Tugasan 2 Lestari [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

TUGASAN 2 : PENULISAN LAPORAN 1.0 PENGENALAN Seperti yang umum ketahui, kebanyakan negara-negara di asia tenggara merupakan negara membangun. Justeru, pertumbuhan ekonomi di asia tenggara secara langsung telah meningkatkan taraf kehidupan penduduknya. Peningkatan pendapatan di negara-negara ini ditunjukkan dengan pertumbuhan kegiatan produksi dan konsumsi. Pertumbuhan ini juga membawa pada penggunaan sumber semula jadi yang lebih besar dan pengeksploitasian persekitaran untuk keperluan industri, bisnes dan aktiviti sosial. Oleh yang demikian, di bandar-bandar negara dunia ketiga, pengurusan sampah sering mengalami masalah ataupun pelemik yang tidak berkesudahan. Pembuangan sampah yang tidak diurus dengan baik, akan mengakibatkan masalah besar yang boleh menjadi barah kepada sesebuah negara sekiranya tidak dibendung dengan segera.. Hal ini tidak lain dan tidak bukan kerana penumpuan sampah di tapak pelupusan sampah atau pembuangan sampah tersebut secara sembarangan ke kawasan terbuka yang akan mengakibatkan pencemaran tanah sehingga boleh memberikan kesan kepada saluran air tanah. Hal ini juga tidak ketinggalan telah berlaku di negara kita Malaysia. Isu sampah bukanlah satu isu baru dalam negara ini. Perkara ini sudah menjadi duri dalam daging yang semakin melunar dalam kehidupan. Sehinggakan masalah menjadi semakin sukar untuk dibendung. Penghasilan sampah memang tidak dapat dielakkan. Kuantitinya juga hanya akan bertambah dan tidak mungkin akan berkurang. Sampah dianggap sebagai bahan yang tidak berguna dan tidak mendatangkan sebarang faedah, malah boleh mendatangkan mudarat jika disimpan. Dengan itu, selalunya sisa-sisa tersebut dibuang dan dilonggokkan di tempattempat pembuangan sampah sama ada menggunakan teknik pembuangan yang betul atau sebaliknya. Sampah boleh dikategorikan kepada dua, iaitu sampah domestik dan sampah bukan domestik (Ridwan Lubis, 1994). Sampah domestik adalah bahan-bahan buangan yang dibuang dari rumah atau dapur. Contohnya seperti botol, kaca, tin aluminium, beg plastik, kertas, pakaian buruk dan juga sisa makanan. Sampah bukan domestik pula adalah bahanbahan buangan yang terhasil dari industri, tapak pembinaan, pekedai atau pasar dan pejabat. Bahan-bahan buangan ini terdiri daripada pelbagai jenis termasuklah sisa jualan, sisa pembuangan dan sisa daripada proses pengilangan. Pelupusan sampah menjadi satu isu yang bermain di fikiran jika topik sampah dibincangkan. Pelbagai altenatif dan penyelesaikan telah diutarakan oleh pihak berwajib. Namun, masalah ini masih tiada noktahnya. Kita sedia maklum suatu permasalahan yang timbul tidak akan dapat diselesaikan jika tiada kerjasama. Selain itu juga, kita juga tidak seharusnya hanya menuding jari ke satu pihak untuk mengatasi masalah ini. seharusnya kita



