Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Novel yang dipilih ialah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck hasil karangan Hamka ataupun nama penuh beliau ialah Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Beliau lahir di Molek, Meninjau, Sumatra Barat, Indonesia pada tanggal 17 Februari 1908. Ayah beliau bernama Syeikh Abdul Karim bin Amrullah (Haji Rasul). Ketika Hamka berumur 10 tahun ayahnya membangunkan Islam di daerah Thawalib Sumatra di Padang Panjang. Di sana Hamka belajar tentang ilmu agama dan bahasa Arab. Di samping belajar ilmu agama pada ayahnya, Hamka juga belajar pada beberapa ahli Islam yang terkenal seperti Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sultan Mansyur dan Ki Bagus Hadikusumo. Pada tahun 1927 Hamka menjadi guru agama di Perkebunan Tinggi Medan dan di Padang Panjang pada tahun 1929. Pada tahun 1957-1958, Hamka bertugas sebagai pensyarah di Universiti Islam Jakarta dan Universiti Muhamadiyah Padang Panjang. Hamka tertarik pada beberapa ilmu pengetahuan seperti sastera, sejarah, sosiologi, dan politik. Pada tahun 1928 Hamka menjadi ketua Muhammadiyah di Padang Panjang. Pada tahun 1929 beliau membangunkan “Pusat Latihan Pendakwah Muhammadiyah” dan dua tahun kemudian beliau menjadi ketua Muhammadiyah di Sumatra Barat. Pada 26 Julai 1957, beliau menjadi Ketua Majlis Ulama Indonesia.



Hamka sudah menulis beberapa buku seperti Tafsir Al-Azhar (5 jilid) dan novel seperti Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di bawah Lindungan Ka’bah, Merantau Ke Deli, Di dalam Lembah Kehidupan dan sebagainya. Hamka memperoleh Doctor Honoris Causa dari Universiti Al- Azhar (1958), Doctor Causa dari Universiti Kebangsaan Malaysia (1974). Beliau meninggal dunia pada 24 Julai 1981. Kehadiran unsur keagamaan dalam sastera adalah lambang keagungan sastera itu sendiri.



Bentuk fizikal novel ini ialah sebanyak 270 muka surat. Novel ini mempunyai 28 bab yang terkandung didalamnya. Setiap bab terdiri daripada 9 muka surat secara keseluruhannya. Novel ini telah diolah prakatanya oleh ZF Zamir. Buku ini diterbitkan oleh PUTEH PRESS dan novel ini diterbitkan pada tahun 2016. Buku ini mempunyai warna putih sebagai warna asas novel. Putih melambangkan kesucian dimana kita dapat lihat kesetiaan dan kesucian cinta Zainuddin terhadap Hayati begitu mendalam sehingga Zainuddin sanggup menunggu Hayati walaupun Hayati telah dipaksa berrkahwin dengan lelaki lain. Tulisan tajuk novel adalah warna biru melambangkan lautan biru sejauh pemandangan mata manusia yang tanpa diduga telah



menghancurkan cinta dua insan yang ikhlas mencintai antara satu sama lain sehinggakan telah meragut nyawa insan yang dicintainya dan kemudian Zainuddin pula meninggal dunia.



Zainudin yang sedang memperhatikan keindahan alam dilautan Mengkasar, yang rupanya telah melayang jauh sekali, bayangan cahaya merah matahari terbenam yang nampak di mata, dari lautan dunia pindah ke lautan khayalan. Orang yang tinggal di Mengkasar dipanggil sebagai orang Mandar. Ia teringat akan pesan ayahnya saat ayahnya hendak meninggal dunia. Ayahnya berpesan bahawa negerinya yang asli bukanlah Mengkasar tapi Batih Sapuluh Koto (Pandang Panjang). Latar belakang kehidupan Zainudin diceritakan melalui suatu kejadian lampau kira-kira 30 tahun yang lalu. Ayahnya yang bergelar Pandekar Sutan, kemenakan Datuk Mantari Labih, adalah Pandekar Sutan kepala waris tunggal dari harta peninggalan ibunya, kerana dia tidak mempunyai saudara perempuan. Dia dan mamaknya, Datuk Mantari Labih menguruskan harta peninggalan ibunya Namun, mamaknya itu menekuk dan menghabiskan hartanya saja. Pandekar Sutan hendak mendirikan rumah tangga tetapi beliau mendapat halangan dari mamaknya yang tidak membenarkannya menjual harta warisan ibunya. Berlaku pertikaian antara Pandekar Sutan dengan mamaknya, Datuk Mantari Labih, yang akhirnya membunuh mamaknya dengan pisau belati yang digenggam Pandekar Sutan. Kemudian Pandekar Sutan ditangkap oleh orang-orang kampung. Pandekar Sutan kemudian diadili dan mengaku secara terus terang atas kesalahannya. Dia dibuang negeri selama 15 tahun di Cilacap iaitu, tempat hukuman pengasingan paling terkenal bagi orang Sumatra.



