Tahap Perkembangan [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Tahap Perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden Zaman Abdullah Munsyi



Ciri-ciri Pembaharuan/Pemodenan Abdullah Munsyi



 Dari



segi isi penulisan (isi kandungan)  Dari segi watak dan perwatakan  Dari segi Bahasa  Dari segi Bentuk (Genre penulisan)



Isi Penulisan Menceritakan halHal yang berpijak di Bumi nyata (sastera tradisional Ada mitos/khayalan/ Alam ghaib & Dogeng)



Berani mengkritik Golongan feudal Secara terbuka



Beliau turut memasukKan pendapat, Pandangan & Komentar terhadap Perkara yang diLihatnya.



Kritikan-kritikan Beliau: 







 



Soal perhambaan yang dianggap zalim dan tidak berperikemanusiaan Adat-istiadat yang menjadi amalan masyarakat Melayu yang menyebabkan mereka mundur Kepercayaan karut/tahyul/animisme Mengabaikan pendidikan anak-anak.



Dari Segi Watak 







Rakyat biasa (orang kebanyakkan) Teliti tentang gambaran watak dan perwatakan(terperinci terutama soal-soal peribadi, tingkahlaku serta sifat watak)



Dari segi Bahasa:     



Bahasa pertuturan sehari-hari Menggunakan bahasa asing (Bahasa Inggeris dan Arab) Bernas , tepat & jitu Memasukkan ungkapan yang mengandungi keindahan Menggunakan ganti nama “aku” & “ku”



Dari segi Bentuk • Berbentuk Autobiografi • Memoir (kenang-kenangan) • Sudut pandangan orang pertama



Faktor-faktor pembaharuan karya oleh Abdullah Munsyi



Faktor zaman dan persekitaran Kelahiran Abdullah Munsyi adalah pada period transisi iaitu berlaku pertembungan di antara budaya barat dan timur (kesan penjajahan barat iaitu British) Beliau berpeluang utk. bergaul dengan orang Inggeris seperti dengan Sir Stamford Raffels, paderi Milne & Farquhar. Pergaulan ini telah meninggalkan impak pada pemikiran Abdullah yang menerima pemikiran barat sebagai satu pemikiran moden.



Latarbelakang keluarganya Berketurunan campuran Arab dan India



Ayahnya tergolong dalam kelompok ilmuwan dan intelek (guru agama, guru bahasa dan juga seorang pedagang) Didikan yang berteraskan ketegasan dalam ilmu telah banyak membantu Abdullah menjadi orang yang berpengetahuan.



Faktor Bakat dan Kebolehan



beliau memang berbakat dalam tulis-menulis, idea yang diberikan kreatif. Olahan cerita yang disampaikannya juga menarik serta terperinci.



Peranan dan kedudukan Abdullah Munsyi Dalam Sejarah kesusasteraan Melayu Moden. Pelopor/ perintis Wartawan teliti



Mendahului zaman (Futuristik)



Peranan Pengkritik yang berani



Karyanya dibukukan Pencinta bahasa Melayu



Zaman Sebelum Perang 1920 - 1941



Aspek-aspek yang akan diteliti















Period Masa 1920-an 1930-an 1940-an(1941) Sejarah perkembangan Genre Sajak Novel Cerpen Kelahiran/kewujudan Golongan penulis Golongan Penulis Agama Golongan Penulis Guru Golongan Penulis Wartawan



Sejarah Perkembangan Genre: Pengenalan: Perkembangan genre mempunyai hubungkait dengan perkembangan Akhbar dan majalah. perkembangannya dimulai dengan terbitnya akhbar pertama iaitu Jawi Peranakan tahun 1896 di Singapura oleh Munsyi Mohd. Said b. Dada Mohyidin. Perkembangannya bertumpu di Pulau Pinang & Singapura Dari tahun 1920-an – 1930-an terdapat 34 jenis akhbar dan majalah telah diterbitkan



Ciri-Ciri Akhbar & Majalah Pada Era tersebut: 1. Jumlah akhbar / Majalah terhad dan terbatas 2. Berita yang disiarkan juga terbatas (kuantiti dan kualitinya) 3. Berita luar negara lebih mendapat tempat (terutama dari Timur Tengah iaitu Turki dan Parsi) 4. Terdapat ruangan untuk rencana (Esei) serta surat dari pembaca 5. Dikelolakan dan dibiayai oleh keturunan peranakan (India Muslim)



Peranan Akhbar & Majalah Dalam Sejarah Perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden (Zaman Sebelum Perang)



Memperkembangkan Genre sastera



Sumber Hiburan



Mempertingkatkan Mutu bahasa



Alat Komunikasi



Mengoreintasi Pemikiran Orang Melayu



Sumber Maklumat & Pengetahuan



Perkembangan Karya Sastera Dekad 1920 Pengenalan: Dua genre yang dominan dalam dekad 20-an ialah genre cerpen dan novel Golongan yang memainkan peranan dalam perkembangannya ialah golongan Agama – mereka adalah golongan yang menerima pendidikan agama secara Formal di Timur tengah (Mesir) dan pendidikan agama di tanah air. Antaranya ialah: Syed Sheikh al-Hadi Ahmad Rashid Talu



Pengisian Dalam Karya: 1. Isu-isu berkaitan dengan agama Islam - Menyebarkan tranformasi pemikiran Islam yang lebih moden (selaras dengan pemikiran tokoh reformasi Islam dari Mesir Muhammad Abduh) Contoh: Novel Hikayat Faridah Hanum – menceritakan pergolakkan Percintaan yang turut memuatkan pemikiran modenisasi Islam. 2. Isu peri pentingnya pendidikan tanpa mengira gender -Reformasi pemikiran berhubung dengan kepentingan pendidikan tanpa mengira gender, khususnya di kalangan kanak-kanak perempuan. Contoh: Novel Hikayat Faridah Hanum- watak Faridah Hanum yang Telah mendapat pendidikan hingga lulus Junior Cambrigde. 3. Isu sosial juga turut mendapat perhatian terutama berhubung dengan keruntuhan akhlak - Pengaruh budaya barat dan perubahan pemikiran selaras dengan rerormasi barat menyebabkan kehidupan sosial masyarakat Melayu turut menerima wahananya. Contoh: Novel Kawan Benar karya Ahmad Rasyid Talu , keruntuhan Akhlak Abdul Bar yang berubah menjadi kaki botol dan berfoya-foya Dengan perempuan murahan.



Perkembangan Genre Novel: Genre novel dalam dekad 1920-an memperlihatkan wujud 2 kategori 1. Novel saduran (terjemahan dari novel Asia Barat) 2. Novel Asli Syed Syeikh Al-Hadi telah menghasilkan beberapa novel: 1. 2. 3. 4.



Hikayat Taman Cinta Berahi 1928 Hikayat Anak Dara Ghasan 1929 Hikayat Cermin Kehidupan 1929 Hikayat Puteri Nurul Ain 1929



Ahmad Rashid : 1. Iakah Salmah ? 1929 2. Dua Belas Kali Sengsara 1929 3. Siapa Jahat @ Datuk Cencano Perompak yang Termasyhur 1929



Teknik Penceritaan: 1. Plot mudah 2.Naratif (Bercerita secara Langsung) Tema: 1.Pertembungan Timur/ Barat. 2. Kahwin Paksa 3. Emasipasi Wanita



Ciri-ciri Novel 1920-an



Latar: 1. Masa zaman Sebelum perang 2. Tempat Luar/Dalam negeri



Watak & Perwatakan 1. Golongan Bangsawan 2. Hitam-Putih



Perkembangan Genre Cerpen: Dalam dekad 1920-an terdapat sebanyak 65 buah cerpen yang dikategorikan dalam dua bentuk iaitu: Cerpen & Cerpen Bersiri Cerpen-cerpen pada era ini kebanyakkannya disiarkan : Majalah pengasuh, Majalah Guru, Panduan Guru, Masa, Penyuluh, Malaya, Lembaran Guru, Cahaya Bintang, Suara Melayu , Jasa Al Ikhwan dan majalah Dunia Melayu



Di antara penulisnya ialah , 1.Nor Ibrahim Madrasi(Kecelakaan Pemalas) 2.Ismail Sulaiman @Putera Bumi Kelantan (10 cerpen antaranya Kebijakan Seorang Loyar &Jentayu & 3 Cerpen bersiri yangdisiarkan dalam Majalah Guru antaranya: Percintaan Lady Brazil 3.Muhammad Yusof Ahmad cerpennya:Mencari Isteri.



