Tugasan 2 Edup3043 [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

TUGASAN 1: PENULISAN AKADEMIK (40%)



Secara individu, pelajar dikehendaki membincangkan intervensi-intervensi yang sesuai bagi menangani jenis-jenis tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh murid di dalam bilik darjah.



1



1.0 Pengenalan. Pada era arus globalisasi ini, pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukkan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya dimana iklimnya kondusif untuk pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai (Mok, 2011). Ia melibatkan pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik dalam bilik darjah bagi meningkatkan motivasi pelajar dan memperkembangkan sikap tanggungjawab serta kebolehan untuk membuat perancangan sendiri (Noraini, 2009). Ia adalah pakatan di antara guru dan pelajar untuk mengurus segala aspek terdapat dalam bilik darjah yang melibatkan pengurusan pelajar, kemudahan fizikal serta aktiviti yang dilaksanakan agar satu alam belajar yang kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran dapat diwujudkan. Namun, terdapat beberapa jenis tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh murid di dalam bilik darjah. Tingkah laku bermasalah merupakan tingkah laku yang tidak normal atau terkeluar dari nilai norma sosial masyarakat termasuk sekolah. Menurut Mohamad (1990), tingkah laku bermasalah seseorang individu sebagai tingkah laku yang mengganggu perjalanan kehidupannya. 2.0 Jenis-jenis tingkah laku bermasalah dan intervensi-intervensi yang sesuai bagi menangani jenis-jenis tingkah laku bermasalah. Sudah menjadi lumrah duniawi setiap menusia mengalami pertumbuhan dan perkembangan sehingga ke peringkat matang. Perkembangan manusia merujuk perubahan dari aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Hampir semua perkembangan tersebut berkaitan dengan faktor baka dan persekitaran serta tingkah laku seseorang merangkumi semua perlakuan seseorang sama ada baik ataupun yang tidak memuaskan. Pertuturan seseorang, pemilihan bahasanya, cara perhubungannya dengan individu lain, pengurusan emosinya, daya tahan, kerajinan, tanggungjawab menunjukkan perlakuan seseorang. Manakala, tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah pula merujuk kepada perlakuan yang tidak mengikut norma-norma yang diterima oleh sesebuah komuniti bilik darjah dan boleh menjejaskan pembelajaran kognitifnya. Masalah tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid di bilik darjah seperti hiperaktif, pendiam, mengganggu rakan sekelas atau membuli, merosakkan harta benda di dalam bilik darjah dan kurang memberikan perhatian merupakan perkara yang perlu diberi perhatian yang serius kerana bermula dengan permasalahan yang kecil sebegini jika ia berterusan akan menjadikannya satu kebiasaan, seterusnya akan dibawa hingga ke peringkat dewasa dan masalah ini tidak dapat diubah lagi (Haliza dan Joy, 2014). Selain daripada jenis tingkah laku bermasalah yang dinyatakan tadi, sikap sensitif, apati, sikap melengahkan kerja atau sambil lewa, gemar bercakap, 2



berbohong atau membuli, menimbulkan kekeocohan atau kebisingan di dalam kelas, kurang sopan serta mencuri dan mudah marah atau agresif juga menjadi jenis-jenis tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh murid di bilik darjah. Setiap perlakuan atau perbuatan yang terzahir oleh murid-murid adalah disebabkan faktor-faktor yang tertentu yang mempengaruhi perbuatan tersebut. Namun setiap perbuatan ini mempunyai kesan tertentu, yang mana kesan tersebut bukan setakat mempengaruhi diri murid tersebut, bahkan turut mempengaruhi murid yang berada di sekitar dengannya. Oleh demikian itu, cara atau intervensi untuk mengatasi tingkah laku bermasalah ini hendaklah bersesuaian dengan tingkah laku bermasalah tersebut. Teknik ini adalah berbeza bergantung kepada masalah yang dihadapi. Terdapat pelbagai intervensi yang berkesan yang boleh digunakan untuk menangani jenis-jenis tingkah laku bermasalah ini. Persoalannya, apakah intervensi yang sesuai untuk menangani tingkah laku bermasalah oleh seseorang guru di dalam bilik darjah? 2.1 Hiperaktif. Murid yang tingkah laku bermasalah hiperaktif merupakan murid yang tidak dapat mengawal diri sendiri dan sentiasa melakukan sesuatu aktiviti yang akan menganggu murid lain. Malah murid ini juga boleh membahayakan dirinya sendiri dan juga murid yang lain Masalah tingkah laku hiperaktif adalah istilah yang digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu serta mempunyai tumpuan yang singkat dalam sesuatu masa (Jamila, 2005). Manakala, menurut Sandra (2008), yang menjelaskan terdapat dua jenis masalah kanak-kanak kurang tumpuan iaitu Attention Deficit Disorder (ADD) atau masalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif dan Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) atau masalah kurang daya tumpuan dengan hiperaktif. Sebagai contoh yang berlaku di sekolah, murid hiperaktif ini memanjat pagar tingkap. kemungkinan murid itu jatuh dan tercedera atau pagar itu jatuh terkena pada murid lain yang boleh menyebabkan kecederaan. Murid hiperaktif ini merupakan murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP). Murid ini akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dengan bertindak luar dari kawalan seperti berlari di dalam kelas, membuat bising dan menganggu murid lain serta suka memanjat kerusi, tidak suka duduk diam, tidak mahu membuat kerja sekolah yang diberi di dalam kelas, tidak mahu menulis dan suka kepada aktiviti luar seperti membersihkan kelas. Intervensi yang sesuai bagi menangani tingkah laku bermasalah hiperaktif ini ialah melalui peneguhan negatif iaitu dengan menggunakan kaedah time-out. Time-out juga 3