bersama berganding bahu mencari penyelesaian dan menyokong segala jalan penyelesaian yang telah diutarakan. 2.0 DEFINISI Secara umumnya, Sampah atau bahan buangan merupakan bahan sisa yang tidak diinginkan setelah berakhirnya suatu proses. Sampah merupakan konsep buatan manusia, dalam proses-proses alam tidak ada sampah, yang ada hanya produk-produk yang tidak bergerak. Manakala, pengurusan sisa pula merupakan kawalan pengumpulan, rawatan dan penghapusan sampah yang berbeza-beza. Menurut Tchobanoglous (1993) sampah sarap ialah semua bahan yang terutama dihasilkan oleh aktiviti manusia seperti industri, pertanian dan pertambangan dan lainnya yang dianggap tidak berguna. Selain itu, Barret (1998) mengatakan sampah adalah buangan berasal dari suatu proses produksi, yang memerlukan suatu pengurusan kerana pengurusan adalah alat penting untuk memastikan sistim dapat bekerja dengan baik. Menurut kajian Suguna (1986), sampah sarap merupakan bahan pepejal yang terhasil dari aktiviti manusia dan ianya dianggap tidak berguna dan boleh dibuang. Sampah sarap juga ditakrifkan sebagai bahan yang dilupuskan kerana ia tidak dapat digunakan ataupun yang tidak diperlukan lagi oleh manusia ataupun tidak mempunyai nilai dari segi ekonomi, yang terhasil dari aktiviti-aktiviti harian manusia (Chamhuri 2000). Selain itu, menurut kajian Plintoff (1976), sampah sarap merupakan bahan-bahan pepejal yang dihasilkan oleh industri, pertanian, perlombongan, perniagaan dan dari domestik. Manakala, menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 pula, sampah ditakrifkan sebagai suatu bahan buangan, termasuk semua bahan yang telah ditetapkan sebagai bahan buangan terjadual, atau semua bahan samaada dalam bentuk pepejal, cecair atau dalam bentuk gas atau wap yang dilepaskan, dikeluarkan atau diletakkan dalam alam sekeliling yang akan menyebabkan pencemaran (Laws of Malaysia 1998). Selain itu, pengurusan sampah sarap boleh didefinisikan sebagai suatu disiplin ilmu yang berkaitan dengan kawalan penjanaan, penyimpanan, pengumpulan, pemindahan, pengangkutan, pemprosesan dan pelupusan sampah di tapak pelupusan sampah dengan suatu kaedah yang sesuai dengan asas kesihatan orang ramai, ekonomi, kejuruteraan, pemuliharaan, astetik dan pertimbangan kepada alam sekitar. Selain itu Cooper (1981) yang juga seorang aktivis alam sekitar menyatakan bahawa, pengurusan sampah sarap merupakan suatu istilah yang mesti diterapkan kepada sistem yang dirancang dan ditadbir berhubungan dengan tempat penyimpanan sementara, pemungutan, pengangkutan, pemulihan dan pelupusan akhir terhadap dasar yang diuruskan bagi semua bahan pepejal yang tidak dikehendaki muncul daripada sumber-sumber domestik,



komersil, industri dan klinikal. Maka, secara kesimpulannya dapatlah dirumuskan bahawa sampah merupakan bahan buangan yang dihasilkan daripada aktiviti manusia itu sendiri seperti aktiviti perindustrian, ekonomi dan sebagainya. 3.0 PUNCA BERLAKU ISU PELUPUSAN SAMPAH Oleh yang demikian, untuk mengatasi masalah ini daripada akarnya, terdapat beberapa faktor yang telah dikenal pasti telah menjadi penyebab utama bagi masalah yang berlaku ini, antaranya adalah sikap pentingkan diri sendiri, kelemahan pengurusan sampah, dan juga ketiadaan kesedaran sivik. Faktor-faktor ini dilihat dari tiga struktur bahagian dalam kehidupan masyarakat. Struktur yang dimaksudkan adalah dari pihak pegawai berwajib, kerajaan dan rakyat (individu) itu sendiri. Hal ini kerana, kita semua merupakan manusia yang hidup secara bermasyarakat. Maka, setiap permasalahan yang berlaku adalah berpunca dari kita sendiri. Oleh itu, faktor-faktor ini perlu diketengahkan dan dikaji untuk mencari penyelesaian yang kompeten ke atas isu ini. Faktor yang pertama adalah sikap pentingkan diri sendiri. Hal ini akan dikaitkan dengan pegawai-pegawai yang terlibat secara langsung dalam menguruskan tempat pembuangan sampah. Atas dasar mementingkan diri sendiri



