Topik 9 Apresiasi Muzik 1 [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Topik



9



Apresiasi Muzik 1



HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.



Membezakan pic-pic tinggi, tengah dan rendah melalui aktiviti mendengar;



2.



Menganalisis skor lagu dari segi pergerakan pic, kontour melodi dan frasa;



3.



Mengecam detik lagu, meter yang pelbagai, tempo dan sinkopasi; dan



4.



Membezakan ekspresi muzik dari segi dinamik dan mud yang diperdengarkan.



PENGENALAN Muzik ialah satu seni yang mengandungi organisasi bunyi dan masa. Elemenelemen asas muzik terdiri dari melodi, irama, tekstur, warna ton, dinamik dan bentuk. Untuk mengapresiasi muzik dengan mendalam, elemen-elemen muzik ini perlu di fahami terlebih dahulu. Rujuk Rajah 9.1 Dalam topik ini, tiga elemen muzik akan dibincangkan iaitu melodi, irama dan ekspresi.



188



X



TOPIK 9 APRESIASI MUZIK 1



Rajah 9.1: Elemen-elemen asas Muzik



9.1



MELODI



Apa itu melodi? Melodi merupakan satu gerakan linear bunyi (pic) yang berturutan dan keadaan senyap yang bergerak menerusi masa. Setiap melodi adalah kombinasi pic yang unik, apabila di gabungkan akan membentuk satu kontur.



TOPIK 9 APRESIASI MUZIK 1



W



189



Pic dalam melodi bergerak menaik atau menurun atau berulang. Anda boleh mengalami pergerakan pic yang berbagai arah melalui permainan alat muzik, pergerakan bersama muzik, nyanyian dan aktiviti muzik yang lain. Pic boleh bergerak secara menaik dan menurun mengikut langkah yang rapat atau melompat dari satu pic ke yang lain dengan renj yang jauh. Notasi muzikal menggambarkan ketinggian dan kerendahan pic dan juga menyatakan jangka masa setiap bunyi yang kita panggil not-not. Notnot ini di tempatkan pada garisan grid yang mendatar yang dipisahkan dengan ruang-ruang. Garisan grid ini di panggil baluk atau staf. Not-not boleh ditempatkan di atas garisan atau di ruang di antara dua garisan. Melodi kebiasaannya terdiri dari beberapa keratan. Keratan-keratan ini dipisahkan antara satu sama lain oleh pause. Keratan-keratan ini di panggil frasa. Frasa ini berfungsi seperti frasa dalam pembentukan ayat.



AKTIVITI 9.1 1.



Apabila sebuah botol jatuh ke atas lantai, apa yang anda dengar? Apabila seorang pemain violin menggeserkan bow di atas tali violin, apa yang anda dengar?



2.



Bunyi kaca pecah di katakan bunyi dan ton violin dikatakan muzik.



9.1.1 Pic Pic adalah tinggi atau rendah sesuatu bunyi. Ia berasaskan kepada bilangan getaran per saat. Ukuran untuk pic ialah hertz. Dengan memainkan beberapa pic pada kibod, piano, guitar atau violin, anda akan dapat membezakan bunyi yang berpic tinggi dengan bunyi yang berpic rendah.



AKTIVITI 9.2 Mainkan mata kunci di sebelah kiri piano dan kemudian mainkan mata kunci di sebelah kanan piano. Apakah perbezaan bunyi yang anda dengar?.



190



X



TOPIK 9 APRESIASI MUZIK 1



9.1.2 Melodi Bergerak Secara Bertangga dan Melompat Jarak di antara dua bunyi pic di panggil jeda. Jeda di dalam melodi berbeza di mana ada jeda yang dekat dan ada jeda yang jauh. Jikalau pic pada melodi bergerak secara bertangga di mana jeda antara pic adalah dekat maka melodi itu di panggil conjunct. Sebaliknya jika pic dalam melodi bergerak pada asasnya bercara melompat, melodi tersebut di katakan disjunct. (a)



Berikut adalah contoh pergerakan pic secara conjunct menaik (secara bertangga). Jeda di antara setiap pic adalah dekat. Jarak not C ke D adalah satu ton; Jarak not D ke E adalah satu ton; Jarak not E ke F adalah satu semiton; dan Jarak not F ke G adalah satu ton.



