Teks Maal Hijrah [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

TEKS MAAL HIJRAH



Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Terima atas nikmat bernafas, nikmat Islam dan nikmat hidayah-Nya.



Sedar atau secara tidak sedar, kita sudah mula melalui fasa tahun baharu Hijrah (Awal Muharram) dan pastinya segala perlakuan atau sikap kita, serta memori mahupun kenangan tahun Hijrah sebelumnya sama ada yang baik ataupun tidak baik, merupakan pengalaman sangat berharga yang akan mematangkan kita semua selain boleh dijadikan iktibar bagi menghadapi



dugaan



bakal



mendatang



pada



tahun



baharu



Islam



1444



Hijrah.



SAMBUTAN tahun baharu hijrah perlu mencapai matlamat sebenar, tepat dan selari dengan kehendak Islam, apatah lagi dalam konteks hari ini, masih ramai yang tidak menyedari falsafah di sebalik peristiwa agung itu. Ia bukan sekadar memperingati peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dan sahabat dari Makkah ke Madinah, sebaliknya membuahkan hikmah cukup besar apabila kaum Muhajirin dan Ansar dipersaudarakan, manakala Islam mula berkembang dan tersebar ke seluruh pelosok dunia. Susulan peristiwa hijrah itu juga menyaksikan takwim Islam mula diperkenalkan, sekali gus ketetapan itu penanda aras kepada kehidupan Islam sebenar, iaitu pemisahan antara hak dengan batil. Malah, keistimewaan Muharam perlu diketahui kerana ia diangkat sebagai bulan pertama dalam kalendar hijrah dan dikenali sebagai bulan Allah atau ‘syahrullah.’



2.1 SEBELUM HIJRAH Tentangan terhadap Islam semakin hebat dan pelbagai usaha dari pihak Quraisy untuk menyekat dakwah Islam. Musyrikin Makkah telah melakukan pelbagai usaha menghalang dakwah Rasulullah S.A.W antaranya, tawaran untuk bergilir-gilir melaksanakan agama



masing-masing, menawarkan pangkat, harta dan wanita kepada Rasulullah S.A.W, mengenakan sekatan ekonomi terhadap orang Islam, Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib selama 3 tahun. Selain itu, mereka juga telah melakukaN penyeksaan terhadap orang Islam dan membuat perancangan untuk membunuh Nabi. Pada tahun 620 Masihi, beberapa orang Madinah telah datang bertemu dengan Rasulullah S.A.W secara sulit. Pertemuan itu telah membawa kepada termeterainya Perjanjian Aqabah Pertama. Perjanjian ini dibuat pada tahun 621 Masihi bersamaan tahun ke sebelas kerasulan Nabi. Antara isi kandungan perjanjian ini ialah tidak mensyirikkan Allah S.W.T, tidak membunuh anak, tidak membuat fitnah atau khianat, tidak mencuri, tidak berzina, serta tidak menderhaka kepada Rasulullah S.A.W. Pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 622 Masihi bersamaan tahun ke tiga belas kerasulan, termeterai Perjanjian Aqabah Kedua yang dibuat antara Rasulullah S.A.W dengan 37 orang lelaki dan 2 orang perempuan Madinah. Antara isi kandungan perjanjian tersebut, mereka haruslah menerima Rasulullah S.A.W sebagai pemimpin dan berjanji mempertahankan Rasulullah. Kemudian, mereka juga berjanji untuk berjuang mempertahankan Islam dan membantu Rasulullah S.A.W serta orang Islam yang lain.



2.2 SEMASA HIJRAH Sehari sebelum hijrah Rasulullah S.A.W ke Madinah, musyrikin Makkah telah berbincang bagi menghalang Nabi daripada berhijrah. Mereka telah bersetuju untuk membunuh Nabi S.A.W semasa baginda sedang tidur. Pada malam penghijrahan, pemuda musyrikin Quraisy telah mengepung rumah Nabi untuk membunuh baginda tetapi Allah telah menurunkan wahyu bagi memberitahu Nabi tentang rancangan kafir Quraisy tersebut dan memerintahkan baginda agar berhijrah ke Madinah. Manakala, Saidina Ali telah diperintahkan oleh Nabi agar tidur di atas katil baginda dan Nabi telah berjaya keluar dari rumahnya lalu menuju ke rumah Abu Bakar untuk mengajaknya berhijrah. Kemudian, Nabi bersama Abu Bakar keluar dari Makkah menuju ke Gua Thur dan bersembunyi di sana. Setelah 3 hari 2 malam di dalam Gua Thur, baginda meneruskan perjalanan ke Madinah dengan dibantu oleh Abdullah Bin Arqit. Setelah itu, baginda berhenti di Quba' selama 4 hari dan membina masjid pertama dalam Islam yang dikenali sebagai Masjid Quba' . Pada 2 Rabiulawal tahun ke 13 kerasulan ( 2 Julai 622 Masihi ), Rasulullah S.A.W bersama Abu Bakar telah selamat sampai di Madinah. Mereka berdua disambut dengan penuh kegembiraan oleh penduduk Madinah.