Cerpenis pada era 1920-an membicarakan isu tentang sosial (moral dan kebebasan sosial) Politik yang dikaitkan dengan ekonomi juga turut mendapat perhatian di samping cerita-cerita humor



KARYA SASTERA DEKAD 1930-AN



PENGENALAN: Perkembangan kesusasteraan Melayu semakin rancak, bilangan penulis juga semakin bertambah ramai (Disertai oleh kalangan guru & wartawan) Bilangan genre yang dihasilkan juga semakin meningkat dari segi kuantiti dan kualitinya. Di samping itu, isu-isu yang diketengahkan juga semakin bertambah selaras dengan perkembangan semasa. Golongan penulis yang terlibat secara langsung ialah golongan penulis guru iaitu mereka yang pernah terdidik di institutsi yang dikenali sebagai Sultan Idris Training College (SITC) Tanjung Malim, Perak. Selain itu terdapat Juga wartawan yang turut menulis. Genre yang mendapat tempat ialah: 1. Novel 2. Cerpen 3. Sajak



Perkembangan Kesusasteraan Melayu pada era ini dipengaruhi oleh beberapa Faktor Pendedahan dan pembacaan Novel-novel dari Indonesia Tertubuhnya Pertambahan bilangan Seperti: Pejabat Karang Mengarang Penerbitan akhbar & Tenggelamnya Kapal (PKM) Majalah bagi Van der Wijck Di SITC yang memberi Menampung Oleh Hamka Pendedahan kepada Pertambahan Siti Nurbaya Penulisan di kalangan Bilangan karya Oleh Marah Rosli guru Muncul pergerakan Politik orang-orang Melayu (Kesatuan Melayu Singapura & Kesatuan Melayu Muda)



Pertubuhan bercorak Bahasa, kesusasteraan Dan Kebudayaan (Persaudaraan Sahabat Pena Malaya 1934)



Terdapat 3 novelis guru yang cukup prolifik berkarya



Abdullah Sidek 1. Bercinta yang Tak Berfaedah (1932) 2. Penanggungan Seorang Putera Raja (1933) 3. Duri Perkahwinan(1937) 4. Siapakah Pembunuhnya?(1937) 5. Gelombang Hidup (1939) 6. Pengaruh Wang(1939) 7. Pertemuan yang Bahagia (1939)



Ahmad Bakhtiar



1. Bujang Seumur Hidup (1936) 2. Rahsia Seorang gadis (1936) 3. Orang Licin (1939)



Harun Aminurrashid



Berjaya menghasilkan 23 buah novel semuanya Dan novelnya yang paling Popular ialah Melur Kuala Lumpur (1930)



Dekad 30-an juga memperlihatkan sumbangan golongan penulis wartawan



Raja Mansur bin Raja Abdul Kadir



Tujuh Kali Beristeri (1935) Satu Kali Cium Tujuh Kali Tempeleng (1935)



Ishak Hj. Muhammad



Shamsuddin Salleh Putera Gunung Tahan (1937) Kasih Berbalas (1936) Tiga Bula Dalam Penjara (1939)



Ciri-ciri Novel Dekad 1930-an 1. Kebanyakkan novel disiarkan secara bersiri menerusi akhbar dan majalah 2. Berunsur didaktik a. Berusaha mendidik masyarakat (bermoral ,menghormati hak) b. Merangsang masyarakat (berdikari , berekonomi serta menceburi bidang perniagaan) c. Menyaran masyarakat (patriotik serta membebaskan tanah air) 3. Struktur cerita streotaip (sama) mudah serta masih ada ciri-ciri cerita penglipurlara 4. Watak dan perwatakannya pula secara hitam putih 5. Gaya bahasa masih mengekalkan ciri tradisional terdapat unsurunsur puisi (pantun & Syair)



GENRE CERPEN Terdapat beberapa cerpenis yang cukup prolifik berkarya antaranya ialah



Harun Aminurrasid



Yusof Adil



Muhammad Yassin Maamor



Kasmani Hj. Ariff



Muhammad Yusof Arshad



Contoh-contoh Karya Harun Aminurrasid



1. Tidak Cintakasi (Al-Ikhwan 16.1.30) 2. Cerita Si Jaafar (Jasa, 8.6.30) 3. Korban Hawa Nafsu (Al-Ikhwan 16.6.30)



Kasmani Hj. Ariff



Yusof Adil



1. Mati Dalam Percintaan (Al-Ikhwan 16.1.30) 2. Cik Tum dengan Nasibnya (Al-Ikhwan 16.5.30) 3.Gelombang Hidup (Bulan Melayu 1.5.31)



1. Menduga Kasih (Warta Ahad 25.10.1936) 2. Sampainya Hari (Majalah Cerita 3.1.1939)



Ciri-ciri Cerpen Dekad 1930-an 1. Genre cerpen dimonopoli oleh penulis guru dan wartawan 2. Disiarkan secara tetap dalam akhbar dan Majalah ( Majalah guru menjadi pelopor dalam penyiaran cerpen) 3. Cerpen lebih bersifat didaktik (Ruj: Novel) 4. Kurang bermutu (Penulis bukan arif dalam penulisan) 5. Isi Cerita lebih berkisar pada soal-soal semasa a.Sosial (Moral, pertembungan Timur – Barat,Kebebasan) b.Ekonomi (Pembaziran, berhutang) c. Nasionalisme (Perjuangan menentang penjajah, Kesedaran nasib bangsa, kemunduran orang Melayu) 6. Teknik penceritaan bersifat naratif (bercerita) Plotnya mudah 7. Watak dan perwatakan a. Secara hitam putih b. Nama watak secara berpasangan c. Gambaran perwatakan secara langsung dan detail 8.Latar – kota-kota besar serta latar luar negara (Eropah & Timur Tengah)



Genre Sajak Kalangan penulis guru merupakan golongan yang paling prolifik dalam penulisan sajak 1. Kasmani Hj. Arif 2. Mashor Malaya 3. Pungguk (Muhammad Yassin Maamor) 4. Ngumba (Embong Yahya) 5. Yusof Arshad 6. Harun Aminurashid (Atma Jiwa) Dalam dekad 1930-an pembaharuan dan pemodenan dalam genre sajak semakin jelas apabila tersiarnya puisi “O Sariku” karya Harun Aminurrasyid yang tersiar dalam Majalah Pujangga Baru Bil. 6 Disember 1933. Kemudian ianya telah ditelusuri oleh Pungguk yang menyiarkan lima buah puisinya sekaligus dalam Majalah Guru , Mac 1934 1. Keluh Kesah 2. Selalu Merayu 3. Tak Disangka-sangka 4. Pujukan Hati 5. Ibuku



Akhbar Dan Majalah Selain Majalah Guru terdapat beberapa lagi media yang menjadi wadah penampungan genre sajak antaranya: 1. Warta Ahad 2. Warta Jenaka 3. Idaman 4. Saujana dsb.



Tema (Persoalan Utama) Sebelum tercetusnya perang dunia ke-2 persoalan yang dikemukakan dalam puisi agak luas ianya merangkumi: 1. Persoalan alam 2. Cinta muda-mudi 3. Cinta tanahair 4. Introspeksi diri 5. Moral dan pendidikan 6. Nasib bangsa



Ciri-ciri Sajak Dekad 1930-an



1. Bertujuan untuk menyampaikan amanat (didaktik) 2. Belum bebas secara total dari ikatan puisi tradisional (ciri-ciri pantun dan syair masih ditemui) 3. Permodenan dan pembaharuan jelas dapat dilihat daripada pernyataan perasaan dan fikiran yang lebih tegas, bebas dan lantang.



Golongan Penulis Penulis Agama



Penulis Guru



Penulis Wartawan



Kajian dan Penelitian terhadap Golongan Penulis ini akan melibatkan beberapa item; Pengenalan: (Latarbelakang)



Tokoh



Sumbangan



Ciri-ciri



Golongan Penulis Agama Pengenalan: 1. Menerima pendidikan aliran Melayu dan juga agama 2. Menyambung pelajaran dalam bidang agama di Timur Tengah (Mesir – Universiti Al-Azhar) 3. Terpengaruh dengan idea-idea reformasi yang dibawa oleh reformis Islam iaitu Syeikh Muhammad Abduh-Pendidikan yang berteraskan al-Quran dan Hadis. 4. Bergiat aktif dalam bidang kesusasteraan pada dekad 20-an & 30-an mempunyai matlamat untuk memajukan orang Melayu dalam setiap aspek. 5. Mereka juga adalah guru agama di madrasah moden (Pusat Pendidikan Islam) 6. Mereka juga berperanan sebagai wartawan yang mempunyai syarikat penerbitan sendiri.



Tokoh-tokoh Penulis Agama 1. Syed Sheikh Al-Hadi 2. Ahmad b. Muhammad Rasyid Talu



3. Syeikh Tahir Jalaluddin 4. Ahmad b. Hj. Ismail



Sumbangan: 1. Novel a. Novel terjemahan(Syed Sheikh Al-Hadi) i. Hikayat Faridah Hanum ii. Hikayat Anak Dara Ghassan iii. Hikayat Puteri Nurul Ain b. Novel Asli (Ahmad Rasyid Talu) i. Kawan Benar ii. Iakah Salmah iii. !2 kali sengsara



2. Menerbitkan akhbar (Al-Iman oleh Syed Sheikh Al-Hadi 1906-1908) Memaparkan isu berhubung dengan memajukan orang Melayu: i. ii. iii.



Reformasi Islam Emasipasi wanita Rencana tentang seruan untuk memajukan orang Melayu.



3.Mendirikan Madrasah Moden (idea yang diambil dari Mesir) Antara madrasah moden yang didirikan untuk tujuan memberi pendidikan berteraskan al-Quran dan Hadis (Syed Sheikh Al-Hadi) i. ii. iii.



