Teori Laura H.chapman - Jamil [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

MSL3173



TUGASAN 2 : ESEI (UNIT 1 : TEORI PENDIDIKAN KANAK-KANAK) TAJUK:



PERANAN GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL MEMPERKASAKAN TEORI KREATIVITI LAURA H.CHAPMAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



1.0 PENGENALAN Terdapat beberapa orang tokoh yang terlibat dengan konsep kreativiti dan pemikiran kreatif dalam seni visual. Salah seorang daripadanya ialah Laura H.Chapman. Laura merupakan seorang pakar dalam bidang pendidikan seni visual terutama untuk golongan kanak-kanak. Matlamat Wawasan 2020 juga menekankan kepentingan melahirkan warga Malaysia yang kreatif dan inovatif . Begitu juga dengan Falsafah Pendidikan Negara yang memberikan penekanan kepada usaha melahirkan lebih ramai individu yang kreatif dan inovatif bagi membangunkan negara. Hoffa (1964) menjelaskan bahawa program dan aktiviti seni visual seharusnya dijadikan landasan terbaik bagi proses pembelajaran di sekolah untukmengembangkan kreativiti di kalangan murid. Selain menggalakkan penjanaan idea, mata pelajaran Pendidikan Seni Visual banyak memberi peluang dan kebebasan kepadamurid untuk melakukan ekplorasi dan percubaan bagi menghasilkan satu karya yang baik. Dalam hal ini, pemupukan pemikiran kreatif perlu disemai semenjak kankkanaklagi oleh insan yang bergelar guru. Guru-guru Pendidikan Seni Visual perlu menguasai kaedah merangsang minda kea rah pembentukan individu kreatif. 2.0 ISI KANDUNGAN Laura H.Chapman menyatakan bahawa proses kreativiti merupakan proses penghasilan. Oleh itu guru yang terlibat dengan seni visual perlu mengaplikasikan pelbagai cara dalam 1



MSL3173



menghasilkan karya. Peranan guru adalah untuk membantu kanak-kanak berfikir untuk dirinya dan bukan mengarah mereka melakukan kerja-kerja mengikut kehendaknya. Guru perlu menyediakan peluang yang lebih mencabar kepada kanak-kanak supaya pengalaman mereka bertambah dari masa ke semasa. Laura H.Chapman di dalam bukunya bertajuk ‘Approches is Art Education’ (1978) menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama dengan proses penghasilan karya ataupun dikenali sebagai proses artistik. Proses artistik yang dikemukakan oleh Chapman tidak bersifat statik, bersifat boleh ubah dan berulang-ulang. Menurut Chapman lagi, tiga disiplin ini tidak menjadi keutamaan asalkan objektif menghasilkan karya seni tercapai. Sebagai guru Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, model yang diperkenalkan oleh Chapman ini sesuai diguna pakai semasa proses pengajaran dan pembelajaran agar perkembangan artisitik dan kreativiti kanak-kanak tidak terbantut dan membantu mereka menambahkan lagi ilmu pengetahuan di dalam bidang seni visual di samping mempertingkatkan penguasaan dan kemahiran guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam penulisan bukunya ‘Approches is Art Education’ (1978), Chapman menekankan guru-guru pendidikan seni visual perlu memahami pelbagai cara dan kaedah boleh diaplikasikan dalam bilik darjah. Selain mengajar, seorang guru juga berperanan sebagai pengurus, pembimbing, motivator, fasilitator dan inisiator bagi meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi murid untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Terdapat tiga kaedah yang diperkenalkan oleh Chapman bagi menghasilkan karya seni iaitu: (i)



Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea) Guru Pendidikan Seni Visual berperanan memberikan pengetahuan baru kepada murid mengenai seni dan proses artistic, menambah baik pengalaman sedia ada serta 2



MSL3173



mencungkil bakat dan memupuk minat murid terhadap mata pelajaran seni visual. Proses bimbingan (fasilitasi) berlaku apabila ia dijalankan di dalam kumpulan di mana murid digalakkan mengambil peranan di dalam hasil pembelajarannya (Van Maurik, 1994). Guru berperanan untuk mewujudkan kelas yang bersifat interaksi kolaboratif di kalangan murid. Guru juga berperanan untuk mengajak murid menghayati keindahan atau artistik dalam seni di samping menerapkan kreativiti dalam penghasilan karya. Sebagai contoh, jika seorang guru ingin mengajar murid-muridnya melukis bunga, beliau perlu mencungkil pengetahuan sedia ada murid terlebih dahulu. Guru boleh menyebut nama-nama bunga yang diketahui oleh murid malah boleh menayangkan gambar beberapa jenis bunga yang cantik dan menarik supaya murid-murid dapat merasai dan menghayati keindahan bunga itu. Kemudian, guru perlu membimbing murid-murid melukis bunga dengan memberikan input-input baru mengenai perkara tersebut. Seterusnya murid-murid akan melaksanakan tugasan tersebut dengan bimbingan guru dan menggunakandaya kreativiti mereka. Maka dengan itu guru perlu memupuk minda murid kea rah penjanaan idea melalui empat pendekatan iaitu: (a) (b) (c) (d)



Alam semulajadi dan objek di persekitaran Perasaan dalaman khayalan dan imaginasi Aliran dan tema sejagat Keperluan dan pengalaman hidup harian.



