Teori Egoisme [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PENGENALAN Etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan, hujah dan tujuan yang mengarah kepada makna sesuatu tindakan. Etika adalah bukan yang bersangkutan dengan fakta atau fizikal manusia tetapi merupakan suatu falsafah moral yang mengambilkira tindakan atau tingkahlaku manusia. Etika juga merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul.



TEORI EGOISME Egoisme mengatakan sesuatu tindakan adalah betul dengan melihat kepada kesan tindakan kepada individu. lndividu yang berpegang kepada falsafah ini percaya bahawa mereka harus mengambil keputusan yang dapat memaksimumkan faedah kepada diri sendiri. “Egoisme” berasal dari perkataan “ego”, perkataan Latin untuk “aku” dalam Bahasa Malaysia. Egoisme perlu dibezakan dengan egotisme yang bermaksud penilaian berlebihan psikologi terhadap kepentingan sendiri atau aktiviti sendiri. Teori ini adalah bersifat individualistik. Teori Egoisme (Egoism) ini merujuk kepada sebarang perbuatan yang dilakukan oleh seseorang itu semata-mata untuk memanfaatkan diri sendiri. Sesuatu tindakan itu dikatakan bermoral jika ia menguntungkan diri sendiri . Teori Egoisme ini mula berkembang sejak berkurun-kurun dahulu di mana wujudnya pertentangan di antara golongan bangsawan dan rakyat bawahan. Dikatakan bahawa golongan bangsawan pada ketika itu melihat diri mereka sendiri sebagai golongan rakyat yang paling tinggi dan berhak menggunakan rakyat jelata sebagai hamba abdi. Golongan bawahan ini lemah dan tidak terdaya untuk menjaga kebajikan diri walaupun bilangan mereka ramai. Orang biasa ini dipaksa dengan kejam supaya mereka bekerja untuk golongan atasan itu tanpa dibayar gaji. Oleh sebab mereka lemah dan miskin , rakyat jelata ingin melindungi diri mereka daripada dieksploitasi oleh kaum bangsawan yang berkuasa itu . Rakyat jelata berasa sakit hati dan menyimpan dendam terhadap kemoralan ketuanan yang dianuti kaum bangsaawan . Rakyat jelata yang sentiasa menentang kaum bangsawan akhirnya berjaya mendesak golongan itu mengkaji semula pendirian dan nilai mereka .



Teori Egoisme diasaskan oleh Friedrich Wilhelm Nietsche (1844-1900). Beliau merupakan seorang ahli falsafah yang mengkritik kuat terhadap teori Utilitarianisme. Mengapakah beliau berpendapat sebegitu? Ini adalah kerana asas pemikiran utilitarianisme sangatlah mementingkan kesan sesuatu perbuatan terhadap majoriti masyarakat. Nietsche lebih mementingkan individu. Beliau juga kuat menentang teori kemoralan sosial dan menyifatkannya sebagai kemoralan hamba abdi kerana individu-individu telah disekat hak kebebasan mereka. Dalam teori kemoralan sosial , setiap individu diwajibkan untuk menurut segala perintah yang wujud dalam masyarakat. Jenis Egoisme 1. Etikal Egoisme Etikal Egoisme berpendapat bahawa semua orang berhak mementingkan diri sendiri. Seseorang itu tidak akan mempedulikan perasaan orang lain tidak kira orang itu dilayan dengan buruk ataupun baik. Ethical Egoism menegaskan bahawa kita tidak harus mengabaikan secara mutlak kepentingan orang lain tetapi kita patut mempertimbangkannya apabila tindakan itu secara langsung akan membawa kebaikan kepada diri sendiri. Ethical Egoism adalah berbeza dengan prinsip-prinsip moral seperti sentiasa bersikap jujur, amanah dan bercakap benar. la kerana tindakan tersebut didorong oleh nilai-nilai luhur yang sedia ada dalam diri manakala dalam konteks ethical egoism pula sesuatu tindakan adalah didorong oleh kepentingan peribadi. Etikal egoisme menyusun perkara yang menjadi keutamaan kepada diri sendiri. Walaupun perlu melakukan sesuatu namun oleh keuntungan yang diterima adalah lebih daripada itu. Matlamat yang terutama ialah untuk memberikan faedah kepada diri sendiri. Misalnya, seseorang individu yang memohon pinjaman akan memaklumkan kepada pegawai bank tentang kesilapan pihak bank bukan atas dasar tanggungjawab tetapi kerana beliau mempunyai kepentingan diri. Seseorang menyelamatkan mangsa lemas. Walaupun perkara ini adalah membahayakan diri sendiri namun demikian ganjaran dalam bentuk wang atau penghormatan dalam memotivasikan individu untuk melakukan perkara tersebut. Seterusnya, seseorang pergi ke luar negara untuk membantu mangsa peperangan.