Apa yang dapat saya ulaskan disini ialah ayah Zainuddin merupakan satu-satunya anak lelaki tunggal dalm keluarganya. Ayahnya menggalas tanggungjawab yang sangat berat untuk memikul tanggungjawab keluarga. Ayahnya seorang yang bertanggungjawab dan bukannya seorang yang pengecut kerana tidak lari daripada tanggungjawab yang sebegitu berat. Ayahnya juga bersabar dengan sikap mamaknya yang ingin merebut harta peninggalan ibunya tersebut. Sehingga ke suatu peringkat di mana ayahnya sudah tidak dapat bersabar dengan mamaknya kerana perangai mamaknya yang tidak mahu harta peninggalan tersebut dijual. Pada pendapat saya, tindakan Pandekar Sutan membunuh mamaknya adalah kurang wajar kerana sepatutnya Pandekar Sutan merujuk kepada orang yang lebih arif tentang hal-hal urusan harta peninggalan. Kesan tindakan Pandekar Sutan dibuang negeri adalah wajar kerana atas kesalahan membunuh yang merupakan kesalahan berat. Pandekar Sutan juga boleh dikenakan hukuman yang lebih



berat kerana menumpahkan darah adalah perkara yang dilarang sama sekali di dalam semua agama terutama agama Islam.



Kemudian dia dibawa berlayar dari Jawa ke Tanah Bugis, kerana Pendekar Sutan bergelar “jago” untuk ikut dalam peperangan Bone. Ketika Pandekar Sutan mula dipenjarakan, umurnya adalah 20 tahun. Di dalam penjara dia bergaul dengan seorang Madura berumur 40 tahun bernama Kismo, yang mempunyai ilmu batin. Pandekar Sutan berguru dengan Kismo. Setelah menghabiskan hukumannya, Pendekar Sutan berada di Mengkasar. Kerana di Minangkabau dia sudah tidak mempunyai saudara kandung. Dia enggan kembali ke kampung halamannya. Oleh sebab itu, dia tinggal di Mengkasar selama beberapa tahun lamanya. Pendekar Sutan dikahwinkan dengan Daeng Habibah, anak si pemilik rumah yang ditumpanginya, seorang tua keturunan bangsa Melayu. Setelah kira-kira 3 hingga 4 tahun berumah tangga, mereka dikurniakan anak lelaki bernama Zainudin.



Pandekar Sutan merupakan seorang yang peramah kerana mampu membina hubungan persaudaraan dengan orang baru walaupun di dalam penjara. Pandekar Sutan juga merupakan seorang yang cintakan ilmu kerana berusaha mendapatkan ilmu walau dimana sahaja dia berada. Beliau juga seorang yang suka belayar ke negeri orang lain untuk menimba pengalaman dan menambahkan pengetahuan sedia ada.



Mak Base, orang yang bertahun-tahun mengasuh Zainudin , menceritakan akan kisah masa lalu Zainudin . Dia menceritakan saat-saat terakhir ibunya menghadapi kematian dan menceritakan pesan-pesan yang ditinggalkannya kepada Zainudin sebelum maut menjemput. Mak Base juga menceritakan setelah pemergian ibu Zainudin , ayahnya Pandekar Sutan tidak mahu menikah lagi. Tambahan lagi dengan kiriman surat dari Padang yang meminta ayahnya untuk kembali lagi, namun Pangeran Sutan tidak sampai hati meniggalkan pusara ibu Zainudin.



