Tugasan 3 (LASS) [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Tugasan 3 : Laporan Projek



1.0 Pengenalan Malaysia sebagai negara yang sedang membangun masih berdepan dengan masalah pengurusan sisa pepejal disebabkan pertambahan penduduk kita. Afzan (2016) menyatakan bahawa Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mewajibkan sisa pepejal daripada rumah diasingkan bermula September 2015 di beberapa negeri-negeri seperti Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah atas Akta 672 iaitu Akta Pengurusan Sisa Pepjal dan Pembersihan Awam 1972. Walaubagaimanapun, pengurusan sisa pepejal yang tidak betul oleh lapisan masyarakat kita mengancam kebersihan dan kesejateraan alam sekitar serta menjejaskan imej negara kita di depan mata dunia. Sisa pepejal boleh didefinisikan sebagai bahan buangan yang bersifat kotor dan ianya terhasil daripada aktiviti manusia dalam kehidupan seharian mereka (Hasnah, Dody, Noraziah, Maznah & Sarifah, 2017). Antara contoh pembuangan sisa pepejal adalah kertas, sisa makanan, plastik, kaca dan lain-lain lagi. Komposisi sisa makanan sebanyak 96% merupakan komponen utama yang menyumbang kepada pembuangan sisa pepejal di negara kita (Khairul Bariyah, Mohd Armi Abu Samah & Mohd Yusoff Ishak, 2015). Sisa makanan boleh dikatakan sebagai makanan yang berlebihan atau dibazirkan oleh kalangan masyarakat kita tanpa disedari. Sepertimana yang dikatakan oleh Noor Azurin (2018), makanan yang dibazirkan oleh rakyat Malaysia pada setiap hari adalah 16688 tan dan makanan tersebut boleh diberikan kepada kalangan rakyat seramai 12 juta orang untuk dimakan sebanyak tiga kali sehari. Dengan ini, kita dapat mengetahui rakyat kita kurang menghargai makanan dan selalu membazirkannya. Oleh itu, kelaparan dan ketangisan lapisan masyarakat yang bersusah payah untuk memperolehi makanan tidak dapat didengari oleh segelintir rakyat kita yang mampu mendapatkan makanan selalunya. Di samping itu, rakyat kita juga kurang berpengetahuan tentang pengurusan sisa makanan seperti tulang, kulit buah-buahan, sayur-sayuran dan nasi baki yang dibuang dengan betul. Oleh itu, masyarakat kita haruslah menghentikan pembaziran makanan dan pengurusan sisa makanan yang tidak betul untuk mengatasi isu alam sekitar seperti kesan rumah hijau dan pemanasan global yang semakin meningkat pada masa kini. Seperti yang dikatakan oleh Nirmala Komandai (2017), sisa makanan merupakan punca utama penghasilan gas rumah hijau seperti gas karbon dioksida dan methana. Selain itu, kesan yang seterusnya terhadap alam sekitar adalah pemanasan global dan juga perubahan iklim (Nadia, 2016). sisa makanan yang dibuang menyebabkan pemanasan global dan juga perubahan iklim.



