Teori Pemerolehan Bahasa [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Home > Artikel > Teori Pemerolehan Bahasa



Teori Pemerolehan Bahasa Ditulis oleh: K UL AN Z SA L LE H on MOND AY , DE CE MB ER 28 , 20 09



Pengenalan



Pembelajaran bahasa sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris di sekolah melibatkan pengajaran beberapa kemahiran asas, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Setiap pelajar perlu menguasai kemahiran ini untuk memastikan mereka boleh mengikuti pembelajaran yang seterusnya.



Namun demikian senario pendidikan dari dulu sehingga sekarang masih lagi menunjukkan bahawa kemahiran-kemahiran itu masih lagi gagal dikuasai oleh sebahagian pelajar walaupun sudah menjejakkan kaki di sekolah menengah.



Penulisan ini akan membincangkan bagaimana dan apa usaha yang guru lakukan untuk membantu murid-murid yang belum menguasai sepenuhnya kemahiran membaca meskipun sudah lima tahun setengah melalui pembelajaran di sekolah rendah. Beberapa aspek yang akan disentuh dalam perbincangan ini adalah teor-teori pemerolehan bahasa, kaedah dan pendekatan pengajaran serta beberapa perkara tentang pemilihan, penyesuaian dan penggunaan alat/bahan bantu mengajar. TEORI PEMEROLEHAN BAHASA Berikut merupakan 3 daripada beberapa teori-teori yang mengkhusus kepada pemerolehan bahasa yang pernah dikemukakan, iaitu Teori Behaviouris, Mentalis dan Konstruktivis.



1. Teori Mentalis (pelopor – Bloomfield, Edward Sapir, Fries, Boas dan Brooks) Ahli psikologi yang turut berpegang pada teori ini termasuklah B.F Skinner, Pavlov, Hull dan Thorndike. Golongan mentalis berpendapat bahawa bahasa dikuasai melalui proses pengulangan. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa haruslah menekankan latihan dan pengulangan yang banyak.



Bagi meningkatkan kemahiran bahasa, satu bentuk latihan mekanisme bersistem perlu dilakukan. Teori ini juga mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah.



1.1 Kebaikan



Kebaikan-kebaikan teori ini ialah:



a. Proses pemerolehan/penguasaan sesuatu bahasa adalah melalui latihan secara berulangulang. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa dapat dilakukan secara lebih bersistem. b. Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah. c. Menekankan aspek peneguhan. Ini bermakna murid akan dapat mempelajari sesuatu bahasa dengan adanya ganjaran dan peneguhan.



1.2 Kelemahan



Walaupun demikian terdapat beberapa kelemahan teori ini iaitu:



a. Pembelajaran hanya berlaku apabila murid menerima rangsangan dari luar, contohnya dalam bentuk penggunaan bahan bantu mengajar. Ini bermakna dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menghasilkan bahan-bahan bantu bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.



b. Pembelajaran bahasa diperolehi melalui ganjaran dan hukuman. Ini bermakna guru mesti bersama murid sepanjang pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu pembelajaran bahasa sukar dijalankan dengan menggunakan kaedah pembelajaran secara kendiri.



c. Pembelajaran ini kurang menekankan aspek pembelajaran secara kendiri kerana ia lebih menekankan kepada aspek pengukuhan, iaitu guru membimbing murid dalam proses pembelajaran mereka. Ini bermakna murid mengharapkan bantuan daripada guru untuk belajar.



1.3 Pengaplikasian teori dalam kelas bacaan



Dalam kelas bacaan, guru boleh mengaplikasikan teori ini melalui latihan secara berulangulang. Ini bermakna apabila mengajar kemahiran menyebut suku kata contohnya KV + KVK (LUSUH dan lain-lain), guru akan meminta pelajar mengulangi sebutan bagi suku kata tersebut beberapa kali mengikut sebutan yang betul seperti yang diajar. Berkemungkinan kekerapan pengulangan itu bergantung kepada penguasaan pelajar tersebut. Sekiranya



budak itu cepat belajar, pengulangan adalah sedikit tetapi jika sebaliknya, pengulangan adalah agak lama sesuai dengan kemahiran pelajar. Setelah menguasai kemahiran menyebut suku kata, guru akan diperkenalkan dengan perkataan-perkataan yang terbina daripada suku kata tadi. Seterusnya pelajar diminta memberikan contoh perkataan yang terbina daripada suku kata tersebut. Proses ini adalah berulang kali sehingga penguasaan terhadap kemahiran berlaku.



2. Teori Pembelajaran Mentalis (Pelopor – Noam Chomsky) Teori ini menekankan fungsi mental seseorang manusia itu. Menurut Chomsky, kanak-kanak akan mengalami beberapa peringkat perkembangan dalam pemikiran iaitu bermula dari peringkat terendah deria motor, kemudian kepada pra-operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Sebagai contoh, dalam pembelajaran bahasa, kanak-kanak akan menguasai kemahiran memahami terlebih dahulu sebelum mereka belajar bertutur.



2.1 Kebaikan



a. Menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu pembelajaran bahasa akan diajar secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan murid berkenaan. Dengan itu proses pembelajaran berlaku secara sistematik dan guru dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran murid secara berperingkat-peringkat.



b. Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri.



c. Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan pelajar bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan penggunaan bahanbahan pembelajaran berbanding guru. Oleh itu ia amat sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran berbahasa.



2.2 Kelemahan



a. Teori ini mementingkan kemahiran tulisan, yang kemudiannya diikuti dengan kemahiran bacaan. Manakala kemahiran lisan pula kurang diberikan perhatian. Ini akan menyebabkan sesetengah murid hanya mahir menggunakan bahasa dalam tulisan dan bacaan, tetapi lemah dalam lisan (mendengar dan bertutur).



2.3 Aplikasi dalam kelas bacaan



Guru yang mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran akan melakukan perancangan dengan membuat pemeringkatan kemahiran. Ini bermakna, murid akan memperoleh sesuatu kemahiran itu secara berperingkat-peringkat sesuai dengan kemahiran dan penguasaan mereka. Kemahiran membaca akan dimulakan dengan kemahiran paling asas iaitu mengenal suku kata, dan seterusnya kemahiran itu dipertingkatkan kesukarannya sehinggalah murid berkenaan dapat membaca sebuah ayat yang lengkap. Sebagai contoh, dalam pelaksanaan pengajaran ini, guru menetapkan 10 kriteria yang perlu dikuasai oleh murid sebagai bukti mereka telah menguasai kemahiran membaca yang telah ditetapkan. Pada pembelajaran pertama, guru mungkin menetapkan dua kriteria yang perlu dicapai, kemudian dua lagi pada pembelajaran akan datang dan begitulah seterusnya sehingga semua murid berjaya mencapai kriteria tersebut.



3. Teori Konstruktivis



Berbeza dengan kedua-dua teori terdahulu, Konstruktivis merupakan satu teori yang berpusatkan pelajar. Ini bermakna pelajar adalah bergerak secara aktif untuk memastikan mereka dapat memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru. Teori ini mengetengahkan pendapat bahawa pelajar mempelajari sesuatu itu berdasarkan pengalaman sedia ada mereka. Oleh yang demikian, menurut teori ini, guru perlu menyediakan aktiviti yang sesuai dengan pengalaman sedia ada pelajar serta dapat mengaitkan pengalaman itu dengan pembelajaran yang bakal diajar. Pelajar pula hendaklah mampu mempergunakan pengetahuan baru itu untuk kegunaan masa hadapan. Peranan guru dalam kelas hanyalah sebagai pemudah cara, pemantau dan penggubal disiplin. Pendekatan ini biasanya akan membuahkan hasil yang baik kerana pelajar akan lebih memahami sesuatu perkara itu sekiranya dia terlibat secara aktif.



