Teori Kecerdasan Stenberg [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

DP. Jilid 9, Bif. 1/2009



Pendidikan Psikologi



Konsep Kecerdasan:



Teori Triarchic Sternberg



Sharifah Amnah Syed Ahmad Hairul Nizam Ismail Mohamad Hashim Othman



Pendahuluan Pelbagai definisi yang berbeza ten tang kecerdasan telah diberikan oleh pakar psikologi dan konsep sebenar kecerdasan masih lagi diperdebatkan sehingga hari ini. Menurut Nik Azis (1999), kecerdasan merupakan konsep yang abstrak dan bersifat dinamik serta mengandungi pelbagai dimensi yang saling berkait. Menurut Galton (dalam Nik Azis 1999:24) kecerdasan individu ditentukan oleh dua sifat umum yang diwarisi, iaitu tenaga atau kemampuan yang tinggi untuk menjalankan kerja dan kepekaan terhadap hal yang berlaku dalam persekitaran. Sementara menurut Binet (dalam Douglas, Louis, Allison, & Edward, 2003:346) kecerdasan merangkumi aktiviti-aktiviti seperti membuat penaakulan, berfikir dan membuat penyelesaian masalah. Pendapat ini didapati selaras dengan Benjamin (2003) yang turut menyatakan bahawa kecerdasan merujuk keupayaan kognitif seseorang individu untuk belajar dengan pengalaman, membuat penaakulan dengan berkesan, dan dapat membuat penyesuaian diri dalam pelbagai situasi dalam kehidupan harian. Wechsler (dalam Nevid, 2003: 279) mendefinisikan kecerdasan sebagai keupayaan menyeluruh seseorang individu untuk bertindak dengan bijak, berfikir secara rasional, dan dapat menghadapi persekitaran dengan berkesan. Dalam penulisan ini, konsep kecerdasan merujuk konsep yang telah diperkenalkan oleh seorang ahli teori kontemporari (Sternberg, 1985a; 1988b). Konsep yang diutarakan ialah kecerdasan triarchic yang juga dikenali sebagai kecerdasan berjaya (successful intelligence).



Konsep Kecerdasan



menurut Budaya



Konsep kecerdasan juga didefinisikan secara bertentangan antara budaya Barat dengan Timur (Grigorenko, Geissler, Prince, Okatcha, Nokes & Kenny, 2001; Sternberg, 2004; Yang & Sternberg, 1997). Menurut Yang dan Sternberg (1997), kecerdasan mengikuti falsafah Confucius ialah keupayaan seseorang itu melakukan sesuatu dengan betul, manakala di dalam tradisi Taiost pula kecerdasan merujuk kebebasan dalam melaksanakan hukuman, pengetahuan yang tinggi yang dimiliki oleh seseorang dan bersifat rendah diri. Lanjutan daripada itu, Yang dan Sternberg (1997) telah mengkaji konsep kecerdasan dalam masyarakat Taiwan kontemporari dan telah mengenal pasti lima faktor yang memberikan makna kepada konsep kecerdasan iaitu; (i) faktor kognitif yang umum, (seperti faktor 'g') (ii) kecerdasan interpersonal, (iii) kecerdasan intrapersonal, (iv) keintelektualan kendiri, dan (v) keintelektualan pemadanan kendiri. Chen (1994) pula dalam kajiannya telah menemui tiga faktor kecerdasan iaitu; (i) keupayaan penaakulan tanpa Iisan, (ii) keupayaan penaakulan secara lisan, dan (iii) pereputan ingatan. Sementara itu, Das, Naglieri dan Kirby (1994),



