TEKS Bercerita [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

KISAH NABI YUSUF DENGAN ZULAIKHA



TEKS Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Terima kasih pengacara majlis, barisan panel hakim, guru-guru seterusnya hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.



CATATAN Pengenalan:pantun dua rangkap



Negara Mesir lokasi utama Nabi Yusuf dengan Zulaikha ini kisahnya Nabi Yusuf a.s adalah manusia pilihan Allah. Beliau merupakan anak kesayangan Nabi Yaakub a.s. (1)



(1) Pengenalan



*Cantik dan menarik itulah Zulaikha Isteri pembesar Mesir, Al-Aziz gelarannya



* pantun



(2) Dalil



"Sesungguhnya ada beberapa tanda-tanda kekuasaan Allah pada (kisah) Yusuf dan saudara-saudaranya bagi orang-orang yang bertanya.” (2) (Surah Yusuf : ayat 7)



(3) Pengajaran



Nabi Yusuf a.s mempunyai keturunan yang mulia(3). Ayah, datuk dan moyangnya juga merupakan seorang nabi iaitu Yaakub, Ishak dan Ibrahim.



(4) Isu Semasa



Kes penyamaran sebagai kerabat di raja merupakan sesuatu yang tidak patut berlaku(4). Jadilah sepertimana asalnya kita kerana setiap manusia itu sangat mulia di sisi Allah.



Akibat hasad dengki dan iri hati, Nabi Yusuf menjadi mangsa konspirasi saudara-saudaranya. Lalu baginda dibuang ke dalam perigi nun jauh dari kampung halamannya.(1)



(1) Isi



*Kafilah berhenti mencari air Selamatlah baginda dari bencana Lalu dijual di Negara Mesir Milik Al-Aziz, pembesar Negara



*nasyid sepohon kayu



(2) Dalil



(3) Pengajaran Dan mereka menjualnya(Yusuf) dengan harga rendah, iaitu beberapa dirham sahaja, sebab mereka tidak tertarik kepadanya .(2) (Yusuf : ayat 20)



KISAH NABI YUSUF DENGAN ZULAIKHA



Menjauhi hasad dengki sangat dituntut di dalam agama(3). Disebabkan penyakit inilah terjadinya kes-kes pembunuhan(4) di kalangan masyarakat tanpa rasa belas kasihan. *Membesar Yusuf di dalam istana Zulaikha tertarik memandang wajahnya Bertambah tampan lalu digoda Ditepis oleh Iman dan taqwa(1)



(4) Isu Semasa (1) Isi *syair



(2) Dalil



“Dan ketika dia telah cukup dewasa Kami berikan kepadanya kekuasaan dan ilmu. Demikianlah kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik”(2) (Yusuf : ayat 22)



(3) Pengajaran Kisah Zulaikha menggoda Nabi Yusuf tersebar di serata negeri. Ini mengundang tanggapan negatif terhadap dirinya.



(4) Isu semasa



Hiasilah diri dengan sifat mulia agar tidak dipandang hina(3). Program Imam Muda menggalakkkan masyarakat mencontohi kemuliaan peribadi dan tingkah laku ikon-ikonnya(4). Disamping memberi kesan kepada masyarakat, ia juga mendidik individu berkenaan menjadi insan soleh di sisi Allah. Bagi membersihkan namanya, Zulaikha sengaja merancang sebuah jamuan khas untuk isteri-isteri para pembesar.(1)



(1) Isi



Sedang asyik para tetamu berbual sambil memotong buah, Yusuf keluar lalu diperkenalkan. Semua mata tertumpu pada ketampanan dan kesucian wajahnya sehingga tanpa sedar rupanya pisau itu terhiris jari mereka sendiri. *Yusuf merayu serta berdoa Bagi menghindar dosa dan noda Permintaan diterima Yang Maha Esa Diri difitnah lalu dipenjara







*Sajak



(2) Dalil



“……Dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan….”(2) (Al-Baqarah : ayat 191) (3) Pengajaran



Sikap suka memfitnah perlu dijauhi oleh setiap muslim kerana ianya



KISAH NABI YUSUF DENGAN ZULAIKHA boleh memporak perandakan kehidupan masyarakat(3).



(4) Isu Semasa



Tambahan lagi media penyebarannya berkembang luas termasuklah melalui SMS, Facebook, Twitter dan sebagainya.(4) Setelah pelbagai ranjau dan ujian dilalui sepanjang hidupnya Yusuf diangkat menjadi mulia kerana jasanya menyelamatkan Negeri dari bencana.(1)



(1) Isi



Dilantik Yusuf jadi menteri Kerana bakat mentafsir mimpi Bijak dan pandai tadbir negeri Rakyat sejahtera aman harmoni



*Nasyid iman mutiara (chorus:iman tak dapat diwarisi…)



Ketika dia (Raja) telah bercakap dengannya (Yusuf), raja berkata,”sesungguhnya kamu (mulai) hari ini menjadi seorang yang (2) Dalil berkedudukan tinggi di lingkungan kami dan dipercayai”(2) (Yusuf: ayat 54)



Bertemu semula Yusuf dan Zulaikha. Lalu berkahwin hidup bahagia Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah(3). Perkahwinan beramai-ramai(4) anjuran Baitulmal merupakan langkah yang amat baik bagi membantu golongan sederhana membina keluarga. Dengan ini masalah sosial dapat ditangani.



*pantun (3) Pengajaran (4) Isu Semasa



Kesabaran Yusuf perlu dicontohi Agar hidup aman diberkati Ilahi(5) Sekian Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.



(5) Penutup



CADANGAN SOALAN SPONTAN: 1- JIKA ANDA SEORANG PENGAWAS SEKOLAH, APAKAH TINDAKAN ANDA SEKIRANYA BERLAKU PERGADUHAN DI DEPAN MATA ANDA? 2- SEBAGAI SEORANG PELAJAR, APAKAH PERANAN UTAMA ANDA DI SEKOLAH DAN KELAS? 3- SEBAGAI PELAJAR ISLAM, APAKAH TANGGUNGJAWAB ANDA APABILA MELIHAT KAWAN-KAWAN YANG BERAGAMA ISLAM TIDAK MENUNAIKAN SOLAT?