3.1 Kebaikan a. Konstruktivis menekankan cara belajar secara reflektif, iaitu mengaitkan pengalaman baru dengan pengetahuan sedia ada murid supaya mereka dapat menggambarkan perkara yang diajar dan memudahkan mereka untuk faham.



b. Teori pemerolehan bahasa ini menekankan pembelajaran secara kendiri. Murid akan berusaha untuk memperkembangkan kemahiran/pengetahuan mereka berdasarkan penerokaan dan penemuan hasil daripada aktiviti penyelesaian masalah.



c. Pembelajaran bahasa melalui Konstruktivis dapat memupuk semangat berdikari di kalangan murid. Oleh itu mereka dapat menjalankan aktiviti pembelajaran meskipun tanpa kehadiran guru, ataupun di luar waktu kelas.



3.2 Kelemahan



a. Guru tidak mengajar tetapi hanya menyediakan bahan bantu yang boleh merangsang minda pelajar supaya dapat mengaitkan aktiviti dan bahan bantu itu dengan pengalaman sedia ada mereka. Ini menyebabkan guru terpaksa menyediakan pebagai bahan bantu sebelum dapat melaksanakan pengajarannya.



b. Penekanan kepada andaian bahawa murid mempunyai pengetahuan asas atau sedia ada tentang apa yang akan dipelajari dalam pelajaran seterusnya adalah perkara utama dalam pendekatan ini. Tetapi sekiranya andaian guru tidak tepat, berkemungkinan dia murid tidak akan dapat mengikuti pembelajaran tersebut.



3.3 Aplikasi dalam kelas bacaan



Teori Konstruktivis menekankan cara untuk mengaitkan pengajaran dengan pengetahuan sedia ada murid supaya mereka dapat menggambarkan perkara yang diajar. Jadi, dalam pengajaran kemahiran membaca bagi murid-murid yang dimaksudkan, aktiviti pencetusan idea murid akan dilaksanakan terlebih dahulu sebelum guru menerangkan sesuatu konsep atau mengajar kemahiran. Aktiviti pencetusan idea ini boleh dilakukan melalui soal-jawab secara lisan antara guru dengan murid. Sebagai contoh, guru meminta murid menyatakan apa yang telah mereka pelajari sebelum ini atau meminta mereka membaca mengikut tahap kemahiran yang telah diajar dalam pelajaran lepas. Melalui aktiviti ini, guru akan dapat mengesan pencapaian murid dan seterusnya menyesuaikan pengetahuan tersebut dengan pembelajaran yang baru.



Nota: Jangan gunakan penulisan ini sebagai sumber rujukan utama, pastikan anda membuat rujukan daripada buku-buku ilmiah yang diikhtiraf untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat!



3.0.



TEORI PEMEROLEHAN BAHASA



3.1.



Teori Behaviorisme



Teori Behaviorisme beranggapan bahawa bahasa diperoleh melalui proses pengulangan Bahasa dan dikuasai melalui rangsangan dan gerak balas. Golongan



ini mementingkan pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, teori ini menegaskan latihan dan latih tubi pola. Teori ini juga menekankan kemahiran lisan dalam pengajaran. Prinsip-prinsip pengajaran bahasa dari golongan ini adalah dari pandangan dan pendapat ahli-ahli psikologi dan linguistik Aliran Behaviorisme. Golongan ini beranggapan bahawa Pertama, bahasa yang diutamakan ialah bahasa lisan manakala bahasa tulisan merupakan bahasa kedua penting. Ahli-ahli Behaviorisme menegaskan bahawa pengajaran bahasa mestilah didahului dengan bahasa lisan. Kemudian diikuti dengan bahasa tulisan yang dianggap perkara kedua penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna guru-guru mestilah berusaha untuk membolehkan murid-murid bertutur dalam bahasa itu dahulu dan kemudian baharulah kepada pengajaran membaca dan menulis. Ini hanya dapat dilakukan setelah murid-murid dapat menguasai sistem bahasa dan struktur bahasa. Kedua, bahasa adalah satu tabiat. Prinsip ini sesuai diterapkan dalam proses pembelajaran kedua. Bagi membentuk biasaan ini latihan dan latih tubi serta perbualan bahasa juga diutamakan. Guru perlu menyusun pelajaran dengan baik dan pengajaran dimulakan daripada pola-pola yang senang kepada yang lebih susah. Ketiga, pengukuhan adalah satu syarat penting di dalam pembelajaran disebabkan ia merupakan satu alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku yang dikehendaki. Dalam situasi pembelajaran bahasa pengukuh-pengukuhnya adalah pujian, keistimewaan, pengiktirafan, maklum balas, galakan dan sebagainya. Mengikut prinsip ini sesuatu gerak balas yang betul perlu diteguh oleh guru dengan cara memberikan pengukuhan seperti yang disebutkan di atas. Keempat, latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan. Ia merupakan latihan ulangan sesuatu gerak balas dengan sesuatu rangsangan. Latihan dan latih tubi hendaklah dilakukan dalam keadaan yang bermakna. Ini adalah untuk mengelakkan pelajaran tersebut menjadi bosan. Peneguhan boleh dilanjutkan oleh guru melalui penggunaan bahan-bahan makmal bahasa. Dalam hal ini, satu model pembelajaran telah dikemukakan oleh Behaviorisme iaitu : Latihan yang dikukuhkan ---> pembelajaran ---> perubahan tingkah laku.



Kelima, model-model bahasa yang terbaik haruslah diutamakan. Dalam konteks pembelajaran bahasa di sekolah-sekolah, bahasa guru menjadi model yang diikuti oleh pelajar-pelajar. Jika model-model ini menggunakan bahasa yang sama atau mirip-mirip sama dengan bahasa matlamat, maka ini akan menguntungkan pelajarpelajar itu.



Dan keenam, mewujudkan operasi rangsangan dan tindak balas dalam proses pembelajaran. Bahasa adalah hasil operasi rangsangan dan tindak balas. Pembelajaran bahasa akan lebih berkesan jika kedua-dua unsur ini dapat diwujudkan. Selain bertujuan menghasilkan satu pembentukan tingkah baru yang berkesan, ia juga boleh bertindak sebagai daya penggerak dan meningkatkan minat serta motivasi. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk mempelbagaikan situasi rangsangan. Pertama adalah dengan cara mempelbagaikan tingkah laku. Kedua adalah dengan cara mempelbagaikan pengalihan saluran deria, ketiga dengan cara mempelbagaikan pola interaksi guru dan murid dan keempat dengan cara mempelbagaikan pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan alat-alat bantu mengajar. Berdasarkan teori ini terdapat satu pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa iaitu melalui pendekatan induktif. Pendekatan induktif ialah memulakan sesuatu pengajaran itu dengan memberikan contohcontoh terlebih dahulu dan kemudian baharulah diterangkan. Pendekatan induktif menggunakan model: Contoh ???? Generalisasi



3.2.



