Topik 3 Perkembangan Ilmu Tafsir [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Topik



3 X Perkembangan Ilmu Tafsir



HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.



Menjelaskan perkembangan ilmu Tafsir dari zaman Rasulullah dan sahabat sehinggalah ke zaman pembukuan;



2.



Menerangkan metode pentafsiran bagi setiap zaman; dan



3.



Mengetahui sumber pentafsiran bagi setiap zaman.



X PENGENALAN Ilmu Tafsir merupakan ilmu yang amat penting dalam kehidupan manusia. Kepentingan ini disebabkan ilmu ini membincangkan persoalan yang berkaitan dengan seluruh aspek keperluan manusia di atas dunia ini. Mendalami sejarah kewujudan ilmu Tafsir dan perkembangannya juga merupakan perkara yang tidak kurang pentingnya dalam memahami ilmu ini. Melalui pembincangan dalam topik ini pelajar akan memahami selok-belok penghasilan sesebuah kitab Tafsir karangan ulama mufassirin, sebagaimana memahami cara dan metode yang diguna pakai oleh mereka dalam mengolah sesuatu ayat al-Quran. Bagi membincangkan perkembangan ilmu Tafsir ini, kita akan menelusuri tiga tempoh zaman iaitu zaman Rasulullah s.a.w dan sahabat, zaman TabiÊin dan AtbaÊ al-TabiÊin dan zaman Tadwin atau Pembukuan.



44 X TOPIK 3 PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR



3.1



ZAMAN RASULULLAH S.A.W DAN SAHABAT



Zaman permulaan bagi Ilmu Tafsir sudah tentulah bertitik tolak dari zaman Rasulullah s.a.w. Keadaan ini kerana wahyu dari langit yang dibawa dengan perantaraan Malaikat Jibril itu bermula sebaik sahaja Nabi Muhammad s.a.w dilantik menjadi rasul. Oleh itu boleh dikatakan, perkembangan Ilmu Tafsir pada hakikatnya bermula sebaik sahaja al-Quran diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. Perkembangan Ilmu Tafsir samalah seperti ilmu-ilmu yang lain. Sesuatu ilmu kebiasaannya muncul di persada dunia tanpa nama yang khas merujuk kepadanya. Setelah berlalu tempoh masa tertentu, barulah manusia mula memikirkan nama yang sesuai dengan ilmu tersebut. Keadaan demikian juga berlaku kepada Ilmu Tafsir. Pentafsiran al-Quran bermula sejak dakwah Islam disebarkan oleh nabi Muhammad s.a.w. Cuma persoalannya, apakah metode atau bentuk ilmu Tafsir yang wujud pada zaman itu? Untuk menjawab persoalan ini, mari sama-sama kita meneliti perbincangan berikut.



3.1.1



Metode/Bentuk Pentafsiran



Orang yang mula-mula mewujudkan ilmu Tafsir al-Quran dan menjelaskan maknanya kepada orang ramai ialah Rasulullah s.a.w. Baginda ialah orang yang paling faham tentang makna ayat-ayat al-Quran. Baginda juga amat memahami tentang rahsia-rahsia yang terkandung dalam ayat al-Quran dan mengetahui tujuan sesuatu ayat berkenaan diturunkan. Bahkan dalam sesetengah ayat, seruan itu ditujukan terus secara langsung kepada baginda s.a.w. supaya menjelaskannya kepada manusia. Contohnya ayat berikut:



              Bermaksud: „Supaya engkau jelaskan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka‰. (Surah al-Nahl: 44) Menurut Ibn Khaldun dalam Muqaddimahnya, Nabi s.a.w menjelaskan kepada sahabat-sahabat tentang ayat-ayat yang umum dengan memperincikan supaya difahami dengan jelas oleh mereka. Demikian juga Baginda s.a.w membezakan mana ayat yang Nasikh dan mana yang mansukh. Penjelasan Rasulullah memberi faham makna dan maksud tersirat di dalam ayat, manakala peristiwa atau sebab nuzul sedia diketahui oleh para sahabat yang menyaksikan wahyu



TOPIK 3 PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR W 45



diturunkan. Semuanya ini diperjelaskan oleh Nabi sendiri kepada sahabatsahabat baginda s.a.w sehingga mereka benar-benar faham dan mengerti penjelasan dan pentafsiran sesuatu ayat al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya. Ilmu pentafsiran ini kemudiannya berpindah daripada generasi sahabat kepada generasi tabiÊin dan begitulah seterusnya. Keadaan ini berterusan apabila ilmu ini sentiasa berpindah randah dari generasi pertama iaitu generasi sahabat kepada generasi seterusnya iaitu generasi tabiÊin dan sehingga generasi kebelakangan. Sehinggalah pengetahuan ini menjadi satu cabang ilmu yang akhirnya dibukukan khusus. Kemudian ilmu ini kian bercambah dengan penulisan buku-buku yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Semua ini dipindahkan secara asli daripada sahabat, tabiÊin dan generasi selepasnya sehinggalah lahir tokoh-tokoh Tafsir yang terkenal seperti al-Tabari, al-Wafidi, al-ThaÊalibi dan seumpama mereka. Kesimpulannya, boleh dikatakan metode yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah metode terus atau secara langsung. Ini bersesuaian dengan keadaan Nabi yang bertindak sebagai pemberi penjelasan terhadap ayat-ayat al-Quran yang diturunkan kepadanya. Secara kesimpulannya, metode Rasulullah s.a.w menafsirkan al-Quran kepada sahabat ialah seperti berikut: (i)



Menjelaskan sesuatu yang mujmal (tidak disebut secara terperinci). Seperti Nabi s.a.w menjelaskan cara solat dan kadar zakat yang diwajibkan yang terdapat dalam surah al-Baqarah ayat 42:



(  ! "# $%&!) (ii)



Menerangkan sesuatu ayat yang kabur. Seperti penjelasan Rasulullah s.a.w terhadap surah al-Baqarah ayat 186:



(578  '*+ ,-  ./+ ,- 0 12 34 /56! !) Apa yang dimaksudkan di sini ialah kehitaman malam dan keterangan siang. (iii) Mengkhususkan yang umum. Contohnya, kezaliman yang dimaksudkan dalam surah al-AnÊaam ayat 83 berikut:



(9/ :; )



46 X TOPIK 3 PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR



Rasulullah s.a.w menjelaskan kezaliman yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah mensyirikkan Allah seperti yang terdapat dalam surah Luqman ayat 12 berikut:



(9A 9 B5C D E/ B5C ? @/ 2 ) (iv) Mentaqyidkan yang mutlak. Seperti penjelasan Rasulullah s.a.w terhadap surah al-Maidah ayat 40:



($2F2& GH%I JK%L