Tugasan 1: Penulisan Esei [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Tugasan 1 : Penulisan Esei Saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) pada 21 Ogos 2017 hingga 25 Ogos 2017 di Sekolah Kebangsaan Mengkabong, Tuaran atas tujuan menyiapkan tugasan kursus BMMB 3063, Kaedah Pengajaran Melayu Sekolah Rendah yang mengkehendaki saya untuk menganalisis pelaksanaan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik PdP bahasa Melayu di sekolah rendah. Saya telah membuat pemerhatian dan menemu bual dua orang guru yang mengajar Bahasa Melayu. kedua-dua guru ini mengajar tahap 1 dan tahap 2. Melalui pemerhatian saya, kedua-dua guru ini menggunakan strategi pengajaran yang berbeza untuk mengajar murid tahap satu dan murid tahap dua. Saya mewakili guru-guru tersebut sebagai Guru A dan Guru B. Saya membuat pemerhatian semasa Guru A mengajar kemahiran membaca tahun 2. Guru A telah menggunakan strategi berpusatkan guru. Beliau memberikan arahan kepada murid dan murid hanya bertindak mengikut arahan guru. Jelas menunjukkan bahawa Guru A mengawal keadaan bilik darjah dan menyesuaikan keadaan bilik darjah dengan pengajaran kemahiran bahasa pada hari tersebut, iaitu membaca. Strategi ini kemudian dibantu oleh teknik latih tubi berserta kaedah ajuk hafaz bagi melancarkan lagi pengajaran dan pembelajaran. Guru A mengaplikasikan kaedah ajuk hafaz apabila mengajar murid dengan membaca ayat asas yang terdapat pada buku teks terlebih dahulu kemudian diajuk oleh murid. Kemudian, kosa kata yang baru dipelajari oleh murid diterangkan oleh Guru A dalam bahasa ibunda dibantu oleh bahan ICT yang menayangkan gambar dan video bagi membantu pemahaman murid. Dalam pembelajaran kemahiran membaca, Guru A mementingkan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul yang dilakukan oleh murid. Oleh hal yang demikian, bagi memastikan murid dapat menguasai pembelajaran pada hari tersebut, Guru A mengaplikasikan teknik latih tubi, iaitu membimbing murid untuk membaca kosa kata yang baru dipelajari secara berulang. Saya membuat pemerhatian semasa Guru B mengajar kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu tahun 5. Guru ini telah menggunakan strategi berpusatkan murid. Sebelum memulakan aktiviti penulisan, guru memberikan masa kepada murid untuk mencari isi yang berkaitan dengan tajuk. Murid melakukan perbincangan bersama rakan kemudian menyenaraikan isi dalam buku latihan. Guru hanya bertindak sebagai pembimbing dan bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain untuk membimbing murid mencari isi. Guru menanyakan soalan kepada murid dan menyebabkan murid untuk berfikir dan kaitkan dengan isi. Kemudian, guru meminta murid untuk membaca isi yang telah mereka senaraikan dan membuat pembetulan dan penambahbaikan bersama murid. Di sini, Guru B telah menggunakan pendekatan induktif, di mana murid akan menyenaraikan isi karangan 1



dan kemudian Guru B membimbing murid membuat kesimpulan berkaitan tajuk karangan tersebut bersama-sama. Pada pemerhatian saya, Guru B juga menggunakan kaedah natural semasa melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di mana beliau memulakan pengajaran dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan tajuk karangan. Guru B juga menggunakan kaedah tatabahasa terjemahan. Beliau mementingkan aspek ejaan, penulisan dan tatabahasa dan ini diperlihatkan semasa guru membimbing murid, beliau menegur dan membetulkan murid yang melakukan kesilapan salah ejaan dan tatabahasa. Berdasarkan teori kognitif yang dipelopori oleh Jean Piaget, semua kanak-kanak sejak lahir telah dilengkapi dengan alat nurani yang berbentuk mekanikal umum untuk semua kebolehan manusia termasuklah kebolehan berbahasa. Pemerolehan bahasa dikaitkan dengan penguasaan sesuatu bahasa tanpa disedari atau dipelajari secara langsung iaitu tanpa melalui pendidikan secara formal untuk mempelajarinya, sebaliknya memperolehnya dari bahasa yang dituturkan oleh ahli masyarakat di sekitarnya. (Tan Meng Guat, 2006). Melihat kepada perbezaan strategi pengajaran yang digunakan oleh dua orang guru pada tahap yang berbeza, jelas dibuktikan bahawa tahap kognitif kedua-dua tahap adalah berbeza. Bagi tahap satu, pengukuhan dilakukan dengan menggunakan teknik latih tubi sesuai dengan perkembangan murid untuk mempelajari dan menguasai kemahiran yang asas terlebih dahulu. Bagi tahap dua, kemahiran berfikir secara kritis mula diaplikasikan dalam pengajaran Bahasa Melayu untuk merangsang dan memberi galakan kepada murid untuk berfikir dan membuat penerokaan. Tahap kognitif murid bagi kedua-dua tahap tersebut masih berada pada Tahap Operasi Konkrit. Oleh itu, adalah penting bagi guru sekolah rendah untuk membekalkan objek maujud dan aktiviti hands-on yang melibatkan pengakaman langsung (Wong Kiet Wah dan rakan, 2013).



2