merupakan satu teknik modifikasi tingkah laku bermasalah. Dalam kaedah ini, jika murid tidak menunjukkan tingkah laku yang diingini, murid tersebut akan dihantar ke satu lokasi yang ditetapkan oleh guru seperti berdiri di luar kelas dan sebagainya. Di samping itu juga, kerjasama daripada semua pihak sama ada guru, rakan dan ibu bapa amat penting. Ini kerana, murid tersebut berada di kelas perdana di mana guru yang masuk ke kelas tersebut bergilir mengikut mata pelajaran masing-masing. Jika mendapat kerjasama yang penuh dari semua guru, murid tersebut boleh dipulihkan. Begitu juga dengan ibu bapa yang membantu memantau perkembangan anak mereka di rumah. Sebagai contohnya, apabila seseorang murid di bilik darjah sentiasa berlari dan mengganggu rakan lain; guru perlu menggunakan kaedah time-out ini agar murid tersebut akan berasa malu semasa berdiri di luar bilik darjah dan tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. Selain daripada intervensi yang dinyatakan di atas, guru-guru boleh memodifikasikan tingkah laku yang negatif melalui dendaan, reverse psychology, shaping, modeling, kawalan kendiri, pengurusan kendiri, peneguhan kendiri dan pengasingan ( Ragbir, 2012 ). 2.2 Merosakkan harta benda di dalam bilik darjah. Tingkah laku merosakkan merupakan tingkah laku yang paling kerap terdapat di kalangan murid-murid. Sikap agresif mereka akan kelihatan dalam bentuk tingkah laku yang merosakkan. Jenis-jenis tingkah laku yang merosakkan termasuklah permusuhan nyata, vandalisme ( iaitu merosakkan kerusi meja, peralatan dalam kelas dan sebagainya). Tabiat suka merosakkan harta benda awam sememangnya tabiat yang paling buruk. Antara perlakuan yang sering kita lihat dewasa ini seperti menconteng dinding menggunakan objek ( pensel, pen atau marker ). Bagi yang tidak mempunyai peralatan untuk menconteng, tapak kasut adalah jalan mudah bagi mereka memenuhkan ruang dinding di bilik darjah. Perkara yang sering dilakukan oleh murid-murid yang suka merosakkan harta benda ialah menconteng meja atau kerusi yang terdapat di dalam kelas. Menurut Ragbir (2012 ), faktor sekolah juga menjadi salah satu faktor penyumbang kepada salah laku pelajar. Iklim sekolah seperti susunan struktur bilik darjah, interaksi di antara guru dengan pelajar, pelajar dengan pelajar serta pelajar dengan persekitaran juga mungkin mengandungi unsur-unsur yang boleh membawa kepada berlakunya gejala ini. Intervensi yang sesuai bagi menangani tingkah laku bermasalah ini ialah melalui menggunakan sistem kontrak bertulis dan lisan. Sistem ini merupakan satu sistem berstruktur yang dibentuk oleh guru dengan seorang murid atau dengan kumpulan murid. Kontrak akan dibentuk setelah mendapat persetujuan daripada kedua-dua belah pihak terhadap tingkah laku yang diingini. Untuk memastikan kelancaran kontrak, guru haruslah 4