Walaupun perlu



mengorbankan masa dan tenaga namun oleh kerana ganjaran dan tajaan yang disediakan oleh pihak tertentu maka seseorang dapat melaksanakan perkara ini. 2. Psychological Egoisme Psychological Egoism berpandangan bahawa setiap orang sentiasa didorong oleh tindakan untuk kepentingan diri. lanya juga mendakwa bahawa manusia sentiasa melakukan perkara-perkara yang dapat memuaskan hati mereka ataupun yang mempunyai kepentingan peribadi. Teori ini menerangkan bahawa tidak kira apa alasan yang diberikan oleh seseorang, individu sebenarnya bertindak sedemikian sematamata untuk memenuhi hasrat peribadi. Sekiranya pandangan ini benar maka keseluruhan prinsip etika adalah tidak berguna lagi. Penyokong teori ini berpendapat bahawa setiap orang yang menghulurkan bantuan kepada orang lain seperti menjalankan aktiviti persaingan secara adil, menjaga kebajikan masyarakat ataupun yang mengambil risiko untuk menyelamatkan orang lain sebenarnya mempunyai tujuan untuk mempromosikan dirinya sendiri. Teori ini menafikan wujudnya nilai moral altruistic iaitu sikap suka menolong dan mengutamakan kepentingan diri insan lain lebih dari kepentingan diri sendiri.Dalam konteks perniagaan



masa



kini



terdapat



banyak



firma-firma



perniagaan



yang



melaksanakan



tanggungjawab sosial kepada masyarakat dengan tujuan untuk meningkatkan imej korporat yang akhirnya akan membawa kepada peningkatan keuntungan. Psychological egoism adalah berkaitan dengan motivasi individu untuk mencapai sesuatu matlamat. PERBINCANGAN Kita tidak perlu membayangkan teori ini sebagaimana yang dikemukakan oleh Nietsche. Egoisme ini wujud dalam setiap individu. Tahap egoisme adalah berlainan mengikut pandangan individu masing-masing. Tetapi , matlamat masih sama , iaitu mementingkan diri sendiri untuk mendapatkan manfaat dan tidak menghiraukan perasaan orang lain. Sebagai contoh , individu A mengenakan usikan (prank) kepada individu B tanpa berfikir kesan-kesan yang berikutan. Individu A mengusik dengan menyatakan ia boleh “hack” ke dalam sistem komputer individu B melalui MSN iaitu satu rangkaian bersosial melalui laman web . Individu B yang tidak dapat



mengawal perasaan kerisauaan lalu memberitahu hal ini kepada ibu dan bapanya , pensyarah , dan kawan baiknya. Individu B amat sedih dan bimbang akan kebolehan “hacker” itu. Ianya jelas bahawa keseronokan hanya berpihak kepada individu A dan individu B diabaikan untuk menghadapi kesan-kesan negatif. Individu B yang berada dalam keadaan yang panik boleh melakukan apa sahaja tindakan seperti melaporkan hal ini kepada pihak berkuasa. Teori ini memang patut dikritik oleh semua lapisan masyarakat. Sebab-sebabnya adalah cukup terang di mana kepentingan diri sendiri diutamakan tanpa memikirkan akibat-akibatnya. Jika individu A tidak mengaku bahawa dia merupakan dalang itu , kemungkinan besar individu A akan menghadapi risiko-risiko yang lebih tinggi. Apabial kita mengkaji teori egoisme, terdapat kekuatan dan kelemahan bagi teori ini. Antaranya ialah : KEKUATAN TEORI EGOISME 



Egoisme dapat membantu dalam mencapai matlamat kendiri.







Egoisme juga membantu sesuatu tanpa bantuan orang lain.







Kepuasan kendiri dapat dicapai.







Membantu dalam membina keyakinan dan prinsip kendiri yang kuat.



KELEMAHAN TEORI EGOISME -



Egoisme tidak mengutamakan kemurahan hati kerana mengejar kepentingan diri sendiri, hal ini memudaratkan orang lain.



-



Peraturan yang bersifat individualistik ini menyebabkabkan tiada satu piawaian atau ukuran untuk menghakimi sesuatu tindakan



-



Merosakkan hubungan dan nilai murni yang tidak dapat diterapkan.



-



Nilai masyarakat tidak dapat dipupuk.



-



Melahirkan individu yang pentingkan diri.



KESIMPULAN Menurut teori Egoisme, sesuatu perbuatan yang dilakukan itu dapat diklasifikasikan sebagai suatu tindakan yang bermoral dan juga yang tidak bermoral. Jika sesuatu tindakan itu menguntungkan diri atau sepihak, maka ia dikatakan bermoral . Sebaliknya, jika sesuatu tindakan yang dilakukan merugikan diri maka ia dikatakan tidak bermoral.