Teori Mentalis



Teori Mentalisme menganggap pemerolehan bahasa merupakan satu proses mental. Menurut golongan ini lagi, seseorang itu mempunyai kecekapan (competence), iaitu rumus-rumus yang ada dalam stok mental, dan prestasi (performance) yang merupakan aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, aspek pemikiran, pengetahuan dan makna diberikan penekanan. Dalam bidang linguistik aliran kod-kognitif tidak ada mencadangkan sebarang kaedah atau prinsip pengajaran bahasa yang tertentu. Walau bagaimanapun kita boleh membuat andaian beberapa prinsip pembelajaran yang dapat diwujudkan melalui pendapat dan pandangan mereka terhadap pemerolehan bahasa. Prinsipprinsip itu adalah seperti berikut: Pertama, pembelajaran bahasa merupakan satu proses mental. Melalui proses ini, pembelajaran bahasa dianggap sebagai satu proses pemikiran dan pemikiran ini dilahirkan melalui pertuturan. Kedua, semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka telah dilahirkan dengan kebolehan semula jadi untuk berbuat demikian. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa guru harus menyedari bahawa kebolehan semula jadi untuk berbahasa yang ada pada kanak-kanak itu membolehkan mereka menganalisis pertuturan yang mereka dengar. Guru perlu menggunakan pengetahuan bahasa murid-murid dalam masa merancang dan menentukan bahanbahan pengajaran yang akan diajar nanti.



Ketiga, kadar perkembangan bahasa adalah sama bagi kanak-kanak pada peringkat kematangan yang sama dalam keadaan yang normal. Prinsip ini mempercayai bahawa kematangan yang sama di kalangan kanak-kanak akan mempunyai ciri-ciri pembelajaran bahasa yang sama. Justeru, guru hendaklah berhati-hati membuat pemilihan terhadap bahan-bahan yang hendak disampaikan. Keempat, penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa dalam sesuatu huraian bahasa. Prinsip ini menekankan kebolehan untuk menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna bagi membolehkan kanak-kanak itu berkomunikasi dalam masyarakat bahasa itu. Guru harus menggunakan aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan berkesan untuk membolehkan kanak-kanak menguasai struktur-struktur bahasa yang terdapat di dalam sistem bahasanya dengan baik. Seterusnya kelima, tulisan dan bacaan adalah diutamakan dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kajian-kajian bahasa biasanya dilakukan berasaskan bahasa tulisan. Latihan-latihan tulisan yang diberi termasuklah latihan terjemahan bahan daripada bahasa sasaran ke bahasa ibunda atau sebaliknya. Manakala keenam adalah kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif dan tatabahasa disampaikan secara formal. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, Kajian-kajian bahasa dihuraikan melalui pendekatan deduktif. Ini bermakna, penyampaian pelajaran itu dimulakan dengan pengajaran terus mengenai rumusrumus dan konsep-konsep tatabahasa dan kemudian baharulah diberi contohcontoh. Dalam hal mengajarkan tatabahasa kepada pelajar-pelajar biasanya dilakukan secara formal. Pendekatan deduktif menggunakan model: Generalisasi ---Contoh



3.3.



Teori konstruktivisme



Ahli-ahli bahasa yang menganut fahaman ini bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi strukturnya malah mereka juga memberi perhatian yang serius terhadap fungsi bahasa itu. Ini bermakna mereka menegaskan bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi . Berikut diperturunkan beberapa prinsip pengajaran bahasa daripada pandangan dan pendapat ahli-ahli Fungsionalis. Pertama, system tatabahasa dan fungsi bahasa adalah dua perkara yang diutamakan. Sesuatu pengajaran itu haruslah memberi pengetahuan kepada muridmurid tentang sistem tatabahasa atau prinsp-prinsip struktur bahasa yang dipelajari itu. Bahasa mempunyai fungsi misalnya untuk menyatakan perasaan dan mendeskripsi sesuatu objek. Dalam hal ini, bahasa yang digunakan untuk mendeskripsi sesuatu objek haruslah terdiri daripada ujaran-ujaran yang baik.



Kedua, variasi-variasi bahasa dapat mempertingkatkan tahap kemahiran berbahasa pelajar-pelajar. Bahasa adalah berkembang. Dari itu, wujudlah beberapa variasi dalam penggunaannya. Dan ketiga, bahasa, adalah alat untuk berhubung. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, murid-murid harus dapat menentukan fungsi-fungsi komunikatif pada bentuk-bentuk bahasa yang mereka kuasai.



3.4.



Teori Interaksionalisme



Teori ini memandang pembelajaran bahasa adalah sebagai alat interaksi dan ia merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistik. Teori ini menekankan pentingnya proses pembentukan hipotesis mengenai undang-undang bahasa dalam sesuatu pembelajaran itu. Teori ini juga menyarankan supaya guruguru memberi banyak latihan kepada pelajar-pelajar. Prinsip-prinsip yang dicetuskan daripada pandangan-pandangan ahli-ahli bahasa Interaksionalisme adalah seperti berikut: Pertama, penyampaian makna adalah lebih diutamakan dalam komunikasi bahasa. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, sama ada pembelajaran bahasa pertama dan kedua, penyampaian makna adalah penting. Pembelajaran bahasa bukan hanya mempelajari struktur itu tetapi apa yang lebih penting ialah belajar untuk interaksi. Kedua, pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, bahasa yang dituturkan dan makna yang dimaksudkan adalah Berhubung rapat. Interaksionalis mementingkan kedua-dua unsur iaitu makna dan struktur bahasa. Dan ketiga, pengajaran dan pembelajaran bahasa memerlukan penumpuan terhadap tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti yang bermakna. Jika guru itu dapat menyampaikan pengajaran dalam bentuk aktiviti-aktiviti yang bermakna maka murid-murid berkemampuan untuk menggunakan bahasa itu dengan lancar dan fasih.



BMM3117 : Teori Pemerolehan Bahasa



Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan. Teori juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada yang memberi panduan untuk menjalankan penyelidikan dan mendapatkan maklumat baru. Sebagai seorang guru bahasa, kita perlu tahu bagaimana kanak-kanak mempelajari bahasa terlebih dahulu. Dengan berpegang pada prinsip itu maka ia boleh menghasilkan sesuatu bentuk pengajaran yang baik dan berkesan. Di samping itu juga guru itu boleh menentukan sejauh mana prinsip-prinsip itu boleh menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Prinsip-prinsip terbentuk dari dua jenis teori yang bertentangan iaitu teori behaviorisme dan teori mentalisme. Sesuatu teori itu menentukan apakah prinsip yang harus dipegang dalam pengajaran. Menurut Kamus Dewan (1984: 1056), prinsip ialah asas atau dasar yang menjadi pokok sesuatu pemikiran, kajian, tindakan sesuatu teori. Jadi sesuatu teori itu menentukan apakah prinsip yang harus dipegang dalam pengajaran. Berhubung dengan prinsip-prinsip pengajaran bahasa ia adalah hasil dari dapatan teori-teori pemerolehan bahasa yang pernah disebutkan sebelum ini yang mana akan dibincangkan dari beberapa sudut. Selain itu terdapat juga prinsip-prinsip umum supaya pengajaran guru itu lebih menunjukkan keberkesanan.