dan tidak prihatin dengan



keadaan sekeliling. Mereka tiada kesedaran dan tidak melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan. Selain itu juga, aduan rakyat mengenai tempat-tempat pelupusan sampah haram yang wujud di kawasan-kawasan perumahan mereka tidak diendahkan. Bukti-bukti seperti yang sering dipaparkan di muka-muka akhbar membuktikan pihak berwajib seolaholah tidak melaksanakan tanggungjawab mereka. Menurut Datuk Dzulkifli Ahmad, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), beliau telah berkata dalam ucapan beliau pada tahun ini bahawa “Kita lihat isu alam sekitar ini tidak dapat lari daripada rasuah, jadi perlu beri perhatian sebelum ia menjadi lebih serius pada masa akan datang. Oleh itu sudah tiba masanya perhatian serius diberi terhadap isu penguatkuasaan yang longgar dan penyalahgunaan kuasa dalam isu alam sekitar. Maka, pada tahun ini juga kerajaan Malaysia telah mewujudkan Kokus Perlindungan Alam Sekitar dan Antirasuah (EPACC) bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan pakar alam sekitar adalah bagi memastikan pembangunan pesat di negara ini tidak menjejaskan keseimbangan alam sekitar. Melalui EPACC ini, secara tidak langsung dapat memastikan mereka yang diberi tanggungjawab dan amanah untuk memelihara alam sekitar ini menjalankan tugas mereka mengikut peruntukan undang-undang sedia ada dan bersih daripada gejala rasuah serta salah guna kuasa. Sumber industri berkata, kelemahan pengurusan sisa pepejal negara ini dapat dilihat melalui masalah kutipan sampah dan isu pembuangan sampah haram yang sering dilaporkan



media tempatan, sehinggakan ia menjadi masalah rutin di beberapa kawasan. Masalah kutipan sampah, misalnya didakwa dikaitkan dengan kegagalan sebilangan pihak berkuasa tempatan membayar kepada syarikat konsesi yang kemudiannya gagal membayar kepada kontraktor diupah mengikut jadual menyebabkan berlaku gangguan dalam rutin kutipan sampah di kawasan perumahan. Ini menerangkan kenapa mutu perkhidmatan pengurusan sampah berbeza mengikut kawasan pihak berkuasa tempatan kerana tidak diseragamkan. Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan hutang pihak berkuasa tempatan kepada syarikat konsesi sejak 13 tahun lalu mencecah RM348.6 juta dan pihak terbabit diminta menjelaskan hutang tertunggak itu sebelum kerajaan pusat mengambil alih pengurusan sisa pepejal negara.



Tunggakan hutang itu bukan saja



menjejaskan mutu perkhidmatan kepada pengguna malah menjejaskan usaha syarikat konsesi terbabit menaik taraf secara berperingkat tapak pelupusan sampah sedia ada bagi memanjangkan jangka hayatnya (Berita Harian, 2010). Seterusnya faktor yang kedua adalah kelemahan pengurusan sampah. Terdapat sumber yang melaporkan bahawa penduduk bandar menyumbang sekurang-kurangnya 1.5 kilogram pembuangan sampah setiap hari, manakala