Kesan rumah hijau berlaku disebabkan oleh sisa makanan daripada kawasan perumahan dan perniagaan yang dibuang di tapak pelupusan yang terbuka. Oleh sebab itu, gas methana dan karbon dioksida yang terhasil daripada proses penguraian sisa makanan tersebut dilepaskan ke atmosfera. Hal ini menyebabkan molekul-molekul gas rumah hijau bercampur dengan udara di lapisan atmosfera. Penghasilan gas-gas rumah hijau juga melepaskan haba ke persekitaran. Sekiranya proses penguraian sisa makanan secara terbuka meningkat, maka meningkat juga pelepasan gas dan haba ke alam sekeliling. Hal ini mengakibatkan pemanasan global yang serius. Siti Rohani (2013) menyatakan pemanasan global merujuk kepada fenomena di mana gas rumah hijau terpeerangkap di atmosfera bumi kita dan juga menghalang haba bumi dari keluar ke angkasa. Apabila kadar konsentrasi gas karbon dioksida lebih daripada oksigen di atmosfera, cahaya matahari yang memasuki bumi kita susah untuk dipantul balik dan terperangkap di bumi serta haba meningkat. Kepekatan karbon dioksida di udara juga mengakibatkan perubahan iklim yang tidak menentu di mana berlakunya bencana alam sekitar seperti kecairan ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan yang disebabkan oleh peningkatan suhu dunia (Siti Rohani, 2013). Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita haruslah bersedar dan menjaga alam sekitar daripada bencana seperti kesan rumah hijau pemanasan global. Justeru, Yeoh mengatakan kefahaman dan kesedaran alam sekitar menerusi pendidikan pembangunan lestari amat penting untuk memelihara dan memulihara alam sekitar kita (dalam Hanifah, 2014, p. 2). Sepertimana yang kita ketahui, pembangunan lestari merupakan pembangunan yang dilakukan untuk memenuhi keperluan penduduk dunia tanpa memberi kesan kepada keperluan generasi yang akan datang dan juga alam sekitar. Sebagai tamsilannya, sisa makanan yang dibuang haruslah dikurangkan dan ditransformasikan sebagai bahan yang bermanfaat dan berguna seperti ‘baja kompos, makanan haiwan atau bahan mentah penjanaan biogas’ tanpa memberi kesan negatif kepada alam sekitar (Nadia, 2016). 2.0 Analisis isu alam sekitar Dalam kursus ini, kami telah diberikan tugasan untuk mengenal pasti dan menganalisis satu isu alam sekitar yang berlaku di IPG Kampus Sultan Abdul Halim kami. Pengurusan sisa makanan yang tidak betul di asrama kampus merupakan isu yang kami telah kenal pasti. Semasa pemerhatian kami di asrama perempuan, penghuni-penghuni asrama telah membuang sisa makanan ke dalam sinki tanpa kesedaran.



Rajah 1 : Sinki bilik air tersumbat dengan sisa makanan



2.1 Faktor- faktor pembuangan sisa makanan ke dalam sinki bilik air Terdapat beberapa faktor yang mengakibatkan pembuangan sisa makanan ke dalam sinki bilik air. Antaranya adalah kekurangan kesedaran dalam diri penghuni asrama di mana mereka berpendapat bahawa sisa makanan senang untuk beralih keluar sekiranya dibuang ke dalam sinki. Sebagai tamsilannya, sisa makanan seperti maggi dan nasi dikatakan dapat beralih melalui sinki bilik air dengan baik. Tetapi mereka tidak berpeka terhadap kesan berjangka panjang sekiranya mereka meneruskan perbuatan ini. Faktor yang menyumbang kepada pembuangan sisa makanan ke dalam sinki adalah tong sampah yang ditempatkan jauh daripada sinki bilik air. Dengan ini, penghuni asrama berasa susah untuk mengulang alih ke tong sampah di luar bilik air untuk membuang sisa makanan. Oleh itu, mereka terus membuang sisa makanan ke dalam sinki bilik air untuk mengelakkan pergerakan mereka yang kerap ke tong sampah di luar bilik air. 2.2 Kesan-kesan pembuangan sisa makanan ke dalam sinki bilik air Perbuatan membuang sisa makanan ke dalam sinki telah mendatangkan pelbagai kesan kepada penghuni asrama. Antara kesannya adalah sinki bilik air tersumbat dengan sisa makanan. Contohnya, makanan seperti tulang ayam dan sayursayuran yang dibuang ke dalam sinki menghalang air beralih daripada sinki ke longkang dan airnya bertakungan di sinki. Oleh itu, air tercemar dengan minyak yang terkandung dalam sisa makanan yang dibuang dan menyebabkan sinki berkelihatan licin dan berminyak. Ahmad Ridwan (2012) mengatakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mentakrifkan pencemaran air sebagai ‘perubahan langsung atau tidak langsung dari segi kandungan, keadaan dan warna air’ sehingga memberi kesan kepada pengguna disebabkan kualiti air terjejas. Makanan berminyak dan berlemak yang telah dibuang ke



