Ulasan Artikel Ekonomi [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN



TUGASAN : PENULISAN ESEI (30%) NAMA PELAJAR NO. MATRIK PRAKTIKUM NAMA PENSYARAH



NUR AINA NAJWA BINTI MD NASIR MA2112105348 A4P3 FADZILAH BINTI SHARIF



MARKAH RUBRIK (10%)



KURSUS EKONOMI 1 SEMESTER 1 SESI 2021/2022 KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN



PB/PTP



PENGAKUAN TUGASAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA STUDENT’S DECLARATION MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA MATRICULATION PROGRAMME Nama Pelajar / Student’s Name: Kursus / Course:



No. Matrik / Matric No.:



NUR AINA NAJWA BINTI MD NASIR



Kod / Code: AE015



MA2112105348



Tajuk Tugasan:



Bab 1 Pengenalan Mikroekonomi



Pengakuan Pelajar/ Student’s Declaration Saya mengaku bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. I declare that this task is my own work except for the citations and summaries of which I acknowledged the source. Tandatangan/ Signature: Aina



Tarikh/ Date: (3 September 2021)



Nota: Borang ini hendaklah dikepilkan bersama tugasan bertulis/ bercetak/ model dan diserahkan kepada pensyarah yang memeriksa tugasan.



2.0 PENDAHULUAN Mikroekonomi ialah bidang pengkajian ekonomi yang menganalisis aktivitiaktiviti ekonomi yang dilakukan oleh unit-unit kecil di dalam ekonomi seperti gelagat pengguna dan pengeuar atau suatu pasaran. Mikroekonomi mengkaji perilaku individu dan firma dalam membuat keputusan mengenai peruntukan sumber yang terhad dan interaksi di kalangan individu dan firma ini. Salah satu matlamat mikroekonomi adalah untuk menganalisis mekanisme pasaran yang membina harga relatif antara barangan dan perkhidmatan dan memperuntukkan sumber terhad di kalangan kegunaan alternatif. Mikroekonomi menunjukkan keadaan di mana pasaran bebas membawa kepada peruntukan yang dikehendaki. Ia juga menganalisis kegagalan pasaran, di mana pasaran gagal menghasilkan hasil yang cekap. Tajuk tugasan yang dikaji adalah berkaitan dengan masalah kewangan yang berlaku dalam sesuatu perniagaan oleh sebuah akhbar Berita Harian pada Julai 2020. Masalah kewangan yang berlaku melibatkan masalah ekonomi kerana boleh mendorong kepada kemuflisan sesuatu perniagaan. Definisi kemuflisan menurut Wikipedia ensiklopedia bebas, kemuflisan adalah keadaan seseorang individu atau sesebuah syarikat yang diisytiharkan mahkamah tidak lagi mampu membayar balik hutang lapuk. Berdasarkan artikel, segelintir majikan di sektor pembinaan tidak melakukan ujian saringan COVID-19 terhadap pekerja asing mereka khususnya disebabkan ujian COVID-19 yang memerlukan kos, giliran dan masa panjang. Syarikat mengurangkan kos bagi mengelak berlakunya kemuflisan. Syarikat beroperasi dalam kapasiti rendah kerana kekurangan pekerja membabitkan pekerja asing yang haram serta sesetengah pekerja yang sudah pulang ke negara masing-masing dan sekarang mereka tak dibenarkan masuk semula ke Malaysia. Hal ini menyebabkan pekerja asing haram tidak boleh mengambil ujian saringan COVID-19. Kesannya mereka berasa takut untuk hadir ke tempat kerja disebabkan tidak membuat ujian. Kebanyakan syarikat, lebih-lebih lagi syarikat dalam sektor pembinaan lebih berminat untuk mengambil pekerja asing disebabkan kadar upah mereka yang lebih rendah. Pekerja asing ini ada antara mereka yang tidak kisah jika diberi gaji yang rendah dan bekerja lebih masa, semata-mata untuk mengelakkan saingan dengan pekerja tempatan. Hal ini pastinya disebabkan syarikat ingin memaksimumkan keuntungan dengan mendapatkan tenaga buruh yang lebih ramai dengan ganjaran upah yang lebih murah. Kesannya masih ramai rakyat tempatan yang mengganggur kerana terpaksa bersaing dengan pekerja asing. Pakar kewangan pengguna dan ahli akademik meluahkan kebimbangan mengenai peningkatan besar-besaran jumlah individu muflis menjelang tamatnya tempoh moratorium pada 30 September tahun 2021 ini. Setakat ini statistik Jabatan Insolvensi mendapati jumlah individu diisytiharkan bankrap sehingga Mei tahun ini sekitar 2,591 kes, namun angka tersebut dikhuatiri akan bertambah berkali ganda memandangkan bank-bank belum mengemaskini data terbaru sehingga berakhirnya moratorium.



