Ulasan Prosa Melayu Tradisional [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PROSA MELAYU TRADISIONAL



TAJUK TUGASAN ULASAN CERITA RAKYAT HIKAYAT PELANDUK JENAKA



NAMA PELAJAR ALANIS BINTI WILLIE D20171077570



PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN KESUSASTERAAN MELAYU SEMESTER 1



PENSYARAH PROF. MADYA DR. NORAZIMAH BT ZAKARIA



TARIKH SERAHAN 24 NOVEMBER 2017



PENGENALAN Cerita rakyat dapat diertikan sebagai ekspresi budaya suatu masyarakat melalui bahasa pertuturan yang berhubung secara langsung dengan berbagai aspek budaya dan susunan nilai sosial masyarakat tersebut. Dahulu, cerita rakyat diwariskan secara turun-menurun dari satu generasi ke generasi berikutnya secara lisan (Suripan Sadi Hutomo, 1991: 4). Dalam masyarakat Melayu, terdapat pelbagi jenis cerita rakyat seperti cerita binatang, cerita jenaka, cerita penglipur lara dan cerita pengalaman. Cerita binatang biasanya menceritakan sebuah masyarakat binatang yang tinggal di dalam hutan. Golongan binatang ini boleh bertutur seperti watak manusia. Terdapat watak binatang yang unggul dan menjadi hero di kalangan mereka sementara binatang yang lain adalah watak kecil yang sentiasa mengharapkan bantuan. Pada masa yang sama, terdapat pula ancaman daripada golongan yang dianggap sangat kuat dan berkuasa. Golongan yang dianggap kuat dan mengancam keselamatan ini akan ditewaskan oleh binatang kecil yang lebih cerdik akalnya. Hikayat Pelanduk Jenaka (Syeikh Alam Berlawan dengan Raksasa) merupakan antara cerita binatang yang termuat karya Permata Sastera Melayu pada tahun. Dalam cerita tersebut, uan Syeikh Alam di Rimba telah bertitah bahawa ada suatu bahaya akan menimpa masyarakat binatang yang tinggal di hutan. Kemudian msayarakat binatang berkenaan telah pergi ke sungai Tinam untuk menangkap ikan yang banyak di sana. Namun di sungai berkenaan terdapat seorang raksasa yang menjadi penunggu tempat itu. Sang Beruang, Sang Seladang, Sang Harimau dan Sang Badak tidak berjaya menjaga ikan hasil tangkapan mereka lantaran ancaman raksasa tersebut. Malah Badak yang sudah tewas itu menipu rakan-rakannya dengan mengatakan dirinya cedera kerana berlawan dengan raksasa. Sebenarnya luka di badan Badak itu kerana tercangkuk onak dan duri ketika berlari menyelamatkan diri daripada Raksasa. Kemudian masyarakat binatang pun meminta pertolongan daripada Pelanduk Jenaka (Syeikh Alam di Rimba). Pelanduk Jenaka meminta tempoh tujuh hari baru beliau hendak berangkat untuk melawan Raksasa. Setelah genap tujuh hari Pelanduk Jenaka pun pergi ke tampat Raksasa. Pelanduk Jenaka mengajak masyarakat binatang menangkap ikan sebanyak yang boleh. Pelanduk jenaka pula membuat simpai yang diperbuat daripada rotan. Pelanduk telah mengarahkan rakan binatang yang lain menyembunyikan diri sementara Pelanduk pula menunggu ikan yang sedang dimasak. Apabila Raksasa datang, Pelanduk pun berbuat helah dan menipu Raksasa menggunakan simpai yang kononnya boleh mengubat masalah sakit-sakit di badan. Akhirnya Raksasa terperangkap dengan simpai (diperbuat daripada rotan) yang