0.8 kilogram bagi penduduk luar



bandar. Dipercayai angka ini akan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Berikutan kepada penambahan sampah ini masalah pelupusan sampah menjadi isu penting. Pengurusan sampah yang baik amat penting untuk mengelakkan implikasi-implikasi yang tidak diingini. Pihak yang bertanggungjawab ialah kerajaan kerana kerajaanlah yang bertanggungjawab menentukan cara sistem yang terbaik untuk menguruskan sampah. Kerajaan negeri sering menjadikan sampah sebagai isu politik. Yang menjadi mangsa adalah rakyat. Sebagai contoh isu pembuangan sampah yang berlaku di Bachok, Kelantan. Berita Harian melaporkan rakyat menyuarakan perasaan tidak puas hati kerana sikap kerajaan negeri yang menjadikan kawasan perumahan mereka sebagai tempat pembuangan sampah terbuka. Hal ini amat membimbangkan kerana kawasan tersebut berhampiran dengan sungai yang menjadi sumber air penduduk. Hal –hal seperti ini bukan sahaja berlaku di Bachok malahan di kawasan-kawasan lain. Oleh yang demikian, pihak kerajaan perlu lebih perihatin terhadap nasib dan aduan rakyat. Berkemungkinan perkara tersebut akan mendatangkan pelbagai musibah kepada masyarakat kelak. Faktor terakhir yang ingin dikupas adalah sikap individu yang tiada kesedaran sivik. Ini merupakan faktor utama masalah ini. Kita sering melihat sampah terbiar di tepi jalan, tepi longkang, di mana-mana sahaja tetapi apa yang kita lakukan? Hanya memandang dan berlalu pergi. Di sini timbul persoalan adakah kita yang seharusnya mengutip sampah tersebut. Langsung tidak terlintas dalam hati untuk mencapai sampah tersebut dan letakkan di tempat yang sepatutnya. Bukan itu sahaja, malahan terdapat segelintir masyarakat yang tidak



bertanggungjawab suka membuang sampah merata-rata. Walaupun pihak kerajaan giat menlancarkan kempen kesedaran seperti “3R”, hari tiada beg plastik dan pelbagai lagi. Masih juga terdapat segelintir masyarakat yang tidak sedar akan tanggungjawab mereka. 4.0 CADANGAN PENYELESAIAN Secara kesimpulannya, berdasarkan punca-punca berlaku masalah di atas. Terdapat beberapa inisiatif dan usaha yang telah dilaksanakan oleh banyak pihak bagi mengatasi masalah pelupusan sampah. Antaranya adalah kitar semula dan teknologi hijau. Sebelum ini, negara kita mengamalkan kaedah konventional untuk melupuskan sampah. Tetapi kaedah ini mendatangkan pelbagai kesan sampingan. Walaupunbegitu, kaedah ini masih digunapakai kerana teknologi kita masih baru dan memerlukan tenaga manusia. Pada dasarnya kaedah konvensional merupakan kaedah yang rasional. Ini kerana kerajaan telah menyediakan kemudahan pengangkutan sampah dan tapak pelupusan sampah juga telah disediakan. Tetapi malangnya, pelbagai masalah timbul kerana kemudahan ini tidak disenggarakan dengan sempurna. Akibatnya banyak tempat pelupusan sampah terpaksa ditutup. Selain ini juga, akibat daripada panghasilan sampah yang melampau menyebabkan keluasan tanah tidak dapat menampung kuantiti sampah tersebut. Seperti yang telah dilaporkan terdapat 145 daripada 290 buah tapak pelupusan sampah terpaksa ditutup kerana tidak dapat menampung jumlah sampah yang terlalu banyak. Atas sebab yang demikian kerajaan telah menguatkuasakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007: Satu pernyataan telah dibuat oleh pakar pengurusan sisa pepejal Universiti Malaya, Prof Dr P Agumuthu, kerajaan tidak mempunyai pilihan kecuali menguatkuasakan segera Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) yang tertangguh sejak tiga tahun lalu. Katanya, fakta hanya kurang 10 peratus daripada 176 tapak pelupusan sampah adalah tapak pelupusan sanitari yang mesra alam dan selamat, membuktikan keadaan tapak pelupusan sampah negara sebenarnya serius dan tenat untuk jangka panjang. Berikut adalah pernyataan yang dikemukakan: “Kita perlu penyelesaian jangka panjang lebih efektif. Akta 672 perlu dikuat kuasa secepat mungkin, penguatkuasaan akta akan membolehkan kerajaan persekutuan mengambil alih pengurusan sisa pepejal negara yang kurang berkesan di bawah selenggaraan pegawai berkuasa tempatan. Negara juga memerlukan sistem pengurusan sisa pepejal bersepadu seperti diamalkan di negara maju seperti Jepun yang mempunyai lebih 2,000 insinerator dan tapak pelupusan untuk melupuskan sampah dihasilkan.” Malah bukan itu sahaja, untuk memastikan sistem pengurusan sisa pepejal kita dapat menjadi sesuatu yang benar-benar berkesan dan dapat memberikan kebaikan kepada negara. Kita juga boleh mengamalkan kaedah pengurusan sampah melalui beberapa cara