Berikut adalah teori-teori yang terdapat di bawah tajuk Teori Pemerolehan Bahasa ini:



Friday, March 8, 2013 Teori Mentalis dalam Teori Pemerolehan Bahasa



Teori mentalis pula menganggap pemerolehan bahasa merupakan satu proses mental. Menurut golongan ini lagi, seseorang itu mempunyai kecekapan (competence), iaitu rumus-rumus yang ada dalam stok mental, dan prestasi (performance) yang merupakan aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, aspek pemikiran, pengetahuan dan makna diberikan penekanan. Dalam bidang linguistik aliran kod-kognitif tidak ada mencadangkan sebarang kaedah atau prinsip pengajaran bahasa yang tertentu. Walau bagaimanapun kita boleh membuat andaian beberapa prinsip pembelajaran yang dapat diwujudkan



melalui pendapat dan pandangan mereka terhadap pemerolehan bahasa. Prinsipprinsip itu adalah seperti berikut: Pertama, pembelajaran bahasa merupakan satu proses mental. Melalui proses ini, pembelajaran bahasa dianggap sebagai satu proses pemikiran dan pemikiran ini dilahirkan melalui pertuturan. Kedua, semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka telah dilahirkan dengan kebolehan semula jadi untuk berbuat demikian. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa guru harus menyedari bahawa kebolehan semula jadi untuk berbahasa yang ada pada kanak-kanak itu membolehkan mereka menganalisis pertuturan yang mereka dengar. Guru perlu menggunakan pengetahuan bahasa murid-murid dalam masa merancang dan menentukan bahanbahan pengajaran yang akan diajar nanti. Ketiga, kadar perkembangan bahasa adalah sama bagi kanak-kanak pada peringkat kematangan yang sama dalam keadaan yang normal. Prinsip ini mempercayai bahawa kematangan yang sama dalam kalangan kanak-kanak akan mempunyai ciri-ciri pembelajaran bahasa yang sama. Justeru itu, guru hendaklah berhati-hati membuat pemilihan terhadap bahan-bahan yang hendak disampaikan. Keempat, penyampaian bermakna lebih diutamakan daripada struktur bahasa dalam sesuatu huraian bahasa. Prinsip ini menekankan kebolehan untuk menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna bagi membolehkan kanak-kanak itu berkomunikasi dalam masyarakat bahasa itu. Guru harus menggunakan aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan berkesan untuk membolehkan murid-murid menguasai struktur-struktur bahasa yang terdapat di dalam sistem bahasanya dengan baik. Seterusnya yang kelima, tulisan dan bacaan adalah diutamakan dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kajian-kajian bahasa biasanya dilakukan berasaskan bahasa tulisan. Latihan-latihan tulisan yang diberi termasuklah latihan terjemahan bahan daripada bahasa sasaran ke bahasa ibunda atau sebaliknya. (bahasa Inggeris diterjemahkan kepada bahasa Melayu) Manakala yang keenam pula adalah kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif (penerangan dahulu,kemudian disusuli dengan contoh) dan tatabahasa disampaikan secara formal dalam proses pengajaran dan pembelajaran.



Teori Behaviorisme (perlakuan) dalam Teori Pemerolehan Bahasa



Teori behaviorisme beranggapan bahawa bahasa diperolehi melalui proses pengulangan bahasa. Ia dikuasai melalui rangsangan dan gerak balas. Golongan dalam teori ini mementingkan pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, teori ini menegaskan latihan dan latih tubi pola ( bermula daripada senang kepada yang lebih susah ) . Teori ini juga menekankan kemahiran lisan dalam pengajaran.



Prinsip-prinsip pengajaran bahasa dari golongan ini adalah dari pandangan dan pendapat ahli-ahli psikologi dan linguistik aliran Behaviorisme. Golongan ini beranggapan bahawa; Pertama, bahasa yang diutamakan ialah bahasa lisan manakala bahasa tulisan merupakan bahasa kedua penting. Ahli-ahli Behaviorisme menegaskan bahawa pengajaran bahasa mestilah didahulukan bahasa lisan. Kemudiannya pembelajaran bahasa tulisan yang dianggap perkara penting yang kedua dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna guru-guru mestilah berusaha untuk membolehkan murid-murid bertutur dalam bahasa itu dahulu dan kemudian baharulah kepada pengajaran membaca dan menulis setelah murid-murid dapat menguasai sistem bahasa dan struktur bahasa. Kedua, bahasa adalah satu tabiat. Prinsip ini sesuai diterapkan dalam proses pembelajaran kedua. Latihan dan latih tubi serta perbualan bahasa turut diutamakan. Guru perlu menyusun pelajaran dengan baik dan pengajaran dimulakan daripada pola-pola yang senang kepada yang lebih susah. Ketiga, pengukuhan adalah satu syarat penting di dalam pembelajaran yang merupakan satu alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku yang dikehendaki. Dalam situasi pembelajaran bahasa, pujian, keistemewaan, pengiktirafan, maklum balas, galakan dan lain-lain bertindak sebagai pengukuh. Mengikut prinsip ini, sesuatu gerak balas yang betul perlu diteguhkan oleh guru dengan cara memberi pengukuhan seperti yang disebutkan di atas. Keempat, latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan. Hal ini merupakan latihan ulangan satu-satu gerak balas dengan satu-satu rangsangan. Latihan dan latih tubi hendaklah dilakukan dalam keadaan yang bermakna. Ini adalah untuk mengelakkan pelajaran tersebut menjadi bosan.Peneguhan boleh dilanjutkan oleh guru melalui penggunaan bahan-bahan makmal bahasa. Dalam hal ini, satu model pembelajaran telah dikemukakan oleh Behaviorisme iaitu :



Latihan yang dikukuhkan -> pembelajaran -> perubahan tingkah laku



Kelima, model-model bahasa yang terbaik haruslah diutamakan. Dalam konteks pembelajaran bahasa di sekolah-sekolah. Bahasa guru menjadi model yang diikuti oleh murid-murid. Jika model-model ini menggunakan bahasa yang sama atau mirip-mirip sama dengan bahasa matlamat, maka ini akan menguntungkan pelajarpelajar itu. Keenam, mewujudkan operasi rangsangan dan tindak balas dalam proses pembelajaran. Bahasa adalah hasil operasi rangsangan dan tindak balas. Pembelajaran bahasa akan lebih berkesan jika kedua-dua unsur ini dapat diwujudkan. Selain bertujuan menghasilkan satu pembentukan tingkah baru yang berkesan, ia juga boleh bertindak sebagai daya penggerak dan meningkatkan minat serta motivasi.



Ada beberapa cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk mempelbagaikan situasi rangsangan. Pertama adalah dengan cara mempelbagaikan tingkah laku. Kedua adalah dengan cara mempelbagaikan pengalihan saluran deria, ketiga dengan cara mempelbagaikan pola interaksi guru dan murid dan keempat dengan cara mempelbagaikan pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan alat-alat bantu mengajar. Berdasarkan teori ini terdapat satu pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa iaitu melalui pendekatan induktif. Pendekatan induktif ialah memulakan sesuatu pengajaran itu dengan memberikan contohcontoh terlebih dahulu dan kemudian baharulah diterangkan.