Madrasah Al-Ikbal 1907 – Singapura Madrasah Al-Hadi 1915 – Melaka Madrasah Al-Mashur 1926 – Pulau Pinang



Ciri-ciri Karya Sastera Penulis Agama Masih menggunakan ciri-ciri plot penglipurlara Plot (Jalan Cerita)



Bermula dengan memperkenalkan watak Perkembangan watak wira menghadapi dugaan Berakhir dengan kegembiraan (Happy ending)



Golongan Bangsawan (golongan berada) Watak/Perwatakan



Perwatakan secara hitam / Putih Gambaran watak dalam cerita secara terperinci



Emasipasi wanita Asimilasi dengan dunia moden Tema



Percintaan muda-mudi Kemerosotan Akhlak Kahwin Paksa



Gaya Berkhutbah Bahasa



Masih mengekalkan bahasa klasik Terdapat unsur runs (Pantun & Syair)



Dalam negeri (Singapura, Pulau Pinang) Latar Luar negeri (Timur Tengah-Mesir)



Golongan Penulis Guru Pengenalan: 1. Terdiri daripada kalangan guru yang mendapat pendidikan di SITC 2. Aktif dalam penulisan karya-karya sastera khususnya genre cerpen, novel dan juga puisi. 3. Penglibatan mereka dalam bidang penulisan kesan dari penubuhan Pejabat karang Mengarang (PKM)



Objektif : 1. 2. 3. 4.



Memajukan orang Melayu Mengubah cara pemikiran orang Melayu Membangkitkan kesedaran dan pembaharuan dalam Islam Menyuburkan semangat nasionalisme di kalangan orang Melayu



Tokoh-tokoh Golongan Penulis Guru



Harun Muhammad Amin @ Harun Aminurrasyid



Ahmad Kotot



Ahmad Bakhtiar



Abdullah Sidek



A. Samad Ahmad



Muhammad Yassin Maamor



Ahmad Murad Nasaruddin



Mohd. Yusof Ahmad



Sumbangan Genre novel dan sajak adalah merupakan genre yang paling mendapat Perhatian di kalangan penulis guru. Novel



Harun Aminurrasyid 1. Melor kuala Lumpur 2. Siapakah Bersalah 3. Panglima Awang



Abdullah Sidek



Ahmad Kotot



1. Iblis Rumah Tangga 2. Duri Perkahwinan 3. Gadis Hulu Muar



1. Hikayat Percintaan Kasih Kemudian



Genre Puisi (sajak)



Muhammad Yassin Maamor



Antologi Puisi Baharu Melayu Zaman Permulaan



Ciri-ciri Karya Penulis Guru 



Tema: 1. Percintaan Muda-mudi 2. Kahwin Paksa / Kehidupan rumah tangga 3.Kemasyarakatan / Ekonomi 4. Kepahlawanan dan keberanian 5. Semangat Nasionalisme.



Teknik Penulisan:  



Masih mengekalkan kaedah lama Berkhutbah – pengarang yang bercerita



Plot: • Jalan ceritanya sederhana dan mudah diramalkan kesudahannya • Perkembangan ceritanya mendatar tidak terdapat unsur-unsur ketegangan.



Watak dan Perwatakan • Secara hitam putih • Terlalu sempurna • Tidak natural



Golongan Penulis Wartawan Pengenalan: 1. Terdiri daripada kalangan wartawan yang terlibat secara langsung dalam bidang penerbitan akhbar dan majalah. 2. Mereka terdiri daripada wartawan, pengarang, editor dan pembaca pruf. 3. Dari segi pendidikan mereka menerima pendidikan aliran Melayu dan ada juga yang turut menerima pendidikan aliran Inggeris. 4. Kebanyakkan mereka dapat menguasai kedua-dua bahasa dengan baik. 5. Mereka juga turut dikenali sebagai golongan wartawan-sasterawan.



Tokoh-tokoh Penulis Wartawan 1. Abd. Rahim Kajai 2. Ishak Hj. Muhammad 3. Syamsuddin Salleh Sumbangan 1. Genre Novel Ishak Hj. Muhammad Karya: a. Putera Gunung Tahan b. Anak Mat Lela Gila 1. Rencana / Esei Isu yang dibicarakan ialah yang Berkaitan dengan orang Melayu Antara isunya: a. Keagamaan b. Kemunduran ekonomi c. Kelemahan dalam Pendidikan d. Politik-Nasionalisme



Cerpen: Abd. Rahim Kajai sepanjang 1936-1939 Telah berjaya menghasilkan 37 cerpen a. Awang Budiman ,Warta Jenaka 7.9.1936 b. Isteri Yang Setia Lagi Sabar, Warta Jenaka 7 Julai 1938



Ciri-ciri Karya Teknik Penulisan: 1. Plot mudah – berakhir dengan kemenangan dengan pada pihak yang benar. 2. Penulis wartawan mengutamakan mesej dan pengajaran. 3. Terdapat juga pengarang yang menampilkan kelainan dengan memasukkan unsur khayalan.(suspen) 4. Tidak realistik Watak dan Perwatakan: 1. Aspek kejiwaan kurang diberi perhatian 2. Nama-nama watak secara berpasangan Bahasa: 1. Terikat dengan gaya bahasa klasik



Rumusan:    



Lebih tegas dan berani Mementingkan mesej Tidak mementingkan aspek-aspek sastera Kurang kreatif dan tidak realistik.



Perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden Zaman Selepas perang



Pembahagian mengikut Period 1. 1945 – 1950 2. 1950 – 1955 (ASAS 50) 3. 1955 – 1959 4. 1960-an 5. 1970-an



Pengenalan: 



 



 



Perkembangan Kesusasteraan Melayu selepas zaman perang menjadi semakin rancak, terutama genre cerpen dan sajak. Kerancakan ini berikutan perkembangan dalam bidang percetakan dan penerbitan akhbar dan majalah. Dua peristiwa sejarah yang berlaku pada zaman ini turut mempengaruhi pemikiran para penulis dan menjadi pemangkin dalam perkembangan sastera. Bilangan penulis juga semakin ramai kesan dari penghijarahan golongan muda ke Singapura Penubuhan organisasi yang memperjuangkan sastera juga berperanan dalam perkembangannya.



     



Kewujudan institutsi khas untuk bahasa dan sastera Penubuhan Institutsi Pengajian Tinggi Pelbagai aktiviti dan program dianjurkan untuk mengembangkan sastera turut diadakan. Syarikat-syarikat penerbitan turut terlibat sama Badan-badan koprat turut menaja dan menyumbangkan hadiah Peranan pemerintah (kerajaan)



Berdasarkan kajian Dewan Bahasa dan pustaka pada tahun 1968 terdapat tidak kurang 2600 buah cerpen yang telah ditulis oleh 900 penulis antara tahun 1951-1957. Kalangan penulis guru dan wartawan adalah penulis yang paling prolifik.



Lewat tahun-tahun 1950-an terdapat kira-kira 42 jenis majalah yang menjadi wadah menyalurkan hasil kreatif cerpen dan sajak. Antaranya: Suratkhabar Utusan Zaman Majalah 1. Mastika 2. Mutiara 3. Hiburan 4. Qalam 5. Kisah 6. Remaja 7. Tunas 8. Belia



Ura-ura penubuhan Malayan Union oleh pemerintah Inggeris selepas pendudukan Jepun, telah menyedarkan orang Melayu betapa Inggeris ingin terus menjajah Tanah Melayu. Pengisytiharaan undang-undang darurat pada tahun 1948, berikutan kekacauan serta ancaman PKM memaksa ramai golongan muda membuat keputusan untuk berhijrah ke Singapura kerana ianya tidak tertakluk dengan undang-undang darurat. Impaknya rakyat dapat merasai kepahitan, keperitan hidup pada zaman ini.



Pertambahan bilangan penulis:



1. Penghijrahan penulis muda dari semenanjung Tanah Melayu ke Singapura adalah berpunca dari faktor politik (undang-undang darurat 1948) 2. Faktor sosial-kehidupan selepas zaman perang yang segala-galanya susah dan perit. Antara tokoh-tokoh penting(penulis muda) dalam era ini ialah; 1. Keris Mas 2. Asraf 3. Wijaya Mala 4. Awam il-Sarkam 5. Tongkat Warrant 6. Masuri S.N 7. Suratman Markasan 8. Hamzah 9. Jymy Asmara



Suasana dan perkembangan Kesusasteraan di Singapura mencetuskan kesedaran perlunya pengarang bergerak atas landasan yang kukuh dan mantap. Di samping berorganisasi secara sistematis dan terancang. Di samping menjaga kebajikan para penulis, organisasi juga dapat menyatukan kelompok golongan penulis bernaung di bawah satu organisasi. Pada 6 Ogos 1950 tertubuhlah Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) di rumah cikgu Mohd. Arif Ahmad.



Penubuhan Dewan Bahasa Dan Pustaka: 1. Nama asalnya Balai Pustaka pada 22 Jun 1956-Kementerian Pelajaran. 2. Nama DBP dicadangkan oleh Mohd. Yusof Harun Objektif: 1. Menjaga hal ehwal perkembangan bahasa dan pesuratan Melayu 2. Menyiasat membongkar dan mengumpul hasil-hasil kesusasteraan



Institutsi terunggul di Tanah Melayu ialah Universiti Malaya di tubuhkan pada 1949 di Singapura. Pada tahun 1950 Universiti Malaya telah menubuhkan Jabatan Pengajian Melayu yang menawarkan kursus berkaitan dengan sejarah, kebudayaan serta kesusasteraan Melayu. Kursus yang ditawarkan juga melibatkan bidang penulisan kreatif serta kritikan



Kegiatan-kegiatan yang berupa bengkel, seminar, simposium turut dianjurkan bagi merancakkan lagi perkembangan kesusasteraan Melayu. Aktiviti ini dianjurkan oleh badan-bandan yang mempunyai hubungan dengan perkembangan sastera seperti Dewan Bahasa dan Pustaka juga institutsi pengajian tinggi antaranya Universiti Malaya dan Universiti sains Malaysia.