Pendekar Sutan pun tidak mahu membawa Zainudin ke Padang kerana adat di Padang sangat berbeza dengan adat di Mengkasar . Orang Minangkabau akan merasa malu kalau bukan keturunan dari kampungnya sendiri. Hingga tiba ayahnya, Pendekar Sutan akhirnya wafat menjemput sang istri. Diakhir hayatnya pendekar Sutan memberikan wasiat berupa peti yang berisi warisan yang kemudian dijadikan modal berdangang oleh mak Base, yang keuntungannya diperuntukkan membiayai hidupnya bersama Zainudin.



Zaindin meminta izin kepada Mak Base hendak pergi ke tanah nenek moyangnya Padang. Mula-mula Mak Base tidak mengizinkannya. Namun setelah penjelasan-penjelasan yang diterangkan Zainudin, akhirnya lunaklah hati Mak Base, mengizinkan Zainudin mencari keluarganya di Padang dan menuntut ilmu agama disana. Tibalah hari dimana Zainudin berlayar menuju Padang. Sebelum berlayar, Zainudin dan Mak Base nyekar ke pusara ibu dan ayah Zainudin. Sekembalinya pulang dari menyekar, mak Base mangeluarkan peti tempat menyimpan uang. Memberikan bekal materi untuk ongkos berlayar. Pukul 5 sore mulai berlayarlah Zainudin diiringi isak tangis dari Mak Base yang mengantarnya ke Pelabuhan. Zainudin sampai di Padang, setelah itu langsung diteruskannya perjalanan ke dusun Batipuh, kampung halaman Ayahnya. Dia tinggal di rumah persukuan yang dekat dengan ayahnya.



Disana dia memperkenalkan dirinya kepada Bokonya. Namun kedatangannya tidak begitu ditunggu-tunggu. Dikarenakan ibunya bukan berasal dari Minangkabau, walaupun ayahnya orang Minangkabau, dia dipandang orang lain juga. Sebab diMinangkabau bangsa diambil dari ibu.



Zainudin bertemu dengan kakeknya disebuah kampung, di Ladang Lawas. Namun kakeknya, yang bergelar Datuk Panduka Emas, tidak begitu peduli dengan kedatangnya, sampai menawarkannya untuk tinggal bersama, kakeknya itu pun enggan melakukannya. Pengarang menceritakan sebab-sebab Zainudin berkenalan dengan seorang gadis asli kampung Batipuh bernama Hayati. Ketika hendak pulang ke Batipuh sepualngnya dari ladang, tiba-tiba hujan lebat turun, mereka pun berteduh di Ekor Lubuk. Zainudin yang membawa payung, meminjamkan payungnya kepada Hayati bersama dengan seorang temannya yang waktu itu hari sudah mulai petang namun hujan belum juga reda. Zainudin gembira bisa berkenalan dengan Hayati.



Mukanya jernih, matanya penuh rahasia kesucian, menunjukan kegembiraannya. Ketika tengah malam, dia pergi tidur ke surau. Dalam tidurnya dikerumuni dengan mimpi-mimpi yang indah selepas kejadian turunnya hujan di petang itu.



Pagi-pagi seorang anak kecil datang menghampiri Zainudin di Surau. Anak itu membawa payung yang dipinjamkannya kepada Hayati. Dia hendak mengembalikan payung dan memberikan sepucuk surat dari Hayati kepada Zainudin . Zainudin tercengang menerima surat dari Hayati, di bawanya ke dalam Surau, kemudian lekas-lekas dia membacanya. Isinya ucapan terimakasih dari Hayati kepada Zainudin dan ungkapan keberuntungan bisa berkenalan dan bersahut-sahutan mulut dengannya. Zainudin menafsirkan surat itu berisi penuh dengan ketulusan dan keikhlasan. Zainudin dari Surau pulang kerunah bokonya. Sehabis makan, kirakira pukul 9 dia bergegas kesawah dengan penuh semangat. Setibanya di pinggir sawah, Zainudin bertemu dengan seorang laki-laki tua sedang menyambit padi yang rupanya kenal akan dirinya. Kemudian mereka pun berbincang-bincang. Saat sedang asyiknya Zainudin dan seorang lelaki tua itu bercengkrama, datang seorang perempuan diiringi dengan adiknya, anak laki-laki yang memulangkan payung Zainudin, melalui pematang sawah membawa bekal makanan untuk lelaki tua tadi. Hayati melihat Zainudin ada di situ, dia pun tercengang, mukanya berubah merah. Begitu juga dengan Zainudin.