Cara Mempelbagaikan Situasi Pembelajaran:



1. Pelbagaikan tingkah laku. 2. Pelbagaikan pengalihan saluran deria. 3. Pelbagaikan pola interaksi guru dan murid. 4. Pelbagaikan kaedah, teknik, pendekatan, strategi dan alat-alat bantu mengajar. 5. Menggunakan pendekatan induktif (contoh diberi terlebih dahulu sebelum dijelaskan)



Tabung Masa Depan



Friday, March 8, 2013 Teori Interaksionalis dalam Teori Pemerolehan Bahasa



Konsep Teori Interaksionalis



Teori Interaksionalis telah dipelopori oleh Halliday. Perkembangan teori ini telah berlaku sekitar tahun enam puluhan dan tujuh puluhan. Antara ahli-ahli bahasa yang turut menunjangi teori ini adalah seperti Bloom (1979), Bowennan (1973-1976) dan juga Grommer (1976). Mereka bersependapat bahawa kebolehan kognitif sahaja tidak boleh menjelaskan penguasaan bahasa seseorang kanak-kanak itu. Ini berikutan dengan kemahiran kognitif kanak-kanak yang hanya membolehkan mereka mentafsir makna tetapi tidak menjamin tafsiran tersebut boleh dinyatakan atau dilahirkan dalam bentuk bahasa. Menurut pandangan ahli-ahli interaksionalis, kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik bagi menggambarkan bentuk linguistik yang jelas dan tepat. Mereka juga menganggap bahawa penyampaian semantik (makna) adalah penting, dan harus berjalan seiringan dengan struktur bahasa agar para pelajar dapat menggunakan sistem bahasa dengan betul. Teori Interaksionalis memandang pembelajaran bahasa sebagai alat interaksi dan proses ini melibatkan mental dan liguistik. Teori ini turut menekankan pentingnya proses pembentukan hipotesis mengenai undang-undang bahasa dalam sesuatu pembelajaran itu. Seseorang pelajar harus boleh menggunakan strukturstruktur bahasa dengan betul terutamanya dari segi tatabahasa dan makna. Ini adalah penting bagi membolehkan mereka berkomunikasi dalam masyarakat dengan baik dan berkesan. Guru-guru disarankan supaya memberi banyak latihan kepada murid-murid.



Prinsip-Prinsip Aliran Interaksionalis



Prinsip Pertama, makna adalah lebih diutamakan dalam setiap komunikasi bahasa. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa, sama ada pembelajaran penting. Pembelajaran bahasa bukan hanya secara strukturalnya sahaja, tetapi apa yang lebih penting ialah belajar untuk berinteraksi. Dalam prinsip kedua, Pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, bahasa yang dituturkan dan makna yang dimaksudkan mempunyai hubungan yang rapat. Teori Interaksionalis ini mementingkan kedua-dua unsur iaitu makna dan juga struktur bahasa. Seterusnya, prinsip ketiga menyatakan bahawa teori ini menekankan penumpuan terhadap aktiviti-aktiviti yang bermakna. Jika guru dapat menyampaikan pengajaran dalam bentuk-bentuk aktiviti yang bermakna, maka para pelajar akan dapat menggunakan bahasa itu dengan lancar dan fasih.



Teori Pemerolehan Bahasa



A. Pengertian Pemerolehan Bahasa Pemerolehan bahasa (language acquisition) atau akuisisi bahasa menurut Maksan (1993:20) adalah suatu proses penguasaan bahasa yang dilakukan oleh seseorang secara tidak sadar, implisit, dan informal. Lyons (1981:252) menyatakan suatu bahasa yang digunakan tanpa kualifikasi untuk proses yang menghasilkan pengetahuan bahasa pada penutur bahasa disebut pemerolehan bahasa. Artinya, seorang penutur bahasa yang dipakainya tanpa terlebih dahulu mempelajari bahasa tersebut. Dardjowidjodjo (2003:225) menyatakan bahwa pemerolehan bahasa adalah proses penguasaan bahasa yang dilakukan oleh anak secara natural waktu dia belajar bahasa ibunya. Stork dan Widdowson (1974:134) mengungkapkan bahwa pemerolehan bahasa dan akuisisi bahasa adalah suatu proses anak-anak mencapai kelancaran dalam bahasa ibunya. Huda (1987:1) menyatakan bahwa pemerolehan bahasa adalah proses alami di dalam diri seseorang menguasai bahasa. Pemerolehan bahasa biasanya didapatkan hasil kontak verbal dengan penutur asli lingkungan bahasa itu. Dengan demikian, istilah pemerolehan bahasa mengacu ada penguasaan bahasa secara tidak disadari dan tidak terpegaruh oleh pengajaran bahasa tentang sistem kaidah dalam bahasa yang dipelajari. Jadi pemerolehan bahasa adalah proses yang berlangsung di dalam otak kanakkanak ketika dia memperoleh bahasa pertamanya atau bahasa ibunya. Pemerolehan bahasa berbeda dengan pembelajaran bahasa. Pembelajaran bahasa berkaitan dengan proses-proses yang terjadi pada waktu seorang kanak-kanak mempelajari bahasa kedua setelah dia memperoleh bahasa pertamanya. Jadi, pemerolehan bahasa berkenaan dengan bahasa pertama, sedangkan pembelajaran bahasa berkenaan dengan bahasa kedua.



B. Teori Pemerolehan Bahasa 1.



Teori Behaviorisme



Perkembangan bahasa adalah bentukan atau hasil dari pengaruh lingkungan. Artinya, pengetahuan merupakan hasil dari interaksi dengan lingkungannya melalui pengkondisian stimulus yang menimbulkan respons. Teori ini bertitik tolak pada pendapat bahwa anak dilahirkan tidak membawa apaapa, sehingga memerlukan proses bealajar. Proses belajar ini melalui imitasi, modeling, atau belajar reinforcement(Hetherington, 1998; Mussen dkk,1984; Monks dkk, 2001). Skinner memakai teori stimulus-respon dalam menerangkan perkembangan bahasa, yaitu bahwa bila anak mulai belajar berbicara yang merupakan bukti berkembangnya bahasa anak, maka orang yang berada disekelilingnya memberikan repons yang positif sebagai penguat (reinforcement). Dengan adanya respon positif tersebut maka anak cenderung mengulang kata tersebut atau tertarik mencoba kata lain. Dalam teori ini, Skinner menekankan agar para pendidik PAUD untuk senantiasa menghadirkan suasana kelas dengan latihan yang diberikan kepada anak harus dalam bentuk pertanyaan (stimulus) dan jawaban (respons) yang dikenalkan melalui berbagai tahapan, mulai dari yang sederhana sampai yang lebih rumit, contohnya sistem pembelajaran drilling. Pada awalnya, anak akan memberikan respons pada setiap pembelajaran dan dapat segera memberi repons. Pendidik perlu memberikan penguatan terhadap hasil kerja anak yang baik dengan pujian atau hadiah. Ahli lain, Albert Bandura mencoba menerangkan dari sudut teori belajar sosial. Dia berpendapat anak belajar bahasa karena menirukan suatu model. Tingkah laku imitasi ini tidak mesti harus menerima reinforcement sebab belajar model dalam prinsipnya lepas dari reinforcement dari luar. 2.