3.0 KESAN NEGATIF KEMUFLISAN 1. Kadar pengangguran meningkat Apabila sesuatu syarikat mengalami kemuflisan, sudah pastinya majikan tidak lagi mampu mebayar upah pekerja atau tenaga buruh. Hal ini dapat dibuktikan apabila pengangguran di Malaysia meningkat kepada 772,900 orang pada kadar 4.8 peratus pada Disember 2020, demikian menurut perangkaan terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Berikutan negara mengalami permintaan buruh yang lebih perlahan pada 2020 disebabkan impak negatif pandemik COVID-19, bilangan penganggur mencatatkan pertambahan melebihi 200,000 orang. Banyak syarikat dan premis perniagann terpaksa berhenti beroperasi berikutan masalah kesihatan dan pandemik COVID-19. Disebabkan tidak boleh beroperasi, syarikat atau firma tidak dapat memaksimumkan keuntungan malah mengalami kerugian. Impaknya hutang yang dibuat dengan pihak bank tidak boleh diselesaikan sekali gus mengakibatkan kemuflisan. Oleh itu, bagi 2020, kadar pengangguran meningkat kepada 4.5 peratus, kadar tertinggi yang dicatatkan sejak 1993 iaitu 4.1 peratus. 2. Kemelesetan ekonomi Salah satu punca pendapatan negara ialah daripada cukai yang dikenakan kepada masyarakat. Majoriti usahawan yang menutup operasi perniagaan semasa PKP dan pasca PKP adalah usahawan mikro, masing-masing sebanyak 79.53 peratus dan 70.83 peratus. 8.85 peratus usahawan telah menutup perniagaan sepenuhnya (gulung tikar) semasa tempoh PKP. Penutupan premis ini menurangkan kadar pembayaran cukai kepada kerajaan. Selain itu rakyat tidak lagi mampu untuk membayar cukai disebabkan kemuflisan dan pengangguran yang dialami menybabkan sumber pendapatan negara berkurang. Kerajaan telah mempertimbang untuk meningkatkan nilai potongan khas cukai kepada pemilik premis yang mengurangkan atau mengecualikan pembayaran sewa premis mereka ketika tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) terutama kepada pemilik premis yang tidak mengambil moratorium. Kadar kemiskinan negara meningkat kepada 8.4 peratus tahun lalu daripada 5.6 peratus pada 2019, demikian dapatan kajian Jabatan Perangkaan. Hal ini akan menyukarkan pembangunan negara dan mengakibatkan rakyat hidup mundur dalam kesusahan serta tidak aman disebabkan kesempitan wang. 3. Kesukaran menjalani kehidupan Seseorang individu yang mengalami kemuflisan akan menghadapi pelbagai cabaran dan halangan. Semua kewangan dan aset akan ditadbir dan dikendalikan oleh KPI untuk membayar hutang. Individu yang muflis juga tidak dibenarkan untuk meninggalkan negara tanpa kebenaran bertulis dari KPI ataupun sebelum mendapatkan perintah mahkamah yang membenarkan keluar dari negara. Selepas diisytiharkan muflis, kesemua aset akan dikendalikan oleh KPI. Sebagai contoh aset yang akan disita seperti kereta dan rumah akan diambil dan diuruskan oleh KPI.Ini kerana pihak KPI akan menguruskan aset itu dimana ia akan dijual dan hasil akan digunakan bagi membayar hutang. Kesemua aset, hartanah termasuk segala harta keperibadian anda akan disita oleh Jabatan Insolvensi Malaysia. Di samping itu