dipasang dibadannya. Badan Raksasa terguling ke tanah. Pelanduk pun mengambil kesempatan mencakar mata Raksasa tersebut sehingga buta. Raksasa telah menjerit kesakitan dan jeritan berkenaan telah menyebabkan seluruh masyarakat rimba terkejut. Setelah Raksasa dapat dikalahkan, maka amanlah seluruh penduduk rimba dan dapat bermain-main di sungai Tinam. ULASAN 1) TEMA Seperti yang dijelaskan sebentar tadi, cerita rakyat dapat diertikan sebagai ekspresi budaya suatu masyarakat. Ekspresi ini mungkin tentang kecintaan, kasih sayang, peperangan, kebijaksaan, ataupun pengorbanan. Sesebuah cerita rakyat yang baik tidak hanya setakat memaparkan ekspresi tersebut begitu sahaja, tetapi memberi tafsiran atau pandangan yang lebih jauh. Hasil daripada tafsiran dan pandangan itulah yang sesuai disebutkan sebagai tema. Dalam Hikayat Pelanduk Jenaka, perkara yang menjadi bahan cerita ialah kebijaksanaan, iaitu kebijaksanaan Sang Pelanduk menyelesaikan masalah penduduk rimba. Namun begitu, bahan ini dilihat oleh pengarang dari satu pandangan dan tafsiran tertentu untuk dijadikan tema cerita tersebut. Tema yang terungkap hasil daripada pandangan dan tafsirannya ialah kebijaksanaan Sang Pelanduk menyelesaikan masalah penduduk di rimba yang hilang sumber makanan kerana dimakan oleh raksasa yang tamak dengan menghapuskan raksasa itu. Justeru, tema ini tidak dinyatakan secara langsung oleh pengarang, tetapi diperoleh setelah kita meneliti dengan baik perkara-perkara yang ditimbulkan dalam cerita ini seperti tindakan dan sifat watak, peristiwa-peristiwa yang dilaluinya, dan keadaan latar atau persekitaran yang melingkungi hidup watak. Jadi, pengarang di sini membiarkan ceritanya itu mendedahkan tema, bukan dirinya sendiri. Tanda isyarat yang boleh memandu ke arah mempercepatkan pemahaman tema tersebut ialah melalui aksi atau tindak-tanduk watak dalam cerita tersebut. Perkara ini dapat dilihat dalam petikan di bawah. Tuan Syeikh Alam di-Rimba merenung muka raksasa itu, kemudian dicakarnya mata raksasa itu dengan taringnya hingga pecahlah mata itu. (hlm 86) 2) PLOT Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, penghasilan tema tidak berlaku secara bersendirian, tetapi memerlukan unsur-unsur lain sebagai alat penggarapannya. Unsur-unsur lain ini terdiri daripada plot, watak, latar, dan gaya bahasa. Plot ialah susunan atau rentetan peristiwa dalam cerita. Peristiwa-peristiwa tertentu membangunkan cerita disusun untuk



bergerak dan berkembang melalui urutan masa. Peristiwa-peristiwa itu bergerak dari suatu masa ke suatu masa yang lain. Daripada pengertian kita dapat lihat bahawa plot memerlukan peristiwa. Peristiwa-peristiwa yang diperlukan untuk membina plot adalah peristiwa-peristiwa pilihan. Peristiwa-peristiwa yang terpilih itu terdiri daripada peristiwa penting yang dapat membangunkan tema yang dikehendaki oleh pengarang. Dalam sesebuah cerita rakyat, terdapat tiga tahap perkembangan dalam struktur plotnya. Tahap-tahap ini dikenali sebagai permulaan, pertengahan, dan pengakhiran. i)



Permulaan



Bahagian permulaan ini dikenali sebagai bahagian ‘pendedahan’ atau ‘eksposisi’. Dalam bahagian ini kita diperkenalkan dahulu oleh pengarang kepada beberapa perkara. Pada awal ceritanya, kita diperkenalkan dengan keadaan dan suasana di rimba yang didiami oleh pelbagai jenis binatang seperti badak, kerbau, kijang, beruang, harimau, dan pelanduk. Di sini kita didedahkan juga dengan kewujudan Sungai Tinam sebagai tempat pencarian sumber makanan segala isi rimba tersebut. Kita turut diperkenalkan dengan watak Tuan Syeikh Alam di-Rimba iaitu pelanduk yan menjadi ketua di dalam rimba itu. Pelanduk tersebut digambarkan sebagai ketua yang bertanggungjawab, saling menasihati, dan dihormati oleh isi rimba. ii)