Berikut adalah contoh pergerakan pic secara conjunct menurun (secara bertangga). Jeda di antara setiap pic adalah dekat. Jarak not C’ ke B adalah satu semiton; Jarak not B ke A adalah satu ton; dan Jarak not A ke G adalah satu ton.



TOPIK 9 APRESIASI MUZIK 1



(b)



W



191



Berikut adalah contoh pergerakan pic secara disjunct (secara melompat) Jeda di antara setiap pic adalah jauh. Jarak not C ke G adalah tujuh semiton; Jarak not G ke C’ adalah lima semiton; Jarak not C’ ke C adalah dua belas semiton; Jarak not C ke E adalah empat semiton dll



(c)



Pic juga boleh di ulang. Bar 1 terdiri dari ulangan pic F, bar 2 terdiri dari ulangan pic A dan bar 3 terdiri dari ulangan pic C’.



AKTIVITI 9.3 Nyanyikan melodi di bawah secara solfa beberapa kali. Dengar pergerakan pic dalam lagu ini. Adalah ia bergerak secara conjuct atau disjunct? Tandakan pergerakan pic dengan anak panah.



X



192



TOPIK 9 APRESIASI MUZIK 1



9.1.3 Melodi Mempunyai Kontour (Shape) Melodi boleh terdiri dari pic-pic yang bergerak secara menaik, menurun atau mendatar. Ia juga boleh bergerak secara bertingkat (terraces) di mana ia bermula dengan pic yang rendah dan menaik secara perlahan. Dalam lagu “Row, Row, Row You Boat” di bawah, anda akan dapat perhatikan secara umum melodi lagu ini bergerak menaik dalam 4 bar yang pertama.



AKTIVITI 9.4 Nyanyikan lagu Row Row Row Your Boat beberapa kali. Rasa pergerakan pic melodinya semasa anda menyanyi.



Selain dari mempunyai kontour menaik dan menurun, melodi juga boleh mempunyai kontour bertingkat seperti lagu “The Farmer In The Dell” dan kontour pendulum seperti lagu “Hickory Dickory Dock”.



9.1.4



Melodi Mempunyai Frasa



Melody terdiri dari beberapa bahagian, dibahagi antara satu sama lain oleh rehat atau hentian sejenak. Bahagian-bahagian ini di panggil frasa dan frasa berfungsi seperti frasa dalam pembentukan ayat. Dalam muzik, frasa ialah satu bahagian muzik yang agak lengkap dan jelas. Kebiasaannya frasa adalah sepanjang empat bar dan paling panjang sebanyak lapan bar. Ia berakhir dengan kaden. Frasa mempunyai motif bila digabungkan akan membentuk sebahagian muzik yang lebih panjang.



TOPIK 9 APRESIASI MUZIK 1



W



193



AKTIVITI 9.5 (a)



Bincang dengan rakan anda lagu Tepuk Tepuk dan Menari dari buku lagu KBSR tahun 2. Tandakan frasa lagu dan lihat perkaitannya dengan lirik lagu.



(b)



Fikirkan aktiviti yang dapat anda jalankan untuk memperkenalkan frasa kepada murid-murid tahun 2.



9.2



IRAMA AKTIVITI 9.6



Cuba rasa nadi anda? Apakah irama yang sedang anda rasa?



9.2.1 Irama Mempunyai Detik Bila anda tepuk tangan atau mengetuk sesuatu mengikut muzik, anda memberi respon kepada detik lagu. Detik adalah teratur, berulang dan membahagikan muzik dengan setara kepada unit-unit mengikut masa. Detik dapat dirasai dalam muzik. Ada kalanya ia dapat dirasai dengan jelas seperti dalam lagu berentak Mac, dan ada kalanya ia lembut.