Aktiviti yang dianjurkan berupa sayembara (peraduan) mengarang Yang dianjurkan oleh pelbagai pihak ; Contoh: 1.Syarikat Utusan Melayu menerusi Majalah Mastika telah menganjurkan peraduan mengarang cerpen pada tahun 1952 dengan menawarkan hadiah berjumlah $100 (pertama) $60 (kedua) dan $40 (ketiga) 2.Pejabat Karang Mengarang (1956) 3. Dewan Bahasa dan Pustaka (1957)-Hasan Ali dengan cerpen “Pelayan Tua” telah memenangi tempat pertama 4.Akhbar Berita Harian turut menganjurkan pertandingan mengarang cerpen setiap hari khamis dengan menawarkan hadiah yang cukup lumayan iaitu 100 ringgit (1959) telah menarik perhatian ramai pengarang muda menyertainya. Wijaya Mala dengan cerpen “Kawan Lama Berpisah” telah memenangi hadiah Pertama.



Karya-karya cerpen bukan sahaja disiarkan diakhbar dan majalah malah ia turut dibukukan. Banyak syarikat penerbitan buku telah menerbitkan cerpen-cerpen tersebut dalam bentuk antologi sama ada dalam berkumpulan atau persendirian. Antara syarikat peberbitan yang terlibat ialah: 1. Kumpulan Utusan Malaysia menerbitkan cerpen-cerpen dari majalah Mastika dengan judul 10 cerpen masyarakat (1963) 2. Penerbitan Federal 3. Pustaka Melayu 4. Dewan Bahasa dan Pustaka (Rujukan : Sejarah Kesusasteraan Melayu Jilid 2 hlm.180) Antara antologi cerpen yang telah diterbitkan ialah: 1. Patah Tumbuh (Keris Mas 1963) 2. Debar pertama (Shahnon Ahmad 1964) (Rujukan : Sejarah Kesusasteraan Melayu Jilid 2 hlm.181)



Pihak swasta juga turut memberi sumbangan dalam menyediakan hadiah yang lumayan. Antara syarikat swasta yang terlibat ialah 1. Syarikat Esso dengan kerjasama GAPENA



Institutsi tertentu dalam kerajaan juga turut terlibat antaranya: 1. Bahagian Agama , Jabatan Perdana Menteri 2. Lembaga Perpaduan Negara.



Pihak Kerajaan turut memberi pengiktirafan terhadap karya kreatif iaitu dengan pemberian Hadiah Karya Sastera yang bermula dari tahun 1971 hingga tahun 1976.



Iannya telah dihentikan pada tahun 1977, kemudian pada tahun 1982/83 ianya diperkenalkan kembali dengan nama Hadiah Sastera Malaysia.



Perkembangan Genre Mengikut Period Masa 1. 2. 3. 4.



Sajak Cerpen Novel Drama



Perbincangan akan meliputi aspek-aspek: 1. Pengenalan ringkas 2. Tokoh dan Karya (judul) 3. Ciri-ciri karya a. Tema dan persoalan b. Plot &Teknik penceritaan c. watak dan perwatakan d. Latar e. Sudut pandangan f. Gaya bahasa



Aktiviti Berkumpulan: Latihan soalan peperiksaan:



1. “Sajak merupakan salah satu jenis Kesusasteraan Melayu Moden yang mendapat tempat di Malaysia selepas zaman perang dunia kedua”. Dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai, huraikan ciri-ciri sajak selepas perang berdasarkan aspek-aspek berikut; a. Tema b. Plot dan teknik c. Gaya Bahasa



Perkembangan Genre Cerpen: 1946 - 1949 Pengenalan: Selepas pendudukan Jepun bidang percetakkan dan penerbitan akhbar dan majalah pesat berkembang, perkembangan kesedaran politik serta semangat kebangsaan serta pengisytiharaan undang-undang darurat (1948) turut menjadi pemangkin dalam perkembangan genre cerpen pada masa ini. Impaknya situasi tersebut telah melahirkan ramai penulis muda yang berbakat (wartawan), mereka terdiri daripada; 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.



Keris Mas Mas Hamzah Awam il Sarkam Masuri S.N A.Samad Ismail Jymy Asmara Tongkat Warrant



Ciri-ciri Cerpen:



Tema Tema Sosial



Tema Politik



Persoalan 1.Pergaulan bebas 2.Percintaan mudamudi 3. kemunduran orang Melayu 4. Moral(negatif) 1.Kesedaran perjuangan politik 2. Nasionalisme 3. Penderitaan Orang Melayu 4. Belenggu undangundang



Tajuk Karya



Penulis



*Peristiwa Bunga Telur *Menjual Tanahair



Tongkat Warrant



*Darah dan Air mata *Rostina Gadis Gerila (Hiburan,Oktober 1946)



Keris mas Harun Aminurashid



Keris Mas



Tema Darurat



1.Kesusahan Hidup 2. Sekatan kebebasan 3. Keperitan /Penderitaan 4. Penindasan



*Kejadian Dalam Estet



Keris Mas



Plot: 1. Jalinan plot yang mudah 2. Stereotaip 3. Bersifat tardisional atau konvensional (Pendedahan, konflik dan peleraian) 4. Jalinan plotnya melibatkan tiga cara; a. Pengarang memulakan cerita dengan teknik naratif b. Menggunakan dialog c. Menggunakan aksi dramatik Watak dan Perwatakan: 1. Golongan bawahan (masyarakat desa) 2. Perlukisan watak secara langsung 3. Golongan atasan berperwatakan jahat (menganiaya) Latar: 1.Berfokuskan tanah Melayu 2. Khususnya kawasan luar bandar.



Perkembangan cerpan Zaman ASAS 50 (1950 – 1955) Latarbelakang:



Perkembangan kesusasteraan Melayu lebih bermakna dalam tahun 1950-an apabila terbentuknya Angkatan Sasterawan 50 pada 6 Ogos 1950 di Singapura Penubuhan ASAS 50 ini dikatakan sebagai revolusi mental orang-orang Melayu dalam perjuangan bahasa dan kesusasteraan. Golongan yang aktif adalah golongan wartawan-sasterawan. Mereka terdiri dari pada golongan penulis muda yang berhijrah dari seluruh Tanah Melayu ke Singapura yang bebas dari belenggu darurat. Perjuangan ASAS 50 dalam kesusasteraan jelas dan tegas iaitu berasaskan moto mereka “Seni Untuk Masyarakat” yang objektifnya untuk mencari keadilan sosial. Genre cerpen merupakan antara genre yang paling popular di samping genre sajak. Genre cerpen pada era ini lebih bersifat realistik, serta lebih teliti, ciri-ciri konvensional mulai ditinggalkan .Tema yang dipilih bersesuaian dengan moto perjuangan ASAS 50 iaitu lebih ke arah memperjuangkan golongan bawahan.



Ciri-Ciri: TEMA



Sosial



Kemunduran ekonomi orang Melayu



Penindasan dan penderitaan golongan bawahan (petani & nelayan)



Contoh : Cerpen “Esok Lusa Tulat dan Berikutnya oleh: Awam il Sarkam



Contoh : Cerpen “Mencari Dahan Tempat Bergantung” oleh: Tongkat Warrant



Mengisahkan kesusahan hidup keluarga Dolah, walupun telah berusaha namun mereka masih dibelenggu kesusahan.



Mengisahkan penderitan keluarga Bedah yang terus ditindas oleh golongan atasan.



Kejatuhan moral dan akhlak muda-mudi



Contoh : Cerpen “Bedah” Oleh Bunga Raya Mengisahkan Mahadi , Hamid dan kawankawannya yang sering mabuk bergaul bebas dengan pelacur.



Politik



Perjuangan Menuntut Kemerdekaan



Kesedaran politik & Sosial



Semangat Kebangsaan (Nasionalisme) Contoh: Kedai Sederet di Kampung Kami oleh, Keris Mas Kisah seluruh penduduk kampubg di arah berpindah akibat kedai di kampung itu terbakar akibat perbuatan komunis.



Contoh:Runtuh oleh Keris Mas Menceritakan tentang Hashim dengan citacita politiknya yang tinggi, tetapi akhirnya kecundang apabila dia mula lupa diri apabila berjaya.



Contoh: Pemimpin Kecil dari Kuala Semantan Mengisahkan semangat gigih watak Anwar yang mahu menentang Inggeris bagi memerdekakan tanah air dari belenggu penjajah



Soal-soal ketuhanan



Agama



Bachtiar Djamil dalam Kisah Seorang Janda Ke Tanah Suci Mengisahkan tentang perempuan janda yang ke Mekah hasil dari pelacuran



Kelemahan dalam sistem pendidikan agama



Awam il Sarkam dalam cerpen Pak Cik Saya Kembali ke Masjid mengetengahkan Pak Cik Bajarudin yang insaf dan bertaubat kembali ke masjid untuk memohon ampun dari tuhan.



kekurangan iman



Keris Mas dalam cerpen Bilik Belakang menceritakan Yusof seorang pengurus hidup berpura-pura dan menipu diri dengan menyelinap masuk ke bilik belakang dalam bulan puasa.