Pertengahan



Bermula di tahap pertengahan, kita berhadapan dengan pelbagai masalah hidup yang dihadapi oleh watak-watak dalam cerita rakyat ini. Permasalahan -permasalahan yang dihadapi oleh Sang Badak, Sang Beruang, Sang Harimau, dan Sang Kijang mencetuskan konflik dalam diri watak sama ada secara fizikal, kekuatan tenaga, dan pelbagai muslihat. Konflik atau pertentangan yang mellingkari hidup itu sering mendorong watak-watak untuk bertindak. Konflik yang dialami oleh watak-watak ini tercetus apabila munculkan kehadiran raksasa tamak di Sungai Tinam yang sering makan ikan-ikan mereka tanpa meninggalkan seekor pun. Konfik yang berlegar ini menimbulkan banyak masalah dan mencetuskan pelbagai kesan dan akibat pada warak. Kehadiran raksasa menyebabkan isi rimba saling bercakap besar dengan mengatakan bahawa masing-masing dapat mengalahkan raksasa tersebut. Sebagai contoh, Sang Badak bercakap besar dengan mengatakan bahawa badannya luka akibat bertarung dengan raksasa sedangkan badannya luka kerana terkait onak dan duri ketika melarikan daripada raksasa tersebut. Peristiwa ini dapat dilihat dalam petikan di bawah.



Apatah lagi Sang Badak pun terkejutlah juga. Sangkanya raksasa itu hendak mengusir dia. Ia pun lari pula tiada berketahuan hingga banyaklah pokok-pokok kayu yang tumbang ditempuhnya, dan luka-luka mukanya serta rabit-rabit telinganya oleh onak. (hlm 79) “Hai saudaraku, mengapa bdan tuan hamba ini luka-luka hamba lihat?”……“Apabila raksasa itu datang ia berseru katanya, ‘Hai Sang Badak, berilah aku ikanmu itu!’ Kata hamba, ‘Aku tiada ikan yang hendak aku berikan kepada kamu.’ Mendengar demikian ia pun menerkam hamba dan hamba pun lawanlah dia. Dicakar-dicakarnya hamba dengan kukunya itu. (hlm 82) Di sinilah konflik itu menimbulkan banyak kerumitan. Lazimnya konflik dan kerumitan akan terus menemukan satu titik yang dikenali sebagai puncak atau klimaks. Puncak dalam cerita Hikayat Pelanduk Jenaka ini dapat kita lihat ketika isi rimba mengadukan masalah mengenai raksasa tersebut kepada Sang Pelanduk, Tuan Syeikh Alam di-rimba. Sang Pelanduk yang mendengar aduan ini telah berikhtiar untuk menghapuskan raksasa tersebut. Dengan menggunakan kebijaksanaannya, ia telah membahagikan tugas kepada semua isi rimba sebelum melaksanakan misnya untuk menghapuskan raksasa itu. Peristiwa ini dapat dilihat dalam petikan di bawah. Tuan Syeikh Alam di-Rimba pun bertitah katanya, “Hai tuan-tuan sekalian, ambilkan aku rotan hendakku perbuat simpai.”….“Hai saudaraku sekalian, marilah kita pergi mengambil ikan di Sungai Tinam itu.” Maka segala isi rimba pun pergilah mengambil ikan. (hlm 85) iii)



Pengakhiran



Dari tahap tersebut, plot Hikayat Pelanduk Jenaka bergerak menuju ke pengakhiran atau penyelesaian cerita. Dalam bahagian ini semua konflik dan masalah berakhir. Tuan Syeikh Alam di-rimba Berjaya menghapuskan raksasa yang tamak dengan menggunakan helahnya. Ia telah menipu raksasa dengan mengatakan bahawa simpai yang dibawanya itu mampu mengubati tubuh raksasa yang sakit. Namun begitu, setelah raksasa memasukkan siku dan kutut ke dalam simpai, raksasa tidak dapat bergerak. Kemudian, ia mencakar muka raksasa sehingga pecah. Ia turut memanggil isi rimba dan menyeksa raksasa beramai-ramai sehingga mati. Peristiwa ini dapat dilihat dalam petikan di bawah. Tuan Syeikh Alam di-Rimba merenung muka raksasa itu, kemudian dicakarnya mata raksasa itu dengan taringnya hingga pecahlah mata itu. (hlm 86)