9.2.2 Irama Mempunyai Meter Muzik bergerak mengikut detik dan ada detik yang diberi penekanan. Mereka dimainkan lebih kuat sedikit dari detik yang lain. Tekanan yang diberi pada detik-detik tertentu ini menghasilkan satu corak bunyi kuat dan lemah yang menentukan meter lagu tersebut. Garis bar membahagikan melodi kepada bar-bar mengikut meter lagu. Pada kebiasaannya satu tanda masa atau meter ditulis pada permulaan lagu di mana nilai angka di atas menunjukkan bilangan detik dan nilai angka di bawah menunjukkan jenis not yang ditetapkan. Apabila menyanyi lagu “Bapaku Pulang” (KBSR tahun1), ada detik yang kuat yang diberi lebih penegasan dibandingkan dengan yang lain. Penegasan ini adalah teratur dan berlaku pada setiap detik pertama.



194



X



TOPIK 9 APRESIASI MUZIK 1



Ba-pa-ku pu- lang da1



2



ri



ko



ta



2



1



2



1



kan



ke-



re-



ta



1



2



1



2



1



cil



war-



na



me-



1



2



1



1



Ba-pa-ku be- li1



2



Ke-re-ta ke1



2



Bo-leh-ku ba- wa jum-



pa



1



1



2



1



2



2 ne2



2



2



rah 1



2



nek 1



2



Lagu ini diberi kiraan 1 – 2, 1 – 2, menunjukkan lagu ini mempunyai dua detik. Apabila terdapat dua detik dalam setiap bar, meter lagu tersebut ialah meter duaan. Terdapat lagu yang mempunyai meter tigaan dan empatan. Contoh lagu bermeter tigaan ialah Edelwiess, Bunga Raya dan Di Puncak Gunung (KBSR tahun 3). Contoh lagu yang bermeter empatan ialah Ingin Tahu, Sang Kancil Dengan Buaya, Air Terjun dan banyak lagi.



9.2.3 Irama Mempunyai Tempo Di dalam lagu atau muzik terdapat detik. Detik boleh dimainkan dengan cepat atau lambat. Kelajuan detik dipanggil tempo, langkah asas kepada muzik. Muzik yang cepat dikaitkan dengan perasaan bersemangat, gembira dan bertenaga. Tempo yang lambat pula sering dikaitkan dengan perasaan sedih, muram dan tenang. Pada kebiasaannya tempo dinyatakan pada permulaan muzik. Istilah yang digunakan untuk menyatakan kelajuan tempo diberi dalam bahasa Italian. Jadual 9.1 menunjukkan beberapa contoh istilah untuk tempo. Rujuk Jadual 9.1.



TOPIK 9 APRESIASI MUZIK 1



Istilah Muzik



W



195



Maksud



Adagio



Leisurely but not so slow as Largo



Allegro



Quick, lively



Allegretto



Less quickly than Allegro



Andante



Going easily at a moderate pace



Andantino



Strictly a somewhat slower rate than Andante but used generally to signify a pace somewhat faster than Andante



Grave



Very slow, solemn



Largamente



In a broad style



Largo



Broad, stately and very slow



Larghetto



Slow, but not so slow as Largo



Lento



Slower than Andante but not so slow as Largo



Moderato



At a moderate pace



Presto



Quicker than Allegro



Prestissimo



Very quickly



Tempo comodo



At an easy, convenient pace



Tempo ordinario



At a moderate pace



Vivo, vivace



Lively, briskly



9.2.4 Irama Mempunyai Sinkopasi AKTIVITI 9.7 Pernahkah anda mendengar lagu tetapi tidak dapat merasakan detiknya? Bincangkan.



Kadang kala detik atau sebahagian dari detik lagu yang pada kebiasaannya tidak diberi penegasan (accent) dimainkan dengan lebih kuat. Tekanan detik tidak dimainkan pada detik utama.



196



X



TOPIK 9 APRESIASI MUZIK 1



AKTIVITI 9.8 1.



Tepuk dan kira detik corak irama di bawah, dengan memberi tekanan pada detik yang kuat.



2.



Tepuk dan kira detik corak irama di bawah dengan memberi tekanan pada detik yang lemah.



3.



Ulang langkah 2 di atas tetapi sekarang ikatkan not quaver yang kedua detik pertama dengan not kuaver pertama detik kedua.



4.



Tulis semula corak irama di atas. Sekarang anda akan dapat corak irama di bawah. Baca corak irama ini dengan “Sin – ko – pah” secara ostinato. Anda akan dapat rasa sinkopasinya.



TOPIK 9 APRESIASI MUZIK 1



W



AKTIVITI 9.9 1. 2.