89



Pendidikan Psikologi



DP. Jilid 9, Bif. 1/2009



kecerdasan dalam falsafah Buddha dan Hindu membawa maksud bangun semula, memerhati, pengecaman, dan memahami. Kajian yang dijalankan oleh Gill dan Keat (1980) mendapati pelajar universiti di Australia melihat kecerdasan sebagai pencapaian tinggi yang diperoleh oleh seseorang dalam bidang akademik, manakala pelajar berbangsa Melayu melihat kecerdasan sebagai keupayaan seseorang memiliki kemah iran praktikal dan kreativiti. Kenyataan ini telah disokong oleh Dasen (1984) yang menyatakan bahawa pelajar Melayu melihat kecerdasan sebagai keupayaan dalam sosial dan kognitif. Konsep kecerdasan di Afrika pula membawa maksud kemahiran seseorang dalam membimbing dan mengekalkan keharmonian, kestabilan hubungan dalam kelompok, dan kestabilan hubungan antara kelompok (Ruzgis & Grigorenko, 1994). Hal ini disokong oleh Serpell (1982) yang mendapati golongan dewasa puak Chewa di Zambia memberikan penekanan pada tanggungjawab sosial, kerjasama dan ketaatan sebagai faktor penentu kecerdasan seseorang, manakala kecerdasan kanak-kanak dilihat pad a keupayaan kanak-kanak itu menghormati seseorang yang lebih dewasa. Begitu juga dengan masyarakat Kenya yang merujuk kecerdasan pada keupayaan seseorang itu memenuhi tanggungjawab dalam keluarga dan masyarakat (Super & Harkness, 1982), manakala masyarakat Baoule melihat kecerdasan sebagai keupayaan seseorang memberikan perkhidmatan kepada keluarga dan masyarakat (Dasen, 1984). Penemuan inijuga didapati dalam kalangan masyarakat Songhay dari Mali dan Samia dari Kenya (Putnam & Kilbride, 1980). Sementara itu, masyarakat Yoruba melihat kecerdasan sebagai keupayaan seseorang itu lebih banyak mendengar daripada bercakap dan keupayaannya melihat pelbagai isu yang timbul dari semasa ke semasa (Durojaiye, 1993). Walaupun konsep kecerdasan di Timur/Asia lebih memberikan penekanan pad a aspek sosial berbanding konsep kecerdasan konvensional seperti yang diamalkan di Barat, namun yang penting terdapat pandangan yang sarna mengenai kepentingan kognitif dalam kecerdasan. Okagaki dan Sternberg (1993) mendapati perbezaan etnik di San Jose, California, mempunyai konsep yang berbeza mengenai kecerdasan, misalnya, ibu bapa Latino menghubung kaitkan kecerdasan dengan keupayaan dalam sosial, manakala ibu bapa Asia dan Anglo memberikan penekanan kecerdasan pada ketrampilan kognitif. Golongan guru yang merangkumi pelbagai budaya dan etnik di Amerika memberikan penekanan kecerdasan pada ketrampilan kognitif yang dimiliki oleh seseorang.



Teori Kecerdasan



Triarchic Sternberg



Menurut Sternberg (1985a; 1988b), kecerdasan berjaya membawa maksud cara seseorang individu memanipulasi dan menggunakan kekuatan yang ada sepenuhnya dan menangani kelemahan bagi menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian dan seterusnya mencapai kejayaan dalam masyarakat. Sternberg menegaskan bahawa penekanan pada konsep kecerdasan harus diberikan kepada matlamat dan tujuan yang dikehendaki oleh masyarakat dan budaya seseorang individu. Bagi Sternberg juga, individu yang berjaya ialah individu yang mencapai kecemerlangan dalam masyarakat dan budaya yang dinaungi.



90



Pendidikan Psikologi



DP. Jilid 9, Bil. 1/2009



Dimensi Teori Triarchic Berdasarkan pandangan ini, Sternberg (l985a) telah mengutarakan Triarchic yang mengandungi tiga bahagian (rujuk Rajah 1.1);



Rajah 1.1: DimensiiSubteori



Dalam Teori Kecerdasan



(Sumber: http://www.Wilderdom.com/personality/L2-2Sternberg



Triarchic



Teori



Kecerdasan



Sternberg



Triarchic Theory. html.)



Teori Kecerdasan Triachic Sternberg



Subteori



Subteori



Komponen



Konteks Subteori Pengalaman



(i)



Subteori



Komponen



(Componential)



Merujuk cara memberikan tumpuan kepada mekanisme minda yang mempunyai hubungkait dengan tingkah laku kecerdasan. Juga berdasarkan tiga komponen pemprosesan maklumat iaitu komponen meta, komponen pelaksanaan dan komponen pemerolehan pengetahuan.