indidvidu yang diisytiharkan muflis tidaklah dihalang untuk bekerja, namun masih terdapat juga beberapa bidang yang mempunyai sekatan yang dikenakan oleh persatuan professional.Ini kerana untuk jaga integriti professional terutama kerja yang melibatkan wang. Individu yang muflis turut tidak boleh dilantik sebagai pengarah mana-mana syarikat iaitu tidak boleh memiliki sebarang perniagaan atau menjadi sebahagian daripada pemilik perniagaan. 4.0 CARA PENYELESAIAN 1. Menjaga hak pekerja Memandangkan banyak premis perniagaan terpaksa berhenti beroperasi sepanjang tempoh PKP, majikan tidak boleh sewenag-wenangnya membuat keputusan terhadap pekerja ketika PKP walaupun melepaskan pekerja merupakan hak prerogatif majikan terbabit. Pegawai Penyelidik Kanan Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan (EMAS) IKIM, Nur Shahidah Abd Jalil berkata, ini kerana PKP dilakukan berpandukan Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Menurutnya, ia termasuk membayar separuh gaji atau memaksa pekerja mengambil cuti tanpa gaji atau melepaskan mereka apabila premis perniagaan itu tidak boleh beroperasi kerana PKP.Katanya, majikan masih boleh membuat tindakan sedemikian selepas berunding dengan pekerja masing-masing manakala pekerja tidak boleh sewenang-wenangnya menolak rundingan tersebut kerana keduaduanya berada dalam keadaan tertekan. Majikan perlu ada alasan kukuh, tulen dan tertakluk kepada langkah-langkah mengelakkan pemberhentian seperti disebut dalam garis panduan pemberhentian pekerja oleh Kementerian Sumber Manusia. 2. Pembukaan semula firma dan syarikat Langkah membuka ekonomi secara beransur-ansur adalah penting bagi memastikan proses pemulihan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dapat dimulakan dengan segera. Hal ini menyebabkan perusahaan dapat beroperasi kembali dan menghasilkan keuntungan bagi menampung kos perniagaan. Tindakan ini amat pemnting kerana Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Nainy, berkata kaji selidik yang dijalankan SME Corp Malaysia dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) mendapati sektor PKS amat terkesan dan mungkin tidak dapat bertahan jika perniagaan mereka terus ditutup. Kebanyakan firma dan syarikat telah memohon kepada kerajaan supaya membenarkan perusahaan mereka dibuka semula serta merta seperti Kumpulan Automotif NAZA. Gangguan perniagaan dan rantaian bekalan yang berpanjangan akan membawa kesan buruk kepada industri kerana industri automotif tempatan amat bergantung pada pasaran domestik. 3. Bantuan kerajaan Untuk mereka yang dibebani hutang dan berdepan dengan kesukaran untuk membuat bayaran, kerajaan melalui Bank Negara Malaysia telah menubuhkan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk membantu mereka dengan



pengurusan hutang. Individu yang tidak dapat menguruskan hutang mereka dengan sendiri dan memenuhi kriteria kelayakan asas boleh mendaftar di bawah Program Pengurusan Hutang (DMP). Menurut pangkalan data AKPA, kini terdapat 235,991 rakyat Malaysia yang menghadiri khidmat kaunseling tentang pengurusan hutang dan kewangan dan 96,238 dari mereka mendaftar dengan Program Pengurusan Hutang (DMP). Di samping itu, kerajaan Sarawak mengumumkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) fasa dua bernilai RM1.1 bilion dalam usaha meringankan beban kewangan Perusahaan Kecil dan Serdehana (PKS), Perusahaan mikro, penjaja serta peniaga kecil di negeri itu. 5.0 KESIMPULAN Berdasarkan ulasan artikel ini, dapat disimpulkan bahawa masalah kemuflisan ini sememangnya akan menjejaskan banyak pihak serta ekonomi negara sekiranya dibiarkan begitu sahaja. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu terutamanya pihak kerajaan dan swasta dalam mengatasi hal ini dan seharusnya belajar daripada negara-negara maju yang lain seperti Jepun, Jerman dan Amerika Syarikat dalam membendung masalah kemuflisan. Sekiranya pemulihan dan penambahbaikkan tidak dilakukan segera masalah ekonomi disebabkan kemuflisan akan terus wujud sekaligus akan membebankan rakyat untuk menjalani kehidupan kerana hidup dikelilingi hutan dan menyebabkan rakyat hidup dalam kesengsaraan serta kesukaran. Natijahnya, langkah yang strategik dan berkesan perlu diatur agar masalah kemuflisan ini dapat dibendung memandangkan kemuflisan akan menjejaskan hidup masyarakat serta ekonomi negara. Pengurangan kemuflisan akan memberi impak yang besar dalam memulihkan kembali ekonomi negara. (Bilangan Patah Perkataan: 1331)



6.0 SUMBER RUJUKAN 1. Laman web 



Yahoo. ( 22 April 2021 ). Apa Itu Muflis, 3 Tips Elak Muflis & Kesan Kepada Hartanah



https://malaysia.news.yahoo.com/apa-itu-muflis-3-tips-193350409.html







Liza Mokhtar. ( 20 Julai 2020 ). Kes muflis dijangka naik enam peratus



https://www.sinarharian.com.my/article/92968/LAPORAN-KHAS/Kesmuflis-dijangka-naik-enam-peratus







Hazwan Faisal Mohamad. ( Ogos 13, 2021 ) NAZA rayu sektor automotif dibenar beroperasi



https://www.bharian.com.my/bisnes/auto/2021/08/850946/naza-rayusektor-automotif-dibenar-beroperasi



7.0 LAMPIRAN