TUGASAN 1 Penulisan Inovasi [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

TUGASAN 1: PENULISAN ILMIAH SECARA INDIVIDU SECARA 100% ( WAJARAN 30%) b. Menghasilkan satu inovasi Bahan Bantu mengajar mengikut RPH yang disediakan. Inovasi BBM adalh berkaitan dengan tajuk RPH, mudah difahami/digunakan, boleh merentasi kurikulum dan gambaran yang menarik untuk disesuaikan dengan perubahan gaya hidup pengguna. i.



Sediakan laporan inovasi tersebut seperti berikut;  Sinopsis  Objektif  Aspek inovasi  Kebaikkan/ kelebihan projek inovasi  Cara/kaedah penggunaan inovasi  Gambar berkaitan  Font Arial bersaiz  Langkau 1.5 baris



LAPORAN INOVASI BAHAN BANTU MENGAJAR PENGENALAN Bahan Bantu Mengajar (BBM) diperlukan adalah untuk memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai pendapat mengenai maksud pengajaran. Pengajaran bermaksud seorang pengajar atau guru yang harus memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam mengenai sesuatu ilmu pengetahuan serta mempunyai kemahiran atau teknik profesional yang tinggi (Dunne, R. & Wragg, T., 1994). Oleh itu, seseorang guru yang berpengetahuan luas pastinya akan menggunakan BBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Dalam hal ini, BBM yang digunakan guru tersebut pastinya akan memberikan satu imej yang mendalam kepada para pelajar. Pelajar akan dapat ingat dalam jangka waktu yang lama tentang alat bahan bantu mengajar yang dia tengok. Keadaan ini pastinya akan meningkatkan daya tumpuan pelajar semasa pelajar. Oleh itu, guru tersebut hanya perlu memberikan penerangan kepada alat bahan bantu mengajar tersebut. Keadaan ini pastinya akan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, BBM diperlukan supaya dapat memberikan pengalaman pembelajaran kepada pelajar. Dalam hal ini, pelajar akan mendapat pengalaman melalui BBM berasaskan teknologi. BBM yang berasaskan teknologi amat memberi kesan kepada pelajar. Senarai peralatan baru bagi teknologi pendidikan semakin bertambah dari semasa ke semasa yang diwujudkan oleh konsep Penyelidikan dan Pembangunan. Justeru, guru perlu memanfaatkan apa



jua



peralatan



teknologi



pendidikan,



termasuk



teknologi



sistem



audio



demi



penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran yang berasaskan teknologi pendidikan, baik yang berupa audio atau visual, dapat memaksimumkan fakta pengajaran yang dipelajari oleh pelajar. Ini kerana pendengaran dan penglihatan adalah dua saluran utama kemasukan maklumat kepada pelajar. Di samping itu juga, teknologi pendidikan, termasuk pita rakaman audio dapat memberi nilai tambah kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Jelaslah, pengalaman pelajar dapat ditingkatkan melalui pembelajaran berasaskan teknologi. SINOPSIS Bahan bantu mengajar yang dihasilkan berfokus kepada subjek Reka Bentuk dan Teknologi dan sasarannya adalah pelajar tahun 4 sekolah rendah. Dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi tajuk yang telah dipilih untuk menghasilkan bahan bantu mengajar adalah tajuk 6 Sains Rumah Tangga iaitu berkaitan dengan Artikel Jahitan. Bahan bantu mengajar yang dihasilkan merangkumi dua jenis bahan bantu mengajar iaitu Kit Jahitan dan Carta Bahan Hiasan yang bertajuk ”Jom Kenal Saya”. Selain itu, pengajaran tajuk ini adalah berkaitan pelajar tahun 4 perlu menguasai kemahiran menjahit dan mengenal bahan hiasan yang akan digunakan dalam artikel tersebut. Ini seperti yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran RBT tahun 4, iaitu di bawah Standard Pembelajaran 6.1.8 Menjahit artikel jahitan dengan jahitan tangan dan 6.1.9 Menyatakan jenis bahan hiasan seperti butang, renda dan riben. Seterusnya, bahan bantu mengajar ini diperlukan supaya dapat mempelbagaikan pendekatan pengajaraan yang mempunyai pelbagai corak interaksi antara objektif pengajaran, isi pengajaran, guru dan pelajar. OBJEKTIF Bagi objektif bahan bantu mengajar ini adalah untuk kit jahitan pelajar dapat menjahit mata jahitan asas seperti jahitan jelujur kasar, jelujur halus serta jahitan kia pada artikel pemegang periuk. Dengan BBM kit jahitan, guru dapat memfokuskan kepada kemahiran pelajar seorang secara langsung. Seterusnya, melalui BBM ini juga pelajar dapat mengenal pasti jahitan tangan asas satu persatu untuk digunakan pada artikel pemegang periuk. Pelajar juga dapat mengaplikasikan jahitan tangan asas pada mana-mana bahagian yang ingin dijahit pada artikel pemegang periuk. Dalam pada itu, bagi bahan bantu mengajar Carta Bahan Hiasan objektifnya adalah pelajar dapat menyebut bahan hiasan yang terdapat dalam carta tersebut. Antara bahan yang terdapat dalam carta adalah butang, renda dan riben. Selain itu, pelajar juga dapat mengenal pasti perbezaan antara butang, renda dan riben dalam menghias artikel nanti. Dengan adanya BBM ini memudahkan urusan guru mengajar dan menunjukkan contoh gambar bahan hiasan tersebut berserta nama bahan tersebut. Pelajar juga dapat