(ii)



Subteori



Pengalaman



(Experiential)



Merujuk tumpuan peranan pengetahuan dan pengalaman yang lepas dalam memberikan kesan terhadap prestasi individu dalam melaksanakan tugas kognitif yang tertentu.



91



Pendidikan Psikologi



(iii)



DP. Jilid 9, Bil. 1/2009



Subteori Konteks Merujuk kecerdasan yang dikaitkan dengan persekitaran sebenar kehidupan seseorang individu dalam konteks perspektifbudaya dalam persekitarannya.



Sternberg berusaha untuk mengenal pasti proses kognitif yang menyumbang kecerdasan dengan penekanan diberikan kepada bahagian komponen. Menurutnya, proses kognitif terbahagi kepada tiga komponen iaitu;



(i)



kepada proses-



Komponen Meta Melibatkan aspek perancangan, melakukan pemantauan dan membuat penilaian dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Contoh komponen meta ialah mengenali masalah, mendefinisikan punca masalah terse but, memilih strategi untuk selesaikan masalah, memantau penyelesaian masalah tersebut, dan menilai penyelesaian yang dipilih setelah masalah dapat diselesaikan.



(ii)



Komponen Pelaksanaan Melibatkan cara untuk melaksanakan strategi yang diaturkan dalam komponen meta, contohnya penggunaan inferens, perbandingan, justifikasi dan sebagainya dalam menjalankan strategi-strategi terse but.



(iii)



Komponen Perolehan Pengetahuan Digunakan untuk mempelajari cara menyelesaikan masalah. Komponen ini melibatkan pengekodan terpilih. Individu mengenal pasti fakta yang tidak jelas secara langsung atau penggabungan terpilih. Hal ini bermakna individu mengenal pasti cara menggabungkan fakta-fakta yang tidak berkait secara langsung atau perbandingan terpilih iaitu individu menggabungkan maklumat lama dengan maklumat baru.



Jenis Kecerdasan Tiga jenis kecerdasan yang telah diutarakan oleh Sternberg dalam Teori Kecerdasan Triachic adalah seperti dalam Rajah 1.2: (a)



Kecerdasan analitikal Diperlukan untuk menganalisis dan menilai pilihan-pilihan yang ada pada seseorang individu dalam hidupnya. Ini termasuklah kebolehan mengenal pasti masalah, mendefinisikan jenis masalah, memilih strategi untuk selesaikan masalah, dan memantau proses penyelesaian masalah terse but.



(b)



Kecerdasan Kreatif



92



DP. Jilid 9, Bil. 1/2009



Pendidikan Psikologi



Diperlukan untuk menentukan pilihan-pilihan kepada penyelesaian masalah. Kecerdasan ini berupaya menjana idea-idea yang kelihatan tidak logik pada mulanya. Walau bagaimanapun, kreativiti dalam satu bahagian tertentu tidak semestinya boleh diaplikasi ke bahagian yang lain.



(c)



Kecerdasan Praktikal Terlibat apabila kecerdasan harus diaplikasi dalam konteks dunia sebenar. Satu aspek mustahak dalam kecerdasan praktikal ialah pemerolehan dan penggunaan pengetahuan tacit, iaitu pengetahuan tentang perkara yang perlu diketahui individu untuk berjaya dalam sesuatu persekitaran yang tidak diajar dan diberitahu secara terus atau kombinasi jenis-jenis pemikiran ini. Jika kecerdasan kreatif mengkhusus kepada bidang atau bahagian spesifik (Sternberg & Lubart, 1995), kecerdasan praktikal ini diperlukan untuk mengimplementasi pilihan dan memastikan pilihan tersebut boleh dijalankan.



Rajah 1.2:Jenis Kecerdasan Mengikut Mengikut Teori Kecerdasan Triarchic Sternberg (Sumber: Nevid, .LS, (2003:269). Psychology: Concepts and applications. Boston, MA: Houghton Mifflin Co.



Analitikal



> tif> K