Plot dan Teknik Penceritaan: Plot: - masih lagi bersifat lurus dan konvensional, agak longgar serta jalan cerita yang berasaskan plot mudah. Sudut pandangan yang digunakan ialah sudut pandangan orang pertama “aku”. Terdapat pengarang yang cuba membawa pembaharuan apabila menggunakan surat sebagai medium cerita seperti dalam cerpen Pertentangan oleh A. Samad Ismail. Pengarang-pengarang pada masa ini mula bereksperimen dengan mempelbagaikan teknik penceritaan seperti penggunaan teknik imbas kembali, interior monolog dsb. Contohnya dalam cerpen Bilik Belakang oleh Keris Mas beliau menggunakan imbas kembali sebagai medium cerita. Aspek watak dan perwatakan pula masih mengekalkan konvensi lama iaitu secara hitam putih, fokus watak ialah orang-orang Melayu golongan bawahan (petani, nelayan & buruh) Golongan atasan biasanya adalah watak jahat yang menganiaya golongan bawahan. Terdapat juga watak-watak bukan Melayu yang dikaitkan dengan kepincangan dan pergolakan politik.



PERKEMBANGAN CERPEN TAHUN 1955 HINGGA 1959 Latarbelakang: Zaman kegemilangan ASAS 50 semakin merosot berikutan beberapa faktor antaranya ialah perpindahan pusat pentadbiran dari Singapura ke Kuala Lumpur, Perpindahan ini juga turut melibatkan beberapa institutsi penting seperti Universiti Malaya, Dewan Bahasa dan Pustaka serta syarikat-syarikat penerbitan seperti Syarikat Utusan Melayu Dan Berita Harian. Senario itu telah turut mempengaruhi perpindahan penulis-penulis ke Kuala Lumpur. Di samping itu, kemunculan penulis-penulis muda yang mempunyai latarbelakang akademik dan kerjaya mempengaruhi perkembangan genre cerpen pada era ini.



Faktor- Faktor yang mempengaruhi Perkembangan: 1. Pertambahan bilangan akhbar dan Majalah – merancakkan lagi perkembangan genre cerpen, ruangan khas disediakan untuk genre cerpen. 2. Penganjuran peraduan mengarang. - Syarikat-syarikat percetakan – Utusan Melayu, Berita Harian - Institusi tertentu – UMNO Johor Bahru - Jabatan Pelajaran Persekutuan. - Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Penerbitan genre cerpen yang diantologikan.



Tokoh-tokoh penting: • • • • • • • • • •



Zulastry Shanon Ahmad Kala Dewata Yahya Samah Hasbima Ajikik Malungun S.Othman Kelantan A.Samad Said Kassim Ahmad



Ciri-ciri Cerpen Era 1955-1959. Tema dan Persoalan: 1. Sosial (Berkisar pada golongan bawahan) Masalah perumahan (setinggan) Cerpen “Ke Daerah yang Lebih Kerdil” karya A.Samad Said Kehidupan buruh Pak Leman yang terpaksa berpindah atas arahan pihak berkuasa kerana tinggal di kawasan setinggan



Kesusahan dan kekotoran hidup



Cerpen “Malam Merangkak ke Hujung” karya A.Samad Said Kehidupan Ramrin Gil yang terbiar hidup merempat di kawasan kotor sehingga masyarakat menganggapnya gila.



Kegagalan dalam pelajaran



Cerpen “Kawan Di Kelas 5B” karya A.Samad Said



Pengangguran di kalangan muda-mudi Cerpen “Perempuan dari Kampung Kambing” “Di Tepi Jalan” “Buruh Paksa” oleh A.Samad Said



Tema Politik: Persoalan-persoalannya: 1. Mengisi kemerdekaan 2. Pembangunan dalam bidang sosial dan ekonomi



Tema Sindiran: 1. Mengkritik golongan menengah 2. Mengkritik golongan siswazah / lepasan universiti 3. Kepincangan hidup golongan atasan



Teknik Penceritaan • Teknik pemerian (A.Samad Said cenderung menggunakan teknik ini dalam permulaan cerpennya seperti “Ke Daerah yang Lebih Kerdil”



Cth: Pak Leman dan keluarganya terpaksa pindah. Rumah yang didiaminya semenjak tujuh tahun itu mahu dirobohkan.



Watak & Perwatakan • Golongan bawahan yang terdiri daripada masyarakat Melayu yang bekerja sebagai petani, buruh serta nelayan • Golongan kelas pertengahan dan elit juga turut mendapat perhatian (biasanya mereka berperwatakan jahat/menganiaya serta mengeksploitasi golongan bawahan) • Watak-watak bukan Melayu turut mendapat perhatian (citranya sesuai dengan kehidupan mereka)



Latar



• Berlatarkan daerah tempatan yang melibatkan dua ruang iaitu di kampung dan juga bandar. • Bandar – paling popular ialah Singapura • Pengarang menggambarkan latar secara terperinci seperti A.Samad Said dalam cerpennya “Longkang” (m.s 194 Sejarah) • Latar waktunya adalah sezaman sesuai dengan isu dan persoalan yang tipikal sifatnya.



Sudut Pandangan  Sudut



pandangan orang ketiga (ini jelas dalam cerpen “Saat Terakhir” karya A. samad Said)



Gaya Bahasa     



Pemilihan diksinya disesuaikan dengan tema Terdapat penggunaan bahasa Inggeris Ayat yang digunakan ada yang pendek serta yang panjang. Terdapat juga penggunaan dialog yang formal sehingga tidak realistik Penulis-penulis muda seperti A. Samad Said lebih menggemari dialog pendek yang lebih realistik.



Perkembangan Cerpen Tahun 1960-an Latar belakang: Perkembangan cerpen menjadi semakin mantap keadaan ini diperteguhkan lagi oleh pertumbuhan pesat syarikat media antaranya Mingguan Malaysia, Berita Minggu , Majalah keluaran DBP seperti Dewan Bahasa, Dewan Masyarakat dan lain-lain. Usaha-usaha organisasi tertentu dalam menganjurkan sayembara menulis cerpen turut merangsang perkembangan cerpen antaranya PENA, GAPENA dan DBP. Syarikat-syarikat penerbitan juga turut menerbitkan antologi cerpen. Kemunculan golongan pengkritik yang berminat meneliti dan mengkaji cerpen menjadi peransang kepada penulis-penulis baru untuk berkarya. Kemunculan penulis-penulis wanita juga turut merancakkan perkembangan dalam era ini. Pelaksanaan Penyata Rahman Talib khususnya peringkat HSC yang memperkenalkan mata pelajaran bahasa Melayu sebagai mata pelajaran prinsipal di mana kertas 2 adalah kertas kesusasteraan Melayu. 



Tema  1. 2. 3. 



1. 2. 3.  1. 



1.



Kepincangan Masyarakat antara cerpen-cerpennya ialah: Gajinya Seribu oleh Alias Ali Borang G. 147 oleh Shahnon Ahmad Keluarga Wak Daeng oleh Arena Wati Keruntuha Moral. Malam Begitu Indah oleh Shahnon Ahmad Dara yang Hilang oleh Kala Dewata Dunia Pelaut oleh Arena Wati Sindiran dan Kelucuan Pak Utih oleh Shahnon Ahmad Keagamaan Salibnya Patah oleh Azizi Hj. Abdullah



Teknik Penceritaan Penyusunan plot tidak lagi terikat dengan konvensi lama terdapat penyisipan unsur imbas kembali, imbas muka, monolog serta monolog dalaman  Terdapat juga penulis yang mula meneroka aliran bawah sedar dengan menggunakan elemen mimpi, igauan serta khayalan. Antara tokoh penulis yang membawa perubahan ialah: 1. Shahnon Ahmad – Di Tengah Keluarga, Bapa, Jangan Beritahu Orang lain. 2. Ajikik – Berjuang!Berjuang! 3. Alias Ali – Gelombang Jatuh 4. A. Wahab Ali – Perkampungan Haram 



Gaya Bahasa Menggunakan bahasa yang lebih ekonomis (pendek-pendek tetapi menepati dengan tema serta pemikiran)  Laras bahasa juga sesuai dengan zaman Antara cerpen-cerpen yang menarik dari segi gaya bahasanya ialah; 1. Suamiku, Barang – Shahnon Ahmad 2. Pensel Sebatang dan Cinta Di Sawah Ladang – Ali Majod 



Perkembangan Cerpen Dekad 1970-an Latarbelakang: Perkembangan cerpen tahun 1970-an semakin pesat dan menggalakkan berikutan dengan kemunculan golongan penulis baru di samping penulispenulis yang yang sudah bergiat aktif sejak tahun 1960-an lagi. Kepelbagaian dalam latarbelakang pendidikan menjadikan cerpen semakin mantap. Penglibatan syarikat surat khabar dan majalah yang menyiarkan cerpen juga t turut menjadi pemangkin. Syarikat-syarikat penerbitan menerbitkan antologi cerpen juga turut mempengaruhi perkembangannya. Peraduan atau sayembara yang dianjurkan oleh pelbagai institutsi juga turut mewarnai perkembangan cerpen era ini.Kemunculan pengkritik dalam jagat kesusasteraan juga turut memberi impak , penggunaan pelbagai ilmu kritikan telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan penulis untuk meningkatkan kualiti penulisan mereka sama ada dari segi tema mahupun teknik penceritaan yang di gunakan.