Laki-laki tua itu mengenalkan kemenakannya, Hayati kepada Zainudin . Zainudin mengaku telah mengenal Hayati. Kemudian diceritakannya kejadian hujan disore itu. Waktu Dzuhur tiba, lelaki itu pun pulang kerumahnya, diiringi oleh kedua cucunya. Berpisahlah mereka dengan Zainudin. Zainudin memandang Hayati dari kejauhan dengan tenang, tak sapatah katapun keluar dari mulutnya. Pertemuan disawah itu, amat besar artinya bagi Zainudin . Sejak berkenalan dengan hayati, dia tidak merasakan kesunyian lagi di Tanah Minangkabau yang memandangnya orang asing itu. Perkanalan itu telah mengalirkan harapan yang baru dalam hidupnya. Hayati sendiri pun semenjak waktu perkenalan itu, kerap kali hatinya merasakan keanaehan. Kemudian Hayati pun berkirim surat dengan sahabatnya, bernama khadijah yang tinggal di padang panjang, menceritakan bagaimana perasaan hatinya kala itu.



Sebenarnya, Hayati amat kasihan meliahat nasib Zainudin. Di Batipuh tidak mempunyai kerabat karib, dan ayahnya yang telah meninggal pula. Sikap Zainudin yang lemah lembut, matanya penuh dengan cahaya yang muram, cahaya dari tanggungan batin yang begitu hebat sejak kecil, talah menimbulkan kasihan yang amat dalam dihati Hayati. Dan perasaan kasihan itu tumbuh menjadi benih-benih cinta yang muncul dari sayang, kasih dan rindu yang kekal. Sudah lama Hayati menunggu-nunggu suatu kalimat keluar dari mulut Zainudin, kalimat ungkapan cinta.



Hayati bertemu dengan Zainudin diliku jalan. Mereka saling bersapa-sapaan. Dalam perjumapan yang tidak disengaja itu, Zainudin mengeluarkan sepucuk surat dari sakunya, kemudian diberikannya ketangan Hayati dengan gemetar. Setelah tiba dirumah, sehabis sembahyang dan makan malam, ditempat tidur dia segera mambaca surat dari Zainudin . Surat itu ternyata di buat dengan sepenuh jiwa oleh Zainudin. Semua perasaan Zainudin ditumpahkannya dalam secarik kertas. Yang tentunya membuat jiwa Hayati pun tersentuh. Gemetar Hayati membaca surat tersebut. Dia baru menyadari bahwa perasaan terhadap Zainudin yang dirasakan selama ini adalah perasaan cinta.



Dilain pihak, Zainudin sang pembuat surat, diserukannya diwaktu tengah malam dalam doanya bahwa dia bersyukur dengan apa yagn telah Tuhan berikan pada, beroleh seorang perempuan yang telah mengembalikan hatinya yang telah hilang bersama dengan kepergian kedua orang tuanya. Zainudin dan Hayati dimalam itu teringat akan surat yang dikirimnya. Ada perasaan takut dan cemas. Di Minangkabauatau pun di Mengkasar, anak muda yang berkirimkirim surat amat dicela orang sebab dipandang rendah budi.



Perjuangan batin yang begitau hebat telah menjadi perasaan cinta yang mulai subur, namun dibayangi rasa ketakutan. Keesokan pagi, Zainudin bangun dari tidurya, dia merasa takut dan malu bertemu Hayati, takut suratnya tidak akan diteri Hayati. Sehingga jika sedang dijalan Zainudin selalu mempercepat langkahnya takut kalau-kalau bertemu dengan Hayati. Setelah satu, dua hari surat itu dikirim, tidak mendapat balasan dari Hayati. Menambah rasa takunya akan hal itu. Ketika bertemu Hayati di suatu jalan, Zainudin cuba menghindarinya mengecong ketempat lain.