berjumpa dengan murid dan menerangkan rasional dan langkah-langkah yang perlu untuk memastikan kontrak tersebut berkesan dan meminta bantuan pihak lain seperti guru-guru lain dan ibu bapa untuk memastikan murid mematuhi kontrak yang dipersetujui serta menetapkan matlamat jangka masa panjang supaya murid dapat mengekalkan tingkah laku yang diingini walaupun kontrak sudah berakhir (Haliza dan Joy, 2014).Sebagai contohnya, di dalam bilik darjah guru perlu mengenalpasti murid-murid yang merosakkan harta benda dan memberi teguran pada mereka. Seterusnya, guru juga perlu menjalankan sistem kontrak bertulis dimana meminta murid yang bermasalah tadi untuk mempersetujui bersama guru bahawa tingkah lakunya yang bermasalah itu tidak akan diulangi lagi. 2.3 Mengganggu rakan kelas atau membuli. Murid ini suka mengacau rakan sekelas, memanggil nama rakan-rakan berulang kali atau dengan cara yang tidak betul, mengambil barang atau sengaja membaling gumpulan kertas ke arah rakan-rakannya (Haliza dan Joy, 2014). Terapi bercerita merupakan salah satu



intervensi yang sesuai bagi menangani



tingkah laku bermasalah ini. Terapi bercerita merupakan salah satu terapi yang mengetengahkan konsep bercerita sebagai idea utama dalam terapi bercerita. Di samping itu, terapi ini dapat mengenali kanak-kanak dengan lebih mesra lagi. Semasa mereka menyampaikan cerita masing-masing, murid-murid berkongsi maklumat penting mengenai diri serta keluarga mereka, di samping melahirkan perasaan yang terpendam. Selain daripada itu, melalui terapi ini murid dapat menyerap nilai-nilai pembelajaran melalui watak di dalam sesebuah cerita tanpa memikirkan tentang masalah mereka sendiri. Murid yang telah melalui pengalaman yang menakutkan akan memproses pengalaman tersebut dan secara tidak langsung akan belajar untuk mempercayai dan rasa selamat apabila mengingati pengalaman yang lalu dengan pandangan yang positif. Terapi bercerita sesuai dijalankan secara berkelompok ataupun individu (Corey, 1981). Oleh sebab itu pelaksanaan terapi bercerita dalam kelompok memudahkan perkongsian pengalaman antara ahli kelompok. Sebagai contohnya, guru boleh menceritakan satu cerita tentang akibat mengganggu rakan atau membuli di dalam bilik darjah. Dengan ini, murid akan bersedar dan insaf tentang perbuatan mereka yang tidak baik. Selain dari terapi bercerita, pastrol care juga boleh digunakan untuk menangani masalah tingkah laku ini. Pastrol care merupakan satu bimbingan yang diberikan oleh guru untuk menjaga kebajikan murid-muridnya. Bentuk bimbingan ini meliputi bidang dan isu seperti kesihatan, sosial, pendidikan agama dan moral, pengurusan tingkah laku dan sokongan emosi murid. Dalam ini, murid diberikan pendidikan yang menyeluruh serta berfokus kepada pembangunan keyakinan diri dan disiplin kendiri untuk merealisasikan 5



kehendak di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin menghasilkan modal insan yang menyeluruh. 2.4 Pendiam. Sikap seorang pendiam merupakan penarikan diri daripada suatu situasi kurang selamat atau mengancam. Tingkah laku ini merupakan mekanisme helah bela diri. Pada kebiasaannya, ianya berkaitan dengan pengalaman pahit pada masa lampau. Murid-murid yang pernah gagal dalam sesuatu usaha akan mengambil keputusan untuk tidak melibatkan diri dalam sebarang tugas yang ada kaitannya dengan pengalaman awalnya. Tingkah laku pengunduran diri ini jika dibiarkan akan menyebabkan pembentukan konsep diri yang rendah, tidak yakin untuk berinteraksi, dan terjejasnya perkembangan sosial, emosi dan intelek; serta kurang berupaya untuk menyelesaikan masalah di dalam bilik darjah. Intervensi yang sesuai bagi menangani tingkah laku bermasalah pendiam ini ialah melalui menggunakan terapi seni. Terapi seni bermaksud bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan cabang ilmu Pendidikan Seni Visual. Terapi batiniah ini merawat mental melalui kaedah kognitif, psikomotor dan afektif. Seni visual pula sebagai instrumen yang membantu pelajar mengatasi kekeliruan dan kekalutan emosi dan tekanan bertindan bukan sahaja dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran tetapi kehidupan seharian. Terapi seni sebagai asas pemantapan emosi dan sahsiah pelajar kini menjadi keperluan yang tidak dapat dielakkan lagi.