lain sebagai contohnya melalui kaedah pemprosesan semua biologi. Melalui keadh ini bahan sisa yang bersifat organik seperti bahan tumbuh-tumbuhan, sisa makanan dan keluaran kertas dapat dikitar semula dengan menggunakan proses pengomposan dan pencernaan biologi untuk menguraikan jiirim organik. Bahan organik yang dihasilkan kemudian dikitar semula menjadi sungkup atau kompas bagi tujuan pertanian dan pelandskapan. Tambahan lagi, gas sisa daripada proses itu (sepsrti metana) dapat dikumpul dan digunakan bagi menjanakan elektrik. Tujuan pemprosesan biologi dalam pengurusan sisa pada dasarnya adalah untuk mengawal dan mempercepat proses semula jadi penguraian jirim organik. Terdapat banyak kaedah dan teknologi pengomposan dan pencernaan yang berbeza-beza dari kekompleksan, iaitu dari longgokkan kompos rumah yang mudah sehingga pencernaan bekas tertutup skala perindustrian sisa rumah campuran. Semua kaedah penguraian biologi biasanya dibezakan kepada kaedah aerob dan kaedah anaerob, walaupun terdapat banyak kacukan yang terdiri daripada kedua-dua kaedah tersebut. Selain itu, bagi memastikan sampah sarap di negara kita tidak berlonggokan di tapak pelupusan semata-mata, kita juga boleh menggunakan kaedah Pemulihan tenaga sampah sarap. Melalui keadah ini, kandungan tenaga bahan sisa dapat dimanfaatkan, baik secara langsung dengan menggunakannya sebagai bahan api kebakaran langsung, mahupun secara tidak langsung dengan memprosesnya menjadi jenis bahan api yang lain. Pengitaran semula menerusi pengolahan haba yang berbeza-beza daripada menggunakan bahan sisa sebagai sumber bahan api untuk pemasakan atau pemanasan kepada bahan api dandang untuk menjanakan wap dan elektrik di dalam turbin. Pirolisis dan pengegasan merupakan dua bentuk pengolahan haba yang berkait, dengan bahan sisa dipanaskan sehingga suhu yang tinggi menerusi penggunaan oksigen yang terhad. Proses itu biasanya dilakukan di dalam sebuah bekas terkedap di bawah tekanan yang tinggi. Pirolisis sisa pepejal menukarkan bahan tersebut menjadi produk pepejal, cecair dan gas. Cecair dan gas boleh dibakar untuk menghasilkan tenaga atau ditapis menjadi produk-produk yang lain. Sisa pepejal (arang) juga boleh ditapis lagi supaya dijadikan produk-produk seperti karbon diaktifkan.pengegasan dan pengegasan arka plasma juga digunakan untuk mengubah bahan organik secara langsung menjadi gas buatan (singas) yang terdiri daripada karbon monoksida dan hidrogen. Gas itu kemudian daaat dibakar untuk menghasilkan elektrik dan wap. 5.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, masalah pembuangan sampah sarap telah mengancam kehidupan manusia dan haiwan serta menjejaskan kesejahteraan alam sekitar. Oleh itu, semua pihak harus berganding bahu dalam usaha mengatasi masalah pembuangan sampah sarap. Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dan harus melaksanakannya dengan



sempurna dalam menjamin kesejahteraan hidup masa kini serta kehidupan generasi akan datang. Langkah-langkah seperti meminimumkan sampah-sarap dan pendidikan serta kempen perlu diteruskan. Kerjasama dari pelbagai pihak amatlah dihargai dalam mengatasi masalah ini hingga ke akar umbi dan semoga kita boleh sentiasa hidup dalam persekitaran yang bersih dan sejahtera.