Ketika Zainudin datang dari sebuah lepau ditepi jalan dan hendak mendaki ke kampung tempat tinggal, ditengah jalan dia bertemu dengan Hayati. Tiba-tiba Hayati menegur Zainudin , dia menayakan sebab-sebab mengapa Zainudin selalu menghindarkan diri darinya. Zainudin pun menjawab dengan gemetaran bahwa dia merasa malu dan takut. Hayati lalu mambalas alasan Zainudin dengan memuji surat yang disusun dengan kata-kata yang begitu indah yang dikirim Zainudin untuknya dan mengapa Zainudin harus meras malu, sedang ia tidak membalas lantaran merasa tidak pandai merangkai kata yang seindah apa yang ditulis oleh Zainudin . Demikinalah pertemuan tatap muka itu memberikan penjelasan pertanyaan dalam hati.



Sejak Zainudin mengetahiu bahwa suratnya diterima baik oleh Hayati, yang artinya pengharapannya bukan sekedar angan-angan. Zainudin kemudian memberanikan dirinya mengirimi surat lagi kepada Hayati. Sampai kepada suratnya yang ketiga, saat Zainudin menuggu-nugggu balasannya. Ahmad, adik Hayati, membawa surat balasan. Berdebar-debar jantung Zainudin hendak membuka sampul surat itu. Setelah membacanya. Zainudin merasa isi surat balasan Hayati dingin, dalam suratnya Hayati meminta bertemu dengan Zainudin di dangau di sawah. Sore hari, saat orang-orang berangsur pulang dari sawah, Zainudin telah berdiri menunggu Hayati di dangau tersebut. Tidak beberapa saat kemudian, Hayati datang pula ditemani dengan adiknya.



Pengakuan Zainudin akan perasaannya terhadap Hayati dan meminta Hayati membalas perasaannya. Awalnya pengakuan Hayati akan perasaannya tidak mencintai Zainudin , Hayati meminta agar diantara keduanya lebih baik menjadi sahabat saja. Sebab dia merasa takut kalaukalau perasaannya membawa kesesatan iman. Penyataan Hayati yang menolak Zainudin membuat jiwa Zainudin seketika mati. Maka pergilah Zainudin meniggalkan Hayati dengan perasaan kacau. Meneteslah air mata Hayati, ternyata vonisnya telah memberikan kematian terhadap dirinya sendiri. Dia tidak bisa membohongi perasaannya terhadap Zainudin . Melihat keadaan Hayati yang seperti itu, Ahmad berlari-lari mengejar Zainudin , didapatinya Zainudin tengah duduk tersimpuh ditepi bandar air. Dibimbingnya Zainudin kembali kedangau tadi. Setelah Zainudin kembali, Hayati kemudian mengakui akan perasaan hatinya yang sebenarnya terhadap Zainudin . Mencintai Zianudin. Pernyataan Hayati telah mengembalikan jiwa Zainudin yang sempat mati.



Hubungan Hayati dan Zainudin kemudian tersiar didusun kecil itu, Batipuh, menjadi perbincangan, gunjingan bisikan dan desas-desus dari mulut kemulut. Perbuatan Hayati dan Zainudin yagn berkirim-kirim surat, bermain mata dan menjalin hubungan dianggap telah mencoreng persukuan Hayati. Bagi negeri yang beradat perbuatan demikian, menghinakan derajat anak-anak muda yang belum kawin seakan-akan kampung tak beradat.



Zainudin diajak berbincang-bincang oleh Datuk perihal perbincangan orang mengenai hubungannya dengan Hayati, yang dianggap telah melakukan perbuatan buruk, yang pantang benar didalam negeri yang beradat seperti Minangkabau. Dimintanya agar Zainudin menjauhkan diri dari Hayati, menghilangkan perasaannya terhadap Hayati dan meminta Zainudin agar pergi dari Batipuh.



Pernyataan Datuk kepada Hayati bahwasanya Zainudin tak sesuai dijadikan sebagai pendamping hidupnya. Di rumah bokonya, Mande jamilah meminta Zainudin agar meninggalkan Batipuh dan tinggal di Padang Panjang sebab nama Zainudin sudah menjadi buah bibir, yang membuat anak-anak muda bermaksud jahat kepada Zainudin . Zainudin memutuskan untuk pergi dari dusun Batipuh dan menuju ke Padang Panjang. Dalam perjalannya, ditepi jalan menuju Padang Panjang, terlihat olehnya seorang perempuan bersama seorang anak laki-laki. Perempuan itu adalah Hayati dan Ahmad.