Tokoh Penulis: Terdapat 3 golongan penulis besar dalam penulisan genre cerpan pada era ini. Mereka adalah terdiri daripada: 1. Golongan yang sudah established(berpengalaman, sama ada dalam teori sastera ataupun penulisan kreatif , mereka terdiri daripada; i. Keris Mas ii. Shahnon Ahmad iii. Abdullah Hussein iv. Kassim Ahmad v. A.Samad Said vi. Arena Wati vii. S.Othman Kelantan viii. A.Wahab Ali ix. Othman Puteh



2. Golongan yang cuba mengekalkan identitinya yang tersendiri i. Azizi Hj. Abdullah ii. Mana Sikana iii. Anwar Ridhwan iv. A.Shukor Harun v. Fatimah Busu vi. Abdullah Tahir



3. Golongan penulis muda yang dicungkil bakat mereka melalui sayembara



Tema dan Persoalan: 1. Tema pembangunan a. Pertentangan nilai hidup lama dan baru b. Perubahan kehidupan c. Kejujuran / kepura-puraan golongan tertentu Contoh: Penunggu karya Ali Majod (April, Dewan Masyarakat) mengisahkan pertentangan hidup antara nilai-nilai lama dan baru. 2. Tema Cintakan kampung halaman a. Kisah kehidupan di desa terpencil Contoh: Angin Dari Gunung oleh M.Yusof Hassan dan Awang Toksan karya Noorjaya. 3. Tema Hipokrit a. Kepura-puraan dalam diri b. Kepuraan dalam tugas c. kepuraan antara manusia dengan manusia



4. Tema Sindiran terhadap golongan penulis a. kelemahan b. Sikap rendah diri Contoh: Penyair Unta, Utopia Dukuna dan Orang Berdua Kebanyakkannya disampaikan dalam bentuk satira yang menggunakan unsurunsur lelucon dan humor. 5. Tema Kelamahan orang Melayu Contoh: Salam sekeluarga dan Al karya Shahnon Ahmad 6. Tema Keagamaan* 7. Tema Kekeluargaan dan wanita a. masalah hubungan orang tua dengan anak-anak b. pendidikan c. keruntuhan institutsi kekeluargaan Contoh: Sekapur Sirih Segeluk air-kisah pertentangan pendapat antara seorang ayah (bomoh) dengan anaknya(calon doktor) 8. Perpaduan Contoh: Mawar Merah diJambangan- kisah pertemuan seorang gadis cina Siew Ping dengan seorang pemuda Melayu Ali.



Cerpen-cerpen yang bertemakan keagamaan muncul selaras dengan kebangkitan Islam dan dakwah di Malaysia pada masa tersebut. Antara tokoh penting ialah Shahnon Ahmad yang dengan tegas membuat satu pendirian dengan gagasan “Sastera Islam”. Di tambah pula dengan rangsangan dari pihak Bahagian Agama , Jabatan Perdana Menteri menganjurkan peraduan mengarang cerpen berunsurkan Islam. Hasilnya muncullah penulis-penulis muda seperti: Nor Hisham Mustafa, Azizi Hj. Abdullah, Abdullah Tahir dsb. Menurut jemaah hakim antara tema-temanya ialah: 1. Penyakit hipokrit pemimpin Islam 2. Kesanggupan Islam menyelesaikan masalah 3. Masalah pelayan-pelayan Islam 4. Pengaruh buruk kehidupan kota meruntuhkan iman 5. Keinsafan golongan yang bergelumang dengan dosa 6. Kepercayaan Khurafat 7. Kesan dakwah 8. Akibat kurang didikan agama 9. Peristiwa-peristiwa di alam barzakh.



Teknik Penceritaan: 1. cerpen yang dihasilkan menonjolkan kelainan dari segi bentuk dan teknik pengolahannya. 2. Perubahan dilakukan terutama dalam aspek plot, watak dan perwatakan gaya bahasa serta sudut pandangan. 3. Kegiatan bereksperimen giat dilakukan oleh golongan penulis muda antara nya Anwar Ridhwan menggarap psikologi protagonis dalam cerpen “Dunia adalah Sebuah Apartmen” 3. Aliran baru seperti absurd juga dapat dilihat lewat cerpen yang ditulis oleh Mana Sikana yang berjudul “Hipokondiriakal” Othman Puteh “Kaukah Itu?”



PERKEMBANGAN GENRE DRAMA 1940-AN HINGGA 1970-AN



Sejarah perkembangan drama di Malaysia. Pertumbuhan drama moden adalah kesinambungan dari persembahan dan pementasan tradisi bermula seawal abad ke 18 lagi iaitu makyong ( Kelantan ), wayang kulit ( Pengaruh Jawa), Boria( Pulau Pinang, Randai( Negeri Sembilan), dabus(Perak).



1.Mak yong Sejenis drama tari - drama yang dipersembahkan dalam bentuk tarian. Ada pendapat mengatakan ianya berasal dari Kelantan, setengahnya mengatakan berasal dari Patani, selatan Siam. 2. Wayang Kulit Wayang kulit adalah kesenian milik orang Asia sejak beribu-ribu tahun lalu. Ia menjadi hiburan kepada golongan atasan(Istana ) sehinggalah kepada rakyat jelata. Wayang Kulit terdapat di Jawa, Bali, Thailand, Sri Lanka, India, Malaysia, Kemboja..Cerita diambil dari epik Ramayana dan Mahabharata. Bagaimanapun patung kulit yang menjadi watak dalam cerita berbeza setiap Negara 3. Randai 4. Kuda Kepang 5. Dabus



Perkembangan drama abad ke 19 menyaksikan kehadiran Bangsawan mewarnai seni di tanah Melayu. Dipercayai ianya berasal dari India dan mula diperkenalkan di Pulau pinang dalam tahun 1940an. Asalnya kumpulan bangsawan ini( dikenali sebagai Wayang Parsi (atau Mendu) mempersembahkan dongeng-dongeng yang bertemakan istana atau kayangan dan diselangi tarian yang mengasyikkan .Apabila kumpulan ini terkubur, muncul kumpulan bangsawan tempatan. Dengan menggunakan bahasa Melayu dalam lakonan mereka.. Perkembangan sangat pesat hingga tersebar ke Sumatera. Kumpulan bangsawan yang dipimpin oleh Mamat Masyhur (Syed Muhammad Abdul Rahman al Masyhor) Rumusan: 1.Bermula pada abad ke-19 1 2.Ditandai dengan kehadiran bangsawan . Berasal dari India-diperkenalkan di Pulau Pinang 1910-an 3. 4. Dikenali Wayang Parsi @ Mendu B 5.Bertemakan kisah dogeng, istana atau kayangan 6. Diselangseli dgn. Tarian 7. Kumpulan bangsawan Melayu di pimpin oleh Mamat Masyur (Syed Muhammad Abdul Rahman al-Masyhor)



telah bertanggungjawab memperkenalkan bangsawan ke Medan, Sumatera, tapi kumpulan “Pushi Indera bangsawan Of Penang”(1914) merupakan kumpulan Bangsawan professional yang pertama di Tanah Melayu yang hidupnya bergantung kepada bayaran penonton semata-mata. Popularnya sesebuah bangsawan itu bergantung pada kecantikan “Seri Panggung” ( gelaran pada pelakon utama wanita) dan ketampanan “Anak Muda” ( gelaran pada pelakon utama lelaki ), di samping kemahiran pelakon yang menjadi daya tarikan penonton Pelakon bangsawan tidak menggunakan skrip dan tidak menghafal dialog-dialog.Pengarahnya akan memberitahu rangka cerita dan selebihnya bergantung kapada kemahiran pelakon untuk mengucapkan dialog yang sesuai semasa berlakon.. bagaimanapun , rangka lakun atau senario setiap cerita akan ditampalkan di belakang pentas sebagai panduan para pelakon..



Cerita-cerita bangsawan banyak berkisar pada alam raja-raja dan pari-pari, terdapat juga cerita-cerita sejarah tempatan, kejadian sezaman (semasa), kisah-kisah silam dari Timur Tengah, cerita Hindi, Cina dan dari karya Shakespeare. Antara cerita yang popular ialah “Jula-luli Bintang Tujuh”, Sultan Mahmud Mangkat Di Julang”, Laksamana Mati Di Bunuh” dan “Bawang Putih dan Bawang Merah” Pada zaman kemuncak, bangsawan dikenali sebagai Opera, manalaka di Indonesia dikenali sebagai “Stambul”. Bangsawan mengalami kemerosotan pada masa Perang Dunia Kedua seterusnya semasa pemerintahan Jepun.