dalam sinki menyusahkan proses pengaliran air keluar ke longkang. Oleh itu, penghuni berasa kurang selesa untuk menggunakan sinki tersebut untuk melakukan aktiviti harian mereka. Kesan yang lain adalah bilik air berbau disebabkan oleh air yang bertakungan dengan sisa makanan. Harian Metro telah mengenal pasti air yang tersekat disebabkan pembuangan sisa makanan di longkang mengeluarkan bau busuk yang kurang menyenangkan (dalam Abidah, 2011, p. 19). Dengan ini, kita dapat mengetahui bahawa Hal ini kerana makanan yang dibuang ke dalam sinki bermula untuk mengalami proses penguraian dan memberi bau yang tidak selesa ke alam sekeliling. Proses ini juga berlaku disebabkan oleh mikroorganisma yang terhasil daripada air yang tercemar dengan sisa makanan di sinki. Hal ini juga menyebabkan kebersihan bilik sinki dan bilik air terancam. Di samping itu, bau yang tidak menyenangkan daripada sinki bilik air menarik juga perhatian haiwan-haiwan seperti lipas berkeliaran di bilik air. Sekiranya masalah pembuangan sisa makanan ke dalam sinki tidak diatasi dengan segera, nyamuk Aedes berkemungkinan membiak di air yang bertakungan di sinki dan bau yang busuk daripada sisa makanan juga akan membawa masuk tikus ke bilik air. Berdasarkan Berita Harian, pembiakan Aedes berlaku disebabkan longkang yang tersumbat dengan pembuangan sisa makanan ke dalamnya sehingga menyekat pengaliran air (dalam Abidah, 2011, p. 20). Oleh itu, kita haruslah memastikan sinki dan longkang bebas daripada sisa makanan. 3.0 Strategi penyelesaian isu alam sekitar Untuk menangani isu pembuangan sisa makanan yang tidak betul, kumpulan kami telah mengadakan satu kempen yang bertemakan ‘Kempen Kesedaran Kepentingan Pengurusan Sisa Pepejal’. Kempen ini telah dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada para penghuni tentang pengurusan sisa makanan yang betul. Kami telah menyediakan sebuah bekas berhampiran dengan sinki bilik air. Dengan ini, penghuni dapat membuang sisa makanan sebelum membasuhkan pinggan mereka ke dalam bekas yang telah disediakan. Pada masa yang sama, masalah pembuangan sisa makanan ke dalam sinki dapat diatasi. Melalui kempen kami, para penghuni juga memperoleh ilmu pengetahuan bahawa sisa makanan boleh dijadikan sebagai baja kompos dan mereka juga didedahkan kepada cara menghasilkan baja kompos. Projek kami berunik kerana ia boleh dijalankan tanpa kos perbelanjaan. Botol plastik dan juga beg plastik sahaja yang kita digunakan semula untuk dijadikan sebagai bekas pembuangan sisa makanan. Salah satu keunikan projek kami adalah dapat mengelakkan masalah alam sekitar seperti sinki tersumbat dan penyakit yang disebabkan oleh kuman melalui bekas botol plastik. Selain itu, projek kami juga unik