Hayati melihat Zainudin yang hendak ke Padang Panjang di tepi jalan ditemani Ahmad. Janji Hayati kepada Zainudin untuk selalu mencintainya apapun yang terjadi dan akan menunggu Zainudin sampai kapan pun. Zainudin tinggal di Padang Panjang yang tidak begitu jauh dari Batipuh. Hayati mengirimi surat Zainudin belajar mendalami ilmu agama. Dia juga belajar bahasa inggeris dan mendalami bahasa belanda. Hayati menginap dirumah khadijah untuk menonton pacu kuda dan pasar malam. Hayati berkenalan dengan Aziz. Zainudin dan Hayati bertemu di pacu kuda yang saat itu Hayati berpakaian yang lain dari biasanya.



Zainudin mengirimkan surat kepada Hayati, mengomentari pakaian yang menurutnya tak pantas untuk dikenakan. Makian khadijah terhadap surat yang dikirimkan Aziz. Niatan keluarga Aziz yang hendak menjadikan hayati sebagai menantu. Keluarga Aziz datang mengunjungi keluarga Hayati untuk meminang. Zainudin mendapat kabar duka dari Mengkasar lewat sepujuk surat dari Daeng Masiga bahwa Mak Base telah wafat. Di dalam surat itu disertakan pula harta peninggalan Mak Base, uang 3000. Zainudin memberanikan diri mengirimkan surat kepada Datuk untuk meminang Hayati.



Ninik mamak hayati berkumpul untuk memusyawarahkan pinangan dari Aziz dan Zainudin . Mereka memutuskan menerima pinangan Aziz dan menolak Zainudin dengan alasan kejelasan persukuan dan pencaharian. Surat penolakan minangan Zainudin diterima yang memutuskan harapan Zainudin . Zainudin pergi dari Padang Panjang selama 10 hari kebeberapa tempat di sekitas Sumatra barat untuk menenangkan diri. Sekembalinya di Padang Panjang Zainudin menerima surat dari Khadijah isinya memperingatkan agar dia tidak lagi mengganggu Hayati yang akan menikah dengan kakaknya Aziz. Perkenalannya dengan Muluk yang kemudian menjadi sahabat karibnya disaat suka mahupun duka. Zainudin meminta bantuan Muluk untuk menyelidiki asal usul Zainudin.



Zainudin mengetahui perangai buruk dari Aziz melalui cerita Muluk. Zainudin mengirimi surat kepada hayati mengenai perangai buruk Aziz. Hayati membalas surat Zainudin , isinya memperingatkan agar Zainudin tidak usah lagi mengurusinya lagi dan pernyataan yang sudah tidak mencintai Zainudin lagi. Nasihat Muluk agar Zainudin melupakan hayati dan mencari perempuan baik lain yang lebih pantas bersanding dengannya. Berlangsungnya perkawinan antara Aziz dan Hayati. Zainudin jatuh sakit mendengar kabar penikahan Hayati. Zainudin sakit selama dua bulan lamanya.



Hayati datang menjenguk Zainudin bersama suaminya Aziz. Zainudin pulih dari sakitnya dan menyadari bahwa Hayati sudah menjadi milik orang lain. Zainudin memutuskan untuk meninggalkan tanah Minangkabau dan pindah ketanah jawa tepatnya di Jakarta bersama dengan Muluk. Zainudin tinggal di Jakarta. Disana dia dan Muluk menyewa kamar kecil di kampung yang masih sepi. Dia mulai menyelesaikan hikayat-hikayatnya yang sempat tertunda dan kemudian



mengirimkannya ke media surat kabar. Dari ditu dia mendapat honorarium walupun sedikit. Namun tak disangka hikayatnya disenangi banyak orang. Dan kemudian Zainudin menjadi penulis terkenal dengan permulaan huruf Z.