Tiga bentuk drama Melayu pada 1930-an -1940-an; Drama Sejarah Pengaruh dari Shakespeare (barat ) dan drama Indonesia Purbawara - Cerita silam yang hampir kepada sejarah Sandiwara - Berasal dari perkataan Sanskrit yang bermakna pertunjukan lakonan. Mempersembahkan kisah sejarah Melayu klasik seperti cerita tentang raja atau pahlawan Melayu yang terbilang. Contohnya “ Sultan Mahmud Mangkat di Julang”,Laksemana Bentan”, Tun Fatimah”. Awal tahun 1950-an sesuai dengan aliran masyarakat yang inginkan kemerdekaan, maka pementasan drama juga bertujuan menghidupkan kembali kegemilangan sejarah lampau dan mengambil iktibar dari tokoh-tokoh sejarah. Contoh drama ialah



Tun Fatimah ( 1952) , Keris Laksemana Bentan(1954), Si Bongkok Tanjung Puteri (1959 ) – Shaharom Hussein Megat Terawis (1951) Skrip pertama dibukukan – Teh Fatimah A. Wahab Robohnya Kota Melaka- Kala Dewata



Muncul pula drama pra realisme yang mengutarakan isu semasa melalui drama Malam Kemerdekaan (1957) oleh Usman Awang



Perkembangan Drama Tahun 1960-an 1960-an memperlihatkan drama aliran realisme muncul menggarapkan isu kehidupan masyarakat semasa dan sebagai wadah perjuangan .Bercorak sandiwara terutama sandiwara sejarah. Kala Dewata, dianggap pelopor drama aliran realisme di Malaysia K menerusi dramanya “Atap Genting Atap Rumbia yang ditulis oleh K beliau tahun 1963. a l aPersoalan yang dipaparkan berkisar mengenai masalah sezaman dan kontemporari, antaranya



Kerakusan Kota



Konflik



Keharmonian desa



Budi Melayu



Pendidikan



Cinta



Kehadiran drama moden ini memberi nafas baru dalam seni persembahan di mana tidak ada lagi selingan (tarian) dipersembahkan. Drama realisme lebih berterus terang, komited, berani dan mengubah secara tangan besi.



2 Drama realisme yang penting – berkait dengan kesedaran sosial



Atap Genting Atap Rembia oleh: Kala Dewata



Penulis lain : 1.Othman Hj.Zainudd in 2.Awang H ad Salleh 3. A. Ghafa r Ibrahim 4.Kemala



Tamu Di Bukit Kenny Oleh: Usman Awang



!970-an telah memperlihatkan aliran drama bukan realisma(absurd) mewarnai sejarah pertumbuhan seni kreatif. Drama seperti ini kurang menepati aspek logik tapi lebih menekankan aspek kejiwaan manusia. Conth karya dan dramatis 1. Bukan Lalang di Tiup Angin, Tiang Seri Tegak Berlima –Noordin Hassan 2. Tun Perak – Syed Alwi al Hady 3. Angin Kering – Johan Jaafar 4. Bukan Bunuh Diri – Dinsman Satu perkembangan yang menarik walaupun drama absurd cukup kuat pengaruhnya , namun drama bentuk lama masih tidak dilupakan, antara penulis yang masih mengekalkan drama lama ialah: *Usman Awang – Matinya seorang Pahlawan. Istilah teater mulai popular digunakan .



Terbahagi kepada 2 kategori(berjumlah 14 orang) 1. Tokoh lama (veteren – zaman sebelum perang) 2. Tokoh penerima anugerah Sasterawan Negara. Kategori Pertama: 1. Abdullah Munsyi 2. Syed Sheikh Al-Hadi 3. Ahmad Rasyid Talu 4. Abdul Rahim Kajai 5. Muhammad Yassin Maamor 6. Ishak Hj. Muhammad



Kategori ASN 1. Keris Mas 2. Shahnon Ahmad 3. Usman Awang 4. A.Samad Said 5. Arena wati 6. Muhammad Hj.Salleh 7. Nordin Hassan 8. Abdullah Hussain



Bentuk soalan  Latarbelakang  Sumbangan  Kepentingan



/ keistemewaan



PERTEMBUNGAN TIMUR BARAT REFORMASI PEMIKIRAN EMASIPASI WANITA REFORMASI PENDIDIKAN NASIONALISME PERPADUAN DASAR EKONOMI BARU



Pengenalan: Isu ini mula dikesan sejak zaman Abdullah Munsyi lagi, iaitu pada abad yang ke19. Peralihan kuasa dari raja-raja Melayu kepada kekuasaan orang Inggeris, apabila orang Inggeris mulai menguasai sebahagian Tanah Melayu menyebabkan pengaruh barat semakin meluas, ianya turut mempengaruhi pemikiran dan corak kehidupan masyarakat setempat termasuklah karya-karya sastera.



Pertembungan di antara nilai-nilai budaya, pandangan serta adat resam masyarakat Timur dengan masyarakat Barat.



1. 2. 3. 4.



Sikap orang Melayu yang pemalas, tamak haloba dan kewujudan kongsi gelap. Kebijaksanaan dan kecekapan orang Inggeris/kebijaksanaan mereka. Kritikan terhadap orang Melayu terpengaruh dengan budaya barat Keruntuhan akhlak dan pergaulan bebas



Contoh karya & Penulis • Hikayat Pelayaran Abdullah Munsyi oleh Abdullah Munsyi –mengkritik sikap orang Melayu jika dibandingkan dengan orang Inggeris cth; Sir Stamford Raffeles. • Iakah Salmah? oleh Ahmad Rasyid Talu- watak Salmah yang berfikiran cara barat,sehingga dia lulus Junior Cambridge. • Kawan Benar oleh Ahmad Rashid Talu- pengaruh budaya barat telah menghayutkan Abdul Zar sehingga dia mengabaikan rumahtangganya dengan Ramlah dengan mabuk dan berfoya-foya. • Bertukar Agama kerana Cinta oleh Abdul Rahman Hj. Ahmad



1. Pada tahun 1920-an dan 1930-an , persoalan yang dikemukakan oleh golongan penulis genre cerpen tidaklah memperlihatkan garapan persoalan yang besar, namun soal kebebasan sosial yang ditimbulkan kesan dari pertembungan Kebudayaan Timur dan Kebudayaan Barat jelas mendapat perhatian penulis cerpen pada era tersebut. Berdasarkan petikan di atas, a). Berikan nama dua penulis dan contoh karya mereka memperkatakan persoalan kebebasan sosial.



yang [4]



b). Huraikan dengan memberikan contoh empat persoalan kebebasan sosial dalam cerpen-cerpen Melayu tahun 1920-an dan 1930-an. [12] c). huraikan tiga faktor yang menimbulkan kesedaran golongan penulis cerpen berhubung dengan persoalan kebebasan sosial [9]



Persoalan Perkahwinan Paksa, Masyarakat Melayu pada era ini masih berpegang teguh dengan adat resam, termasuklah soal jodoh anak-anak yang ditentukan oleh ibubapa. Anak-anak terutama anak gadis akan dipaksa berkahwin untuk tujuan-tujuan seperti mendapat kekayaan dan pangkat. Cerpen Kesedihan Perkahwinan Paksa dan cerpen ”Kerana Ringgit Bercerai Kasih”oleh Pungguk atau Muhammad Yassin Makmur.



Mula diperkatakan oleh Abdullah Munsyi tentang alam realiti yang jauh terpesong dari pemikiran tradisional . Beliau menganjurkan supaya orang Melayu keluar dari pemikiran konservertif menuju ke pemikiran yang maju dan moden. Persoalan ini diperluaskan pula oleh golongan penulis agama – pemikiran pembaharuan dalam Islam selaras dengan serta reformasi Islam yang dibawa oleh tokoh-tokoh Islam di Universiti Al-Azhar, antaranya ialah: 1. Syed Sheikh Muhammad Abduh 2. Syed Jamaludin Al-Afghani Di Malaysia isu ini telah diperkatakan oleh Syed Sheikh Al-Hadi



Dalam konteks kesusasteraan Melayu ianya berhubung dengan perubahan pemikiran masyarakat Melayu yang berkait dengan agama Islam- terutamanya aspek-aspek yang menyentuh tentang soal-soal kepercayaan.



1. 2. 3. 4. 5.



Persoalan tentang pemahaman terhadap Islam-unsur khurafat Persoalan tentang Emasipasi wanita dari sudut Islam Pertentangan nilai-nilai moden dengan ajaran agama Islam Perubahan sikap yang lebih dinamis – menurut ajaran Islam Perubahan pemikiran tentang kepercayaan terhadap unsur-unsur animisme.



1. Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh Al-Hadi -Reformasi pemikiran terutama tentang pendidikan di kalangan anak-anak perempuan. 2. Serengenge oleh Shahnon Ahmad -Memperkatakan kepercayaan terhadap animisme boleh menghalang pembangunan dan ianya turut melemahkan ekonomi orang Melayu. 3. Seluang Menodak Baung oleh Shahnon Ahmad -Menyeru umat Melayu mengutamakan ekonomi, pendidikan serta berjimat cermat selaras dengan tuntutan agama.



Mula mendapat tempat dalam karya kesusasteraan Melayu sekitar tahun 1920-an Ianya diperkenalkan oleh Syed Sheikh Al-Hadi menerusi novelnya Hikayat Faridah Hanum. Kemudiannya ia diikuti oleh Ahmad Rasyid Talu dalam novelnya bertajuk Iakah Salmah?. Kalangan penulis agama menyedari hak wanita adalah sama dalam Islam terutama soal pendidikan.



Kebebasan hak wanita terutama dalam soal-soal yang berkaitan dengan hak yang sama rata dengan kaum lelaki dalam bidang-bidang seperti pendidikan, penglibatan dalam masyarakat,kebebasan sosial serta hak untuk menentukan sendirinnasib dan masa depan mereka.



1. 2. 3. 4. 5. 6.



Masalah percintaan di kalangan anak gadis Isu wanita dan keluarga Konflik nilai akibat kemajuan dan pembangunan kesan terhadap wanita Emasipasi wanita – hak-hak wanita dalam masyarakat Penglibatan wanita dalam kegiatan politik Kekuatan dan keazaman wanita dalam menempuh cabaran hidup.