Teori Nativisme (Nativistic Approach)



Pelopor teori ini adalah Chomsky, seorang ahli linguistik. Ia berpendapat bahwa bahasa sudah ada dalam diri anak, merupakan bawaan lahir, telah ditentukan secara biologis, bersifat alamiah. Pada saat seorang anak lahir, ia telah memiliki seperangkat kemampuan berbahasa yang disebut Tata Bahasa Umum atau Universal Grammar. Jadi dalam diri manusia sudah ada innate mechanism, yaitu bahwa bahasa seseorang itu ditentukan oleh sesuatu yang ada di dalam tubuh manusia atau sudah diprogram secara genetik. Meskipun pengetahuan yang ada di dalam diri anak tidak banyak mendapat rangsangan, anak tetap dapat mempelajarinya. Anak tidak sekedar meniru bahasa yang didengarkannya, tetapi juga mampu menarik kesimpulan dari pola yang ada. Selama pemerolehan bahasa pertama, Chomsky menyebutkan bahwa ada dua proses yang terjadi ketika seorang kanak-kanak memperoleh bahasa pertamanya. Proses yang dimaksud adalah proses kompetensi dan proses performansi. Kedua



proses ini merupakan dua proses yang berlainan. Kompetensi adalah proses penguasaan tata bahasa (fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik) secara tidak disadari. Kompetensi ini dibawa oleh setiap anak sejak lahir. Meskipun dibawa sejak lahir, kompetensi memerlukan pembinaan sehingga anak-anak memiliki performansi dalam berbahasa. Performansi adalah kemampuan anak menggunakan bahasa untuk berkomunikasi. Performansi terdiri dari dua proses, yaitu proses pemahaman dan proses penerbitan kalimat-kalimat. Proses pemahaman melibatkan kemampuan mengamati atau mempersepsi kalimat-kalimat yang didengar, sedangkan proses penerbitan melibatkan kemampuan menghasilkan kalimat-kalimat sendiri (Chaer 2003:167). Sejak lahir anak manusia sudah dilengkapi dengan alat yang disebut dengan alat penguasaan/pemerolehan bahasa (language acquisation device/LAD), dan hanya manusia yang mempunyai LAD. LAD ini mendapatkan inputnya dari data bahasa dari lingkungan. LAD ini dianggap sebagai bagian fisiologis dari otak yang khusus untuk mengolah masukan (input) dan menentukan apa yang dikuasai lebih dahulu seperti bunyi, kata, frasa, kalimat, dan seterusnya. Meskipun kita tidak tahu persis tepatnya dimana LAD itu berada karena sifatnya yang abstrak (invisible). Dalam bahasa juga terdapat konsep universal sehingga secara mental telah mengetahui kodrat-kodrat yang universal ini. Tanpa LAD, tidak mungkin seorang anak dapat menguasai bahasa dalam waktu singkat dan bisa menguasai sistem bahasa yang rumit. LAD juga memungkinkan seorang anak dapat membedakan bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa. Chomsky mengibaratkan anak sebagai entitas yang seluruh tubuhnya telah dipasang tombol serta kabel listrik, mana yang dipencet itulah yang akan menyebabkan bola lampu tertentu menyala. Jadi, bahasa mana dan wujudnya seperti apa ditentukan oleh input dari sekitarnya,antara Nurture dan Nature samasama saling mendukung. Nature diperlukan karena tanpa bekal kodrati makhluk tidak mungkin anak dapat berbahasa dan nurture diperlukan karena tanpa input dari alam sekitar bekal yang kodrati itu tidak akan terwujud (Dardjowidjojo, 2003). Teori ini berpengaruh pada pembelajaran bahasa, di mana anak perlu mendapatkan model pembelajaran bahasa sejak dini. Anak belajar bahasa dengan cepat sebelum usia 10 tahun, apalagi menyangkut bahasa kedua (second language). Usia lebih dari 10 tahun, anak kesulitan dalam mempelajari bahasa. 3.



Teori Kognitivisme



Munculnya teori ini dipelopori oleh Jean Piaget (1954) yang mengatakan bahwa bahasa itu salah satu di antara beberapa kemampuan yang berasal dari kematangan kognitif. Jadi perkembangan bahasa itu ditentukan oleh urutan-urutan perkembangan kognitif. Perkembangan bahasa tergantung pada kemampuan kognitif tertentu, kemampuan pengolahan informasi, dan motivasi. Piaget (Mussen dkk., 1984) dan pengikutnya menyatakan bahwa perkembangan kognitif mengarahkan kemampuan berbahasa, dan perkembangan bahasa tergantung pada perkembangan kognitif. Menurut Piaget struktur yang kompleks itu bukan pemberian alam dan bukan sesuatu yang



dipelajari dari lingkungan melainkan struktur itu timbul secara tak terelakkan sebagai akibat dari interaksi yang terus menerus antara tingkat fungsi kognisi anak dengan lingkungan kebahasaannya. Menurut kaum kognitivisme bahwa kemampuan pembelajar sudah terprogram secara biologis untuk memiliki kemampuan kognitif dan proses belajar terjadi dengan cara memetakan kategori linguistik ke dalam kategori kognitif, serta apa yang dipelajari adalah tata bahasa sebuah bahasa. Jadi, sebetulnya kaum kognitivisme berusaha menggabungkan peran lingkungan dan faktor bawaan, namun lebih besar ditekankan pada aspek berpikir logis (the power of logical thinking). Urutan pemerolehan bahasa: menuranikan struktur aksi – representasi kecerdasan – membentuk struktur linguistik. (Lebih jelas lihat Chaer, 2003; hal, 178179). Menurut teori kognitivisme, yang paling utama harus dicapai adalah perkembangan kognitif, barulah pengetahuan dapat keluar dalam bentuk keterampilan berbahasa. Dari lahir sampai 18 bulan, bahasa dianggap belum ada. Anak hanya memahami dunia melalui inderanya. Anak hanya mengenal benda yang dilihat secara langsung. Pada akhir usia satu tahun, anak sudah dapat mengerti bahwa benda memiliki sifat permanen sehingga anak mulai menggunakan simbol untuk mempresentasikan benda yang tidak hadir dihadapannya. Simbol ini kemudian berkembang menjadi kata-kata awal yang diucapkan anak. 4.



Teori Interaksionisme



Teori interaksionisme beranggapan bahwa pemerolehan bahasa merupakan hasil interaksi antara kemampuan mental pembelajaran dan lingkungan bahasa. Pemerolehan bahasa itu berhubungan dengan adanya interaksi antara masukan “input” dan kemampuan internal yang dimiliki pembelajar. Setiap anak sudah memiliki LAD sejak lahir. Namun, tanpa ada masukan yang sesuai tidak mungkin anak dapat menguasai bahasa tertentu secara otomatis. Sebenarnya, faktor intern dan ekstern dalam pemerolehan bahasa pertama oleh sang anak sangat mempengaruhi. Benar jika ada teori yang mengatakan bahwa kemampuan berbahasa anak telah ada sejak lahir (telah ada LAD). Hal ini telah dibuktikan oleh berbagai penemuan seperti yang telah dilakukan oleh Howard Gardner. Dia mengatakan bahwa sejak lahir anak telah dibekali berbagai kecerdasan. Salah satu kecerdasan yang dimaksud adalah kecerdasan berbahasa (Campbel, dkk., 2006: 2-3).



C. Tahap Pemerolehan Bahasa Aitchison mengemukakan beberapa tahap pemerolehan bahasa anak: 1.



Tahap Satu: Mendengkur



Tahap ini mulai berlangsung pada anak usia sekitar enam minggu. Bunyi yang dihasilkan mirip dengan vokal tetapi tidak sama dengan bunyi vokal orang dewasa.



2.



Tahap Dua: Meraban



Tahap ini berlangsung ketika usia anak mendekati enam bulan. Tahap meraban merupakan pelatihan bagi alat-alat ucap. Vokal dan konsonan dihasilkan secara serentak. 3.



Tahap Tiga: Pola intonasi



Anak mulai menirukan pola-pola intonasi. Tuturan yang dihasilkan mirip dengan yang diucapkan ibunya. 4.