Zainudin dan Muluk pindah ke Surabaya. Di kota itu Zainudin mengembangkan karirnya sebagai penulis dan menerbitkan sendiri karyanya sampai kepelosok nusantara. Hayati dan Aziz pindak kekota surabaya, karena Aziz di pindah tugaskan. Hayati dan Aziz bergabung dalam club anak sumatera. Mereka memenuhi undangan dalam acara club anak sumatera. Hayati, Aziz dan Zainudin bertemu dalam acara kelab anak sumatera. Aziz tak menyangka penulis yang terkenal itu adalah Zainudin orang yang selama ini dipandang hina. Aziz dan Zainudin mulai berkawan.



Perangai Aziz mulai nampak kepermukaan oleh Hayati. Rumah tangga mereka mulai berantakan. Hingga pada suatu saat rumahnya disita karena Aziz terbelit hutang judi. Aziz meminta bantuan kepada Zainudin . Kemudian Aziz dan Hayati tinggal menumpang di rumah Zainudin. Aziz mencari pekerjaan ke Banyuwangi. Namun hayati tetap tinggal di rumah Zainudin hingga Aziz mendapat pekerjaan. Selang beberapa bulan Aziz pergi. Aziz mengirimkan surat cerai. Mengembalikan Hayati ke tangan Zainudin. Surat kabar memberitakan kematian seorang Sumatera yang gantung bunuh diri dikamar hotel yang ternyata adalah Aziz.



Zainudin memutuskan untuk memulangkan Hayati ke Minangkabau. Sebenarnya Hayati ingin tinggal bersamanya. Namun karena Zainudin masih enggan merajut lagi cintanya karena masih teringat penghianatan Hayati terhadapnya. Hayati berlayar ke Padang dengan kapal Van Der Wijck. Dia diantar kepelabuhan oleh muluk. Dititikannya sepucuk surat untuk Zainudin sebelum kapal mulai berlayar.



Keesokan harinya Zainudin mendapat kabar bahwa kapal Van Der Wijck karam. Dia cemas akan keadaan Hayati yang menumpangi kapal tersebut. Dicarinya informasi mengenai keberadaan Hayati. Selamat atau tidaknya hayati. Kemudian Zainudin dan Muluk mencarinya ke lamongan, tempat para korban kapal karam di beri pertolongan. Didapatinya hayati disana yang sudah tergolek lemah. Hayati meninggal dunia setelah dua hati dirawat.



Zainudin terasa atas kematian Hayati. Dia tidak bergairah lagi mengarang, membuat hikayat-hikayat indah. Zainudin jatuh sakit. Dalam sakitnya dia menulis surat wasiat yang isinya mewariskan seluruh harta peninggalannya kepada Muluk, sahabat karibnya. Zainudin meninggal dunia. Berita kematiannya dimuat dikoran-koran. Zainudin dikebumikan oleh Muluk disamping pusara Hayati orang yang sangat dicintainya.



Antara ulasan yang dapat saya ulaskan ialah dalam novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck menceritakan suatu kisah cinta murni diantara sepasang remaja, yang berteraskan keikhlasan dan kesucian jiwa, dimana watak utamanya itu mengalami kekecewaan dan percintaannya yang terlalu mendalam kepada perempuan yang di sukainya oleh itu, saya lebih menitik berat melalui pendekatan psikologi. Pendekatan psikologi menekankan analisis terhadap karya sastra dari segi intrinsik, khususnya pada penokohan atau perwatakannya. Penekanan ini dipentingkan kerana watak utama banyak mengalami masalah melibatkan hati dan perasaan. Dan yang jadi pertanyaan, kenapa Zainuddin fustasi dan kecewa? Jawabanya karena dia kecewa lamarannya telah di tolak oleh keluarga Hayati dengan alasan Zainuddin tidak mempunyai suku dan Zainuddin frustrasi bahkan hampir gila karena Hayati menikah dengan sepupunya Khadijah yang bernama Aziz.



Pada dasarnya pendekatan sosiologi sebagai alat bantu untuk memahami keadaan di sekitar kita atau kehidupan baik dunia persahabatan, percintaan dan masih banyak lagi. Dalam novel “Teggelamnya Kapal Vander Wijck” pada dasarnya menceritakan kisah seorang Zainudin yang melakukan perjalanan ke kampung halamannya Minang Kabau dan sempat mengadu kasih dengan seseorang pujaan hatinya iaitu Hayati, namun disebalik itu kehidupan Zainuddin tidak mendapat restu keluarganya kerana dia orang yang tidak mempunyai suku.