1. Iakah Salmah? oleh Ahmad Rasyid Talu -Kebebasan wanita mendapat hak pendidikan seperti kaum lelaki -Pergaulan yang bebas tetapi masih ada batas-batas agama -Tegas dan berani menyuarakan pandangan yang progresif dan maju ke depan. -Berpandangan jauh dantidak gentar dengan kecaman -Menentukan nasib sendiri.



2. Persoalan ini seterusnya telah disambung oleh golongan penulis wanita yang muncul pada dekad 1960-an. Mereka begitu prolifik dalam berkarya yang menyentuh soal-soal wanita. Antaranya ialah: 1. Khadijah Hashim dengan Badai Semalam -Kegigihan Mazni dalam mencapai impian dan cita-citanya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. 2. Adibah Amin dengan Seroja Masih Di Kolam 3. Zaharah Nawawi dengan Sebelum Berakhirnya Musim Bunga.



Persoalan ini mula diperkatakan seawal abad ke-19, menerusi tokoh Abdullah Munsyi,dalam karyanya Kisah Pelayaran Abdullah. Di mana beliau telah mengkritik orang Melayu yang mengajar anak-anak mereka mengaji Al-Quran tetapi tidak memahami maksudnya. Persoalan ini juga turut diperkatakan oleh golongan penulis agama seperti Syed Sheikh Al-Hadi dan Ahmad Rasyid Talu-mereka cuba menyedarkan orang Melayu tentang kepentingan pendidikan khususnya anak-anak perempuan.Persoalan ini mendapat perhatian yang serius dikalangan penulis era 1960-an dan 1970-an.



Perubahan paradigma dalam soal pendidikan terutama dalam mengubah persepsi masyarakat tentang kepentingan pendidikan ke arah kemajuan dan pemodenan.



1.Kepentingan pendidikan untuk orang Melayu 2. Pentingnya anak-anak perempuan diberi peluang pendidikan yang sama dengan anak lelaki 3. Penekanan pendidikan agama di kalangan orang Melayu 4. Menggalakkan orang Melayu menceburi jurusan profesional 5. Menekankann pendidikan akhlak / moral 6. Pendidikan mengubah taraf sosio ekonomi orang Melayu.



1. Ahmad Rasyid Talu – Novel Iakah Salmah? Salmah gadis Melayu yang berpendidikan Inggeris sehingga ke peringkat Junior Cambrigde. Salmah juga digambarkan sebagai seorang gadis terpelajar, dia memberontak terhadap masyarakat yang mengongkang jiwanya, masyarakat yang mempunyai pandangan dan sikap kolot terhadap pelajaran dan kebebasan perempuan. Pengarangnya juga memberikan sebab kelemahan orang Melayu kerana kurang ilmu pengetahuan.



2. Khadijah Hashim – Novel Badai Semalam Kegigihan watak utamanya Mazni dalam pendidikan walaupun terpaksa berhadapan dengan banyak rintangan beliau akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dalam jurusan kedoktoran. 3.Arena wati – Cerpen Cikgu Rokiah kegigihan cikgu Rokiah untuk meningkatkan taraf pendidikannya dengan menduduki peperiksaan kemasukan ke Maktab Perguruan Bahasa, sehingga dia sanggup bergolok bergadai membeli buku rujukan.



Kebangkitan semangat nasionalisme di kalangan penulis sastera wujud lewat tahun1930-an dan awal tahun 1940-an. Semangat ini semakin memuncak apabila Jepun menjajah Tanah Melayu dengan slogan Asia Untuk Orang Asia. Kemunculan pertubuhan-pertubuhan yang objektifnya adalah politik (KMM) telah menyemarakkan lagi semangat nasionalisme. Kesedaran tentang kebebasan negara penting untuk survival bangsa memberi suntikan dan dorongan kepada penulis sastera untuk turut memperkatakan persoalan ini. Golongan penulis sasterawan-wartawan paling prolifik memperkatakan persoalan ini.



Semangat cintakan tanahair dan gagasan ingin membebaskan tanahair dari terus dibelenggu oleh penjajah. Rasa cinta dan bangga terhadap bangsa dan kebudayaan sendiri.



1. Tidak berpuashati negara yang masih dijajah oleh kuasa barat. 2. Kesedaran tentang nasib bangsa yang terpinggir dan ditindas di negara sendiri. 3. Sikap para pembesar Melayu yang mementingkan diri sehingga sanggup menggadaikan negara 4. perjuangan menentang penjajah 5. perjuangan menuntut kemerdekaan 6. Keagungan dan kebesaran kerajaan Melayu



Huraian: 1. Kuasa barat yang menjajah tanahair sejak 1511 lagi dilihat sebagai kuasa yang telah banyak mezalimi anak bangsa serta segala hasil ekonomi negara dikuasai oleh mereka. Situasi inilah yang menyebabkan anak bangsa benci dan tidak berpuashati dengan penjajah.



kenapa



Apa Kesan



1. Ishak Hj. Muhammad – novel Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila kedua-dua novelnya mengisahkan secara simbolik penentangan penduduk setempat terhadap penjajah barat. Dalam Putera Gunung Tahan, watak Ratu Bongsu yang menentang Robert dab William yang ingin menawan puncak gunung Tahan. Anak Mat Lela Gila- Ishak ingin menyedarkan orang Melayu kepada kebangkitan perjuangan di kalangan orang Melayu, ke arah kehidupan yang lebih maju dan sempurna. 2. Harun Aminurrasid – novel Panglima Awang dan Anak Panglima Awang Watak Awang dan Hitam yang hidup pada zaman penjajahan Portugis yang digambarkan sebagai watak telah berjaya mengelilingi dunia di samping perjuangan untuk menentang penjajah. 3. Keris Mas – cerpen pemimpin Kecil Dari Kuala Semantan Memperkatakan kesanggupan Dato Bahaman berjuang untuk menentang penjajah dan memerdakan tanahair. 4. Abd. Rahim Kajai-Cerpen Cerita Awang Putat Memperjuangkan fahaman “Malaya Untuk Bangsa Melayu”, dengan lantang tidak setuju dengan kehadiran pendatang yang diberi layanan istemewa.



Kesedaran tentang keperluan persoalan perpaduan juga perlu diterapkan dalam karya-karya sastera mula diperkatakan apabila negara mencapai kemerdekaan 1957, kerana negara kita adalah negara pelbagai kaum. Senario politik iaitu pengongsian kuasa antara kaum menyedarkan golongan penulis, persoalan ini perlu diperkatakan dalam karya-karya sastera. penglibatan Institusi seperti DBP serta GAPENA yang menganjurkan sayembara penulisan yang bertemakan perpaduan turut berperanan dalam memperkembangkan penerapan persoalan ini dalam karya sastera.



Kepentingan penyatuan antara kaum yang terdapat di negara kita dalam mewujudkan kehidupan yang lebih harmoni untuk kestabilan negara. Keharmonian dan keamanan negara hanya akan dicapai melalui pemahaman terhadap adat resam dan budaya kaum-kaum yang terdapat di negara kita.



1. 2. 3. 4. 5.



Perpaduan antara kaum melalui perkahwinan campuran Perpaduan antara kaum melalui kesedaran isu yang sama (keadilan) Perpaduan antara kaum melalui semangat kejiranan Perpaduan antara kaum sukar terlaksana (timbul Penindasan) Perpaduan antara kaum melalui pemahaman adat sesuatu kaum



1.Atan Long – novel Subuh Seorang gadis Tionghua yang memeluk agama Islam dan berkahwin dengan Seorang pemuda Melayu-hidup bahagia Cerpen Kita Kahwin, Darling oleh Azizi Hj. Abdullah 2.Ahmad Mahmud – cerpen Nyawa Balasannya Hubungan erat antara pekerja-pekerja yang terdiri daripada pelbagai kaum. Mereka Menentang orang-orang kulit putih. 3.A. Wahab Ali- Isteri Leong Beranak Keakraban hubungan keluarga Leong dengan Esah isteri kepada Ahmad yang Telah beri bantuan kepada isteri Leong yang hendak beranak. 4.Shahnon Ahmad-Novel Menteri Memperlihatkan kaum Cina menghalau bangsa Melayu ke kawasan-kawasan gunung. 5.Awang Had Salleh- novel Biru Warna Perkahwinan seorang pemuda dengan gadis tionghua yang memahami adat resam orang melayu.



Rusuhan kaum 13 Mei 1969, telah meninggalkan titik hitam dalam sejarah negara. Memaksa kerajaan memperkenalkan DEB dengan harapan kejadian tersebut dapat dihindari. Perpaduan kaum adalah kunci kestbalian dan keharmonian negara. Antara objektif utama DEB adalah : 1. Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dengan menambahkan pendapatan dan memperluaskan bidang pekerjaan. 2. Menyusun semula masyarakat tanpa pengenalan ras / kaum.



Penyusunan semula struktur ekonomi negara iaitu pembahagian ekonomi yang adil antara kaum di Malaysia. Pengenalan kaum tidak lagi mengikut ras. Kerajaan juga turut meletakkan sasaran 30 % ekonomi negara milik bumiputera.



1. 2. 3. 4.



Keseimbangan ekonomi antara kaum Membasmi kemiskinan di kalangan orang Melayu Penglibatan Orang Melayu dalam sektor-sektor moden. Penggunaan sumber tenaga sepenuhnya dalam sektor moden