kerana baja kompos yang kami hasilkan daripada sisa makanan selamat digunakan untuk pertumbuhan tanaman yang sihat dan kualiti. 4.0 Rasional Antara rasional pelaksanaan kempen kami adalah untuk menangani masalah pembuangan sisa makanan ke dalam sinki yang berleluasa dalam kalangan penghuni asrama perempuan. Sekiranya mereka bersedar bahawa sinki yang tersumbat dengan makanan mendatangkan kesan terhadap alam sekeliling mereka, isu pembuangan sisa makanan ini akan dipandang serius. Rasional yang seterusnya adalah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada para penghuni bahawa sisa makanan boleh dikitar semula untuk dijadikan sebagai baja kompos. 5.0 Objektif Antara objektif pelaksanaan ‘Kempen Kesedaran Kepentingan Pengurusan Sisa Pepejal’ : 5.1 Meningkatkan kesedaran kepentingan pengurusan sisa pepejal, terutamanya sisa makanan. 5.2 Memupuk sikap bertanggungjawab dalam penghuni semasa penggunaan faciliti yang sedia ada. 5.3 Mewujudkan tandas yang bersih dan selesa untuk kegunaan seharian. 6.0 Pelaksanaan projek 6.1 Tempoh pelaksanaan projek Tempoh masa yang telah kami mengambil untuk melaksanakan kempen kami adalah selama seminggu iaitu dari 2hb Oktober 2019 sehingga 8hb Oktober 2019. 6.2 Kos pelaksanaan projek Untuk melaksanakan kempen kami, kami tidak langsung berbelanja untuk pembelian bahan yang berkaitan dengan projek kami. Malah, kami menyediakan bahan yang diperlukan daripada bahan buangan seperti beg plastik dan plastik botol untuk dijadikan sebagai bekas pembuangan sisa makanan. Bekas tersebut merupakan cara penyelesaian kami untuk menghalang para penghuni membuang sisa ke dalam sinki. 6.3 Prosedur pelaksaanaan projek Kempen kami telah membuka mata penghuni untuk mengelakkan perbuatan pembuangan sisa makanan ke dalam sinki. Terdapat beberapa prosedur yang telah kami lakukan untuk melaksanakan kempen kami dengan lancar :



6.3.1 Perbincangan dengan pekerja yang membersih bilik air asrama Sebelum pelaksanaan kempen kami, satu perjumpaan ringkas telah dilakukan dengan pekerja yang membersihkan bilik air asrama. Kami telah memaklumkan kepada pekerja tersebut tentang kempen kami dan juga kegunaan bekas yang diletakkan berhampiran dengan sinki bilik air di setiap aras asrama. Hal ini adalah untuk mengelakkan beliau daripada membuangkan bekas yang kami sediakan. Beliau telah memberi sokongan sepanjang tempoh pelaksanaan kempen dengan menyumbangkan kulit buah-buahan untuk dijadikan sebagai baja kompos. 6.3.2 Penghasilan poster dan penyebarannya melalui sosial media. Langkah kedua telah kami lakukan adalah penghasilan satu poster yang bertemakan ‘Kempen Kesedaran Kepentingan Pengurusan Sisa Pepejal. Beberapa maklumat yang berkaitan dengan pembaziran makanan yang dilakukan oleh rakyat kita telah dinyatakan dalam poster tersebut. Hal ini adalah untuk menyampaikan maklumat kepada penghuni tentang pembaziran makanan, pengurusan sisa makanan yang tidak betul dan kesannya terhadap alam kita. Dengan ini, penghuni dapat bersedar bahawa pembuangan sisa makanan ke dalam sinki perlu dielakkan untuk mengatasi kesan seperti sinki bertakungan dan berbau busuk sehingga kebersihan dan keindahan bilik air terancam. Selain itu, poster yang berkaitan dengan penghasilan baja organik juga dihasilkan untuk memberitahu penghuni bahawa sisa makanan boleh disimpan dan diguna sebagai bahan yang bermanfaat. Rajah-rajah menunjukkan poster dan maklumat yang berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal iaitu sisa makanan.



Rajah 2 : Poster Kempen ‘Kepentingan Pengurusan Sisa Pepejal



Rajah 3 : Maklumat berkaitan dengan pengurusan sisa makanan



Rajah 4 : Poster ‘Penghasilan baja organik’ Langkah yang seterusnya adalah kami telah menggunakan sosial media seperti ‘Whatsapp’ sebagai platfom untuk menyebarkan poster kami supaya dapat mengalakkan penghuni asrama untuk membuang sisa makanan ke dalam bekas yang telah disediakan dan juga untuk mengelakkan mereka daripada mengotorkan sinki bilik air dengan sisa makanan. Rajah-rajah berikut menunjukkan penyebaran poster kami melalui ‘Whatsapp’.