Tahanlah olehmu, hai raksasa haram zadah. Kemudian ditendang dan diteerajangnya akan raksasa itu bersama-sama dengan binatang-binatang lain. (hlm 87) 3) WATAK Peristiwa-peristiwa yang membentuk plot sesebuah cerita rakyat adalah diwujudkan oleh pelaku-pelaku cerita yang dikenali sebaga watak. Kita boleh mengenali watak melalui nama, sifat dan budi pekertinya, hubungannya dengan orang lain, kepercayaan, fikiran, dan sikapnya. Pemahaman tentang peranan watak dapat membantu kita mengenali sifat-sifatnya yang tertentu dan setrusnya melihat dengan jelas tindakan-tindakan yang diambilnya dalam penceritaan sesebuah cerita rakyat. Dalam Hikayat Pelanduk Jenaka, terdapat beberapa watak utama yang memainkan peranan bagi mengerakkan cerita. Contohnya, Tuan Syeikh Alam diRimba, dan raksasa. Sang Badak, Sang Beruang, Sang Kijang, dan Sang Harimau pula merupakan watak tambahan dalam cerita tersebut. i)



Tuan Syeikh Alam di-Rimba Watak utama iaitu watak Tuan Syeikh Alam di-Rimba merupakan pelanduk yang



menjadi ketua kepada segala isi rimba. Tuan Syeikh Alam di-Rimba terkenal dengan kebijaksanaannya dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Sekiranya berlaku masalah yang tidak mampu diselesaikan, penduduk rimba akan merujuk masalah tersebut kepada Tuan Syeikh Alam di-Rimba. Tuan Syeikh akan memikirkan idea yang bernas bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan jayanya. Kebijaksanaanya dapat dibuktikan apabila ia berjaya menghapuskan raksasa yang tamak dengan menipu raksasa tersebut bahawa simpainya dapat mengubati badan raksasa yang sakit. Setelah raksasa menggunakan simpai tersebut ia segara mencakar mata raksasa dan akhirnya raksasa itu terbunuh. Kebijaksanaan dan keprihatinannya kepada isi rimba menyebabkan ia sentiasa dihormati dan disenangi oleh mereka. ii)



Raksasa Watak raksasa pula disifatkan sebagai seorang yang tamak. Buktinya, raksasa



mengambil ikan-ikan isi rimba tanpa meningglkan seekor pun untuk mereka. Raksasa juga seorang yang mudah ditipu. Dia terperangkap dengan helah Sang Pelanduk sehingga akhirnya terbunuh.



iii)



Sang Badak Bagi watak tambahan pula ialah Sang Badak. Sang Badak merupakan seekor badak



yang suka memandang rendah terhadap orang lain dan bercakap besar. Sifatnya ini dapat dibuktikan apabila ia memandang rendah binatang-binatang lain yang gagal menjaga ikan daripada dimakan oleh raksasa. Ia juga bercakap besar dengan mengatakan bahawa badannya luka kerana berlawan dengan raksasa sedangkan badannya terkait onak dan duri ketika melarikan diri daripada raksasa. 4) GAYA BAHASA Untuk menceritakan sesuatu peristiwa dan gambaran tentang watak dan perwatakan, pengarang mmenggunakan bahasa sebagai alat perantaraan. Melalui bahasa segala-galanya dapat diceritakan oleh pengarang. Dalam penggunaan bahasa itu, pengarang mestilah memilih gaya bahasa yang tertentu supaya cerita yang hendak disampaikan itu mudah diikuti dan menarik perhatian pembaca. Begitu juga dengan cerita rakyat Hikayat Pelanduk Jenaka yang menggunakan gaya bahasa tertentu dalam menceritakan ceritanya. Gaya bahasa perceritaan itu dapat dilihat dalam aspek di bawah. i)