2.3 SELEPAS HIJRAH



Hijrah telah mempersaudarakan antara golongan Ansar dan Muhajirin. Hijrah juga telah menjurus kepada pembinaan masjid sebagai tempat ibadah dan lambang perpaduan umat Islam. Selain itu juga, beberapa perjanjian telah termeterai bersama golongan Yahudi di Madinah. 3.1 HIJRAH PERTAMA: HABSHAH Pada permulaannya, penghijrahan umat islam yang pertama ialah menuju ke negeri Habsyah. Rombongan ini terdiri daripada sepuluh orang lelaki dan empat orang wanita kemudian disusuli oleh rombongan berikutnya sehingga mencapai seratus orang, diantaranya ialah Usman bin Affan beserta isteri beliau Ruqayyah, Zubair bin Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ja’far bin Abu Talib dan lain-lain. Penghijrahan ini berlaku pada tahun kelima kenabian tahun 615 Masihi. Setibanya di negeri Habsyah, mereka mendapat sambutan, penerimaan dan perlindungan yang baik dari rajanya. Ketika itu nabi tidak ikut ke Habsyah. Beliau tetap tinggal di Makkah. Orang Quraisy telah mengutus Amr bin Ash dan Abdullah bin Abi Rabi’ah ke Habsyah supaya meminta Raja Habsyah menolak kedatangan kaum muslimim tetapi baginda bersikap bijaksana kerana baginda tidak hanya menerima keterangan dari sebelah pihak sahaja akhirnya permohonan kaum muslimin untuk tinggal di Habsyah diperkenankan oleh raja dan tuntutan Quraisy ditolak .



3.2 HIJRAH KEDUA: TAIF Seterusnya, baginda berhijrah ke Taif untuk mendapat dorongan dan sokongan dari Khabilah Tsaqif terhadap musuh-musuh islam Makkah. Beliau menggunakan tutur kata yang baik dan sikap yang penuh dengan hormat dan bijak ketika menemui pemuda-pemuda Kabilah Tsaqif dan mengajak mereka untuk mentauhidkan Allah dan memeluk agama Islam. Namun begitu ajakan baginda tidak dihiraukan oleh pemuda-pemuda tersebut malah mereka menolaknya dengan kasar. Baginda diusir, diejek, dicemuh dan dilempari dengan batu. Baginda tabah menghadapi segala cubaan yang ditimpakan kepadanya. Baginda terpaksa kembali ke Makkah dan terus menuju ke Baitullah lalu beliau Tawaf dan sujud berdoa semoga Allah mengampuni kaumnya.



3.3 HIJRAH KETIGA: MADINAH Penghijrahan yang terakhir baginda ke Madinah pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September tahun 622 Masihi. Penghijrahan ini berlaku secara rahsia dan berperingkat-peringkat. Nabi Muhammad S.A.W berhijrah bersama-sama sahabatnya, Abu Bakar Al-Siddiq ke Madinah



dan telah memakan masa selama lebih kurang 12 hari. Namun, Umar bin al-Khattab telah berhijrah secara bersendirian dan terang-terangan kerana sifat keberaniannya.



4.0 SEBAB DAN TUJUAN HIJRAH



Dakwah Islamiah telah disebarkan di Makkah lebih kurang 13 tahun.Pelbagai rintangan telah dihadapi oleh Nabi Muhammad S.A.W dalam masa tersebut. Untuk meneruskan dakwah Islamiah, nabi Muhammad S.A.W telah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah.Terdapat beberapa faktor berlakunya hijrah ke Madinah. Faktor utama penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah adalah disebabkan perintah Allah menerusi wahyu. Maka dalam wahyu ini Allah telah menyatakan niat dan pakatan orang Quraisy untuk membunuh Nabi Muhammad S.A.W dan Allah telah memerintahkan baginda agar segera berhijrah. Perintah ini yang berasas ayat Al-Quran, iaitu surah Al-Anfal yang telah mempercepatkan penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W ke kota Madinah. Dengan perlindungan Allah S.W.T, Nabi Muhammad S.A.W dan sahabatnya, Abu Bakar Al-Siddiq selamat sampai ke Madinah. Hijrah bertujuan untuk meneruskan penyebaran Islam. Ancaman daripada orang Arab Quraisy telah menjejaskan aktiviti penyebaran Islam di Makkah. Walaubagaimanapun, penghijrahan itu bukan bererti orang Islam kecewa dengan penentangan tersebut tetapi ini merupakan strategi Nabi Muhammad S.A.W untuk mengembangkan Islam. Bagi baginda, suasana aman di tempat baru akan memudahkan lagi penyampaian dakwah islamiah. Selain itu, hijrah juga membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan.Hijrah Nabi Muhammad S.A.W ke Madinah adalah disebabkan jemputan masyarakat Arab Madinah yang sedang menghadapi pelbagai konflik.pada ketika itu suku Aus dan Kharaj di Madinah sering bertelagah sesama sendiri dan ekonomi mereka pula dikuasai oleh golongan Yahudi. Oleh itu, golongan Arab Madinah memerlukan pemimpin yang berkaliber seperti Nabi Muhammad S.A.W untuk mengetuai kepimpinan di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W juga diperlukan untuk mendamaikan masyarakat Madinah yang sentiasa bermusuhan.