Untuk merangsang minda murid supaya dapat mengaitkan elemen di atas, guru boleh menggunakan gambar foto selain mengajak murid menghayati alam sekeliling dan memerhati persekitaran kehidupan. Penggunaan gambar foto boleh digunakan sebagai bahan murid meniru untuk dimanifeatasikan dalam karya mereka. Teknik imitasi ini merupakan teknik terbaik yang wajar diperkenalkan kepada kanak-kanak 3



MSL3173



di peringkat awal di atas kelebihan-kelebihan tertentu. Teknik imitasi gambar ini dapat menajamkan pengamatan muriddi dalam proses penghasilan imej yang serupa, seterusnya melahirkan murid yang lebih peka dan menitik beratkan penelitian. Teknik



ini juga menajamkan daya ingatan murid terhadap objek alam kerana



mereka perlu tahu ciri-ciri yang perlu ada pada imej yang ingin ditiru.



(ii)



Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration and Refinement) Bimbingan dan dorongan guru akan membantu murid-murid memahami dengan lebih jelas mengenai sesuatu konsep seni visual. Selain itu, pembelajaran secara bimbingan akan memupuk nilai instrumental seperti berdikari, rasional, berani dan bersemangat semasa menghasilkan karya seni visual. Bagi mendapatkan hasil yang baik dan catik, guru berperanan sebagai motivator kerana motivasi guru juga dapat meningkatkan keyakinan diri murid dan memupuk perasaan ingin membuat yang terbaik dalam penghasilan karya seni. Guru boleh memberi komen yang positif di samping mewujudkan persaingan positif dan kerjasama di kalangan murid. Guru boleh merangsang murid untuk membuat olahan kepada idea asal seperti contoh dalam proses menggambar iaitu membuat lukisan. Sebagai contoh, daripada penjanaan idea pengetahuan murid mengenai bunga, nilai tambah terhadap bunga diolah kepada beberapa idea baru menjadikan bungaitu lebih menarik dan bersifat imaginasi. Guru perlu menjadi demonstrator semasa proses olahan ini kerana murid amat memerlukan pemerhatian dan bimbingan daripada guru semasa melakukan aktiviti.



(iii)



Kemahiran Menggunakan Bahan (Exucution In A Medium)



4



MSL3173



Pada peringkat ini, murid digalakkan membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Pemilihan bahan memberikan kesan terhadap masa yang diambil bagi menyiapkan sesuatu karya dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum menghasilkannya. Dalam Pendidikan Seni Visual, guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri. Guru seni perlu berperanan sebagai inisiator iaitu individu yang sentiasa berusaha dan mempunyai jalan untuk berusaha. Sebagai seorang guru seni, sewajarnya mempunyai inisiatif untuk menyampaikan ilmu seni visual kepada murid-muridnya secara berkesan. Apabila seorang guru menunjukkan kesungguhan dalammelaksanakan PdP, pasti murid-murid akan turut berusaha untuk melaksanakan yang terbaik dalam penghasilan karya seni. Untuk menghasilkan karya yang baik dan menarik, bahan dan alatan yang sesuai perlu digunakan. Namun, bagi murid yang berada di luar bandar, masalah kewangan menjadi kekangan kepada kegiatan seni dan artistik ini. Sebagai inisiator, guru boleh menggalakkan murid menggunakan bahan terbuang atau kitar semula



untuk



melakukan kerja seni. Murid akan berinisiatif untuk mencari bahan yang sesuai dengan adanya bimbingan dan panduan daripada guru.



5



MSL3173



3.0 KESIMPULAN Proses penghasilan sebuah karya perlu dijelaskan sebaik-baiknya kepada murid dan sebagai seorang guru, pengalaman dan pengetahuan sedia ada perlu digunakan secara total di samping menambahkan ilmu pengetahuan agar menjadi teladan kepada murid. Kaedah Laura H. Chapman seharusnya menjadi salah satu kaedah yang diguna pakai oleh guru seni supaya perkembangan artistik dan kreativiti kanak-kanak tidak sekadar di sekolah rendah sahaja. Kecenderungan guru yang relektif membantu murid memperolehi kemahiran berfikir kritis dan kreatif yang tinggi dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran bukan setakat dalam pengajaran seni visual, malah murid dapat mengaplikasi keistimewaan artistik mereka dalam semua mata pelajaran yang dipelajari. Seorang guru harus berperanan membantu kanak-kanak berfikir untuk dirinya dan bukan mengarah mereka melakukan kerja-kerja untuk memenuhi kehendaknya. Ini kerana keupayaan dan kesediaan setiap murid dalam menghasilkan karya seni adalah berbeza Antara satu sama lain berdasarkan perkembangan mereka dari segi usia, kebolehan fizikal, emosi dan kebolehan inteleknya. “Jika kanak-kanak tidak dapat belajar dengan cara kita mengajar, kita harus mengajar dengan cara mereka belajar”.



6



MSL3173



Rujukan 1. H.Chapman, L.(1978), Approaches to Art Education. New York. Harcourt Brace Jovanovich. 2. Maswan. D.S. (2010). HBAE 1203 Perkembangan Seni dan Kanak-kanak. Open University Malaysia. Bukit Mertajam, Pulau Pinang. 3. http://lifeofnuyunandart.blogspot.com/2012_01_01_archive.html 4. http://www.scribd.com/doc/92679420/Laura-Chapman 5. www.slideshare.net/aliasafia/laura-chapman 6. http://cjahaniblog.blogspot.com/p/psv-3104.html



7