Surat Pembatalan Lawatan [PDF]

  • Author / Uploaded
  • amyza
  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Amy Rosmiza binti Rosli Pengarah Bersama Tunas Usahawan dan Perintis Kerjaya 2006 (TUK’06) Kolej Empat Belas Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan Y. Bhg. Prof. Madya Dr. Azali bin Mohamed Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan



28 SEPTEMBER 2006.



Y. Bhg. Dr., Pembatalan Lawatan Bagi Program Tunas Usahawan Dan Perintis Kerjaya 2006 (Tuk’06) Kolej Empat Belas Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2.



Adalah dimaklumkan bahawa Sekretariat Keusahawanan Korporat (SKOR) dan



Sekretariat Kerjaya dan Alumni (SKA) Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Empat Belas dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Empat Belas telah menganjurkan Tunas Usahawan dan Perintis Kerjaya 2006 (TUK’06). 3.



Program ini adalah berbentuk seminar dan lawatan. Seminar telah berlangsung



dengan jayanya pada 16 September 2006, tetapi lawatan yang dijadualkan berlangsung pada tarikh dan waktu yang telah ditetapkan seperti dalam maklumat berikut terpaksa dibatalkan :



23



Tarikh



: 17 September 2006 (Ahad)



Masa



: 8.30 pagi – 3.30 petang



Tempat



:Ladang Warisan Enterprise Sdn. Bhd.



Lenggeng



Negeri Sembilan 4.



Pembatalan lawatan ini terpaksa dibuat kerana pihak Ladang Warisan



Enterprise sedang menjalankan rawatan ternakan pada tarikh tersebut. Di sini turut dilampirkan surat maklum balas dari pihak Ladang Warisan Enterprise Sdn. Bhd. berkenaan dengan pembatalan lawatan tersebut. Sokongan dan perhatian daripada pihak Y. Bhg. Dr sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.



Sekian.



Yang benar,



(AMY ROSMIZA BINTI ROSLI) Pengarah Bersama Tunas Usahawan dan Perintis Kerjaya 2006 (TUK’06) Kolej Empat Belas s.k.



- Fail Program - Fail Pejabat Kolej Empat Belas



24