Kekurangan yang terjadi dalam novel ini adalah tidak adanya sokongan dari keluarga dalam hubungan percintaan kerana hanya disebabkan salah satu pihak tidak mengakui keaslian kesukuan seseorang iaitu Zainuddin kerana adat Minangkabau harus suku asli di situ bukan sistem peranakan. Sementara kita melihat latar belakang Zainuddin seorang keturunan bangsawan akan tetapi ayahnya kahwin dengan suku Mekasar (Makassar) sehingga Zainudin tidak diakui lagi sebagai orang suku Minangkabau.



Kekurangan didunia percintaan yang dialami Zainuddin adalah mengganggu komitmen Hayati untuk menjalin kasih sayang walaupun tidak ada restu dari keluarga, sehingga menghadirkan rasa kekecewaan dari salah satu pihak dan hubungan kedua-dua belah pihak menjadi tidak baik dalam hubungan percintaan jauh lebih baik dari pada sebelumnya.



Ketika kita melihat realiti yang terjadi sekarang itu jauh lebih baik ketika dunia percintaan yang ada dalam novel “Tenggelamnya Kapal Vander Wijck” kerana pada dasarnya hubungan percintaan saat ini tidak menekankan kepada kesukuan akan tetapi lebih mementingkan kasih sayang dan perasaan kerana demokrasi dalam bingkai kesamaan sosial masyarakat.



Apabila membaca karya-karya Hamka, termasuk dalam novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wjick, aspek-aspek keislaman dan dakwah keislaman dapat kita rasakan. Dalam novel tersebut, dakwah keislaman itu terasa dari penokohan yang dilakukan pengarang. Sebagai contoh, ada pernyataan dalam novel bahwa tokoh Zainuddin, setelah berpisah dengan Hayati, berniat dan bercita-cita untuk mendalami ilmu dunia dan akhirat supaya nanti menjadi seorang yang berguna. Angan-angan Zainuddin adalah menjadi orang alim, sehingga apabila kembali kekampungnya dapat membawa ilmu. Zainuddin sendiri adalah keturunan dari ayah dan ibu ahli ibadah. Apa yang dilakukan Hamka dalam penokohan diatas, menurut saya adalah salah satu cara dakwah yang dilakukanya, suatu upaya untuk memberitahu kepada pembaca bahwa betapa mulia orang yang berilmu dan ahli ibadah. Dakwah yang dilakukan itu sangat halus. Dalam novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wjick karya Hamka aqidah atau kepercayaannya sangat kuat dengan budaya islamik untuk lebih menjelaskan penulis memaparkan plot ceritanya sebagai berikut : “………….lepaskan saya berangakat kepadang. Kabarnya konon, disana hari ini telah ada sekolah agama. Pelajaran akhirat telah diatur dengan sebagus-bagusnya apalagi, puncak singgalang dan merapi sangat keras seruannya kepada ku rasanya. Saya hendak melihat tanah asalku, tanah tempat ayahku dilahirkan hadulunya. Mak Base banyak orang memuji daerah Padang, banyak orang yang bilang agama islam masuk kemaripun dari sanah. Lepaskan saya berangkat kesana”.(1986:22)



Kata syari’ah adalah bahasa Arab yang diambil dari kata asal kata syari’ah. Dengan erti kata lain ialah perundangan. Perkataan atau istilah “Syari’ah Islam” memberi erti hidup yang harus dilalui atau perundangan yang harus dipatuhi oleh seorang yang beragama islam. Tuhan itu adalah Syari’ah itu mengandung kebenaran menyeluruh, ertinya tidak ada kelemahan dan pertentanagan dalam dirinya sendiri. Akhlak islam adalah suatu sikap mental dan perbuatan yang luhur. Dan novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wjickkarya Hamka, penulis menemukan pelbagai akhlak yang sangat mulia terutama dari watak utama iaitu tokoh Zainuddin. Kebaikan akhlak Zainuddin boleh kita lihat pada penggalan cerita berikut ini: “Zainuddin seorang yang terdidik lemah lembut, didik ahli seni, ahli syair, yang lebih suka mengalah untuk kepentingan orang lain”.(1986:27)