Rajah 5



Rajah 6 Rajah 5 & Rajah 6 : Penyebaran poster kempen melalui ‘Whatsapp’



6.3.3 Penghasilan bekas untuk pembuangan sisa makanan



Langkah yang seterusnya adalah penghasilan bekas daripada botol plastik yang tidak digunakan lagi untuk mengalakkan para penghuni membuang sisa makanan ke dalamnya. Sri Dhurga Karupiah dan Zanaton Iksan (2017) menyatakan pengurangan penghasilan sisa pepejal dapat dilakukan berdasarkan kaedah yang efektif dengan memfokuskan kepada konsep 3R seperti “pengurangan”, “penggunaan semula” dan “kitar semula” serta kami dapat laksanakannya melalui penggunaan botol plastik semula untuk menjadikannya sebagai bekas pembuangan sisa makanan yang berfungsi sebagai mini tong sampah. Melalui langkah ini, kumpulan kami dapat mempelajari bahawa botol plastik boleh diguna semula sebagai bekas sisa makanan dan kami dapat menyumbang kepada alam sekitar dengan mengelakkan pembuangan botol plastik yang berleluasa di kampus kami. Selain itu, beg plastik yang diletakkan dalam bekas juga telah diguna semula sepanjang pelaksanaan kempen kami untuk menjimatkan penggunaan plastik yang banyak. Bekas botol plastik tersebut telah diletakkan di setiap aras asrama untuk memudahkan aktiviti membuang sisa makanan ke dalamnya. Kami telah melakukan aktiviti membersihkan bekas dan beg plastik pada setiap hari serta membuangkannya dalam satu bekas yang besar untuk dijadikan sebagai baja kompos.



Rajah 7 : Bekas botol plastik untuk pembuangan sisa makanan 6.3.4 Penganjuran kempen Untuk memeriahkan lagi pelaksanaan projek kami, pensyarah kami telah mencadangkan penganjuran kempen di peringkat kampus supaya dapat memberi kesedaran, kemahiran dan juga ilmu pengetahuan tentang isu-isu alam sekitar dan cara penyelesaiannya kepada barisan pensyarah dan juga guru pelatih. Oleh itu, kumpulan kami telah berbincang dengan ahli kelas yang lain tentang tempat, tarikh dan masa untuk menganjurkan kempen secara ramai.



Rajah 8 : Kempen Alam Sekitar Semasa kempen tersebut, kami dapat mempamerkan beberapa maklumat berkaitan dengan pembuangan sisa makanan, cara penghasilan baja kompos dan sisa makanan yang telah dikumpul dalam sebuah bekas selama 6 hari supaya proses penguraian dapat dilihat oleh pengunjung yang menziarahi kempen kumpulan kami.



Rajah 9 : Pameran kempen kami yang mengandungi maklumat pengurusan sisa makanan dan sisa makanan yang sedang diproses sebagai baja kompos



Rajah 10



Rajah 11 Rajah 10 & Rajah 11 : Beberapa guru pelatih mengunjungi kempen kami. 6.3.5 Pemerhatian terhadap kebersihan sinki bilik air Pada hari yang pertama sehingga hari ketiga, kami telah mengenal pasti bahawa sinki masih tersumbat dengan sisa makanan dan air bertakungan walaupun bekas pembuangan sisa makanan telah ditempatkan berhampiran dengan sinki. Untuk menjaga kebersihan sinki dan bilik air, kami telah melakukan pemerhatian yang sangat kerap. Kami juga telah membersihkan sinki yang berkotoran demi mengekalkan kebersihan bilik air. Untuk mengalakkan orang lain terlibat dalam aktiviti menjaga kebersihan sinki, kita perlulah bermula dari diri kita dahulu. Bergerakkan diri kita untuk mewujudkan bilik air yang bersih akan dicontohi oleh penghuni asrama supaya dapat mengekalkan kebersihan sinki dan juga untuk mengelakkan kesan-kesan yang akan dihadapi seperti sinki tersumbat dan bilik air berbau busuk. Melalui aktiviti membersih ini,



kami juga dapat mengelakkan diri kita daripada penyakit seperti demam denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes dan juga penyakit yang disebabkan oleh kuman. Melalui pemerhatian yang telah dilakukan pada hari yang keempat dan hari yang seterusnya, kami dapati bahawa sisa makanan semakin berkurangan di sinki dengan adanya bekas pembuangan sisa makanan. Para penghuni juga berasa selesa dengan penggunaan sinki bilik air.



