhi seluruh masyarakat di Malaysia ini. Antaranya ialah ketagihan kepada rokok elektronik (vape), kelakuan seksual di kalangan bawah umur, konsert-konsert yang telah disiarkan di televisyen seperti Anugerah Juara Lagu, peminat K-Pop yang beragama Islam berkabung dengan kematian Jong Hyun dan sebagainya.



iii.



Pandangan al-Quran tentang hedonisme ini dimana Islam tidak melarang untuk mencari kebahagiaan dalam kehidupan. Namun, keseronokan kini cenderung kepada kelalaian sehingga alpa dengan tipu daya dunia barat. Islam adalah agama yang unik. Dimana, ia mengajar manusia untuk bersifat fleksibel pada keperluan masyarakat. Akidah manusia perlulah berdasarkan kepada wahyu Allah dalam peradaban manusia. Di dalam alQuran ada menggambarkan bahawa syaitan akan menyesatkan manusia dan ada juga peringatan kepada manusia untuk tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang merugikan diri. Dunia ini hanya tempat persinggahan untuk manusia melakukan amal dan kebajikan untuk masa depan manusia. Di dalam al-Quran banyak membahaskan tentang kebahagiaan atau keseronokan manusia didunia dan akhirat. Iaitu kebahagiaan akhirat lebih utama kerana kebahagiaan didunia bukanlah kebahagiaan yang tertinggi. Seterusnya, segala bentuk kebahagiaan di syurga dinikmati oleh manusia. Perlu diketahui juga bahawa kebahagiaan syurga yang dijelaskan dalam Al-Quran dan tidak sebanding dengan kebahagiaan dunia.



41



4.3 Saranan 4.3.1 Dakwah bersepadu Sebagaimana yang diketahui, persatuan-persatuan Islam di Malaysia pada hari ini wujud dengan banyak. Secara terperinci dapat di senaraikan terdapat lebih daripada 10 persatuan atau NGO berdaftar yang menjalankan kegiatan aktiviti-aktiviti yang berlandaskan syariat Islam bersama visi dan misi dakwah yang tersendiri. Justeru, sekiranya persatuan-persatuan ini dapat berganding bahu dan bersatu dalam menjalankan aktiviti, maka penyatuan ummah dan kesepaduan dapat di bentuk. Misalnya, persatuan seperti Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM), Gerakan Mahasiswa Islam (GAMIS), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan lain-lain boleh menjalankan aktiviti bulanan secara gabungan persatuan. Hal ini di sarankan kerana, apabila persatuan-persatuan ini bergabung, maka akan menarik penyertaan yang ramai sekaligus mengeratkan ukhwah dan menjadikan aktiviti lebih menarik. Malah menarik minat orang ramai yang tidak menyertai persatuan-persatuan ini secara langusng. Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah aktiviti yang melibatkan minat para remaja sekarang ini iaitu konvoi motosikal, konvoi kereta, nasyid menggunakan aplikasi tertentu, memanjat bukit atau gunung, perkelahan, pertandingan e-sport dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan ini boleh dilakukan secara pisah antara lelaki dan perempuan dengan objektif mememnuhi masa lapang remaja dan belia daripada melaksanakan aktiviti yang tidak berfaedah yang berbaur hedonisme ini.



4.3.2 Penapisan drama dan filem tempatan Penapisan drama dan filem perlu dilaksanakan dalam usaha mencegah penularan budaya hedonisme ini. Seperti mana yang terjadi pada drama Isteri Untuk Di Sewa yang telah ditayangakan di TV3 setiap jam 7.00 pm sehingga 8.00 pm pada hari Isnin sehingga Khamis 42



yang telah ditegur oleh Mufti Wilayah Persekutuan Dato’ Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad alBakri pada awal November 2018. Usaha penapisan drama dan filem perlu dilaksanakan secara berperingkat dan berfrasa. Walaupun Akta Penapisan Filem 2002 telah menggariskan panduan yang perlu dipatuhi namun panduan ini tidak merangkumi garis panduan yang di aplikasikan Islam. Justeru, mungkin pada frasa pertama pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh memohon untuk meletakkan beberapa syarat ringan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) bagi setiap drama dan filem melayu yang ditayangkan memandangkan 60% rakyat Malaysia adalah beragama Islam. Sekiranya langkah ini boleh di ambil, maka frasa pertama dicadangkan untuk meletakkan beberapa syarat ringan yang tidak terlalu membebankan FINAS seperti semua pelakon Islam perlu memakai pakaian yang menutup aurat. Bagi lelaki pakaian yang menutup aurat mereka dari pusat hingga ke lutut dan bagi wanita berpakaian penuh serta bertudung yang hanya menampakkan muka dan kedua pergelangan tangan sahaja.