menyenaraikan bahan hiasan tersebut dalam lembaran kerja sewaktu guru menggunakan bahan BBM ini. ASPEK INOVASI Hasil penginovasian BBM Kit Jahitan adalah percambahan idea daripada Kotak Jahitan. Hal ini kerana Kotak Jahitan yang terlalu besar dan sukar untuk dibawa kemana-mana. Dengan adanya Kit Jahitan memudahkan proses pengajaran guru dalam mengajar kemahiran menjahit kepada pelajar. Selain itu juga, Kit Jahitan ini juga senang untuk dibawa dan disimpan kerana bentuk yang mesra pengguna dan mempunyai nilai estetika. Dalam Kit Jahitan ini juga dilengkapi benang, pola artikel pemegang periuk, jarum tangan dan gunting. Tujuannya adalah mengajarkan pelajar cara membuat artikel pemegang periuk menggunakan jahitan tangan asas seperti jahitan jelujur kasar, jahitan jelujur halus dan jahitan kia. Kit Jahitan ini di dalamnya mempunyai bahagian-bahagian ruang penyimpanan bahan dan alatan menjahit. Ini secara tidak langsung memudahkan urusan guru dalam proses penyimpanan bahan dan alatan jahit yang tajam dalam yang selamat. Di samping itu juga, guru boleh mengedarkan Kit Jahitan kepada setiap kumpulan pelajar supaya dapat merasai alat yang digunakan untuk membuat artikel jahitan pemegang periuk. Pelajar juga dapat menyimpan aritkel dan bahan dalam Kit Jahitan tersebut dengan selamat. Bagi BBM kedua adalah berkaitan dengan Carta Bahan Hiasan Artikel yang bertajuk ”Jom Kenal Saya”. Aspek penginovasian yang telah dilakukan adalah penambahan idea daripada kad imbasan. Kad imbasan adalah kaedah yang banyak digunakan guru pada masa kini. Ini membuat pelajar berasa jemu dan kurang seronok. Oleh hal demikian, daripada penggunaan kad imbasan ditukarkan kepada carta. Dengan adanya Carta Bahan Hiasan ini pengajaran lebih berkesan. Ini disebabkan gambar yang diletakkan dalam carta ini lebih besar, jelas dan menarik. Sebagai contoh gambar butang kelihatan jelas dan menarik. Ini secara tidak langsung akan menarik perhatian pelajar untuk meneruskan pembelajaran pada hari tersebut. Seterusnya dari Carta Bahan Hiasan menekan penggunaan prinsip Casper iaitu melibatkan elemen ‘Contrast’ (kontras), ‘Alignment’ (susunan), ‘Simplicity’ (mudah), ‘Proximity’ (berhampiran), ‘Emphasis’ (penekanan) dan ‘Repition’ (pengulangan). Ini dapat dilihat prinsip Casper digunakan dalam penggunaan tulisan dan susunan gambar pada media pengajaran tersebut. Sebagai contoh penggunaan elemen kontras dimana tulisan perkataan dengan latar belakang mempunyai warna yang berbeza. Bagi susunan gambar pula, menggunakan konsep ‘Alignment’ iaitu susunan gambar yang seimbang bagi menampakan media itu lebih menarik dan



kemas



(Teknologi



Pengajaran.



(n.d.).



Retrieved



from



https://www.scribd.com/doc/14989824/TEKNOLOGI-PENGAJARAN)



Scrib



Web



sites:



KEBAIKKAN/KELEBIHAN PROJEK INOVASI Bahan bantu mengajar (BBM) yang dihasilkan adalah berkaitan dengan subjek Jahitan. Seperti kita tahu untuk mengajar subjek jahitan di sekolah bukan perkara yang mudah kerana setiap peralatannya terdiri daripada benda tajam berbahaya seperti jarum, gunting dan sebagainya. Oleh hal demikian, guru perlulah menggunakan benda yang betul bagi membolehkan pelajar dapat menguasai kemahiran menjahit dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya Kit Jahitan antara kelebihannya murid dapat menguasai kemahiran menjahit dengan lebih cepat. Hal demikian kerana dengan ada kit sebegini memudahkan urusan guru membawa ke mana-mana. Selain itu, kit ini juga dilengkapi pelbagai alat jahitan membolehkan guru alatan jahitan yang tajam seperti gunting dan jarm dengan selamat. Kit ini juga membantu guru membuat cara jahitan asas seperti jahitan jelujur kasar, jelujur halus dan jahitan kia dengan mudah dan senang. Selain daripada itu, bentuk kit jahitan ini mempunyai nilai estetika dimana setiap permukaan kit ini tidak tajam dan selamat digunakan oleh guru dan pelajar di sekolah rendah. Hal ini kita tahu pelajar sekolah rendah selalunya tergopoh-gapah jika dapat sesuatu benda baharu. Kit Jahitan ini juga mempunyai bentuk yang sederhana kecil sesuai untuk guru dan pelajar sekolah dan menjimatkan ruang penyimpanan. Bagi BBM Carta Bahan Hiasan artikel pula kelebihannya adalah dapat dilihat penggunaan banyak gambar berbanding perkataan. Selain itu juga, ia dapat merangsang audio visual seseorang murid tersebut secara tidak langsung (Omardin Ashaari, 1999). Tambahan lagi, pelajar akan lebih memahami apa yang dilihat dan secara automatiknya dapat menamakan gambar tersebut. Sebagai contohnya, gambar butang yang jelas akan merangsang pelajar untuk menamakan bahan tersebut. Selain itu juga, penggunaan warna dalam menghasilkan Carta ini juga diambil kira, ini kerana dengan penggunaan warna akan menarik minat pelajar akan merangsang deria pelajar tersebut. Carta ini juga adalah berlainan dengan kad imbasan, hal ini demikian pelbagai gambar dapat diletakkan dalam carta tersebut. Secara tidak langsung pelajar dapat melihat semua gambar tanpa guru perlu menunjukkan satu persatu gambar yang lain. Penggunaan saiz gambar dan tulisan yang besar memudahkan pelajar melihat dan menilai gambar tersebut. Ini akan membuat pelajar lebih memahami apa yang ditunjuk dan dibentangkan oleh guru dengan lebih jelas. CARA/ KAEDAH PENGGUNAAN INOVASI Cara penggunaan Kit Jahitan adalah guru perlu membuka terlebih dahulu Kit Jahitan untuk menyemak bahan dan alat. Untuk bahan yang digunakan membuat artikel seharusnya cukup dan kemas. Bagi alatan seperti jarum dan gunting seharusnya tajam. Untuk proses menjahit adalah seperti biasa iaitu guru perlu memasukkan benang pada lubang jarum dan memulakan



proses menjahit sehingga selesai. Untuk sesi memotong benang guru boleh menggunakan gunting yang terdapat dalam kit tersebut setelah selasai mematikan jahitan tersebut dengan jahitan kia. Sesudah menghasilkan artikel tersebut guru boleh menyimpan artikel pemgang periuk pada ruang yang disediakan. Kemudian guru boleh menyimpan kit tersebut pada almari yang disediakan dengan kemas dan teratur Bagi penggunaan Carta Bahan Hiasan (Jom Kenal Saya). Langkah yang pertama guru perlu membentangkan carta tersebut dihadapan pelajar. Setelah itu, guru perlu menunjukkan apa yang terdapat dalam carta tersebut dengan dengan jelas. Seterusnya, guru juga menerangkan gambar hiasan tersebut berserta namanya dengan tertib. Langkah yang seterusnya, guru perlu bersoal jawab atau menyuruh pelajar menyatakan balik apa yang terdapat dalam carta tersebut dengan betul. Kemudian pelajar akan diberikan lembaran kerja berkaitan dengan carta tersebut untuk diselesaikan. GAMBAR BERKAITAN



GUNTING



BENANG



POLA PEMEGANG PERIUK KIT JAHITAN



JARUM TANGAN



TAJUK



GAMBAR



TULISAN/ NAMA



CARTA BAHAN HIASAN JAHITAN (JOM KENAL SAYA)



RUJUKAN Gardner, H. (1983). Frames of mind: The theory of multiple intelligences. New York: Basic Books. Hermann. (1990). The Creative Brain, Brain Books. North Carolina. Ledford, & Sleeman. (2002). Instruction Design: Strategies. IAP. Mazlan Mohamad. (1996). Pendidikan Seni 1, Prinsip Pendidikan Seni. Kuala Lumpur, Malaysia: Kumpulan Budiman. Mohd Nasir Ibrahim. (2003). Pengurusan Seni. Kuala Lumpur, Malaysia: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mohd Salleh Lebar. (1993). Bimbingan dan Kaunseling: Tugas Guru dan Kemahiran Asas. Selangor, Malaysia: Longman. Omardin Ashaari. (1999). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pengetahuan Model ASSURE. (n.d.). Retrieved from Word Press Web sites: https://erlinna.wordpress.com/pengetahuan/assure-model/ Seels, & Glasgow. (1998). Making Instructional Design Decisions. New Jersey. Teknologi Pengajaran. (n.d.). Retrieved from Scrib Web sites: https://www.scribd.com/doc/14989824/TEKNOLOGI-PENGAJARAN Yusup Hashim. (1998). Teknologi Pengajaran. Shah Alam, Malaysia: Penerbit Fajar Bakti.