Gambar-gambar di atas menunjukkan contoh hasil-hasil terapi seni yang telah ditafsirkan oleh murid-murid ( Suzana, 2013 ). 6



Pelajar datang dari latar belakang yang berbeza samada dari segi genetik, keluarga , bangsa, persekitaran, tempat, budaya dan agama menjadikan terapi seni ini suatu keperluan demi merungkai kompleksiti tersebut daripada menjadi bertambah serius. Dengan itu, guru boleh mengaplikasikan terapi seni kepada murid yang pendiam dimana perkara yang difikirkan atau perkara yang mengganggu minda mereka akan ditafsirkan melalui hasil seni mereka. Bimbingan dan kaunseling juga merupakan salah satu intervensi yang berkesan untuk membantu murid yang bersikap pendiam supaya mengetahui dan menyedari tentang kebolehan dan kelemahan diri serta membantu murid membuat penyesuaian dengan persekitaran. 2.5 Kurang memberikan perhatian. Menurut Haliza dan Joy (2014), murid ini tidak mendengar apabila guru mengajar dan tidak fokus terhadap tugasan yang diberikan. Sebaliknya, mereka mungkin berbual dengan rakan, membaca bahan lain, memerhatikan aktiviti di luar bilik darjah, bersiul atau menyanyi.



Gambar di atas menunjukkan contoh Token Ekonomi ( Pelekat yang dilekatkan pada buku token ekonomi yang berlamina supaya mudah dilekatkan dan ditanggalkan ) yang guru dapat dijalankan di dalam bilik darjah ( Miltenberger, 2004 ). Token ekonomi merupakan salah satu intervensi yang sesuai bagi menangani tingkah laku bermasalah ini. Menurut Miltenberger (2004), token ekonomi adalah sebuah teknik di mana individu mendapatkan token untuk tingkah laku yang ditunjukkan. Token yang dihasilkan boleh ditukar pula dengan peneguh simpanan (backup reinforcer). Tujuan token ekonomi dilakukan adalah untuk meneguhkan tingkah laku yang diinginkan. Sebagai contohnya, guru boleh memberikan atau menampalkan token ( pelekat ) kepada murid yang dapat menumpukkan penuh perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah. Dengan itu, para murid dapat memberikan penuh perhatian di dalam bilik darjah agar mereka akan berusaha untuk mengumpulkan banyak token daripada guru serta akan menjawab setiap soalan yang akan ditanyakan olehnya. 7



Selain daripada itu, penggunaan model Disiplin Asertif Canter juga merupakan salah satu intervensi untuk mengatasi tingkah laku bermasalah ini. Model lebih menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturan serta memastikan murid-murid mematuhi peraturan tersebut dengan tegas (Haliza dan Joy, 2009). Model ini digunakan bagi melatih murid untuk menerima konsekuen terhadap tindakan mereka. Seterusnya, guru perlu merangka sistem ganjaran dan dendaan serta bersifat asertif bagi mengawal bilik darjah. Pada masa yang sama, guru dan murid sememangnya mempunyai hak masingmasing. Hal ini bermakna, guru perlu bijak memberi respon kepada murid mengikut sesuatu situasi sama ada bersifat asertif, tidak asertif atau agresif. Contoh bersifat tidak asertif seperti menyuruh murid berhenti bercakap. Contoh bagi bersifat asertif adalah seperti guru menarik balik token sekiranya murid masih meneruskan tingkah laku negatif. Bagi respon yang berbentuk agresif pula adalah seperti guru mengancam bertindak kasar pada sesuatu situasi. Selanjutnya, menurut Choong (2009), ganjaran dalam bentuk pengukuh sama ada dari segi sosial (pujian), grafik (bintang), aktiviti (masa rehat) dan fizikal (hadiah) adalah wajar diberikan kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang positif. 4.0 Kesimpulan. Akhirulkalam, murid-murid di dalam bilik darjah mempunyai pelbagai tingkah laku yang berbeza dan sesetengah tingkah laku ini mungkin sukar diterima dan boleh menimbulkan masalah disiplin. Hal ini kerana ia akan menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Setelah suatu tingkah laku bermasalah dikenalpasti, guru seharusnya menggunakan teknik modifikasi tingkah laku yang sesuai untuk menangani masalah tersebut. Pengajaran dan pembelajaran akan dijalankan dengan lancar apabila tingkah laku bermasalah diselesaikan. Guru juga dikehendaki menunjukkan amalan nilai-nilai murni atau teladan sebagai contoh kepada murid-murid. Pandangan dan kajian dari tokoh-tokoh juga boleh dijadikan sebagai panduan oleh pihak sekolah bagi merancang strategi-strategi untuk meningkatkan keberkesanan mengatasi tingkah laku bermasalah di kalangan murid-murid. Pemilihan kaedah intervensi yang betul dan tepat amat penting bagi keberkesanan pengubahsuaian tingkah laku yang tidak diingini kepada tingkah laku positif (Sulaiman, 2003). Dalam usaha menangani masalah ini, semua pihak harus melibatkan diri sama ada ibu bapa, guru, masyarakat dan juga pihak kerajaan. Usaha bersama akan membuahkan hasil yang tidak akan mengecewakan semua pihak serta dapat melahirkan murid yang berkaliber serta berwawasan selaras dengan wawasan negara ke arah masyarakat yang berpengetahuan.