Rajah 12 : Sinki tersumbat dengan air sabun dan sisa makanan pada hari yang pertama sehingga hari yang ketiga sepanjang pelaksanaan kempen



Rajah 13 : Sinki yang bersih pada hari yang keempat, hari yang seterusnya dan selepas pelaksanaan kempen



6.3.6 Penggunaan soal selidik (Google Form)



Selepas tempoh pelaksanaan kempen kumpulan kami, kami telah menyediakan soal selidik untuk mengetahui tahap kesedaran para penghuni asrama dalam pengurusan sisa makanan. Soal selidik juga telah disediakan untuk mengenal pasti kepuasan dan keselesaan penghuni sepanjang kempen kami dijalankan. Selain itu, kami juga memperoleh beberapa cadangan untuk menambahbaikan kempen pengurusan sisa makanan kami. Rajah-rajah berikut adalah contoh soal selidik yang kami sediakan.



Rajah 14



Rajah 15 Rajah 14 & Rajah 15 : Contoh soalan soal selidik



6.3.6 Penghasilan baja kompos daripada sisa makanan



Sisa makanan boleh diguna semula sebagai beberapa bahan yang berguna seperti makanan haiwan dan baja kompos. Baja kompos boleh dikatakan sebagai bahan yang dihasilkan daripada sisa makanan dan bahan kering seperti daun kering, pasir dan lain-lain lagi untuk disemburkan atau ditaburkan pada tanaman supaya menghasilkan produk tanaman yang kualiti dan selamat daripada keracunan. Terdapat beberapa cara untuk menghasilkan baja kompos. Salah satu cara yang kami mengikut untuk menghasilkan baja kompos adalah seperti dicadangkan oleh Nadia (2016) : a. Menyediakan bekas yang mempunyai pengudaraan. b. Meletakkan kompos, masukkan larutan pengurai mengandungi mikro organisma atau bakteria untuk mempercepatkan proses penguraian sisa makanan. (Tetapi, kami gunakan air sahaja untuk proses pennguraian) c. Setiap dua hari, menggaul sisa makanan dengan kompos dan tutup balik bekas itu. d. Selepas dua minggu, sisa makanan mula diurai dan boleh guna sebagai kompos 7.0 Impak Projek Melalui kempen kami, penghuni dapat mempelajari cara yang betul untuk menguruskan sisa makanan supaya mengelakkan isu alam sekitar seperti pembiakan nyamuk Aedes disebabkan sinki tersumbat dan bertakungan dengan air. Penghuni juga dapat menjaga kebersihan bilik air dengan mengelakkan pembuangan sisa makanan ke dalam sinki bilik air melalui cara manasihati dan mengingati satu sama lain. Selain itu, penghuni asrama juga berasa lebih selesa semasa penggunaan sinki yang bebas daripada tersumbat dengan sisa makanan. Rajah-rajah berikut menunjukkan pandangan yang diberikan oleh penghuni untuk soalan dalam soal selidik.



Rajah 16 : Penghuni menyedari pengurusan sisa makanan amat penting.



Rajah 17 : Penghuni mempelajari cara pengurusan sisa makanan yang betul.



Rajah 19 : Penghuni berasa selesa semasa penggunaan sinki yang bersih. 8.0 Kesimpulan Kesimpulannya, pengurusan sisa pepejal khasnya sisa makanan amat penting untuk menjaga alam sekitar daripada kesan rumah hijau dan pemanasan global. Kesedaran dan pengetahuan yang disampaikan melalui kempen kami dapat diteruskan oleh para penghuni untuk menjaga kebersihan sinki bilik air yang menyumbang kepada masalah dunia yang serius.