Pemilihan kata atau diksi



Pemilihan kata-kata dalam cerita Hikayat Pelanduk Jenaka amat sesuai dengan temanya. Seperti yang kita sedia maklum, cerita rakyat ini menekankan tema kebijaksanaan Sang Pelanduk menyelesaikan masalah penduduk di rimba. Oleh itu, pengarang memilih kata-kata yang ada hubungannya dengan kebijaksanaan bagi menunjukkan sifat tersebut. Petikan di bawah jelas memberikan gambaran tersebut. “Aku ada mendengar khabar kononnya ada seekor pelanduk jenaka yang terlalu cerdik dan kuat. Ia beroleh kekuatan itu daripada baginda Ali.” (hlm 82) Setelah didengar oleh tuan Syeikh Alam di-Rimba akan perkataan badak itu maka baginda pun tersenyum seraya katanya, “Hai tuan-tuan sekalian, janganlah berbantah-bantah sama sendiri akan hal raksasa itu: atas hambalah menangkap dia.” (hlm 84) Perkataan-perkataan seperti ‘cerdik’ dan ‘menangkap’ menunjukkan bahawa Tuan Syeikh Alam di-Rimba seorang yang bijak dalam menyelesaikan masalah penduduk kampung kerana perkataan itu menunjukkan bahawa ia mempunyai kemampuan untuk menangkap raksasa yang jahat dan tamak itu walaupun orang lain tidak mampu melakukannya.



ii)



Penyusunan ayat



Kata-kata yang dipilih itu disusun pula dalam dalam satu bentuk ayat yang tertentu. Dalam cerita rakyat Hikayat Pelanduk Jenaka ini, terdapat dua jenis susunan ayat yang kerap digunakan oleh pengarang. Pertama, susunan ayat yang pendek. Kedua, susunan ayat yang panjang. Kedua-dua susunan ayat itu tidaklah terlalu kompleks kerana ayat dalam cerita rakyat ini dapat diikuti serta difahami oleh pembaca dengan mudah. Ayat-ayat pendek itu tidaklah digunakan pada semua tempat dan keadaan, Ayat tersebut digunakan pada tempat dan keadaan tertentu sahaja. Lazimnya, ayat-ayat pendek dalam cerita rakyat ini digunakan dalam dialog watak-watak. Tambahn pula, ayat-ayat ini tidak menggambarkan pemikiran yang mendalam. Sebaliknya, ia hanya sekadar pertuturan biasa dalam kalangan isi rimba. Berikut merupakan contoh ayat pendek yang digunakan dalam dialog cerita ini. ‘Hai Sang Badak, berilah aku ikanmu itu!’ ‘Aku tiada ikan yang hendak kuberikan kepada kamu.’ (hlm 82) Dalam dialog di atas terdapat juga penggunaan kata-kata singkat atau ringkas seperti ‘mu’ dan ‘ku’. Penggunaan ini sesuai dan sering digunakan dalam perbualan seharian. Ayat pendek juga banyak digunakan dalam melukiskan gerak laku watak. Susunan ayat-ayat yang pendek dan ringkas itu menjadikan tempo dalam cerita cepat dan bertenaga. Susunan ini dapat dilihat dalam petikan di bawah. Maka raksasa itu pun diamlah. Tuan Syeikh Alam di-rimba merenung muka raksasa itu. Kemudian mencakar hingga pecahlah mata itu. Kemudian ia bertempiklah. Maka sekalian datanglah berkejar-kejar. (hlm 86) Ayat-ayat yang panjang pula berfungsi untuk menjelaskan sesuatu gambaran, terutama tentang latar alam, keadaan watak dan peristiwa. Ayat ini dapat dilihat dalam petikan di bawah. Kemudian Sang Beruang pun larilah melompat lintang pukang dan kepalanya terhantar ke kiri dan ke kanan dan telinganya rabit-rabit, tidak terasa olehnya, kerana pada sangkaannya ia telah diterkam oleh raksasa itu. Sambil berlari itu ia pun menoleh ke belakang dilihatnya tidaklah ia diusir lagi oleh raksasa itu. (hlm 75) Dengan menggunakan ayat-ayat panjang bagi membuat gambaran yang sedemikian ianya dapat memberikan peluang dan dan kesempatan kepada pembaca untuk membangunkan daya



imaginasi mereka tentang sesuatu yang digambarkan itu. Pengulangan perkataan ‘dan’ memberikan penegasan terhadap sesuatu yang ingin dibicarakan dengan tegas kerana ia merupakan perkara atau peristiwa yang penting. iii)