4.3.3 Penerapan sirah nabawi dalam animasi bersiri Animasi bersiri di Malaysia yang dihasilkan oleh anak tempatan yang beragama Islam kini semakin membanggakan. Dapat dilihat animasi atau kartun bersiri seperti Upin dan Ipin, Boboiboy, Ajen Ali, Omar dan Hana, Pada Zaman Dahulu dan lain-lain di kaca televisyen sejak lebih kurang 10 tahun yang lalu. Namun, animasi-animasi ini belum ada lagi yang menggunakan pendekatan kisah sirah para nabi. Justeru, pendekatan ini boleh di ambil agar animasi-animasi barat tidak berjaya meresap dan mendidik nilai hedonisme dalam diri anakanak kecil. Sebagaimana yang kita tahu bahawa anak-anak kecil adalah pemacu generasi yang akan datang. Justeru itulah seharusnya langkah ini perlu di ambil seperti mana peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebenarnya banyak kisah teladan kehidupan nabi yang boleh di animasikan sebagai panduan hidup bersama. Sebagaimana yang diketahui bahawa 43



kartun dan animasi serta apa sahaja yang dilihat oleh kanak-kanak akan diserap dan di aplikasikan oleh mereka. Malah, kanak-kanak juga di umpamakan seperti kain ptih yang bersih, maka bukan menjadi tanggungjawab ibu bapa dan para guru sahaja malah masyarakat turut menyumbang dalam pembentukan minda generasi ini. Justeru, pendekatan sebegini wajar dilaksanakan bagi membanteras penularan ideologi hedonisme.



4.3.4 Aplikasi permainan video yang mematuhi syariat Permainan video yang dimuat turun daripada sumber-sumber tertentu pada zaman ini dilihat telah menjadi kegilaan para remaja dan belia khususnya. Aplikasi permainan seperi Mobile Lagend dan Pubg dilihat sangat popular dalam kalangan anak muda kala ini. Justeru adalah sangat bagus sekiranya ada syarikat Islam yang mampu mewujudkan aplikasi permainan video bagi telefon pintar terutamanya menghasilkan sebuah permainan video yang sesuai dimainkan oleh umat Islam. Mungkin permainan video yang dihasilkan ini boleh meletakkan sasaran permain dalam kalangan kanak-kanak 6 tahun dan ke atas seperti permainan menyiapkan puzzle dengan berdasarkan soalan yang mudah yang ada di dalam al-Quran. Misalnya serangga apakah yang ada disebutkan di dalam al-Quran. Maka jawapan yang hendak diberikan perlu dijawab menerusi cantuman puzzle perkataan yang tersedia. Selain itu boleh juga membuat sebuah permainan yang berasaskan pakaian menutup aurat. Di mana pemain perlu memilih dan memadankan pakaian yang sesuai yang telah tersedia mengikut tema yang diberikan. Misalnya tema bersukan dan pakaian-pakaian yang disediakan di dalam permainan video tersebut semuanya hanyalah pakaian yang menutup aurat mengikut jantina.



44



4.4 PENUTUP Kesimpulannya, semua pihak dapat bekerjasama bagi mengatasi daripada budaya ini terus menular kepada masyarakat dan merosakkan akidah umat Islam. Ajaran agama Islam sebenarnya yang perlu untuk menjadi landasan bagi melakukan perubahan dan ianya dapatkan diamalkan atau dipraktikalkan sesuai pada zaman kini. Justeru, budaya hedonisme ini bertentangan dengan aqidah umat Islam kerana sangat mementingkan kebebasan dalam berfikir sedangkan Islam meletakkan al-Quran dan Sunnah sebagai panduan. Hedonisme ini jika berlarutan dalam keseronokan duniawi akan membawa kepada kekufuran yang menolak ayatayat al-Quran yang tidak selari.



45



RUJUKAN Abdullah Rahman Hj Abdullah. 2005. Wacana Falsafah Ilmu: Analisis Konsep-konsep Asas Falsafah Pendidikan Negara. Cheras: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd



Abdul Ghafar Hj Don, Syabuddin Gade, Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. 2011. Dakwah Bersepadu: Model Dakwah Alternatid Menghadapi Budaya Hedonisme



Bong Yu Hui, Ethel Wong Ying Yung, Joel Lim Yi Xuan, Lu Siao Jiun, Pang Yi Xun. 2018. Pengaruh Hedonisme Terhadap Ketamadunan di Malaysia Melalui Teknologi. Xiamen Universiti Malaysia



Halipah Hamzah. 2010. Budaya Hedonisme dan Cabarannya Terhadap Pembangunan Tamadun Ummah. Pulau Pinang: Universiti Teknologi Mara