5.0 KEPENTINGAN HIJRAH Hijrah mempunyai nilai yang sangat penting kepada peningkatan tamadun masyarakat Arab pada masa itu dan masyarakat Islam pada hari ini. Setelah berlaku hijrah ke Madinah, dakwah Islamiah dapat dilaksanakan dengan aman dan tanpa berselindung lagi, sedangkan di Makkah seruan terhadap Islam sering terganggu. Hijrah juga telah dapat menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama. Perpaduan ini telah melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah. Ini sangat penting kerana dengannya



masyarakat Madinah dapat menjalankan kegiatan ekonomi, agama dan kegiatan lain untuk menikmati kesejahteraan dan kemakmuran hidup. Tanpa perpaduan, keharmonian hidup dalam sesebuah masyarakat atau negara tidak akan wujud. Apabila keadaan ini berlaku, matlamat dan visi masyarakat atau negara berkenaan untuk mencapai kemajuan dan kemakuran tentu akan gagal. Sempena hijrah, wujud kiraan tahun hijrah dalam takwim Islam. Takwim hijrah ini telah mula digunakan pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin kedua, Khalifah Umar al-Khattab. Pada masa ini, takwim Hijrah digunakan di Negara Islam seperti Malaysia. Setiap tahun, Negara kita, Malaysia, mengadakan sambutan “ maal hijrah ” dan matlamatnya adalah untuk mengingati perjuangan umat Islam dahulu agar perkara itu sentiasa segar dalam ingatan generasi sekarang. Hijrah juga menunjukkkan bahawa sikap toleransi kaum dan tolong-menolong boleh melahirkan masyarakat cemerlang. Dalam konteks hijrah ke Madinah, orang Madinah telah memberikan bantuan yang besar kepada orang Islam Makkah yang berhijrah. Mereka sanggup memberikan tempat tinggal, menyediakan makanan dan keperluan asas yang lain, serta menerima orang Islam Makkah sebagai saudara dan sebahagian daripada masyarakat Madinah. Oleh itu, sikap sedia berkorban, bekerjasama, dan tolong-menolong untuk membangunkan negara harus tersemat dalam jiwa kita. Peristiwa hijrah ini telah memperlihatkan bahawa wanita juga dapat memainkan peranan penting selain sebagai suri rumah untuk menggerakkan kemajuan sesebuah negara. Contohnya, puteri AbuBakar Al-Siddiq, Asma’. Beliau telah berjaya membantu perjuangan Nabi Muhammad S.A.W apabila beliau dengan beraninya telahmenghantar makanan dan menyampaikan berita tentang Gerakan orang Quraisy kepada Nabi Muhammad S.A.W di Gua Thur walaupun menyedari tindakannya berbahaya serta laluan ke Gua Thur berliku dan berbatu besar. Hijrah juga menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad S.A.W. Baginda sanggup berkorban dan meninggalkan kesenangan hidup demi memperjuangkan Islam. Selain itu, baginda tidak pernah berputus asa apabila menempuh kegagalan. Sifat positif ini patut dicontohi.



KESIMPULAN Berdasarkan topik yang dibincangkan iaitu berkenaan hijrah Rasulullah S.A.W ke Madinah, kami dapat simpulkan bahawa hijrah yang dilakukan oleh baginda mendatangkan banyak kesan samada dari segi kebaikan atau keburukan walaupun baginda dan sahabat menempuhi pelbagai cabaran dan rintangan. Penghijrahan yang telah baginda lakukan ada yang disokong oleh orang sekelilingnya dan ada juga yang mem bantah. Kekuatan dan kesabaran baginda telah membuahkan hasil apabila berjaya berhijrah ke Madinah dan menyampaikan wahyunya di negeri tersebut. Banyak pengajaran yang boleh kita dapati melalui penghijrahan baginda.



Antaranya, kita haruslah bersabar dalam melakukan sesuatu. Seterusnya, kita juga harus bijak berfikir sebelum melakukan sesuatu. Selain itu, kita juga hendaklah memberi keutamaan kepada agama dengan bersolat dan berdoa dalam apa jua yang kita lakukan. Semoga kehadiran tahun baharu Islam (Hijrah) 1444H akan menjadi lebih bermakna sebagai pendorong semangat dan azam baru kepada seluruh umat Islam di Malaysia mahupun yang ada di seluruh pelusuk dunia untuk terus berusaha dan berusaha demi mencapai kejayaan yang lebih tinggi dalam kehidupan masing-masing serta meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan



kepada



Allah



Akhir kata, Menjelma lagi tahun Baru, Penyatuan Ummah jiwa raga, Muharram membuka lembaran baru, Tingkatkan amalan manuju Syurga.



Wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.



SWT.