8



RUJUKAN.



Corey, G. (1981). Comprehensive School Counseling Programs. Journal of Counseling and Development. 70 (2), 487-498. Choong. (2009). Penggunaan Model. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd. Haliza Hamzah dan Joy, N. S. (2014). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Jamila Nordin. (2005). Tingkah Laku Bermasalah. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd. Miltenberger. (2004). Classroom Management. New York: McGraw-Hill Publisher. Mohamad Hilmi. (1990). Tingkah Laku Bermasalah Murid. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok, S. S. (2011). Psikologi Pendidikan. Selangor: Penerbit Multimedia Sdn. Bhd. Noraini Idris. (2009). Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ragbir,



K.



(2012).



Panduan



Ilmu



Pendidikan



untuk DPLI Psikologi.



Selangor:



Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Sandra. (2008). Attention Deficit Disorder (ADD) and Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD). New York: McGraw-Hill. Sulaiman Jamalludin. (2003). Pengenalan Pedogogi. Kuala Lumpur: Penerbit Pelangi. Suzana. Terapi Seni. Dipetik pada 12 Ogos 2017, Daripada http://m.autostream.com/presentation/firohar-2963675-terapi-seni/



9



LAMPIRAN.



Contoh Token Ekonomi



Contoh Hasil Terapi Seni 10



Jadual dibawah merupakan rumus beberapa aspek dengan Model Disiplin Asertif Canter yang boleh memudahkan seseorang guru. Aspek Konsep Utama



Jenis Ganjaran



Jenis Ganjaran



Hak Asasi Murid



Tanggungjawab Guru



Huraian • Kedua-dua ganjaran dan hukuman adalah berkesan • Guru dan murid mempunyai hak masing-masing • Guru perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang optimum • Guru harus menggunakan satu hierarki disiplin yang mengandungi kesan yang bersesuaian mengikut tahun persekolahan. • Guru perlu bersifat asertif, tidak asertif atau agresif. • Tidak asertif: “sudah berulang kali saya minta anda supaya jangan bercakap dengan rakan-rakan, dan anda masi masih berbuat demikian, sila berhenti.” • Asertif: “Shan, ini adalah amaran atas perbuatan anda bersandar kerusi atas dua kaki. Letakkan kerusi pada keadaan asal,jikalau tidak anda tidak dibenarkan buat bacaan senyap di sudut bacaan nanti.” • Agresif: “Simpan buku komik dengan serta merta, jikalau tidak, anda akan menyesal!” • Pengukuh sosial-senyuman,kata-kata pujian • Pengukuh grafik-bintang, pelekat • Pengukuh aktiviti-masa rehat,mainan khas • Pengukuh fizikal-makanan,hadiah, sijil • Dibekalkan persekitaran pembelajaran yang optimum • Disediakan guru yang akan membantu mereka mengurangkan tingkahlaku yang kurang wajar dan menyokong tingkahlaku yang wajar • Dimaklumkan tentang konsekuan bagi tingkahlaku yang baik dan jahat • Diberikan pilihan untuk bertingkahlaku wajar atau tidak wajar • Kekalkan persekitaran pembelajaran yang optimum • Diberikan sokongan oleh pihak pentadbir dan ibu bapa • Pastikan hak dan tanggungjawab murid-murid disokong dengan satu pelan disiplin yang menyatakan jangkaan dengan jelas • Aplikasikan konsekuen secar konsisten • Pertimbangkan kepentingn mereka setiap masa



11