Perbandingan



Dalam cerita rakyat Hikayat Pelanduk Jenaka terdapat banyak perbandingan bagi menjelaskan suasana, tempat, sikap, perasaan, dan tanggapan watak terhadap sesuatu. Terdapat pelbagai jenis perbandingan yang telah digunakan dalam cerita rakyat tersebut. Antara perbandingan yang digunakan ialah personifikasi. Personifikasi mengambarkan sesuatu benda dengan memberikannya sifat manusia. Oleh itu, benda-benda yang tidak hidup yang diberikan sifat tersebut akan kelihatan bergerak ataupun berkelakuan seperti manusia. Hasilnya, gmabaran tersebut menjadi hidup. Berikut merupakan contoh personifikasi dalam cerita Hikayat Pelanduk Jenaka. …ia berteriak-teriak sperti halilintar membelah bumi bunyinya. (hlm 86) Pengunaan perkataan ‘membelah’ yang merupakan perbuatan manusia dan diletakkan kepada benda yang bukan hidup iaitu ‘halilintar’ menunjukkan penggunaan personifikasi bagi menimbulkan kesan dan menghidupkan suasana. Selain itu, perbandingan yang digunakan dalam cerita Hikayat Pelanduk Jenaka ialah simile. Simile ialah perbandingan betul yang menggunakan kata ‘seperti’, ‘umpama’ ‘bagai’. ‘macam’ ataupun ‘laksana’. Dalam cerita hikayat ini pengarang menggunakan simile dengan cermat dan tepat. Berikut merupakan contoh penggunaan simile dalam cerita rakyat. …baik dan pulih semula tubuh tuan hamba seperti dahulu… (hlm 86) …berteriak-teriak seperti halilintar membelah bumi bunyinya. (hlm 86) Di samping itu, antaa perbandingan yang digunakan ialah hiperbola. Hiperbola ialah pengunaan ayat atau perkataan yang ditekankan secara berlebih-lebihan. Hiperbola berfungsi untuk menekankan sesuatu pandangan, idea atau peristiwa untuk memukau pembaca. Berikut merupakan contoh penggunaan hiperbola dalam petikan. Serta sampai dilihat mereka raksasa itu sedang terkangkang, matanya pecah sambil ia berteriak-teriak seperti halilintar membelah bumi bunyinya. (hlm 86)



Penggunaan ayat ‘halintar membelah bumi bunyinya’ menujukkan penekanan yang dibut secara berlebih-lebihan untuk menghidupkan suasana dalam cerita rakyat tersebut. 5) PENGAJARAN Melalui peristiwa-peristiwa yang terdapat dalam cerita rakyat ini terdapat pelbagai penngajaran yang pembaca boleh jadikan sebagai panduan dan teladan dalam kehidupan mereka. Terdapat pelbagai pengajaran sama ada dalam aspek negatif dan postif yang terdapat dalam cerita Hikayat Pelanduk Jenaka. Antara pengajaran yang diketengahkan ialah kita janganlah bercakap besar. Sebagai contoh Sang Badak bercakap besar dengan mengatakan bahawa badannya luka kerana berlawan dengan raksasa sedangkan luka tersebut adalah akibat terkait onak dan duri ketika ia melarikan diri daripada raksasa. Perisriwa ini dapat dilihat dalam petikan di bawah. …tadi aku berlawan dengan raksasa dengan raksasa yang terlalu sangat besar dan panjang orangnya. Kemudian datang pula kawannya menolong akan dia. Oleh sebab hamba sangat gagah dan perkasa serta berani, dua orang itu hamba hempaskan ke kanan dan ke kiri rebah terpelanting. (hlm 80) Sepatutnya, Sang Badak tidak boelh bercakap besar kerana akhirnya ia sendiri yang malu apabila penipuannya diketahui oleh isi rimba kerana mereka ternampak pokok-pokok yang tumbang akibat dilanggarnya ketika cuba melarikan diri daripada raksasa. Selain itu, pengajaran yang ditonjolkan dalam cerita rakyat ini ialah bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu tugasan Semua isi rimba bekerjasama menangkap ikan dan mencari rotan seperti yang diarahkan oleh Tuan Syeikh Alam di-Rimba. Berikut merupakan peristiwa tersebut. “Hai tuan-tuan sekalian, ambilkan aku rotan hendakku perbuat simpai.” Maka segala isi rimba pun pergilah mencari rotan… “Hai saudaraku sekalian marilah kita pergi mengambil ikan di Sungai Tinam itu” Maka segala isi rimba pun pergilah mengambil ikan. (hlm 85) Kerjasama antara semua isi rimba itu justeru menyelamatkan mereka daripada terus diganggu oleh raksasa tamak yang sering mengambil ikan-ikan mereka di Sungai Tinam tanpa meninggalkan seekor pun kepada mereka.