Tahap Empat: Tuturan satu kata



Pada umur satu tahun sampai delapan belas bulan anak mulai mengucapkan tuturan satu kata. Pada usia ini anak memperoleh sekitar lima belas kata meliputi nama orang, binatang, dan lain-lain. 5.



Tahap Lima: Tuturan dua kata



Umumnya pada usia dua setengah tahun anak sudah menguasai beberapa ratus kata. Tuturan hanya terdiri atas dua kata. 6.



Tahap Enam: Infleksi kata



Kata-kata yang dianggap remeh dan infleksi mulai digunakan. Dalam bahasa Indonesia yang tidak mengenal istilah infleksi, mungkin berwujud pemerolehan bentuk-bentuk derivasi, misalnya kata kerja yang mengandung awalan atau akhiran. 7.



Tahap Tujuh: Bentuk tanya dan bentuk ingkar



Anak mulai memperoleh kalimat tanya dengan kata tanya seperti apa, siapa, kapan, dan sebagainya. Di samping itu anak juga sudah mengenal bentuk ingkar. 8.



Tahap Delapan: Konstruksi yang jarang atau kompleks



Anak sudah mulai berusaha menafsirkan meskipun penafsirannya dilakukan secara keliru. Anak juga memperoleh kalimat dengan struktur yang rumit, seperti pemerolehan kalimat majemuk. 9.



Tahap Sembilan: Tuturan yang matang



Pada tahap ini anak sudah dapat menghasilkan kalimat-kalimat seperti orang dewasa.



DAFTAR PUSTAKA Jannah, Lily Alifiyatul.(2013).Kesalahan-kesalahan GURU PAUD yang Sering Dianggap Sepele. Yogyakarta : Diva Press. Aimankhoirul.(2013). Teori Pemerolehan Bahasa.[Online]. Tersedia : http://aimankhairul.blogspot.com/2010/03/pada-dasarnya-seluruh-manusia-belajar.html. [8 April 2014].



Asbahar. (2008).Teori Pemerolehan Bahasa Pertama.[Online].Tersedia : http://asbaharticles.blogspot.com/2008/11/teori-pemerolehan-bahasapertama.html. [8 April 2014]. Efitasari, Eka Nur.(2014). Perkembangan III: Masa Awal Kehidupan I (1-4 Tahun). [Online].Tersedia:http://m.kompasiana.com/post/read/644300/3/perkembangan-iiimasa-awal-kehidupan-i-1-4-tahun.html. [8 April 2014].



TEORI PEMEROLEHAN BAHASA TEORI BEHAVIOURISME PELOPOR : B.F. SKINNER



Behaviour merujuk kepada aksi atau reaksi manusia dalam bentuk gerak balas hasil daripada rangsangan dalaman atau luaran. Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses P & P. Termasuk perlakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah. Berasaskan teori pelaziman klasik, iaitu kanak-kanak mempelajari bahasa melalui hukuman dan ganjaran. Proses pembelajaran berlaku secara berulang dan menekan latih tubi. Penguasaan bahasa dikuasai melalui latihan. Teori ini menganggap bahasa adalah peraturan-peraturan yang mempunyai tatabahasa yang sistematik dan sentiasa mengalami perubahan. Menurut Skinner, pembelajaran bahasa berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar. Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh kanak-kanak. Di antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti ”pandai”, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap.



B.F. Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semula jadi dilahirkan dengan keupayaan mempelajari bahasa. Keupayaan bertutur adalah satu bentuk perlakuan manusia yang dikenali sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk berdasarkan prinsip Teori Behavioris.



PRINSIP TEORI BEHAVIORISME Bahasa yang diutamakan bahasa lisan manakala tulisan ialah bahasa kedua terpenting Bahasa adalah tabiat atau kebiasaan Pengukuhan penting dalam P&P Latihan bahasa perlu diperkukuhkan Model-model bahasa yang terbaik perlu diutamakan Wujudkan unsur rangsangan dan tindak balas dalam P&P



HUBUNGAN TEORI BEHAVIORISME DALAM P&P Menekan analisis tatabahasa mengenai morfologi dan sintaksis. Berfahaman bahawa data-data bahasa dapat dikaji. Mengkaji semua ayat atau ujaran dengan tujuan melihat ciri yang berbeza. Kategori tatabahasa adalah berdasarkan struktur tiap-tiap aspek bahasa



KEKUATAN TEORI BEHAVIORISME Teori ini sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan daripada orang dewasa di sekeliling mereka. Sebagai contoh, kanak-kanak tadika memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus daripada orang di persekitarannya terutamanya guru-guru mereka kerana mereka mudah mengikuti apa yang diajar dan disuruh selain suka meniru perlakuan orang di sekelilingnya.



Selain itu, mereka juga suka dengar bentuk-bentuk penghargaan yang diberi kepadanya seperti pujian dan melalui bentuk penghargaan tersebut ianya dapat menaikkan semangat belajar dalam diri mereka. Guru tidak perlu mengambil masa yang lama memberi penerangan yang panjang tentang pembelajaran kepada murid-murid. Selain daripada itu teori ini menekankan kemahiran lisan berbanding kemahiran membaca dan menulis. Melalui aspek kemahiran yang ditekankan dapat memberikan kelebihan kepada murid kerana aspek lisan iaitu mendengar dan bertutur penting dalam situasi harian murid.



KELEMAHAN TEORI BEHAVIORISME Proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku dalam keadaan sehala di mana ianya berpusat pada guru sahaja. Guru hanya mengajar dan melatih murid manakala murid hanya menerima apa yang diajar guru tanpa memberi sebarang maklum balas. Murid berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan dipandang cara belajar yang efektif. Penggunaan hukuman merupakan salah satu cara guru mendisiplinkan murid dan akan mendatangkan akibat buruk kepada murid. Hal ini kerana sistem pembelajaran tersebut lebih tertumpu kepada rangsangan dan gerak balas yang ditunjukkan. Sekiranya tiada rangsangan maka tindak balas tidak akan berlaku. Sebagai contoh, guru akan beri rangsangan seperti hadiah dan baru mereka memberi jawapan yang dikehendaki guru. Teori ini adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih tertumpu kepada buku teks. Hal ini kerana mereka belajar mengikut urutan kurikulum yang sangat ketat sehinggakan buku teks merupakan buku wajib dalam pembelajaran mereka. Malah, mereka juga dikehendaki memahami dan mempersembahkan kembali isi pembelajaran di dalam buku teks tersebut dengan baik.



TEORI KOGNITIF PELOPOR : JEAN PIAGET



KONSEP PENTING YANG DIUTARAKAN OLEH JEAN PIAGET Skema Asimilasi Akomodasi Adaptasi



SKEMA Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu. o Contohnya: o Sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki. Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan persekitarannya.



ASIMILASI Satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada. Membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi. o Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal.



Kanak tersebut akan menggunakan skema memegang dan sekaligus merasanya. AKOMODASI Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan. Berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. o Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu.



ADAPTASI Wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi. Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yang mengikut turutan umur.



TAHAP – TAHAP PERKEMBANGAN KOGNITIF Tahap Sensorimotor atau deria motor (dari lahir hingga 2 tahun) Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun) Tahap Operasi Konkrit ( 7 hingga 12 tahun) Tahap Operasi Formal (12 tahun hingga dewasa)



TAHAP SENSORIMOTOR Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974).



TAHAP PRAOPERASI Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan. o Contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa. o Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja.



TAHAP OPERASI KONKRIT Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana mereka akan mula memasuki zaman persekolahan. Mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik.



Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan serta konsep pengekalan sesuatu benda atau objek. Walau bagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak.



TAHAP OPERASI FORMAL Pada tahap ini Piaget menyatakan bahawa perkembangan kecerdasan kognitif manusia telah sampai ke tahap maksima. Pemikiran dan penghuraian pendapat individu pada tahap ini dikatakan lebih baik dan nyata. Mereka dikatakan mampu membuat keputusan dan telah dapat membuat hipotesis melalui pemerhatian. Individu telah mula mencari jalan untuk menyelesaikan masalah berdasarkan rasional dan lebih bersifat sistematik.



KELEMAHAN TEORI PIAGET Pengkritik menyatakan bahawa Teori Piaget ini tidak mampu menerangkan struktur, proses dan fungsi kognitif dengan jelas. Mereka menyatakan sekiranya kanak-kanak melalui setiap peringkat perkembangan kognitif berasaskan set operasi yang khusus, maka apabila kanakkanak tersebut berjaya memahirkan set operasi tertentu, mereka sepatutnya juga dapat menyelesaikan semua masalah yang memerlukan set operasi yang sama.



KEKUATAN TEORI KOGNITIF Menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu pembelajaran bahasa akan diajar secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan murid berkenaan. Dengan itu proses pembelajaran berlaku secara sistematik dan guru dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran murid secara berperingkat-peringkat. Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri. Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan pelajar bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti



pembelajaran dan penggunaan bahan-bahan pembelajaran berbanding guru. Oleh itu ia amat sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran berbahasa.



TEORI MENTALIS PELOPOR : NOAM CHOMSKY Memperkenalkan analisis bahasa Transformasi generatif (Chomsky) Mendokong istilah generatif, kreatif, eksplisit, kegramatisan dan transformasi Berandaian teori kod kognitif bahawa P&P bahasa sebagai satu proses kognitif Teori mentalis berpendapat bahawa pemerolehan bahasa sebagai proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental. Menurut teori ini, bahasa ialah aktiviti mental yang merupakan kebolehan semulajadi manusia. N.Chomsky, salah seorang pelopor teori ini berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama Peranti Pemerolehan Bahasa (Language Acquisation Device) atau LAD. Alat ini membolehkan manusia mempunyai kebolehan semulajadi untuk menguasai bahasa. Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu; proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama. proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQ-nya rendah juga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama ). proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak. tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.



Golongan mentalis berpendapat bahawa seseorang kanak-kanak menggunakan keupayaan sedia ada pada mereka untuk merumus dan membentuk ayat mengikut sistem bahasa yang mereka peroleh. Manakala prestasi ialah aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan bahasa manusia. Oleh hal yang demikian, teori ini mengutamakan proses berfikir berbanding dengan perlakuan manusia.



CIRI TATABAHASA Terdiri daripada rumus-rumus yang berurutan dan teratur Menghuraikan bagaimana bahasa boleh dihasilkan dan difahami Menganalisis fonologi, morfologi dan sintaksis



HUBUNGAN TEORI MENTALIS DALAM P&P Ada dua perkara penting dalam penguasaan bahasa kecekapan dan prestasi Prinsip: undang-undang bahasa ditekankan Tulisan dan bacaan diutamakan Pendekatan Analisis Kaedah: kod-kognitif Teknik: hafalan



TEORI INTERAKSIONALIS PELOPOR : HALLIDAY Berkembang dalan Tahun 60an Tokoh-tokohnya ialah Bloom (1970), Bowennan (1973),Gromer (1976) dll



Berpandangan kognitif sahaja tidak boleh menjelaskan penguasaan bahasa – hanya boleh manfsirkan makna yang tidak menjamin dilahirkan dalam bentuk bahasa. Kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi lingguistik bagi menggambarkan bentuk linguistik yang jelas dan tepat Mementingkan aktiviti komunikasi. Seseorang menghasilkan bahasa apabila memerlukannya. Perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif & proses interaksi bahasa. Melalui interaksi terhasillah ayat penyata & ayat perintah. Manusia saling memerlukan pengaruh antara satu dengan lain Melibatkan apa sahaja yang bersangkut paut dengan cara hidup satu kumpulan manusia atau masyarakat. Manusia dapat bertindak balas secara peka terhadap pengalaman. Dengan ini mereka dapat memperkembangkan kepercayaan mereka terhadap dunia disekeliling mereka. Dalam konteks pengajaran, aliran ini berpendapat sekolah ialah satu kumpulan sosial dan pelajar harus mengembangkan kapasiti sosial mereka semaksima mungkin. Dalam proses pembelajaran, pelajar harus dapat belajar dalam situasi dan konteks sosial yang sebenar, yang memberi peluang mereka berinteraksi, kemahiran berkomunikasi, bekerjasama, bertanggungjawab dan penuh keyakinan diri. Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman dan mereka bebas untuk membuat pilihan. Pengaruh persekitaran tidak berupaya untuk mempengaruhi mereka.



PANDANGAN DALAM P&P Sebagai satu alat berinteraksi dan ia melibatkan proses mental dan linguistik



Mementingkan proses pembentukan hipotesis mengenai undang-undang bahasa dalam p&p Seseorang pelajar perlu menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna Guru perlu banyak memberi latihan kepada murid Menganggap penyampaian makna (semantik) penting namun struktur bahasa perlu berjalan serentak Ini membantu murid menggunakan sistem bahasa yang dipelajari dengan betul



PRINSIP P&P INTERAKSIONALIS Penyampaian makna bermakna dalam komunikasi Pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik P&P perlu penumpuan terhadap aktiviti yang bermakna



KELEBIHAN TEORI INTERAKSIONALIS Merupakan interaksi sosial harian. Individu berinteraksi dengan individu yang lain untuk mencapai motif dan sesuatu tujuan atau matlamat. Banyak menggunakan simbol seperti warna, lampu, isyarat, gerak geri, lambang dan sebagainya dalam proses mencipta hubungan sosial. Komunikasi dan cara hidup manusia mempunyai simboliknya yang tersendiri yang sangat penting dan saling difahami oleh setiap individu sosial.



KELEMAHAN TEORI INTERAKSIONALIS Teori ini tidak melihat kehidupan sosial secara menyeluruh.



Walau bagaimanapun, teori interaksionalisme ini hanyalah salah satu daripada perspektif tentang pemahaman dan pemikiran tentang dunia sosial. Perbezaan pemahaman tentang dunia sosial ini menunjukkan hubungan antara manusia dengan masyarakat adalah tidak terbatas. Oleh itu, sebarang pendekatan sosiologi cuma boleh memberikan sebahagian huraian tentang manusia dan masyarakat.



RUJUKAN http://www.scribd.com/doc/53839283/20/Teori-Pemerolehan-BahasaInteraksionalis http://www.scribd.com/doc/3951911/TEORI-PEMEROLEHAN-BAHASA-1 http://kulanzsalleh.blogspot.com/2009/12/teori-pemerolehan-bahasa.html http://anuarsped.blogspot.com/2009/04/pengenalan-bahasa.html http://inspirasi-smallprincess.blogspot.com/2009/04/teoriinteraksionisme.html Juriah Long et al(1994). Perkaedahan Bahasa Melayu(Edisi Ke-4). Kuala Lumpur:Fajar Bakti Sdn. Bhd Kamarudin Hj. Husin(1998). Pedagogi Bahasa Melayu(edisi ke8). Selangor:Longman Malaysia Sdn. Bhd