Halipah Hamzah, Muhammad Azizan Sabjan, Noor Shakirah Mat Akhir. 2016. Konsep Budaya Hedonisme dan Latar Belakangnya dari Perspektif Ahli Falsafah Yunani dan Barat Moden. Pulau Pinang: Universiti Teknologi Mara



Hamzah bin Omar, Muhammad Faiz Mukmin bin Abdul Mutalib, Mohd Hasbie al-Shiddieque bin Ahmad, Mohd Azmal Huzaimie bin Kamarul Zaman. 2019. Pengamalan Budaya Berhibur Dalam Kalangan Mahasiswa Kolej Universiti Islam Selangor. Bangi: Kolej Universiti Islam Selangor



Hj Huzili Hussin, Suhaimi Abdullah. Menangani Penetrasi Budaya Hedonisme di Kalangan Mahsiswa: Satu Penyelesaian Menurut Perspektif Islam dan Kaunseling. Perlis: Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia



Iskandar. 2017. Dakwah dan Individualisme, Materialisme dan Hedonisme



Kamal Azmi Abd Rahman, Indriatry Ismail, Mohd Nasir Omar. 2015. Kecelaruan Nilai dalam Falsafah Etika. Bangi: Kolej Universiti Islam Selangor



Maryam Ismail. 2019. Hedonisme dan Pola Hidup Islam. Makassar: Universitas Muslim Indonesia 46



Mohd Ali bin Iksan. 2010. Pengaruh Budaya Hedonisme di Kalangan Pelajar-pelajar Islam: Kajian di SMK Tengku Idris Shah Kapar Klang. Universiti Malaya



Prof Madya Dr Mohd Aderi Che Nor, Engku Zarihan Engku Abdul Rahman. 2017. Ancaman Hedonisme Terhadap Remaja Islam Di Malaysia. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia



J.A Simpson and E.S.C Weiner, The Oxford English Dictionary, Clarendon Press, Oxford, 1989, hlmn 98



Jonathan Ree & J.O Urmson, The Concise Enyslopedia of Western Philosophy



Kamus Am, Crescent News (KL) Sdn, Bhd, Kuala Lumpur, 2001, hlmn 140



Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, Utusan Publications & Distributors Sdn, Bhd, Kuala Lumpur, 2002, hlmn 305



Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2010, hlmn 212



Kamus Bahasa Melayu, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 1994 hlmn 62



Routledge, London dan New York, 2005, hlmn 590



Berita Harian.2020.https://www.bharian.com.my/node/654394/amp



https://berita.pas.org.my/pas-klang-tabiat-hedonisme-menurut-al-quran/



https://people.utm.my/wanibrisam/2012/03/23/kehidupan-dunia-dari-perspektif-al-quran/



https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/10/14/lebih-50000-pelajarperempuan-terjebak-dengan-vape-kata-dzulkefly/



https://www-hmetro-commy.cdn.ampproject.org/v/s/www.hmetro.com.my/node/167198/amp?amp_js_v=a3&_gsa =1&usqp=mq331AQFKAGwASA%3D#aoh=15866044632080&referrer=https%3A%2F%2 47



Fwww.google.com&_tf=From%20%251%24s&share=https%3A%2F%2Fwww.hme tro.com.my%2Fnode%2F167198



https://www-hmetro-commy.cdn.ampproject.org/v/s/www.hmetro.com.my/node/432915/amp?amp_js_v=a3&_gsa =1&usqp=mq331AQFKAGwASA%3D#aoh=15866049163503&referrer=https%3A%2F%2 Fwww.google.com&_tf=From%20%251%24s&share=https%3A%2F%2Fwww.hme tro.com.my%2Fmutakhir%2F2019%2F03%2F432915%2Fpelajar-cuba-bunuh-diri-dek-cintametrotv



http://www.moha.gov.my/index.php/ms/soalan-lazim/132-soalan-lazim/328-kawalanpenapisan-filem-dan-penguatkuasaan



https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3041-al-kafi-1059-sifat-kehidupandunia-tafsir-surah-al-hadid-ayat-20



https://muftiwp.gov.my/sumber/berita/pejabat-mufti-wilayah-persekutuan/2741-qalam-mufti17-tentang-drama-isteri-untuk-disewa



MalaysiaKini.2019.https://www.hmetro.com.my/node/514349/amp.



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.2015.ismaweb.net/2015/04/garis-panduanhiburan-dalam-islam-edisi-kedua/.



MyMetro.2019.https://m.malaysiakini.com/news/48209



MyMetro.2019.https://www.hmetro.com.my/node/514349/amp.



MySuara.2017.https://www.mysuara.net/berita/kematian-jong-hyun-umat-islam-haram-ikutaksi-berkabung-dengan-lilin-mufti-perak/



48