Di samping itu, pengajaran yang terdapat dalam cerita rakyat ini ialah kita haruslah bijak dalam menyelesaikan masalah. Tuan Syeikh Alam di-Rimba mengatakan simpainya tersebut boleh mengubati tubuh raksasa yang sakit. Setelah raksasa memasukan siku dan lututnya ke dalam simpai, raksasa tidak dapat bergerak. Kemudian, ia mencakar muka dan raksasa sehingga pecah. Kemudian, raksasa diseksa oleh isi rimba sehingga mati. Berikut merupakan petikan bagi peristiwa tersebut. Setelah sudah, diamasukkan sekali lagi segala simpai itu, sehingga tiadalah dapat raksasa itu bergerak…. kemudian dicakarnya mata raksasa itu dengan taringnya hingga pecahlah mata itu. (hlm 86) Kebijaksanan Tuan Syeikh Alam di-Rimba menyebabkan masalah isi rimba yang diganngu oleh raksasa yang merampas sumber makanan mereka mampu diselesaikan dengan jayanya.



KESIMPULAN Secara keseluruhannya, cerita rakyat Hikayat Pelanduk Jenaka ini sangat menarik, bermanfaat dan menyentuh hati semua golongan dewasa tidak kira golongan muda mahupun tua. Tambahan pula, cerita ini juga mengandungi pelbagai unsur yang menarik sama ada dalam aspek tema, plot, watak, gaya bahasa, dan pengajarannya. Dalam aspek tema iaitu kebijaksaan dalam menyelesaikan masalah dapat dilihat dengan jelas melalui peristiwa-peristiwa yang diketengahkan dalam cerita tersebut. Plotnya juga disusun dengan baik daripada permulaan, petengahan sehinggalah pengakhiran. Susunan ini memudahkan kefahaman dalam diri pembaca unutk memahami jalan cerita yang dihasilkan. Tambahn pula, watak ditonjolkan dengan jelas berdasarkan sikap dan tindak-tanduk mereka dalam setiap peristiwa yang terdapat dalam cerita tersebut. Penggunaan gaya bahasa yang pelbagai turut memantapkan lagi jalan cerita kerana iannya menimbulkan kesan sekaligus menghidupkan susasana ceirta rakyat tersebut. Pengajaran turut ditonjolkan dengan baik melalui babak-babak yang diceritakan sama ada babak yang negatif mahupun positif. Itulah antara unsur-unsur penting yang patut diberikan perhatian sewaktu menghayati dan mengkaji cerita rakyat Hikayat Pelanduk Jenaka. Justeru, unsur-unsur tersebut dapat menambahkan pengetahuan, pengalaman serta mempertajamkan permerhatian para pembaca. Melalui pemerhatian ini pembaca boleh mengambilnya sebagai iktibar atau panduan dalam menjalani kehidupan yang lebih baik.



RUJUKAN 1)



Holger Warnk. (2012). Kisah Dongeng dan Cerita Rakyat Malaysia dan Jerman.



ITBM : Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.



2)



Permata Sastera Melayu. (2012). Hikayat Pelanduk Jenaka (Syeikh Alam Berlawan



dengan Raksasa). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.



3)



Siti Zaleha M.Hashim. (2013). Mengenali Cerita Rakyat. ITBM : Institut Terjemahan



Dan Buku Malaysia.