Nyanyikan lagu Bungaku di bawah. Tanpa merujuk pada skor cuba kenalpasti corak irama sinkopasi. Tandakan dengan kurungan di atas bar yang mempunyai corak irama sinkopasi.



197



198



X



TOPIK 9 APRESIASI MUZIK 1



9.3



EKSPRESI AKTIVITI 9.10



Pada pendapat anda, apakah maksud istilah crescendo? Maksud istilah decrescendo? Bincangkan.



9.3.1 Dinamik Aras kekuatan dan kelembutan bunyi dipanggil dinamik. Kekuatan adalah berkaitan dengan amplitud getaran yang menghasilkan bunyi. Semakin kuat anda memetik tali gitar, semakin kuat bunyi dihasilkan. Apabila alat muzik dimainkan lebih kuat atau lebih lembut atau apabila bilangan alat muzik dimainkan secara serentak, dinamik berubah. Perubahan ini boleh serta merta atau secara gradual. Perubahan kekuatan secara gradual pada kebiasaannya membangkitkan perasaan gembira. Perubahan semakin lembut pula membawa perasaan tenang. Jadual 9.2 adalah istilah yang digunakan untuk menunjukkan dinamik. Istilah Muzik



Maksud



Crescendo



Semakin kuat



Decrescendo



Semakin lembut



Forte



Kuat



Fortissimo



Sangat kuat



Mezzo forte



Sederhana kuat



Mezzo piano



Sederhana lembut



Piano



Lembut



Pianissimo



Sangat lembut



Forte-piano



Menunjukkan tekanan pendik yang kuat



calando



Semakin lembut dan lambat



Mancando



Dying away



Morendo



Dying away



Perdendosi



Dying away



Smorzando



Dying away



Sforzando



Menunjukkan tekanan pendik yang kuat



TOPIK 9 APRESIASI MUZIK 1



W



199



Terdapat tanda-tanda isyarat yang digunakan pada skor muzik untuk menunjukkan dinamik yang dikehendaki. Berikut adalah tanda isyarat untuk perubahan dinamik.



Tanda pada bar 1 petikan skor di bawah menunjukkan muzik di bahagian ini hendaklah dimainkan dengan dinamik semakin kuat. Tanda ini mempunyai maksud yang sama dengan istilah crescendo atau cresc.



Decrescendo pada bar 5 pula menunjukkan muzik di bahagian ini hendaklah dimainkan dengan dinamik semakin lembut. Istilah ini mempunyai maksud yang sama dengan istilah decresc atau diminuendo atau dim. Tanda isyarat untuk istilah ini adalah seperti berikut.



9.3.2



Mud



Terdapat berbagai mud seperti riang, sedih, bersemangat, cemas, takut dan tenang. Mud-mud ini dapat di rasai dari interpretasi muzik dan seni kata. Contoh lagu mud sedih ialah lagu Burung-Burung.



200



X



TOPIK 9 APRESIASI MUZIK 1



AKTIVITI 9.11 Baca seni kata lagu ini di bawah. Kenalpasti lirik yang membawa makna sedih kepada lagu ini.



Kasihan kau burung, Mengapa engkau dikurung, Terbanglah bebas di awan, Bermain berkawan-kawan. Wahai burung-burung, Penghibur hati yang rawan, Menyanyi bersiul-siul, Berkejaran dalam taman. Lirik oleh: M. Mokhtar Abd. Rahman



RUMUSAN Untuk mendapat kefahaman yang lebih mendalam tentang kandungan di atas, anda perlulah: •



Membuat bacaan yang lebih mendalam dari buku-buku muzik tentang konsep-konsep muzik; dan







Mendengar lagu-lagu dan membaca skornya untuk menghayati lagu tersebut.



TOPIK 9 APRESIASI MUZIK 1



W



201



KATA KUNCI Tempo Corak Irama Kontour



LATIHAN 9.1 1.



Dengar petikan lagu La Cathedrale Engloutie. Anda boleh “download” lagu ini dari laman web berikut:



2.



Siapakah pencipta lagu ini?



3.



Alat muzik mana yang dimainkan?



4.



Bincang tentang ekspresi ciptaan dari segi dinamik dan mudnya.